Pendahuluan.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji hanyalah untuk Allah Subhanahu wa ta’ala, yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah yang menciptakan seluruh alam ini pun mempunyai nama. Bukan hanya satu nama, tetapi banyak nama yang indah. Nama-nama Allah yang banyak itu di dalam Al-Quran disebut Asmaul Husna. Ertinya nama-nama yang bagus, nama-nama yang baik, indah dan nama-nama yang mulia. Iaitu nama yang seratus peratus sesuai dengan yang diberi nama atau yang mempunyai nama-nama itu. Mengikut para ulama, nama-nama Allah itu ada sejumlah 3, 000 nama, di mana 1, 000 darinya diketahui oleh para malaikat, 1, 000 diketahui oleh para Nabi, 300 terdapat dalam kitab Zabur, 300 lagi di dalam kitab Injil dan 99 pula di dalam kitab suci Al-Quran. Bererti hanya satu lagi nama yang dirahsiakan Allah, dan sebagai gantinya Nama yang terahsia itu dikatakan sebagai Asmaul-A’zham al-Husna yang bermaksud Nama Allah yang teragung. Kesemua nama-nama Allah itu adalah yang teragung dan yang paling baik.. Mengetahui Nama-nama Allah adalah satu daripada beberapa jalan untuk mengenal keagungan dan kebesaran Allah Subhanahu wa ta’ala. Pemahaman akan setiap Nama-nama Allah itu bukan sahaja akan memperdalamkan rasa iman kita, tetapi juga memperkukuhkan keyakinan kita terhadap kehidupan beragama di dunia yang sementara ini. Nama-nama Allah atau Asmaul Husna ini telah menjadi sebuah tajuk atau topik perbincangan dan pendengaran kepada hampir seluruh masyarakat, tetapi hanya sebilangan orang sahaja yang benar-benar memahami makna di setiap Nama-nama Allah yang mulia ini. Dan sebilangan lagi hanya sekadar menyebut di bibir dan tidak benar-benar mengerti di sebalik nama-nama Allah yang indah ini. Jadi, apakah kita mengetahui tentang rahsia dan kebaikan Nama-nama Allah ini apabila kita membacanya ?
ALLAH
Allah, nama bagi Tuhan yang Maha Esa. Perkataan Allah ini mempunyai erti yang meliputi seluruh pengertian yang terkandung dalam seluruh Nama-nama Allah (Asmaul-Husna), iaitu Tuhan yang tunggal yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan kempinpinan yang maha besar lagi maha tinggi serta maha kuasa. Di antara Nama-nama Allah yang berjumlah 99 atau lebih itu, “Allah” inilah yang paling banyak tersebut di dalam Kitab Suci Al-Quran iaitu sebanyak 2, 698 kali. Khasiat-khasiat dan faedah tersendiri yang wujud hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya-Allah” dalam amalan hidup sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Sesiapa yang membaca :Ya Allah” sebanyak 5000 kali pada setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah, dengan izin Allah apa yang diingankan dikabulkan oleh Allah.
2. Sesiapa yang membaca nama Allah ini secara rutin, setiap hari sebanyak 1000 kali dengan sebutan “Ya Allah Ya Hu”, Allah mengurniakan keyakinan yang sempurna kepada orang itu.
3. Bagi sesiapa yang menderita sesuatu penyakit yang sukar disembuhkan oleh perubatan moden kemudian dia berdoa kepada Allah dengan nama ini, dengan izin Allah dia sembuh, selagi ajalnya belum tiba.
Ar-Rahman (Maha Pemurah)
Allah adalah amat pemurah kepada sekalian hamba-Nya. Dialah pemberi rahmat atau Maha Pengasih, Maha Penyanyang atau Maha Pemurah. Seisi langit dan bumi kesemuanya bergantung kepada Allah Tuhan yang Maha Pemurah kepada sekalian hamba-Nya. Khasiat-Khasiat dan kelebihan tertentu yang boleh diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Rahman”dalam amalan seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Rahman” tiap-tiap hari 100 kali tiap-tiap lepas sembahyang lima waktu, Insya-Allahkeluar daripada hatinya lupa dan lalai dengan izin Allah Taala.
2. Sesiapa yang mengulangi menyebut Nama ini 100 kali setiap selepas sembahyang fardu, Insya-Allah akan memperoleh ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam, memiliki hati yang bersih dan murah hati.
Ar-Rahim (Maha Penyanyang)
Dialah yang amat penyanyang. “Ar Rahim” di antara nama Allah yang paling banyak disebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sesudah “Allah”. Disebut kira-kira 800 kali. “Ar Rahim” bererti Allah memberikan rahmat rahmat yang besar, rahmat yang tidak dapat dinilai dengan seluruh harta dan kekayaan, rahmat yang kekal abadi. Khasiat-Khasiat dan kelebihan yang boleh dicapai hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Rahim” dalam amal ibadat harian adalah seperti berikut :
1. Sesiapa yang berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Rahim” setiap hari, 100 kali, Insya-Allah dijadikan hatinya lembut dan kasih sayang akan makhluk.
2. Barang sesiapa takut jatuh kepada yang dibencinya akan dia, lalu berzikir dengan Ar Rahman Ar Rahim seperti dikatanya “ Ar Rahmannu-Ya Rahim” 100 kali, Insya-Allah diamankan ia daripada kejahatan barang yang dibencinya itu.
3. Sesiapa yang mengulangi menyebut Nama ini 100 kali selepas sembahyang Subuh, Insya-Allah akan mendapati setiap orang berbaik hati, mesra dengannya dan suka menolong bila dalam kesusahan.
Al-Malik (Maha Pemerintah)
Allah pemilik segala-galanya yang ada di mauka bumi ini dan cakerawala-cakerawala lain ciptaan-Nya. Dia adalah pemerintah Maha Agung di seluruh alam. Khasiat-Khasiat dan kelebihan yang boleh diperoleh dengan menyebut “Ya Malik”dalam amalan seharian sebagai berikut :
1. Barang siapa yang mengulangi menyebut Nama ini pada setiap masa akan dihormati, disegani dan menerima layanan yang wajar daripada ornag lain.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Malik” tiap tia hari kemudian daripada fajar atau ketika gelincir matahari sebanyak 121 kali, Insya-Allah dikayakan akan dia dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah baginya.
Al-Quddus (Maha Suci)
Bagi Allah “Al-Quddus” bererti Allah itu bersih dari segala kekurangan. Maha suci Allah dari segala keasalahan, tidak pelupa dan serba boleh serta bebas dari segala kecacatan. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri yang timbul hasil dari mengamalkan Nama ini dengan bacaan “Ya Quddus” dalam amal ibadat, adalah seperti disebutkan di bawah:
1. Sesiapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Quddus” tiap tiap hari ketika gelincir matahari 100 kali, Insya Allah menjadi bersih hatinya dari rasa sombong, rakus, dengki, iri hati, dendam dan seumpanya.
2. Barang siapa berzikir dengannya 1000 kali, Insya Allah diselamatkan dia dari bala bencana.
3. Hati sesiapa yang mengulangi menybut Nama ini 100 kali setiap hari insya-Allah akan terlepas dari segala kebimbangan dan kecemasan.
As-Salaam (Maha Penyelamat)
Allah itu sendiri cacat dari segala kecacatan dan kekurangan. Allah adalah sumber kejahteraan, keamanan, dan perdamaian. Allah lah yang memegang teraju dan kunci utama segala keselamatan seluruh alam atau yang menyelamatkan alam ini seluruhnya. Ia sendiri bebas dan berish serta selamat dari segalan kekurangan. Khasiat-khasiat dan faedah terseniri jika seseorang Islam mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Salaam” dalam ibadatnya seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ini sebanyak 160 kali kepada orang yang sedang sakit, Insya Allah akan dapat menolong pesakit itu sembuh.
2. Sesiapa membaca pada musim penyakit melanda dengan bacaan “Salaam Kau Lamin-Rabbir-Rahim”tiap tiap hari sebanyak 28 kali, Insya Allah selamat ia darpada penyakit tersebut.
3. Apabila dibacakan akan dia di kepala orang yang sakit seperti dikatanya “Ya Salaam” sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara nyaring sekira-kira didengar oleh orang yang sakit itu dan dengan mengangkat dua tangan, Insya Allah disembuhkan akan dia dengan kurnia Allah selama tidak hadir ajalnya atau dikurang kan daripadanya sakit itu.
Al-Mukmin (Maha Pengaman)
Al-Mukmin bererti mempercayai atau mengamankan. Allah mempercayai akan semua Rasul-rasul Nyadan mengamankan seluruh makhluk-Nya dari segala bahaya dan kerosakan. Dialah yang meletakkan keimanan di dalam hati hamba-hamba-Nya, melindungi mereka yang memohon perlindungan daripada-Nya, dan memberikan keamanan dan ketenangan. Khasiat-khasiat dan faedah yang boleh dicapai hasil dari mengamalkan nama ini dengan bacaan “Ya Mukmin” dalam ibadat sehari-hari adalah seperti di bawah :
1. Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ini, Insya Allah akan terselamat dari sebarang bencana.
2. Apabila bezikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Mukmin” oleh orang yang dapat takut dari sesuatu dengan membaca 136 kali, Insya Allah aman dia, dirinya dan hartanya daripada perkara yang ditakutiya itu
3. Apbaila bezikir dengan dia oleh orang yang aman, Inysa Allah bertambah-tambah imannya.
Al-Muhaimin (Maha Pelindung)
Bagi Allah “Al mMuhaimin” adalah bererti yang sangat mengamati segala makhluk-Nya dengan pengamatan yang sangat teliti. Ia juga memelihara makhluk-Nya dengan pemeliharaan yang sempurna. Tanpa pemeliharaan Allah mustahil alam ini dapat kekal lama. Dialah yang memeriksa, memelihara, mengamati, serta menjaga makhluk ciptaan-Nya. Dialah yang Maha melindungi segala sesuatu. Khasiat-khasiat dan kelebihan yang boleh ditemui hasil dari mengamalkan menyebut Nama ini dengan bacaan “Ya Muhamin” dalam amalan seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang menyebut berulangan Nama ini dan selalu membersihkan diri dengan wuduk, Insya Allah keadaan batin dan jiwanya akan selalu disinari cahaya.
2. Sesiapa mengekali berzikir dengan dia kemudian daripada sembahyang isyak 145 kali, Insya Allah kuat hafaznya dan ingatan menjadi baik.
Al-Aziz (Maha Perkasa)
Al-Aziz bermaksud yang gagah perkasa, yang ulit, yang kuat, yang payah dicari dan sukar didapat seumpamanya, yang dapat menakluki segala-galanya termasuk memusnahkan alam ini. Allah adalah Yang Maha Gagah Perkasa yang dapat menaklukkan apa dan siapa pun. Termasuk memusnah atau menghancur leburkan alam dan cakerawala yang wujud ini hancur-sehancurnya. Dia tidak boleh dikuasai atau diperintah oleh sesiapa pun. Khasiat-khasiat dan kelebihanyang tertentu yang boleh ditemui hasil dari mengamalkan NAma ini dengan sebutan “Ya Aziz” adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang mengulang menyebut Nama ini 40 kali selepas sembahyang subuh selama 40 hari berturut-turut Insya Allah akan terlepas daripada pergantungan pada orang lain.
