Tajuk: Islam Sebagai Ad-Din Merangkumi Semua Aspek Kehidupan

PENDAHULUAN
Nama Islam tidak kaitan dengan sesiapa atau mana-mana tempat. Penurunan Islam kepada umat manusia merupakan hikmahtertinggi dari Allah Subhanahu wa ta’ala maka Islam disebut sebagai agama wahyu. “Islam” merupakan nama istemewa yang diberikan oleh Allah kepada Din-Nya. 
Islam merupakan satu-satunya agama yang datangnya daripada Allah Subhanahu wa ta’ala. Tiada agama lain yang benar melainkan Islam. Ajaran Islam berpandukan kepada dua bentuk hubungan iaitu ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhan dan mengatur hubungan manusia dengan manusia. 
Di antara keistimewaan manusia dibandingkan dengan makhluk lain ialah fikiran, perasaan dan keyakinan yang ada pada manusia itu sendiri. hidup manusia ini daripada lahirnya sehinggalah ke saat matinya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian yang pertama ialah semasa masih kecil. Bahagian yang kedua iaitu masa remaja. Bahagian yang ketiga ialah masa tua. 
Pengampunan dosa meruppakan rahmat Islam yang paling berharga kepada makhluk manusia. Manusia tidak boleh lari daripada melakukan dosa sehari-hari. Semua dosa ini berpunca daripada kajahilan, kesalahan, nafsu manusia dan juga dorongan daripada hasutan syaitan. 
Walaupun kematian merupakan sesuatu yang menakutkan bagi seluruh umat manusia, tetapi setiap ketetapan Allah pasti akan berlaku kepada hamba-Nya tidak mengira agama ataupun usia, suka ataupun tidak. Allah telah pun menerangkan tentang hari akhirat ini di dalam Al-Quran. 

Definisi Islam
Islam merupakan agama yang berbeza dibandingkan dengan agama yang lain kerana Islam itu sendiri tiada hubungkait dengan mana-mana individu, golongan ataupun tempat. Daripada sudut bahasa, Islam merupakan agama wahyu telah diturunkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada umat Islam dan telah menjadi wahyu tertinggi untuk kita semua. Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab iaitu Salima yang membawa erti selamat sentosa atau kedamaian. Sebagai contoh boleh diperoleh daripada hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud “Seorang muslim ialah seorangyang selamatkan seorang muslim yang lain dari lidah dan tangannya”. Seterusnya, daripada perkataan Salima dibentuk pula perkataan Aslama yang bermaksud memelihara dalam keadaan selamat sentosASelain itu, Aslama membawa erti menyerah diri, tuduk patuh dan taat. Perkataan Aslama inilah yang kemudiannya menjadi asas terbentuknya perkataan Islam iaitu Salima-aslama-yuslimu yang bermaksud menyerah diri, patuh dan tunduk. Allah juga telah berfirman yang bermaksud
“(ingatlah) ketika tuhan-Nya berfirman kepadanya: berserah dirilah (kepadaku wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: aku telah berserah diri (tunduk taat) kepada tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. 
Nama Islam merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah kepada Din-Nya. Al-Quran pula sebagai kalam Allah yang menyebut Islam sebagai al-Islam (makrifah) untuk menggambarkan agama suci ini. Sebagai contohnya boleh diambil di dalam surah Ali Imran, ayat 19 yang bermaksud
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai di sisi Allah hanya ialah Islam”. 
Ayat 85 yang bermaksud
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya”. 
Selain itu, surah al-Ma’idah ayat 3 yang bermaksud
“Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah aku cukupkan nikmatku kepada kamu dan telah aku redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. 
Seterusnya, surah at-Taubah ayat 33 yang bermaksud
“Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggalkan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musryik tidak menyukainya”. 
Daripada sudut syarak Islam membawa erti patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Sekiranya penyeraha dibuat secara paksaan maka ia bukanlah yang dibincangkan di sini kerana penyerahan secara paksaan tidak akan mendatangkan pahalASebagai manusia yang memiliki akal fikiran kita seharusnya mampu berfikir dengan lebih mendalam supaya kita boleh membuat pilihan untuk ke syurga mahupun nerakASeperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah Ali-Imran ayat 85 yang bermaksud
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang-orang yang rugi”. 
Islam telah menetapkan peraturan hidup yang bersifat Integral yang mengajar manusia menjadi lebih berakhlak mulia seperti yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. segala peraturan yang menjadi pegangan umat Islam ini terkandung di dalam al-Kitab yang nyata yang telah dihayati oleh pesuruh-Nya dalam kehidupan sehariannya. Manusia sebagai hamba-Nya tidak akan sesat selagi kita masih berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini seperti sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud
“Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu al-Quran dan Sunnah Rasul”. 
