Tajuk: Islam Penghubung Hubungan Antara Allah Dan Manusia

PENDAHULUAN
ISLAM
“Islam” merupakan nama yang dikenali bagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Namun nama ini bukannya hasil daripada Ijtihad Baginda Sallallahu ‘alaih wa sallam sendiri tetapi dari Allah Subhanahu wa ta’ala seperti mana yang difirmankan oleh-Nya dalam surah al-Ma’idah, ayat 3 yang bermaksud “Dan telah-Ku redhai Islam itu menjadi agama bagimu”.

ALLAH
Kaum musyrik Quraisy dan kaum Yahudi bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam tentang Tuhannya yang mengutuskannya membawa risalah-risalah Islam. Mereka meminta beliau menerangkan Tuhannya serta menyebutkan nasab-Nya. maka, Allah swt pun mengutuskan Jibril as dengan membawa surah al-Ikhlash(at-Tauhid). dalam surah ini Allah swt berbicara kepada rasul pesuruh-Nya dengan menggunakan kalimah perintah yang diambil dari al-Quran dan sunnah iaitu ayat al-Ikhlash([112]:1-4) yang bermaksud “katakanlah, ”Dialah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak, tidak pula diperanakkan. Dan tidak seorang pun yang setara dengan dia. ” Surah al-Ikhlash ini berisi sebahagian daripada perisian yang ada dalam al-asma al-husna. Pengertian “Allah Ahad” adalah bermaksud Allah itu satu, tiada sekutu bagi-Nya, dan tiada juga yang setara dengan-Nya. Jadi, beriman dengan kewujudannya Allah swt merupakan salah satu sifat semula jadi yang terdapat dalam diri manusia. Ia telah menjadi kemestian kepada manusia hasil daripada pemberian akal oleh Allah swt kepadanya.

MANUSIA
Allah swt berfirman, maksudnya dari surah al-Baqarah ayat 257, ”Allah perlindung orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan(kekafiran) kepada bahaya(iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan(kekafiran). Mereka itu ialah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya”. Allah swt memberi keistimewaan kepada manusia lebih daripada makhluk-makhluk lain dan ini boleh dibuktikan dengan kurniaan-Nya dari segi fikiran, perasaan dan keyakinan yang sedia ada pada seseorang individu.

Antologi pemikiran Islam

Jamaluddin al-Afghani(1839-1837M) adalah salah seorang insan yang masyhur pada abad ke-19 dalam gerakan reformasi yang berlaku di Mesir dan telah mendapat perhatian di Asia Barat dan juga dunia barat. Jamaluddin berpendapat yang bahawa Islam adalah agama dunia(disamping ianya untuk Allah) yang sesuai untuk semua orang di setiap masa dan kebudayaan. Islam merupakan agama yang layak untuk memenuhi keperluan manusia pada setiap tempat dan masaI. Beliau juga mengatakan, tidakkah Allah telah melantik umat Islam menjadi pemimpin bangsa-bangsa manusia? Tidakkah Allah swt berfirman (surah al-Anfal 8:63) yang bermaksud, ”Pada kekuatan itu hanyalah bagi orang-orang mukmin, dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh-musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya”.

Konsep ketuhanan dan hubungannya dengan akal dalam pemikiran Islam

Mengikut Asya’irah, sekiranya Tuhan memberi petunjuk-Nya kepada seseorang, itu adalah merupakan limpahan kurnia-Nya dan ianya bukanlah sesuatu kewajipan bagi-Nya kerana jika tuhan menghendaki kesemua manusia di muka bumi ini menjadi Islam, nescaya mereka semua sekali akan menjadi umat Islam. Oleh itu, mengikut Asya’irah, setiap individu itu telah ditetapkan oleh tuhan akan nasibnya sama ada dia akan tergolong dalam golongan muslim ataupun kafir. Mengenai surah Asy-Syams 91:7-10, Asya’irah berpendapat yang bahawa “pelaku”(doer) didalam ayat tersebut ialah Tuhan dan bukannya manusia. Justeru itu, firman tersebut bermaksud : “Maka beruntunglah orang ‘yang Allah’ mensucikan jiwanya dan rugilah orang ‘yang Allah’ mengotori jiwanya”.

