PENDAHULUAN
Zakat merupakan salah satu rukun Islam. Hukum menunaikan zakat adalah wajib kepada umat Islam. Zakat bermaksud member harta kepada golongan yang tertentu kerana Allah. Zakat dapat member banyak kebaikan kepada pemberi dan penerima.
Allah akan member ganjaran pahala berlipat kali gandASedekah dan derma pula adalah memberi sesuatu kepada orang dengan tidak mengharapkan ganjaran. Hikmah sedekah dan derma juga terlalu banyak kepada pemberi terutamanya. Antaranya, Allah akan melapangkan rezeki kepada si pemberi.
Allah akan memberi perlindungan di padang masher kelak kepada manusia yang murah hati. Dengan sedekah, zakat dan serta derma, sifat-sifat yang buruk seperti kedekut, tamak dan sebagainya dapat diatasi dengan tenang dan mudah.
PENGERTIAN SIFAT DERMAWAN
Dermawan adalah orang yang memberikan bantuan kepada orang lain yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan ganjaran dan imbalan apa-apa pun. Allah berfirman yang bermaksud : orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang berharga. “ Perumpaan (nafkah yang dikeluarkan menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui. ”
Pengertian menafkahkan harta di jalan Allah meliputi belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan penguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain.
“ Manusia bertanya kepadamu berapa banyak harta hendak dibelanjakan. Katakanlah bahawa apa yang lebih(daripada) keperluan. ” [ Baqarah : 219 ]
Harta adalah hanya untuk dibelanjakan. Jadi, simpanlah untuk keperluan sendiri dan belanjakanlah apa yang lebih daripada itu.
Nabi Muhammad bersabda : “ Wahai manusia! Hendaklah kamu belanjakan apa yang lebih padamu dan inilah yang baik bagimu. Kalau kamu cuba simpan yang lebih pada dirimu sendiri, maka ini adalah buruk bagimu. Kalau disimpan Cuma sekadar untuk keperluan, maka tidaklah dikeji. Dan apabila kamu membelanjakan, hendaklah kamu mulakan terhadap kaum keluargamu. Dan ‘ Tangan yang di atas ’ (yakni tangan yang memberi) adalah lebih baik daripada ‘ tangan yang di bawah ’ (yakni tangan yang menerima). ”
Ustaz Azhar Idrus berkata : kalau kita hendak umur panjang, mintalah pada Allah. Tidak salah. ‘ Ya Allah, panjangkanlah umur aku sehingga aku dapat menjadi hamba yang berbuat ibadah soleh padamu atau sehingga kau menjadi redha kepadaku ”. Antara amalan yang panjangkan umur iaitu banyakkan derma dan mengeratkan silaturahim. Amalan kedekut ini jauh kepada Allah dan dekat dengan neraka. Orang kafir yang sifat dermawan akan dibalas Allah dengan murah rezeki, panjang umur dan mudah roh nak keluar apabila ajal tiba. Apatahlagi kita yang orang Islam. Sesiapa yang rasa berada dalan kesusahan pergilah derma, insyaAllah akan senang kelak.
PENGERTIAN ZAKAT DAN SEDEKAH
Ditinjau dari segi bahasa, zakat merupakan kata dasar kepada (masdar) dari zaka yang bererti berkah, tumbuh, bersih, dan baik. Sesuatu itu zaka, bererti orang itu baik. Menurut Lisan al-Arab erti dasar dari perkataan zakat, ditinjau dari sudut bahasa, adalah suci, tumbuh, berkah, dan terpuji : semuanya digunakan dalam al-quran dan hadis. Zakat dari segi istilah ialah sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah diserahkan kepada orang-orang yang berhak. Di samping mengeluarkan jumlah tertentu itu sendiri. Jumlah dikeluarkan dari kekayaan disebut kerana yang dikeluarkan itu. Ibnu Taimiah berkata, “ jiwa orang yang berzakat itu menjadi bersih dan kekayaannya akan bersih pula : bersih dan bertambah maknanya. Zakat ialah cambuk ampuh yang membuat zakat ini tidak hanya menciptakan pertumbuhan material dan spritiual bagi orang-orang miskin, tetapi juga mengembangkan jiwa dan kekayaan orang-orang kaya.
