PENGERTIAN ISTIQAMAH
Istiqamah ialah satu kalimat yang lengkap iaitu mengandungi aspek agama secara keseluruhannya. Istiqamah bermaksud jujur dan benar dalam niat, perkataan dan perbuatan. Orang yang tidak istiqamah dalam melakukan urusannya, pasti akan sia-sia dan mengalami kegagalan. Kalimat istiqamah adalah mencakupi seluruh bidang agama iaitu melaksanakan segala perintah Allah dengan kejujuran serta menepati janji dan hal ini berhubungan dengan ucapannya, perbuatannya, serta tingkahlakunya. Di dalam hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam telah menyatakan maksud sebenar istiqamah. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tiada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak(pula) berduka cita.
APAKAH SIFAT YANG PERLU ADA DALAM DIRI SEORANG MUSLIM KHUSUSNYA PENDAKWAH ?
Istiqamah. Mereka harus lurus dalam pekerjaan. Jika tidak mampu, ambilah jalan pertengahan. Jika kamu tidak mampu pada peringkat pertengahan, maka tiada jalan lain lagi melainkan kebinasaan dan kerosakan. Daripada Abu Hurairah R. A, daripada Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: “Hendaklah kamu lurus beristiqamah dan ambil jalan pertengahan. Ketahuilah bahawasanya tidak akan selamat seorang daripada kalangan kamu dengan sebab amalannya. Mereka bertanya: Sekalipun kamu wahai Rasulullah? Sabda Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. : Sekalipun aku, akan tetapi Allah meliputi aku dengan rahmatNya dan kelebihan yang diberikan kepadaku. ” Hadith ini telah mengumpulkan pelbagai kedudukan mulia di dalam agama. Hadith tersebut menyuruh istiqamah, yang bermaksud istiqamah dengan jujur dan benar dalam niat, perkataan dan perbuatan. Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam sangatlah mengetahui bahawa para sahabat tidak akan mampu melaksanakan istiqamah. Akan tetapi Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam mengarahkan kepada pendekatan. Oleh sebab itu, Rasul Sallallahu ‘alaih wa sallam memberitahu kepada para sahabatnya bahawa istiqamah dan pendekatan kepada istiqamah dan pendekatan kepada istiqamah tidak akan menjamin kepada keselamatan pada hari kiamat. Maka tiada seorang pun berpegang kepada amal perbuatannya serta tidak merasa bangga terhadap amalnya itu dan juga tidak melihat amal baiknya akan menjamin keselamatannya. Akan tetapi jaminan keselamatannya adalah dengan rahmat Allah, kemaafan-Nya dan juga kurnia.
Seorang pendakwah haruslah memiliki istiqamah yang tinggi dibandingkan dengan yang lainnya agar usaha tidak disia-siakan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Pendakwah juga harus bijaksana dalam ucapannya, tingkahlakunya serta perbuatannya. Kemuliaan yang besar dimiliki seseorang itu adalah istiqamahnya sebab dengan demikian ucapan pendakwah tersebut akan boleh diterima dah perbuatannya akan diikuti. Oleh sebab itu, dia akan mendapat banyak pahala dan ganjaran yang melimpah disebabkan keikhlasannya, kejujuran niatnya, harapannya terhadap ganjaran disisi Allah Subhanahu wa ta’ala. Pendakwah tersebut akan mendapat sebaik ucapan dan perbuatan secara mutlak.
UNSUR-UNSUR ISTIQAMAH
1. Berpegang pada akidah yang benar, akidah ahli As-Sunnah Waljamaah
2. Melaksanakan tuntutan syariat Islam berpandukan Al-Quran dan Hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam
3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah dan goyah
4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan
5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran
KARAKTERISTIK ORANG YANG BERISTIQAMAH
A. MEMPUNYAI TUJUAN
Sikap istiqamah hanya mungkin memasuki jiwa seseorang bila mereka mempunyai tujuan atau misi yang ingin dicapai dan dihayati dengan penuh kebermaknaan. Mereka pun sedar bahawa pencapaian tujuan tidaklah datang begitu saja melainkan harus diperjuang dengan penuh kesabaran, kebijaksanaan, kewaspadaan dan perbuatan. Mereka tidak akan pernah menunda atau melengahkan sebarang tugasan mereka.