Islam dan umat Islam

Orang-orang Islam yang datang ke Tanah Melayu pada 900 tahun yang lalu merupakan orang Islam serta bangsa yang telah maju dan berpelajaran seperti hari ini. Mereka merupakan orang yang terpelajar, mahir, hebat dalam bidang teknologi dan merupakan pengamal sebenar ajaran Islam yang bukan sahaja dalam bidang ibadah malah menunjukkan bahawa Islam sememangnya agama ad-din atau cara hidup masyarakat yang sempurna. Oleh itu, nenek moyang animis Melayu memeluk Islam dengan penuh rasa semangat dan keyakinan yang berkobar-kobar sehingga mereka memusnahkan semua berhala dan kuil. Manakala hari ini, orang Melayu dari segi perlembagaan dianggap orang Melayu jikalau mereka ialah orang Islam. Kemajuan orang Melayu selepas memeluknya agama Islam dan pada hari ini banyak disebabkan oleh agama itu sendiri sebagai cara hidup. Sememangnya penyelewengan itu sendiri tidak dapat dielakkan kerana manusia juga menpunyai nafsu tetapi pada dasar umumnya tamadun Melayu dan kemajuannya dalam seni dan sains, dalam sistem kerajaan, konsep-konsep keadilan dan peraturan undang-undang, merupakan salah satu hasil daripada usaha berkat mematuhi ajaran agama itu sendiri iaitu agama Islam. Jika mengamalkan amalan yang termaktub dalam agama Islam yang berpandukan perintah dan larangan Allah swt, nescaya kita tidak akan berhadapan dengan sebarang kesukaran untuk mencapai hassannah di dunia serta di akhirat kelak.

Menyingkap rahmat Allah dalam penciptaan manusia dan alam kehidupan

Keistimewaan manusia itu daripada makhluk-makhluk yang lain ialah diantaranya adalah fikirannya, perasaannya, dan keyakinan yang dimilikinya yang ada pada setiap manusia itu sendiri. Dengan adanya fikiran ini, manusia itu sendiri dapat menguasai makhluk-makhluk yang lain dan dapatlah dia mempergunakan sesuatunya yang ada didalam dunia ini untuk keperluannya sendiri dan dengan fikirannya itu pula dapatlah digunakan untuk mempertingkatkan mutu daripada salah sesuatu yang sedang diusahakan olehnya. Firman Allah swt dalam surah al-Hajj ayat 65, yang bermaksud “Tidakkah engkau lihat bahawa Allah memudahkan untuk kamu apa-apa yang di bumi. ”

Jalan kepada Allah
1. Masuk Islam

I. Wajib bagi orang-orang mukallaf iaitu orang yang sudah pun menpunyai akal dan baligh(cukup umur), masuk dan menganut agama Islam. Dia tersebut akan tetap didalamnya selama-lamanya dan mestilah pegang kepada hukum-hukum serta menghayatinya.
II. Jika dia merupakan orang Islam maka wajiblah baginya, iaitu bertutur akan dua kalimah syahadat itu dalam sembahyang, iaitu dua kalimah itu ialah mengucap dan bertutur akan “asy’hadualla illaha illallah wa asy’haduanna muhammada rasulullah”
Percaya dan membenarkan. Kalam Allah itu qadim, sifat Allah itu qadim.
Bahawa kau mengetahui iktiqad, benarkan, percaya bahawa Sayidina Muhammad dan nabi kita sayidina Muhammad adalah merupakan anak kepada Abdullah, Abdullah bin Abu Mutalib bin Hisyam bin ‘abdi Manaf ialah merupakan bangsa Arab Quraisy. Beliau ialah merupakan hamba Allah, pesuruh kepada-Nya, rasul Allah kepada sekalian makhluk. Beliau diperanakkan di Mekah al-Mukarramah dan diangkat menjadi nabi di Mekah. Berhijrah ke Madinah al-Munawarrah dan wafat serta dimakamkan di Madinah.

2. Islam wajib dipelihara
Wajib keatas semua orang Islam memelihara Islamnya dan menjaga daripada dirosakkan dan dari dibatalkan serta memotong akannya itu iaitu dipanggil murtad dan ianya yakni merupakan keluar daripada agama Islam.

Islam sebagai Ad-Din
Islam sebagai suatu sistem hidup ciptaan Allah

Islam sebagai agama atau sistem kehidupan yang telah mengatur seluruh kehidupan alam semester(univers) yang menpunyai peraturan-peraturan dan hukum-hukumnya sendiri. Dasar-dasar tersebut telah termaktub didalam kitab suci al-Quran dan juga oleh sunnah yang sahih. Oleh itu, ajaran agama Islam berpaksikan kepada dua bentuk hubungan, iaitu:
i) ajaran yang mengatur hubungan diantara manusia dengan Tuhan iaitu Allah swt, ia meliputi tentang aspek kepercayaan dan sembahan. Oleh itu, Islam mengajarkan tentang sistem iman dan juga sistem ibadah. Kedua-duanya ajaran ini merupakan ajaran yang bersifat vertical atau tengah.
ii) ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Oleh itu, Islam merupakan agama yang mempunyai ajaran yang mencakupi bidang-bidang seperti politik, undang-undang, ekonomi, sosial, kebudayaan, dan sebagainya. Kedua-dua ajaran ini bersifat horizontal atau mendatar.
Islam bukan sahaja hanya satu agama yang berupa sistem keagamaan yang berbentuk ritual semata-mata, malah ia merupakan suatu sistem hidup yang luas ruang lingkupnya, dimana ia dikatakan sebagai agama universal.