Zakat wajib ini menurut bahasa Al-Quran juga disebut sedekah sehingga Mawardi mengatakan, “ Sedekah itu adalah zakat dan zakat itu adalah sedekah.
Allah berfirman yang bermaksud :
•“ Pungutlah sedekah dari kekayaan mereka. Kau bersihkan dan sucikan mereka dengan zakat itu ”
•“ Di antara mereka ada yang mencelamu mengenai sedekah-sedekah. Tetapi jika mereka diberi sedekah itu, mereka senang, dan jika tidak diberi murkalah mereka. ”
Mengenai sedekah dari hadis :
•“ Terangkan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan sedekah, yang dikenakan pada kekayaan orang-orang kaya. ”
MENGENAI SEDEKAH DAN MENDERMA :
Bersedekah sebelum mati adalah lebih baik dari setelah mati, ini kerana, Nabi Muhammad telah bersabda, : “ Sesungguhnya bersedekah atau derma oleh seseorang pada masa hidupnya dengan satu dirham adalah lebih baik baginya daripada ia bersedekah sewaktu matinya dengan 100 dirham. ”
•Sedekah adalah suatu bentuk bantuan atau pertolongan daripada seseorang kepada insan yang lain yang amatlah digalakkan oleh Islam.
•Sedekah boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa sahaja dan dimana-mana, sama ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit, usaha tenaga, buah fikiran, nasihat dan sebagainya.
•Setiap amalan perbuatan atau pekerjaan dan perkataan yang baik adalah dikira sebagai sedekah.
•Anak-anak boleh bersedekah bagi pihak ibu dan bapanya yang sudah meninggal dunia di mana pahala sampai kepadanya jika niatkan demikian.
•Memberi sara hidup atau nafkah terhadap anak dan isteri orang-orang yang di bawah tanggungjawabnya adalah dikira juga sebagai sedekah.
•Ganjaran atau pahala dari sesuatu sedekah atau derma itu adalah dinilai menurut niat dan keikhlasan seseorang yang bersedekah atau menderma itu.
•Orang yang sentiasa bersedekah atau menderma diliputi akan dia oleh Allah dengan berkat dan rahmatNya serta dimurahkan rezeki dan tenteram hidupnya.
•Orang yang menderma atau bersedekah akan mendapati kedinginan di dalam kuburnya dan mendapat naungan Allah di akhirat kelak.
•Amalan bersedekah dan menderma boleh menghapuskan penyakit-penyakit seperti bakhil, tamak, haluba, sayang harta dan cinta dunia.
•Budaya sedekah dan menderma amatlah banyak mendatangkan kebaikan dan faedah sama ada pada dirinya, masyarakat dan negaranya.
KEPENTINGAN ZAKAT DAN KESAN BAGI SI PEMBERI
1. Zakat mensucikan jiwa dari sifat kikir (kedekut) :
Zakat yang dikeluarkan si Muslim semata kerana menurut perintah Allah dan mencari redhaNya, akan mensucikannya dari segala kotoran dosa secara umum dan terutama kotornya sifat kedekut.
Sifat kedekut yang tercela itu, yang merupakan tabiat manusia, yang dengannya manusia itu diuji, kerananya Allah Subhanahu wa ta’ala. sebagai rasa sayangNya kepada manusia, menanamkan cara-cara untuk menghilangkan tabiat dan watak kedekut itu.
