Tajuk: Larangan Mengadu Domba

PENDAHULUAN
Allah Subhanahu wa ta’ala amat benci orang yang suka mengadu domba kerana ia akan mengakibatkan sebuah masyarakat berpecah belah dan kucar kacir. Islam mensyariatkan umatnya mencela orang yang bermuka dua(pengadu domba). Satu golongan yang berusaha memutuskan atau melonggarkan perhubungan silaturrahim antara seseorang dengan seseorang yang lain. 

Rasulullah Subhanahu wa ta’ala bersabda “Kamu akan mendapat sejahat jahat orang iaitu orang yang bermuka dua yang datang sini dengan satu muka dan ke sana dengan muka yang lain”. 

Oleh itu kita seharusnya mengelakkan diri daripada mempuyai sikap mengadu domba kerana pelbagai keburukkannya. 

Sabda rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam “Orang yang amat dibenci diantara kamu kepada Allah ialah orang yang suka menyebarkan fitnah(mengadu domba), orang yang suka memecah-belahkan diantara rakan-rakan, orang yang suka mencari alasan untuk melepaskan diri daripada kesalahan. 

Hakikat mengadu-domba ialah membocorkan rahsia orang lain dan menjatuhkan maruahnya. Mendedahkan hal-hal yang tidak sepatutnya dihebohkan. 

DEFINISI
Mengadu domba atau namimah ialah menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain agar mereka salah faham dan bermusuhan.. Mereka membuat cerita bohong dengan mereka-rekakan cerita yang mengandungi fitnah. Sama ada melalui perkataan, perbuatan atau tulisan. 
Pengadu-domba ialah orang yang apabila bertemu dengan suatu kelompok mengaku sebahagian dari mereka dan jika bertemu dengan kelompok lainnya ia mengaku sebahagian dari mereka pula. 
Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman : dan janganlah Engkau (berkisar dari pendirianmu Yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang Yang selalu bersumpah, lagi Yang hina (pendapatnya dan amalannya), - (Al-Qalam:10) 

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda yang bermaksud “Bukan dari umatku orang yang hasad dan orang yang suka memfitnah dan orang yang tukang ramal dan aku bukan golongannya”. 

HUKUM
Sama dengan ghibah iaitu HARAM dan termasuk dalam dosa besar kerana merupakan punca terjadinya fitnah, kekacauan, persengketaan, pembunuhan atau menjadikan hati penuh rasa dendam. 

Dalil diharamkannya mengadu domba ini telah ditetapkan dalam Al Quran dan Hadis Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman : Yang suka mencaci, lagi Yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), 
Al Hammaz dalam ayat ini bererti orang yang memfitnah, menceritakan aib orang lain, dan orang yang mengghibah. Masyai bi Namim pada ayat bererti orang yang banyak melakukan adu domba dan kekacauan di dalam masyarakat. 

Rasulullah Subhanahu wa ta’ala bersabda “Takkan masuk syurga tukang fitnah(mengadu domba)” 

DIHARAMKAN MASUK SYURGA DISEBABKAN DUA PERKARA
Pertama, mutlak(selama-lamanya) ialah jika ia sengaja mengadu domba padahal ia tahu hukumnya haram. Kedua tidak mutlak(sementara) ialah jika ia melanggar larangan Allah Subhanahu wa ta’ala serta tidak mendapatkan keampunan dariNya. 

Hadith muttafaqun ‘alaih dari Ibn Abbas r. a berkata Suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam melalui sebuah kebun diantara kebun-kebun di Madinah. Tiba-tiba baginda mendengar dua orang yang sedang diseksa didalam kuburnya, lalu Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda. ”Kedua-duanya diseksa, padahal tidak kerana masalah yang besar(dalam anggapan yang keduanya)-lalu bersabda-benar(dalam sebuah riwayat disebutkan. ”Padahal sesungguhnya ia adalah persoalan yang besar”. Salah seorang di antaranya tidak meletakkan sesuatu untuk melindungi diri dari percikkan kencingnya dan seorang lagi kerana suka mengadu-domba. 

