Tajuk: Kewajipan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Pengertian puasa:Istilah
Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. 

Dalil Wajib puasa
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut: Al-Quran dan Hadith

Al- Quran: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. 

Hadis: Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, iaitu: Bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji, dan puasa pada bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syarat wajib puasa

1. Islam :Tidak diwajibkan kepada orang kafir. 
2. Baligh:
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa
3. Berakal :Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila. 
4. Berkemampuan: 
Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya. 

Syarat-syarat sah puasa

1. Islam:
Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal. 
2. Berakal: Orang gila tidak sah puasanya
3. Suci daripada nifas dan haid
4. Masuk waktu puasa
5. Berniat pada setiap malam: 
Menurut mazhab Imam Malik; memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan. 
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa. 

Rukun Puasa
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa. 

Perkara yang membatalkan puasa:

1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun. 
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
4. Keluar darah haid atau nifas
5. Gila (hilang akal)
6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari. 
7. Merokok disiang hari. (Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8. Murtad (keluar dari Islam)
9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. 

Mereka yang diizinkan berbuka:

1. Orang yang sakit. 
2. Orang yang berkerja buruh. 
3. Orang yang dalam musafir (perjalanan). 
4. Orang tua yang sudah lemah. 
5. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak. 

Hikmah Puasa:

1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya. 
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain 
4. Meningkatkan kesihatan diri. 
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat. 
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) seperti tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya. 

Kelebihan Ramadhan:

1. Bulan diturunkan Al-Quran. 
2. Bulan penuh berkat 
Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka. 
"Maksudnya: Dari Abu Hurairah r. a bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka, dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan 
3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. 

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar. 

Fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:
Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada mereka :
Abi Hurairah sabda Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: 

Kelebihan orang yang berpuasa:
1-Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. 
 2-Malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, 
3-Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang 
merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu. 
4-Diikat padanya syaitan 
5-Diampun bagi mereka pada akhir malam. 

Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan 
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda : Apabila 
sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis. 

 Huraian Hadith: 
1. Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah:

• Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara. 
• Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati di bulan puasa terlepas daripada azab kubur. 
• Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa. 
2. Digalakkan orang yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda. 

PENGAJARAN: 
• Bulan Ramadhan al-Mubarak adalah salah satu daripada empat bulan yang dianggap mulia oleh Kaum Muslimin, jadi kaum- kaum Muslimin dituntut menjauhkan diri dari makan dan minum, perhubungan sulit suami-isteri, merokok, dan segala kesukaan jasmani dari dinihari hingga senja 
• Kaum Muslimin digalakkan memperbanyakkan solat dan doa sebagai tanda ketaatan kepada Allah, juga mengawasi akhlaq dan tingkahlaku masing-masing; yakni menyedari akan dosa dan kejahatan sifat benci, mencuri dan berbohong, dengki, membunuh secara zalim, dan perasaan bongkak. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com