Tajuk: Mengingat Kematian

Pendahuluan
Kemanakah kita setelah mati ? Pertanyaan ini mengguncang akal manusia sepanjang masa. Maka tak heran bila Alquran pun mengabadikan pertanyaan ini: Dan manusia berkata “betulkah apabila aku telah mati, bahawa aku sungguh-sungguh akan dibangkitkan menjadi hidup kembali ?’’ Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahawa kami sesungguhnya telah menciptakannya dahulu sedang ia tidak ada sama sekali (Q. S. Maryam 19). 

Banyak yang menganggap kematian sebagai kelenyapan, akhir dari segalanya. Akibat pandangan demikian, tak sedikit orang menebarkan kerusakan di muka bumi ini. Mereka hidup sesukanya. Tak ada yang perlu dipertanggungjawabkan. Sebaliknya, tak jarang pula yang frustasi, fatalistik, dan hampa makna. Kerana, mati begitu menakutkan. 

Kita yang merasa dimanjakan oleh kenikmatan duniawi, kematian adalah akhir dari sekian banyak kenikmatan yang telah kita peluk selama ini. Maka, memasuki hari tua bererti memasuki fasa penyesalan. Kematian merupakan puncak kekalahan dan pederitaan. 

Takrif Mati
Mati dari segi bahasa adalah permisahan antara roh dan jasad. Manakala dari segi istilah pulak mati terputus segala amalan yang dilakukan kecuali 3 perkara iaitu amalan soleh, doa anak yang soleh kepada ibubapanya dan sedekah serta ilmu manfaat. Apabila kematian datang maka tiada dunia selepas ini melainkan syurga dan neraka. 

Firman Allah: Kamilah Yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (Tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; (surah al-waaqiah ayat 60)

Kematian adalah satu episod selepas kehidupan di dunia ini. Episod ini adalah episod antara alam barzakh iaitu tempat penantian yang terbentang antara dunia dan akhirat. Ini bermaksud kematian adalah kehidupan yang baru dengan peraturan dan peristiwa yang baru. 


Jenis-jenis kematian

Nabi Muhammad berkata “ mati kamu semua sebelum kamu semua mati (mutu qabla an tamutu) perkataan “mati” disebut sebanyak dua kali bagi menunjukan terdapat dua proses kematian. Kematian pada perkataan “termutu” adalah kematian alami. Manakala kemtian mutu adalah kematian yang bersifat maknawi. 

Terdapat dua jenis kematian yang terlibat dengan manusia iaitu kematian alami (al-mautu at thabi’i) dan kematian iradi (maknawi dan abstrak). 

Kematian alami ialah kematian yang terjadi kepada semua manusia iaitu Roh dan jasad terpisah sehingga tiada lagi tanda-tanda kehidupan sepertidenyutan nadi dan degupan jantung dalam jasad manusia. Kematian ini terjadi apabila berakhirnya usia yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . 

Terdapat ulamak tersohor iaitu Muhyiddin bin Arabi dan ilmuwan tasawuf Islam lain yang berpendapat, sebenarnya kematian alami ini adalah sebagai cara kita kembali kepada Allah secara terpaksASemua makhluk pasti akan mengalami kematian jenis ini. Suka atau tidak, disedari atau tidak kematian tetap akan datang. 

Kematian adalah satu episode selepas episod kehidupan dunia. Episod ini adalah antara alam barzakh iaitu penantian yang terbentang antara dunia dan akhirat. Ini bermakna, pada hakikat kematian adalah kehidupan yang baru dengan peraturan dan peristiwa yang baru. 

