Tajuk: Kepentigan Menjaga Tatatertib Makan Dan Minum

1. PENDAHULUAN
Dalam dunia Islam, masyarakat Islam yang berada di dunia kini kebanyakkannya sudah mengetahui serba sedikit tentang tatatertib makan dan minum. Dalam Al-Quran dan AL-Sunnah telah menyatakan bahawa makan adalah satu daripada sunnah ALLAH Subhanahu wa ta’ala yang ditentukan kepada manusia dan makhluk-Nya yang lain. Selain itu, Al-Quran dan Al-Sunnah lagi menyatakan bahawa manusia dan makhluk yang hidup di muka bumi sangat memerlukan makanan dan minuman untuk meneruskan kehidupan normal. Makanan yang menyerap masuk ke dalam tubuh mereka akan memperolehi tenaga dan kekuatan. 

Menurut syariah Islam, Islam telah mengaturkan adab atau peraturan makan yang seharusnya dipatuhi oleh setiap umat Islam yang berada di atas muka bumi ini. Tanpa peraturan itu, manusia boleh menjadi sama keadaanya dengan cara haiwan. Sesungguhnya telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah bahawa terlalu buruk dan keji jika manusia tidak menjaga tatatertib semasa makan. Misalnya, makan terlalu gelojoh, makan makanan kepunyaan orang lain tanpa meminta izin. Sebaliknya umat Islam diwajibkan makan dengan bertatatertib. Misalnya, makan dengan sopan, mengucapkan kata syukur kepada yang maha Esa dan lain-lain lagi. 

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam pernah bersabda yang membawa maksud, ” setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih utama baginya”. (Hadis riwayat at-Tarmizi dari Kaab Bin Ajrah). Nescaya umat Islam yang menjaga tatatertib semasa makan akan dipelihara oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. dari segi iman dan akhlaknya. 

2. PENGERTIAN TATA TERTIB
Tatatertib yang pada pandangan mata kasarnya hanya dibina dengan sepuluh huruf sahaja sebenarnya mendokong maksud dan konsep yang juga amat luas. Ia boleh dikatakan merangkumi konsep keseluruhan kehidupan dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Pelbagai pendapat dan kupasan telah diutarakan oleh para sarjana mengenai tatatertib sejak bermulanya tamadun Islam itu sendiri. Kamus Dewan (1989) mendefinisikan tatatertib sebagai tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti, kesopanan dengan kata lain tatatertib juga adalah nama penganti yang baru kepada adab. Sekali imbas definisi yang diberikan amat mudah dan ringkas, namun jika diteliti maka ia merupakan kata-kata yang amat besar konotasinya. Tingkahlaku, tutur kata, budi bahasa, budi pekerti dan kesopanan semuanya mempunyai kaitan dengan pendidikan dan etika manusia itu sendiri. Menurut Rosenthal (1992) adab adalah istilah yang lebih luas kerana ia memasukkan perkara etika, moral, kelakuan dan adat istiadat, sebagai tambahan kepada perkara pembelajaran. Berdasarkan huraian tersebut, adab boleh juga dikaitkan dengan kesopanan dan ketertiban. Menurut Kamus Dewan (1989) sopan bermaksud hormat, baik budi bahasa, tahu tertib peraturan atau beradab, manakala tatatertib adalah peraturan yang baik yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, konsep adab ini turut mengheret kita memperjelaskan maksud dan perkaitan antara nilai, normal, sikap etika dan moral. Penjelasan-penjelasan adalah perlu kerana eratnya hubungan perkataan-perkataan ini dengan perkataan adab itu sendiri. Menurut Kamus Dewan (1989) orang yang beradab dikatakan telah maju dalam tingkat kemajuan (jasmani dan rohani) atau telah bertamadun. Ini turut membawa maksud bahawa manusia yang beradab mengetahui dan dapat membezakan antara kejahatan dengan kebaikan, keindahan dengan keburukan, sesuatu yang berharga daripada yang tidak berharga, dan sesuatu yang benar dengan yang palsu. Plato dalam Rosenthal (1992) menyatakan bahawa:

