Tajuk: Ekonomi Islam Dan Pelaksanaanya Di Malaysia

PENDAHULUAN
Setiap manusia dan kumpulan masyarakat ingin kepada pencapaian matlamat kesejahteraan dan kebahagian di dalam kehidupan ekonomi masing-masing. Secara umumnya ukuran kepada matlamat kesejahteraan ekonomi tersebut dikaitkan dengan pencapaian kecekapan yang maksimum di dalam proses membuat keputusan dan tindakan bagi penggunaan sumber-sumber ekonomi yang tersediadan terhad dan menjamin keadilan di dalam pengagihan. Hasil daripada pencapaian kecekapan peruntukan sumber dan keadilan pengagihan tersebut akan dapat menjamin pencapaian kebebasan ekonomi yang meluas kepada segolongan besar masyarakat dan seterusnya membolehkan juga kesejahteraan hidup yang mantap dan berterusan. Menurut ukuran Islam pencapaian-pencapaian kejayaan sebenar kehidupan ekonomi tidak terbatas kepada ukuran yang bersifat benda. Apa yang lebih diutamakan lagi ialah sejauh mana manusia dapat menyelaraskan pencapaian matlamat benda yang terbatas kepada kehidupan dunia kepada matlamat kehidupan akhirat yang merupakan matlamat terakhir dan sebenar kewujudan mereka di alam ini. 

Dengan itu sebenarnya masyarakat perlu terus mencari rumusan sistem ekonomi yang lebih sempurna untuk kepentingan ekonomi mereka. Bagi masyarakat Islam usaha tersebut kini tertumpu kepada merumuskan kehidupan ekonomi selaras kepada keperluan sistem ekonomi Islam sebenarnya bukanlah merupakan suatu yang mudah terutamanya pada peringkat praktikal atau amali. Daripada sumber-sumber utama pengetahuan atau bimbingan Illahi hanyalah menyediakan panduan asas dan prinsip umum yang perlu diberikan penilaian untuk merumuskan susunan atau organisasi yang sesuai dengan keperluan masyarakat berdasarkan kepada pertimbangan faktor masa, tahap kemajuan, tempat dan budaya yang dianuti. Prinsip umum sistem ekonomi Islam tersebut bolehlah dijadikan asas ukuran dalam usaha masyarakat menyusun kehidupan ekonomi mereka selaras dengan kehendak Islam. 

STRUKTUK SISTEM KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Tujuan dan Objektif:
1. Mengumpulkan modal yang mencukupi untuk pengeluaran, pengunaan dan pertukaran berdasarkan prinsip-prinsip islam. 
2. Mengagihkan modal kepada sektor-sektor yang benar-benar memerlukan dan boleh membawa faedah kepada masyarakat dan umat islam seluruhnya. 
3. Menentukan kestabilan harga dengan membuang elemen-elemen yang negatif dan haram seperti riba dan gharar. 
4. Menentukan keadaan ekonomi yang makmur dan bersih daripada segala jenis kesempitan dharuri di perinkat individu. 
5. Mewujudkan prinsip keadilan dan insan sesama manusia. 

Struktur sistem kewangan islam adalah mencakupi mencakupi tiga konponen utama seperti juga dengan sistem kewangan kovensional, iaitu instrumen kewangan, institusi kewangan dan pasaran kewangan. 

Instrumen Kewangan
Instrumen kewangan ialah sesuatu yang dicipta dan dikeluarkan oleh pihak yang memerlukan modal kepada pihak yang memberi modal atau pinjaman sebagai bukti terhadap modal atau pinjaman tersebut. Ia merupakan obligasi kewangan bagi si peminjam dana kepada pemilik dana atau pemegang instrument tersebut. 

Institusi Kewangan
Isntitusi kewangan adalah institusi yang mencipta dan memperniagakan instrumen-instrumen kewangan di samping berfungsi untuk memudahkan aliran sumber-sumber antara peserta pasaran. 

Pasaran Kewangan
Pasaran kewangan biasanya merujuk kepada mekanisme atau arena di mana instrumen kewangan diperniagakan dan harga bagi instrument tersebut ditentukan oleh kehendak permintaan dan penawaran. Ia berperanan sebagai penyalur sumber dana daripada unit lebihan kepada unit defisit dalam ekonomi. 

KEARAH PENYUSUNAN EKONOMI NEGARA MENGIKUTI LUNAS ISLAM

“Dan carilah pada apa yang telah di anugerahkan Allah kepada mu kebahagian negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan kebahagiaan mu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagai mana Allah allah telah berbuat baik kepada mu, dan janaganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. ” (Q28:77)

Masyarakat manusia sebenarnya sentiasa berusaha untuk mencari formula yang terbaik untuk membantu mereka menyusun atau melakukan organisasi kepada kehidupan ekonomi merekabagi mencapai matlamat yang dimaksudkan. 