2. Barang siapa yang berzikir kan dia seperti katanya “Ya Aziz” 40 hari, tiap tiap hari 40 kali dan yang terlebih baik kemudian daripada sembahyang subuh, Insya Allah dikayakan dan di muliakan Allah akan dia dan tidak dihajatkan akan dia kepada seseorang daripada makhluknya.
Al-Jabbar (Maha Memaksa)
Bagi Allahh “Al Jabbar” bererti yang sanggup memaksa makhluk-Nya menurut kemahuan-Nya. Dialah Allah yang Maha Gagah Perkasa dan sanggup melakukan sesuatu kepada hamba-Nya tanpa sesiapa jua yang mampu menahan-Nya. Khasiat-khasiat dan faedah tertentu yang boleh diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Al Jabbar” dalam amal ibadat sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang mengulangi menyebut Nama ini terpelihara ia dariapada membuat sesuatu yang bertentangan dengan larangan Allah, dan terselamat dari kejahatan, kekerasan, kesulitan atau paksaan.
2. Sesiapa berzikir dengan dia seperti dikatannya “Ya Jabbar” dalam amal ibadat sehari-hari sebanyak 206 kali atau 260 kali pagi petang, Insya Allah tidak kuasa segala orang zalim mahu menzalimnya dan jika mereka itu perbuat juga akan dia, Allah balaskan seksa baginya.
Al-Mutakabbir (Maha Besar Kemegahnnya)
Allah lah yang mempunyai segala macam kekuasaan, kebesaran dan kesombongan. Hanya Allah saja yang berhak untuk sombong diri. Dia adalah yang memperlihatkan kebesaran-Nya daripada setiap kejadian dan dalam segala carASebab itu Allah sangat murka terhadap manusia yang sombong kerana manusia tidak berhak untuk berkelakuan sedemikian. Mereka makhluk yang serba lemah, rapuh dan sering melakukan kerosakan serta keburukan. Khasiat-khasiat dan faedah yang boleh dicapai hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Mutakabbir” dalam ibadat dan tindakan sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang mengulangi menyebut Nama ini sebelum menyetubuhi isterinya, Insya Allah allah akan mengurniakan anak yang sihat dan soleh.
2. Sesiapa berzikir dengan dia seprti dikatanya “Ya Mutakbbir” tiap tiap hari 662 kali, Insya Allah tunduk baginya segala orang-orang yang takbur dan lulus kelemahan pada mereka itu.
Al-Khaaliq (Maha Pencipta)
Bagi Allah “Al-Khaaliq” bererti Dialah Pencipta Maha Besar. Dialah yang mencipta segala sesuatu daripada ketiadaan mencipta semua benda dan mengetahui apa yang kan terjadi. Dialah yang mengadakan atau membentangkan sesuatu yang belum ada. Khasiat-khasiat dan faedah yang boleh diperoleh apabila mengamalkan Nama ini dalam ibadat seharian dengan bacaan “Al-Khaaliq” adalah seperti tercatat di bawah :
1. Barang siapa yang berulang kali menyebut Nama ini pada waktu tengah malam, Insya Allah Allah akan mengirim malaikat yang membantunya hidup di jalan yang benar sehingga hari penghakiman. Dengan bantuan malaikat mereka sentiasa di atas kebaikan.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “ Ya Khaaliq” waktu tengah malam 731 kali, Insya Allah diterangkan hatinyadan dirinya.
3. Sesiapa kehilangan harta atau lama ditinggalkan oleh kekasih, maka berzikir dia dengan “Al-Khaaliq” 5000 kali, Insya Allah datang dia dengan dengan perintah Allah.
Al-Baari’ (Maha Perancangan)
Bagi Allah “Al Baari’” bererti Dialah yang merancangkan sesuatu sebelum menciptaknnya. Allah merancang dan pelaksana segala kejadian apa saja di alam ini. Dia adalah pencipta semua kejadian dengan kedudukan tersendiri mengikut ketentuan-Nya. Khasiat-khasiat dan kelebihan yang dapat diperoleh hasil darpada mempraktikkan Nama ini dengan sebutan “Al-Baari”, dalam ibadat harian adalah seperti berikut:
1. Sesiapa yang berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Baari” siang malam, tujuh hari berturut-turut, tiap tiap hari 100 kali, Insya Allah selamat ia daripada kebinasaan dan tidak mendapat ia takut di dalam kubur.
2. Barang sesiapa berzikir dengan dia pada malam hari tujuh malam berturut-turut, tiap tiap malam100 kali, Insya Allah dijadikan sembuh segala penyakit dalam tangannya atau yang dihadapinya.
Al-Musawwir (Maha Pembentuk)
Al-Musawwir bererti yang menciptakan segala bentuk atau rupa makhluk-Nya. Dialah yang ‘merupakan’tiap tiap kejadian dan makhluk mennurut ketetapan-Nya yang tersedia. Khasiat-khasiat dan manfaat yang boleh ditemui hasil dariapda mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Al-Musawwir” dalam amalan harian adalah seperti berikut:
1. Barang siapa yang mengekali berzikir dengan dia seperti disebutnya “ Ya Musawwir” tiap tiap hari 336 kali atau lebih, Insya Allah menjadi baik segala apa yang dikerjakannya atau diperbuatnya.
2. Apabila berzikir dengannya oleh perempuan yang tidak mahu beranak 7 hari berturut-turut puasa, dan tiap tiap hari waktu maghrib sebelum berbuka, berzikir dengan dia 21 kali dan selalu buka puasa dengan minum air, 7 hari itu jangan banyak makan, Insya Allah dirupakan anak dalam rahimnya, dan demikian pula suaminya puasa 3 hari dan berzikir dengan dia waktu hendak berbuka dengan 21 air ditiupkan pada air itu dan selalu diminum.
3. Barang siapa bertempat pada tempat tidurnya lalu berzikir dengannya 10 kali sebelum membuka aurat dan sebelum bersetubuh dengan isterinya, Insya Allah diberi rezeki akan dia anak yang salih dengan izin Allah.
Al-Ghaffar (Maha Pengampun)
Allah amat suka memberi ampun atau maaf,. Seseorang manusia walau bagaimana jahat dan banyak dosanya, bila meminta ampun dan taubat Allah akan memberi ampun sekira dikehendaki-Nya. Allah sangat suka kepada orang-orang yang meminta ampun dan taubat. Khasiat-khasiat dan faedah tersendiri yang boleh diambil dari mengamalkan sebutan Nama ini dengan sebutan “Ya Ghaffar” adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang berulang kali membaca Nama ini, Insya Allah akan diampunkan segala kesalahan dan dosanya oleh Allah.
2. Sesiapa yang berzikir dengan dia seperti katanya “Ya Ghaffar” mengiringi sembahyang Jumaat sebanyak 100 kali, Insya Allahzahir baginya bekas keampunan.
Al-Qahhaar (Maha Perkasa)
Dialah yang dapat memaksa makhluk-Nya mengikut kemahuan-Nya. Dialah yang amat keras. Allah lah yang dapat memaksa makhluk-Nya bagaimana saja yang Ia kehendaki. Dia adalah penaung dan menundukkan dengan cara yang mengikut apa saja seperti yang Dia kehendaki. Khasiat-khasiat dan faedah tersendiri diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Qahhaar” dalam kehidupan seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Qahhaar” tiap tiap hari dan malam 306 kali atau lebih, Insya Allah keluar dari hatinya cintakan dunia dan kebesaran barang yang lain daripada Allah dan zahir baginya pertolongan atas musuhnya.
2. Sesiapa yang berulang kali menyebut Nama ini, Insya Allah akan berjiwa besar dan hatinyaakan bebas daripada tekanan keduniaan dan akan menikmati perasaan yang aman damai
3. Nama ini juga akan dibaca berulang kali, Insya Allah akan terhidar dia daripada membuat kejahatan.
Al-Wahhaab (Maha Pemberi)
Bagi Allah “Al-Wahhaab” bererti yang banyak mengurniakan pemberian dan mudah memberi bila dihajati. Pemberian Allah amat banyak dan tidak terhingga kurniaan-Nya. Dia adalah maha memberi restu kepada semua makhluk-Nya. Khasiat-khasiat dan kelebihan yang diperoleh daripada mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Wahhaab” adalah seperti berikut :
1. Barang siapa mengekali berzikir dengan dia pada akhir sujud dhuha 40 kali, Insya Allah dimudahkan baginya kekayaan, hebat dan Kabul kepada Allah.
2. Barang siapa yang menyebut berulang Nama ini sebanyak 7 kali semasa memohon sesuatu daripada Allah, Insya Allah permohonannya akan dikabulkan.
Ar-Razzaaq (Maha Pemberi Rezeki)
Dialah yang mengurniakan semua keperluan hidup atau rezeki bagi seluruh makhluknya. Dialah yang sangat memberi rezeki kepada para hamba-Nya. Allah lah yang memberi dan melengkapi semua keperluan hidup dari seluruh makhluk-Nya. Khasiat-khasiat dan kelebihan yang diperoleh mengamalkan Nama ini “Ar-Razzaaq”dalam kehidupan seharian adalah seperti berikut:
1. Barang siapa berzikir dengan dia 20 hari berturut-turut tiap-tiap hari 20 kali pada pagi-pagi sebelum makan dan minum, Insya Allah diberi akan dia kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara.
2. Sesiapa yang berulang kali menyebut Nama ini, Insya Allah akan dibekalkan kelancaran usahanya oleh Allah.
Al-Fattah (Maha Pembuka)
Dialah yang mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya atau yang menentukan hukum-hukum tertentu antara semua makhluk-Nya. Dialah “yang membukakan”, memulakan dan yang amat menolong hamba-Nya. Allah yang menguasai segala kunci sesuatu untuk keperluan segala makhluk-Nya. Dialah yang membukakan pintu hati dan keinginan untuk menerima petunju daripada kalangan hamba-Nya.
Khasiat-khasiat dan kelebihan tertentu hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Fattah” dalam ibadat sehari-hari berikut :
1. Barang siapa yang berulang kali menyebut Nama ini, Insya Allah hatinya akan sentiasa terbuka dan diberi kemenangan oleh Allah.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Fattaah” tiap-tiap lepas sembahyang subuh 71 kali, dan tangannya dihantarkan di atas dada, Insya Allahh bersih dan bercahaya hatinya dan mudah pekerjannya dan keluar cinta dunia daripada hatinya.
Al-Aliim (Maha Mengetahui)
Al-Aliim bererti Dialah yang Maha mengetahui segala-galanya. Tidak ada suatu kejadian di langit atau di bumi yang terjadi yang tidak diketahu-NyASehelai daun kayu yang jatuh ke bumi pun mesti diketahui-NyASebutir debu yang hinggap ke tepi dinding batu sudah pasti diketahui-Nya. Khasiat-khasiatdan faedah tersendiri yang boleh ditemui hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Aliim” adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang berulang kali menyebut Nama ini, Insya Allah hatinya akan disinari cahaya Nur yang suci.
