PENDAHULUAN
Diingat bahawa masa akan bermula dari ketika manusia bangkit dari kubur pergi ke Padang Mahsyar menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul ‘Alamin, sehingga ke waktu syurga atau Neraka, mengikut hukuman Tuhan Maha Adil, ialah masa hari kiamat yang terbesar, masa yang huru-hara di dalam al-Quran al-Karim.
Dari sahl binSa’id As-Sa’idiy r. a dari Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, yang bersabda : “Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandumputih yang baharu di bakar, bumi yang suci bersih tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang” (Riwayat : Bukhari & Muslim)
Perhimpunan di bumiyang tersebut adalah satu perhimpunan raksasa yang mengandungi Rasul-rasul, Malaikat-malaikat, Jin, Syaitan, haiwan dan mana-mana yang berkenaan dengan perbicaraan yang akan diadakan oleh Allah : Hakim yang Maha Adil. (Dinyatakan di dalam surah al-Nisa’, surah al-An’am, surah Mariam, dan surah al-Furqan.
PENGERTIAN PADANG MAHSYAR
Bahasa : Tempat berhimpun
Istilah :Satu tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat selepas dibangkitkan dari kubur untuk dihisab segala amalan manusia semasa di dunia
Firman Allah pada ayat 47, surah al-kahf, dan ayat 49 hingga 50, surah al-waqi’ah serta ayat 6 surah al-tahfif yang di antara maksud-maksudnya menyatakan bahawa setelah sekalian yang mati dihidupkan semula serta dibangkitkan dari kubur masing masing maka Allah himpunkan segenap lapsan manusia, tidak ketinggalan di antara mereka seorang pun di Padang Mahsyar untuk menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul ‘Alamin
MASA HARI KIAMAT DAN HURU HARANYA
Sayugia diingatkan bahawa masa yang bermula dari ketika manusia bangkit dari kubur pergi ke Padang Mahsyar menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul ‘Alamin, sehingga ke waktu manusia menduduki tempat masing-masing di syurga atau neraka, mengikut hukuman Allah Maha Adil, masa yang huru-haranya menyelubungi jiwa.
Ayat 2 surah al-Haj yang maksudnya : kedahsyatan hari Qiamat itu sangatlah mengejutkan dan menjadikan seseorang terpegun dan terpinga-pinga sehingga orang ramai kelihatan mabuk, dan kalau ditakdirkan ada yang mengandung, pasti gugur kandungannya, kalau ada yang menyusukan anak, ia tidak akan ingat anak susuannya.
Dari Miqdad bin al-Aswad r. a katanya, aku ada mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda : “Didekati matahari padahari kiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu jengkal, maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata, kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya dan ada yang sampai peluhmasuk ke dalam mulutnya. ”-(Riwayat Muslim & Tarmizi)
Firman Allah pada ayat 94 surah al-An’am, maksudnya : “Dan demi sesungguhnya kamu sekarang telah datang kepada kami dengan keadaan kami sebatang kara sebagaimana keadaan kami ciptakan kamu keluar dari perut ibu kamu dahulu, tidak berkain, tidak berbaju, tidak berkasut, tidak berkhatan dan tidak berharta benda.
Dan firman-Nya lagi pada ayat 29 surah al-A’raf, maksudnya; “sebagaimana Tuhan telah mulakan penciptaankamu dengan keadaan yang tertentu, maka demikianlah pula kamu bangkit hidup kembali pada tuhan” Surah Abasa ayat 33 hingga 37 “Apabila telah tiba suara yang memecahkan anak telinganya(Hari Kiamat) maka pada hari itu berpisahlah manusia dari saudaranya, dari ibu bapanya, isteri dan anak-anaknya. Pada hariitu manusia sibuk oleh urusannya masing-masing”
Menurut Imam Ghazali, Padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang luas, saujana mata memandang, tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia. Keadaan bumiyang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayuuntuk dijadikan tempat berteduh. Di dataran putih tersebut, manusia dihalau seperti binatang ternakan dalam keadaan bertelanjang bulat.
Manusia diwujudkan semula dalam tiga bentuk :
1. Kenderaan tersedia
2. Berjalan kaki
3. Berjalan dengan mukanya tertonggeng ke tanah
Di dalam sebuah kitab “ Mukhtashar Tadzkiratul Qurtubi” karya Asy-Syeikh Wahhab Asy-Syarani ada disebutkan keterangannya seperti berikut
Pada suatu hari Muaz in Jabal bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. Apakah maksud yang terkandung di dalam firman Allah Subhanahu wa ta’ala. Maksudnya: “Iaitu hari(yang pada waktu itu) dtiup sangkala lalu kamu datang berkelompok-kelompok” (an-Naba:18)
10 GOLONGAN DI PADANG MAHSYAR
Ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam diminta menjelaskan maksud ayat tersebut, tiba-tiba baginda mengalirkan air mata dan menangis seraya berkata: Wahai Muaz, sesungguhnya engkau telah menanyakan suatu perkara yang besar. Ada sepuluh keadaan umatku ketika mereka digiring dan dikumpulkan di padang mahsyar. Masing-masing didalam keadaan yang berbeza-bezASepuluh golongan itu ialah seperti berikut:
1. Mereka digiring berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka menabur fitnah dan menghasut manusia sehingga tercetusnya permusuhan dan pembunuhan.
