Konsep Iman
Konsep dan pengertian iman bukan sekadar seseorang itu mengumumkan dengan lidahnya bahawa dia seorang mukmin, kerana berapa ramai orang munafiq yang berkata dengan lidah mereka “kami beriman” tetapi hati mereka tidak beriman, seperti mana firman Allah,
Maksudnya: “Dan di antara manusia ada yang berkata: “kami telah beriman kepada Allah dan kepada har Akhirat” padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allahdan orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdayakan diri sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah: 8-9)
Iman juga bukan sekadar mendirikan amalan dan syiar-syiar yang biasa didirikan oleh orang mukmin, kerana berapa ramai dajjal yang berpura-puramengerjakan amalan dan kebajikan serta syiar-syiar ubudiah sedangkan hati mereka kosong dari kebajikan, kebaikan, dan keikhlasan terhadap Allah seperti mana firman Allah,
Maksudnya: “Sesungguhnya orang munafiq itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura pura beriman sedangkan mereka kafir pada batinnya), dan Allah tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan merekadalam munafiq). Mereka apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang (melainkan sedikit sekali) jarang-jarang. (An-Nisaa’: 142)
Iman juga bukan sekadar pengetahuan tentang hakikat iman kerana berapa ramai kaum yang mengetahuihakikat iman tetapi mereka tidak beriman sebagaimana firman Allah, Maksudnya: “Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh. ” (Al-Naml: 14)
Takbur, dengki dan cintakan dunia telah menghalang mereka daripada beriman kepada kebenaran yang telah mereka ketahui. Firman Allah, Maksudnya: “Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu sedangkan mereka mengetahuinya (salahnya perbuatan yang demikian). ” (Al-Baqarah: 146)
Sesungguhnya, iman itu bukanlah sekadar amalan lisan, amalan anggota badan dan amalan perasaan. Iman itu pada hakikatnya ialah amalan yang menembusi hingga ke dalam hati sanubari serta menguasai pancaindera, keinginan dan perasaan.
Mestilah ada kesedaran akal yang boleh menyingkap hakikat pencipta dari makhluk ini dalam bentuk yang sebenarnyASingkapan ini tidak akan berlaku dengan sempurna melainkan dengan jalan wahyu suciyang diturunkan oleh Allah. Kesedaran akal inimestilah sampai ke tahap keyakinan yang mutlakdan tidak dapat digoncang oleh syak dan keraguan.
Iman Menurut Bahasa
Bahasa: Iman lawannya kufur. Iman beerti kepercayaan, lawannya dusta. Umpama satu kaum beriman dan satu kaum lagi mendustakannya. Iman, isim masdar daripada aamana-yu’minu-iimaanan. Manakala isim fa’il pula ialah daripada kata mukminun. Ahli bahasa bersepakat, bahawa iman beerti kepercayaan.
Definisi Iman
“Iman; hendaklah kamu percaya kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari Akhirat dan hendaklahkamu percayadengan qadar ketentuan baik dan buruknya. ” (Al-Bukhari dan Muslim)
Begitulah secara ringkas maksudterdapat dalam hadis di atas. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam telah menjelaskan agama itu mempunyai tiga peringkat. Peringkat pertama ialah Ihsan, peringkat kedua iaitu peringkat pertengahan ialah Iman dan peringkat ialah Islam. Maka setiap muhsin adalah mukmin. Setiap mukmin itu adalah muslim. Tetapi tidak setiap mukmin itu muhsin dan tidak setiap muslim itu mukmin.