“tujuan adab ialah untuk melahirkan manusia yang baik dan mampu menahan diri daripada nikmat fizikal dan material, dan yang menunjukkan kestabilan emosi pada raut muka gembira dan sedih dan segala kejadian yang lain, dan juga tetap berada dalam keadaan yang tidak diganggui dan tidak aktif, kecuali apabila sebab dan pemikiran menandakan keinginan atau keperluan kepada tindakan”. (Keagungan Ilmu, 1992, hal. 312) 

Nilai-nilai yang diterima oleh sebahagian besar masyarakat disepakati sebagai nilai-nilai yang mencerminkan kemahuan masyarakat itu, akhirnya akan menjadi nilai bersama dan disusun mengikut keutamaannya. Nilai-nilai tersebut pula akan membentuk sikap-sikap tertentu terhadap sesuatu. Dalam memperkatakan perkaitan antara nilai, norma, sikap, dan etika, INTAN (1994) merumuskan bahawa nilai bolehlah dianggap sebagai benih kehidupan bermasyarakat, manakala sikap pula adalah pohonnya yang dapat dilihat dalam pelbagai wajah dan bentuk, dan etika adalah buahnya. Berasaskan sikap terhadap sesuatu, kehidupan manusia disusun dalam peraturan-peraturan hidup yang dinamakan norma-norma masyarakat. Seorang pemikir Islam, Ibn ‘Abd-Rabbih dalam Rosenthal (1992) menegaskan bahawa keseluruhan adab mengandungi semua aspek tingkah laku manusia. Konsep tersebut, mengaitkan adab dengan keseluruhan tindak tanduk, perbuatan dan perlakuan manusia. Hal ini menguatkan lagi konsep adab yang dibicarakan. 

3. TATATERTIB MAKAN DAN MINUM DALAM AJARAN ISLAM
Bagi menjelaskan tatatertib makan dan minum dalam ajaran Islam. Di dalam Al-Quran dan al-sunnah telah digariskan beberapa tatatertib yang perlu diamalkan oleh umat Islam yang berada di muka bumi ini. Dalam bahagian pemakanan mempunyai dua bahagian cara makan dalam ajaran Islam. 

I. Bahagian pertama : CARA SEBELUM MAKAN :
a)Dengan membasuh tangan, 
Salmaan Al – Faarisiy r. a. pernah berkata bahawa,̏ Saya telah membaca dalam kitab Tauraah bahawa keberkatan makanan itu adalah diperoleh dengan sebab membasuh sebelumnyASalmaan al-Faarisiy r. a. pernah berkata demikian kepada Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, maka beliau bersabda : 

 Keberkatan makanan itu ialah membasuh(tangan) sebelumnya(sebelum makan) dan membasuh selepasnya ̋. 

Membasuh tangan sebelum makan mempunyai hikmat atau rahsia iaitu ia menyebabkan keadaan makan selepas membasuh kedua-dua belah tangan itu akan menjadikan makanan lebih sedap dan lebih nyaman. Selain itu, pendapat yang mendekati pendapat ini ialah pendapat yang berkata: Pendapat yang shahiih ialah membasuh kedua-dua belah tangan itu bukanlah suatu yang sunat (berdasarkan sunnah Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam ) secara umum dan bukanlah pula dia suatu yang tidak disunatkan secara umum (sebab dia bergantung kepada keadaan). Seandainya seseorang itu kotor, maka hendaklah dia membasuhkan kedua-dua belah tangannya dan jika tidak maka tidak perlulah membasuh. 

b)Dengan membaca basmallah 
Terdapat suatu sumber daripada Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam dimana beliau telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang memakan makanan di samping beliau yang berbunyi: 

̏Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah….̋ [Hadith. Riwayat. Al-Bukhari dan Muslim] 

Berdasarkan Hadith Ummu Al-Mu’miniin ̒Aa’isyah r. a. yang menyebutkan Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda:

̏Apabila seseorang kamu hendak makan suatu makanan, maka hendaklah dia mengucapkan :’Bismillah”. 

