Tajuk: Kisah Perjuangan Nabi Ismail

Pendahuluan
Nabi Ismail adalah anak pertama Nabi Ibrahim AS dengan Hajar. Nama Ismail dari Bahasa Arab dan Bahasa Ibrani kedua-duanya bermaksud “Allah telah mendengar” iaitu Allah telah menjawab doa Nabi Ibrahim untuk mempunyai anak, dan dia menganugerahkannya Ismail.

Allah menerangkan kenabian Ismail dengan firman-Nya, “Dan ceritakanlah (wahai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi”. (Q. S. 19 : 54) (Abdullah Afif, 1983)

Hijrah Nabi Ibrahim Dan Nabi Ismail Bersama Ibunya
Setelah Ibrahim dikurnai Ismail dari Hajar, Hajar mulai berasa bangga dan kuat kedudukannya dengan adanya anak ini sehingga menimbulkan kesedihan dan kecemburuan pada diri Sarah. Maka ia diminta kepada Ibrahim agar menjauhkan mereka berdua dari pandangannya kerana ia tidak dapat menanggung kehidupannya bersama Hajar.

Kemudian Ibrahim memperkenankan permintaan Hajar itu, kerana perintahnya dari Tuhannya. Allah mewahyukan kepada Ibrahim agar ia membawa Hajar dan Ismail pergi menuju Mekah. Sedangkan Ismail ketika itu masih dalam keadaan menyusu.
Ibrahim berjalan menyertai anak dan isterinya dengan petunjuk kehendak Allah. Dan deimikianlah, Ibrahim lama berjalan hingga Allah, memerintahkannya untuk berhenti di suatu tanah kosong dan sunyi, jauh dari keramaian, yaitu di tempat akan dibangun di situ, Baitul Haram. (Abdullah Afif, 1983)

Apabila Ibrahim hendak meninggalkan mereka dan mula beranjak pergi dari tempat itu, Hajar bangkit dari tempat duduknya lalu memegang pakaian Ibrahim. Beliau berkata: “Ibrahim, kamu hendak pergi ke mana meninggalkan kami di sini, padahal kami tidak mempunyai bekal apa-apa?” Ibrahim tidak menjawab. Ketika Hajar merungut mengenai tindakan Ibrahim yang tidak memberi jawapan itu, maka Hajar bertanya pula: “Apakah Allah yang memerintahkan ini?” Ibrahim menjawab: “Ya. ” Hajar berkata: “Kalau begitu kami tidak akan disia-siakan!” (Abul Fidaa’, 2005)

Sumber Air Zam-Zam
Hajar telah mentaati perintah Allah. Lalu ia bersabar dan berdiam memakan bekal dan minum air yang ditinggalkan Ibrahim untuk mereka berdua, hingga air itu habis dan mereka merasakan kehausan. Hajar melihat anaknya berguling-guling kehausan, sehingga ia tidak tahan lagi menyaksikan pemandangan yang memilukan ini. Kemudian ia bangkit berjalan dengan wajah penuh kebingungan, lari ke sana ke mari hingga hamper-hampir hilang kesedarannya.
Hajar mendaki sebuah tempat yang tinggi yang dikenal dengan nama Safa. Ia memperhatikan sekelilingnya dengan harapan dapat melihat air. Namun ia tidak melihatnya. Lalu ia turun dan berlari-lari kecil seperti anak umur belasan menuju suatu tempat lain yang tinggi yang dikenal dengan nama Marwah. Ia memperhatikan sekelilingnya lagi, dan tidak melihat suatu apapun jugASetelah itu ia kembali ke Safa, memperhatikan dan tidak melihat apa-apa. Demikianlah ia melakukan hal yang sama sebanyak tujuh kali.

Akhirnya setelah ia mendekati Marwah, ia mendengar suara. Lalu ia menoleh, dan tiba-tiba salah seorang malaikat telah berada di tempat air zamzam. Malaikat itu mencarik-cariknya dengan sayapnya hingga keluar air.

