PENGENALAN
Sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, karangan ini berjaya dihasilkan. Karangan ini berkisarkan Kisah hidup Nabi Adam dan Hawa dan perjuangan hidup mereka. Terciptanya hamba allah yang bergelar manusia pertama ini, adalah sebagai tanda kasih Allah yang tiada bandingannya.
Nabi Adam juga manusia pertama yang menghuni syurga. Nabi Adam boleh meneroka dan menikmati isi syurga tanpa batas. Allah yang Maha Pengasih telah menciptakan Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam untuk membahagiakan Nabi Adam dan mengisi keperluan hidupnya sesuai seperti kehendak Allah. Nabi Adam dan Hawa telah dikeluarkan dari syurga setelah melanggar perintah Allah. Justeru, mereka harus berjuang hidup di dunia yang fana ini dan Allah telah mengamanahkan Nabi Adam sebagai khalifah yang pertama di muka bumi.
Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Setelah Nabi Adam dan Hawa memohon keampunan bersungguh-sungguh kepada Allah, maka Allah telah mengampuni dan menerima taubat mereka. Perkara ini telah melegakan hati mereka dan kemudian mereka lebih berhati-hati terhadap godaan syaitan agar tidak mengundang lagi kemurkaan Tuhan.
KISAH DAN PERJUANGAN NABI ADAM AS.
Makhluk yang wujud sebelum Nabi Adam AS.
Nabi Adam adalah manusia pertama yang dicipta oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dengan menyiapkan semua fasiliti yang lengkap seperti langit, bumi, bintang gemintang dan alam cakerawala yang luas ini. Beliau manusia pertama dan beliaulah nenek moyang sekalian manusia. Beliau diciptakan oleh Allah daripada tanah. Sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran di dalam surah Al-Hijr ayat 26 yang bermaksud : “ Dansesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah kering, dari tanah hitam yang busuk baunya. ”
Para malaikat ketika diberitahu oleh Allah akan kehendak-Nya menciptakan makhluk yang lain, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah itu, disebabkan kealpaan atau kelalaian mereka dalam beribadah dan menjalankan tugas atau kerana kesalahan yang mereka lakukan tanpa sedari. Berkata malaikat kepada Allah di dalam surah al-Baqarah ayat yang ke 30 : “ Wahai Tuhan kami! Untuk apa Engkau menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti. Sedangkan makhluk yang Engkau akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan yang lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi itu.
Allah berfirman demi menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu : “ Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya. ”Di samping itu, Nabi Adam memiliki beberapa keutamaan antaranya ialah dirinya diciptakan secara langsung menggunakan tangan Allah dan diberi roh dari sebahagian roh-NyASelain itu, Allah memerintahkan para malaikat agar bersujud sebagai tanda menghormati Nabi Adam dan beliau juga menerima ilmu pengetahuan tentang nama-nama benda.
Iblis ingkar untuk bersujud kepada Nabi Adam AS.
Mukjizat yang diberikan kepada Nabi Adam ialah pelbagai ilmu dan nama-nama benda di alam cakerawala. Ilmu inilah yang menyebabkan kedudukan Nabi Adam begitu tinggi berbanding makhluk-makhluk lain seperti malaikat dan jin. Hal ini dapat dibuktikan apabila seluruh malaikat sujud mengakui hebatnya aura dan energi Nabi Adam, kecuali iblis yang tidak mahu mengakui kehebatan Nabi Adam.
Pada ketika semua makhluk syurga sujud kepada keagungan Allah itu, iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah kerana merasa dirinya lebih mulia dan unggul dari Nabi Adam. Hal ini demikian kerana iblis diciptakan dari unsur api sedangkan Nabi Adam hanyalah dari tanah dan lumpur yang busuk. Kebanggan yang berlebihan terhadap asal-usulnya menjadikan iblis sombong sehingga menyebabkan golongan ini digelari Allah dengan “laknatullah”.
Iblis dikutuk oleh Allah
Iblis merupakan ciptaan Allah yang sombong, bongkak dan melanggar perintah Allah, maka Allah membalas perbuatan iblis itu dengan mengusirnya dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang berpanjangan pada dirinya sehingga hari kiamat. Di samping itu, iblis juga digolongkan sebagi penghuni neraka. Iblis dengan sombongnya menerima baik ganjaran Tuhan itu dan memohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup sehingga hari kemusnahan alam. Iblis laknatullah seharusnya mensyukuri dan berterima kasih kepada Allah, namun sebaliknya dia mengancam untuk menyesatkan Nabi Adam. Iblis mempunyai dendam yang mendalam terhadap Nabi Adam di atas faktor terusirnya dia dari syurga Allah nan indah.