Tujuan hubungan manusia dengan Allah
Hubungan utama manusia dan Allah menurut al-Quran adalah berasaskan keimanan manusia kepada Allah, kasih-Nya dan bersyukur kepada segala nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhingga.
Tetapi ada tiga tujuan lain yang juga dikehendaki boleh oleh al-Quran, iaitu mendidik jiwa, mencapai kebahagiaan jiwa, dan mengubati penyakit-penyakit jiwa.

i. Mendidik jiwa
Jiwa dapat disifatkan sebagai pemandu untuk mengarahkan tingkah laku seseorang dalam kehidupannya. Jiwa jugalah yang akan menunjukkan akibat daripada perbuatannya itu. Jiwa sebenarnya lemah akan tetapi ia boleh menjadi subur dan kuat melalui pendidikan oleh individu dan masyarakat. Perbezaan diantara jiwa yang lemah atau kuat juga boleh berlaku diantara individu dengan individu yang lain. Sesungguhnya nilai hati yang terbesar ialah percaya kepada Allah yang Maha Berkuasa akan menghitung perkara-perkara besar dan kecil serta dapat melihat apa yang ada dalam hati seseorang. Seorang ahli falsafah berkata-kata: “hati yang tidak percayakan Allah umpama mahkamah tanpa hakim”.

ii. Mencapai kebahagiaan jiwa
Hasil hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya adalah faktor utama yang memberi kebahagiaan kepada jiwa kita ialah perhubungan antara kita dengan Allah. Allah sentiasa bersama-sama dengan kita dan kita sebenarnya tidak keseorangan menghadapi bencana hidup ini, malah Allah sentiasa menolong dan memberi rahmat-Nya kepada kita.
Al-Quran menggambarkan hati melalui firman Allah: “dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”. (Qaf:16)

Kasih sayang Allah kepada manusia

Kasih sayang Allah swt kepada Hamba-Nya tidak dinyatakan oleh al-Quran kecuali kepada mereka-mereka yang melakukan pengorbanan yang meliputi aspek-aspek kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat-masyarakat manusia sekalian. Ianya tidaklah pula menafikan kasih tersebut kecuali kepada orang-orang yang bersifat buruk yang boleh mengakibatkan manusia lain sering ditimpa bahaya dan kerosakan. Ayat-ayat al-Quran yang menyatakan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya ialah dengan ayat-ayat yang menyanjung sifat-sifat akhlak yang mulia kerana orang yang mempunyai sifat-sifat tersebut itu akan dikasihi oleh Allah:

i) “Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah(perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil”. (al-Ma’idah:42)
ii) “Sebenarnya siapa yang menepati janjinya dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa”. (Ali Imran:76)
iii) “Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”. (Ali Imran:159)
iv) “Maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”. (al-Ma’idah:13)

Jadi, kash sayang Allah kepada manusia menjadi punca kepada kebahagiaan seseorang, ini kerana kasih sayang tersebut diikuti sekali dengan pengawasan, pertolongan dan perlindungan Allah kepada orang-orang tersebut. Sebaliknya kemarahan Allah swt kepada hamba-Nya akan menjadi penyebab kepada kesengsaraan seseorang manusia itu.

Manfaat mengingati Allah
Seandainya seseorang muslim mengetahui akan kadar pahala yang bakal diraihnya lantaran dirinya senantiasa mengingati akan Allah swt, baik ditengah keramaian maupun dalam situasi kesendiriannya, niscaya lidahnya akan selalu bergerak menyebut nama Allah swt.

Namun, apa yang terpenting dalam mengingati Allah swt bukanlah semata-mata menggerakkan dua bibir kita semata-mata dengan menyebut nama-Nya. Melainkan juga kekhusukan dan kecintaan tulus dari hati kepada Allah swt seraya merenungi dan memikirkannya secara mendalam.