Dan tatkala air itu telah menjadi sumber, tertariklah burung-burung kepadanya. Dan ketika suatu kaum dari suku Jurhum berjalan di dekat tempat ini, mereka melihat burung yang sedang terbang di sekitarnya. Lalu mereka bertanya-tanya, “Sesungguhnya burung ini pasti berpusing di atas air. Apakah kalian mengetahui bahawa di lembah ini terdapat air?” Mereka berkata, “Tidak!” Kemudian mereka mengutus salah seorang di antara mereka untuk mendapatkan khabar. Maka kembalilah utusan itu kepada mereka sambil membawa khabar gembira tentang adanya air. Setelah itu, datanglah mereka kepada Hajar, dan berkata, “Jika kamu menghendaki kami bersamamu, pastilah kami akan membuatmu senang. Dan air ini adalah airmu”. Hajar menerima mereka dengan senang hati. Maka merekapun mendirikan perkampungan di sekelilingnya, hingga Ismail membesar menjadi seorang pemuda dan menikah dengan seorang wanita Jurhum. Dan Ismail belajar Bahasa Arab dari mereka. (Abdullah Afif, 1983)

Kisah Penyembelihan Nabi Ismail
Nabi Ibrahim bermimpi diberi perintah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail oleh Allah. Perintah penyembelihan itu terhadap anaknya segera dipenuhi Ibrahim. Beliau bergegas menunaikan ketaatan kepada Tuhannya. Beliau menemui anaknya untuk membincangkan hal itu, supaya Ismail berasa tenang dan tidak berasa dipaksa. “Anakku, aku bermimpi menyembelih dirimu. Cuba renungkan, bagaimana pendapatmu, ” (Surat As-Saffat: Ayat 102). Tanpa berfikir panjang, Ismail menyambut perintah itu dengan sukacita: “Ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu. InsyaAllah engkau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar. ”(Surah As-Saffat: Ayat 102)

Menurut sebuah riwayat, dalam proses penyembelihan itu, Ibrahim minta Ismail menelungkup. Yang disembelih adalah bahagian tengkuk. Beliau mengambil cara itu agar tidak melihat langsung wajah anaknya. As-Sudaa dan ahli riwayat lain mengatakan bahawa Ibrahim menekan pisau ke urat nadi di leher Ismail tetapi pisau itu terasa tumpul dan tidak mampu memotongnya sama sekali. Ibrahim cuba menghiris pisau tersebut dengan seketul batu besar yang berwarna hitam. Batu itu telah terbelah. Wallahu’ alam.

Pengorbanan mereka ini lalu diganti oleh Allah swt dengan memberikan binatang sembelihan: “Dan Kami menggantinya dengan binatang sembelihan yang besar. ” (surah As-Saffat: ayat 107)
Pengganti yang diberikan Allah swt itu menurut jumhur ulama adalah kibas berbulu putih, bermata hitam dan bertanduk besar. Ibrahim melihat kibas itu tiba-tiba telah terikat di sebuah pohon yang tumbuh di bukit, tidak jauh dari dirinya berada. Ibnu Abbas, sebagaimana disebutkan oleh Ats-Tsauri mengatakan bawaha binatang itu adalah seekor kibas yang digembalakan di syurga selama 40 tahun. (Abdul Fidaa’, 2005)

Nabi Ibrahim dan Isteri Nabi Ismail
Berapa waktu telah berlalu dan ibunda Ismail meninggal. Ibrahim as mengunjungi mereka setelah pernikahan Ismail. Tiba di rumah puteranya, beliau tidak menjumpai Ismail. Ibrahim bertanya kepada menantunya mengenai Ismail, lalu menantunya menjawab: “Ismail keluar untuk mencari keperluan hajat kami. ” Ibrahim bertanya lagi tentang kehidupan dan keadaan rumah tangga mereka. Menantunya menjawab: “Keadaan kami perlukan perhatian. Kami mengalami kesulitan hidup. ” Isteri Ismail mengadukan keaadan rumah tangganya kepada Ibrahim. Ibrahim berkata: Kalau suamimu dating, sampaikan padanya dan katakan supaya dia mengubah pintu rumahnya, kerana ia tidak baik “

Ketika Ismail pulang, dia seakan menyukai sesuatu. Beliau bertanya: “Apakah ada tetamu yang datang?” Isterinya menjawab: “Ya, tadi ada seorang lelaki tua dengan ciri-ciri begini datang ke mari. Beliau menanyakan tentang dirimu. Aku pun memberitahu beliau mengenai dirimu. “Ada pesan darinya yang perlu kita disampaikan kepadaku?” Isterinya menjawab: “Ya, ada. Beliau memintaku supaya menyampaikan salamnya kepadamu. Beliau juga berpesan agar kamu mengubah pintu rumah ini, kerana ia tidak baik, Kata Ismail: “Beliau itu adalah ayahku. Beliau memerintahkan aku supaya menceraikan kamu dan mengembalikan kamu kepada keluargamu. ” Ismail menceraikan isterinya, dan seterusnya dia mengahwini seorang gadis lain dari kalangan kaum Jurhum.