Seterusnya, menurut Imam An- Nawawi r. a. : Yang lebih utama, hendaklah seseorang membaca Bismillah, sudah mencukupi dan telah memperoleh sunnah. Selain itu, Jika seseorang umat terlupa akan membaca Bismillah sebelum makan, maka hendaklah dia membacanya dikala dia teringat dan hendaklah dia membacakan dengan lafaz:

̏Dengan (menyebut) nama Allah di awalnya dan (sampai) di akhirnya̋ Justeru berdasarkan sumber hadith yang sama yang berbunyi: ̏Maka jika dia terlupa menyebutkan nama Allah di awalnya, handaklah dia mengucapkan, Bismillaahi awaaluhu wa aakhiruh.̋ 

Menurut Jumhuur Al-‘Ulamaa’(keseluruhan ulama) Hukum membaca basmallah sebelum makan adalah digalakkan (mustahabb) dan ianya bukanlah wajib akan tetapi menurut (dalil) yang shahiih bahawa membaca basmallah adalah wajib keatas setiap umat Islam yang ingin memulakan makan. 

c)Bekumpul sebelum makan 
Kita umat Islam digalakkan untuk berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan Syara’- seperti tidak bercampur antara lelak dan perempuan bukan mahram. Di mana berkumpul dan membaca Basmallah sebelum makan itu adalah akan melahirkan keberkatan dalam makanan dan menjadikan seseorang (sebagai merasa) kenyang. 

Berdasarkan sumber Wahsyi B. Harb r. a. yang memberitakan bahawa:

Sesungguhnya para Sahabat Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. telah bertanya Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. :Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah makan; tetapi kami tidak kenyang. ’’

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. menjawab. ’’ Maka barangkali kamu makan bersendiri-sendiri. ’’ Lalu mereka menjawab:’’ Yalah!’’

Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam pun bersabda:’’Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu, dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya. ’’ [Hadith. Riwayat. Abu Daud]

Berdasarkan Hadith ini difahamkan bahawa sesuatu makanan itu akan menjadi cukup kerana keberkatan berkumpul sewaktu makan dan setiap kali bertambahnya bilangan(orang), bertambah pula keberkatan. Justeru itu, digalakkan(mustahabb) berkumpul sewaktu makan. 
CARA SEWAKTU MAKAN :
a)Makan Dengan Tangan Kanan; 

Umat Islam disarankan untuk makan dengan menggunakan tangan kanan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis terdahulu yang berbunyi:

 ‘’…. Dan makanlah dengan tangan kanan engkau. ”

Berdasarkan hadis yang diberi ia member maksud bahawa ia adalah satu suruhan kepada umat Islam yang wajib dan tiadalah orang yang dapat mengubahkannya; malah Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam telah menetapkan sedemikian, Siapa yang makan dan minum dengan tangan kirinya adalah menyerupai syaitan dalam perilakunya, dimana beliau bersabda; 

‘’Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya; dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya’’. [Hadis. Riwayat. Muslim]

Seterusnya, sebagai umat Islam kita perlu menjalankan amanah yang telah diamanahkan kepada kita iaitu makan menggunakan dengan tangan kanan melainkan bila seseorang itu tidak mampu disebabkan ‘udzur, maka bolehlah dia makan mengiri. Ini berdasarkan keumumam firman Allah Ta’aala iaitu; 

‘ ‘maka hendaklah kamu takut kepada Allah menurut kesanggupan kamu. ’’[At-Taghaabun; 16]

b)Makan Makanan Yang Mengiringi, 

Berdasarkan hadis Al-Bukhari yang berbunyi; 

‘’ … Dan makanlah (dengan memulakan makan) makanan yang mengiring engkau”. 

Hadis tersebut member maksud makanan yang terdekat dengan anda bukan makanan daripada setiap pihak kerana orang yang mengambil makanan di tempat yang mengiringi kawannya adalah dia yang melakukan adab yang buruk dan mengenepikan meruah, maka terkadang dia mengotorkan kawannya terutama dalam makanan yang berbau dan sebagainya, manakala sebahagian orang mengaitkan pada perkara demikian, ialah apabila makanan itu berupa satu jenis tamar atau beberapa jenis, maka telah dikutip pendapat ‘ulamaa’ tentang harus berseleweng beberapa tangan dalam pinggan dan sebaganya manakala ada pendapat yang menyatakan hal itu dalam perkara yang apabila tidak diketahui kebencian orang yang makan bersama. 

c)Cara Duduk Semasa Makan, 

Islam juga telah mengariskan beberapa ayat Al-Quran dan Hadis kepada umatnya untuk menjaga adab semasa makan. Umat Islam dilarang bertongkat tangan semasa makan dan melarang bercakap semasa makan kerana hukum bertongkat tangan semasa makan bukanlah haram tetapi makruh(terlarang) atau lebih utama meninggalkannya. Manakala kita umat Islam disarankan duduk dalam keadaaan berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki, atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri(separuh bertempoh ataupun bersela)

