Tajuk: Keimanan Kepada Allah SWT Menurut Al –Quran

PENDAHULUAN :
Di bumi merupakan satu cabaran untuk semua umat Islam mengetahui lebih lanjut tentang iman dan keimanan kepada allah menurut dalam kitab Al – Quran serta As – sunnah. Dalam hal ini, kita sebagai umat Islam patut dan wajib mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini. Hal inikerana keimanan kepada allah merupakansalah satu perkara sangat penting dalam masyarakat Islam. Kita sebagaimasyarakat Islam juga mesti mengetahui lebih lanjut dan lebih mendalam mengenai perkara tersebut iaitu keimanan kepada allah menurut al – quran. Selain itu, dengan keimanan yang ada pada diri seseorang masyarakat Islam kita dapat menajamkan pemikiran kita bahawa allah merupakan tuhan yang satu bagi kita sebagai umat Islam. Al – quran ada menerangkan bahawa “Dialah Allah Tuhanmu, tidak ada tuhan melainkan Dia, pencipta segala sesuatu, kerana itu hendaklah kamumenyembah Dia”. Kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia, tidak menitik beratkan atau mengambil berat tentang hal – hal atau perkara – perkara yangsedemikian. Malang tidak berbau, bahawa masyarakat Islam pada zaman sekarang di Malaysia tidak menghiraukan tentang hal sedemikian tetapi mereka hanya suka bersuka ria bahkan perkara amal ibadat merupakan perkara yang sangat penting bagi kita untuk menegakkan ajaran Allah Subhanahu wa ta’ala dalam pelbagai ibadat.

Keimanan juga merupakan satu aspek dalam diri seseoang Islam. Dalam hal ini, kita sebagai umat Islam harus serta mesti beriman kepada allah yang maha satu. Hal ini kerana, kita sebagai umat Islam dapat merapatkan hubungan kita kepada allah serta membolehkan kita memohon pertolongan dan rezeki yang diturunkan oleh allah yang maha berkuasa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hal – hal yang melibatkan tentangtajuk yang saya akan sediakan iaitu keimanan kepada allah menurut al – quran dalam sebuah kitab allah yang utama.

Keimanan kepada allah merupakan asas agama Islam yang sangat penting dan menjadi dasar Rukun Iman dan Islam. Kita perlu memberi perhatian bahawa beriman kepada Allah bukan sekadar keperluan fitrah manusia sahaja. Akidah yang betul meningkatkan kedudukan mukmin itu keperingkat kesempurnaan mengenal allah atau juga dikenali sebagai makrifatullah. Kesempurnaan mengenal Allah ini menentukan peringkat takwa muslim itu dan menjadi nilai ukuran manusia dan kecintaannya terhadap tuhannya.

PEMBAHAGIAN TAUHID :
Mentauhidkan allah dengan makna yang sebenar merujuk kepada tiga perkara :
1. Tauhid rububiyyah.
2. Tauhid asma` dan sifat.
3. Tauhid ulluhiyyah.

Tauhid rububiyyah :
Pengertian Tauhid Rububiyyah :
Tauhid rububiyyah bermaksud kita meyakini hanya Allah sahaja yang mencipta alam. Dia sahaja yang berhak mengurus alam, mentadbir, memiliki, memelihara, menghidupkan, mematikan dan lain – lain. Selain itu, ia bermaksud keyakinan pada segala ketentuan yang ditetapkan oleh allah. Mereka sedar dan tahu semua itu kepunyaan Allah tetapi mereka tidak mahu menyerah diri pada Allah.

Tauhid asma` dan sifat :
Pengertian Tauhid Asma` dan Sifat :
Tauhid asma` dan sifat bermaksud kita percaya dan mengakui nama dan sifat Allah secara menyeluruh dan terperinci menurut apa yang ada dalam Al – Quran dan sunnah Nabi Muhammad. Kita wajib meyakini sepenuh hati, Allah mepunyai nama – nama yang paling baik dan segala sifat kesempurnaan, maha suci Allah dari segala sifat kekurangan.