Definisi AD-DIN
Di dalam buku ‘Maqayis al Lughah’, Ibn Faris telah berpendapat bahawa perkataan ad-Din merupakan perkataan baku yang mewakili pelbagai maksud. Sebagai contohnya ialah “pasrah”, “menyerah”, “tunduk”, “perhitungan” dan lain-lain. Perkataan ini telah digunakan oleh orang Arab untuk pelbagai maksud dan tempat. Dalam peristilahan bahasa melayu, agama membawa maksud “ad-Din”. Perkataan Din (dalam bentuk nakirah) bermaksud suatu cara hidup, manakala ad-Din (dalam bentuk makrifah) bermaksud cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah. Cara hidup yang dimaksudkan ini khusus dan telah ditetapkan di dalam al-Quran. Apabila dirangkaikan perkataan Din dengan perkataan “Allah” dan “al-Haq” ia akan menjadi “Dinullah” dan “Dinulhaq” yang bermaksud agama yang telah diturunkan oleh Allah. Di dalam al-Quran, perkataan Din secara khusus merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sama ada di dunia mahupun akhirat. Istilah Din terbahagi kepada empat bahagian iaitu, kekuasaan yang maha mutlak. Kedua, penyerahan diri secara zahir dan batin serta taat setia kepada yang maha mutlak. Seterusnya, setiap amalan dan iman di bawah pengawasan-Nya. Akhir sekali, ganjaran yang diberi atas segala amalan yang telah dilakukan. Keempat-empat bahagian ini pula merangkumi istilah yang diberikan oleh Allah iaitu ‘Dinillah’ atau ‘Dunilhaq’ yang mengandungi tiga aspek penting seperti beriman kepada Allah sebagai yang mutlak kekuasaan-Nya yang menyebabkan manusia berserah sepenuh kepada-Nya. Kedua, beriman kepada hari akhirat yang merupakan hari dimana Allah Subhanahu wa ta’ala akan melimpahkan nikmat dan kurnia-Nya juga azab dan derita. Akhir sekali, melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan setiap larangan-Nya. 
Islam Sebagai Suatu Sistem Hidup
Islam merupakan satu-satunya agama yang datangnya daripada Allah Subhanahu wa ta’ala. Tiada agama lain yang benar melainkan Islam. Menurut firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang bermaksud
“sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) disisi Allah ialah Islam”, 
surah Ali-Imran ayat 19. Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah kepada para rasul sejak Nabi Allah Adam AS sehinggalah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam tidak ada lagi agama yang benar selain Islam. Agama yang kekal dan benar sudah pasti bersifat sempurna dan menyeluruh. Seharusnya sempurna dari segi nilai-nilai dan sistem-sistem yang terkandung di dalamnya. Islam merupakan agama yang benar dan kekal jadi Islam mampu mengatur dan mentadbir hidup bukan sahaja manusia malah seluruh makhluk di muka bumi ini. Islam mempunyai sistem hidup yang mampu mengatur seluruh kehidupan alam semesta (univers) kerana ia memiliki peraturan-peraturan dan pengajaran-pengajaran. Dasar-dasar tersebut merangkumi perintah, larangan dan petunjuk untuk kesejahteraan dan kebahagiaan seluruh umat manusia. Bagi mendapatkan tujuan tersebut, Islam mengajar hal-hal yang berkaitan duniawi dan juga hal-hal berkaitan ukhrawi. Ajaran Islam berpandukan kepada dua bentuk hubungan iaitu ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhan sebagai contohnya Islam mengajar kita tentang sistem iman dan sistem ibadah. Keduanya, Islam mengatur hubungan manusia dengan manusia, sebagai contohnya Islam mengajar manusia bidang politik, undang-undang, ekonomi, social, kebudayaan dan sebagainya. Kedua-dua ajaran ini harus diseiringkan supaya mampu memantapkan diri seseorang muslim itu. Jika tidak diseiringkan akan mengakibatkan kemusnahan dan kerugian yang berkekalan kepada pelakunya. Dalam surah Ali-Imran ayat 112, Allah telah berfirman yang bermaksud
“mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan sebab dari manusia”. 
Di atas muka bumi Allah ini, manusia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya. Allah juga telah berfirman di dalam surah At-Tin ayat 4 yang bermaksud
“demi sesungguhnya kami telah menciptakan manusia alam rupa yang amat baik”. 