Rahsia larangan kepada umatnya untuk menjaga adab duduk semasa makan adalah:

i. Sebelum hendak memulakan makan umat Islam perlu berada dalam keadaan merendah diri kerana bertongkat tangan itu adalah perbuatan orang yang meninggikan dirinya. 

ii. Islam juga tidak menggalakkan umatnya makan terlalu banyak dan Islam mengajar umatnya untuk makan sekadar perlu menambahkan tenaga bukan untuk kenyang. 

iii. Orang yang makan dengan bertongkat tangannya adalah orang yang tidak mensyukuri nikmat yang ada dihadapanya. 

d)Makan Dengan Tiga Putung Jari, 

Makan dengan menggunakan tiga putung jari adalah perkara yang sunat. Sesungguhnya dengan menjemput dengan kurang daripada tiga putung jari adalah melahirkan kesombongan manakala dengan menjemput dengan lebih daripada tiga putung jari pula akan menandakan keburukan semasa makan. Selain itu, janganlah ditambahkan kepada tiga menjadi empat putung jari atau kerana menjadikan lima melainkan apabila memperolehi halangan seperti mengambil kuah atau selainnya. Justeru itu, mengenai dengan menggunakan sudu, tiadalah tegahan kecuali apabila dia terbuat daripada emas atau perak ataupun sesuatu sebab luaran seperti merasakan megah atau besar diri dengan menggunakan sudu-sudu tertentu. 

Sudu adalah pengganti jari dan dia mempunyai fungsi tertentu dimana ada kalanya tidak terhasil dengan mengambil tangan dan janganlah menggunakan sudu yang besar bagi bertujuan memperbanyakkan makan(makan secara gelojoh). 

e)Tidak Mencela Atau Meng’aibkan Makanan, 

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari r. a. berbunyi; 

“Tiadalah sekali-kali Nabi s. aw. meng’aibkan makanan(yang terhidang), jika beliau berselera, beliau memakannya dan jika beliau tidak ingin, beliau meninggalkannya, ”

Justeru, perkataan meng’aib atau merendah-rendahkan makanan adalah seseorang(yang sedang makan) berkata: (makanan ini) masin perat, tawar eber, masam rebam, amat nipis(tidak terasa), amat tebal dan sebagainya. Dari maksud ucapan adalah untuk mencela atau meng’aibkannya demikian juga termasuk mencela orang yang berkata:’’Makanan itu sedikit(tidak cukup kenyang), ” atau mengatakan; ” Sesunguhnya kami mengurangi hak engkau”(sebab menjamu secara tidak memuaskan). 

f)Tidak Bernafas Dalam Bekas Minum; 

Dalam Islam, umatnya dilarang sama sekali untuk bernafas ketika minum kerana takut keluar air lior orang yang bernafas, maka dia akan terjatuh ke dalam bekas atau keatas minuman dan orang yang sebaliknya untuk minum air tersebut, orang tersebut akan diancam penyakit. 

Menurut sebahagian ‘ulama’ mengatakan bahawa larangan ini sebagai larangan makruh, malah ada pula sebahagian mereka mengatakan: Tidaklah mengapa bernafas pada makanan apabila makanan itu panas dan dimakruhkan. 

g)Tidak Makan Banyak; 

Orang Islam memerlukan makanan untuk menambahkan tenaga dan menyihatkan tubuh badan akan tetapi umat Islam dilarang sama sekali makan mengikut hawa nafsu iaitu makan dengan banyak ataupun makan dengan gelojoh. Sesungguhnya Hadis Al-Bukhari pernah menyatakan bahawa, ‘’ Orang mu’min itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir makan dengan menggunakan tujuh buah perut. ”

Justeru, Orang yang beriman bersikap makan untuk hidup, manakala orang yang tidak beriman (terutama terhadap Hari Akhirat) bersikap hidup untuk makan. Yang pertama mengempiskan perut, manakala yang kedua menjadi hamba perut. Dari itu, perbandingan yang dinyatakan adalah orang Islam itu Cuma makan dan minum sekadar yang perlu( menurut keperluan), sedangkan tujuan utamanya ialah untuk ber’ibadah kepada Allah Ta’aala dan juga untuk memperoleh tenaga untuk melaksanakan kepentingan peribadi, tanggungan dan isteri. Justeru, lapar itu dapat memurnikan ibadah. Dalam kitab Ihya disebutkan, Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam; Barangsiapa yang melaparkan perutnya maka besar pemikirannya dan cerdas mindanya. 