Contohnya, di dunia jauh perjalanan hidup kita dikira dengan umur yang diberi-Nya. Manakala kehidupan di alam barzakh, lamanya proses perjalanan dihitung dengan daripada jumlah dan kualiti amal ibadah kita serta dosa-dosa yang pernah dilakukan semasa di muka bumi ini. Di alam barzakh yang terlalu panjang dan meletihkan kerana dosa-dosayang pernah dilakukan di dunia ini

Firman Allah: dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki. (surah al Imran ayt 169)

Manusia yang meleraikan ikatan diri daripada jasad yang hidup dengan kematian fizikal, dunia pertama yang mereka akan lalui ialah alam barzakh. 

Firman Allah: "Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). (surah al-mu’minuun ayt 100)

Kematian iradi (maknawi)

Kematian iradi berbeza dengan kematian alami. Kematian iradi ialah kematian kemahuan dan ego. Kematian iradi juga didifinisikan sebagai mati nafsu dengan terlerainya kewujudan diri dan bergabung bersama keesaan Allah melalui proses riadah dan mujahadah yang konsisten, sabar dan bimbingan orang alim untuk jiwa “amarah bissu”. 

Sabda Rasulullah saw, jihad yang lebih besar daripada perang uhud atau perang Badar, iaitu jihad melawan hawa nafsu atau diri sendri. Perkara ini berlawanan dengan hawa nafsu dan selera syaitan. Kematian iradi adalah bentuk makna kehidupan yang hidup. Melalui kehidupan iradi manusia dapat hidup bebas bersama Ilahi dan menghadapi kematian dengan kegembiraan. 

Nabi Muhammad berkata, “mati kamu sebelum mati”. Hadis ini menyatakan saranan mematikan nafsu syaitan, nafsu haiwan dan nafsu manusia dalam diri manusia yang mampu mengganggu keimanan, keislaman, keihsanan dan ketaqwaan diri kepada Allah. Maksudnya semua perlakuan dan tindakannya semasa hidup adalah untuk Allah, demi Allah, kepada Allah dan bersama Allah. 

Kematian iradi: jalan meraih kehidupan hakiki

Kesihatan rohani atau kesihatn jiwa (nafsi) mempunyai hubungan erat dengan kesihatan mental keran menyinggung persoalan akal fikiran, ingatan, ataupun proses-proses yang berhubung erat dengan akal fikiran dan ingatan. Kesihatan jiwa yang dimaksudkan di sini ialah jiwa bersih dan suci daripada pengaruh bisikan dan hasutan yang mendorong dan mengarahkan jiwa bagi melahirkan sikap, perbuatan dan tindakan. 

Cara untuk mensucikan jiwa:

1. Meningkatkan kualiti semangat dalam iaitu dengan memperbanyakkan ibadah solat fardu, puasa di bulan ramadha, membaca al-quran dan amlan sunat dengan mengikut cara para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul dalam beribadah. 

2. Meningkatkan kualiti bersosial dalam masyarakat iaitu berlajar dan berlatih melihat, menyaksikan dan turut merasakan penderitan orang lain (empati). Sering melihat golongan orang susah dan mengalami kesempitan hidup. namun tetap tabah dan sabar dengan ujian Allah berikan

3. Memberikan bantuan dan pertolongan kepada individu yang memerlukan dengan kewangan atau semangat dalam diri

4. Meningkatkan wawasan berkaitan individu yang berjiwa besar dan sihat rohaninya. cara ini untuk kita belajar sejarah para nabi dan rasul-rasul. 

5. Meminta bimbingan pada yang arif. Sesiapa yang meraih jalan “makrifarullah’ iaitu mengenali Allah dengan lebih dekat tanpa meminta bimbingan orang arif. Syaitan menjadi gurunya pembimbingannya adalah orang yang terpesong. 

