Tajuk: Zikir Menurut Ajaran Islam

PENDAHULUAN
Salah satu amalan menjernihkan jiwa ialah malan zikir. Amalan-amalan gerak badan seperti riadah akan membantu menguatkan anggota jasmani sementara amalan-amalan menggunakan fikiran seperti kuliah, perbincangan dan berbagai lagi gerak kerja mental akan melahirkan peningkatan dan ketajaman mental dan intelektual. Selama ini manusia lebih cenderung berusaha membina ketahanan fizikal dan mental serta mengesampingankan pembinaan unsur spiritual. Zikir juga adalah bukti syukur kita kepada ALLAH Subhanahu wa ta’ala. Bila kita kurang bersyukur bermakna kita kurang berzikir kepada ALLAH Subhanahu wa ta’ala. Oleh kerana itu, setiap waktu haruslah ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam yang lain. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling brgizi dan dengan berzikir berbagai kejahatan sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang tidak sihat. 

PENGERTIAN
Zikir adalah ucapan – ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati akan tuhan yakni ALLAH Subhanahu wa ta’ala dengan hati dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Tuhan dan membersihkannya dari sifat- sifat yang tidak layak untuknyASetengah ulama mengatakan bahawa melaksanakan tugas-tugas agama dan menjauhi semua yang dilarang oleh agama jiga dikatakan sebagai zikir. Zikir dalam Bahasa Arab bermaksud mengingat atau menyedari. Menurut tasawuf, mengingat atau menyedari adalah adalah pekerjaan hati yang berhubungan dengan tingkah laku seharian manusia. Zikir lebih menonjolkan rasa keindahan bercinta dengan zat yang Maha Agung iaitu ALLAH Subhanahu wa ta’ala. Kata-kata zikir yang kita dengar sehari-hari dapat jiga “ Doa “ atau pengharapan, tahmid, syukur dan pengangungan serta sanjungan kepada ALLAH. Zikir yang diamalkan oleh Rasulullah saw adalah membaca tasbih, tahmid, takbir yang masing-masing tiga puluh kali. •

PEMBAHAGIAN ZIKIR
Zikir Qauli
Zikir yang berhubung dengan suara dan lidah dan dapat didengar. 
Zikir Qalbi
Zikir yang berhubung dengan hati. Iaitu hatinya sentiasa mengingati ALLAH dan merasakan ALLAH sentiasa mengawasi setiap tindak- tanduknya. Zikir Qalbi ini susah untuk dipraktikkan melainkan bagi mereka yang bersungguh-sungguh serta melalui zikir qauli terlebih dahulu. Selain itu, dia mestilah memahami serta menghayati makna zikir yang telah diucapkannya itu. 
Zikir Fe`li
Zikir Fe`li ialah seorang yang telah bersyariat dan bertareqat ataupun seseorang yang memahami seluruh hokum hakam ALLAH dan terus mengamalkannyASeluruh perbuatan yang memenuhi tuntuntan syariat dan tareqat dikira berzikir samada dalam bekerja mencari rezeki, menghubungkan silaturahim, memelihara keluarga, beribadah dan berjuang serta berjihad. 

PERINTAH ZIKIR

Firmannya lagi bermaksud :

“ Dan hendaklah kamu menyebut nama ALLAH dengan sebutan yang banyak supaya kamu mendapat kemenangan. “
(Al Anfal : 40)

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam pula bermaksud : “Barangsiapa yang ingin bersenang-senang di atas taman syurga, maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir kepada ALLAH. “ 

Pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam : “ Manakah amalan yang paling utama ? Nabi menjawab : “ Iaitu apabila engkau menghadapi maut, sedangkan lidahmu tetap basah kerana zikir kepada ALLAH 

ALLAH berfirman mengenai hakikat zikir yang maksudnya “ Ketahuilah dengan memgingati ALLAH itu boleh menyenangkan hati “. 