h)Larangan Makan Sambil Meniarap; 

Perbuatan makan sambil meniarap adalah perkara yang paling dilrang dalam Islam. Larangan ini adalah umum bagi lelaki dan perempuan(apalagi perempuan semasa mengandung), Hikmat mengapa Islam melarang berbuat demikian adalah:

i. Perbuatan meniarap itu termasuk dalam keumuman bertongkat tangan sebagaimana yang telah disebutkan. 

ii. Ia juga akan memudaratkan pemakanan(menjadi sesak nafas, menghalang pencernaan, menyusahkan semasa menyuap). 

CARA SESUDAH MAKAN:

Mengenai tatasusila sesudah makan pula adalah; 

a)Digalakan Menjilat Pinggan Dan Jari, 

Orang Islam digalakkan menjilat pinggan dan jarinya kerana 

Rasulullah pernah bersabda bahawa, ‘’ Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan. ”[H. R. Muslim]

Seterusnya, Maksud dijilatkan ialah perkara yang dilakukan orang lain yang tidak terlibat dengan kekotoran seperti anak atau isteri yang dikasihinya dan mereka boleh menikmatnya dan tidaklah mereka melakukannya secara jijik dan demikianla kalau dijilatkan oleh seekor kambing dan sebagainyASelain itu, Hikmat atau rahsia yang berbuat demikian adalah berdasarkan hadis yang telah diutarakan:” Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui pada bahagian manakah makanan kamu yang mempunyai keberkatan. ”

Sungguhnya ada dalam kalangan manusia yang telah banyak rosak fikirannya kerana mereka telah mengaibkan perbuatan menjilat, sedangkan mereka bukanlah manusia yang selalu kenyang (hidup mewah). Di samping itu, mereka juga bukanlah orang yang baik pencerna makanan. Mereka menyangka bahawa menjilat-jilat jari itu sesuatu perbuatan jijik atau kotor seolah-olah mereka tidak menyedari bahawa apa yang terlekat dijari-jari atau di pinggan itu merupakan suatu bahagian daripada bahagian-bahagian makanan yang dimakannya dan ditelannya. Manusia yang berkomor-komor, maka dia memasukkan jarinya ke dalam mulutnya dan menyugi gigi-giginya dan bahagian yang di sebelah dalam mulutnya, maka tiadalah seseorang yang berakal yang memandangnya sebagai suatu kekotoran atau buruk akhlaknya. maka demikianlah terhadap perkara ini tiadalah perbezaan antara keduanya dalam penglihatan menjilat dan tiadalah pengalaman seperti akal. 







b) Larangan Bangun Meninggalkan Makanan Sehingga Hidangan Diangkat, 

Diriwayatkan:“ Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam melarang bangun(meninggalkan) makanan sehinggalah makanan(hidangan) itu diangkat. ”

Maksud yang digambarkan dalam hadis tersebut adalah kerana sebahagian pemakan ingn segera bangun(bersurai) dari hidangan tetapi sebahagian yang lain ingin makan lagi, maka dia terasa malu untuk duduk lantas dia pun turut bangun. Kerana itu hendaklah dia bersimpati kepadanya dan hendaklah makan lagi sehingga kumpulan bersamanya selesai makan. 

C)Memuji Dan Menyanjungi Allah, 

Adalah sayugia bagi seseorang apabila dia selesai makan atau minum, dia memuji Allah terhadap nikmat(pemberian) yang telah dikurniakan kepadanya dan dia mempermudahkan nikmat itu bagnya dan dia memberikan laluan keluar baginya. 

