Maksud puasa:-
Bahasa: menahan diri daripada lapar dan dahaga.
Istilah: menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
Dalil wajib puasa:-
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:
Al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.
Hadis:
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lafaz Niat Puasa:
“ sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. " (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Fadhilat berpuasa mengikut Al-Quran
Salah satu fadhilat berpuasa menurut Al-Quran ialah, doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah Subhanahu wa ta’ala. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurgASelan itu, orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak. Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurgASetiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang. Puasa merupakan ¼ iman menurut sabda Nabi saw :
“Puasa itu separuh (daripada) kesabaran. ” (Turmizi, Ibnu Majah)
Dan menurut sabdanya lagi :
“Sabar itu separuh (daripada) iman. ”(Abu Na’im, sanad baik)
Kemudian, puasa itu beroleh kedudukan yang istimewa dengan disandarkan kepada Allah Ta’ala apabila dibandingkan dengan rukun-rukun Islam lainnya, kerana firman Allah Ta’ala menurut yang diceritakan Nabi saw :
“Setiap perbuatan baik itu pahalanya 10 kali sampai kepada 700 kali, selain puasa. Maka puasa itu adalah bagi-Ku dan Aku akan membalasnya. ” (Bukhari, Muslim)
Allah Ta’ala berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang berhati teguh (bersabar) itu akan dibayar pahalanya dengan tiada batas. ” (Az-Zumar: 10)
Dan puasa itu adalah setengah (daripada) sabar. Maka pahalanya melampaui undang-undang penentuan dan penghitungan. Cukuplah bagi anda untuk mengetahui kelebihannya berdasarkan sabda Nabi saw :
“Demi Allah yang jiwaku di dalam tanganNya! Sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Berfirman Allah Ta’ala : “Sesungguhnya orang yang berpuasa itu meninggalkan hawa nafsu, makanan dan minuman kerana Aku. Maka puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya. ” (Bukhari, Muslim)
Bersabda Nabi saw :
“Syurga itu mempunyai sebuah pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Yang tidak memasuki pintu itu selain orang-orang yang berpuasa. Dan dijanjikan dengan menemui Allah Ta’ala pada balasan puasanya. ” (Bukhari, Muslim)
Bersabda Nabi saw :
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kesenangan : kesenangan ketika berbuka, dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. ” (Bukhari, Muslim)
Bersabda Nabi saw : “Setiap sesuatu itu mempunyai pintu. Dan pintu ibadah itu ialah puasa. ”
Bersabda Nabi saw : “Tidur orang yang berpuasa itu ibadah. ”
Diriwayatkan oleh Abi Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda :
“Apabila masuk bulan Ramadhan, maka terbukalah segala pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka dan dirantaikan segala syaitan. Dan berserulah seorang penyeru : “Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan! Marilah kamu! Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan! Hentikanlah kejahatan itu!” (Turmizi)
Berkata Waki tentang firman Allah Ta’ala :
“Makan dan minumlah dengan kepuasan disebabkan (amalan baik) yang telah kamu kirimkan terlebih dahulu pada hari yang lampau. ” (Al-Haqqah : 24)
Adalah yang dimaksudkan dengan hari-hari yang lampau itu ialah hari-hari puasa, kerana mereka telah meninggalkan padanya makan dan minum.
Telah dikumpulkan oleh Rasulullah saw dalam tingkatan membanggakan antara zuhud di dunia dan puasa, dengan sabdanya :
“Bahawa sesungguhnya Allah Ta’ala membanggakan kepada para malaikat-Nya dengan seorang pemuda yang banyak beribadah dengan firmanNya : “Wahai pemuda yang meninggalkan hawa nafsunya kerana-Ku, yang menyerahkan kemudaannya bagi-Ku! Engkau pada sisiKu adalah seperti sebahagian para malaikat-Ku. ” (Ibnu Uda, sanad dhaif)
Bersabda Nabi saw tentang orang yang berpuasa :
“Berfirman Allah ‘Azza wa Jalla : “Lihatlah wahai para malaikat-Ku kepada hamba-Ku yang meninggalkan hawa nafsunya, kesenangannya dan makan minumnya kerana Aku. ”
Maka dituangkan balasan bagi orang yang berpuasa, dan dilebihkan dengan kelebihan tanpa takaran (tanpa sukatan). Dan yang demikian itu tidak masuk di bawah sangkaan dan taksiran.
