Tajuk: Kisah Dan Perjuangan Nabi Muhammad Saw

PENDAHULUAN
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam lahir pada pagi hari isnin, 12 Rabiul awal Tahun Gajah/571 Masihi, di kota Mekah Al-Mukarramah. Ayahandanya baginda, Abdullah Bin Abdul Muthalib berasal daripada keturunan terhormat. Datuk baginda bernama Abdul Muthalib Bin Hasyim Bin Abdul Manaf Bin Quraisy Bin Kilab. Kebanyakan nenek moyang baginda terdiri daripada orang-orang terkemuka dan terhormat dikalangan masyarakat arab. Ibu baginda juga berasal daripada keluarga Quraisy yang terhormat, bernama Siti Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf Bin Zuhrah Bin Kilab, iaitu datuk kelima Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. Siti Aminah Binti Wahab tidak mempunyai saudara, baik lelaki mahupun wanitASituasi ini turut berlaku kepada ayah dan ibunya iaitu tidak melahirkan zuriat selain beliau sendiri. 

Tidak meragukan lagi bahawa keluarga Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam daripada keluarga yang bermartabat tinggi dan mulia iaitu keluarga yang terkenal memiliki sifat-sifat dermawan. Oleh sebab itu, tidak menghairankan jika Allah Subhanahu wa ta’ala memilih Nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul dari keluarga tersebut. Seorang rasul yang diutuskan sebagai rahmat kepada segenap umat manusia dan alam semesta. 

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala telah menciptakan makhluk, lalu ia jadikan aku sebagai orang yang paling baik, kelompokku dijadikanNya sebaik-baik anggota kelompok tersebut. Kemudian Allah Subhanahu wa ta’ala memilih kabilah-kabilah yang ada, lalu Ia menjadikanku orang yang paling baik dari semuanya. Kemudian Ia memilih semua keluarga, dan rumah tanggaku adalah sebaik-baik rumah tangga” (Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abbas) 

KISAH DAN PERJUANGAN NABI MUHAMMAD Sallallahu ‘alaih wa sallam 

2. 1 MASA TERURUSNYA NABI MUHAMMAD Sallallahu ‘alaih wa sallam 
Melihat keadaan Kota Mekah dan penduduknya yang tenggelam dalam kemusyrikan, hati Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam sangat resah. Oleh sebab itu, baginda sering merenungkan nasib kaumnya yang sesat dan hidup dalam kebodohan serta kejahilan. Baginda merasa bahawa Kota Mekah seolah-olah sempit baginya untuk hidup. Oleh itu, baginda sering memencilkan diri di Gua Hira. Baginda selalu berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala pencipta alam semestASetiap kali ke Gua Hira, baginda membawa bekal yang cukup baginya untuk beribadat selama beberapa minggu dan akan pulang ke rumah untuk menjenguk isterinya dan mengambil bekal yang baru. 

Baginda sering bermunajat kepada Allah di Gua Hira. Ketika baginda tenggelam dalam munajatnya, baginda telah didatangi oleh malaikat Jibrail yang membawa perintah daripada Allah. Baginda diturunkan wahyu pertama dari Allah serta diangkat sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman. Peristiwa ini berlaku di Gua Hira, tanggal 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 Masihi. Wahyu pertama itu turun ketika baginda berumur 40 tahun. 

2. 2 KAUM KERABAT, SAHABAT TERDEKAT DAN KAUM QURAISY MEMELUK ISLAM

Orang yang pertama memeluk Islam dari kaum wanita adalah Khadijah Binti Khuwailid iaitu isteri Nabi Muhammad. Khadijah sangat senang sekali kerana suami yang dicintainya diangkat oleh Allah sebagai utusanNya. Beliau segera menyambutnya dengan senang hati dan membelanya dengan segala pengorbanannya demi untuk kelancaran dakwah Islamiyyah. Selain Khadijah, Ali Bin Abi Thalib dan Zaid Bin Harithah turut memeluk Islam. Mereka berdua telah lama diambil dan dibesarkan oleh baginda. 