2. Sesiapa sahaja yang mengamalkan “Ya Alim” atau “Ya Alimul ghaibi wasysyahadah “dengan yakin, selepas setiap sembahyang wajib, sebanyak 100 kali, Allah akan memberikan ilmu makrifat kepadanya dengan sempurna.
Al-Qaabidh (Maha Menyempitkan)
Al-Qaabidh bererti yang menyempitkan hidup atau mengurangkan rezeki seseorang yang ia kehendaki. Dialah yang menyempitkan hidup para hamba-Nya yang dikehendaki. Tidak sedikit orang yang pintar dan perkasa tetapi hidup nya melarat. Juga tidak sedikit orang yang giat berusaha, tetapi sempit juga hidupnya kerana Allah Berkuasa menentukan apa jua yang terjadi ke atas seseorang hamba-Nya. Khasiat-khasiat dan kelebihan yang diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Qaabidh” dalam amalan seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang berulang kali menyebut Nama ini di atas 50 jenis makananan selama 40 hari, Insya Allah akan terlepas daripada kelaparan, atau sakit
2. Baang siapa berzikir dengan dia tiap tiap malam Jumaat 100 kali, Insya Allah bertambah-tambah hampir ia kepada Allah.
Al-Baasit (Maha Melapangkan)
Al-Baasit bererti yang melapangkan hidup atau menambahkan rezeki seseorang yang Ia kehendaki. Dialah yang meluaskan rezeki kepada sesiapa yang di kehendaki-Nya. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri yang boleh didapati hasil dari mempraktikkan Nama ini dengan membaca “Ya Baasit” dengan amalan seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapaberulang kali menyebut Nama ini 10 kali waktu fajar dengan menadah tangan, kemudian meraup mukanya, Insya Allah akan dapat berdiri sendiri, berdikari, tanpa menggatungkan diri kepada orang lain.
2. Barang siapa berzikir dengan dia 300 kali atau lebih dengan mengangkat dua tangan ke langit kemudian disapukan kedua-dua tangan itu ke muka, Insya Allah dibukakan baginya satu pintu daripda segala pintu kekayaan.
Al-Khaafidah (Maha Merendahkan)
Dialah yang menurunkan darjat seseorang yang Ia kehendaki. Dialah yang menghilangkan atau mengurangkan sesuatu. Tidak sedikit orang cerdik pandai, tetapi tidak mendapat kedudukan dalam masyarakat. Khasiat-khasiat dan manfaat yang diperoleh mengamalkan menyebut Nama ini dengan sebutan “Al-Khaafidah” dalam ibadat adalah sepert berikut :
1. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Khaafidh” 500 kali dengan niat minta tunaikan hajat, Insya Allah ditunaikan sahaja.
2. Barang siapa berzikir dengan Dia 1000 kali, Insya Allah aman ia daripada segala musuh.
3. Barang siapa yang berpuasa selama tiga hari dan pada hari keempat membaca Nama ini sebanyak 70000 kali, nescaya Allah akan menghindarkan mereka dari bencana atau musuh.
Ar-Raafik (Maha Tinggi)
Bagi Allah “Ar-Raafik” bererti yang meninggikan darjat seseorang yang ia kehendaki. Dialah yang mengangatkan atau meninggikan darjat sesiapa jua yang dikehendaki-Nya. Tiada siapa jua yang bias menghalang-Nya dalam proses meninggikan darjat sesiapa jua yang dikehendaki-Nya. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri, yang boleh diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya-Raafik” adalah sperti berikut :
1. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya-Raafik” tiap tiap hari atau malam 70 kali, Insya Allah tiada di sampai kepadanya orang-orang zalim dan pencuri.
2. Barang siapa berzikir dengan dia 70 kali ketika datang orang-orang zalim, Insya Allah hasil baginya aman daripadanya.
3. Barang siapa yang membaca Nama ini 100 kali sehari semalam, Allah akan meninggikan darjat dan kemuliannya, kekayaan dan jasanya.
Al-Mu’izz (Maha Mulia)
Bagi Allah “Al-Mu’izz” bererti Dialah yang menyebabkan seseorang menjadi kuat, mulia atau menang. Dialah yang membuatkan seorang itu mulia, memberi kehormatan dan memuliakan seseorang. Khasiat-khasiat dan faedah yang diperoleh dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya-Mu’izz” dalam kehidupan harian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang menyebut “Ya Mu’izz” 140 kali selepas sembahyang isyak pada malam-malam isnin dan jumaat, Insya Allah Allah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain. Orang itu tidak akan takut kepada sesiapa melainkan Allah.
2. Sesiapa yang berzikir dengan dia sepert dikatakannya “Ya Mu’izz” tiap tiap malam Jumaat atau malam Isnin kemudian daripada maghrib 140 kali, Insya Allah berhasil bagi nya hebat dalam hati makhluk semacam hebat harimau di hati binatang-binatang hutan dan jadilah ia tiada takut melainkan kepada Allah Taala.
Al-Mudzill (Maha Penghina)
Bagi Allah “Al Mudzill” bererti yang menyebabkan seseorang menjadi lemah, hina atau kalah. Dialah yang keras penghinaan kepada sesiapa yang dikehendaki antara makhluk-Nya. Allah lah yang maha merendahkan dan meletakkan seseorang dalam keadaan yang hina serta menurunkan darjat. Dialah yang berkuasa menarikkan kembali segala pemberian-Nya jika seseorang hamba itu menderhakai-Nya. Khasiat-khasiat dan kelebihan yang diperoleh dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Mudzill” dalam kehidupan sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang menyebut Nama ini sebanyak 75 kali, Insya Allah akan dijauhkan Allah ia dari bencana dan orang orang yang ingin membinasakannya.
2. Barang siapa berzikir dengan “Ya Mudzill” tujuh hari dan tiap tiap hari 1000 kali, Insya Allah ditolakkan daripadanya musuhnya itu.
As-Samik (Maha Mendengar)
Bagi Allah “As Samik” bererti yang dapat mendengar segala bunyi atau suara, suara keras atau halus, jauh atau dekat. Allah maha mendengar. Dia mendengar segala sesuatu yang berlaku di langit dan bumi ini. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “As Samik” dalam amalan seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini sebanyak 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari khamis selepas menunaikan sembahyang zuhur, Insya Allah akan kurniakan segala hajatnya.
2. Barang siapa berzikir dengan dia tiap tiap hari siang dan malam, Insya Allah disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli.
Al-Basiir (Maha Melihat)
Al Basiir bererti Dialah yang maha melihat segala-galanya yang besar atau yang halus, yang dekat atau yang jauh. Allah Maha Melihat setiap perbuatan yang dilakukan oleh para hamba-Nya sama ada yang menduduki langit atau bumi. Tetapi para hamba-Nya tidak melihat Allah. Namun begitu semua perlakuan dan amal bakti hamba-Nya dilihat oleh Allah Taala. Khasiat khasiat dan kelebihan yang diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dalam amal ibadat dengan sebutan “Ya Basiir” adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini sebanyak 100 kali antara sembahyang sunat pertama dan sembahyang fardu Jumaat, Insya Allah Allah akan memberikannya kemuliaan pada pandangan orang lain terhadapnya.
2. Barang siapa yang berzikir dengan dia 100 kali antara sembahyang sunat subuh dan fardunya hari Jumaat, Insya Allah mendapat ia akan afiat Allah.
3. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia tiap tiap hari dan malam, Insya Allah disembuhkan ia daripada penglihatan matanya.
Al-Hakam (Maha Menghukum)
Bagi Allah “Al-Hakam” bererti yang menetapkan hokum-hukum bagi sekalian makhluknya, hokum yang tidak dapat dirobah dan dipinda oleh sesiapa pun. Ertinya Dialah yang menghukum dan menyediakan apa yang perlu dan patut bagi para makhluk-Nya seisi langit dan bumi. Khasiat khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Hakam” dalam praktik sehari-hari adalah sebagai di bawah:
1. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Hakam” lepas tengah malam dengan bersuci daripada hadas dan najis dan hadir hati 68 kali, Insya Allah dijadikan hatinya tempat rahisa dan nikmat
2. Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali pada malam hari, Insya Allah banyak rahsia akan diberikan Allah kepadanya.
Al-Adl (Maha Adil)
Al Adl bererti Yang Maha Adil di dalam menjatuhkan hukum ketetapannya. Allah sangat tinggi nilai keadilannya terhadap seseuatu makhluk ciptaan-Nya. Keadilannya yang Maha Tinggi dan Maha Luas dengan sendirinya menafikan kezalimannya dalam segala hukumhukum dan perbuatannya. Khasiat-khasiat dan faedah yang boleh ditemui hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Adl” dalam amal ibadat harian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanyan”Ya Adl”tiap tiap lepas sembahyang 104 kali, Insya Allah hasil baginya masyhur dan banyak keadilan dan tertarik kepadanya segala hati manusia.
2. Barang siapa menulis akan dia atas 20 suap dari roti pada hari atau malam Jumaat dan dimakannya akan dia, Insya Allah ditundukkan baginya segala makhluk.
Al-Latiif (Maha Lembut)
Bagi Allah “Al-Latiif” bererti yang sangat mengahsihani, lemah lembut, berbudi baik dan segalanya-galanya sifat berbudi tinggi terhadap segala makhluk. Allah sangat mengetahui segala perkara sampai sehalus-halusnya. Allah lah yang maha lemah-lembut, yang berpengahsihani, yang manis, yang halus dan yang permai. Khasiat khasiat dan kelebihan hasil dari mengamalkan Nama ini dalam amal ibadat dengan sebutan “Ya Latiif” adalah yang berikut :
1. Barang siapa yang jatuh miskin dan tinggal keseorangan, jika ia membaca atau menyebut Nama ini 100 kali selepas sembahyang sunat dua rakaat, Insya Allah maka kehendaknya akan dipenuhi Allah.
Al-Khabiir (Maha Mengetahui)
Bagi Allah “Al Khabiir” bererti yang mengetahui segala perkara batin, yang tersembunyi, dan mengetahui hakikat dari segala perkara dan kejadian. Dialah yang mempunyai pengetahuan tentang segala sesuatu yang amat rahsia, amat seni dan seumpamanya yang halus-halus pada semua benda, dan juga mengetahui segala yg terjadi di alam ini. Khasiat-khasiat dan kelebihan yang tersendiri hasil daripada mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Khabiir” dalam amal ibadat sehari-hari adalah seperti di bawah :
1. Barang siapa yang disakiti oleh seseorang, maka hendaklah ia membanyakkan berzikir dengan Nama ini, Insya Allah bebas ia daripadanya
2. Barang siapa mempunyai kebiasaan atau tabiat yang tidak disenangi, berzikir lah dengan menyebut Nama ini, Insya Allah akan hilang lah kebiasaan tersebut.
Al-Haliim (Maha Penyanyang)
Bagi Allah “Al-Haliim” bereti yang sangat penyantun, walaupun terhadap orang yang paling di murkai-Nya seseudah orang itu bertaubat. Dialah yang sangat sabar dan yang tiada lekas marah terhadap para hamba-hamba-Nya. Dialah yang Maha Penyanyang lagi Maha Penyantun. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dalam kehidupan seharian dengan sebutan “Ya Haliim” adalah seperti berikut :
1. Jika seseorang menulis Nama ini, di atas sekeping kertas, dan meletakkan di tempat benih di tanam, Insya Allah tidak akan berlaku kerosakan, dan bencana ke atas tanaman tersebut.