Manusia diperintahkan oleh Allah untuk bekerja dan meramaikan bumi ini, sehingga timbullah rasa keinginan untuk memiliki, keinginan pada sesuatu benda dan keinginan untuk tetap memiliki selama-lamanyASebagai akibat timbullah sikap kedekut pada diri manusia terhadap apa yang ada pada dirinya, lebih mementingkan diri sendiri terhadap hal-hal yang baik dan bermanfaat daripada orang lain, sebagai firman Allah yang bermaksud :
•“ Tiga perkara yang akan merosakkan manusia : kedekut yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti dan manusia memandang hebat akan dirinya sendiri. ”
•“ Barangsiapa yang dipelihara dari sifat kedekut, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. ”
Zakat dalam hubungan ini berfungsi mensucikan, ertinya mensucikan si pemilik harta dari keburukan sifat kedekut atau bakhil yang merosakkan. Sucinya orang itu ditentukan oleh kemurahan dan pemberiannya, ditentukan pula oleh kegembiraan ketika mengeluarkan harta, semata-mata kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. zakat sebagaimana mensucikan jiwa manusia, ia berfungsi membebaskan jiwa manusia dari ketergantungan dan ketundukkan terhadap harta benda. Kerana Islam memerintahkan agar si Muslim hanya menjadi hamba Allah sahaja, bebas dari ketundukkan terhadap segala sesuatu yang ada di alam semesta ini. Dan kecelakaan apalagi yang lebih besar, dari penyembahan manusia terhadap materi dan harta yang ada di muka bumi ini, padahal Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah dan pemimpin di muka bumi ini. Kecelakaan apalagi yang lebih besar bagi manusia yang menjadikan pengumpulan harta sebagai tujuan dan cita-citanya yang utama, sebagai akhir ilmunya, dan kegiatan hidupnya, padahal ia diciptakan untuk membawa risalah yang lebih besar dan tujuan yang lebih tinggi.
2. Berakhlak dengan akhlak Allah
Manusia apabila sudah suci dari sifat kedekut dan batil, akan bersihlah dirinya daripada sifat kedekut. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud :
“ Dan adalah manusia itu sangat bakhil ” Dan ia hampir mendekati kesempurnaan sifat Allah, kerana salah satu sifatNya adalah memberikan kebaikan, rahmat, kasih sayang dan kebajikan tanpa ada kemanfaatan yang kembali kepadaNya. Berusaha untuk menghasilkan sifat-sifat ini, sesuai dengan kemampuan manusia, adalah berakhlak dengan akhlak Allah, dan itulah hujung dari kesempurnaan nilai kemanusiaan.
Di antara akibat dari akhlak dermawan serta roh berbuat kebajikan yang ditumbuhkan oleh Islam pada setiap jiwa si Muslim dengan melalui zakat, adalah sedekah jariah yang dikeluarkan oleh Muslim yang baik yang terdahulu yang dimanfaatkan oleh kaum Muslimin sesudahnya, dan contoh yang lain yang jelas dalam aturan (wakaf kebajikan) yang dilakukan oleh Muwaqif kaum Muslim, semua itu merupakan contoh yang mulia dalam membuktikan kebenaran member kebajikan kepada orang lain, dan menyampaikan roh kebajikan kepada mereka.
3. Zakat merupakan manifetasi syukur atas nikmat Allah
Sebagaimana dimaklumi, dapat menerima oleh akal, diakui oleh fitrah manusia, diseru oleh akhlak dan moral serta diperintahkan oleh agama dan syraiat, adalah bahawa pengakuan akan keindahan dan syukur terhadap nikmat itu, merupakan sesuatu keharusan. Zakat akan membangkitkan bagi orang yang mengeluarkannya makna syukur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala., pengakuan akan keutamaan dan kebaikanNya, kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala., sebagaimama dikemukkan oleh al-Ghazali, sentiasa memberikan nikmat kepada hambaNya, baik yang berhubung dengan diri mahupun hartanya.
Ibadah badaniah merupakan pembuktian rasa bersyukur terhadap segala nikmat badan dan ibadah harta merupakan pembuktian rasa syukur terhadap nikmat harta. Alangkah ruginya orang yang mengetahui adanya orang fakir yang sempit rezekinya, yang sangat membutuhkan, kemudian orang itu tidak menundukkan nafsunya untuk bersyukur kepada Allah dengan member kepada orang yang meminta 10% dari hartanya. Di antara hal yang perlu difikirkan dan dirasakan secara mendalam oleh fikiran dan perasaan kaum Muslimin, adalah bahawa zakat itu merupakan bandingan terhadap nikmatt, sehingga setiap nikmat itu mesti diikuti dengan zakat oleh manusia, apakah nikmat itu bersifat materi atau rohani.
4. Zakat mengembangkan harta
Zakat juga mengembangkan dan memberkati harta. Terkadang menganggap aneh sebahagian manusia, zakat yang secara lahiriah mengurangi harta, bagaimana mungkin boleh berkembang. Tetapi orang yang mengerti, akan memahami bahawa perancangan yang bersifat zahir ini, hakikatnya akan bertambah dan berkembang, akan menambahkan harta secara keseluruhan atau menambah harta orang kaya itu sendiri. Sesungguhnya harta yang sedikit diberikan akan kembali kepadanya secara berlipat ganda.