Manakala perkara yang indah dilakukan ialah seseorang umat Islam hendaklah mengikut Nabinya Sallallahu ‘alaih wa sallam dimana apabila diangkat hidangannya, beliau mengucapkan, 

“Segala puji bagi Allah, sebagai pujian yang banyak bagus dan diberkati. Kami tidaklah merasa cuckup dengan seseorang selain engkau, kami tidaklah meninggalkan nikmat engkau dan kami tidaklah terkaya daripada kurnian Tuhan kami. ”

Justeru, Dia adalah pemberi makan dan member kecukupan sedangkan dia tidaklah diberi makan, sebagaimana firmanNya

“Dan (sedangkan) Dia yang memberi makan dan dia tidaklah diberi makan. ” [surah Al-An’aam, ayat 14]

d) Membasuh Kedua-dua Belah Tangan, 

Setelah seseorang selesai makan tangannya hendaklah disucikan dengan air yang bersih kerana hikmat atau rahsia membasuh tangan selepas makan adalah untuk menghilangkan apa-apa sisa makanan yang terlekat pada kedua-dua belah tangan dan juga mulut berupa lemak-lemak. 

Sesungguhnya terdapat amaran Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. terhadap orang yang tidur tanpa membasuh kedua-dua belah tangan(yang kotor) disebabkan makan, di mana beliau bersabda; “Siapa tdur, sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya, tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan keatas dirinya(sendiri). ” [H, R. Abu Daud dan At-Turmudzi]

II. BAHAGIAN KEDUA: CARA MINUM

Dalam ajaran Islam terdapat adab atau cara minum dengan betul, dimana kami akan menyebutnya secara terperinci; 

a)Minum Secara Berdiri, 

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam pernah melarang seseorang lelaki yang pernah minum sambil berdiri dan beliau menyuruhkan sesiapa yang terlupa maka dia terminum secara berdiri agar dia memuntahkan minumannya. Manakala suruhan memuntahkan bagi orang yang minum sambil berdiri itu dikira sebagai suruhan menggalakkan (mustahabb)

Hukum yang tepat lagi sahih mengenai larangan berdiri semasa makan Cuma berbentuk Makruh tanziih (belum sampai ke peringkat haram). 

b) Hukum Menghirup:

Dalam hukum menghirup, Imaam Al-Bukhari r. a telah mendedahkan sebuah hadis sumber Jaabr B Abdullah. r. a; Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam telah masuk ke majlis seseorang lelaki dalam kalangan Anshaar dimana bersamanya terdapat seorang kawanya, maka Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam pun bersabda kepadanya; 

“jika ada disisi engkau air yang engkau simpan dalam geriba( saya inginkan) dan jika tiada kami akan menghirup terus air ( dengan mulut daripada bejana kecil yang boleh dituang airnya). ”[H. R. Al-Bukhari]

Dalam hadis ini terdapat periwayat yang lemah, sedangkan (maknanya) sah (benar), maka tentulah larangan ini Cuma untuk tanziih (makruh tanziih) di mana perbuatan nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam tadi (hendak menghirup) bagi menyatakan keharusannya. 

c)Hukum Minum Pada Bekas Emas-Perak; 

Islam juga melarang umatnya minum air dalam bekas emas atau perak, seperti Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam melarang minum dalam bekas emas mahupun perak dan Beliau bersabda: “Dia (keduanya) ialah untuk mereka (perhiasan orang-orang kaafir) semasa di dunia dan untuk(perhiasan) kamu (orang-orang Islam) semasa diAkhirat. [H. R. Al-Bukhari dan Muslim]

Berdasarkan hadis yang sahih telah dijelaskan bahawa minum dalam bekas emas mahupun perak adalah haram. Ilmuwan Islam juga berpendapat bahawa makan dan minum dengan menggunakan bekas emas mahupun perak sama ada bagi lelaki atau perempuan adalah haram. 

4. Kepentingan Adab Dalam Kehidupan

Adab amat penting dalam kehidupan manusia. Islam amat menuntut umatnya agar sentiasa mempunyai adab-adab yang baik. Islam sebagai agama yang lengkap menggariskan berbagai-bagai adab dalam pelbagai kegiatan harian. Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Haji Abdullah Siddik (1980) telah mengaitkan adab sebagai satu dasar ‘Ahkam al-Syari’ati’ iaitu salah satu garis panduan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Menurut beliau ‘Ahkam al-Syari’ati’ ialah “tata tertib yang mesti dilakukan oleh umat manusia selama hidup di dunia, satu undang-undang Allah untuk umat manusia, yang sempurna, yang praktis, yang dapat dipakai untuk segala zaman dan yang dapat dilakukan oleh manusia sesuai dengan kemampuan dan keperluannya dalam masalah hidup”. 