B. KREATIF
Orang yang memiliki istiqamah akan nampak dari kreativitinya iaitu kemampuan untuk menghasilkan sesuatu melalui gagasan-gagasannya yang segar, mempunyai rasa ingin tahu yang sangat besar dan tidak takut kepada kegagalan.
C. MENGHARGAI WAKTU
Waktu adalah asset Illahiah yang paling berharga, bahkan merupakan kehidupan yang tidak dapat disia-siakan, sebagaimana yang difirmankan dalam QS. Al-Ashr. Orang yang menghargai waktu ialah orang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan tidak menunda-nunda waktu. Mereka menepati waktu dengan penuh rasa waspada dan berhati-hati.
MEMBENTUK SIKAP ISTIQAMAH
1. Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2. Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3. Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan Hadis Rasulullah.
4. Ilmu dan maklumat yang cukup.
5. Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6. Usaha yang berterusan.
7. Yakin pada takdir dan janji Allah Taala.
8. Berdoa dan tawakal.
9. Bersyukur dan redha
Sikap ini dapat diteladani daripada Rasulullah saw, para sahabat, para mujahid, syuhada dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.
TOKOH-TOKOH ISTIQAMAH
1. RASULULLAH Sallallahu ‘alaih wa sallam
Keteguhan beliau membawa misi risalah dakwahnyASuatu saat Abu Talib memujuk Rasulullah untuk berhenti berdakwah. Akan tetapi Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dengan percaya diri dan teguh pendirian menjawab “Wahai sahabatku, demi Allah kalau mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan dakwah ini, tidaklah aku meninggalkan sehingga Allah memberi kemenangan agama ini atau aku hancur di dalamnya”.
2. BILAL BIN ROBAH
Seorang mu’adzin yang memiliki sifat tauhid tetap mengucapkan “Ahad…Ahad…Ahad…!” apabila dibakar di atas pasir panas dan ditindih batu besar di atas perutnya
PANDUAN MENDAPAT ISTIQAMAH
1. Banyakkan berdoa- Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi.
2. Berkawan dengan mereka yang komited dengan kebaikan- Kawan baik akan mendorong kita ke syurga dan menghalang dari terjerumus ke neraka.
3. Raikan kejayaan dengan doa selamat- Amalan untuk beristiqamah yang telah kita tunaikan.
4. Berdialog dengan diri sendiri- Memikirkan dan membuat perbandingan istiqamah orang dulu-dulu.
5. Bayangkan pahala besar sedang menanti kita- “Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu”
KELEBIHAN ISTIQAMAH
1. Akan selalu didampingi Malaikat
•Beruntunglah mereka yang didampingi malaikat apabila istiqamah dalam beribadah. Hal ini kerana, muslimin yang didampingi malaikat akan merasa tenang, gembira dan tiada khuatir, mereka akan sentiasa buat kebaikan dan tindak akan bertindak mengikut hawa nafsu, wajah akan berseri dan tidak akan mudah marah atau tersinggung.
2. Tidak akan ada rasa takut
•Sebagai mana yang termaktub di dalam Al-Quran “…janganlah kamu bimbang(dari berlakunya perkara yang tidak baik terhadap kamu)” (Surah Fussilat:30)
3. Tidak akan merasa sedih
•Sebaliknya mereka akan merasa gembira dan bahagia kerana hati mereka telah diisi dengan ketenteraman dan ketenangan akibat mereka beristiqamah dalam beribadah. Mereka akan sentiasa redha dengan segala ketentuan Allah kepada mereka.