2. Apabila mengekali oleh seorang berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Haliim” tiap tiap lepas sembahyang 88 kali, Insya Allah tetap dia akan berada dalam pangkatnya.
Al-‘Aziim (Maha Agung)
Bagi Allah “Al-Aziim” bererti yang maha agung. Dialah yang maha besar dan yang maha mulia. Akal dan ilmu pengetahuan manusia tidak mungkin dapat menggambar atau membahaskan keagungan titu. Khasiat-khasiat dan manfaat bagi sesiapa yang mempraktikkan Nama ini dengan sebutan “Ya ‘Aziim” dalam amalan sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini dengan sebutan “Ya Aziim” berulang-kali, Insya Allah dimuliakan.
2. Apabila berzikir dengannya oleh orang yang takut daripada syaitan atau takut daripada sultan seperti dibacakannya “Ya Aziim” 12 kali dan ditiupkannyaakan dia atas dirinya, Insya Allah aman ia daripadanya.
3. Apabila orang yang sakit berzikir dengan “Ya Aziim” 1020 kali Insya Allah sembuh daripadanya atau orang yang tiada sakit berzikir dengannya, Insya Allah mendapat kemuliaan dan kebesaran.
Al-Ghafuur (Maha Pengampun)
Al-Ghafuur ialah yang maha pengampun dan pemaaf. Dialah yang memberikan kemaafan kepada semua hamba-Nya. Allah sangat suka, senang dan mudah memberikan pengampuanan, sekalipun seseorang itu mempunyai kesalahan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Apabila ia benar-benar bertaubat dan meminta keampunan daripada Allah, diampuni Allah jua. Khasiat-khasiat dan manfaat tersendiri yang boleh ditemui hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya-Ghafuur” dalam ibadat seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang pening kepala, demam, dan berputus asa, dan berulang kali membaca Nama ini, Insya Allah sembuh penyakitnya.
2. Sesiapa yang berusaha mengamalkan membaca “Ya Ghafuur”sebanyak mungkin setiap hari, Insya Allah doa dan permohonan kita dikabulkan.
3. Apabila kita sedang mengalami kesulitan dan kesusahan, maka baca sahaja “Ya Ghafuur” sebannyak 7000 kali setiap malam, Insya Allah kesusahan atau kesulitan tersebut akan pergi dari kita.
As-Syakuur (Maha Penerima Syukur)
As-Syakuur bererti Dialah yang sangat berterima kasih, yang mesti membalas setiap pujian, sanjungan atau ibadat yang ditujukan kepada-Nya oleh hamba-hamba-Nya yang bertaqwa. Khasiat dan kelebihan tertentu yang boleh diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya syakuur” dalam kehidupan sehari-hari mereka adalah seperti di bawah :
1. Barang siapa berada dalam kesusahan hati, dan membaca Nama ini sebanyak 41 kali, dan menghembuskan nafas ke dalam segelas air kemudian membasuh mukanya dengan air itu, Insya Allah hatinya akan terang dan dia akan dapat menguasai dirinya.
2. Apabila menulis akan dia 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau lelah (penat) badan atau daif mata dan dihapuskannya akan dia dengan air dan disapukannya air itu kepada badannya atau matanya dan juga diminum akan dia, Insya Allah mendapat ia berkat dari yang demikian itu.
Al-Aliy (Maha Tinggi Martabat-Nya)
Bagi Allah “Al-Aliy” bererti yang maha tinggi martabat-Nya. Dia yang tersangat tinggi dan amat tinggi martabat-Nya. Dalam erti kata lain Dialah yang amat tinggi kedudukan-Nya. Allah lah yang maha tinggi martabat-Nya, melebihi segala ketinggian yang dapat digambarkan akal dan pengertian, dan yang maha menetukan keputusan yang pasti. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Aliy” dalam amalan seharian adalah seperti di bawah :
1. Barang siapa yang menulis akan dia 110 kali dan digantungkan akan dia ke atas anak anak kecil, Insya Allah ditunjukkan akalnya kepada kebaikan, atau digantungkan ke atas orang fakir miskin, Insya Allah ia akan mendapat kesenangan.
2. Barang siapa yang nasibnya kurang baik, Apabila membaca Nama ini berulang kali, Insya Allah nasibnya akan terbela, matlamat hidupnya akan cerah, pengembara pula akan selamat tiba ke kampong halamannya.
Al-Kabiir (Maha Besar)
Bagi Allah “Al Kabiir” bererti yang Maha Besar. Kebesaran-Nya tidak dapat dihitung dengan akal, kerana akal tidak sanggup mencapai hakikat-Nya. Dialah yang maha besar dan yang menguasai segala-galanya. Khasiat dan kelebihan tersendiri yang dialami bagi sesiapa mengamalkan-Nya dengan sebutan “Ya Kabiir” dalam praktik sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya “Ya Kabiir”setiap lepas sembahyang fardu 232 kali, Insya Allah terbuka pintu ilmu dan makrifat baginya dan jika ia ada terhutang, Insya Allah terbayar hutangnya.
2. Barang sesiapa yang membaca Nama ini dengan bacaan “Ya Kabiir” sebanyak 100 kali setiap harii, Insya Allah akan beroleh penghormatan.
3. Bagi seseorang penuntut yang sedang belajar atau menuntut ilmu yang mengharapkan agar berhasil dan lulus dalam ujiannya, amalkanlah membaca “Ya Kabiir” 232 kali setiap selepas sembahyang fardu, Insya Allah akan berhasil hasratnya itu.
Al-Hafiiz ( Maha Pelindung )
Dialah yang memelihara atau melindungi makhluk-Nya dari segala bahaya atau kerosakan. Dialah yang memelihara segala sesuatu dengan baiknya, dan melindungi daripada nasib malang dan kecelakaan. Dialah yang menjamin, membela keselamatan hamba-Nya dan yang memperhitungkan segala amal perbuatan mereka pada hari kiamat. Khasiat dan manfaat yang diperoleh atas hasil daripada mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Hafiiz” dalam amalan seharian adalah seperti di bawah :
1. Barang siapa yang membaca nama ini sebanyak 16 kali setiap hari, Insya Allah akan dijauhi Allah daripada sebarang kecelakaan.
2. Barang siapa yang berzikir dengan sebutan “Ya Hafiiz” atau dituliskannya 998 kali dan ditanggung akan dia Insya Allah terpelihara ia daripada bahaya sekalipun ia tidur di tempat adanya harimau atau haiwan liar.
Al-Muqit (Maha Pemberi Kekuatan)
Allah lah yang menyediakan makanan dan minuman bagi segala makhluk-Nya yang memerlukan makanan dan minuman. Sesetengah pentafsir mengertikannya sebagai “Dialah yang menahan sesuatu” Khasiat-khasiat dan kelebihan tertentu yang boleh dialami hasil dari megamalkan sebutan “Ya Muqiit” dalam amalan seharian sebagai berikut :
1. Jika seseorang mempunyai anak yang berperangai tidak baik. membaca Nama ini berulang kali dalam segelas air, dan memberi si anak meminum air itu, Insya Allah anak itu akan berubah dan berperangai baik.
2. Apabila seseorng berpuasa yang merasa sangat kelaparan, berzikirlah Nama ini sebanyak 41 kali atau 550 kali. Insya Allah dikuatkan ia atas menahan lapar itu.
Al-Hasiib (Maha Mencukupi)
Bagi Allah “Al Hasiib” ialah cukup, “orang yang mencukupkan Aku” dan “cukuplah bagiku Allah”. Dialah yang memperhitungkan segala ciptan-Nya dan diatur dengan amat teliti dan amat benar. Khasiat dan kelbihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan bacaan “Ya Hasiib” dalam praktik ibadat seharo-hari adalah seperti berikut :
1. Jika barang siapa yang berasa takut harta bendanya kecurian, takutkan hasad dengki orang terhadapnya, atau dipersalahkan atau disakiti, bacalah Nama ini 70 kali mulia hari Khamis malam dan siang selama tujuh malam. Pada kali ke-71, sebutlah: Allah adalah peminjamku, dan ia kelak Insya Allah akan terlepas dari ketakutan-ketakutan tersebut.
2. Apabila berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Hasiib” oleh orang yang takut dikalahkan oleh kawan-kawan atau kerabatnya. Pagi-pagi dahulu daripada terbit matahari dan petang kemudian daripada maghrib 77 kali, sampai 7 hari, Insya Allah diamankan ia daripada barang yang ditakutinya itu dan permulaan berzikir itu hari Khamis.
Al-Jalil (Maha Luhur)
Al-Jalil bererti yang bersifat dengan sifat-sifat mulia, yang benar-benar mulia. Dia adalah yang memiliki kekayaan, pemerintah dan kesucian. Dialah yang memiliki segala sifat kebesaran dan kesempurnaan. Khasiat dan kelebihan tersendiri yang dialami hasil daripada mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Jalil” dalam amalan hidup sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Barang siapa berzikir dengan “Ya Jalil” dan dikekalkan pada setiap hari dan malam dengan membaca 73 kali, Insya Allah menjadi hebat dan besar perubahan dalam hidupnya.
2. Barang siapa yang menulis “Ya Jalil” di atas sekeping kertas dengan kasturi dan kunyit, kemudian menyucikannya dan meminum air itu dengan suatu bekas yang diperbuat daripada tanah, Insya Allah akan dihormatioleh semua orang.
Al-Kariim (Maha Mulia)
Al-Kariim bereti Dialah yang Maha Mulia. Dialah yang amat pemurah sehingga diberi segala keperluan makhluk-Nya tanpa diminta lebih dulu. Pemberian itu pula tanpa perantaraan. Kaki, tangan dan lain lain alat tubuh badan yang menjadi keperluan hidup kita manusia didapati tanpa meminta dan berikhtiar. Khasiat dan kelebihan tersendiri yang diperoeh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Kariim” dalam ibadat dan amalan sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Karim” tiap tiap hendak tidur 270 kali atau lebih, Insya Allah berhasil baginya kemurahan dan kemuliaan di dunia dan akhirat.
2. Barang siapa yang berulang kali membaca Nama ini akan mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.
Ar-Raqib (Maha Pengawas)
Ar Raqib bererti Dialah yang mengawasi segala sesuatu sehingga tidak ada satu perkara atau kejadian yang terjadi dengan tidak setahu-Nya dan di luar pengetahuan-Nya. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri yang diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Raqib” dalam ibadat dan amalan hidup sehari-hari adalah sperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca berulang kali Nama ini sebanyak tujuh kali, keluarga dan harta bendanya, Insya Allah semua akan dijagai oleh Allah.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Raqib” 50 kali dengan niat minta pelihara akan barang yang ghaib daripadanya, Insya Allah terpelihara ia.
3. Apabila berzikir dengan dia oleh orang yang kehilangan sesuatu tiap tiap lepas sembahyang 312 kali, Insya Allah dikembalikan barang yang hilang itu atau segera digantikan.