Tanda-tanda kematian

Tanda pertama: Allah mengutuskan malaikat:

Apabila Allah mahukan keburukan kepada hamba, setahun sebelum kematiannya, syaitan selalu menyesatkan dan menimpakan fitnah kepadanya, sehingga pada masa dia meninggal orang akan berkata “si fulat sudah mati dalam keadaan buruk”. Pada masa rohnya dicabut, dia melihat azab menimpa dirinya dan pada masa itu dia tidak mahu berjumpa dengan Allah dan Allah lebih tidak mahu berjumpa dengan individu tersebut

Rasulullah menyatakan “sekiranya Allah mahukan kebaikan pada individu, dia meperlakukannya dengan baik. Sahabat bertanya lagi “bagaimana Dia memperlakukannya?’ beliau menyatakan, “dia menuntunnya bagi berbuat amal soleh sebelum kematiannya” hadis direkodkan oleh Al-termizi. 

Dalam hadis lain, Rasulullah menyatakan “sekiranya Allah mencintai hambanya, Dia memberi kehormatan untuknya sahabat bertanya “Bagaimana dia memberi kehormatan kepadanya?’’. Beliau menjawab” dia menuntunnya berbuat amal soleh pada masa mendekati ajalnya sehingga jiran tertangganya meredaikan pemergiannya


Tanda kedua: proses perjemputan roh

 Al-bara bin Azib berkata “pada suatu hari, kami bersama rasulullah mengiringi jenazah lelaki daripada golongan Ansar sehingga dikuburnyASemasa dia dimasukan diliang lahadnya. Rasulullah menghampirinya lalu berkata “ aku berlindung dengan Allah daripada seksaan kubur”. Rasulullah mengulanginya beberapa kali. 

 Para malaikat yang berwajah putih turun bagaikan matahari. Mereka membawa kain kafan dari syurga dan wangi- wangian. Mereka duduk di hadapannya sejauh pandangan matanya. Malaikat maut tidak mensia-siakan walaupun sesaat. 

Firman Allah:

61. dan Dia lah Yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat Yang menjaga dan menulis Segala Yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). (surah al-an’am ayt:61)

Tanda ketiga: Awal kematian

 sekiranya mukmin meninggalkan dunia menuju akhirat, terdapat malaikat yang turun dari langit dengan wajah putih, seakan-akan wajah mereka seperti matahari dengan membawa kain kafan dan wangi-wangian. Malaikat maut datang dan berkata “ wahai hati yang tenang, keluar menuju pengampunan dan keredaan Allah”. 

Syaitan pula akan menggoda manusia yang menghadapi sakaratul maut. Rasulullah menyatakan beliau didatangi dua syaitan pada masa beliau akan meninggal duniASyaitan yang berada disebelah kanannya menyerupai bentuk ataupun sifat ayah individu itu. Syaitan itu berkata “wahai anakku, aku sayang dan kasihan kepadamu. Oleh itu, kamu sebaiknya mati dalam memeluk agama Nasrani kerana agama itu adalah agama yang paling baik. 

Manakala syaitan disebelah kiri, meyerupai bentuk dan sifat ibunyASyaitan itu berkata “aku mengandungkanmu dalam perutku, aku berikan minum kepadamu jadi sebaiknya kamu mati dalam memerluk agama Yahudi kerana itu agama yang terbaik. 

Abu hasan menyatakan pada masa individu meninggal dunia, iblis datang seperti mahu menolong mereka dengan menyerupai bentuk individu yang sudah meninggal yang dicintai. Jika kita terperdaya atau tergoda dengan godaan iblis maka kita akan dilaknat oleh Allah. 

Tanda keempat: musibah (bencana)

Berdasarkan Al-quran ada lima jenis ujian yang Allah berikan iaitu ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan musim kebuluran. 