4. Akan mendapat balasan syurga kelak
•Mereka yang beristiqamah akan mendapat balasan syurga, sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran “…dan terimalah berita gembira bahwa kamu akan beroleh syurga seperti yang dijanjikan kepada kamu” (Surah Fussilat:30)
5. Akan dimurahkan rezeki.
•Sesiapa yang beristiqamah dalam kebaikan dan tetap di jalan yang benar, maka mereka akan mendapat rezeki yang melimpah ruah, sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran: “(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan sesungguhnya sekiranya mereka (manusia dan jin) itu berjalan lurus di atas jalan (Islam) itu, sudah tentu kami akan memberi minum kepada mereka yang segar. (Pemberian yang demikian) supaya kami menguji mereka dalam menikmati apa yang kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan beristiqamah menurut Islam). (Ingatlah) sesiapa yang berpaling daripada mengingati Tuhannya (dengan berlaku ingkar, maka) Tuhan akan memasukkan ke dalam azab yang sangat berat” (Surah Al-Jinn: 16-17)
TAHAP-TAHAP ISTIQAMAH
1. Istiqamah dalam hati: Sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan kukuh terhadap kebenaran.
2. Istiqamah lisan: Memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak-dalik.
3. Istiqamah perbuatan: Tekun bekerja melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang diredhai Allah. Dengan erti kata lain, istiqamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa.
CONTOH HALANGAN DAN CARA MENGATASI UNTUK BERISTIQAMAH
1. Halangan diri sendiri- Malas, takut, rendah semangat, gagal, malu, tahap pencapaian rendah.
Cara mengatasi : Ubah sikap, disiplinkan diri, bina keyakinan diri
2. Halangan orang lain- Gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu bekerjasama.
Cara mengatasi : Baiki cara berkomunikasi, tegas, bina harga diri, tunjukkan kesungguhan, buktikan kemampuan diri.
3. Halangan suasana- Tidak selesa dan sesuai.
Cara mengatasi : Jadualkan rencana kegiatan mengikut keadaan, ambil peluang pada waktu selesa dan sesuai, cari suasana yang selesa di tempat lain, gunakan teknik yang sesuai.
PENUTUP
Amalan secara istiqamah mengajar kita agar sentiasa merasakan nikmat beramal kerana setiap amalan yang dilakukan dengan hati dan jiwa, ianya akan mendatangkan rasa lazat dan nikmat. Amalan secara istiqamah walaupun dilaksanakan secara sedikit, pada tiap-tiap hari adalah lebih baik daripada melakukan amalan secara banyak-banyak tetapi pada masa yang tertentu. Kita boleh membuat perbandingan dan melihat sendiri kesan dalam istiqamah pada tindakan alam umpamanya setitik air yang terus menerus menitik di atas batu, lama-kelamaan ia akan melekukan batu tersebut. Akan tetapi, jika banjir yang berlaku hanya sekali sekala, tidak akan dapat member bekas pada batu tersebut.
Banyak diantara kita yang tidak tahu bahawa mengetahui betapa besarnya fadhilat bagi sesiapa yang beristiqamah di dalam amalannya. Amalan yang dilakukan bukan atas dasar istiqamah, kebanyakkan lahir daripada semangat yang hanya bersifat sementara bukan lahir dari hati.
RUJUKAN
1. Mustafa Al-Adawi, (2007). Mencapai Kebahagiaan Dengan Ilmu dan Amal. Selangor: Berlian Publications Sdn. Bhd.
2. Prof. Dr D. A. Tisna Amidjaja, (1980). Iman, Ilmu dan Amal. Bandung: PUSTAKA Perpustakaan Salman ITB.
3. Prof. Dr. Hassan Langgulung, (2002). Asas-Asas Pendidikan Islam. Jakarta : Pustaka Al-Husna.
4. Naufal, A. R. (1982). Mencari Keridhaan Allah. Kota Bharu: Dian Darulnaim Sdn. Bhd.
5. Muhammad, M. I. (2003). Membentuk Jiwa Tauhid dan Akhlak Mulia Petunjuk Rasulullah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com