Al-Mujib (Maha Mengabulkan)
Dialah yang mengabulkan segala permintaan, hajat dan doa hamba-hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya. Dialah yang memperkenankan permintaan orang-orang yang meminta. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri yang diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Mujib” dalam praktik ibadat sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali dan memohon sesuatu daripada-Nya, Insya Allah nescaya akan diterima Allah.
2. Barang siapa yang berzikir dengan dia seperti diakatanya “Ya Mujib” 55 kali serta lalu berdoa terutama ketika terbit matahari, Insya Allah dikabulkan doanya.
Al-Waasik (Maha Luas)
Bagi Allah “Al-Waasik” bererti amat luas kekayaan-Nya sehingga dapat memenuhi segala keperluan hamba-Nya. Dialah yang mempunyai kebolehan yang tak terbatas dan mempunyai kelimpahan rahmat yang amat luas. Khasiat dan kelebihan tersendiri yang diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan bacaan “Ya Waasik” dalam amalan sehari-hari adalh seperti berikut :
1. Barang siapa yang mengalami kesulitan mencari rezeki yang halal, bacalah Nama ini selalu, nescaya rezekinya akan murah.
2. Barang siapa mengamalkan zikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Waasik” tiap tiap hari dan malam 127 kali, Insya Allah hasil baginya keluasan dan kelepasan daripada kehinaan dan selamat daripada iri hati, dengki dan mendapat ia Qana’ah.
(Qana’ah bererti berpada-pada, senang atau puas hati, menerima apa yang ada, rela dengan pemberian yang sudah dianugerahkan oleh Allah kepada dirinya. )
Al-Hakiim (Maha Bijaksana)
Bagi Allah “Al-Hakiim” bererti yang amat bijaksana, yang mempunyai hikmat, yang berpengetahuan ilmu ghaib dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi arif dalam semua perintah dan tindakan-Nya. Khasiat dan manfaat tersendiri yang diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Hakiim” dalam amalan ibadat seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang berulang kali membaca Nama ini, tak henti-henti dari masa ke masa, Insya Allah tidak akan menemui kesulitan dalam setiap pekerjaannya.
2. Barang siapa berzikir dengan menyebut “Ya Hakiim” pada setiap hari dan malam sekurang-kurangnya 300 kali, Insya Allah dibukakan baginya pintu hikmat dan dipalingkan daripadanya segala yang memberi mudarat akan dirinya.
Al-Waduud (Maha Pencinta)
Bagi Allah “Al Waduud” bererti yang amat cinta kepada makhluk-Nya, terutama mereka yang mematuhi peratuaran. Dialah yang menyanyangi sesiapa yang bertaubat kebaikan mengurniakan rahmat-Nya. Dialah saja yang patut dicintai dan selalu lah mendekati-Nya. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri yang diperoleh hasil usaha mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Waduud” dalam ibadat sehari-hari adalah seperti di bawah :
1. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Waduud” tiap tiap hari 1000 kali, Insya Allah diperbaiki oleh Allah baginya segala halnya daripada pekerjaan dunia dan akhirat.
2. Barang siapa berzikir dengan dia 1000 kali atas makanan dan dimakannya akan dia serta isterinya, Insya Allah kasih isterinya itu akan taat pada dia.
Al-Majiid (Maha Mulia)
Bagi Allah “Al Majiid” bererti yang amat mulia dan terhormat. Dialah yang keagungan-Nya Maha Tinggi, yang baik hati dan pemurah. Dialah yang Maha Mulia dan terhormat. Khasiat-khasiat dan manfaat tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Majiid” dalam amalan sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya “Ya Majiid” setiap hari kemudian daripada sembahyang subuh 99 kali, lalu ditiupkannya kepada dua tangannya dan disapukannya kedua-dua tangannya itu kepada mukanya, Insya Allah hasil baginya kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
2. Apabila orang yang berpanyakit kidal puasa pada hari biidh, iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 tanggal bulan Islam (3 hari dalam satu bulan) dan berzikir dengan menyebut “Ya Majiid” ketika hendak berbuka puasa sebanyak 100 kali atau lebih, Insya Allah sembuh ia daripadanya dengan sebab atau tiada sebab, dengan kehendak Allah jua.
3. Barang siapa yang menyebut “Ya Majiid” berulang kali, Insya Allah, Allah akan menerangi hati dan jiwanya.
Al-Baa’tis (Maha Membangkitkan)
Al Baa’tis bererti Dialah yang membangkitkan segala manusia yang sudah mati di alam akhirat nanti. Dialah yang menghidupkan segala makhluk pada hari pembicaraan di akhirat kelak. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Baa’tis” dalam amalan seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, Insya Allah akan berasa takut kepada kekuasaan Allah.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakan “Ya Baa’tis” ketika hendak tidur dan menghantarkan ia akan tangannya atas dadanya berzikir akan Nama itu 100 kali Insya Allah diterangkan hatinya dan diberi akan dia ilmu dan hikmat.
As-Syahiid (Maha Mengetahui)
Allah maha mengetahui dan menyaksikan segala peristiwa dan kejadian yang terjadi pada tiap tiap sesuatu. Segala benda yang ada semuanya ternyata kepada-Nya. Tidak ada suatu perkara atau kejadian di luar pengetahuan-Nya. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Syahiid” dalam amalan seharian adalah seperti di bawah :
1. Barang siapa yang mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibubapa, apabila membaca Nama ini berulang kali kepada anaknya, Insya Allah maka anak itu akan menurut perintah.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Syahiid” 319 kali pada tiap tiap malam, Insya Allah kembali ia daripada kejahatan kepada kebaikan dan jadilah ia hatinya muraqbah akan Allah.
Al-Haqq (Maha Benar)
Al-Haqq bererti yang benar dan selalu bertindak benar. Tidak pernah keluar dari garis-garis kebenaran. Dialah yang kewujudan-Nya tidak berunbah. “Al-Haqq” lawannya batil atau salah. Khasiat-khasiat dan manfaat tersendiri jika mengamalkan membaca Nama ini dengan sebutan “Ya Haqq” dalam amalan seharian adalah seperti berikut:
1. Barang siapa yang hilang sesuatu dan menyebut Nama ini berulang kali, Insya Allah akan dijumpai barangnya yang hilang itu.
2. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Haqq” banyak-banyak pada tiap tiap malam, Insya Allah ditetapkan ia atas taat.
Al-Wakiil (Maha Berserah)
Bagi Allah “Al Wakill” bereti Dialah yang melaksanakan segala urusan makhluk-Nya. Dialah yang menyediakan jalanuntuk menyelesaikan semua masalah dengan cara yang sebaik-baiknya. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Wakiil” dalam amalan sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Barang siapa yang takut akan kelemasan, binasa di dalam kebakaran, atau bahaya-bahaya yang seumpamanya, apabila membaca Nama ini dengan sebutan “Ya Wakiil” berulang kali dari masa ke masa, Insya Allah akan dilindungi oleh Allah.
2. Sesiapa membanyakkan berzikir Nama ini pada setiap hari atau malam 66 kali atau lebih, sampai 1000 kali, Insya Allah dibukakan baginya segala pintu kebaikan dan rezeki.
Al-Qawi (Maha Memiliki Kekuatan)
Bagi Allah “Al-Qawi” bererti yang Maha Kuat. Tidak pernah berasa lemah dan lalai atau lumpuh. Dia yang mempunyai kudrat atau kekuasaan yang sempurna yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana makhluk di bumi atau di langit. Ertinya Dia tiada disentuh kelemahan pada zat-Nya, sifat-Nya dan perbuatan-Nya. Khasiat –khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Qawi” dalam praktik amalan sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang tidk berdaya menewaskan musuhnya, apabila membaca Nama ini berulang kali dengan niat ia tidak akan membinasakan, Insya Allah akan terlepas dari kebinasaan.
2. Barang siapa yang dizalimi dan dianiayai orang, maka berzikirlah dengan “Ya Qawi-u-Ya Matin”, 1000 kali, Insya Allah dilepaskan ia daripadanya.
Al-Matiin (Maha Kukuh)
Bagi Allah “Al-Wakiil” bererti yang sempurna dan teguh kekuatan-Nya. Dialah yang maha kukuh. Dialah yang teguh dan keras. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Matiin” dalam amalan hidup sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa berzikir dengannya atas anak-anak kecil lelaki atau perempuan seperti dikatakannya “Ya Matiin” 10 kali, Insya Allah dipeliharakan ia daripada kejahatan zina.
2. Sekiranya seseorang itu menghadapi kesesuhan dan menyebut Nama ini berulang kali dengan sebutan “Ya Matiin”, Insya Allah, kesusahan yang dialaminya itu akan terhapus.
Al-Wali (Maha Pelindung)
Bagi Allah “Al Wali” bererti maha setia dalam mengendalikan seluruh urusan makhluk-Nya. Dia adalah penolong dan pelindung makhluk-Nya dan hamba-Nya yang ikhlas. Dialah yang mengurus urusan makhluk-Nya dengan kecintaan dan pembelaan. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Wali” dalam amal ibadat sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya Wali” ini, ada berkemungkinan menjadi seorang waliullah, iaitu orang yang menjadi kekasih Allah.
2. Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya “Ya Wali” pada maam jumaat 1000 kali, Insya Allah dihisab akan dia dengan hisab yang mudah, di Hari Kiamat.
Al-Hamiid (Maha Terpuji)
Bagi Allah “Al-Hamiid bererti Dia adalah satu-satunya yang wajib dipuji dan dimuliakan serta disyukuri oleh semua makhluk. Hanya Allah saja yang berhak dipuji. Selain dari pada Allah tidak berhak dan tidak patut dipuji atau menerima pujian, kerana mesti ada cacat, cela, salahnya. Khasiat dan manfaat tersendiri
Bagi sesiapa yang mengamalkan Nama ini dengan sebutan”Ya Hamiid” dalam amalan hidup sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya “Ya Hamiid” tiap tiap lepas sembahyang Maghrib dan subuh 62 kali, Insya Allah jadilah ia terpuji dalam perbutannya dan perkatannya.
2. Barang siapa berzikir dengan Nama ini 100 kali setiap kali lepas sembahyang lima waktu, Insya Allah jadi ia daripadi orang yang soleh.
Al-Muhsi (Maha Menghitung)
Allah lah yang memperhitungkan setiap amal perbuatan manusia kecil atau besar untuk dibalas dengan pembalasan yang setimpal. Dialah yang Maha Mengetahui bilangan sesuatu walaupun yang tidak boleh dibilang dan mengetahuinya setiap satunya. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mempraktikkan sebutan Nama ini dengan bacaan “Ya Muhsi” dalam amal ibadatnya seharian adalah seperti berikut:
1. Barang siapa yang takut disoal pada hari pembicaraan, sebutlah nama ini 1000 kali, Insya Allah nescaya akan mendapat ketenangan.
2. Barang siapa berzikirdengan dia seperti katanya, “Ya Muhsi” 20 kali atas 20 pecah roti dan diberi makan akan dia bagi orang yang dikehendakinya, Insya Allah ditundukkan ia baginya.