Tauhid uluhiyyah :
Pengertian Tauhid Uluhiyyah :
Tauhid ulluhiyah bermaksud kita hanya menyembah Allah, dengan penuh ikhas. Kita kasih, takut, berharap, dan berserah ( tawakal ) hanya kepadanyASemuanya dengan ibadat yang ikhlas, zahir, batin kerana Allah yang maha esa, tidak ada sekutu baginya. Kita tidak beribadat selain daripadanya, walaupun kepada malaikat yang paling dekat dengan Allah, atau nabi yang diutus oleh Allah.

FITRAH MANUSIA PERCAYAKAN ALLAH :
Sudah menjadi fitrah manusia, sama ada pada zaman dahulu ataupun sekarang, mereka percaya adanya Tuhan yang maha berkuasASama ada manusia bertamadun ataupun tinggal di hutan rimba, kesemua mengakui ada – nya tuhan. Hanya yang membezakan mereka adalah menentukan Tuhan dengan pelbagai fahaman dan upacara ibadat.

GAMBARAN SALAH :
Terdapat di kalangan manusia yang ingkar kewujudan tuhan. Keinginan ini terjadi kerana mereka tidak dapat mengesan dengan pancaindera mereka sebagai alasan dengan berasaskan pada kebendaan semata – mata. Mereka berfikir secara singkat tanpa menyedari manusia paling bodoh sekalipun menyedari kewujudan Tuhan berdasarkan fitrah yang ada dalam diri. Mereka yakin akal wujud kerana tanda – tanda yang zahir kewujudannyASerta mereka percaya kepada tenaga elektrik dengan lampu bernyala.

JALAN MENGENAL ALLAH :

Oleh kerana mengenal Allah itu menjadi asas segala yang terkandung dalam ajaran Islam, maka ia menjadi kewajipan pertama bagi setiap muslim. Oleh sebab itu manusia hendaklah menggunakan pancaindera dan akal fikiran dengan sebaik mungkin yang dikurniakan oleh Allah dengan cara yang betul. Iaitu dengan melihat alam ini, bermula dari melihat kejadian manusia itu sendiri, alam haiwan, tumbuh – tubuhan dan lain – lain serta melihat kejadian bumi dan langit dengan peredaran yang menakjubkan. Jika begitu, syarat Muslim percaya kepada Allah adalah dengan merujuk kepada bukti – bukti kekuasaannya. Akal fikiran dan ilmu yang sebenar menjadi syarat penting bagi memahami bukti – bukti itu, maka ia tidak akan sampai ke jalan sebenar. Tanpa akal kita tidak mengetahui apakah yang dikatakan bukti – bukti itu, maka ia tidak akan sampai ke jalan sebenar. Oleh sebab itu, kita perlu memerhatikan ayat – ayat al – Quran. Allah menyuruh kita berfikir kerana dengan berfikir kita dapat menghayati ayat – ayatnya dan menyatakan kebenaran Islam. Ia bukan juga keinginan berilmu semata – mata tanpa matlamat sebenar. Apabila berlaku sedemikian, maka ilmu itu tidak mempunyai cahaya petunjuk yang meneguhkan iman.

ZAT ALLAH :

Ketahuilah zat Allah itu di luar daripada kemampuan akal manusia bagi mengetahui hakikatnya. Akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia walau bagaimanapun sekalipun kemampuanya adalah terbabas. Akal mereka tidak mampu mengetahui semua yang berlaku sebaliknya. Banyak orang menjadi sesat kerana bercakap berkenaan zat Allah. Mereka tidak menyedari percakapan dan perbincangan tentang zat Allah itu dapat dicapai oleh mereka. Oleh kerana itu, Nabi Muhammad melarang berfikir berkenaan zat Allah, sebaliknya menyuruh berfikir tentang makhluknya. Perkara itu bukan bermakna menyekat kebebasan berfikir dan dilarang mengkaji atau menyempitkan akal, tetapi bagi memelihara daripada memikirkan perkara di luar batas kemampuan. Cara ini adalah cara orang – orang yang soleh serta bijaksana yang tahu akan kebesaran zat Allah dan kesempurnaannya yang tidak terhingga.