Seterusnya, iblis berjanji akan menyesatkan anak-anak keturunan Nabi Adam dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan perkara yang terlarang, menggoda mereka supaya terlalai dengan perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh. Janji Allah itu pasti, meskipun Iblis menggunakan beribu cara untuk menyesatkan manusia tetapi iblis tidak akan berjaya menyesatkan hamba-hamba Allah yang beriman sepenuh hati terhadap-Nya dan mempunyai akidah yang mantap. Semenjak itulah iblis terkeluar dari syurga dan dia berusaha sesungguh jiwa untuk mengusir Nabi Adam dari syurga.
Godaan iblis terhadap Nabi Adam dan Hawa
Nabi Adam disediakan tempat oleh Allah di syurga dan diciptakan Hawa baginya sebagai peneman hidup, penghilang rasa kesepian dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk menurunkan zuriat. Hawa diciptakan oleh Allah dari tulang rusuk sebelah kiri Nabi Adam. Sebagai tanda kebesaran, Allah, selama mereka tinggal di syurga, Nabi Adam dan Hawa tidak akan pernah mengalami dan merasakan lapar, dahaga mahupun lelah. Akan tetapi, Allah memberi peringatan kepada mereka agar tidak memakan buah dari pohon yang akan menyebabkan mereka celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.
Iblis laknatullah tidak pernah melupai janji-janjinya dan akan berusaha semaksima mungkin untuk mengusir Nabi Adam dan Hawa dari syurga. Iblis mengatakan kepada mereka bahawa dia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk demi kebahagiaan dan kebaikan mereka berduASegala cara dan kata-kata halus digunakan oleh iblis untuk mendapatkan kepercayaan Nabi Adam dan Hawa bahawa dia betul-betul jujur dalam menasihati dan memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Iblis membisikkan kepada mereka berdua bahawa larangan Allah kepada mereka memakan buah-buahan yang ditunjuk itu adalah kerana dengan memakannya mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal di syurga.
Iblis masih tidak berputus asa, lalu diulang-ulang pujukannya dengan sesekali menunjukkan bau harum pohon yang dilarang, yang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya. Pada akhirnya termakanlah pujukan yang halus itu oleh Nabi Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan dengan memakan buah khuldi( pokok yang merupakan lambang keabadian). Setelah memakan buah itu, tiba-tiba aurat mereka terbuka hingga mereka mengambil daun pokok yang ada di syurga untuk menutupnya. Mereka merasa bersalah dan menangislah keduanya memohon keampunan daripada Allah seraya berkata di dalam surah al-A, raf ayat ke 23 : “ Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah menganiaya diri sendiri. Kalau Tuhan tidak mengampuni dan menyayangi kami nescaya kami termasuk golongan orang yang rugi. ”
Perjuangan Nabi Adam AS.
Allah menerima taubat Nabi Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan keterlanjuran yang telah mereka lakukan. Hal ini demikian telah menghadirkan satu kelegaan yang besar dan menghilangkan segala rasa sedih yang bersarang di hati mereka. Pada saat Nabi Adam bertaubat kepada Allah iaitu pada saat terbitnya fajar, beliau mengerjakan solat dua rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah atas hilangnya kegelapan malam dan juga hilangnya kemaksiatan. Perkara ini juga dilakukan sebagai tanda syukur atas datangnya cahaya siang dan penerimaan taubat yang dilakukannya.
Nabi Adam dan Hawa rasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan daripada Allah. Mereka lebih berjaga supaya tidak mudah tertipu lagi oleh iblis dan berusaha agar kesalahan yang telah dilakukan mereka sehingga menimbulkan kemurkaan Tuhan itu menjadi pelajaran bagi mereka. Pujukan dan rayuan iblis walaupun nampak indah dan manis pada luarannya, namun sebenarnya ia hanyalah racun yang berbisa serta penuh kepalsuan. Allah Maha Mengetahui telah menentukan apa yang tidak terlintas dalam hati dan fikiran manusia. Allah telah menentukan bahawa planet bumi yang penuh dengan tanda kebesaran dan keagungan-Nya serta penuh dengan kekayaan untuk diperintahkan, akan diberikan kepada manusia daripada keturunan Nabi Adam. Justeru, Nabi Adam merupakan khalifah yang pertama di muka bumi ini.
Selepas itu, turunlah Nabi Adam dan Hawa ke bumi menghadapi kehidupan baru yang jauh berbeza daripada kehidupan di syurga. Kebahagiaan dan kenikmatan hidup mereka di syurga sangat indah tanpa diganggu oleh sesuatu dan dilimpahkan rahmat Allah serta rahmat-Nya terhadap mereka. Kini, mereka diturunkan ke bumi yang penuh dengan kekeruhan, usaha, susah payah, ujian dan tempat yang pelbagai cubaan. Nabi Adam dan Hawa ditempatkan pada tempat baru yang dipandu oleh agama, akhlak, pekerjaan, tujuan, kehendak, ucapan dan perbuatan.