Baginda telah lama bersahabat dengan Abu Bakar. Dari persahabatan itu, Abu Bakar telah mengenal sifat baginda dari dekat. Oleh sebab itu, Abu Bakar segera memeluk Islam setelah diajak oleh baginda. Abu Bakar sangat tak terkenal sebagai seorang yang suka menolong orang. Oleh itu, beliau dicintai kaumnyASejak beliau memeluk Islam, ramai pengikutnya mengikut jejaknya memeluk Islam. Antaranya ialah Uthman Bin Affan, Zubair Bin Awwam, Abdul Rahman Bin Auf, Saad Bin Abi waqas, Thalhah Bin Ubaidillah. Semuanya datang kepada Rasulullah untuk mengatakan keislamannya. 
Selang beberapa waktu, ada beberapa orang terkemuka Quraisy menyusul untuk memeluk Islam. Antaranya ialah Ubaidah Bin Jarrah, Arqam Bin Abi Al-Arqam, Usman Bin Math’um, Ubaidah Bin Haris, Ammar Bin Yassir dan lain-lain lagi. Selain itu, masih banyak kaum Quraisy yang masuk Islam secara sembunyi-sembunyi baik lelaki mahupun wanita. 

2. 3 KAUM MUSYRIKIN MEMBOIKOT BANI HASYIM DAN BANI ABDUL MUTHALIB
Perkembangan agama Islam semakin pesat. Kini, yang memeluk Islam bukan hanya terbatas pada penduduk Kota Mekah saja. Malah, Islam mulai berkembang ke tengah kabilah-kabilah arab yang lain. Kaum Quraisy sudah tidak dapat membendung perkembangan agama Islam. Mereka telah bersepakat untuk memboikot keluarga Bani Hasyim yang melindungi Nabi Muhammad. Seluruh keluarga Bani Hasyim diboikot selama 3 tahun. 

Selama pemboikotan itu, tidak seorang pun yang diperbolehkan untuk berjual beli dan memberi pertolongan kepada merekASehingga keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib semuanya makan daun-daun yang ada di sekitar merekASetiap malam terdengar suara tangisan anak-anak mereka yang kelaparan. Selama dalam pemboikotan itu Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam terus menerus menganjurkan seluruh keluarganya untuk tetap bersabar dan teguh dalam mempertahankan kehormatan. 

Penderitaan yang ditanggung oleh keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib itu berakhir dengan kemenangan di tangan mereka. Kaum musyrikin Quraisy sendiri yang tidak tahan melihat penderitaan yang ditanggung oleh keluarga baginda. Masih ada beberapa orang yang berhati baik seperti Hisyam Bin Amru Bin Rabiah dan Mut’im Bin Ady serta tiga orang lagi. Kelima orang itu bersepakat untuk merobek isi surat pemboikotan terhadap keluarga Bani Hasyim selama 3 tahun. Pemboikotan kejam yang dideritai oleh keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib itu berakhir dengan selamat dan mereka mendapat kemenangan mental serta prestasi yang patut dibanggakan. 

2. 4 ISRA’ DAN MIKRAJ
Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj ini, Allah telah menugaskan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan umatnya untuk bersolat lima waktu dalam sehari semalam. Perjalanan ghaib ini mengandungi erti besar sekali bagi kita untuk melihat kekuasaan Allah pencipta alam semesta serta isinya. Perjalanan itu merupakan petanda betapa pentingnya tempat-tempat yang dikunjungi oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam bagi sejarah umat manusia. 

Perjalanan Isra’ dan Mikraj merupakan petanda bahawa baginda bukanlah seorang pemimpin yang hanya memperjuangkan segolongan umat manusia saja. Namun, baginda diutuskan untuk membawa risalah perbaikan bagi seluruh umat manusia. Jika baginda hanya diutuskan untuk sekelompok umat manusia tertentu saja, pasti tidak perlu bagi baginda menempuh perjalanan yang jauh sedemikian rupa. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam diutuskan bukan hanya untuk membawa misi yang menghubungkan antara manusia saja. Malah baginda diutuskan juga untuk membawa misi yang menghubungkan manusia dengan Penciptanya. 

Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam mendapat tugas utama, iaitu tugas solat lima puluh waktu sehari semalam. Namun, Allah telah memberikan keringanan. Maka, kewajipan solat itu menjadi lima waktu sehari semalam. 

2. 5 PEPERANGAN DIBAWAH PIMPINAN RASULULLAH
A. PERANG WADDAAN
Bertempat di Waddaan, 15 kilometer dari Abwa’, Madinah. Peristiwa ini berlaku pada bulan Safar, Tahun Kedua Hijrah. Pihak ketenteraan Islam mempunyai 200-600 orang tentera berkenderaan dan berjalan kaki. Kekuatan pihak musuh pula lebih ramai terdiri daripada rombongan kafilah perdagangan Quraisy serta pasukan pengawal. Di kala ini orang-orang kafir Quraisy giat berulang-alik dari Mekah ke Syam membawa dagangan untuk mengumpul perbelanjaan untuk menyerang Madinah. Kesannya, tentera Islam terlepas dari menguasai kafilah perdagangan Quraisy, tetapi Berjaya mengikat perjanjian damai dengan Bani Dhamurah. Di kala ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam meninggalkan Madinah selama 15 malam. 