Akan sempurnalah erti iman di dalam hati kita, ketika kita menelaah sifat-sifat orang mukmin pada beberapa ayat Allah yang mengandungi keterangan. Firman Allah,
Maksudnya: “Sesungguhnya berutunglah mereka yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak berguna, menunaikan zakat, menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya golongan ini tidak mendapat celaan. Barangsiapa mencari yang disebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Mereka yang memelihara amanat-amanat yang dipikulkan dan janjinya dan yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang mewarisi, iaitu yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya. ”(Al-Mukminun: 1-11)
Allah berfirman,
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ituadalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka keranaNya dan kepada Tuhanlah mereka betawakkal, iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperolehi beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki nikmat yang mulia. ” (Al-Anfal: 1-4)
Perbezaan Antara Islam dan Iman
Beberapa untaian ayat-ayat Allah dan hadis yang membahaskantentang iman dan orang-orang mukmin, menyatakan iman itu merupakan gerakan, perbuatan dan getaran hati yang besar, yang akan berpengaruh dalam kehidupan dan berperanan dalam mencipta wajah kehidupan. Ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut menunjukkan kita agar berlindung pada keteguhan iman di dalam hati. Bagaimana kita akan membayangkan selain itu, sedangkan asas keimanan itu ialah iman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari Akhirat dan iman wujudnya Qada’ dan Qadar, ketentuan Allah baik dan buruknya. Islam itu dapat diketahui melalui lima tiang. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda,
Maksudnya: “Islam itu ditegakkan di atas lima dasar:
1. Menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam itu pesuruh Allah.
2. Mengerjakan sembahyang lima waktu.
3. Membayar zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan
5. Mengerjakan haji. ” (Riwayat Al-Bukhari)
Dr. Abdul Halim Muhammud mengemukakan: “Sesungguhnya kata Islam yang diletakkan sebagai mana bagi sebuah agama yang diredhai Allah, agama yang tidak terikat dengan keadaan zaman dan tidak pula terbatas pada sebuah tempat, dalam pengertiannya mengandungi makna akhlaqiyah yang tinggi. ” Kata tersebut berkehendakan penyerahan diri kepada Allah. Pada suatu ketika, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam pernah ditanya tentang Islam. Lalu baginda menjawab: “Hendaklah kamu menyerah kepada Allah, dan hendaklah orang-orang muslim itu selamat daripada lisan dan tanganmu. ”
Dalam hadis-hadis lain, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam mentafsirkan Islam dengan beberapa amal perbuatan yang kelihatan, pada apa yang baginda juga tafsirkan iman dengan keimanan kepada sumber yang lima. Dengan demikian jadilah iman itu menduduki darjat yang lebih tinggi. Oleh itu, jika diungkapkan sebutan iman itu sendiri, maka sebutan itu juga mengandungi erti Islam dan syarat-syaratnya.
Allah menggariskan masuknya seseorang itu ke syurga dan selamat daripada seksaan adalah berdasarkan imannya. Mengenai hal ini banyak diterangkan dalam ayat-ayat Allah.
Islam itu bersifat zahir iaitu tidak tersembunyi manakala iman pula tersembunyi di dalam hati sebagai mana yang telah diterangkan dalam hadis. Oleh kerana itulah iman yang terdapat di dalam hati termasuk satu hal yang wajar dipamerkan segala sesuatu kepada perbuatan dan tindakan terhadap sesuatu keperluan. Sekiranya tidak disertai dengan tindakan, pasti sesuatu yang terkandung di dalam hati itu menjadi lemah dan goncang. Akibatnya, tingkat keimanan tidak dapat berkembang.
Tingkah laku sesorang dalam hidupnya mempamerkan tentang sesuatu yang terkandung dalam hatinya dan terpendam dalam perasaan batinnya. Perasaan dan tindakan tidak akan berpisah antara satu sama lain walaupun ada beberapa urusan luar yang masuk, berusaha untuk mengganti tingkah laku manusia dengan cara memaksa. Maka tanda-tanda kekerasan tersebut akan kelihatan jelas bagi setiap orang yang memiliki pandangan. Namun, seringkali pemaksaan itu mengalami kegagalan dalam usaha menutup kesesuaian antara perasaan dan tindakan sesuai dengan beberapa perbezaan personal dan keadaan zaman.
Kadang-kadang, timbul pertanyaan dalam fikiran yang mengatakan: “Apakah di sana terdapat Islam tanpa iman ?” Al-Quran menerangkan kepada kita, bahawa di sana terdapat Islam tanpa iman. Allah azza wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:
Maksudnya: “Orang-orang arab Badwi itu berkata: Kami telah beriman. Katakanlah kepada mereka: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah kami telah tunduk, kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Dia tidak akan mengurangkan walau sedikitpun pahala amalanmu. ” (Al-Hujurat: 14)
Kedudukan Iman
Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam telah menjadikan iman itu menduduki bahagian tengah antara beberapa darjat agamASebagai mana baginda telah menjadikan iman itu pada beberapa bahagian. Sabdanya:
“Iman itu antara enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan atau enam puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan bahagian. Paling utamanya perkataan, “Laa ilaaha illallaahu. ” Dan paling rendahnya ialah menjauhkan sesuatu yang dapat menyakitkan dari jalan. Dan sifat malu itu sebahagian daripada iman. ”
Selemah-lemah iman itu ialah jihadul qalb (berdiam diri).