Allah swt berfirman dalam al-Quran yang diarahkan pada Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam dan seluruh umat Islam sebagai terjemahan berikut, “… dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah(salat) adalah lebih besar. ”(Q. S. al-‘Ankabut [29]:45)

Di antara nikmat-nikmat Allah
Allah telah pun menerangkan nikmat-nikmatNya kepada hamba-hambaNya, bahawa Dia telah menciptakan bagi mereka pendengaran, penglihatan dan hati. Wujudnya segala kurniaan dari Allah swt ini, mereka dapat mengetahui seseuatu dan dengannya pula dapatlah mereka ambil iktibar tentang apa yang terdapat dalam penciptaan Allah swt. Daripada beberapa bukti-bukti yang terdapat yang dapat menunjukkan keEsaan Allah swt. Bahawa Dialah yang berkuasa melakukan perbuatan terhadap apa-apa yang dikehendaki oleh-Nya. Allah Taala berfirman, maksudnya, “Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungnyASesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengengkari(nikmat Allah). ”(Ibrahim:34)

Allah Taala telah pun menyediakan untukmu segala sesuatu keperluan yang kamu perlukan dalam menguruskan segala hal daripada apa-apa sahaja yang kamu mohonkan kepada-Nya baik dengan perasaan ataupun melalui perkataan.

Sebahagian ulama salaf berpendapat, bahawa maksud ayat di atas, segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya dan yang belum lagi kamu pohonkan kepada-Nya. Allah swt telah pun mengemukakan kepada kita dan memberitahu mengenai akan kelemahan para hamba-Nya untuk menghitung nikmat-nikmat apabila mensyukurinya.

Allah swt berfirman, maksudnya, “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari, ”(Qaf:16)

PENUTUP
ISLAM
Berdasarkan intisari-intisari yang telah diceritakan diatas, ia dapat dikonklusikan yang bahawa agama Islam merupakan agama yang mulia yang mampu menyatukan hubungan antara Allah swt dengan hamba-Nya yang lemah ini. Pendekatan ini bukanlah dapat dikesan atau dapat dilakukan dengan sekelip mata tetapi ia dapat dilaksanakan dengan adanya ketaqwaan dari dalam diri manusia itu sendiri. Islam merupakan agama universal yang dianuti oleh majoriti masyarakat-masyarakat yang menjadikan agama Islam tunggak Negara mereka.

ALLAH
Allah swt merupakan tuhan yang Maha Esa lagi Maha berkuasa dan tiada tuhan selain DiASeluruh masyarakat yang beragama Islam akan sujud dan bertaqwa kepada-NyASetiap hamba-hambaNya tanpa mengira jantina, bangsa dan rupa, Dia akan memberi ganjaran-ganjaran nikmat yang tidak terhingga dan tidak dapat dihitung oleh mata kasar manusia. Namun begitu, bagi manusia yang engkar dengan suruhan-Nya, balasan yang setimpal akan menimpa diri mereka.

MANUSIA
Manusia merupakan individu yang lemah, walaupun mereka dianugerahkan akal fikiran dan hati yang sempurna namun mereka masih lagi memerlukan tunjuk ajar yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Oleh itu, manusia cuba bermacam-macam cara bagi mendekatkan diri dengan Pencipta mereka tanpa melanggar sebarang larangan-Nya.

RUJUKAN
1. Abd Aziz Ismail. Menyingkap Rahmat Allah Dalam Penciptaan Manusia Dan Alam Kehidupan. Al-Hidayah Publishers : 3-1 Kompleks Udarama, Jalan 1/64A Off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.
2. Abdullah Akhili Abd Latif, Farah Dina Abd Manaf, Huzaimah Ismail, Norsiah Sulaiman Dan Salleh Hj Daud. Asas-Asas Islam Ad-Din, Akidah Dan Syariat. iBook Publication Sdn Bhd : No 4, Tingkat 5, Jalan Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur.
3. Alif Abd Al Fattah Tabbarah. Karya Asal : Ruh Ad Din Al Islam, Nadi Ajaran Islam, Md Akhir Hj Yaacob, Jilid 1. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
4. Disusun, Al Ustaz Ismail Hj Ali. Pengertian Dan Pegangan, Iktikad Yang Benar, Ahli Sunnah Wal Jamaah. Al Hidayah Publisher : 5-2 Kompleks Udarama, Jalan 1/64A Off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.
5. Editor Hashim Makaruddin. Islam Dan Umat Islam. Terjemahan Norlida Jantan, Zaleha Abu Bakar : Wisma TNM, No 2, Jalan 2/2E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
6. Muhammad Kamil Hasan Al-Mahami. Ensiklopedi Al-Quran, Ahmad Fawaid Syadzili, Jilid 1. PT Charisma Ilmu : CV. Bangun Tata Sejahtera Jaya (BATARA).
7. Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim(1993). Antologi Pemikiran Islam. Penerbit HIZBI : Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dengan kerjasama Kutub Khazanah al-TAQBIB : Kota Bharu, Kelantan.
8. Ust. Hj. Hassan Mahmud Al-Hafiz. Mukmin Sejati. Al Hidayah Publishers : 3-1, Kompleks Udarama, Jalan 1/64A Off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com