B. PERANG BUWAAT
Bertempat di pergunungan Juhainah, daerah Radhwa. Peristiwa ini berlaku pada bulan Rabiul Awwal, 2 Hijrah. Pihak tentera Islam mempunyai 200 orang tentera berkenderaan dan berjalan kaki. Kekuatan pihak musuh pula 100 orang tentera berkenderaan dan berjalan kaki daripada kafilah Quraisy. Kesannya, tentera Islam tidak dapat bertemu dengan kafilah Quraisy sebab kafilah ini telah pun terlepas melewati Madinah menuju ke Mekah. 

C. PERANG AL-ASYIIRAH
Bertempat di Al-Asyiirah, arah ke Yanbu, di barat Madinah. Peristiwa ini berlaku pada bulan Jamadil Awwal, 2 Hijrah. Pihak tentera Islam mempunyai 150 orang tentera berkenderaan dan berjalan kaki. Kekuatan pihak musuh pula adalah gabungan kabilah Quraisy, Bani Mudlaj dan Bani Dhamurah. Kabilah Quraisy yang banyak sekali mempunyai dagangan menuju ke Syam. Kesannya, Kabilah Quraisy terlepas melewati Madinah menuju ke Syam, akan tetapi Nabi Muahammmad Sallallahu ‘alaih wa sallam Berjaya mengikat perjanjian damai dengan Bani Mudlaj dan setia kawannya Bani Dhamurah. 

E. PERANG BADAR (KUBRA)
Bertempat di Badar, selatan Madinah. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan, 2 Hijrah. Pihak tentera Islam mempunyai 315 orang tentera berkenderaan, 20 ekor kuda dan 70 ekor unta. Kekuatan musuh adalah 950 orang tentera termasuk 200 orang tentera berkenderaan Quraisy. Sebelum ini orang-orang Quraisy mengumpulkan segala harta benda menerusi perniagaan ke Syam untuk menyerang Madinah. Kesannya, tentera Islam yang berjumlah sepertiga kekuatan musuh dapat menumpaskan tentera Quraisy dengan bantuan daripada Allah Subhanahu wa ta’ala. 

F. PERANG BANI QUNAIQAA
Bertempat di Madinah. Peristiwa ini berlaku pada permulaan atau pertengahan bulan Syawwal, 2 Hijrah. Pihak tentera Islam terdiri daripada penduduk Islam Madinah. Pihak musuh terdiri daripada kaum Yahudi Bani Qunaiqaa yang berkhianat. Kesannya, pihak Islam Berjaya membersihkan orang-orang Yahudi dari Madinah yang melanggar perjanjian dengan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Mereka menyerah dan meminta untuk keluar dari Madinah lalu tinggal di Adzra’aat, Syam. 

G. PERANG UHUD
Bertempat di Bukit Uhud, arah timur laut pinggir Madinah. Peristiwa berlaku pada bulan Syawwal, 3 Hijrah. Pihak tentera Islam mempunyai 700 orang tentera termasuk 50 orang tentera berkuda. Kekuatan musuh adalah 2, 900 orang tentera Quraisy dan konco-konconya, juga 100 tentera tentera daripada Bani Thaif, termasuk 200 orang tentera berkuda. Kesannya, tentera Musyrikin dapat mengalahkan tentera Islam di mana 70 orang Islam gugur syahid, akan tetapi pihak musuh tidaklah mencapai kemenangan sebenarnya sekalipun kekuatan mereka melebihi kekuatan Islam. 

H. PERANG BANI NADHIR
Bertempat di sekitar Madinah. Peristiwa ini berlaku pada Rabiul Awwal, 4 Hijrah. Pihak tentera Islam terdiri daripada seluruh tentera Islam Madinah. Pihak musuh terdiri daripada kaum Yahudi Bani Nadhir yang hendak membunuh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam semasa baginda berada di kampung mereka. Kesannya, pihak tentera Islam telah dapat mengepung Bani Nadhir dari sekitar Madinah. 

