Tajuk: Kisah Nabi Zakaria As Dan Perjuangannya

Pendahuluan
Al-Hafiz Abul Kasim bin Asakir di dalam buku tarikhnya yang lengkap dan terkenal mengatakan bahawa Zakaria adalah putera Berekhnya. Ada yang mengatakan bahawa Zakaria adalah putera Daan. Ada juga yang mengatakan bahawa Zakaria bin Ladon bin Muslim bin Shaduq bin Hisyan bin Baud bin Sulaiman bin Muslim bin Sadiqah bin Berekhya bin Baláthah bin Nahuur bin Syelum bin Bahfasyath bin Ainaman bin Rahe’am bin Sulaiman bin Daud, ayah dari Nabi Yahya AS. dari Bani Israel. Zakaria memasuki daerah Bitsnah (termasuk wilayah Damaskus) untuk mencari anaknya Yahya. Ada yang mengatakan bahawa beliau ada di Damaskus ketika puteranya Yahya dibunuh (Allah lebih mengetahui mengenai keturunan beliau kerana ada yang mengatakan tidak seperti di atas). 

Mengenai nama beliau juga ada yang menyebutnya Zakaria dan ada juga yang menyebut Zakari. Maksud ayat-ayat tersebut di atas adalah bahawasanya Allah Subhanahu wa ta’ala menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada umat manusia tentang kisah Nabi Zakaria AS. juga mengenai keadaan beliau tatkala Allah menganugerahkan kepada beliau seorang anak di kala beliau sudah lanjut usia. Di samping itu, isterinya juga seorang yang sudah tua (dia mandul ketika mudanya), sehingga tidak boleh seseorang berputus asa dari kurnia dan rahmat Allah, tidak boleh berputus harapan dan anugerahNya. 

DOA NABI ZAKARIA AS DIMAKBULKAN
Maksudnya: ‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kaf, Ha’, Ya, Áin, Shad penjelasan tentang rahmat tuhan kamu kepada hambanya Zakaria, iaitu tatkala dia berdoa kepada tuhannya dengan suara lembut. Dia berkata “Ya Tuhanku! Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau ya Tuhanku! Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap waris sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaákub dan jadikanlah dia, ya Tuhanku seorang yang diredhai”. “Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu bahawa kamu akan memperoleh seorang cahaya mata yang bernama Yahya yang mana sebelum ini Kami belum pernah mencipta mana-mana orang serupa seperti dia”. Lalu Zakaria bertanya “Ya Tuhanku, mana mungkinakan ada anak bagiku, walhal isteriku adalah seorang yang tidak dapat mengandungkan bayi dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua”. Tuhan berfirman: “Demikianlah”. Tuhan berfirman “Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu padahal kaum (waktu itu) belum ada sama sekali”. Zakaria bersuara: “Ya Tuhanku! Berikanlah aku suatu tanda”. Tuhan berfirman: “Tanda bagimu ialah bahawa kamu tidak akan dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat”. Maka dia keluar dari mihrab menuju kaumnya, lalu dia memberi isyarat kepada mereka: Hendaklah kamu bertasbih di waktu pagi dan petang. Wahai Yahya! Ambillah al-Kitab (Taurat) itu dengan bersungguh-sungguhdan kami berikan kepadanya hikmah selagi dia masih kanak-kanak dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami (dari dosa), dan dia adalah seorang yang bertaqwa dan banyak berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah dia orang yang sombong lagi derhaka. Kesejahteraan atas dirinya pada hari dia dilahirkan dan pada hari dia meninggal dan pada hari dia dibangkitkan hidup kembali”.   (Surah Maryam: 1-15) 