“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia megubahnya dengan tangan. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu juga maka dengan hatinya. Dan perkara itu adalah selemah-lemahnya iman. ” (Riwayat Muslim)
Ibnu Taimiyah menunjukkan, bahawa sebutan iman kadangkala disebutkan dengan sendirinya tanpa disertai dengan sebutan Islam, amal soleh dan tidak pula dengan sebutan keduanya. Dan pada suatu saat disebutkan secara beriringan, baik dengan sebutan Islam atau sebutan orang-orang yang telah diberi ilmu. Dan lafaz mukminun secara beriringan dengan sebutan dalam firman Allah:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani berserta orang-orang Shobi’in, siapa sahaja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. ” (Al-Baqarah: 62)
Maksudnya sesiapa sahaja di kalangan ahli agama ini yang benar-benar yakin kepada Allah, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, termasuk Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan mengerjakan amal soleh yang telah diperintahkan Allah maka orang itu termasuk golongan yang beruntung.
Jika kata-kata iman itu disebut secara menyendiri, termasuklah di dalamnya Islam dan beberapa amal soleh sebagai mana perkataannya dalam hadis Sya’ab dan begitu pula beberapa hadis yang di dalamnya menjadikan amal kebaikan itu daripada keimanan.
Dan itu bukanlah berupa kumpulan tetap atau satu bentuk gambaran sahaja. Abu Hurairah mengatakan, “Iman itu boleh bertambah dan boleh juga berkurang. ” Oleh itu iman mempunyai tingkatan-tingkatan yang berbeza. Beberapa orang sahabt dan tabi’in mengatakan: “Setelah kami mempelajari tentang iman, kemudian kami mempelajari Al-Quran. Lalu bertambahlah keimanan kami. ”
Pandangan, akal fikiran dan hati kita sentiasa gigih untuk mencapai puncak keimanan. Sehingga keimanan itu dapat dibentuk seperti gunung-ganang yang kuat, kukuh dan berpanjangan. Dan dengannya jiwa dapat menembusi tingkat ketinggian dan tidak akan pernah goncang. Dikatakan kepada sebahagian ulama salaf: “Iman itu boleh bertambah dan boleh juga berkurang. ” Iapun menjawab: “Ya! Iman itu dapat bertambah sehingga menjadi seperti gunung-ganang. Tetapi boleh juga berkurang sehingga menjadi seperti bahagian debu yang sangat kecil.
Jalan Menuju Iman
Di Antara Sifat-Sifat Orang Mukmin:
Iman kepada Allah, Malaikat dan RasulNya. Iman kepada Allah Subhanahu wa ta’ala , bahawa tiada Tuhan yang hak melainkan Dia, dan mempercayai adanya para malaikat yang berfungsi sebagai duta antara Allah dan rasul-rasulNya.
Sedekah dan Amal Jariah
Firman Allah: Ertinya: “Dan memberikan harta yang dicintainya. ” Iaitu dia mengeluarkannya, sedangkan diri sendiri menyenangi dan mencintainyASebagai mana telah ditetapkan dalam hadis Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah sebagai hadis marfu’. “Paling utamanya sedekah, engkau bersedekah dan engkau sihat. Menginginkan kekayaan dan takut miskin. ” Allah telah berfirman:
Maksudnya: “Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak berkehendakan balasan dari kamu dan tidak pula ucapan terima kasih. ” (Al-Ihsan: 8)
Maksudnya: “Dan mereka mengutamakan orang-orang muhajirin atas diri mereka sendiri. Sekalian mereka memerlukan apa yang mereka berikan itu. ” (Al-Hasyr: 9)
Kesabaran
Firman Allah: Maksudnya: “Dan orang-orang yang bersabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam perperangan. ” (Al-Baqarah: 177)
Dalam keadaan fakir, itulah kesempitan, begitu juga dalam keadaan sakit. Ketika dalam keadaan berperang dan menemui musuh-musuh. Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, telah ditegakkan atas dasar pujian dan dorongan untuk bersabar dalam menghadapi hal-hal seperti ini, kerana sangat keras dan teramat sulitnya. Hanya Allahlah Yang Maha Mengetahui. Dialah Tuhan tempat meminta pertolongan, dan kepadaNya bertawakkal.