Ayat ini jelas menunujukkan baha berzikir (mengingati ALLAH) itu sumber ketenangan hati. Sebenarnya, kita membaca ayat yang mengandungi zikir tidak sama dengan berzikir. Kita kadang-kadang membaca ayat zikir, bukan berzikir. Yang dikatakan ‘berzikir mengingati ALLAH boleh menenangkan hati ‘ itu adalah dengan mengingat kerja-kerja ALLAH. Di Antara mengingati kerja ALLAH ialah bila ALLAH beri kita nikmat maka hati mestilah rasa bersyukur kepada ALLAH, supaya kita dapat pahala. Bila kite diberi ilmu dan sebagainya kita bersykur kepada ALLAH. Itulah zikir dengan merasakan semuanya Terdapat banyak ayat alquran dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. 

Antaranya maksud sebuah firman ALLAH : “ Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah kamu dengan sebutan yang banyak dan bertasbihkanlah olehmu (mengakui kesucian ALLAH) pada setiap pagi dan petang. “ (Al Ahzab : 41-42)

HAKIKAT ZIKIR
ALLAH Subhanahu wa ta’ala berfirman dalam surah Al Ahzab ayat 21 yang bermaksud : “ sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mangharap rahmat ALLAH dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH “ 

Di sini jelaslah bahawa Rasulullah saw diutuskan sebagai contoh yang perlu diikuti oleh manusia keseluruhannya. Di samping itu Rasulullah ialah orang yang paling banyak berzikir. Baginda tidak pernah meninggalkan zikir. Baginda sentiasa berzikir kepada ALLH disetiap waktu dan tempat. Hal ini dijelaskan oleh isteri baginda seperti berikut : 

 Adalah Rasulullah saw. Itu berzikir kepada ALLAH pada setiap keadaannya. (riwayat muslim, Abu Daud dan Termizi) 

KELEBIHAN ZIKIR DARIPADA ALQURAN NUL KARIM

Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan mengingatimu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. Surah alBaqarah: 152. 

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Surah ar-Ra’d: 28

Kelebihan zikir daripada hadis

Ertinya: Perumpamaan orang yang mengingati (dan menyebut) tuhannya dengan orang yang tidak mengingatiNya adalah seumpama (perbezaan) orang yang hidup dan mati. Riwayat Bukhari. 
“Sesiapa yang duduk di sesuatu tempat yang mana dia tidak menyebut nama Allah padanya, maka dia akan mendapat kekurangan (dan juga penyesalan)…”
“Ahli syurga tidak akan menyesal melainkan (perkara yang dilakukan di dunia) melainkan terhadap masa yang berlalu tanpa mereka berzikir kepada Allah padanya”. Riwayat Baihaqi. 

SEBAB TIDAK MAHU BERZIKIR

“Sesiapa yang berpaling dari pengajaran ar-Rahman, Tuhan yang Maha Pemurah (Al Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkannya) Maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu bersamanya. Dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk. Surah az-Zukhruf: 36-37. 

“ Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dalam keadaan rendah diri dan takut, juga dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang lalai. Surah alA’raf: 205

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka, dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas, dengan tujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain, dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sangat sedikit. Surah an-Nisa’: 142. 

Mereka lupakan Allah, lalu Allah melupakan mereka, sesungguhnya para munafiq itu adalah orang-oranng yang fasiq. Surah at-Taubah: 67
Berkata Abul Hasan as-Syazilli: “Antara tanda munafiq ialah berat lidah untuk berzikir, kerana itu bertaubatlah kepada Allah, nescaya ringan lidahmu menyebut namaNya”. 

PANDANGAN ULAMA MENEGNAI ZIKIR

Berkata Ibnu Abbas: “Tidak ada satupun yang Allah Subhanahu wa ta’ala fardhukan ke atas hambaNya melainkan ada takatnya dan ada rukhsahnya, melainkan zikir. Sesungguhnya zikir tiada takat yang akhir dan tidak diberikan kepada seseorang keuzuran melainkan orang yang hilang akalnya. Dan Dia pula memerintahkan ia dilakukan dalam semua keadaan…”

Berkata Fakhruddin ar-Razi: “Sesungguhnya penyebab kepada neraka jahannam ialah kelalaian dan yang mampu menyelamatkan daripadanya ialah zikrullah…”

Berkata Ibnu Ataillah as-Sakandari: “Zikir ialah membebaskan diri daripada kelalaian dan lupa dengan sentiasa menghadirkan hati bersama Allah…”

Berkata Imam Abu Qasim alQusyairi: “…dan seseorang tidak akan sampai kepada Allah Subhanahu wa ta’ala melainkan dengan sentiasa berzikir”. 

