Tajuk: Syirik

Menyekutukan Allah Subhanahu wa ta’ala dengan sesuatu yang lain daripada-Nya sama ada secara rububiyyah, uluhiyyah atau ubudiyyah. 
Ada pula yang mengertikan bahawa syirik adalah kufur ertinya, syirik adalah sebahagian dari jenis kekufuran diantara dosa-dosa besar. Syirik adalah dosa yang paling besar. 

Syirik merupakan perbuatan zalim yang sangat besar. Allah berfirman yang bermaksud: Janganlah kamu syirik kepada Allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah perbuatan zalim yang amat besar. (Surah Luqman 31:13)

Syirik adalah dosa yang tidak akan diampuni Allah. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (Surah an-Nissa’ 4:48)

Syirik adalah perbuatan yang amat sesat. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirk (mempersekutukan Allah dengan sesuatu), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sungguh dia telah tersesat jauh sekali. (Surah an-Nissa’ 4:116)

Orang yang syirik adalah orang yang hilang arah. Allah berfirman yang bermaksud: (Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). (Surah al-Hajj 22:31)

Manusia dilarang daripada syirik kepada Allah dalam beribadah. Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan” (Surah al-Kahfi 18:110)

Orang yang syirik tidak akan masuk syurga. Allah berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”. (Surah Al-Maaidah 5:72)

Orang yang syirik tidak mendapat kedamaian dan petunjuk. Allah berfirman yang bermaksud:
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah al-An’aam 6:82)

JENIS-JENIS SYIRIK

SYIRIK JALI

Maksud:
§ Perlakuan syirik secara terang dan jelas. 

Contoh: 
§ menyembah berhala
§ mengaku Nabi Isa anak tuhan

Akibat:
§ rosak akidah
§ berdosa besar
§ mendapat azab

SYIRIK KHAFI

Maksud:
• Tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadah

Contoh:
• riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri)
• ujub (mengagumi diri sendiri)
• takbur (membangga diri)

 Akibat:
• dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
• sukar menerima pandangan orang lain

SYIRIK YANG BERKAITAN DENGAN KEPERCAYAAN KEPADA
ALLAH Subhanahu wa ta’ala 

(Syirik perkongsian) iaitu mempercayai bahawa terdapat entiti lain selain Allah Subhanahu wa ta’ala yang berkongsi sifat-sifat Allah Subhanahu wa ta’ala secara keseluruhan atau sebahagian. 
Contoh:

• Penganut Hindu percaya bahawa Tuhan Brahman berkuasa secara total dan eternal yang menjadikan segala-galanya. Walau bagaimanapun, Brahman dijelmakan kepada tiga entiti yang berbeza iaitu Brahma sebagai pencipta, Vishnu sebagai pentadbir dan Shiva sebagai pemusnah. 
• Penganut Kristian percaya bahawa Tuhan Yang Esa dijelmakan ke dalam tiga bentuk iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus. Mereka menganggap ketiga entiti tersebut ini berkongsi kekuasaan, Tuhan Bapa bertugas sebagai pencipta alam semesta manakala Tuhan Anak bertugas dalam penyusunan alam semesta dan Roh Kudus bertugas memberikan petunjuk (hidayah) kepada manusia. 
• Sebahagian Muslim pula percaya bahawa roh orang-orang alim atau wali boleh memberi manfaat dalam urusan dunia walaupun mereka telah mati. Oleh itu, mereka melakukan pemujaan ke atas kubur alim ulama, amalan ini termasuk dalam amalan syirik. 