Sembahyang Yang Khusyuk
Allah berfirman: Maksudnya: “Orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya. ” (Al-Mukminun: 2)
Hasan Basri mengatakan: Kekhusyukan itu berada di dalam hati. Oleh kerana itu mereka menundukkan pandangan dan merendah diri. Muhammad bin Sirin mengatakan: sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam mengangkat pandangannyake langit ketika mereka melakukan sembahyang. Akan tetapi kemudian mereka menundukkan pandangan ke tempat sujud pada saat mengerjakan sembahyang setelah turun ayat ya g pertama dan kedua daripada surah Al-Mukminun yang bermaksud: “Telah beruntung orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam sembahyangnya. ”
Kekhusyukan dalam sembahyang itu akan dapat dicapai oleh orang yang hatinya tenang kepada sembahyang. Dia lebih menyibukkan dirinya dengan masalah sembahyang daripada lain perkara dan lebih mengutamakannnya. Ketika itu jadilah sembahyang tersebut sebagai waktu beristirehat dan suatu kesayangan baginyASebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud: “Sangat tercintakan padaku keindahan dan wanita. Dan telah dijadikan kesayanganku terdapat pada sembahyang. ” (Musnad Imam Ahmad)
Baginda bersabda: “Ya Bilal, istirehatkah kita dalam sembahyang. ” (Musnad Imam Ahmad)
Menjauhi Daripada Perkara Yang Tidak Berfaedah
Allah berfirman: “Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. ” (Al-Mukminun: 3)
Perbuatan yang tidak berguna ialah kebatilan, yang melipui perbuatan syirik. Seperti apa yang dikatakan sebahgian para ulama’ iaitu perbuatan maksiat. Sebahagian yang lain mengatakan, semua perbuatan yang tidak mengandungi faedah, samada perkataan atau perbuatan. Sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah: “Dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui sahaja dengan menjaga kehormatan dirinya. (Al-Furqan: 72)
Zakat
Allah berfirman: Maksudnya: “Dan orang-orang yang menunaikan zakat. ” (Al-Mukminun: 4)
Kebanyakan para ulama’ memberikan maksud zakat sebagai zakat harta bendASedangkan ayat ini adalah ayat makkiyyah iaitu ayat yang diturunkan di Kota Makkah. Sedangkan zakat itu mula diwajibkan di Madinah pada tahun kedua hijrah. Apa yang jelas ialah apa yang diwajibkan di Madinah itu adalah zat nasab, masalah nasab dan kadar ketentuan khusus. Jika tidak, jelas asal wajibnya zakat tersebut di Makkah. Sebagaimana telah difirmankan Allah dalam surah Al-An’am iaitu ayat makkiyyah yang bermaksud: “Dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya. ”
Mungkin boleh terjadi, maksud zakat ialah zakat nafs, jiwa, daripada kesyirikkan dan kekotoran, sebagamana firman Allah:
Maksudnya: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. ” (As Syams: 9-10)
Dan firman Allah: Maksudnya: “Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukanNya, iaitu orang-orang yang tidak menunaikan zakat. ” (Fushilat: 6-7)
Mengenai penafsiran ayat ini, terdapat dua pendapat. Kemungkinan kedua perkara ini akan mempunyai maksud, iaitu zakat nafs (zakat yang berhubung dengan masalah jiwa) dan zakat maal (zakat harta benda), padahal perkara itu adalah daripada jumlah zakat nafs. Orang mukmin yang sempurna ialah orang menunaikan zakat nafs dan zakat maal.