Maka layaklah adanya yang demikian itu, kerana puasa adalah untuk-Nya, dan itu tanda kemuliaan dengan disangkutkan (ibadah puasa itu terus) kepada-Nya, meskipun ibadah itu seluruhnya adalah untuk-Nya, sebagaimana dimuliakan sebuah rumah (Baitullah) dengan disangkutkan kepada-Nya (iaitu sebagai Rumah Allah), padahal seluruh bumi adalah kepunyaan-Nya, adalah kerana dua pengertian :
Pertama : Bahawa puasa itu mencegahkan dan meninggalkan. Dan pada puasa itu sendiri ada rahsia. Tidak ada padanya perbuatan yang terlihat, sedangkan segala amalan taat adalah dengan disaksikan dan dilihat oleh orang ramai. Dan puasa itu tidak ada yang melihatnya mealinkan Allah ‘Azza wa Jalla. Dari itu, puasa adalah amalan pada batin dengan kesabaran semata-mata.
Kedua : Bahawa puasa itu adalah paksaan bagi musuh Allah ‘Azza wa JallASesungguhnya jalan bagi syaitan, dikutuk Allah akan dia, ialah (melalui) hawa nafsu, dan hawa nafsu itu menjadi kuat dengan makan dan minum.
Kerana itulah bersabda Nabi saw :
“Sesungguhnya syaitan berjalan pada anak Adam pada tempat jalan darahnya. Maka sempitkanlah tempat laluannya dengan lapar. ” (Bukhari, Muslim)
Kerana itu bersabda Nabi saw kepada A’isyah ra : “Berterusanlah mengetuk pintu syurga!” Bertanya A’isyah ra : “Dengan apa?” Maka jawab Nabi saw : “Dengan lapar. ” (Menurut Al-Iraqi, dia tidak menemui hadith ini) Dan akan datang keutamaan lapar pada Kitab (Bab) Kelobaan Makanan dan Mengubatinya dari bahagian (rubu’) Yang Membinasakan.
Tatkala puasa itu khususnya adalah pencegahan bagi syaitan, penghambatan bagi tempat-tempat yang dilaluinya, penyempitan bagi tempat-tempat yang ditempuhinya, maka berhaklah puasa itu dikhususkan penyangkutannya kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Maka pada mencegah musuh Allah itu adalah menolong (agama) Allah Subhanahu wa ta’ala. Dan menolong Allah Ta’ala adalah terhenti kepada menolong-Nya.
Berfirman Allah Ta’ala : “Kalau kamu menolong Allah (agama) tentu Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukanmu. ” (Muhammad : 7)
Maka permulaannya adalah dengan perjuangan dari hamba dan pembalasan dengan petunjuk daripada Allah ‘Azza wa Jalla. Kerana itulah Allah Ta’ala berfirman : “Dan orang-orang yang berjuang untuk Kami, nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan Kami. ” (Al-Ankabut : 69)
Dan berfirman Allah Ta’ala : “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. ” (Ar-Ra’d : 11)
Dan bahawasanya perubahan itu ialah pembanyakan hawa nafsu. Maka hawa nafsu adalah tempat bersenang-senang dan tempat menjaga diri syaitan-syaitan. Maka selama hawa nafsu itu subur, nescaya tidak putus-putuslah para syaitan itu pergi balik. Dan selama mereka pergi balik itu, nescaya tidaklah terbuka bagi hamba akan kebesaran Allah Subhanahu wa ta’ala. Dan adalah ia terdinding daripada menemui-Nya.
Nabi saw bersabda : “Jikalau tidaklah syaitan-syaitan itu berkeliling di atas hati anak Adam, nescaya anak-anak Adam melihat ke alam malakut yang tinggi. ” (Ahmad)
Maka dari sudut ini, jadilah puasa itu pintu ibadah dan banteng. Dan apabila besar kelebihannya sampai kepada batas ini, maka tidak boleh tidak daripada menerangkan syarat-syarat, yang zahir dan yang batin dengan menyebutkan rukun-rukun, sunat-sunat dan syarat-syaratnya yang batin. Dan Kami terangkan yang demikian itu dalam 3 bahagian
Fadhilat berpuasa menurut sains.
Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.
Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen. Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini.
Elson M. Haas M. D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building(toning). Elson percaya bahawa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.
Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.
Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.
Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan - Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.
Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa Islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.
Allan Cott, M. D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M. D berkaitan puasa.
Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).
Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).
Muzam MG, Ali M. N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M. N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.
Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.
Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”
HIKMAH
Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
Firmah Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, dan semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com