Seterusnya, mereka harus berjuang hidup di dunia yang fana ini dengan melahirkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya, berbeza warna kulitnya dan kecerdasan otaknya. Kelompok manusia yang ramai itu kelak nanti menjadi bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, di mana satu menjadi musuh bagi yang lain, saling bunuh-membunuh, menganiaya dan tindas-menindas sehingga dari semasa ke semasa Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-Nya untuk membawa hamba-hamba Allah ke jalan lurus yang penuh kedamaian dan kasih sayang antara manusia, jalan yang menuju redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.
Pada saat tubuh Nabi Adam dan Hawa terkena panas, mereka terduduk dan menangis. Mereka harus berjuang menepuh hidup di dunia ini. Allah telah mengutuskan Jibril untuk mendatangi mereka dengan segumpal kapas dan menyuruh Hawa menenun serta Jibril membimbing Hawa cara-cara memintal kapas. Selepas itu, Jibril menyuruh Adam menenunnya hingga menjadi kain untuk menutupi tubuh mereka. Nabi Adam dan Hawa kini berjuang untuk mencari keperluan hidup harian dan harus berikhtiar mencari rezeki dengan bercucuk tanam dan sebagainya. Allah memberikan
beberapa pelajaran dan petunjuk kepada Nabi Adam sehingga beliau menjadi seorang yang pandai, namun demikian ilmu yang diberikan Allah kepada Nabi Adam sudah tentu terbatas.
Kewafatan Nabi Adam AS.
Menurut riwayat yang mashur dari Ibnu Abbas, dikeluarkan oleh Imam-iman Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, Al Hakim, Ibnu Saad dan Ibnu A’sakir, Nabi Adam mula-mula diturunkan di India dan Hawa di Jeddah. Mereka bertemu semula di Muzdalifah setelah lama terpisah. Sesudah lanjut usianya, Nabi Adam meninggal di India dan dikuburkan di sanASetahun kemudiannya pula, diikuti kewafatan Hawa di Jeddah dan dikuburkan di sana. Nabi Adam wafat dalam jangka usia seribu tahun dan setahun kemudian meninggal pula Siti Hawa.
Sebahagian riwayat mengatakan bahawa Nabi Adam dikuburkan di India, dan sebahagian riwayat lagi mengatakan bahawa Nabi Adam dikuburkan di Makkah atau Jeddah, berdekatan dengan HawASeterusnya, Allah menciptakan Nabi Adam pada hari Jumaat, mengeluarkannya dari syurga dan menurunkannya ke bumi pada hari yang samASelain itu, Hari Jumaat juga merupakan hari bertaubatnya Nabi Adam kepada Allah atas kekhilafannya dengan memakan buah terlarang. Pada ketika Nabi Adam wafat, semua makhluk menangis berduka selama tujuh hari.
Kisah kedua anak Nabi Adam AS. Qabil dan Habil
Sebagai bukti kebesaran-Nya, Allah menciptakan lelaki dan wanita menyebabkan timbulnya rasa kasih sayang antara kedua jenis dan menyebabkan tersebarnya keturunan Nabi Adam dan Hawa di alam dunia ini. Tiap-tiap kali Hawa melahirkan dua orang zuriat, seorang lelaki dan seorang perempuan, kecuali ketika melahirkan zuriatnya yang terakhir, Syeets. Anak lelakinya diperisterikan dengan anak perempuan yang tidak dilahirkan bersama anak lelaki tersebut dan beginilah ketentuan Allah di waktu itu.
Setiap kali Nabi Adam dan Hawa dikurniakan anak mereka dikurniai oleh Allah anak kembar dua iaitu lelaki dan perempuan. Menurut syariat, Nabi Adam tidak boleh menjodohkan saudara yang bersamaan lahirnya (dalam satu keturunan) kerana itu Qabil dijodohkan dengan saudari kembar Habil, manakala Habil dijodohkan dengan saudari kembar Qabil, tetapi Qabil tidak mahu menerima malahan meminta dikahwinkan dengan saudari kembarnya sendiri. Hal ini kerana saudari kembar Qabil lebih cantik berbanding saudari kembar Habil.
Nabi Adam telah memberikan nasihat kepada kedua anaknya itu agar mereka sama-sama membuat korban untuk Allah. Sesiapa yang diterima korbannya akan dijodohkan dengan saudari kembar Qabil. Habil dan Qabil berangkat untuk mempersembahkan korban masing-masing. Habil menyediakan korban berupa seekor kambing muda yang gemuk. Dia memiliki kambing yang
banyak manakala Qabil pula menyediakan korban berupa seberkas buah-buahan yang buruk. Sesunguhnya, Qabil melaksanakan korban dengan cara yang tidak ikhlas kerana Allah tetapi semata-mata mengikut hawa nafsunyASebaliknya Habil melaksanakan korban dengan hati yang ikhlas kerana Allah iaitu melaksanakan perintah ayahnya, dan apa yang disuruh dalam syariat Allah. Habil juga merupakan seorang yang taat dalam melaksanakan segala perintah Allah.