Firman Allah:155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali. "

157. mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya.   (surah al-baqarah ayt:155)

Kematian dinamakan musibah berdasarkan penyataan Allah “ sekiranya kamu dalam perjalanan di muka bumi, kemudian ditimpa bencana sakit yang membawa maut”. Bencana ini sebagai pengingatan kepada manusia yang membawa maksud tanda-tanda kematian semakin hampir. Para ulamak berkata “ada bencana yang lebih dahsyat daripada bencana itu sendiri. Iaitu kelalaian diri dalam mengingati mati. sesungguhnya setiap musibah ada hikmahnya. ”


Tanda kelima: kematian tiba-tiba

Kematian tiba-tiba datang kepada sesiapa pun, tidak kira pada situasi, tempat, keadaan. Kita perlu berhati-hati dan berwaspada dengan kedatangannya yang tiba-tiba. Abu hurairah menyatakan Rasulullah berkata “ selalu mengingati pemutus kenikmatan iatu kematian” direkodkan oleh an- Nasai dan Ibnu majah. 

 Umar bin khattab pernah menyatakan, “beliau pernah bertanya kepada Rasulullah, “siapakan individu mukmin yang bijak?’’ Rasulullah menjawab “individu yang paling banyak mengingati kematian dan paling banyak yang membuat persiapan selepas kematianya. Mereka individu yang bijak. 


Tanda keenam : dua malaikat berwarna hitam dan putih 

Rasulullah saw bertanya kpda golongan Ansar yang sedang m’hadapi kematian “apa yang kamu rasa ?”. Individu itu m’jawab “aku merasakan baik-baik sahajASudah datang kepadaku dua malaikat hitam dan putih’’. Kemudian Rasulullah bertanya lagi “mana yang dekat dengan kamu?’’ ‘’hitam” jawab individu itu. “sesungguhnya kebaikanmu sedikit dan yang paling banyak adalah kejahatanmu” jelas rasulullah

Individu yang tidak meninggal melainkan dua malaikat penjaga yang meperlihtkan amal perbuatannya di duniASekiranya dia mentaati perintah Allah, mereka berkata “semoga Allah memberikan ganjaran kepadamu atas persahabatanmu. ”

Rasulullah pernah membaca surat al waqiah ayt 83 – 94:


83. maka Alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu Yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

84. sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

85. dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, 

86. maka Bukankah elok kalau kamu orang-orang Yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan kami), -

87. kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang Yang benar ?

88. Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ", 

89. maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan. 

90. dan jika ia dari puak kanan, 

91. maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadaMu, (kerana engkau) dari puak kanan". 

92. dan jika ia dari (puak kiri) Yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, 

93. maka sambutan Yang disediakan baginya adalah dari air panas Yang menggelegak, 

94. serta bakaran api neraka. 


Nabi menyatakan “sekiranya pada masa kematian, hal-hal itu dikata kepadanya dan dia termaksuk dalam golongan kanan yang bermaksud dia menyukai pertemuan dengan Allah dan Allah menyukai pertemunya. manakala golongan disebelah kiri disebaliknya” hadis direkodkan oleh Al-bukhari dan muslim. 

Mengingati mati memperkukuhkan iman

78. di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada Dalam benteng-benteng Yang tinggi lagi kukuh. dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" ini adalah dari (sesuatu nahas) Yang ada padamu". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". maka apakah Yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (surah an’nisa ayt 78)

Kematian akan datang tidak mengira siapa atau di mana kita berada. Apabila ajal telah datang maka ketika itu barulah seseorang itu akan merasakan bahawa dia tidak lain hanyalah seorang hamba yang terpaksa akur kepada sunnah alam dan terpaksa bersiap sedia untuk menemui Tuhannya. Di kala itu, barulah manusia merasakan segunung penyesalan dan sedar untung nasibnya yang sebenar. 

Oleh sebab itulah, telah menjadi amalan kepada salafussoleh dan ulama terdahulu menjadikan tazkiratul maut atau mengingati mati ini sebagai suatu zikir harian. Rasulullah saw sendiri pernah mengingatkan sahabatnya agar banyak mengingati mati melalui sabdanya yang bermaksud: "Perbanyakkanlah mengingati perkara yang memusnahkan kelazatan dunia (mati)". 