Hadith ini menjadi dalil bahawa memfitnah itu haram hukumnya dan termasuk dalam dosa besar. Hadith ini juga menjadi dalil bahawa azab kubur itu memang adASebagaimana kisah buang air kecil da si pengadu domba’itu merupakan sebsb-sebab adanya azab kubur. 

LAPAN JENIS ORANG YANG TIDAK BOLEH MASUK SYURGA IAITU
1. Orang yang selalu minum khamr
2. Orang yang tetap menjadi pelacur
3. Tukang fitnah(adu-adu)
4. Orang yang membiarkan isterinya berzina
5. Polis
6. Pondan
7. Pemutus hubungan keluarga
8. Orang yang bersumpah dengan nama Allah dan tidak menepatinya. 

MENGADU YANG DIBOLEHKAN
Untuk kepentingan dan kemaslahatan kaum muslim atau menolak kemaksiatan. Seperti takut akan terjadinya kerosakan. 

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. 

TUJUAN SESEORANG MENGADU DOMBA IALAH
Untuk kepentingan dan keuntungan peribadi, mengambil kesempatan orang atasan dan kepuasan jiwa. 
Biasanya orang-orang yang melakukan namimah hanya orang yang sakit jiwa. Bukan bererti gila tetapi jiwanya sakit kerana gembira melihat orang lain bertengkar, gembira melihat orang lain berperang sedangkan perbuatan tersebut hanya untuk mengembirakan dia dan menghangatkan lagi suasana dengan kata lain menghuru-harakan suasana. 
TINDAKAN APABILA MENDENGAR KATA ADUAN IALAH
Jangan tergopoh gapah membuat tindakan dan jangan terus mempercayai kata-kata aduan tersebut Firman Allah Subhanahu wa ta’ala 

jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya
Jangan mempercayai segala kata-kata pengadu domba kerana ia tergolong dari golongan orang-orang yang jahat. Walaupun dia seseorang yang alim atau pejuang agama. 

3 DOSA KEPADA ORANG YANG MENDENGAR CERITA PENGADU DOMBA
Orang yang mendengar akan membenci orang yang diceritakan, Selain itu mengganggu fikiran orang yang mendengar dan orang yang mendengar akan mendengar akan menuduh orang yang menceritakan (pengadu domba) berdusta. 

Allah Subhanahu wa ta’ala menerangkan bahawa fitnah itu lebih berbahaya dari pembunuhan. 
Siapa yang berlidah dua maka Allah akan menjadikan baginya pada hari kiamat dua lidah dari api neraka. 
(HR. Atthabarani Dan Alasbahani)

Salah satu sasaran syariat Islam adalah untuk keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan umat manusia ialah mempereratkan tali persaudaraan dengan membina hubungan kasih sayang antara sesama umat manusia. 
Syariat Islam telah menyatakan dengan tegas dan jelas dalam Al Quran bahawa sesame muslim adalah saudara

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 

Qatadah berkata; Sejahat-jahat hamba Allah ialah tukang menghina, tukang maki dan tukang mengadu. 

Tukang fitnah itu lebih jahat dari tukang sihir kerana tukang fitnah dapat berbuat dalam sesaat apa yang tidak dilakukan oleh tukang sihir dalam satu bulan. 

Tukang fitnah lebih merbahaya dari perbuatan syaitan kerana syaitan hanya berbisik dan khayalan tetapi tukang fitnah langsung berhadapan dan terus mempraktikkan. 
Fitnah itu bagaikan kayu untuk menyalakan api permusuhan dan peperangan. 

SEKSA KUBUR KERANA TIGA PERBUATAN IAITU
Pertama ialah satu per tiga kerana ghibah. Kedua ialah satu per tiga kerana tidak bersih daripada air kencing dan ketiga ialah satu per tiga kerana mengadu domba

EMPAT ORANG YANG DIPANDANG HINA IAITU
Pertama ialah tukang fitnah(mengadu domba). Kedua ialah pendusta. Ketiga ialah orang yang berhutang dan keempat ialah anak yatim. 