Setelah itu, sebuah bola api turun dari atas lalu menyambar korban yang disediakan oleh Habil. Korban yang disediakan oleh Qabil tidak disentuh sama sekali. Oleh itu, Habil yang berhak mengahwini saudari kembar Qabil, iaitu Iqlima seorang wanita yang cantik rupanya, manakala Qabil terpaksa mengahwini saudari kembar Habil iaitu Labuda namanya. Kehendak nafsu Qabil tidak dipenuhi lalu timbul rasa jahat di hati Qabil iaitu ingin membunuh saudaranya sendiri. Pada saat Habil mendapat ancaman bunuh daripada saudaranya, dalam surah al-Maidah ayat 28, dia menjawab : “ Jika engkau menggerakkan tanganmu untuk membunuhku, aku tidak akan (ikut) menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Aku takut sekali kepada Allah, Tuhan Penguasa alam. ”. Hal ini telah membuktikan dasar akhlak yang mulia pada diri Habil kerana rasa takutnya kepada Allah serta sikap ikhlasnya menerima perlakuan buruk dari saudaranya sendiri.
Sudah menjadi kebiasaan syaitan yang merupakan musuh Nabi Adam berserta semua cucunya, kalau ada orang yang bermusuhan sesama saudara, maka syaitan akan turut serta mengadu domba di antara keduanya. Keinginan Qabil sangat memuncak untuk membunuh Habil tetapi setelah dia membunuh Habil maka hatinya merasa menyesal, tetapi pepatah telah mengatakan
“ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. ”Setelah Qabil membunuh Habil, Qabil merasa bingung bagaimana cara untuk menyelenggarakan mayat saudaranya. Allah yang Maha Pengasih telah memperlihatkan kepada Qabil dua ekor burung gagak berlawan dan seekor di antaranya mati terbunuh, maka burung yang masih hidup itu menggali tanah, lalu bangkai kawannya itu dikuburkan ke dalam dan kemudian ditimbuni pula dengan tanah. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surah Al-Maidah ayat yang ke 31 iaitu : “ Maka Allah mengirim seekor burung yang mencakar-cakar tanah untuk menanam (menguburkan) bangkai saudaranya. Qabil berkata : “Sungguh, amat celaka aku. Aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak itu untuk menguburkan mayat saudaraku. ”
Habil adalah orang pertama meninggal lantaran dibunuh di muka bumi ini. Oleh hal yang demikian, setiap orang yang dibunuh tanpa berdosa, maka baginya ganjaran pahala begitu juga Habil mendapat pahala, sebaliknya Qabil sebagai orang pertama berbuat kejahatan, maka setiap pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang derhaka akan mendapat dosASesungguhnya, barang siapa mengikut agama akan mendapat syurga dan barang siapa yang mengingkarinya akan mendapat neraka.
PENUTUP
Nabi Adam adalah manusia pertama bergelar khalifatullah. Beliau diutus oleh Allah kepada anak dan cucunya agar manusia menyembah Allah, Tuhan Yang Maha EsASesungguhnya, terciptanya manusia adalah tujuannya untuk beribadah kepada Allah, namun ada di antara mereka yang taat dan ada pula yang membangkang. Iblis sangat pandai dan licik menggoda manusia. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati dan berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Islam agar selamat di dunia dan di akhirat.
Nabi Adam juga adalah nenek moyang manusia yang pertama dan kerana itu kita sebagai manusia adalah keturunan Nabi Adam bukan terjadinya daripada kera. Allah itu Maha Mengetahui. Sesungguhnya, makhluk Allah itu tidak mengetahui apa-apa perkara ghaib kecuali yang telah diberitahu Allah. Oleh itu, Kita mestilah berwaspada berjalan di muka bumi ini kerana iblis yang terkutuk selalu menggoda kita, agar kita tergelincir daripada kebenaran dan termasuk kepada kemungkaran dengan bisikan-bisikan indahnya.
Akhirulkalam, setiap perbuatan yang baik mahupun yang buruk akan mendapat balasan Allah sesuai dengan amal perbuatan mereka. Justeru, kita sebagai manusia haruslah sentiasa melakukan ibadah hanya kerana-Nya dan berjalan di muka bumi ini dengan penuh tawaduk agar kita tidak tersasar dari jalan yang benar. Sesungguhnya, syaitan itu musuh manusia yang nyata.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com