BERMAKRIFAT DENGAN MEMAHAMI NAMA-NAMA ALLAH

Jalan lain dalam mencapai makrifat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala . ialah memahami nama-nama Allah Taala yang baik-baik serta sifat-sifat-Nya yang luhur dan tinggi. Jadi nama-nama dan sifat-sifat itulah yang merupakan perantara yang digunakan oleh Allah Taala agar makhluk-Nya dapat bermakrifat pada-Nya. Inilah yang dapat dianggap sebagai saluran yang dari situ hati manusia dapat mengenal Allah Taala secara spontan. Malah itu pulalah yang dapat menggerakkan cara penemuan yang hakiki dan membuka alam yang amat luas terhadap kerohanian guna menyaksikan cahaya Allah Subhanahu wa ta’ala . 

Nama-nama itu adalah yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya, “Katakanlah, ‘Serulah Allah atau serulah Rahman. Mana saja nama Tuhan yang kamu semua seru, Dia adalah mempunyai nama-nama yang baik. ’" (Q. S. alIsra:110)

Dengan nama-nama itulah yang kita semua diperintah untuk menyerunya. Allah Taala berfirman, “Bagi Allah adalah nama-nama yang baik, maka serulah dengan menggunakan nama-nama itu. ”(Q. S. alA’raf:180)