SIFAT ALLAH :

Kita mesti mengetahui sifat – sifat yang dinyatakan Allah kepada kita di dalam Al – Quran dan dinyatakan oleh rasulnya. Akal manusia juga digunakan bagi mengenal sifat kesempurnaan Allah dengan memerhati makhluk ciptaan Allah, di samping hujah al – Quran dan hadis. Al – Quran mengurniakan kita pengetahuan berkenaan sifat – sifat Allah yang maha sempurna serta mendorong supaya berfikir bagi mencapai makrifat Allah yang sebenarnya.

Sifat – sifat Tuhan yang disebut di dalam Al – Quran. 

1. WUJUD :
 Allah menjelaskan dalam surah al-mukminun ayat 78 hingga 80, bermaksud, “Dan dialah yang mencipta bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, tetapi amat sedikit yang bersyukur. Dan dialah yang mencipta serta mengembangbiakkan kau di bumi ini dan kepadanya kamu akan dihimpunan. Dan dialah yang menghidup dan mematikan, dan dia juga mengatur pertukaran malam dan siang, maka adakah kamu tidak memahaminya ?”
Ayat – ayat itu menyatakan dalil wujudnya Allah. Bahkan segala kejadian alam dan semua urusan yang menakjubkan menjadi dalil wajib wujudnya seperti yang dijelaskan sebelum ini.

2. SEDIA ADA (QIDAM) DAN KEKAL (BAQA`) :

 Allah menjelaskan dalam surah al-hadid ayat 3. bermaksud, “ Dialah yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin dan dia maha mengetahui segala sesuatu. ”

Maksud awal dalam ayat adalah Allah ada, tiada permulaan dan tiada kesudahan. Zahir bermaksud jelas dan nyata bagi wujudnya, Allah yang menguasai segala – galanya. Batin pula bermaksud mengetahui segala yang disembunyikan, zatnya tidak dapat dilihat dengan mata dan tidak berdaya akal dan hati mengetahui tentangnya.

3. TIADA YANG SAMA DENGANNYA :

 Allah menjelaskan dalam surah al – ikhlas ayat 1 hingga 4, bermaksud, “katakanlah, `dialah Allah yang maha esa. Allah adalah tempat meminta segala sesuatu. Dia tiada bernak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang setara dengan dia. ”

Ayat – ayat itu menyatakan sifat `mukholafatuhu taala lilhawadithi`, maha suci Allah daripada beranak, diperanak, tidak ada baginya tandingan dan bandingan.

4. BERDIRI DENGAN SENDIRI :

 Allah menerangkan dalam surah fatir ayat 15, bermaksud, “Wahai manusia ! kamulah yag berkehendak kepda Allah. Manakala Allah, dialah yang maha kaya (tiada berhajat kepada sesuatu ) lagi maha terpuji. ”

Nas – nas tersebut menyatakan sifat `qiyamuhu taala binafsihi` iaitu berdiri, juga terkaya daripada yang lain. Malah yng lain pula berhajat kepdanya.

5. ESA :

 Allah menyebut dalam surah an – Nahl ayat 51 hingga 53, bermaksud, “Allah berfirman, janganlah kamu jangalah kamu menyembah dua Tuhan, sesungguhnya dialah tuhan yang satu, kepadaku sahaja kamu perlu takut. Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka ia daripada Allah. Dan apabila kamu ditimpa mudarat maka hanya kepadanya kamu meminta pertolongan. “

Pada ayat – ayat lain yang diyatakan keesaan Allah pada zat, sifat, perbuatan dan segala urusannya. Tidaksekali – kali Tuhan yang perbutan dan segala urusannya. bahkan dia maha esa.