Ekonomi Malaysia dan Keperluan Penyusunan Secara Islam
Amalan ekonomi di Malaysia merupakan sistem daripada sistem yang diamalkan penjajah yang berasaskan kepada sistem kapitalisme. Namun pendekatan yang diambil bukan lah mengantikan amalan secara islam tetapi mewujudkan dualism amalan ekonomi dalam aspek tertentu iaitu antara amalan islam dan tetap meneruskan amalan semasa yang bertentangan dengan islam. 

Penyusunan Ekonomi Menurut Sistem Ekonomi Islam
Menyedari kelemahan dan kurang kemampuan ekonomi semasa dalam menjamin pencapaian kesejahteraan kehidupan masyarakat suatu cara penyusunan yang lebih sempurna perlu di lakukan. Kepada masyarakat islam sistem tersebut merupakan sistem ekonomi islam yang pada dasarnya perlu dibina berdasarkan kepada asas dan perinsip syariah islam. 

Penyusunan ekonomi menurut islam merangkumi kepada :
i)Asas falsafah kewujudan dan kehidupan ekonomi islam
ii)Pemilikan harta /sumber-sumber ekonomi
iii)Proses pelaksanaan keputusan asas dan peranan kerajaan dalam kehidupan ekonomi
iv)Penyaluran maklumat bagi tujuan pembuatan keputusan yang bermakna


PRINSIP-PRINSIP ISLAM DALAM SEKTOR PELABURAN
Dalam islam, konsep shirkah atau pensyarikatan secara umumnya adalah berasaskan kepada konsep pelaburan. 
Ciri-ciri pelaburan dalam islam adalah seperti berikut:
i)Modal mesti disedaiakan oleh salah seorang atau kedua-dua orang dalam sesebuah perkonsian berdasarkan bentuk kontrak yang dimasuki. 
ii)Modal itu mesti diadakan dalam bentuk tunai dalam bentuk tunai dan sekiranya aset di terima sebagai modal perniangaan, maka ianya mestilah diberi nilaian berdasarkan nilai semasa dan tertakluk kepada penurunan nilai. 
iii)Keuntungan tidak boleh ditetapkan dalam jumlah yang tertentu. Ianya mestilah dalam bentuk peratus atau bahagian. 
iv)Keuntugan ditakrifkan sebagai peningkatan kepada jumlah modal yang disediakan. 
v)Kerugian mesti diatanggung oleh kedua-dua pihak yang berkongsi dan cara perkonsian ini berbeza daripada satu kontrak kepada kontrak yang lain. 
vi)Aktiviti pelaburan ini mestilah halal dan dibenarkan oleh syariah. 
vii)Setiap pihak mempuyai hak dan tanggungjawab yang mesti diperjelaskan dalam perjanjian untuk mengelak perselisihan. 
viii)Setiap pihak boleh membatalkan kontrak perkonsian. Namun, boleh disyaratkan cara pembatalan itu dan sekiranya ini telah dimasukkan dalam perjanjian, ia adalah mengikat kedua belah pihak. 

Pandangan Islam Terhadap Pelaburan saham 
Kegiatan pelaburan adalah dituntut dalam islam asalkan ia tidak bercangah dengan prinsip-prinsip islam. Islam sentiasa mengalakkan supaya wang yang beredar di dalam sistem ekonomi bagi tujuan yang produktif. Terdapat nas yang mengalakkan umat islam supaya tidak mengunakan harta sesama mereka, terutama secara salah, dan kita digalakkan supaya bergiant dalam perniagaan. Ini dijelaskan dalam Surah 4:29 yang bermaksud, 

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesunguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu. ”

Ayat ini boleh dilihat dalam konteks pelaburan saham sebagai perkonsian pemilikan ke atas sebuah syarikat bagi tujuan perniagaan. 

KONSEP TAKAFUL DAN AMALANNYA DI MALAYSIA
Insurans merupakan pampasan kewangan apabila berlaku sesuatu malapetaka. Akta takaful 1984 mentakrifkan takaful (insurans islam) sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-perserta yang sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud tersebut. isnsuran menurut islam bebas dari unsur-unsur seperti gharar maysir dan riba. 

Objektif Takaful
i. Untuk merealisasikan ikatan kasih saying, persaudaraan islam dan kesatuan dalam masyarakat. 
ii. Untuk menjaga masyarakat daripada kesan-kesan buruk akibat musibah dan malapetaka yang menimpa. 
iii. Untuk mewujudkan ketenangan jiwa dan kebahagian di dunia kepada ahli masyarakat yang ditimpa kesusahan. 
iv. Umtuk menyalurkan harta ke jalan yang dituntut, iaitu melalui amalan menabung bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemudaratan. 
Ciri-Ciri Takaful
Sistem takaful mestilah berasaskan konsep al-takaful dan mempuyai ciri-ciri tersebut:
i. Pemegang polisi saling berkerjasama atara satu sama lain bagi mengadakan manfaat bersama. 
ii. Setiap pemegang polisi akan membayar sumbangan bagi membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. 
iii. Insurans ini tergolong di bawah perjanjian memberi sumbangan atau derma yang bertujuan untuk mengagihkan kerugian dan menyamaratakan tanggungan mengikut kaedah pengumpulan sumber bersama. 
iv. Unsur ketidaktentuan berkaitan dengan bayaran sumbangan dan manfaat bayaran dapat diketepikan. 
v. Tidak bertujuan memberi keuntungan atau melebihkan kepada satu pihak sahaja sehingga boleh merugikan pihak-pihak yang lain. 