Sahabat dan ulama adalah contoh dan teladan terbaik sebagai peribadi muslim. Mereka hidup dalam kehidupan yang murni dan sejahtera. Mereka maju dalam bidang keduniaan tetapi dalam masa yang sama mereka tidak lupa untuk mengingati bahawa mati pasti datang. Ibnu Muthi pada suatu hari memandang ke rumahnya yang tersergam indah dan berasa kagum tetapi kemudian ia menangis. Beliau berkata: "Andai kata kematian itu tidak wujud pasti aku akan lebih mencintaimu dan gembira memilikimu. Andai kata kita tidak akan dimasukkan ke dalam lubang kubur yang sempit itu sudah tentu mata kita akan terpesona melihat harta dunia ini". Lalu beliau terus menangis. 

Mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan dihadapkan ke hadapan Allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita. Mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat. Saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran yang baik di akhirat kelak. Dan demikianlah jika sebaliknya. 

Dengan kesedaran ini, manusia pasti akan berlumba-lumba membuat kebaikan dan amal soleh di muka bumi ini. Mengingati mati iaitu dengan membayangkan nikmat dan ganjaran yang bakal diterima di akhirat kelak akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu terlepas peluang melainkan dengan membanyakkan amal ibadat. Bukan setakat itu saja bahkan mengingati mati akan mendorong mereka menjauhi segala macam kemaksiatan dan kemungkaran. Hasilnya kehidupan manusia akan sentiasa di dalam kesejahteraan dan keharmonian. 

Oleh kerana itu, adalah selayaknya umat Islam menjadi umat yang hidup dalam aman dan harmoni disebabkan sikap berlumba-lumba melakukan kebajikan dan bebas daripada gejala kemaksiatan dan kemungkaran. 

Antara faktor kekuatan yang membuahkan hasil sedemikian adalah adanya sifat mengingati mati di dalam diri setiap individu Islam di dalamnyASering memikirkan mengenai untung nasib selepas mati akan menyebabkan seseorang itu amat takut untuk melakukan kemungkaran seperti menerima rasuah, pecah amanah, menabur fitnah, mencuri, berzina dan sebagainya. Mengingatkan akan saat-saat kematian dan seterusnya azab seksa yang bakal diterima nanti, bukan saja dapat menjauhkan seseorang itu daripada melakukan maksiat bahkan ianya tidak akan terlintas langsung di kotak pemikiran mereka. 

Oleh itulah, tazkiratul maut atau mengingati mati ini menjadi salah satu cara dalam pendidikan Islam dan manhaj pembentukan peribadi. Tidak dinafikan juga bahawa mengingati mati atau inginkan syahid menjadi rahsia kekuatan umat Islam dalam meluaskan empayar Islam sehingga menguasai lebih sepertiga daripada muka bumi ini. 

Mengingati mati bukanlah alasan membawa kepada kemunduran dan ketinggalan di dalam segenap bidang di dunia ini bahkan ianya menjadi pendorong dan titik tolak kepada kemajuan dan kecemerlangan umat Islam di muka bumi. Sekiranya manusia tidak pernah memikirkan bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan kehidupan di akhirat adalah kekal abadi nescaya mereka akan terus memburu dunia dengan apa cara sekalipun tanpa mempedulikan sebarang batasan dan undang-undang. Akhirnya kehidupan manusia itu sendiri akan hancur dan porak peranda. 

Bagi mengetakkan perkara ini daripada berlaku maka Islam telah datang dengan mengajar umatnya supaya mengingati mati atau tazkiratul maut ini sebagai sumber kekuatan dalam setiap tindakan demi menjamin keharmonian hidup masyarakat yang bebas daripada kemungkaran dan perbuatan yang merosakkan. 

Cara mengingati kematian, pertama adalah menerima berita kematian dengan tenang, contohnya kita terlihat ada orang yang sedang memanggul keranda jenazah, maka disaat itu kita berusahalah untuk mengingati kematian dalam diri kita. 