Allah Taala juga berfirman yang bermaksud:
“Dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharaannyASetiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia mendapati makanan di sisinya. Zakaria berkata: Wahai Maryam! Dari manakah kamu mendapatkan (makanan) ini?” Maryam menjawab bahawa “Makanan itu dari sisi Allah”. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa hisab. Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku! Berikanlah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa. Kemudian malaikat Jibrail memanggil Zakaria, sedang dia berdiri melakukan solat di mihrab (katanya): Sesungguhnya Allah menggembirakan kamudengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, jadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi termasuk keturunan orang-orang soleh”. Zakaria berkata: Ya Tuhanku! Bagaimana aku boleh mendapat anak sedang aku telah sangat tua dan isteriku pun seorang yang mandul?” Allah berfirman: “Demikianlah Allah berbuat apa yang dikehendakiNya”. Zakaria berkata: “Berikanlah aku suatu tanda (bahawa isteriku mengandung). Allah berfirman: “Tanda bagimu, kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari, kecuali dengan isyarat dan sebutlah (nama) Tuhanmu sebanyak-banyaknya mungkin serta bertasbih di waktu petang dan pagi hari”.  (Surah Ali Imran: 37-41) 

Memperkenanlah doanya dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikanlah isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegerab dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas serta mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami”. Allah Taala berfirman lagi, yang bermaksud: “Dan Zakaria, Yahya, Isa, dan IlyASemuanya termasuk orang-orang yang soleh(Surah al-Anám: 85)