Di antara keistimewaan manusia dibandingkan dengan makhluk lain ialah fikiran, perasaan dan keyakinan yang ada pada manusia itu sendiri. Dengan kelebihan yang telah diberikan oleh Allah ini manusia mampu mempergunakan semua makhluk yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini untuk keperluannya dan juga bagi mempertinggikan mutu produk yang diusahakannyASebagai contonya manusia boleh menggunakan tenaga kerbau yang kuat, larian kuda yang kuat, kesetiaan anjing nbagi mendatangkan manfaat bagi memudahkan segala urusan merekASeperti yang telah Allah firmankan dalam surah Al-Hajj ayat 65 yang bermaksud
“Tidaklah engkau lihat bahawa Allah memudahkan untuk kamu apa-apa yang di bumi”. 
Manusia juga boleh memetik sayur-sayuran dan buah-buahan yang hidup subur di atas muka bumi ini sebagai hidangan merekASelain itu, manusia juga mampu mengeluarkan harta-harta yang terpendam di dalam tanah bagi menjana pendapatan mereka. Manusia memiliki akal fikiran yang baik yang mampu meningkatkan taraf setiap benda-benda yang diciptakan dari masa ke masa. Pengangkutan yang diciptakan oleh manusia juga sentiasa ditambah baik. Sekarang manusia sudah mampu meredah lautan yang luas dengan kapal yang mereka ciptakan sendiri. Rumah tempat mereka kediaman mereka juga semakin baik dan dilengkapi oleh peralatan yang mampu memudahkan mereka. Tidak seperti haiwan, manusi mampu mencipta sesuatu yang baru setiap masa. Jika dibandingkan dengan burung tempua, walaupun burung tempua mampu menghasilkan sarang yang amat rapi buatannya dan halus tetapi dia hanya mampu membuat sarang yang sama sahaja selama-lamanya. Manusia dan fikirannya mampu mempertinggikan mutu sesuatu yang diusahakannya, akan sentiasa ada kemajuan dalam hasil yang akan diperoleh. Di samping itu, dengan fikiran yang dianugerahkan oleh Allah ini juga, manusia seharusnya mampu memperoleh akhlak yang baik, memperdalamkan keyakinan, memperhalus perasaannya, mempertajam fikirannya, memperhalus perasaanya dan mempertajamkan lagi fikiran mereka. Anugerah yang diberikan oleh Allah kepada manusia ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin bagi kebaikkan manusia di masa akan datang dan di akhirat kelak. 
Masa Dalam Kehidupan
Jika diperhatikan, hidup manusia ini daripada lahirnya sehinggalah ke saat matinya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian yang pertama ialah semasa masih kecil dan belum mampu untuk hidup sendiri. Di masa kecil ini, segala-galanya tergantung kepada kepada orang di sekeliling kita yang memelihara kita dan menyediakan setiap keperluan kita. Kita harus sentiasa ingat dan kenang setiap jasa yang telah dilakukan oleh orang yang memelihara kita terutamanya orang tua kita. Dalam Islam turut menggalakkan kita sebagai anak untuk berbudi dan berbakti kepada orang tua kita. Kita juga tidak boleh lupa kepada Allah yang telah melindungi kita semasa kita masih kecil dan tidak tahu apa-apASetiap pelindungan yang kita dapat sama ada daripada orang tua kita mahupun Allah Subhanahu wa ta’ala, kita haruslah membalasnya. Contohnya kita haruslah mengucapkan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah kita perolehi dan membalas jasa orang tua kita dengan menjaga mereka ketika mereka sudah tua nanti. Bahagian yang kedua iaitu masa remaja. Masa kita sudah mampu berdikari dan melakukan apa yang mahukan dengan usaha kita sendiri dan kita perlulah menggunakan kelebihan yang kita miliki dengan sebaik-baiknya. Brdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh H. R Al-Baihaqi yang bermaksud
“ rebutlah lima masa sebelum datang lima masa lainnya; masa hidupmu sebelum mati, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua dan masa kayamu sebelum miskin”. 