6. KUASA :

 Allah menerangkan dalam surah al – furqan ayat 53 dan 54, bermaksud, “Dan dia yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan ), yang ini tawar lagi segar, dan yang lain masin lagi pahit, dan dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. Dan dia pula mencipta manusia daripada air, lalu dia jadikan manusia itu mempunyai keturunan dan hubungan kekeluargaan. Dan dialah, Tuhanmu yang maha berkuasa. ”

7. ILMU :

 Jelas Allah lagi dalam surah at – Taghabun ayat 4, bermaksud, “Dia mengetahui apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah maha mengetahui segala isi hati. ”

8. HIDUP :

Allah menjelaskannya dalam surah al – Baqarah ayat 255, bermaksud “Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluknya, tidak mengantuk dan tidak tidur, kepunyaannya apa yang ada di langit dan bumi. ”

9. MENDENGAR DAN MELIHAT :

 Allah menjelaskan dalam surah al – mujadah ayat 1, bermaksud, “sesungguhnya Allah mendengar perkataan ania yang mengemukakan bantahan tentang suaminyakepadamu dan mengadukan halnya kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua, sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat. ”

10. BERKATA – KATA :

 Jelas Allah lagi dalam surah al – aqarah ayat 75, bermaksud, “Apakah kamu masih mengharapkan mereka mendengar kalam Allah (firman Allah ), lalu mereka mengubahnya selepas mereka memahaminya, sedangkan merek mengetahuinya, ”

Perbezaan antara sifat Allah dan sifat makhluk :

Setiap orang wajib beriman dengan sifat Tuhan. Begitu juga sifat hidup, mendengar, melihat, berkata – kata, kuasa, dan kehendak, tidak sama dengan sifat makhluk. Allah wajib bersifat, tetapi tidak saama dengan sifat makhluknya. Cukup bagi kita beriman dan kita tidak disuruh oleh agama menkaji lebih dripada sempadan kelemahan kita. Cukuplah dengan dalil – dalil yang dilihat bagi menanamkan keimanan yang sebenar.

Hujah logik bagi menetapkan sifat – sifat Allah :

Para pakar ilmu akidah mengemukakan hujah logic bagi menetapkan sifat – sifat Allah. Antaranya ialah :
~ Tidak syak lagi adanya alam yang menabjukkan ini menjadi bukti bagi wujudnya Allah dan segala sifat – sifat kesempurnaannya.
~ Sesuatu yang tidak mempunyai apa – apa dan tidak dapat berbuat apa – apa dan tidak berbuat apa – apa. Oleh itu, jika Tuhan yang menjadikan alam ini tidak bersifat dengan sifat kesempurnaan, bagaimana tanda sifat itu berada pada makhluknya ?

ASAS – ASAS KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH :

Kepercayaan kepada Alah perlu berdasakan asas – asas menurut apa yang dinyatakan oleh Islam iaitu :
ASAS PERTAMA :
Berpegang denagan wajib wujudnya Allah yang tidak ada sesiapa pun yang mengadakannya. Dia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan seperti yang dinyatakan iaitu bersifat dengan kuasa, kehendak, ilmu, hidup, mendengar, melihat dan lain – lain. Sama ada yng diketahui dan difahami denagan ilmu yakin dan dengan melihat kejadian alam.

ASAS KEDUA :
Menafikan sifat – sifat yang mustahil bagi Allah, sama ada sifat menyerupai makhuk ataupun sifat kekurangan. Sifat – sifat jisim adalah mustahil bagi Allah kerana jisim adalah makhluk dan bukannya pencipta.

ASAS KETIGA :
Tidak melampaui batas memahami dan mempelajari hakikat zat dan sifat – sifat Allah. perlu difahami zat dan sifat – sifat Allah tidak sama dengan zat dan sifat makhluk.

ASAS KEEMPAT :
Hendaklah merintis jalan kea rah mengenal sifat – sifat Tuhan dan memahami kesempurnaan sifat ketuhanan dan tanda – tandanya. Iaitu dengan meelihat alam ini denagan cara yang betul. Mereka mesti membebaskan akal fikiran daripada segala warisan jahiliah, hawa nafsu dan tuntutunya supaya mencapai keputusan yang betul.