Al-Mubdik (Maha Pemula)
Dialah memulai segala atau yang menciptakan sesuatu yang sebelumnya tidak ada. Kemudian menjadi ada. Dialah yang mula-mula mencipta semua makhluk daripada ketiadaan dan tanpa sebarang model atau contoh. Allah lah pencipta yang mencipta segala yang wujud sama ada di dalam nyata atau di alam ghaib. Dia mencipta segala yang ada di dalam universal ini. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan bacaan “Ya Mubdik” dalam amal ibadat sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Barang siapa yang membaca Nama ini sambil menghembuskan nafas kea rah perempuan yang sedang mengandung yang takut keguguran, Insya Allah ia akan terhindar daripada bahaya tersebut.
2. Barang siapa banyak berzikir dengan dia tiap tiap hari dan malam dengan tiada terhitung banyaknya selama sebulan, Insya Allah dibanyakkan hartanya dengan tiada terbilang.
Al-Mu’iid (Maha Mengembalikan)
Al Mu’iid ialah yang mengulangi kejadian benda-benda yang sudah rosak atau dirosakkan dan dilenyapkan. Kemudian diadakan lagi bagi kali keduanyaseperti manusia yang sudah mati dihidupkan kembali sebagai kehidupan sekarang ini di akhirat nanti. Khasiat dan kelebihantersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Mu’iid” dalam ibadat harian adalah seperti di bawah:
1. Barang siapa yang membaca Nama ini 70 kali untuk seseorang yang tinggal jauh dengan keluarganya, Insya Allah orang itu akan pulang dengan selamatnya.
2. Apabila berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Mu’iid” 1000 kali oleh orang yang bingung, Insya Allah dapat petujuk ia kepada yang benar.
Al-Muhyi (Maha Menghidupkan)
Al Muhyii bererti Dialah yang memberikan kehidupan bagi makhluknya yang hidup. Dialah yang menghidupkan dan menyihatkan. Dialah yang memberikan kehidupan bagi makhluk yang hidup, pusat tenaga hidup dan sumber kehdupan sejagat. Segala kehidupan bersumber daripada Allah. Khasiat dan manfaat yang dapat diperoleh hasil daripada mengamalkan Nama ini dengan menyebut “Ya Muhyi” dalam amalan ibadat sehari-hari adalah seperti di bawah :
1. Barang siapa yang menanggung beban yang berat dan membaca Nama ini sebanyak 7 kali setiap hari, Insya Allah bebannya itu akan diringankan atau terhapus sama sekali
2. Barang siapa takut akan terpisah atau tertahan, maka berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Muhyi” 68 kali, Insya Allah diamanan ia daripadanya.
3. Sesiapa yang berzikir dengan dia sebanyak itu tiap tiap lepas sembahyang lima waktu, Insya Allah dikeluarkan daripada badannya segala penyakit.
Al-Mumiit (Maha Mematikan)
Bagi Allah “Al Mumiit” ialah yang mematikan makhluk-Nya yang hidup. Dialah yang mematikan sesuatu yang hidup. Dialah yang mencabut kehidupan daripada makhluk-Nya yang hidup dan mematikannya. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri yang diperoleh haasil dari menyebut Nama ini dengan bacaan “Ya Mumiit” dalam amal ibadat sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Nama ini dibaca berulang kali untuk menghancurkan musuh seseorang
2. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia ketika hendak tidur seperti dikatanya “Ya Mumiit” 490 kali atau lebih, Insya Allah nafsunya mahu tunduk bagi memperbuat taat.
Al-Hayy (Maha Hidup)
Bagi Allah “Al Hayy” ialah yang berkekalan hidup abadi. Dia tidak akan berakhir dengan mati. Dialah yang hidup kekal selama-lamanya. Tidak akan berakhir walaupun alam ini binasa. Khasiat dan kelebihan tersendiri yang diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Al Hayy” dalam kehidupan seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang berulang kali membaca Nama ini akan dipajangkan umurnya.
2. Sesiapa berzikir dengan dia seperti dikatanya, “Al Hayy” 300, 000 kali, Insya Allah tiada sakit ia selama-lamanyaa atau sedikit sakitnya.
Al-Qayyuum (Maha Berdiri Sendiri)
Bagi Allah “Al Qayyuum” bererti yang mengurus segala-galanya urusan makhluk-Nya. Dialah yang menguasai seluruh alam semesta. Dia yang berdiri dengan zat-Nya serta ‘kekal dan tetap’ selama-lamanya dan tiada berubah selama-lamanya. Khasiat dan kelebihan tersendiri bagi sesiapa yang berusaha mengamalkan-Nya dengan sebutan “Ya Qayyuum” dalam amalan sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini dengan sebutan “Ya Qayyuum” berulang kali, Insya Allah tidak akan menjadi lalai.
2. Sesiapa yang membanyakka berzikir dengan “Ya Qayyuum” banyak-banyak, Insya Allah dihilangkannya daripadanya tidur atau leka.
Al-Waajid (Maha Menemukan)
Bagi Allah “Al Waajid” bererti yang boleh mendapatkan apa saja yang Ia kehendaki. Dialah yang menemukan apa saja kemahuan-Nya pada masa yang diingankan-Nya. Allah memperoleh segala yang dikehendaki-Nya, maka Dia tidak memerlukan yang lain sebab Dia kaya mutlak. Khasiat dan kelebihan tertentu yang boleh ditemui hasil daripada mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Waajid” dalam amalan ibadat harian adalah sperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca “Ya Waajid” berulang kali akan beroleh kekayaan jiwa.
2. Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya “Ya Waajid” atas tiap tiap sesuap dari makanannanya, Insya Allah dikuatkan hatinya.
Al-Maajid ( Maha Mulia)
Bagi Allah “Al Maajid” bererti yang bersifat agung, tinnggi dan suci dalam mengerjakan sesuatu urusan. Dialah yang maha mulia. Allah adalah satu-satunya yang mulia dan terhormat di alam semesta ini. Khasiat-khasiat dan manfaat tersendiri yang boleh dialami hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Maajid” dalam amal ibadat sehari-hari adalh seperti berikut :
1. Barang siapa yang menyebut Nama ini dengan sebutan “Ya Maajid” berulang kali, Insya Allah akan mendapat kemualiaan.
2. Barang siapa mengekali berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya “Ya Maajid” 400 kali pada setiap pagi dan petang sampai isyak dan seterusnya, Insya Allah terang hatinya.
Al Waahid (Maha Esa)
Bagi Allah “Al Waahid” bererti yang maha esa atau maha tunggal. Dialah yang satu-satunya tiada lain selain dari pada-Nya. Allah lah yang satu, esa dan tunggal. Dia adalah berdiri sendiri dalam perbuatan-Nya. Nama-Nya tidak punya pasangan atau persamaan dengan makhluk-Nya, kewujudan-Nya dan tinggi kedudukan-Nya. Khasiat-khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mempraktikkan Nama ini dengan sebutan “Ya Waahid” adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali ketika keseorangan dan pada tempat yang sunyi, Insya Allah akan terselamat dari rasa ketakutan dan khayalan.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Waahid” 1000 kali, Insya Allah keluar dari hatinya oleh pergantungan atau takut akan makhluk.
As-Samad (Maha Diperlukan)
Bagi Allah “As Samad” bererti hanya Allah saja tempat bermohon, mengadu dan memuja segala makhluk-Nya. Ia menjadi tempat tumpuan meminta daripada makhluk-makhluk-Nya bagi segala keperluan dan perlindungan dari segala bahaya. Khasiat-khasiat dan kelebihan kesan dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Samad” dalam ibadat sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa berzikir dengan menyebut “Ya Samad” ketika sahur 125 kali, Insya Allah zahir kebenaran pada hatinya.
2. Barang siapa berzikir dengannya tiap tiap hari 150 kali, Insya Allah kuat kehendaknya dan ditolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit kelaparan.
Al-Qaadir (Maha Kuasa)
Bagi Allah “Al Qaadir” bererti Dia yang sanggup melaksanakan apa saja yang Ia kehendaki dengan tidak bergantung kepada masa dan keadaan atau ruang dan waktu. Dia amat berkuasa. Dia mampu melaksanakan segala seseuatu mengikut kehendak-Nya. Khasiat dan kelebihan tersendiri kesan dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Qaadir” dalam amalan sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Barang siapa yang membaca Nama ini dengan sebutan “Ya Qaadir” berulang kali, Insya Allah semua permintaannya akan diterima Allah.
2. Barang siapa berzikir dengan Nama ini dengan bacaan “Ya Qaadir” 100 kali atau 200 kali kemudian daripada sembayang dua rakaat ketika daif zahir dan batin, Insya Allah ia mendapat kekuatan.
Al-Muqtadir (Maha Menetukan)
Al-Muqtadir bererti Dialah yang memegang kuasa dari tiap tiap orang yang mempunyai kekuasaan. Dialah yang lebih berkuasa dan menetukan segala-galanya. Dialah yang menetukan jangka dan ukuran segala sesuatu yang wujud di alam buana ini. Khasiat dan kesan utama yang wujud bagi sesiapa jua yang mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Muqtadir” dalam amalan sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, Insya Allah akan sedar akan kebenaran.
2. Barang siapa membanyakkan berzikir membaca “Ya Muqtadir” 554 kali setiap hari, Insya Allah segala hajat dan maksudnya dikabulkan Allah.
Al-Muqaddim (Maha Mendahulukan)
Al Muqaddim bererti yang mendahulukan sesuatu atas lainnya. Dialah yang mendahulukan terjadinya wujud, kemuliaan, waktu dan penentuan tempat sebahagian makhluk dari yang lain. Khasiat khasiat dan kelebihan tertentu yang boleh ditemui bagi sesiapa yang mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Muqaddim” dalam amalan hidup harian adalah seperti berikut:
1. Baarang siapa banyakkan berzikir dengan menyebut “Ya Muqaddim” ketika masuk ke medan perang, Insya Allah tiada mengenai akan dia oleh mudarat atau kecelakaan.
2. Barang siapa membaca “Ya Muqaddim” sebanyak 184 kali setiap hari sebagai amalan zikir, Insya Allah segala macam usahanya mendapat kemajuan dan kejayaan.
Al-Muakhkhir (Maha Mengakhirkan)
Allah berkuasa mengakhirkan atau mengkemudiankan sesuatu atau lainnnya seperti mengakhirkan kelahiran adik dari abangnya, dan sebagainya. Dialah yang mengakhirkan kejadian, waktu, tempat sebahgian makhluk yang lain. Khasiat khasiat dan kelebihan bagi sesiapa yang mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Muakhkhir” dalam hidup sehari-hari adalah sebagai di bawah :
1. Barang siapa membaca “Ya Muakhkhir” sebanyak 100 kali di dalam hatinya setiap hari, Insya Allah ia hanya akan cinta kepada Allah. Ia tidak akan diganggu oleh perasaan-perasaan lain.
2. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya “Ya Muakhkhir” pada setiap hari, sebanyak 300 kali atau lebih, Insya Allah dibukakan atasnya pintu taubat dan taufik daripada Allah.
Al-Awwal (Maha Permulaan)
Bagi Allah “Al Awwal” ialah permulaan segala yang wujud, segala yang ada di alam buana jagatraya ini. Dialah yang sedia ada sebelum wujud sesuatu. Khasiat dan kelebihan yang diperoleh hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Awwal” dalam seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang menginginkan anak, atau ingin bersama sesorang yang sedang mengembara, sebutlah Nama ini 1000 kali selama 40 kali Jumaat.