Amanah Dan Janji
Allah berfirman: Maksudnya: “Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah yang dipikulnya dan janjinya. ” (Al-Mukminun: 8)
Iaitu jika mereka mempercayai atau diberi amanah, mereka tidak mengkhianatinya. Akan tetapi mereka melaksanakannya atau menyampaikan amanah tersebut kepada si empunya. Jika mereka berjanji atau mengadakan akad, mereka selalu menepatinya. Tidak seperti akhlak orang-orang munafiq yang pernah disabdakan Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam : “Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga; jika bercakap ia bohong, jika berjanji ia engkar, dan jika dipercayai ia khianati. ” (Riwayat Al-Bukhari)
Hubungan Iman dengan Keamanan Jiwa
Sebagaimana orang yang beriman tidak meratapi masa lalu dengan tangisan dan duka lara dan tidak menghadapi masa hadapan dengan takut dan gentardan dia tidak hidup dalam suasana bimbang terhadapnya, takutkan kesulitan dan kekerasannya seolah-olah ada musuh yang sedang menghendap hendak menyerang. Malah insan mukmin hidup dalam suasana jiwa yang aman seolah-olah dia berada di syurga.
Iman Punca Keamanan
Sesungguhnya manusia takut kepada banyak benda dan bermacam perkara. Tetapi orang yang beriman menutup semua pintu ketakutan. Dia takut kepada Allah kalau dia terlajak dari batas sempadan-Nya atau melakukan pencerobohan terhadap makhlukNya. Iman dan tauhid adalah sebesar-besar faktor yang boleh memberi keamanan dan ketenteraman. Sebaliknya mengingkari Allah, meraguiNya ataumenyekutukanNya merupakan sebesar-besar faktor yang boleh membawa kepada ketakutan, kegelisahan dan kegerunan.
Orang yang Beriman Berasa Aman terhadap Rezekinya
Dia berasa aman sekiranya rezekinya hilang, kerana rezeki berada dalam jaminan Allah yang tidak pernah memungkiri janjiNya dan tidak menghampakan hambaNya. Allah telah menjadikan bumi terbentang dan terhampar luas. Allah memberkati bumi dan menentukan kadar makanannya serta menjadikan padanya berbagai sumber kehidupan.
Orang yang Beriman Tidak Takut Mati
Orang yang beriman juga tidak hidup dalam keadaan takutkan mati dan terperanjat dengan sebab kepahitan rasanyASesungguhnya mati adalah tetamu yang mesti ditemui, pendatang yang yang meragui kedatangannya, ketakutan yang tidak tidak dapat di tolak dan debaran yang tidak dapat dikendurkan.
Firman Allah: Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya maut yang kamu cuba melarikan diri daripadanya, sesungguhnya ia tetap menemui kamu. ” (Al-Jumu’ah: 8)
Firman-Nya lagi: Maksudnya: “Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. ” (An-Nisaa’: 78)
•Orang yang Beriman Berasa Aman Terhadap Ajalnya
Orang yang beriman berasa aman terhadap ajalnya, kerana Allah telah menetapkan untuknya tempoh tertentu, beberapa hari yang tertentu dan hembusan nafas yang terbatas. Tidak ada kekuatan yang boleh mengurangkan atau menambahkan tempoh ini.
Firman Allah: Maksudnya: “Maka apabila sampai ajal (kematian mereka) ia tidak akan dilambatkan sesaatpun atau dicepatkan. ” (Al-A’raf: 34)
Orang yang beriman yakin bahawa Allah telah selesai menentukan batas-batas usia dan umur masing masing serta mencatat tarikh dan tempat kematian setiap orang. Dengan ini, dia telah membuangkan dari bebanannya segala kerisauan memikirkan tentang mati dan ketakutan tentang hidup. Kepercayaan terhadap rezeki dan ajal telah memberikan orang yang beriman ketenangan dan ketenteraman. Ia juga memberikan kekuatan dalam menghadapi kehidupan yang mengandungi kezaliman dan kekejaman.
Rujukan
1. Al-HAfiz, U. H. (1998). Mukmin Sejati. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher.
2. Al-Qaradhawi, D. Y. (2000). Kemanisan Iman. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).
3. Basmeih, S. A. (2010). Tafsir Pimpinan Ar-RAhman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Terengganu, Terengganu: Percetakan Yayasan Terengganu SND. BHD.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com