Kedua, setelah kita mengingati kematian dalam diri sendiri, cuba kita bayangkan bagaimana sepi and sunyinya alam kubur itu, tiada peneman setiap hari-hari yang dilalui. Diceritakan dari Abu Bakar Al-Isma`ili dengan sanandnya dari Usman bin Affan, bahwa apabila mendengar cerita neraka, ia tidak menangis. Bila mendengar cerita kiamat, ia tidak menangis. Namun apabila mendengar cerita alam kubur beliau menangis. “Mengapa demikian, wahai Amirul Mukminin, ” tanya seseorang kepada beliau. Usman menjawab, “Apabila aku berada di neraka, aku tinggal bersama orang lain, pada hari kiamat aku bersama orang lain, namun bila aku berada di kubur, aku hanya seorang diri. ” alam kubur dapat berubah menjadi kebahagiaan atau kesengsaraan, bergantung kepada amalan kita dunia samaada kita melakukan amal soleh atau kejahatan. 

ketiga, mengziarah kubur juga merupakan cara untuk mengingati mati. Ia merupakan sunnah Rasulullah dalam hadis nabi berpesan “aku pernah melarang kalian mengziarah kubur, namun sekarang melawat atau mengziarahi kubur adalah sunat kerana dengan mengziarahi kubur kita dapat merasai bahawa kematian itu sudah hampir bila-bila masa” (HR. muslim 977)

Kematian adalah peringatan

Maut adalah saat menyakitkan yang harus ditempuh semua orang, tanpa mengira siapa kita dan bagaimana kita. Disaat kematian datang kita akan melupakan segala sesuatu sebelumnya dan hanya bayangi penghitungan amal di hadapan Allah. Tidak terbayangkan siksaanya, bagaimana untuk melepasi keadaan yang gawat itu dengan hati meredhai apa yang Tuhan lakukan dan lidah dapat menyebut syahadat yang mulia?

Sahabat berkomenter “Rasulullah saw diberi pilihan samaada beliau ingin di tambahkan usianya dan ditangguhkan kematiannya, atau mahu berjumpa dengan Tuhannya’’ beliau dengan tegas mengatakan, “aku ingin bertemu al-rafiq al-A’la. ’’ Maksudnya, beliau mahu berjumpa dengan Tuhanya. Beliau ingin meninggalkan kehidupan dunia. Kerana beliau tahu bahawa kematian tetap akan menjemputnya. 

 25 tahun selepas kita dikuburkan rangka tubuh kita akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, hanya ada satu tulang yang sangat kecil disebut “ajbudz dzanab” (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat. 

Firman Allah: 185. tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya. (surah al-imran ayt 185)

Ketahuilah kematian pasti tiba kepada seluruh umat tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan, kekayaan atau gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada maut. Apabila ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dicepatkan walaupun sesaat. 


Kelebihan Mengingati Mati

Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. bersabda; maksudnya: “Banyakkanlah mengingati sesuatu yang menghancurkan kenikmatan, iaitu kematian. ” (Riwayat At-Tarmidzi dan An-Nasai)

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala. : Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali Imran 3: 185)

Setiap kali menarik nafas selalu mengingati Allah serta merenungi kebesaranNya dan bersyukur atas semua kenikmatan yang telah diberikan. 

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala. : Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tanteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia. ” (Ar-Ra’du; 13: 28)

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. bersabda, maksudnya: “Ada empat perkara yang siapa pun diberinya, maka sungguh dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat, iaitu lisan yang selalu berzikir kepada Allah Subhanahu wa ta’ala., hati yang bersyukur, badan yang sabar ujian dan isteri yang tidak mengkhianatinya kerana takut kepada dirinya dan tidak pada hartanya. ” (Riwayat At-Thabrani dari Inbu Abbas)

Sentiasa menjadikan setiap perbuatan, perkataan dan tindakan berlandaskan hukum syara’ yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Contohnya berusaha untuk meninggalkan perbuatan dan tingkah laku yang termasuk dalam kategori haram dan makruh malah meningkatkan amalan ibadah wajib dan sunnah yang mempunyai nilai ibadah dan pahala di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala. 