(Syirik penafian)bermakna menafikan kewujudan tuhan. Sungguhpun kewujudan tuhan tidak ditolak secara keseluruhan tetapi menafikan kewujudan Tuhan. 
Contoh:
• Firaun menolak kewujudan Tuhan dan mendakwa dirinya adalah tuhan seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud:
“Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu memanggil kaumnya sambil berkata, ‘Akulah tuhanmu yang paling tinggi’. ”
(Surah Naaziaat, ayat: 23 hingga 24)
• Ahli-ahli Falsafah Moden di Eropah yang menolak kewujudan Tuhan dengan teori “Death of God Philosophy” iaitu “Falsafah Kematian Tuhan”. Seorang ahli falsafah daripada Jerman yang bernama Philip Mainlander (1841-1876) di dalam tulisannya “The Philosophy of Redemption” menyatakan bahawa alam semesta mula wujud dengan kematian tuhan. 
• Sebahagian Muslim menyakini bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala adalah segala-galanya dan segala-galanya adalah Allah Subhanahu wa ta’ala. Konsep ini gagal memisahkan antara Allah Subhanahu wa ta’ala dan makhluk ciptaan-Nya, sehingga menafikan kewujudan tuhan secara tidak langsung. 

SYIRIK YANG BERKAITAN DENGAN
SIFAT-SIFAT ALLAH

Allah Subhanahu wa ta’ala digambarkan dengan sifat-sifat makhluk dan makhluk diberikan dengan sifat-sifat Allah Subhanahu wa ta’ala. 

Contoh:
• Mengeluarkan ayat seperti “jika tidak ada polis maka saya telah dirompak. 

*Amalan tersebut secara tidak langsung meletakkan sifat manusia sama seperti sifat Allah Subhanahu wa ta’ala. 

SYIRIK YANG BERKAITAN DENGAN AMAL IBADAH

Syirik ini terbahagi kepada dua iaitu:
• syirik besar
• syirik kecil

PERBEZAAN SYIRIK KECIL
&
SYIRIK BESAR

• Islam melarang mengagungkan nabi secara melampau. Umat nabi-nabi sebelumnya telah mengagungkan nabi-nabi mereka secara melampau bahkan menyembahnya. Oleh itu, Rasulullah menghalang umatnya mengagungkan beliau seperti dilaporkan dalam hadis di bawah ini yang bermaksud:

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: “Janganlah engkau mengagungkan aku seperti kaum Nasrani mengagungkan Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba Allah Subhanahu wa ta’ala, maka katakanlah hamba Allah Subhanahu wa ta’ala dan rasul-Nya. ” 

Melarang mengagungkan ulama secara melampau. Kaum Nasrani juga mengagungkan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka secara melampau. Mereka mengamalkan undang-undang yang diadakan oleh rahib-rahibnya dan meninggalkan undang-undang Allah Subhanahu wa ta’ala. 

• Sebahagian Muslim juga melakukan syirik dengan mengagungkan ulama secara melampau. Mereka menziarahi kubur-kubur ulama dan meminta keberkatan daripada kubur tersebut. 

HUKUM
• Hukum melakukan perbuatan syirik adalah HARAM. 
• Berdosa besar sekiranya seseorang itu melakukan perbuatan syirik. 

SEBAB-SEBAB 
DIHARAMKAN PERBUATAN
SYIRIK

• Ia membatalkan iman seseorang. 
• Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah. 
• Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik. 
• Mencemarkan kesucian agama Islam. 

CARA-CARA
MENGELAKKAN PERBUATAN SYIRIK


• Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas. 

• Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi. 
• Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik. 

IMPLIKASI
SYIRIK

INDIVIDU

• membatalkan iman
• menafikan kekuasaan Allah
• dimurkai dan diazab oleh Allah
• dibenci oleh orang lain

MASYARAKAT

• masyarakat lemah
• menjatuhkan maruah masyarakat Islam
• permusuhan dan pergaduhan

PENUTUP
Larangan Allah Subhanahu wa ta’ala daripada melakukan sesuatu adalah tuntutan. Ia merupakan perintah yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam. Larangan dan suruhan Allah pasti mempunyaa hikmahnya yang tersendiri. Ada kalanya hikmah tersebut dapat dilihat oleh manusia, namun banyak juga yang tidak mampu dikesan oleh akal fikiran. Sesiapa sahaja yang melanggar perintah Allah, sama ada perintah berbentuk suruhan atau larangan pasti menerima balasannnya di akhirat kelak. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com