NABI ZAKARIA AS. BERDOA SIANG DAN MALAM
Manakala firmanNya yang bermaksud: “Adapun yang dibacakan ini adalah penjelasan tentang rahmat Tuhankamu kepada hambaNya, Zakaria. Iaitu tatkala dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut”. Qatadah ketika mentafsirkannya mengatakan bahawa “Sesungguhnya Allah mengetahui hati yang bersih dan mendengar suara yang lembut”. 
Sebahagian ulama salaf mengatakan bahawa Zakaria berdiri solat malam lalu dia memanggil Tuhannya dengan panggilan yang dirahsiakan dan orang yang ada berhampirannya kerana khuatir kepadanya sambil berkata: “Oh Tuhan! Oh Tuhan! Oh Tuhan!” Lalu Allah berfirman; “Ya! Aku penuhi permohonanmu. Aku penuhi permohonanmu”. Dia berkata”Ya Tuhanku! Sesungguhnya tulangku sudah lemah”. Iaitu telah lemah dan telahhilang kekuatannya kerana sudah sangat tua. Dan kepalaku sudah ditumbuhi uban”. Sebagai kata pinjaman dari api yang menyala pada kayu api. Iaitu, ubannya telah mengalahkan hitamnya rambut sebagaimana dikatakan Ibnu Duraid dalam bait syairnya:
“Tidaklah kamu melihat kepalaku warnanya telah menyerupai permulaan, 
waktu subuh menjelang malam berakhir, 
warna putih menyala di tempat yang hitam, 
bagaikan api yang menyala pada bara kayu ghada
(kayu dari pohon asal yang baranya kekal menyala tidak mudah padam)
Kehendak telah menjadi kering dan layu setelah dia terlempar dan
Dimuntahkan oleh bumi”. 
Demikian juga Zakaria berkata: “Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban”. Ucapannya juga: “Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau ya Tuhanku!” Iaitu Engkau tidak pernah menolak permohonanku melainkan memperkenankannya, dan yang mendorong beliau memohon seperti ini adalah tatkala beliau memelihara Maryam binti Imran bin Mathan. Setiap kali dia masuk kedalam mihrab untuk menemui Maryam, dia akan dapati buah-buahan di sisinya yang tidak ada musimnya, tidak pula pada waktu biasanya, dan ini termasuk karamah para wali. Maka dia mengetahui bahawa pemberi rezeki sesuatu yang di luar musimnya pasti mampu memberikannya anak meskipun cacat umur (lanjut usia). FirmanNya yang bermaksud: “Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. Dan ucapannya: “Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku (warisku) sepeninggalku. Sedangkan isteriku adalah seorang yang mandul”. 
Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan mawali adalah pemgikut-pengikut beliau kerana beliau khuatir terhadap perbuatan mereka sepeninggalannya dalam memimpin Bani Israel dengan sesuatu yang tidak mengikut syariat Allah dan taat kepadanya. Maka dia memohon agar mendapat seorang anak dari tulang rusuknya sendiri yang baik, bertaqwa dan diredhai. Maka dengan itu, dia pun berdoa: “Maka anugerahkanlah kepadaku dari sisi Engkau”. Iaitu dari sisiMu dengan daya kekuatanMu. Ayat, ‘Seorang putera yang akan mewarisi aku’ iaitu dalam hal kenabian dan hokum di tengah Bani Israel. ‘Dan mewarisi sebahagian dari keluarga Yaákub. Maka jadikanlah dia seperti mereka dalam kemuliaan kenabiaan dan wahyu yang Engkau telah memuliakan mereka dengannya, dan yang dimaksudkan di sini, bukanlah mewarisi harta, sebagaimana anggapan sebahagian orang Syiah. Ibnu Jarir bersetuju dalam hal ini dan dia meriwayatkan pendapat yang sama dari ulama salaf. Perkara ini disebabkan oleh beberapa perkara:
1. Keterangan yang telah kami kemukakan mengenai firman Allah dalam ayat dibawah yang bermaksud:
“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud”. 
(Surah an-Naml: 16)
Iaitu dalam hal kenabian dan kerajaan, berdasarkan hadis yang telah disepakati para ulama yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab sahih, musnad, kitab-kitab sunan dan lain-lain dengan beberapa jalan (sanad) dari sekumpulan sahabat, bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam tidak mewariskan (harta kekayaan). Oleh kerana itu Abu Bakar asy-Shiddiq r. a. tidak mahu menyerahkan apa yang menjadi milik peribadi Nabi pada masa hidup Baginda kepadasalah seorang ahli warisnya, yang andai kata bukan kerana adanya nas ini, nescaya beliau menyerahkan kepada mereka, dan untuk melarang hal itu terhadap mereka. Abu Bakar berhujah (berdalil) dengan hadis ini. Dalam meriwayatkan hadis ini dari Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. beliau sependapat dengan Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Thalhah, az-Zubair, Abu Hurairah dan yang lainnyASemoga Allah meredhai mereka. 
2. Sesungguhnya Imam Tarmizi meriwayatkan dengan lafaz yang menyeluruh (umum) pada semua para nabi yang ertinya: “Kami para nabi tidak dapat mewarisi”. Dan beliau mengesahkannya. 
3. Harta dunia di sisi para nabi itu nilainya terlalu rendah untuk disimpan oleh mereka atau menjadi perhatian mereka atau persoalannya dianggap penting oleh mereka, sehingga mereka meminta agar anak-anak tersebut dapat memperolehnya sepeninggalan mereka, sebab orang yang belum sampai kepada kedudukan mereka dalam masalah zuhud saja tidak menggangap pentinguntuk meminta agar anak menjadi pewaris kekayaan. 
4. Sesungguhnya Zakaria AS. adalah tukang kayu yang bekerja dengan tangannya dan makan dari hasil usahanya, sebagaimana Nabi Daud AS. yang makan dari hasil usaha tangannya sendiri. Pada umumnya, terutama orang yang keadaanya seperti para nabi, dia tidak akan menyusahkan dirinya bekerja untuk memperoleh kelebihan harta agar menjadi simpanan bagi dirinya dan orang yang akan menggantikannya selepas wafat. Mudah-mudahan ini persoalan yang jelas bagi setiap orang yang mahu berfikir dan memahaminya