Segera bertaubat dengan mengucapkan istighfar ketika melakukan kesalahan dan berbuat dosa. Apabila dosa itu berkait dengan manusia, maka segera memohon kemaafan dengan penuh ikhlas kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik umatku adalah mereka yang ketika melakukan kesalahan memohon keampunan, ketika berbuat baik gembira dan ketika musafir meringkaskan solat dan berbuka puasa. ” (Riwayat At-Thabrani)

Aktif melakukan perkara yang memberi nilai pelaburan untuk masa akan datang seperti membina institusi pendidikan, menyediakan peluang pekerjaan bagi para penganggur dan fakir miskin serta mencipta karya intelektual yang boleh dipelajari oleh generasi masa depan. 


19 tanda golongan mati dalam husnul khatimah


Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya (Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari Al Qur’an dan Sunah shahihah, beliau mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini ringkasannyASesungghnya Dzat Yang Mensyariatkan telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah – Allah Ta’alaa telah menetapkannya dengan karunia dan kenikmatanNya – maka siapa saja yang meninggal dengan memiliki salah satu tandanya maka itu merupakan berita gembira:

Pertama:Mereka yang dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang shahih diantaranya. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk surga) (hadits hasan). 

Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadits Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu. Dari Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: (bahwa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendngar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (kematian seorang mukmin disertai keringat dikeningnya) (hadits shahih). 

Ketiga: Mereka yang meninggal pada malam jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam (hadits dengan seluruh jalurnya hasan atau shahih) Rasulullah bersabda: (tidaklah seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah Melindunginya dari siksa kubur). 

Keempat: meninggal dalam keadaan syahid dimedan perang sebagaimana firman Allah Ta’alaa :

Artinya: (dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rizki disisi Tuhan mereka (169) Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum mengikuti mereka dibelakang janganlah mereka takut dan sedih (170) Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan karuniaNya dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman) (QS Ali Imran :169-171). 

Rasulullah bersabda: (orang yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak tetesan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam surga, dijauhkan dari siksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat dihari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari surga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya) (hadits shahih). 

Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang dijalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah. (apa yang kalian nilai sebagai syahid diantara kalian ?) mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh dijalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (jadi sesungguhnya para syuhada umatku sedikit). Mereka berkata: lalu siapa mereka Ya Rasulullah ? Beliau berkata: (barang siapa yang terbunuh dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati karena wabah taun syahid, barangsiapa yang mati karena penyakit perut syahid, dan orang yang tenggelam syahid). 

Keenam: mati karena satu wabah penyakit tha’un, berdasarkan beberapa hadits diantaranya. 

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (wabah tha’un merupakan kesyahidan bagi setiap muslim). (hadits shahih) Ketujuh: Mereka yang mati karena penyakit dalam perut berdasarkan hadits diatas. Kelapan dan kesembilan:Mereka yang mati karena tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:

Rasulullah bersabda: (syuhada ada lima: yang mati karena wabah ta’un, karena penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid dijalan Allah) (hadits shahih). 

Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya. Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahwa Rasulullah menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: tahukah kamu siapa syuhada dari umatku ? mereka berkata: terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau berkata: (jadi sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati karena wabah tha’un syahid, wanita yang mati karena janinnya syahid [ditarik oleh anaknya dengan tali arinya kesurga]) (hadits shahih). 

Kemudian, Mereka yang mati karena terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada ditulang rusuk, ada beberapa hadits yang terkait yang paling masyhur:

Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’ : (syuhada ada tujuh selain terbunuh dijalan Allah: yang mati karena wabah tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati karena sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena reruntuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid) (hadits shahih). 