Dalam beberapa waktu kemudian, Ibrahim as datang semula ke rumah Ismail. Yang ada hanya isterinya. Beliau bertanya tentang Ismail. Dia menjawab: “Ismail sedang keluar untuk mencari sesuatu yang kami perlukan. ” Tanya Ibrahim AS : “Bagaimana dengan dirimu?” Kemudian beliau menanyakan keadaan kehidupan dan rumah tangganya. Dia menjawab: “Keadaan kami baik-baik saja. Kehidupan kami cukup. ” Dia tidak henti-henti memuji Allah swt dan bersyukur kepada-Nya. Ibrahim bertanya: “Bagaimana dengan bahan makananmu?” Dia menjawab: “Makanan kami daging. ” Tanya Ibrahim: “Apa minumanmu?” Dia menjawab: “Minuman kami air. ” Ibrahim berkata: “Allahumma baariklahum fillahmi wal-maa’i. (Wahai Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada mereka terhadap daging dan air yang mereka gunakan. )

Lebih lanjut disebutkan bahawa Ibrahim berkata: “Kalau suamimu pulang, sampaikan salamku padanya. Perintahkan dia supaya mempertahankan pintu rumahnya. ” Apabila Ismail pulang, beliau bertanya: “Apakah ada seseorang yang datang menemuimu?”Isterinya menjawab: “Ya. Tadi aku didatangi seorang lelaki tua yang berperangai mulia. Aku terkesan sekali padanya. Beliau menanyakan dirimu kepadaku, maka aku memberitahu kepadanya mengenai dirimu. Beliau juga bertanya tentang kehidupan kita? Aku mengatakan bahawa keadaan kami baik-baik saja. ” Ismail melanjutkan: “Apa ada pesan yang kamu terima?” Isteri Ismail menjawab: “Ya, beliau menyampaikan salam dan memerintahkan dirimu supaya tetap mempertahankan pintu rumahmu. ” Kata Ismail: “Beliau itu ayahku, dan kamu diibaratkan sebagai pintu rumah. Beliau memintaku supaya tetap mempertahankan dirimu. ” (Abdul Fidaa’, 2005)

Pembangunan Ka’abah Bersama Nabi Ibrahim
Ibrahim telah mencari-cari anaknya, Ismail. Kemudian ia mendapatkannya sedang meruncingkan anak panahnya dekat sumur zamzam. Lalu ia menghampirinya dan Ismail berjalan perlahan-lahan untuk menyambutnya. Maka berpelukanlah mereka saling melepaskan kerinduan dan kegembiraannya. (Abdullah Afif, 1983)

Ibrahim berkata: “Ismail, Allah memerintahkan aku untuk melakukan suatu tugas. ” Ismail menjawab: “Ya, kerjakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu. ” Kata Ibrahim:”Kamu sedia membantu aku?” Jawab Ismail: “Ya, aku akan membantumu. ” Allah swt memerintahkan aku untuk membangunkan sebuah rumah di sana. ” Kata Ibrahim seraya menunjuk ke arah dataran yang lebih tinggi dari daerah sekitarnya.

Ketika itu juga mereka mulai membangunkan asas sebuah bangunan (Baitullah). Ismail bertindak sebagai pekerja yang mengusung batu-batu sementara Ibrahim bertindak sebagai tukangnya. (Abdul Fidaa’, 2005)

Kemudian Ibrahim berkata kepada Ismail: “Bawalah batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di sudut, sehingga batu itu menjadi tanda bagi manusia. ” Kemudian Jibril memberitahukan dengan batu yang hitam. Maka ia mengambilnya dan meletakkan pada tempatnya. Demikianlah, setiap kali mereka membangun, mereka berdoa kepada Allah: Rabbanaa taqabbal minna innaka antas-samii’ul-aliim. (Wahai Tuhan kami, terimalah amal usaha kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui). ” (Surah Al-Baqarah: ayat 127) (Abdul Fidaa’, 2005)

Pengajaran
Dapat disimpulkan bahawa kita seharusnya banyak bersabar dan berdoa tidak kira jenis dugaan atau cabaran yang menimpa kitASeterusnya, kita sepatutnya bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu dan tidak menunggu rezeki jatuh dari langit. Selain itu, kita wajib melaksanakan perintah Allah dan menyerah diri kepada Allah dan insyaAllah Allah akan memberi ganjaran yang baik kepada sesiapa yang banyak bersabar. Akhir sekali, kita diwajibkan melayan tetamu kita dengan baik dan memberi layanan yang terbaik.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com