Waktu antara masa dewasa dan tua itu tidaklah panjang. Oleh itu, waktu yang ada itu haruslah digunakan dengan sebaik mungkin. Masa yang ada ini haruslah diuruskan untuk dua tujuan. Tujuan yang pertama ialah menguruskan masa bagi mengcukupi setiap keperluan hidup dan sekiranya mampu biarlah berlebihan supaya boleh dijadikan simpanan di hari tua. Ada orang kata yang dunia itu adalah maya dan dunia itu untuk akhirat, hidup untuk mati. Penyataan ini sebenarnya tidak benar sepenuhnya kerana hidup itu bukan semata-mata untuk akhirat tetapi hidup itu harus digunakan untuk dunia dan akhirat. Seperti yang telah difirman oleh Allah dalam surah Al-Qashash ayat 77 yang bermaksud
“dan carilah dengan kurnia yang diberikan Allah kepadamu kebahagiaan kampung akhirat dan jangan engkau lupakan bahagiamu dari dunia ini”. 
Tujuan kedua ialah kita perlulah diluangkan mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak. Bahagian yang ketiga ialah masa tua. Ketika ini tenaga jasmani kita tidak kuat lagi untuk menghadapi perjuangan dalam kehidupan. Tidak seperti di zaman dewasa, ketika ini manusia lebih baiknya mendekakan diri kepada Allah untuk menyiapkan diri bagi menghadapi alam baqa nanti. Harta keduniaan itu kemudiannya apabila usia semakin melanjut, semakin kurang ertinya. Malahan harta yang ada di atas dunia ini tidak akan boleh dibawa ke akhirat kelak. Sekiranya kita hanya mementingkan harta di dunia sahaja kita sudah pastinya akan sangat sayangkan harta itu dan akan sangat berat untuk meninggalkan harta tersebut. Apabila suatu masa yang sudah pasti akan datang itu sampai iaitu maut dengan sendirinya akan menyebatkan kita berat hati dan bermaksud kita tidak ikhlas untuk menghadapi maut memasuki alam kubur. Maka sedarlah sebenarnya masa yang sebenarnya untuk digunakan itu sangat pendek dan haruslah digunakan ia dengan sebaik mungkin agar dapat menjadi bekalan yang berguna untuk kita menempuh alam kubur dan alam akhirat kelak. 
Islam Merupakan Agama Yang Paling Sesuai Untuk Manusia
Kewujudan Islam pada awalnya tidak mampu merubah kuasa-kuasa besar ataupun kehidupan pada masa itu. Mereka terlalu berbangga dan angkuh dengan apa yang mereka miliki. Mereka tidak menyedari bahawa mereka sedang merendahkan darjat mereka sendiri apabila mereka menundukkan kepala mereka di hadapan berhala yang mereka ciptakan sendiri. Mereka juga menjadi hamba kepada kepercayaan yang tidak berasas sehinggakan mereka sendiri dihantui oleh ketakutan yang melampau kepada jin dan syaitan. Apabila datangnya Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam, baginda mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, berani dan mempercayai sesuatu yang rasional. Melalui ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam ini manusia belajar mengenal pencipta merea sebagai Kuasa Yang Maha Agong dan Pemberi kekayaan. Dengan menurut segala perintah Allah, manusia mampu dilepaskan daripada menjadi hamba abdi kepada kuasa-kuasa besar lain. Berkat usaha Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam yang memyebarkan Islam, maka kini Islam menjadi panduan kepada semua aliran pemikiran. Kuasa daripada mesej baginda telah melemahkan kuasa-kuasa besar agama lain yang bersifat syirik kepada Allah yang ada pada zaman itu. Islam juga telah meletakkan semua umat di muka bumi ini sebagai sama dan bersaudarASebelum kedatangan baginda dunia dibahagikan kepada pelbagai kasta dan kepercayaan serta kabilah-kabilah dan kaum-kaum yang banyak dan mendakwa kemuliaan hanya untuk diri mereka sendiri. Baginda telah menyampaikan mesej yang meletakkan manusia ini sama sahaja yang membawa maksud, 
“wahai manusia, tuhan kamu adalah satu dan kamu memiliki satu ayah. Semua kamu adalah keturunan atau anak cucu Adam, dan Adam pula telah dijadikan daripada tanah. Ketahuilah! yang terbaik dari kalangan kamu pada pandangan Tuhan adalah mereka yang terbaikamal perbuatannya. Orang Arab tidak memiliki sebarang keutamaan mengatasi seorang yang bukan Arab kecuali menerusi takwanya”. 
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam telah membuat deklarasi ini semasa baginda sedang mengerjakan Haji terakhir baginda di hadapan 124000 orang. Islam menekankan keesaan Tuhan yang mutlak serta menolak setiap bentuk penyekutuan. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam telah menekankan tentang pentingnya prilaku yang baik supaya mendapat rahmat daripada Allah. Kebanyakkan perbuatan yang patut mendapat sanjungan merupakan kebaikan dan pertimbangan baik daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud
“Tuhan Yang Maha Mengasihani adalah bersifat baik kepada mereka yang bersikap baik dengan orang lain. Jika sekiranya engkau menunjukkan kebaikkan kepada mereka yang hidup di muka bumi, Dia (tuhan) di langit akan menghujani rahmat-Nya ke atas engkau”. 