Mereka yang mati karena sakit TB berdasarkan hadits. Rasulullah bersabda: (terbunuh dijalan Allah syahid, wanita yang mati karena melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati karena sakit TB syahid, yang mati karena sakit perut syahid) (hadits hasan). Mereka yang mati karena mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadits diantaranya. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (barangsiapa yang terbunuh karena hartanya (dalam riwayat: barangsiapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid) (hadits shahih). 

Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati karena mempertahankan agama dan dirinya. Rasulullah bersabda: (barangsiapa yang terbunuh karena hartanya syahid, barangsiapa yang terbunuh karena keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh karena agamanya syahid, barangsiapa yang terbunuh karena darahnya syahid) (hadits shahih). 

Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga diperbatasan) dijalan Allah. Ada dua hadits dalam hal itu salah satunya. Rasulullah bersabda: (ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rizkinya dan diamankan dari fitnah) (hadits shahih). 

mati ketika melakukan amal solih berdasarkan hadits. Rasulullah bersabda: (barangsiapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk surga, barangsiapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk surga, barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk surga) (hadits shahih). 

Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim karena memberi nasihat kepadanya. Rasulullah bersabda: (penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muththalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya) Hadits dikeluarkan oleh Al Hakim dan dishahihkannya dan Al Khatib. 

Wajah-wajah kematian

Allah berfirman kepada Nabi musa AS di dalam kitab taurat maksudnya:“wahai manusia, seandainya binatang ternakan m’getahui dahsyatnya kematian yang akn menimpamu nescaya mereka tidak mahu makan dan minum sehingga kebuluran dan kehausan”. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “ada dua perkara yang sangat ditakuti dan dibenci oleh manusia”. Manusia itu takut dan benci pada maut padahal ia lebih baik kepada orang mukmin daripada ancaman fitnah. Manusia takut dan benci kepada miskin padahal itu lebih baik baginya daripada susah dan menderita dihisab di akhirat nanti. 

Terdapat 4 perkara yang boleh menyelamatkan seksaan kubur pertama adalah orang yang Menjaganya solat iaitu orang yang cukup lima waktu solat dan tidak melewatkan solatnya. Kedua bersedekah kerja jalan Allah. Memberi sedikit harta kepada orang yang memerlukan (kesusahan). kemudian membanyakan membaca Membaca al-Quran dan bertasbih setiap masa yang ada. 

Terdapat 4 perkara yang menyebabkan seksaan kubur ialah Berdusta dalam setiap percakapan. Selain itu, mengianati orang yang memberi kepercayaan kepada kita ibarat makan kawan sendiri. Mengumpat sering dikaitkan dengan perempuan. Mengumpat ialah mencerita keburukan orang ketika ketiadaan orang yg diceritakan. Tidak membersihkan air kencing pada tubuh dengan cara yang betul iaitu istinjak. 

Penutup

Kehidupan dunia adalah persinggahan sementara sebelum kita menghadapi kehidupan sebenar di akhirat. Kematian bukanlah akhir dari kehidupan tetapi permulaan kehidupan di alam barzakh. Kematian hanyalah salah satu fasa perkembangan manusia menuju Yang Maha Esa. Ia fasa yang pasti ditempuh semua makhluk dalam alam ini untuk kembali kepada-Nya. 

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bermaksud: “mengingati dan menyebut-nyebut nama para Nabi menjadi ibadah, mengingat dan menyebut nama para salihin (orang –orang yang soleh) menghapuskan dosa, mengingati mati adalah sedekah dan mengingati kubur boleh mendekatkan kamu kepada syurga”

Mengingati mati boleh menjadi seseorang itu cerdik dan mendorong untuk beramal soleh dan menjauhi maksiat. Menjadikan seseorang itu dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka. Menjadi cerdik pulak kerana dengan mengingati mati seseorang itu akan bersiap sedia dengan bekalan (amalan) untuk jangkamasa hidup yang tidak berkesudahan. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com