PENGENALAN
Islam adalah satu sistem hidup (nizam al-hayah) manusia yang merangkumi semua bidang kehidupan manusia.
PENGERTIAN AKHLAK:
- dari segi bahasa : berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai atau tabiat
- Istilah:Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.
- Kehidupan manusia yang beragama Islam bermula dari awal kelahiran hingga ke saat kematian harus berlandaskan ajaran Islam.
- Sesungguhnya semuanya telah ditunjukkan oleh Islam sama ada melalui wahyu Ilahi di dalam al-Quran atau hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam
- Peranan akhlak dalam pembinaan sahsiah seseorang tidak boleh dinafikan lagi kepentingannya.
- Proses pembentukannya adalah selaras dengan perkembangan jiwa seseorang itu sendiri.
- Untuk membentuk akhlak yang baik memang sukar, tetapi apa yang harus dilakukan oleh seorang muslim ialah dengan cara mempraktikan usaha ke arah kesempurnaan akhlak.
- Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud:
- Sesungguhnya yang terbaik di kalangan kamu ialah yang terbaik akhlaknya".
-Muttafaqa Alaih-
SUMBER PEMBENTUKAN AKHLAK
1. AL QURAN
2. AL HADITH
• Al-Quran al-karim bukan sahaja satu kitab yang membicarakan masalah-masalah hukum Allah, politik, dan pendidikan bahkan ia juga menyingkap bidang-bidang sosiologi khasnya pembentukan sahsiah seseorang insan dan sesebuah masyarakat.
• Sumber utama rujukan ilmu akhlak ialah kitabullah yang menghuraikan secara terperinci dan jitu.
• Dalam kamus al-Mu’jam dimuatkan ayat al-Quran yang membawa maksud
• al-khuluq.
• Firman Allah yang membawa maksud:
“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung (surah al-Qalam 68:4). ”
• Berdasarkan maksud ayat di atas, akhlak membawa maksud keperibadian, sahsiah dan sifat-sifat yang merujuk kepada perbuatan mulia
HADITH
• Akhlak yang dihuraikan oleh al-Quran dijelaskan lagi menerusi hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam, Anas r. a meriwayatkan sebuah hadith yang diambil Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dalam kata-kata Saidatina Aisyah:
• “Nabi Muhammad itu semulia-mulia manusia daripada sudut akhlaknya”.
• Akhlak yang dibincangkan menerusi hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. menjelaskan satu perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada perkataan, perbuatan dan nafsu yang keji.
• Ada akhlak yang terpuji dan akhlak tercela.
• Hadith ialah sumber kedua akhlak Islam, disinilah ajaran-ajaran akhlak Islam terserlah dengan jelasnya melalui amalan.
• Orang yang berakhlak ialah golongan yang beriman dengan sifat-sifat dalam akhlak seperti malu, sabar, pembersih dan sebagainya
• Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud " Akhlak yang baik melupuskan dosa sebagaimana air mencairkan benda keras sedangkan akhlak yang keji itu merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu”
TOKOH 1:
NASIR AL DIN AL TUSI
RIWAYAT HIDUP
• Nama: Nasir al-Din al-Tusi
• Lahir: 16 Februari 1201 atau 11 Jamadil awal 597 H
• Tempat lahir: Iran
• Beliau adalah seorang tokoh yang berwibawa dalam membawakan pandangannya dan merupakan antara tokoh yang sangat dihormati dikalangan masyarakat dizamannya.
• Ketokohan beliau terlihat dari beberapa buah kitab yang ditulisnya.
• Bukunya pula yang terpenting adalah kitab akhlaknya iaitu Akhlāq-Ī Naṣīrī
• Secara ringkasnya segala perkara berkaitan dengan ilmu akhlak sudah pun lama dibincangkan oleh al-Tusi pada abad ke-13 ini dan buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan bagi semua peringkat masyarakat dan ianya juga adalah antara satu usaha al-Tusi yang terhebat dalam bidang ilmu akhlak.
• Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud: "Seseorang mukmin yang berakhlak mulia akan memperolehi darjat orang yang berpuasa dan menghidupkan malam dengan qiamullai".
-Riwayat Abu Daud-
• PENDAPAT: Dalam bab akhlak atau etika ini, beliau telah membahagikannya kepada dua bahagian iaitu pemikiran akhlak dari sudut teorinya (On Principles) dan juga praktikalnya (On Ends).
• Dari sudut teorinya beliau membahaskan beberapa konstitusi atau situasi kejiwaan manusia dari sudut sumber, fakulti, asal satu-satu tindakan terlahir, bagaimana membentuk jiwa
• manusia dan bebagai lagi yang akan dibahaskan dibawah nanti.
• Dari sudut praktikal pula beliau memberikan cara bagaimana melahirkan satu perbuatan yang baik,
• membahagikan kelas-kelas kebaikan, pembahagian terhadap kemuliaan manusia berasaskan kebaikan mereka, konsep keburukan, dan yang terakhir bagaimana merawati jiwa.