Dekat dengan hal ini, kita dapat lihat sebahagian pemerintahan yang kaya, memberikan sebahagian hartanya kepada sebahagian pemerintahan yang miskin, bukan kerana Allah, tetapi kerana ingin menumbuhkan kekuatan yang mendukungnya. Apabila kita melihat dengan kejernihan pandangan, maka kita akan melihat bahawa satu dinar di tangan seseorang, akan mengetarkan hati untuk mencintainya dan menggerakkan bibir untuk memintanya, dan mengeratkan tangan untuk memeliharanyASatu dinar bagi orang ini akan lebih memperkuat dan lebih memperbanyakkan kegiatan daripada beberapa dinar di tangan orang lain. Sebagaimana yang telah diceritakan dalam al-Quran yang bermaksud :
“ Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya. ” (34 : 39)
“ Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kedekut), sedang Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha mengetahui. ” (2 : 268)
Jangan lupa di sini, perbuatan Allah dalam melipat gandakan dan menyuburkan, tanpa kita ketahui sebab-sebabnya, Allah akan memberI dengan anugerah-Nya kepada setiap orang yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas AnugerahNya.
5. Zakat mengubati hati dari cinta dunia
Zakat dari segi lain, merupakan suatu peringatan terhadap hati akan kewajipannya kepada Tuhannya dan kepada akhirat serta merupakan ubat, agar hati jangan tenggelam kepada kecintaan dunia, sebagaimana dikemukan oleh ar-Razi, dapat memalingkan jiwa dari kecintaan kepada Allah dan ketakutan kepada akhirat. Dengan adanya syariat memerintahkan pemilik harta untuk mengeluarkan sebahagian harta dari tangannya, maka diharapkan pengeluaran itu dapat menahan kecintaan yang berlebihan-lebihan terhadap harta, menahan agar jiwa tidak dikuasai dan memberikan peringatan bahawa kebahagiaan hidup itu tidaklah akan tercapai dengan penundukkan jiwa terhadap harta, akan tetapi kebahagiaan itu boleh dicapai dengan menginfakkan harta, dalam rangka mencari redha Allah. Maka kewajipan zakat itu merupakan ubat yang pantas dan tepat dalam rangka mengubati hati agar tidak cinta dunia secara berlebih-lebihan.
Imam ar-Razi menjelaskan rahsia dikuasainya hati manusia oleh kecintaan kepada dunia : “ Sesungguhnya banyak harta akan menimbulkan kekuasaan dan kekuatan, yang tidak akan mengakibatkan manusia berusaha untuk mendapatkan harta agar kenikmatan itu semakin bertambah. Dengan cara ini akan terjadilah suatu harta, ia akan mendapatkan kekuasaan. Dengan kekuasaan ia akan mendapatkan kelazatan. Dan ketika masalah ini akan berkembang menjadi suatu lingkaran yang tidak pernah terputus, maka syariat memberikan keputusan dan menetapkan hujungnya, iaitu ia mewajibkan pemilik harta untuk mengeluarkan sebahagian harta itu sebagai infak dalam rangka mencari redha Allah Subhanahu wa ta’ala. sehingga terhalanglah nafsu ini dari lingkaran syaitan yang tidak ada hujungnya itu, kemudian kembali kepada ibadah kepada Allah dan mencari redhaNyASesungguhnya Allah mengingatkan manusia, bahawa harta itu hanyalah sekadar alat, bukan tujuan. Ia menyatakan kepada manusia : pada tempat di titian tersebut berhentilah kamu, infakkan dan sedekahkan, keluarkan hak Allah, hak orang-orang fakir dan jemaah. Allah Subhanahu wa ta’ala. akan memberikan harta pada orang yang dicintaiNya dan kepada orang yang tidak dicintaiNya. Apakah dia orang Mu’min atau kafir, orang baik atau orang jahat. FirmanNya yang bermaksud : “ Masing-masing golongan, Kami berikan kesempatan, golongan ini mahupun golongan itu, semua dari pemberian Tuhanmu. Sesungguhnya pemberian Tuhanmu itu tidaklah berhalang. ” (Quran, 17:20)
6. Zakat mengembangkan kekayaan batin
Di antara tujuan pensucian jiwa yang dibuktikan oleh zakat, ialah tumbuh dan berkembangnya kekayaan batin dan perasaan optimism.