Pada dasarnya, manusia yang dilahirkan ke dunia ini adalah ibarat kain putih yang belum dicorakkan. Adab-adab yang telah digariskan dengan dengan terperinci oleh Islam akan menjadi panduan kepada ibu bapa, guru, pemimpin, masyarakat dan individu itu sendiri dalam mencorakkan warna hidup seseorang insan. Adab memainkan peranan penting dalam menilai buruk dan baik budi seseorang. Sebagai seorang muslim, kita dituntut supaya menuruti adab-adab yang mulia yang telah dianjurkan oleh ajaran Islam. Semua ini adalah bertujuan agar kita menjadi insan yang akan mendapat ganjaran baik di dunia dan di akhirat. 

Adab-adab yang digariskan oleh Islam termasuklah yang meliputi kehidupan harian, seperti

adab berpakaian, adab ke masjid, adab ketika makan, dan sebagainya. Pendek kata adab-adab yang digariskan adalah lengkap dan meliputi keseluruhan aktiviti dan kegiatan harian seseorang individu muslim. Dalam hal ini, dari segi konsepnya termasuklah adab-adab yang bersangkutan dengan kegiatan pengajaran dan pembelajaran

5. TUJUAN MENJAGA ADAB MAKAN DAN MINUM

Tujuan utama umat Islam disarangkan menjaga adab makan dan minum adalah tanda sebagai mensyukuri keatas nikmat dan mengagungkan keutamaan Ilahi. Di mana Allah Subhanahu wa ta’ala telah memudahkan makanan dan minuman seseorang. Maka wajiblah baginya untuk beradab dalam mensyukuri yang Maha Penentu Maha Pemberi Rezeki dan Maha Pemudah iaitu AllahSWT. Dalam bab bersyukur mempunyai faedah yang besar, iaitu untuk menjadikan kebiasaan ataupun perantara pertumbuhan dan pertambahan. 

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala; “ Dan (ingatlah juga), tatkala tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kam akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-ku), maka sesungguhnya azab-ku sangat pedih. ” (Ibrahim:7)

Tujuan seterusnya ialah meringankan(beban) jiwa, menjauhkan dari segala perbuatan yang tercela, menjaga kesihatan, mencegah bahaya, menjaga atas kebersihan dan kesucian, dan mencegah dari poluli udara, kotoran, penyakit serta kuman yang menyebabkan penyakit. 

Maksud dari anjuran ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjaga kesihatan serta ajaran untuk hidup sihat dan terhindar penyakit. Oleh kerana itu, Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman dalam menerangkan kemuliaan orang-orang yang makan dan minum dari makanan syurga:

“(kepada mereka dikatakan): “makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu. ”

Sedangkan di dunia Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman: “Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakkan. ”

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sesungguhnya Islam memiliki khazanah etika yang mulia dalam makan. Selainnya(agama Islam) sangat jarang ditemui kerana tidak tersaring oleh seseorang dengan berbagai macam lingkungan zaman dan kebiasaannya yang memungkinkan ia bersikap acuh terhadapnya dan akhirnya meninggalkannya di hadapan khalayak ramai. Di samping itu, setiap umat Islam harus menjaga dan memelihara kesesuaian, adab bermasyarakat, dan kebiasaan yang mulia pada zamannya. Dengan catatan bahawa hal tersebut tidak menyebabkannya keburukan syariat seperti makan dengan tangan kiri, makan dari tengah bejana atau mengambil makanan yang jauh dari hadapannya atau makan dengan cara serakah. Justeru, Kesemua adab ini merupakan untuk kebaikan, ketenangan dan kebahagian seseorang. Kerana pada dasarnya segala keperluan manusiawi itu sendiri dapat menimbulkan kegelisahan, gangguan fikiran dan jiwa. 

Rujukan

1. Alias, H. J. (1991). Membina Semangat Positif. Kuala Lumpur. 
2. Az-Zuhali, P. D. (2007). Petunjuk Hidup Islam Hadhari(Rahsia Menjadi Seorang Muslim Yang Berjaya). Selangor. 
3. Nurulhas, S. (1991). Hidup Muslim Sejati. Taman Setapak. K. L. 
4. Salleh., A. A. -Q. (1996). Adab Makan Minum Cara Nabi. Kuala Lumpur. 
5. Suyuth, J. A. (1992). Himpunan Amal Soleh. Klang, Selangor. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com