2. Barang siapa berzikir dengan dia selama di dalam musafir seperti dikatanya “Ya Awwal” tiap tiap hari Jumaat 1000 kali, Insya Allah dihimpunkan ia atas yang ditontonnya.
3. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia ketika permulaan tiap tiap pekerjaan, Insya Allah sempurna pekerjaan itu atas sebaik-baik hal.
Al-Aakhir (Maha Pengakhiran)
Allah lah akhir segala wujud atau tidak berakhir wujud-Nya dan kekuasaan-Nya. Dialah yang kekal seorang diri-Nya selepas binasa segala sesuatu, maka Dialah yang akhir tiada berkesudahan. Khasiat dan kelebihan tersendiri kesan mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Aakhir” dalam ibadat seharian seperti berikut :
1. Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, Insya Allah akan memperoleh kehidupan yang baik dan pada akhir penghidupannya ia akan menemui maut dengan keadaan yang baik pula.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya aakhir” tiap tiap lepas sembahyang isyak 100 kali, Insya Allah hatinya menjadi bersih dan bertambah-tambah kebaikan di akhir umurnya.
Az-Dzaahiir (Maha Menyatakan)
Az-Dzaahiir bererti Dia yang amat nyata segala tanda kebesaran-Nya. Dia jugalah yang amat nyata segala ayat-ayat dan perbuatan-Nya. Allah yang nyata wujud-Nya, yang nyata dengan petunjuk ayat-ayat-Nya. Khasiat dan kelebihan tersendiri bagi sesiapa yang mengamalkan membaca Nama ini dengan sebutan “Ya-Dzaahiir” dalam amal ibadat mereka adalah seperti berikut:
1. Barang siapa mengekali berzikir dengan Nama ini sepeerti dikatanya “Az-Dzaahiir” ketikatimbul matahari 500 kali, Insya Allah diterangkan mata dan hatinya.
2. Barang siapa yang membaca Nama ini 15 kali selepas sembahyang Jumaat, Insya Allah cahaya Ilahi akan menyinari hatinya.
Al-Baatin (Maha Tersembunyi)
Al-Baatin bererti zat Allah itu tersembunyi tidak mungkin diketahui unsur-Nya. Dialah yang ghaib zat-Nya. Unsurnya tidak akan diketahui oleh sesiapa pun yang wujud di alam buana ini. Khasiat dan kelebihan tersendiri yang boleh dialami hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya-Baatin” dalam amalan harian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini 3 kali setiap hari, Insya Allah akan dapat melihat kebenaran di dalam sesuatu perkara.
2. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti di katakannya “Ya-Baatin” pada pagi-pagi, tengah hari, dan petang, Insya Allah jinak hatinya dan tetap nafsunya serta aman ia daripada yang ditakutinya.
3. Barang siapa berzikir dengan dia tiap tiap hari 33 kali, Insya Allah dijadikan ia daripada golongan ahli yakin.
Al-Waali (Maha Pemerintah)
Bagi Allah “Al-Waali” bererti yang menguasai segala urusan. Dialah yang mengarah, mengurus, mengendali, memerintah, mengukur dan merancang setiap gerak-geri yang berlaku pada bila-bila masa. Khasiat dan kelebihan hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya-Waali” dalam amalan ibadat sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Waali” dan menghembuskan nafas di dalam rumhanya, Insya Allah rumahnya akan terlepas daripada sebarang bahaya atau bencana.
2. Barang siapa membaca “Ya-Waali” di waktu siang sebanyak 10, 000 kali dan malamnya 10, 000 kali, maka Allah berkenan membukakan baginya pintu gerbang makrifat dalam hatinya.
Al-Muta’aali (Maha Tinggi)
Bagi Allah “Ya-Muta’aali” bererti Dia yang lebih Tinggi dari segala yang tinggi dan bersih dari segala kekurangan. Dialah yang lebih tinggi dari sebarang aksi, perlakuan atau keadaan dan sebarang pemikiran manusia. Nama ini menunjukkan Allah itu adalah lebih tinggi dari segala hasil pemikiran manusia. Khasiat dan kelebihan tersendiri yang wujud bagi sesiapa yang mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya-Muta’aali” dalam amalan hidup sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Barang siapa berzikir dengan “Ya-Muta’aali” 541 kali, Insya Allah hasil baginya ketinggian dan baik halnya, sehinnga perempuan haid atau nifas jika melazimi berzikir dengan Nama ini dalam masa haid atau nifasnya, Insya Allah menjadi baik halnya.
2. Barang siapa yang menyebut “Ya-Muta’aali” berulang kali, Insya Allah akan mencapai dan mendapat kelebihan kebajika daripada Allah.
Al-Barr (Maha Dermawan)
Bagi Allah “Al Barr” bererti yang berbuat baik dengan berbagai-bagai kebaikan. Dia yang memperbuat kebaikan. Dia yang memperbuat kebaikan yang besar. Dialah yang maha baik dari segala-galanya di alam ini. Dialah yang maha besar dan banayk kebaikan dan bantuan-Nya. Khasiat dan kelebihan tersendiri bagi sesiapa yang mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Barr” dalam amalan hidup sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca “Ya Barr” berulang kali kepada anaknya itu, Insya Allah akan terlepas dari sebarang kecelakaan.
2. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut “Ya Barr”, Insya Allah hasil baginya kebaikan yang besar.
At-Tawwaab (Maha Penerima Taubat)
Dialah yang menerima taubat atau yang mengampunkan orang yang berdosa setelah ia bertaubat. Dalam erti kata yang lain, Allah lah yang memberi taubat dan kembali berbuat baik terhadap orang yang berdosa sesudah bertaubat. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Tawwaab” dalam amalan seharian diantaranya seperti berikut :
1. Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, Insya Allah taubatnya diterima Allah.
2. Sesiapa yang membanyak membaca “Ya Tawwaab” sebanyak mungkin, Insya Allah Allah berkenan memudahkan baginya jalan kembali yang benar dan diredhai Allah.
Al-Muntaqim (Maha Pembalas)
Allah yang membalas segala dosa dengan seksa. Allah akan menyeksa orang yang berdosa dan akan memberi ampun sekiranya dikehendaki. Pembalasan Allah ada lah Maha Adil. Tidak perlu manusia yang serba lemah dan rapuh ini mempertikainya. Khasiat dan kelebihan tersendiri yang boleh diperoleh selepas mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Muntaqim” dalam ibadat harian adalah seperti di berikut :
3. Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, Insya Allah akan beroleh kemenangan bila menghadapi musuh.
4. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Muntaqim” ketika tidak kuasa melawan musuh sebanyak 630 kali atau lebih, Insya Allah ditolong akan dia ke atasnya.
Al-‘Afuww (Maha Pemaaf)
Bagi Allah “Al-‘Afuww” bererti Dialah yang suka memberi maaf atau banyak memaafkan segala kesalahan manusia. Dialah yang mengampunkan sesiapa yang bertaubat dengan seikhlasnya seperti merekat tidak pernah membuat dosa. Khasiat dan faedah tersendiri yang boleh dialami hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya-‘Afuww” dalam ibadat sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, Insya Allah semua dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah.
2. Barang siapa takut dihukum, maka berzikir dengan dia 156 kali, Insya Allah diamankan ia daripadanya.
3. Sesiapa yang senantiasa membaca “Ya-‘Afuww” setiap hari maka ia akan disenangi orang, dan terhindar dari permusuhan.
Ar-Raauuf (Maha Mengasihani)
Bagi Allah “Ar-Raauuf” bererti yang maha mengasihani. Dialah yang banyak memberi kasih saying atau belas kasihan. Dialah yang sangat banyak memberi rahmat, kasih sayang dan penghiba. Dialah yang amat baik dan lemah lembut Dialah yang maha besar kesantunan dan rahmat-Nya. Khasiat dan kelebihan tersendiri bagi sesiapa yang mempraktikkan Nama ini dengan sebutan “Ya-Raauuf” dalam praktik sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, Insya Allah akan diberkati dan dirahmati oleh Allah.
2. Barang siapa berzikir dengannya seperti disebut “Ya-Raauuf” ketika marah atau dimarahi orang atau di sisi orang marah, 10 kali dan membaca selawat 10 kali, Insya Allah dihilangkan marahnya atau marah orang itu.
Maalikul-Mulk (Maha Pemilik Kekuasaan)
Maalikul-Mulk bererti Dialah pemilik segala kekuasaan dan boleh melakukan apa saja yang dikehendakinya terhadap milik-Nya itu. Dialah yang menjalankan segala urusan di langit dan bumi berjalan menurut ketentuan dan kehendak-Nya. Tiadalah yang dapat menghalangi ketetapan dan menyeleweng hukuman-Nya. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya-Maalikul-Mulk” dalam praktik sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa membaca “Ya-Maalikul-Mulk” berulang kali, Insya Allah akan mendapat penghormatan daripada orang ramai.
2. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan “Ya-Maalikul-Mulk” pada setiap hari, siang dan malam 212 kali atau lebih, Insya Allah diberinya harta dan kekayaan dengan kurnia-Nya.
Dzul-Jalaal-Wal-Ikraam (Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan)
Allah itu pemilik kemuliaan dan kesempurnaan yang tunggal. Dan segala kemuliaan itu berasal daripada-Nya. Dialah yang mempunyai kemuliaan, kesempurnaan dan yang melimpahkan nikmat dan kemurahan-Nya. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya-Dzal-Jalaal-Wal-Ikraam” adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca “Ya-Dzal-Jalaal-Wal-Ikraam” berulang kali, Insya Allah akan mejadi kaya.
2. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini 300 kali atau lebih, Insya Allah terhasil baginya kebesaran dan kemuliaan.
Al-Muqsit (Maha Mengadili)
Al-Muqsit bererti yang sentiasa adil dalam menghukum. Dialah yang melakukan sesuatu dengan adil dan setimpal. Dia sangat adil dalam melaksanakan hukuman-hukuman-Nya. Khasiat dan kelebihan tersendiri yang boleh dirasai hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Muqsit” dalam amalan sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang banyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya “Ya Muqsit”209 kali atau lebih, Insya Allah terpelihara ia daripada waswas syaitan di dalam ibadatnya.
2. Barang siapa yang membaca Nama ini, berulang kali, Insya Allah akan terlepas daripada cengkaman syaitan.
Al-Jaamik (Maha Mengumpulkan)
Al-Jaamik bererti Dialah yang mengumpulkan dan menghimpunkan segala hakikat yang berbagai-bagai. Dialah yang mengumpulkan semuanya, menghimpunkanya, di mana saja dan bila-bila masa saja yang Dia kehendaki. Dia jugalah yang menghimpunkan hakikat yang berbeza-beza dan yang mengumpulkan manusia-manusia banyak di Hari Kiamat. Khasiat dan dan kelebihan tersendiri yang dialami hasil daripada mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Jaamik” dalam amalan hidup harian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut “Ya Jaamik” pada setiap hari siang dan malam 300 kali atau lebih, Insya Allah dihimpunkan antaranya dan antara segala maksudnya.
2. Barang siapa kehilangan akan sesuatu, maka hendaklah ia berzikir dengan Nama ini banyak-banyak, Insya Allah dikembalikan atau digantikan yang hilang itu dengan segera.