Sesungguhnya orang yang melakukan kebaikan dan makruf serta menyerahkan yang timbul dari dirinya dan tangannya untuk membangkitkan saudara seagama dan sesama manusia dan menegakkan hak Allah pada orang itu, maka orang tersebut akan merasa besar, tegar dan luas dalam suatu gerakan. Juga orang itu telah berusaha untuk menghilangkan kelemahan jiwanya, menghilangkan egonya serta menghilangkan pujukan syaitan dan hawa nafsunya. Inilah makna pengembangan jiwa dan pensucian maknawi, dan ini pula yang mungkin kita fahami dari firman Allah : (Engkau sucikan mereka dan engkau bersihkan jiwa mereka dengan zakat).
7. Zakat menarik rasa simpati/cinta
Zakat mengikat antara orang kaya dengan masyarakatnya, dengan ikatan yang kuat, penuh dengan kecintaan, persaudaraan dan tolong-menolong kerana manusia apabila mengetahui ada orang yang senang memberikan kemanfaatan kepada mereka, berusaha untuk memberikan kebaikan kepada mereka dan menolak kemudaratan mereka, maka secara naluriah mereka akan senang kepada orang itu, jiwa mereka pasti akan tertarik kepadanya, sebagaimana dikemukakan sebuah hadis yang bermaksud :
“ Secara automatif hati akan tertarik untuk mencintai orang yang berbuat baik kepadanya dan membenci orang yang berbuat jahat kepadanya. ”
Orang-orang fakir jika mengetahui bahawa seseorang yang kaya memberikan sebahagian hartanya kepada mereka, dan jika hartanya bertambah banyak, akan banyak pula yang diberikan kepada mereka, maka pasti mereka akan mendoakannya. Pada hati ada dampaknya, pada jiwa ada nyalanya, sehingga doa-doa tersebut menyebabkan kekalnya kebaikan dan kesuburan, sebagaimana dikemukakan ar-Razi.
KEPENTINGAN SEDEKAH DAN DERMA
Tidak dapat dipertikaikan lagi tentang anjuran bersedekah. Hanya orang yang kurang akalnya mengingkari sedekah atau derma. Firman Allah yang bermaksud :
“ Dan belanjakanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami kurniakan sebelum maut dating bertamu. Saat itu dia merayu dengan berkata “ Wahai tuhanku ! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan sedikit masa ajalku agar aku dapat bersedekah dan dapat pula menjadi orang yang soleh. ” (surah al-munafiqun : 10)
Kadang-kadang apabila ada orang minta derma, kita buat-buat tak pandang atau sibuk dengan urusan lain. Mungkin juga ada yang buat-buat tertinggal dompet di dalam kereta sedangkan duit dalam poket baju pun ada seringgit dua. Kalau begitu, rugilah.
Kaum hawa hendaklah rajin dan selalu bersedekah kerana mungkin beberapa sebab antaranya, banyak juga isi neraka adalah kaum Hawa.
Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. menggalakkan wanita bersedekah kerana kebanyakkan wanita akan menjadi kayu bakar api neraka. Apabila disoal kenapa begitu, Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. bersabda :
Maksudnya : “ Kerana kamu (kaum hawa) selalu sahaja mengadu dan kamu juga tidak mengenang budi suami kamu. ”
Zakat adalah sedekah wajib manakala yang sunat biasa disebut di kalangan masyarakat sebagai sedekah, derma, hadiah dan sebagainya. Pentingnya sedekah dan derma ini kerana :
1. Memanjangkan umur
Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya sedekah seorang muslim menambahkan umur dan mencegah mati dalam keadaan buruk. ”
Panjang umur ini mungkin kerana Allah mengubah ketentuan umurnya kerana sedekah. Jadi kalau teringin untuk panjang umur, bersedekahlah sedikit. Kalau nak lagi panjang, sedekahlah banyak lagi. Mungkin juga maksudnya keberkatan pada umur. Walaupun umurnya pendek, tetapi amalan kebaikannya macam orang yang panjang umurnya.