Manusia merupakan makhluk yang dilahirkan dalam keadaan yang bersih tanpa sebarang dosa. Mereka sendirilah yang bertanggungjawab dalam membentuk diri mereka untuk menjadi baik ataupun buruk. Manusia merupakan satu-satunya makhluk yang bertanggungjwab atas segala perbuatan mereka bagi mendapatkanganjaran pahala ataupun dosa berdasarkan amalannya. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran surah al-Najm ayat 39-40 yang bermaksud
“Dan bahawasanya seorang manusia tidak memperolehi selain apa yang telah diusahakannya. Dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkannya. Dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)”. 
Manusia haruslah menggunakan seluruh tenaga, keyakinan dan keazaman yang mereka ada bagi meneruskan masa depan manusia sejagat. Pengampunan dosa merupakan rahmat Islam yang paling berharga kepada makhluk manusia. Manusia tidak boleh lari daripada melakukan dosa sehari-hari. Semua dosa ini berpunca daripada kajahilan, kesalahan, nafsu manusia dan juga dorongan daripada hasutan syaitan. Tetapi naluri manusia yang sebenarnya adalah untuk menyesali atas segala dosa yang telah dilakukan dan mengharapkan pengampunan daripada Allah. Kerohanian manis menjadi luluh apabila mengharapkan pengampunan daripada Allah, yang secara tidak langsung menunjukkan kebaikkan semulajadi yang sedia ada dalam diri manusia. Menurut baginda Rasulullah, taubat tidak ada kaitan dengan rasa kurang keberanian atau ketakutan menjadi orang yang tidak disenangi. Tetapi ia merupakan suatu langkah yang berani sepertimana yang telah diambil oleh manusia pertama, Nabi Adam AS. Taubat merupakan salah satu bukti kebaktian atau ketaatan kepada sang pencipta. Dengan menonjolkan sifat Maha Penyayang Allah yang sntiasa akan mengampunkan hambanya yang memohon keampunan, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, Surah al-Zumur ayat 53 yang bermaksud
“Katakanlah: Wahai hamba-hambaku yang banyak memperbuat dosa, janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanyASesungguhnya dia Maha Pengampun lagi Penyayang”. 
Allah juga berfirman di dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat 133-136 bagi mengigatkan golongan yang beriman supaya mendapatkan pengampunan Allah serta keredhaan Allah serta memenangu kebahagiaan yang kekal abadi. Ayat Al-Quran tersebut bermaksud
“Bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhan-mu dan k e dalam syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orangbertakwa kepada-Nya. Iaitu orang-orang yang membelanjakan hartanya ketika suka dan duka (di masa lapang dan sibuk), orang-orang yang sabra menahan marah, orang-orang yang memaafkan manusia akan kesalahannya, dan Allah mengasihi oaring-orang yang berbuat baik. Dan mereka itu, apabila berbuat kejahatan atau menganiaya diri mereka, segera mereka ingat akan Allah, terus meminta ampun akan dosa mereka. Tiadalah yang mengampuni dosa selain dari Allah. Mereka itu tiada kekal dalam perbuatan mereka, sedang mereka mengetahui. Balasan mereka itu ialah mendapat keampunan dari Allah dan masuk syurga yang mengalir air sungai di dalamnya serta kekal mereka di dalamnya. Itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal”. 
Orang yang beriman telah dinyatakan ciri-cirinya di dalam Al-Quran dan taubat mendahului yang lainnyASebagai contoh dalam Al-Quran, surah al-Tawbah ayat 112 yang bermaksud
“(yang beroleh kejayaan) adalah orang-orangyang taubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang puasa atau mengembara menuntut ilmu, yang memuji Allah, yang rukukm yang sujud, yang menyuruh mengerjakan kebajukan dan yang melarang daripada yang mungkir lagi memelihara perintah Allah, dan hendaklah beri khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”. 