I. PERANG BANI QURAIZHAH
Bertempat di sekitar Madinah. Peristiwa ini berlaku pada bulan Dzul Qaedah, 5 Hijrah. Kekuatan pihak Islam adalah 3, 000 orang tentera termasuk 36 orang tentera berkuda. Kekuatan Yahudi adlah 600-700 orang tentera Bani Quraizhah yang belot dalam peperangan Khandaq menyebelahi pihak musuh Islam. Kesannya, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam berjaya merampas dan bertindak menghukum orang-orang Yahudi Bani Quraizhah dengan wajarnya. 

J. PERANG AL-HUDAIBIYYAH
Bertempat di Hudaibiyyah. Peristiwa ini berlaku pada bulan Dzul Qaedah, 6 Hijrah. Pihak tentera Islam mempunyai 1, 400 orang tentera yang berkenderaan dan berjalan kaki. Tujuannya untuk mengerjakan umrah, bukan untuk berperang. Pihak musuh terdiri daripada orang Quraisy Mekah. Kesannya, tidak berlaku peperangan disebabkan keberangkatan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan orang Islam serta kaum Arab yang lain adalah untuk mengerjakan umrah saja. Di sana Rasulullah telah Berjaya mengikat pergerakan orang-orang Quraisy dengan mengadakan Perjanjian Damai Al-Hudaibiyyah. 

K. PERANG HUNAIN
Bertempat di Waadi Autaas, dekat Taa’if. Pihak tentera Islam mempunyai 12, 000 orang tentera berkenderaan dan berjalan kaki, serta 80 orang Musyrikin yang kemudiannya menganut Islam. Pihak musuh terdiri daripada Suku Hawaazin dan Bani Thaqiif yang berkumpul hendak menyerang umat Islam di mana bilangan mereka lebih ramai daripada bilangan umat Islam. Kesannya, tentera Islam Berjaya menumpaskan musuh dengan memperoleh tawanan dan rampasan perang. 

L. PERANG TAABUK
Bertempat di Tabuk, jauh ke utara Madinah, di daerah berhampiran dengan Syam. Peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab, 8 Hijrah. Pihak tentera Islam mempunyai 30, 000 orang tentera termasuk 10, 000 orang tentera berkenderaan. Dalam peperangan ini banyak bantuan yang diterima daripada para sahabat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam yang dermawan. Pihak musuh terdiri daripada sepasukan tentera Rom yang besar jumlahnya serta setiakawan mereka di bawah pimpinan raja mereka iaitu Hercules telah berkumpul untuk menyerang Madinah. Kesannya, orang-orang Rom telah membubarkan angkatannya sehingga tidak bertembung dengan angkatan perang Rasulullah, akan tetapi Rasulullah masih menunggu kalau-kalau masih ada kumpulan musuh di sanASebelum Rasulullah berangkat kembali, beberapa orang pembesar Rom daripada beberapa daerah iaitu Jarbaa’, Adzruh dan Miiniyaa’ membuat perdamaian dengan Rasulullah serta membayar jizyah. 

PENUTUP

Saya, Mohd Nazareth Bin Mohd Yousof berasa amat bersyukur dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus atau esei yang telah diberikan oleh Prof. Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin kepada saya yang bertajuk “ Kisah Dan Perjuangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam ”. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa tercinta iaitu Mohd Yousof Bin Rahmat dan Zainab Bte Sompeno kerana telah memberi dorongan dan sokongan dari segi jasmani dan mental untuk menyiapkan kerja kursus yang telah dipertanggungjawabkan ini. Saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang turut serta membantu dan memberikan idea-idea yang bernas untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan ini. 

Kisah Dan Perjuangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam banyak memberi iktibar dan pengajaran kepada kita agar lebih menghargai dan sayang kepada agama Islam kerana sangat besar pengorbanan yang telah dilakukan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam untuk menyebarkan agama Allah ini. Banyak halangan dan cabaran yang ditempuh oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan para sahabat untuk mempertahankan agama Islam. Contohnya, ketika peperangan Uhud, peperangan Badar dan lain-lain lagi. Kita sebagai generasi muda sepatutnya meneruskan usaha untuk menyebarkan agama Allah Subhanahu wa ta’ala kepada orang ramai. 

Sikap dan ketabahan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam hendaklah dijadikan sebagai contoh dan teladan yang baik kepada semua umat Islam agar sabar menempuh dugaan dalam kehidupan. Saya harap saya dapat mengambil semangat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam untuk diaplikasikan dalam kehidupan yang saya lalui kini. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com