CONTOH-CONTOH ZIKIR
No. NamaArabMakna
1 alRahmanالرحمنMaha Pemurah
2 alRahimالرحيمMaha Penyayang
3 alMalikالملكMaha Merajai/Memerintah
4 alQuddusالقدوسMaha Suci
5 alSalamالسلامMaha Memberi Kesejahteraan
6 alMukminالمؤمنYang Memberi Keamanan
7 alMuhaiminالمهيمنMaha Pemelihara
8 alAzizالعزيزMaha Gagah
9 alJabbarالجبارMaha Perkasa
10 alMutakabbirالمتكبرMaha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11 alKhaliqالخالقMaha Pencipta
12 alBarikالبارئYang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13 alMusawwirالمصورYang Membentuk Rupa (makhluknya)
14 alGhaffarالغفارMaha Pengampun
15 alQahharالقهارYang Memaksa
16 alWahhabالوهابMaha Pemberi Kurnia
17 alRazzaqالرزاقMaha Pemberi Rejeki
18 alFattahالفتاحMaha Pembuka Rahmat
19 alAlimالعليمMaha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20 alQabidالقابضYang Menyempitkan (makhluknya)
21 alBasitالباسطYang Melapangkan (makhluknya)
22 alKhafidالخافضYang Merendahkan (makhluknya)
23 alRafikالرافعYang Meninggikan (makhluknya)
24 alMuizالمعزYang Memuliakan (makhluknya)
25 alMuzilالمذلYang Menghinakan (makhluknya)
26 alSamikالسميعMaha Mendengar
27 alBasirالبصيرMaha Melihat
28 alHakamالحكمMaha Menetapkan
29 alAdlالعدلMaha Adil
30 alLatifاللطيفMaha Lembut
31 alKhabirالخبيرMaha Mengetahui Rahasia
32 alHalimالحليمMaha Penyantun
33 alAzimالعظيمMaha Agung
34 alGhafurالغفورMaha Pengampun
35 alSyakurالشكورMaha Pembalas Budi (Menghargai)
36 alAliالعلىMaha Tinggi
37 alKabirالكبيرMaha Besar
38 alHafizالحفيظMaha Menjaga
39 alMuqitالمقيتMaha Pemberi Kecukupan
40 alHasibالحسيبMaha Membuat Perhitungan
41 alJalilالجليلMaha Mulia
42 alKarimالكريمMaha Pemurah
43 alRaqibالرقيبMaha Mengawasi
44 alMujibالمجيبMaha Mengabulkan
45 alWasikالواسعMaha Luas
46 alHakimالحكيمMaha Bijaksana
47 alWadudالودودMaha Pencinta
48 alMajidالمجيدMaha Sempurna Kemuliaan-Nya
49 alBaisالباعثMaha Membangkitkan
50 alSyahidالشهيدMaha Menyaksikan
51 alHaqالحقMaha Benar
52 alWakilالوكيلMaha Memelihara
53 alQawiالقوىMaha Kuat
54 alMatinالمتينMaha Teguh
55 alWaliالولىMaha Melindungi
56 alHamidالحميدMaha Terpuji
57al MuhsiالمحصىMaha Menghitung
58 alMubdikالمبدئMaha Memulai
59 alMuidالمعيدMaha Mengembalikan Kehidupan
60 alMuhyiالمحيىMaha Menghidupkan
61 alMumitالمميتMaha Mematikan
62 alHaiالحيMaha Hidup
63 alQayyumالقيومMaha Mandiri
64 alWajidالواجدMaha Penemu
65 alMajidالماجدMaha Mulia
66 alWahidالواحدMaha Esa
67 alAhadالاحدMaha Esa
68 alSamadالصمدTempat Meminta
69 alQadirالقادرMaha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70 alMuqtadirالمقتدرMaha Berkuasa
71 alMuqaddimالمقدمMaha Mendahulukan
72 alMuakhirالمؤخرMaha Mengakhirkan
73 alAwwalالأولMaha Awal
74 alAkhirالأخرMaha Akhir
75 alZahirالظاهرMaha Nyata
76 alBatinالباطنMaha Ghaib
77 alWaliالواليMaha Memerintah
78 alMutaaliالمتعاليMaha Tinggi
79 alBarالبرMaha Penderma
80 alTawwabالتوابMaha Penerima Taubat
81 alMuntaqimالمنتقمMaha Penyiksa
82 alAfuالعفوMaha Pemaaf
83 alRaufالرؤوفMaha Pengasih
84Malik alMulkمالك الملكPenguasa Kerajaan (Semesta)
85Zu alJalal wa alIkramذو الجلال و الإكرامPemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86 alMuqsitالمقسطMaha Adil
87 alJamikالجامعMaha Mengumpulkan
88 alGhaniالغنىMaha Memiliki Kecukupan/Kekayaan (Maha Kaya)
89 alMughniالمغنىMaha Pemberi Kecukupan/Kekayaan
90 alManikالمانعMaha Mencegah
91 alDarالضارMaha Memberi Derita
92 alNafikالنافعMaha Memberi Manfaat
93 alNurالنورMaha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94 alHadiالهادئMaha Pemberi Petunjuk
95 alBadikالبديعMaha Pencipta
96 alBaqiالباقيMaha Kekal
97 alWarisالوارثMaha Pewaris
98 alRasyidالرشيدMaha Pandai
99 alSaburالصبورMaha Sabar

PENUTUP
Andai kata jika tentang kelebihan mnyebut nama ALLAH Subhanahu wa ta’ala yang Maha agubg tidak dijumpai satu ayat atau satu hadispun, tidaklah seharusnya seorang hamba melalaikan dirinya dari mengingati tuhan yang maha pengurnia lagi maha pemurah itu. 

Keiklasan dan kekurniaan yang dianugerahkan Tuhan pada setiap masa itu, adalah tidak terbatas banyaknya dan tidak ada tolok bandingnya, maka dengan sebab itu menyebut nama-Nya, mengingati Zat-Nya dan mensyukuri nikmat dan kekurniaan-Nya, adalah termasuk di dalam kehendak-kehendak fitrah (semula jadi). 

Akan tetapi manakala kita tersua dengan ayat-ayat alQuran dan Hadis-hadis dan ujur-ujur para salihin mengenai fadilat, kepentingan dan ketumaan zikir Tuhan yang maha suci, maka terang dan jelaslah bagi kita bahawa keberkatan zikir serta imperasinya berupa cahaya batin adalh tidak terkira banyaknya. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com