• Dalam memberikan kemuliaan pada diri manusia, akal diletakkan sebagai tempat yang tertinggi oleh al-Tusi sebagaimana yang dikategorikan dalam
• fakultinya. Mereka yang melakukan kebaikan, maka tarafnya adalah lebih tinggi dari malaikat di sisi tuhan dan mereka yang melakukan keburukan maka tarafnya dijatuhkan sehingga lebih bawah dari taraf jiwa kebinatangan.
• Al-Tusi berpendapat lagi bahawa manusia sejak dilahirkan adalah berada di kedudukan yang sederhana, tidak tinggi dan tidak rendah.
• Maka dengan kehendak dan diikuti dengan tindakan mereka, taraf mereka akan dinaikkan dan diturunkan.
• Kesemua ini adalah bersifat bebas dan manusia boleh memilih salah satu dari dua natijah di atas.
• Sungguhpun sejak dilahirkan manusia adalah berada dalam dua situasi
• seperti yang telah dijelaskan, namun mereka tetap juga memerlukan Nabi, Imam, Pemimpin, Pembawa dan lain-lain untuk memandu mereka menjadi baik.
• Menurut al-Tusi setiap tindakan mempunyai tujuan dan kesempurnaan jiwa manusia juga dicapai atas tujuan tertentu.
• Makanya tujuan jiwa manusia ini untuk mencapai kesempurnaan adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencapai kebahagiaan.
• Firman Allah Subhanahu wa ta’ala
Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat. (QS. Shaad : 46 )
TOKOH 2:
IBNU MISKAWAIH
RIWAYAT HIDUP
• NAMA: Abu Ali Ahmad ibnu Muhammad ibnu Ya’qub ibnu Maskawaih
• Tempat Lahir: Kota Rayy
• Tarikh Lahir: sekitar tahun 330 H (941 M)
• Wafat di Asfahan pada tanngal 9 Shafar 421 H (16 Februari 1030 M).
• Sebelum menganut agama Islam, ibnu Maskawaih menganut agama Majusi dan setelah menjadi orang muslim, ia merupakan sarjana yang taat dan mendalam pengetahuan keislamannya
• Ibnu Miskawayh adalah seorang sasterawan di samping terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan ahli etika.
• Ibnu Miskawayh merupakan antara ulama yang banyak memberi sumbangan dalam bidang moral. Dalam pemikiran Islam, perbincangan tentang akhlak tidak lengkap sekiranya tidak disebut pandangan beliau.
• PENDAPAT:
• Ibnu Miskawayh berpendapat akhlak ialah satu keadaan yang wujud dalam jiwa manusia.
• Ia perlu direalisasikan tanpa menggunakan akal fikiran
• kerana ia adalah suatu yang tabi‟ie dan merupakan adat kebiasaan sama ada bersifat baik atau kurang baik. Menurut beliau akhlak juga adalah satu sifat yang boleh menerima perubahan sama ada perubahan tersebut berlaku dengan cepat atau lambat.
• Sabda Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam :
"Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari akhirat) dari akhlak yang baik. (HR. Abu Dawud)
• Untuk mengatasi masalah akhlak di kalangan masyarakat pada zaman itu, Ibnu Miskawayh telah mengemukakan satu etika tentang contoh hidup yang tinggi dan murni sebagai hamba Allah. Etika hidup tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:
• i. Pegangan agama yang mantap
• ii. Usaha dari individuiii. Mengetahui hakikat jiwa manusia
• iv. Menjalani hidup bermasyarakat
• v. Bersahabat dengan orang yang baik
• vi. Mengambil berat terhadap rawatan rohani
• Pegangan agama yang mantap
• Hadis meriwayatkan: "Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya. ” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
• Ibnu Miskawayh berpendapat bahawa matlamat utama setiap agama adalah untuk melahirkan akhlak mulia. Ini tidak akan terhasil melainkan apabila setiap individu
• percaya bahawa agama adalah sesuatu yang perlu untuk jiwa.
• Ibnu Miskawayh juga telah meletakkan satu garis panduan dalam menghayati konsep tolong-menolong
• iaitu: kalau seseorang itu banyak melakukan pertolongan, dia berhak mendapat banyak bantuan. Sekiranya dia melakukan sedikit pertolongan, maka sedikitlah bantuan yang akan
diperolehinya.
“Sesungguhnya, ada 2 hal pada dirimu yg dicintai oleh Allah, iaitu lemah lembut dan tidak mudah marah”. (HR Muslim)
Bersahabat dengan orang yang berperibadi mulia kerana ia merupakan antara perkara yang boleh mendidik jiwASetiap manusia cenderung untuk mengikut persekitarannya,
sebagaimana kata seorang cedikiawan Arab yang bermaksud:
“ Beritahu aku siapa kawan engkau, nescaya aku boleh beritahu siapa engkau. ”
Meneliti perjalanan hidup para nabi, ulama dan pahlawan Islam kerana ia boleh dijadikan teladan kepada orang yang mengkajinya
PENGAJARAN
Masyarakat Islam seharusnya berpendirian tegas dan mempunyai kesedaran yang tinggi agar dapat mengawal kemasukan sebarang pengaruh liar yang
boleh mengancam keutuhan bangsa dan agama.
Meluaskan pemikiran, kerana pemikiran yang sempit merupakan faktor berlakunya perbuatan jahat
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com