2. Mencegah mati dalam keadaan buruk
Ini maksudnya mungkin bahawa dengan sedekah, ia beroleh rahmat. Rahmat akan membawa kepada mati secara baik iaitu mati dalam keadaan beriman dan dapat mengucapkan dua kalimah syahadah. Mungkin maknanya ialah tidak mati dalam kemalangan, kebakaran dan sebagainya.
3. Menolak bala bencana
Sabda Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. : Maksudnya, “ Segeralah bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkah sedekah. ”
Kiranya macam sedekah menjadi benteng daripada bala. Bala ini pula ada macam-macam. Tidak diketahui bila pula masa datangnya. Oleh itu, kenalah siapkan benteng dan perisai daripada balASelain itu, sedekah juga mampu menjadi penghalang untuk kita daripada terkena api nerakASabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam, yang bermaksud : “ Sesungguhnya ia (sedekah) adalah benteng/ hijab daripada neraka bagi orang yang mengharapkan pahala dan memberinya dengan ikhlas kerana Allah. ” (Riwayat Tabrani)
4. Mendapat naungan di Padang Mahsyar
Sabda Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. :
“ Setiap seorang akan berada dalam naungan sedekahnya (daripada panas terik Padang Mahsyar) sehingga selesai ditentukan hokum antara manusia. ” (Riwayat Ahmad)
Di Padang Mahsyar, panas teriknya amat membara. Cuba jam 12 tengah hari musim panas, kita duduk satu jam di tengah panas matahari tanpa paying. Rasanya ramai yang tidak boleh tahan dengan keadaan begitu. Kulit pun boleh jadi hitam sedikit. Itu suhunya baru 35 hingga 45 darjah Celsius. Kalau ada payung, insyaAllah boleh. Suasana Padang Mahsyar mengikut riwayat hadis nampaknya lebih panas daripada suhu dunia.
5. Mendapat doa malaikat setiap pagi
Doa malaikat cepat mustajab dan makbul. Apa yang malaikat doakan ? Hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. menceritakan bahawa setiap pagi dua malaikat akan turun. Salah satu malaikat seraya berdoa agar orang yang berbuat baik, bersedekah dan berderma diberikan ganti. Manakala satu lagi malaikat berdoa agar orang yang kedekut diberikan kemusnahan. (Mafhum hadis riwayat Bukhari)
Ganti itu pula dalam bentuk umum. Maknanya dunia pun dapat, akhirat pun dapat. Kemusnahan juga dalam bentuk umum. Mungkin bala di dunia, azab di dalam kubur, panas terik di Padang Mahsyar dan juga api di neraka.
RUMUSAN
Allah lebih mengetahui daripada hamba-hambanya. Zakat, sedekah dan derma pada zahirnya Nampak harta kita akan berkurungan. Tetapi di sisi Allah, perbuatan ini jauh lebih berharga daripada wang ringgit. Zakat, derma dan sedekah dapat member kita kelebihan di dunia dan di akhirat.
Selain itu, dapat menolak bala bencana. Dengan sedekah insyaAllah umur kita akan dipanjangkan oleh Allah. Sungguh banyak kelebihan dan kebaikan zakat, sedekah serta derma. Oleh itu, sangat rugi kepada manusia yang menganggap dengan sedekah atau derma hartanya makin berkurang.
Nabi Muhammad bersabda, ‘ sedekah orang yang sebelum mati adalah jauh lebih baik dari sedekah selepas orang mati ’. Tuntasnya, sedekah, derma dan zakatlah ketika mana nyawa masih ada di bumi Allah ini sebelum kembali ke Allah.
RUJUKAN
1. Al-Hafiz, U. I. (1992). Soal Jawab Fiqh Harian. Shah Alam: Hizbi.
2. Al-Quran Al-Karim.
3. Hadis Nabi.
4. Kadir, U. M. (2006). Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Zakat Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.
5. Qardawi, S. D. (1988). Zakat. Singapura: Pustaka Nasional Pte ltd Singapura.
6. Zakariya, S. H. (2007). Fadhilat Sedekah (kelebihan sedekah) jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Klang Book Centre.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com