Tempat yang terhormat yang dikurniakan kepada golongan orang yang bertaubat daripada dosa-dosa diberikan penjelasan lanjut dalam ayat Al-Quran yang diturunkan semperna peristiwa pengampunan tiga orang sahabat nabi iaitu Ka’ab ibn Malik, Hilal ibn Ummayah dan Mirar ibn Rabi’ yang telah diasingkan daripada para pengikut nabi yang lain atas sebab mereka telah gagal menyertai peperangan Tabuk. Firman Allah dalam surah al-Tawbah ayat 117-118 yang bermaksud
“Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikut Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hamper berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka (golongan itu). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka. Dan (juga Allah telah menerima taubat terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi itu menjadi sempit bagi mereka, walaupun bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (seksa) Allah, melainkan kepada-Nya sahaja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubat merekASesungguhnya Allah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. 
Pengampunan dosa daripada Allah adalah salah satu sifat utama-Nya iaitu Rahmat dan belas kasihan. 
Akhirat
Semua orang sama ada yang beragama ataupun tidak pasti percaya akan kematian. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud
“Setiap yang bernyawa pasti akan mati. ”
Walaupun kematian merupakan sesuatu yang menakutkan bagi seluruh umat manusia, terutama mereka yang kafir tetapi setiap ketetapan Allah pasti akan berlaku kepada hamba-Nya tidak mengira agama ataupun usia, suka ataupun tidak. Matinya seseorang yang penting dalam hidup kita sebagai contoh ibu bapa kita kadang-kadang menjadikan kita lupa bahawa mati itu sesuatu yang sudah pastinya berlaku dan semuanya atas ketentuan Allah. Seringkali terjadi apabila berlaku kematian orang yang sangat kita sayangi, kita akan meratapi kematian tersebut kerana kita mengiginkan untuk hidup lama bersamanya. Tetapi kita tidak boleh menolak takdir yang telah ditetapkan oleh Allah dan kita tidak akan mampu untuk menghalangnya daripada berlaku. Apa yang seharusnya kita lakukan adalah mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana dan memohon doa agar dosa mereka diamppuni. Hari akhirat merupakan hari penghabisan bagi kehidupan di dunia sekarang ini. Dan bermulanya hari pertama kehidupan di akkhirat. Dalam Islam beriman kepada hari akhirat itu membawa akibat kepada kepercayaan perkhabaran Allah mengenai fana dan hancur binasanya kehidupan dunia ini, dengan didahului oleh beberapa alamat dan pertanda serta huru hara. Kehidupan di akhirat ini digambarkan dalam pelbagai keadaan, sama ada yang berupa nikmat, azab, kebangkitan semula semua makhluk Allah. Selepas itu akan berlakunya pengumpulan semual semua makhluk untuk dihitung amal perbuatan mereka, dan balasan yang akan diterima atas perbuatan mereka. Alam yang kita huni sekarang ini akan hancur kerana alam kita tidak kekal abadi. Alam yang kita huni ini bersifat baharu dan setiap perkara yang baharu pasti akan mengalami kehancuran dan kebinasaan. Tidak perlu dibuktikan dengan dalil atau bukti lain kerana telah terbukti dengan akal fikiran bahawa dan dari segi kebendaan bahawa alam ini baharu. Sesungguhnya perubahan dan perkembangan sentiasa berlaku dan meliputi seluruh alam ini adalah bukti yang alam ini akan hancur dan rosak bina kelak. Sesungguhnya semua makhluk hidup seperti manusia dan haiwan ataupun makhluk yang sentiasa berkembang seperti pokok dan tumbuhan itu ada mempunyai alamat dan tanda-tanda yang menunjukkan dekatnya saat kematian dan kehancurannya. Umat manusia tertakluk kepada muda atau tua, sakit dan lemah yang menjadi tanda dan alamt bahawa ajal dan kematiannya akan tiba. Manakala haiwan pula pada umumnya sama dengan manusia juga, selaludilanda oleh keadaan tua dan lemah dan diserang sakit yang menyebabkan terjejas tenaganya dan melemahkan tubuh badannya dan akan menyebabkan kamatiannya. Manakala tumbuhan pula terdedah kepada kekeringan dan kelembapan, kemudian akan rapuh dan hancur musnah. Ada beberapa bahagian alam yang telah dibuktikan kehancurannya oleh beberapa alamat dan tanda yang menggambarkan bahawa kehancurannya sudah dekat sekali, manakala alam itu sendiri terlah terjadi beberapakejadian yang memastikan bahawa ia akan hancur dan rosak berkecai. Wahyu Allah juga telah menyebut beberapa petanda dan alamat mengenai kemusnahan dan kehancuran alam itu, dengan sokongan beberapa perkhabaran daripada sabda para rasul Allah. Sebagai contoh Surah Muhammad ayat 18, Allah telah berfirman yang bermaksud
“Maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah datanglah tanda-tanda yang menunjukkan kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberikan kepada mereka, apabila saat kematian itu datang kepada mereka?”