KAITAN BUNGA DENGAN RIBA YANG DIHARAMKAN DALAM ISLAM
Pengertian Bunga
Bunga merupakan pampasan yang diberikan kepada si piutang oleh peminjam kerana keuntungan yang mungkin akan diperolehnya daripada menggunakan wang hutang tersebu. 

Pengertian Riba
Riba merupakan bayaran lebihan daripada wang pokok (harta asal) mengikut perjanjian yang disyaratkan terlebih dahulu. Kontrak ke atas pertukaran barangan tertentu yang tidak di ketahui persamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak atau penanguhan serahan salah satu barangan yang ditukarkan atau yang diperdagangkan bagi pertukaran mata wang dan barangan ribawi. 

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. Dan peliharalah diri kamu daripada api neraka yang disediakan bagi orang-orang kafir. ”Ali-‘imran (3:130-131)

Ayat ini dengan terang menyatakan penharaman riba bagi umat islam. 
Amalan riba ini merujukan kepada amalan urusan hutang masyarakat jahiliah dan pada awal permulaan islam yang berbentuk berlipat ganda. Ia berpunca daripada urus niaga jual beli ataupun urusan pinjaman. Islam menharamkannya kerana riba ini dapat menindas golongan miskin dengan mengenakan bayaran bunga yang tinggi, hal ini menyebabkan golongan itu tidak dapat menjelaskan hutang-piutang yang semakin bertambah jumlahnya. 

PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
Zakat adalah salah satu daripada rukun islam yang ketiga. Mengeluarkan zakat disisi islam adalah wajib. Objektif zakat dalam pembangunan ummah adalah:

1. Ia mempertingkatkan nilai hidup pengeluar zakat. 

Dalam al-Quran Allah menjelaskan, satu daripada objektif zakat ialah untuk membersih dan menyucikan diri pengeluar zakat. Menyuci diri daripada sifat kedekut selain itu ia juga melatih seseorang itu berbelanja dengan betul. 

2. Ia membersih dan menyuburkan harta. 

Dalam mencari kekayaan kadang-kadang secara tidak sengaja berlaku perncerobohan terhadap hak orang lain. Kejadian seperti ini menyebabkan harta yang dikumpul itu dicemari oleh hak orang lain di dalamnya. Zakat harus dikeluarkan bagi membersihkan dari pergantungan seperti itu. 

3. Membantu pihak yang memerlukan. 

Zakat bagi membantu mereka yang terdiri daripada fakir miskin, mereka yang dihimpit beban hutang, mereka yang keputusan belanja dalam perjalanan dan sebagainya. 

4. Memperkukuhkan jaminan social. 

Ia membantu melaksanakan jaminan social. Kerana pemberian kepada fakir miskin dan pihak-pihak lain yang memerlukan bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi kepada masyarakat juga. 

Peranan Zakat Terhadap Pembangunan Diri Dan Sosio-Ekonomi

Zakat yang diwajibkan oleh islam merupakan satu sistem kehartaan dan ekonomi umat islam yang berperanan untuk membangunkan diri manusia dan budaya mereka. 

Antara tujuan zakat diwajibkan dalam islam adalah :

1. Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi
2. Mengelak pembekuan harta kekayaan
3. Pengagihan dana zakat kepada yang dhaif
4. Zakat mengalakkan rakyat termiskin berusaha
5. Zakat sebagai insentif kepada golongan miskin

KESIMPULAN 
Malaysia kini di ambang perkembangan yang amat pesat. Dengan melalui satu krisis ekonomi yang begitu gawat, telah mendewasakan kita. Kita telah memperoleh banyak ganjaran dan tiada yang sehebat reality yang berlaku di depan mata. Kita juga sedar bahawa tiada jalan singkat kepada kejayaan sesebuah negara atau jawapan mudah kepada masalah masalah yang dihadapi oleh negara. Kita telah memulakan langkah yang pertama dalam tahun 1983. Dengan polisi dan asas yang kini sudah kukuh, perbangkan dan kewangan Islam bukan bukan sahaja akan mucul sebagai salah satu daripada komponen penting dalam sistem kewangan tetapi juga akan memainkan peranan penting dalam sistem pembangunan negara. 

Rujukan

Ahmad, H. Z. (1979). Dasar-Dasar Ekonomi Islam. Bulan Bintang Jakarta. 
Al-Salleh, D. S. (N. D. ). Sistem Dan Kewangan Dalam Islam. 1986: Malindo Printers Sdn. Bhd. 
Ghani, A. M. (2006). Dinamisme Kewangan Islam Di Malaysia. University Of Malaya. 
Hassan, N. M. (2002). Ekonomi Islam Dan Pelaksanaan Di Malaysia. Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd. 
Siddiqi, M. N. (1987). Pemikiran Ekonomi Islam. Nurin Enterprise. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com