KEWAFATAN NABI ZAKARIA AS
 Pernah terjadi perbezaan riwayat dari Wahab bin Munabbih mengenai apakah Nabi Zakaria AS. itu wafat secara wajar atau mati kerana terbunuh. Berhubung dengan ini, terdapat dua riwayat, Abdul Muním bin Idris bin Sinan meriwayatkan dari ayahnya, dari Wahab bin Munabbih bahawasanya dia berkata: “Zakaria lari dari kaumnya lalu masuk ke dalam sebatang pokok. Mereka datang lantas meletakkan gergaji pada pokok itu (dan menggergajinya). Setelah gergaji itu sampai mengenai tulang-tulang rusuknya, beliau merintih. Kemudian Allah memberikan wahyu kepadanya; “Jika rintihanmu tidak berhenti, nescaya Aku akan menterbalikkan bumi ini bersama-sama orang yang ada di atasnya”. Kemudian, rintihan beliau berhenti sehingga tubuh beliau terbelah menjadi dua. Hal ini telah diriwayatkan dalam sebuah hadis marfu’ yang akan kami nyatakan nanti. Insya-Allah. Ishaq bin Bisyr meriwayatkan dari Idris bin Sinan, dari Wahab bahawasanya dia berkata: “Orang yang masuk ke dalam pohon setelah terbelah adalah Syuáya. Adapun Zakaria meninggal secara biasa, Wallahua’lam. 
 Imam Ahmad berkata bahawa telah bercerita kepada kami daripada Affan, dari Abu Khalaf, Musa bin Khalaf (dia ini dianggap termasuk para Abdal), dari Yahya bin Abi Khatir, dari Zaid bin Sallam dari datuknya, Mamthur, dari al-Harith al-Asyári bahawasanya Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah menyuruh Yahya bin Zakaria melakukan lima perintah dan menyuruh Bani Israel supaya melaksanakannya juga. “Engkau (Isa) boleh menyampaikan dan aku juga boleh menyampaikannya”. Lalu Yahya berkata (kepada Isa): “Wahai saudaraku! Jika engkau mendahuluiku maka aku khuatir akan diseksa atau dibenamkan (ke dalam bumi)”. Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: “Kemudian Yahya mengumpulkan Bani Israel di Baitul Maqdis sehingga masjid menjadi penuh. Lalu dia duduk ditempattinggi memuji Allah dan menyanjungNya. Kemudian dia berkata: “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala meminta agar aku menyuruh kamu melaksanakannya dan aku menyuruh kamu agar kamu sekalian menyembah Allah, tidak mempersekutukan apapun denganNya. Perumpaan ini adalah seperti orang yang membeli seorang hamba sahaya dari hartanya yang bersih dengan perak atau emas, lalu hamba tersebut bekerja dan memberikan hasil kerjanya kepada selain tuannya. Kemudian al-Hafiz Ibnu Asakir meriwayatkan dari jalan Abdullah bin Abi Ja’far ar-Razi, dari ayahnya, dari ar-Rabi’ bin Anas, dia berkata, bahawa disebutkan kepada kami dari sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. mengenai riwayat yang mereka dengar dari para ulama Bani Israel bahawa Yahya bin Zakaria diutus untuk menyampaikan ilmu perintah. (Kemudian dia menyebut seperti hadis yang awal tadi). Mereka telah menyebutkan bahawa Nabi Yahya AS. itu banyak menyendiri dari pergaulan, dia suka pergi ke gurun, makan dedaunan, pergi ke sungai dan kadang-kadang makan belalang. Dia (Yahya) berkata: “Siapakah yang lebih nikmat berbanding dirimu wahai Yahya?”. 
 Ibnu Askir meriwayatkan bahawa kedua orang tuanya keluar untuk mencarinya. Mereka bertemu dengannyadi danau Jordan. Tatkala mereka telah bertemu dengannya, dia membuat mereka (orang tuanya) menangis semahu-mahunya kerana di dalamnya (mereka bertemu) mengandungi ibadah dan takut kepada Allah Azza wajalla. Ibnu Wahab berkata dari Malik dari Humaid bin Qais, dari Mujahid, dia berkata: “Makanan Yahya bin Zakaria adalah rumpu-rumpai. Dan sesungguhnya dia benar-benar menangis kerana takut kepada Allah Subhanahu wa ta’ala sehingga andaikata batu besar berada di atas kedua matanya nescaya dia memecahkannya”. 
 Muhammad bin Yahya az-Zuhaili berkata bahawa telah bercerita kepada mereka Allaith, dari Uqail, dari Ibnu Syihab, dia berkata: “Pada suatu hari, aku duduk bersama Abu Idris al-Khaulani. Dia bercerita dengan berkata: “Mahukah kamu aku memberitahu seseorang yang makanannya paling baik?” Setelah dia melihat orang-orang telah memandangnya, dia berkata: “Sesungguhnya Nabi Yahya adalah orang paling baik makanannya. Beliau hanya makan bersama binatang kerana tidak suka bercampur orang ramai dalam kehidupannya”. 
 Ibnu Mubarak berkata dari Wuhaib bin al-Warad, dia berkata bahawa Zakaria kehilangan puteranya, Yahya selama tiga hari. Lalu dia keluar untuk mencarinya di gurun. Yahya dijumpai ternyata telah menggali kuburdan dia berada di dalamnya sambil menangis dirinya. Zakaria berkata: “Wahai anakku! Aku mencarimu sejak tiga hari dan kamu berada di dalam kubur yang kamu gali sendiri sambil menangis di dalamnya”. Dia menjawab: “Wahai ayah! Bukankah engkau telah memberi khabar kepadaku bahawa rumah di syurga dan neraka itu satu keberuntungan yang tidak dapat ditempuh kecuali dengan air mata orang-orang yang menangis?” Lalu Zakaria berkata kepadanya: “Menangislah wahai anakku! Lalu mereka semua menangis”. Wahab bin Munabbih dan Mujahid juga meriwayatkan seperti itu. 
 Ibnu Asakir meriwayatkan dari Wuhaib bahawasanya dia berkata bahawa sesungguhnya ahli syurga itu tidak kerana lazatnya nikmat yang mereka miliki”. Begitu juga bagi orang-orang yang tulus, hendaklah mereka tidak tidur kerana di dalam hati mereka terdapat nikmatnya cinta kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Kemudian dia berkata: “Berapa besar perbezaan antara dua nikmat itu?” Iaitu berapa perbezaan antara keduanya, danmereka menyebut bahawa dia sering menangis, sehingga kesan tangisan melekat di kedua pipinya kerana banyaknya air mata. 