Di antara alamat kiamat yang telah disebutkan oleh wahyi Ilahi ialah: Kebangkitan dan perlantikan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam sebagai rasul yang terakhir dan terbelahnya bulan dengan perintah dan arahan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Perlantikan dan kebangkitab Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam itu menjadi salah satu alamat kiamat adalah kerana kenabiannya adalah merupakan kenabian yang penghabisan kehidupan di dunia ini. Kerana zaman yang tinggal beberapa ketika lagi, selepas itu tiadalah kenabian yang baru lagi. Seperti sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh H. R al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud
“Saya dibangkitkan dan dilantik menjadi rasul pada masa yang sangat hamper dengan kiamat, iaitu perbezaannya seperti dua batang jari ini sahaja, sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah (jari hantu) berkember”
Antara alamat lain yang menunjukkan semakin hampirnya hari akhirat ialah turunnya Nabi Isa ke dunia ini untuk menjadi seorang pemerintah yang adil. Allah telah berfirman di dalam al-Quran Surah az-Zukhruf ayat 61 yang bermaksud
“Dan sesungguhnya nabi Isa AS menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang hati kiamat itu”
Selain itu, alamat lain yang akan berlaku ialah munculnya sejenis binatang yang ganjil rupa dan bentuknya yang lahir di tengah-tengah masyarakat umat manusia dan boleh bercakap-cakap dengan umat manusia dan lalu umat manusia pun terpengaruh dan tergoda dengan binatang itu. Allah ter berfirman dalam Surah an-Naml ayat 82 yang bermaksud
“Dan sesiapa sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak menyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami”
Dan di antara dekatnya kiamat itu lagi ialahpecahnya banteng Ya’juj dan Ma’juj dan keluarnya umat yang melakukan kerosakan dan menghancurkan dunia ini untuk melakukan kekacauan dan huru hara di bumi. Mereka juga menimbulkan perasaan ngeri yang tidak terperi di kalangan umat manusia kepada umat dan bangsa ganas itu. Hal ini telah disebut oleh Allah dalam surah al-Anbiya ayat 96-97 yang bermaksud
“(Demikian keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj dan Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Dan hampirlah kedatangan hari akhirat yang benar maka dengan serta-merta pandangan orang-orang kafir ingkar terliak”
Sistem Kehakiman
Sistem kehakiman merupakan suatu bentuk kehakiman dalam Islam. Hakim merupakan suatu bahagian yang tertakluk kepada peraturan yang telah diaturkan bertujuan untuk menegakkan keadilan dan menolak dari berlakunya perseturuan dalam masyarakat. Contoh institut yang terlibat dalam sistem kehakiman ialah Polis, Penyelia Agama, Bahagian membasmi Penindasan dan Kezaliman dan Bahagian Fatwa. Allah telah menyediakan kekuatan di dalam diri manusia untuk membasmi dan menolak para pelampau serta pengkhianat dan memberhentikan perseteruan. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 251 yang bermaksud
“Seandainya Allah tidak menolak keganasan sebahagian manusia dengansebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam”
Islam memberi perhatian yang tinggi terhadap keadilan seperti mana yang telah terkandung dalam banyak firman Allah, sebagai contohnya surah An-Nisa ayat 57 yang bermaksud
“Sesungguhnya Allah menyuruh kami menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hokum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”
Islam telah meletakkan keadilan sebagai salah satu syarat dalam pemilihan khalifah (ketua pemimpin) di samping syarat-syarat lain seperti ilmu pengetahuan dan keberanian. Keadilan dalam Islam bukan sahaja sebagai tujuan utama tetapi ia merupakan sesuatu yang mesti dituruti. Syari’ah Islam seharusnya dituruti. Pusat oenyelidikan Islam di negeri ini (Mesir) telah bertindak menyediakan usaha-usaha membukukan syari’ah Islam sari semua mazhab untuk kegunaan umat Islam. 