Al-Ghani (Maha Kaya)
Allah Subhanahu wa ta’ala terkaya daripada segala keperluan atau tidak memerlukan sesuatu pun daripada sebarang makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Ia tidak memerlukan apa pun baik merupakan bentuk rohani atau jasmani atau bantuan daripada makhluknyASebaliknya makhluk-Nyalah yang amat memerlukan bantuan dan pertolongan-Nya untuk meneruskan kelangsungan hidup masing-masing. Khasiat dan kelebihan tersendiri kesan daripada mengamalkan sebutan “Al-Ghani” adalah seperti berikut :
1. Barang siapa berzikir dengan dia seperti katanya “Ya Ghani” atas penyakit atau bala pada badannya atau badan orang lain sebanyak 1000 kali, Insya Allah sembuh dengan segera.
2. Barang siapa mengekali berzikir dengan dia tiap tiap hari pada waktu siang atau malam sebanyak 1000 kali, Insya Allah dikayakan dia dengan kurnia Allah.
Al-Mughni (Maha Pemberi Kekayaan)
Al-Mughni bererti maha menganugerahi kekayaan kepada sesiapa sahaja yang ia kehendaki. Dialah yang memperkayakan hamba-hamba-Nya. Dia yang memberi siapa yang Ia kehendaki apa-apa yang dikehendaki atau diperlukakan oleh seseorang manusia atau sekalian hidupan yang wujud di jagatraya ini. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Mughni” dalam ibadat sehari-hari adalah seperti berikut:
1. Barang siapa yang membaca Nama ini 10 kali selama 10 kali Jumaat, Insya Allah akan beroleh rezeki yang cukup.
2. Barang siapa yang berzikir dengan Nama ini 10 Jumaat tiap tiap malam jumaat 10, 000 kali, Insya Allah zahir baginya kurnia kekayaan mengiringi hidupnya.
Al-Maanik (Maha Menolak)
Bagi Allah “Al-Maanik” bererti Dia yang menolak sebab-sebab yang membawa kerosakan atau bahaya. Dialah yang menolak atau mengangkatkan sebab-sebab kemudaratan atau bala bencana daripada menimpa hamba-hamba dan makhluk cipataan-Nya. Ertinya Dialah yang mencegah apayang harus dicegah. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil daripada mengamalkan Nama ini dalam ibadat seharian dengan sebutan “Ya Maanik”ialah :
1. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya “Ya Maanik” setiap hari siang atau malam, Insya Allah ditegahkan daripadanya tiap tiap mudarat.
2. Barang siapa berzikir dalam hatinya 161 kali, Insya Allah hilang punca yang antaranya dan antara isterinya daripada kemarahan.
Ad-Dhaar (Maha Pemberi Bahaya)
Bagi Allah “Ad-Dhaar” bererti Dia boleh menyusahkan sesiapa yang Ia kehendaki. Dia yang merosak apa saja yang Ia kehendaki. Dialah yang mencipta dan membuat seseorang itu menimpa kemudaratan, malapetaka dan kesusahan pada bila-bila masa saja yang Ia kehendaki. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil daripada mempraktikkan Nama ini dalam ibadat seharian dengan sebutan “Ya Dhaar” adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang terglong dalam golongan bawahan, jika mereka membaca Nama ini berulang kali pada malam Jumaat, Insya Allah darjatnya akan ditinggalkan oleh Allah.
2. Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya “Ya Dhaar” tiap tiap malam Jumaat 100 kali, Insya Allah dihampirkan ia kepada rahmat Allah.
An-Naafi (Maha Pemberi Manfaat)
An-Naafi bererti Dialah yang memeberi manfaat bagi sesiapa yang Ia kehendaki. Dialah yang mencipta semua nya dan memberikan kebaikan dan keuntungan. Dia yang memberi kebaikan-Nya merata kepada seluruh hamba-Nya. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil daripada mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Naafi” dalam amalan sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Sesiapa membaca Nama ini selama empat hari seberapa banyak yang boleh, Insya Allah mereka tidak akan ditimpa bencana.
2. Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya “Ya Naafi” ketika mendapat mudarat, Insya Allah diselamatkan-Nya.
An-Nuur (Maha Cahaya)
An Nuur bererti sinar, terang atau cahaya. Dialah yang menjadikan cahaya. Dialah yang membekalkan cahaya kepada seluruh alam semesta. Dialah yang mengurniakan cahaya kepada wajah-wajah, fikiran dan hati hamba-Nya dalam bentuk petunjuk-petunjuk. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil dari mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Nuur” dalam kehidupan harian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, Insya Allah akan mendapat cahaya Ilahi dalam dirinya.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Nuur” tiap tiap hari, siang atau malam, Insya Allah diterangkan hatinya dan anggotanya.
Al-Haadi (Maha Pemberi Petunjuk)
Dialah yang memberi petunjuk bagi hamba-hamba-Nya yang dikehendaki. Dialah yang memandu, memberi kemenangan dan mengarah hamba-Nya membuat sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain. Dialah yang menujukkan hamba-Nya ke jalan yang lurus, kepada sesuatu yang baik bagi mereka. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil daripad mengamalkan Nama ini dengan bacaan “Ya Haadi” dalam bacaan dan amalan sehrian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, Insya Allah akan beroleh ilmu kerohanian.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya, “Ya Haadi” tiap tiap hari, siang dan malam atau tiap tiap lepas sembahyang fardu 400 kali Insya Allah dapat petunjuk pertolongan, dan terhindar daripada kesukaran.
Al-Badii (Maha Pencipta)
Al Badii bererti yang menciptakan benda-benda yang sebelumnya belum pernah ada. Dialah yang menjadikan kejadian-kejadian baru yang menghairankan yang memulakan membuat sesuatu yang wujud dia alam ni. Dialah yang mencipta kejadian di alam semesta ini tanpa sebarang rekabentuk. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil daripada mengamalkan Nama ini dengan sebutan “Ya Badii” dalam ibadat seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakan “Ya Badii” 70, 000 kali, Insya Allah ditunaikan hajatnya dan ditolakkan daripada segala mudarat.
2. Barang siapa berzikir dengan dia, Insya Allah memancar-mancar hikmat daripada hatinya atas lidahnya.
Al-Baaqi (Maha Kekal)
Al-Baaqi bererti Dialah yang kekal adanya, wujudnya buat selama-lamanya. Tidak berakhir dengan tidak ada. Dial ah yang kekal abadi. Dia tidak menemui kemusnahan atau kehancuran dan tidak sekali-kali akan hilang. Dia tidak akan berakhir wujudnya. Dia tidak akan terputus kekalnya. Meskipun zaman berubah dan dunia musnah Allah kekal kewujudan-Nya. Khasiat dan manfaat tersendiri hasil daripada mengamalkan Nama ini dengan bacaan “Ya Baaqi” dalam amal ibadat seharian adalh seperti berikut :
1. Barang siapa yang membaca Nama ini 100 kali sebelum matahari terbit, Insya Allah akan terhindar daripada sebarang bencana sepanjang hayatnya, dan akan beroleh keampunan di akhirat kelak.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya, “Ya Baaqi” 1000 kali, Insya Allah dilepaskan ia daripada dukacita dan kemudaratan.
3. Apabila kita berzikir dengan lafaz “Ya Baaqi” sebanyak yang termampu pada setiap pagi dan petang, siang atau malam, Insya Allah jika kita mempunyai kedudukan tidak mudah jatuh, dan jika kita sebagai pengusaha tidak mudah bankrap. Dan banyak lagi khasiat-khasiatnya yang tidak terkira oleh manusia.
Al-Waaris (Maha Mewarisi)
Al-Waaris bererti yang tetap ada, walaupun selepas musnahnya alam ni. Dialah yang tetap wujud selepas musnahnya segala isi langit dan bumi. Dialah yang tetap ada setelah segala yang wujud punah-ranah dan kembali ke asalnya. Khasiat dan kelebihan tersendiri hasil daripada mengamalkan Nama ini dalam amalan sehari-hari dengan bacaan “Ya Waaris” adalah seperti berikut :
1. Barang siapa membaca Nama ini berulang lagi, Insya Allah akan lanjut usianya.
2. Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Waaris” dahulu daripada timbul matahari tiap tiap hari 100 kali, Insya Allah tiada memberi mudarat akan dia oleh sesuatu pada jasadnya.
Ar-Rasyid (Maha Pandai)
Bagi Allah “Ar-Rasyid” bererti maha cerdik dan bijaksana dalam menentukan susunan dan aturan alam yang ditetapkan. Dialah yang benar dalam segala susunan dan aturan-aturan yang ditetapkan-Nya. Dialah pemandu dengan bijaksana ke jalan yang benar menurut perancagan-Nya yang keal abadi. Khasiat dan kelebihan tersendiri kesan daripada mengamalkan Nama ini dengan bacaan “Ya Rasyid” dalam amal ibadat sehari-hari adalah seperti berikut :
1. Barang siapa membaca Nama ini 1000 kali di antara waktu sembahyang maghrib dan isyak, Insya Allah kesusahan-kesusahannya akan lenyap.
2. Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya “Ya Rasyid” tiap tiap lepas sembahyang isyak 100 kali, Insya Allah diterima segala amalnya.
As-Sabuur (Maha Penyabar)
Allah tidak tergesa-gesa menurunkan seksa bagi hamba-hamba-Nya yang derhaka atau yang tidak melekaskan sesuatu sebelum sampai masanya dengan pengertian Dialah yang tidak menyegerakan balasan kepada orang-orang tertentu sebelum masanyabahkan Dia melakukan segala pekerjaan dalam ketetapan yang tertentu. Allah tidak mendahulukannya dari waktu secara tegas dalam tindakan. Khasiat dan kelebihan tersendiri yang boleh dicapai hasil daripada mengamalkan sebutan “Ya Sabuur” dalam amal ibadat seharian adalah seperti berikut :
1. Barang siapa yang mendapat kesusahan, kesukaran atau berdukacita apabila membaca Nama ini sebanyak 3000 kali Insya Allah akan diselamatkan daripada kesusahannya.
2. Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya “Ya Sabuur” sebanyak 100 kali pada tiap tiap hari dahulu daripada timbul matahari, Insya Allah tiada mengena akan dia oleh bala pada harinya itu.
3. Sesiapa membanyakkan berzikir dengan dia, Insya Allah diberi akan dia tingkat kebesaran yang elok.
Penutup
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala mempunyai nama-nama yang Indah, Mulia, Agung iaitu Asmaul Husna. Kita sebagai para hamba-Nya digalakkan untuk mengenali, menghayati dan memahami Asmaul Husna bagi membongkar rahsia tentang persoalan kehidupan yang sentiasa mambelenggu diri manusia selama dirinya hidup di atas di muka bumi Allah ini. Maka sebagai manusia hendaklah bermohon kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkan segala perkara yang memurkakan Allah. Apabila kita benar-benar mengenali dan memahami nama-nama Allah yang Mulia ini nescayalah dapat meningkatkan, memantapkan dan memperkasakan keimanan kepada Allah dalam mengharungi hidup yang serba mencabar ini dalam perjalanan menuju akhirat.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com