Utbah bin Lubabah dari Abu Ubaidiah Al-Quraisy berkata; Seseorang berjalan tujuh ratus kali kerana akan belajar tujuh kalimat dan ketika ia sampai ketujuhnya, ia berkata:saya datang kepadamu untuk mendapatkan ilmu yang diberikan Allah kepadamu, beritakan kepadaku apakah yang lebih berat daripada langit?dan apakah yang lebih luas dari bumi?dan apakah yang lebih keras dari batu?dan apakah yang lebih panas dari api?dan apakah yang lebih dingin dari zamharu?dan apakah yang lebih dalam dari laut?dan apakah yang lebih rendah(lemah)daripada anak yatim?Atau apakah yang lebih jahat dari racun?Jawabnya:membuat tuduhan palsu terhadap orang yang tidak berbuat, maka itu lebih berat dari langit. Hak kebenaran itu lebih luas dari bumi. Dan hati yang qanaah (teriman)lebih dalam dari laut. Dan tamak itu lebih panas dari api. Hajat kepada keluarga yang terdekat jika tidak tercapai lebih tinggi dari zamharut. Hati orang kafir lebih keras dari batu. Dan fitnah(adu-adu)jika dapat diketahui atas apa yang difitnah lebih hina dari anak yatim(orang memfitnah)adu-adu jika terbuka rahsianya lebih hina dari anak yatim atau Dan fitnah itu lebih jahat dari racun yang membinasakan. 

CARA UNTUK MENGHADAPI SITUASI JIKA ADA SESEORANG YANG MEMFITNAH SESEORANG
1. Jangan percaya keranapemfitnah(adu-adu) tidak dapat diterima persaksiannya. 
2. Harus mencegahnya dari fitnah itu kerana nahi mungkar. 
3. Harus membenci kepadanya kerana telah berbuat maksiat. 
4. Jangan bersangka buruk terhadap orang yang difitnah keranabersangka buruk terhadap sesama muslim adalah haram. 
5. Jangan selidik keadaan orang yang difitnah itu kerana allah melarang mencari kesalahan orang. 
6. Jangan melakukan perkara yang sama seperti pemfitnah dan jangan memburukkan pemfitnah itu dengan menceritakan keburukkannya kepada orang lain. 

Sorang Hakim(bijak pandai)berkata
Jika ada orang yang menyampaikan kepadamu makian kawanmu, maka dialah yang memaki engkau, bukan orang yang disampaikan beritanya kepadamu. 
Wahb bin Munabbih berkata
Siapa orang yang memujimu dengan suatu yang tidak ada padamu, maka tidak aman daripadanya akan memaki kau dengan apa yang tidak ada pada mu. 

PENUTUP
Rasulullah Subhanahu wa ta’ala tidak mengaku umatnya bagi orang suka mengadu domba. Rasulullah Subhanahu wa ta’ala bersabda “Sebaik-baik umatku mereka yang bila dilihat langsung teringat kepada Allah dan sejahat-jahatnya umatku ialah orang yang berkeliaran menyebarkan fitnah dan memisahkan antara saudara, orang yang gemar menuduh jahat terhadap orang yang tidak bersalah.  

Oleh itu kita sesama saudara seharusnya mengambil tindakan apabila terdengar saudara kita mengadu domba dengan menasihatinya supaya jangan sangka buruk pada orang lain kerana kita tidak tahu perkara tersebut betul ke tidak. Serta janganlah suka mencari kesalahan orang lain agar tidak berlakunya kekecohan dalam masyarakat kita dan hidup aman sentosASikap yang perlu diterapkan dalam masyarakat ialah menutup aib orang lain, bertoleransi dan saling memaafkan suatu keburukkan untuk terciptanya masyarakat Islam yang kuat serta memiliki ikatan yang harmoni. 

RUJUKAN
1. Ad-Darani, AS. (2004). Sifat-Sifat Penghalang Kejayaan Seorang Muslim. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. 
2. Bahreisy, H. (1996). Petunjuk Ke jalan Lurus. Indonesia: Victory Agencie. 
3. qadir, S. A. (2003). Wasiat Dan Nasihat Kerohanian. Indonesia: Akmal Hji Mohd Zain. 
4. Rasyid, U. H. (1992). Kejahatan-kejahatan lidah manusia serta wajah-wajah manusia dari kubur. Kuala Lumpur: Pengarah Sheikh Publisher. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com