Ekonomi dan Perniagaan
Islam merupakan agama praktikal, bukan semata-mata teori. Oleh itu al-Quran memerintahkan manusia untuk beramal (bekerja) kerana Allah hanya menilai amalan kita. Firman Allah surah Al-Taubah ayat 105 yang bermaksud
“Bekerjalah, nanti Allah dan Rasul serta Mukmin akan melihat (menilai) apa yang kamu kerjakan”
Sesungguhnya bekerja merupakan tradisi para nabi dan rasul. Semua mereka bekerja dan menjadi pengusaha, perniaga, petani dan sebagainya. Perniagaan adalah salah satu bidang kerja yang baik dan dianjurkan dalam Islam. Suatu pekerjaan yang baik mesti dimulakan dan dilaksanakan dengan hal yang baik supaya menghasilkan hal atau natijah yang baik pula. Oleh itu, para ahli perniagaan disebut sebagai orang yang tinggi dan mulia di akhirat dengan syarat mereka beriman dan bertakwa serta jujur. Dalam Islam ada mengajar kita cara untuk menjadi ahli perniagaan yang diredhai Allah. Pertama, perniagaan itu mestilah tidak berhubung-kait dengan riba. Untuk mendapat modal, semampu boleh tidak berurusan dengan bank yang mensyaratkan pinjaman secara ribASegala modal hendaklah diperolehi dengan mengadakan kerjasama dengan sesame Muslim. Kedua, barang-barang yang diperniagakan itu bukan barang-barang yang diharamkan seperti minuman yang memabukkan, pakaian yang tidak sesuai dengan syariat, patung-patung dan lain-lain jenis larangan Islam. Ketiga, tidak melupakan tugas-tugas asas sebagai hamba Allah seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain. Demikian pula, jika peniaga wanita hendaklah tidak meninggalkan tugas-tugas asa sebagai wanita, isteri dan sebagai ibu. Keempat, apabila mendapat keuntungan lebih, tidaklah menunjukkan gembira yang keterlaluan kerana segala nikmat hanya titipan sementara saripada Allah. sebaliknya bila kerugian tidak terlalu bersedih dan menderita sehingga hilang pertimbangan. Anggaplah harta itu diambil kembali oleh ‘pemiliknya’ iaitu Allah. Dengan cara itu hati akan menjadi lebih tenang dan terus hiat lagi berniaga tanpa rasa ada gangguan. Keuntungan yang diperoleh mestilah disyukuri dengan membelanjakannya di jalan Allah. 

PENUTUP
Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam ialah apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah. Islam sebagai ad-Din bolehlah dimaksudkan sebagai Islam yang bererti ketundukan dan kepatuhan kepada Allah itu sebagai cara hidup atau peraturan hidup yang telah ditetapkan untuk hamba-hamba-Nya yang taat kepada-Nya. 
Islam bukan hanya berupa system keagamaan yang berbentuk ritual semata-mata malah ia merupakan system hidup yang luas ruang lingkupnya di mana ia dikatakan agama universal. 
Islam sebagi satu system khusus kehidupan atau yang disebut di dalam al-Quran sebagai ad-din merupakan peraturan hidup yang wajib diterima dan dipatuhi oleh semua golongan manusia yang berakal waras tanpa terkecuali. Sekiranya mereka tidak menerima maka mereka termasuk di dalam golongan yang rugi. Manusia diperintahkan untuk menyelidiki, memahami dan seterusnya menghayati Islam di seluruh bidang kehidupan. 
Seluruh makhluk hidup di atas dunia ini, hidupnya berhutang kepada-Nya dan haruslah membayar hutang itu dengan menyakini adanya Dia, berusaha menemuinya untuk menyampaikan syukur kepadanya. 
Sebenarnya kita harus bersedia bukan sahaja untuk menghadapi soal mati tetapi harus kita siap-siapkan untuk menghadapi persoalan sesudah mati. Kalau tidak ketika di waktu hidup kita ini bila lagi kita ingin menyiapkan bekalan kita di akhirat kelak. Mengetahui perjalanan hidup itu sangat penting supaya kita boleh menggunakan waktu dengan sebaik mungkin. 
Kita harus ingat suatu saat nanti apa-apa yang kita cintai dan kita sayangi di dunia ini menjadi tidak bererti lagi sama sekali. Semuanya akan hancur dan musnah. Mempercayai hari akhirat iaitu hari pembalasan adalah wajib. Dalam al-Quran, Allah telah pun menerangkan tentang hari akhirat ini. 
Sebagai umat Islam sudah pasti menjadi kebanggaan kita untuk mengambil undang-undang Allah untuk menyelesaikan masalah hidup kita baik bersifat peribadi, masyarakat dan Negara dapat diperhatikan dari katerangan yang jelas yang ditegaskan di dalam al-Quran. 
Sepatutnya kita sebagai umat Islam berniaga untuk membantu agar terwujudnya system ekonomi Islam dalam masyarakat atau sekurang-kurangnya kita dapat membantu diri sendiri dan keluarga, dan setelah itu membantu masyarakat dengan progrem-progrem masyarakat. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com