ASAS KELIMA :
Menguatkan hubungan dengan Tuhan sehingga mencapai makrifat yang sebati dengan jiwanya sehingga mencapai ketenangan mengenal Allah.

CAHAYA MAKRIFAT ALLAH :

Sifat – sifat Allah dan nama – namanya akan bercahaya dalam jiwa orang Mukin yang bersih imannya daripada sebarang keraguan dan kekotoran. Apabila hati mereka suci daripada sift – sifat yang tidak baik, maka rohnya tetap dengan makrifat Allah itu. Seluruh hidup dan matinya kerana Allah. Cahaya makrifat Allah tidak berlaku dengan ada ilmu sahaja. Perkara yang amat ditakuti adalah orang yang mempelajari akidah sama seperti kertas yang dibacanya hujah perbualan. Dia tidak malu kepada Allah jika dia tidak membuat perhitungan dirinya melebhi kepentingan agama Allah dan kewajipannya sebgaai hamba kepada Allah.

HAKIKAT MENTAUHIDKAN ALLAH :

Pegangan tauhid ditegakkan dengan teguh dalam ajaran Islam dan sangat diberi perhatian dalam dakwah para nabi dan rasul. Tauhid yang berpanjangan adalah tauhid uluhiyyah yang menjadi kemuncak kepada mentauhidkan Allah. tauhid ini berkisar berkenaan perkara berikut :
~ Mengikhlaskan pengabdian hanya kepada Allah.
~ Mengkafirkan semua taghut dan menentang sesiapa sahaja yang menyembah dan memberi
 Kesetiaan kepada taghut.
~ Memelihara diri daripada sebarang bentuk syirik dan menutup segala lubang yang menuju ke
arahnya.

PENGABDIAN IKHLAS HANYA KEPADA ALLAH :
Ia dilakukan dengan memberi sepenuh keyakinan hak ketuhanan hanya kepada Allah. Hak – hak itu dibuktikan dengan cara ikhlas beribadat, memberi kesetiaan, kecintaan, ketundukan dan ketaatan mutlak kepadanya.

MENGKAFIRKAN TAGHUT :
Bahagian pertama menyatakan tauhid adalah mengikhlaskan ubudiyyah dan uluhiyyah kepada Allah dengan sepenuh ketundukan, ketaatan kasih dan setia kepadanya. Manakala bahgian kedua adalah mengkafirkan taghut dan menentang sesiapa yang menyembah dan memberi kesetiaan kepadanya.

SIAPA TAGHUT ?
Taghut bermakna yang sangat melmpaui batas. para ulama salaf menyatakan makna taghut itu dengan berbagai – bagai penjelasan. Umar bin khattab berkata, “Taghut ialah syaitan. ” Jabir pula menjelaskan, ”taghut – taghut itu ialah ahli – ahli nujum yang didatangi oleh syaitan. ”. banyak lagi pendapat lain yan dikemukakan oleh para ulama.

MEMELIHARA DIRI DARIPADA SEBARANG BENTUK SYIRIK :
Syirik atau menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain adalah kufur yang paling hina. Ia dutentng habis – habisan oleh semua nabi dan pengikut – pengikut mereka. Pentarungan dan penentangan syirik berpanjangan hingga Hari Kiamat, sama ada daripada segi rububiyyah asma` dan sifat. Begitu juga daripada segi uluhiyyah. Berkaitan dengan betapa besrnya dosa syirik itu, Allah menyatakannya dalam surah an – Nisa` ayat 48, bermaksud, ”Sesungguhnya Allah tidak mengamounkan dosa orang yang mensyirikkannya dan dia mengampunkan dosa yang lain dari itu untuk sesiapa yang dia kehendaki. ”

PENUTUP :

Kita sebagai umat Islam haruslah mengambil berat dalam perkara ini. Hal ini, kerana keimanan merupakan asas penting pada diri seseorang Islam.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com