2. Mereka digiring berupa babi. Mereka ini adalah manusia yang suka mengambil dan makan harta yang haram.
3. Mereka digiring di dalam keadaan kaki mereka ke atas dan kepala di bawah. Mereka ini adalah orang yang suka makan harta riba
4. Mereka digiring di dalam keadaan buta. Mereka adalah manusia yang mengabaikan hokum-hukum Allah.
5. Mereka digiring di dalam keadaan bisu, pekak, dan tidak siuman. Mereka adalah manusia yan riya’ dalam beramal, bangga diri dengan amalannya dan suka memuji-muji diri
6. Mereka diiring dalam keadaan menggigit lidah. Mereka adalah manusia yang sewaktu di dunia itu terdiri dari golongan pemidato, pendakwah-pendakwah dan seumpamanya tidak beramal dengan ucapan dan pertuturan yang baik. Boleh di anggap juga mereka itu adalah golongan yang pandai bercakap tetapi tidak serupa dengan amal dan perbuatannya.
7. Mereka digiring dalam keadaan kedua tangan dan kakinya dipotong. Mereka ini adalah orang yang suka menyakiti hati jiran tetangganya dengan lidah dan perbuatan.
8. Mereka digiring dalam keadaan disalib pada pohon kurma dari api neraka. Mereka dalah manusia yang mengajak orang ramai menyokong dan membela terhadap penguasa yang zalim.
9. Mereka digiring di dalam keadaan berbau teramat busuk. Mereka adalah manusia yang melepaskan nafsu syahwat pada jalan yang haram dan mereka juga manusia yang menolak kebenaran.
10. Mereka digiring dalam keadaan berpakaian yang diperbuat dari lembaga yang panas. Mereka ini adalah manusia yang sombong dan bongkak.
PERLINDUNGAN DI PADANG MAHSYAR
Adalah lebih jelas lagi mengenai naungan(perlindungan) itu sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud :
“Tujuh orang yang akan Allah Subhanahu wa ta’ala naungi(diberi perlindungan) dengan rahmatNya pada hari yang tiada sebarang nungan selain dari naunganNya ialah :
1. Penguasa atau pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang menghabiskan usia mudanya dengan banyak beramal soleh
3. Pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid. (mengimarahkan masjid)
4. Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah Subhanahu wa ta’ala iaitu kedua-duanya bertemu dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang lelaki yang dirayu wanita yang berharta dan jelita, lalu dia menjawab “sesungguhnya aku takut Allah”.
6. Seseorang yang suka bersedekah kemudian disembunyikan, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh tangan kanan.
7. Seseorang yang bersunyi-sunyi sendirian(beruzlah) berzikir dan bermunajat sehingga menangis kerana dosa-dosanya dan ia bertaubat. (Al-Bukhari & Muslim)
HISAB
Berhisab ialah memeriksa dan memperhitungkan serta mempertanggungjawab segala perbuatan yang dikerjakan oleh manusia semasa di dunia.
Firman Allah dalam Al-Quran urah isra’ ayat 71 : “Pada hari kiamat, Kami(Allah) memnggil tiap-tiap manusia beserta ikutannya. Barangsiapa yang didatangkan kitabnya dari sebelah kanannya, maka mereka membaca kitabnya sedang mereka tiada teraniaya sedikit pun juga”
Allah berfirman lagi dalam surah Al-Haaqah ayat 10 hingga 12: “Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakangnya, maka dia akan berteriak: “celakalah aku”. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala(neraka)”
Jadi tentang adanya hisab itu ada tiga tingkatan :
1. Tingkatan pertama: Mereka dihisab yang ringan dan mudah. Mereka adalah orang-orang yang bertakwa.
2. Tingkatan kedua: Mereka dihisab dengan hisab yang sangat berat kemudian menjadi rosak. Mereka adalah orang-orang kafir.
3. Tingkatan ketiga: Mereka dihisab dan dicap, lalu mereka terselamat. Mereka adalah ahli maksiat.
12 BARISAN DI PADANG MAHSYAR
1. Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya"
2. Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. "Mereka itu adalah orang-orang yang diwaktu hidupnya meringan-ringankan solat"
3. Mereka berbentuk keldai, sedangkan di dalam perut mereka penuh berisi ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang-orang yang enggan membayar zakat"
4. Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta didalam jual beli"
5. Diiringi dari kubur dengan bau yang lebih busuk daripada bangkai. "Mereka itu adalah orang-orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. "
6. Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu"
7. Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar darah dan nanah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran"
8. Diiringi dari kubur dengan keadaan terbalik, kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka ini adalah orang yang berbuat zina
9. Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan mata berwarna biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya”
10. Diiringi dari kubur dengan keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya"
11. Diiringi dari kubur mereka dengan keadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut mereka dan keluar beraneka kotoran"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.. "
12. Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang berseri-seri laksana cahaya bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Yang Maha Pengasih. "
SYAFAAT NABI MUHAMMAD Sallallahu ‘alaih wa sallam KETIKA DIPADANG MAHSYAR
1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
4. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
PENUTUP
Sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai rukun iman kita iaitu percaya pada hari kiamat. Pengetahuan tentang hari kiamat atau padang mahsyar sedikit sebanyak membuka mata umat Islam dan orang mukmin akan betapa dasyatnya keadaan selepas mati dan dihidupkan semula. Jelas sekali perkara sebegini dapat meningkatkan iman kita, dan menambahkan ketakutan umat Islam untuk membuat dosa kerana hakikatnya segala apa yang kita lakukan akan dicatit. Ia juga dapat memupuk perasaan cinta akan akhirat dan menambahkan perasaan zuhud di dalam diri. Pendedahan secara berterusan terhadap perkara ini, dapat menghilangkan perasaan bongkak dan riya’ (mazmumah) dan menbentuk akhlak yang terpuji. Seterusnya, kita juga seharusnya mempuanyai perasaan takut kepada Allah kerana Dialah tempat kita akan kembali setelah mati. Semoga kita sentiasa dibawah rahmat-Nya dan mendapat keredhaan-Nya. Amin.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com