KESIMPULAN
 Tuntasnya, kisah mengenai Nabi Zakaria AS telah menunjukkan bahawa, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa memohan doa daripada Allah Subhanahu wa ta’ala dan tidak mudah berputus asa. Walau apa keaadaan sekalipun, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala samada waktu kita senang ataupun susah. Hal ini kerana Allah Subhanahu wa ta’ala senantiasa menunggu doa daripada umatnya. 
 Kisah Nabi Zakaria menunjukkan bahawa dia seorang yang tidak mudah putus asa dalam meminta pertolongan dari Allah Subhanahu wa ta’ala. Walaupun dia menyedari bahawa dia tidak dapat untuk mendapatkan zuriat, namun dia memohon kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar mengurniakannya seorang zuriat. 
 Teladanilah nabi kita, Nabi Zakaria AS dalam memperjuangkan nasibnya. Walaupun penat siang dan malam berdoa kepada Allah, namun Nabi Zakaria tidak pernah mengeluh dan berputus asa. Akhirnya Allah menerima doanya dan memberikannya seorang zuriat iaitu Nabi Yahya AS. 
 Contohilah sifatNabi Zakaria, yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memohon pertolongan dari Allah Subhanahu wa ta’ala. Percayalah Allah Subhanahu wa ta’ala akan membantu umatnya yang tidak pernah lupa akan Nya. Banyak faedah dan manfaat yang dapat kita perolehi sekiranya kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita Nabi Zakaria AS

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com