Tajuk: Nilai-Nilai Kemanusian Dalam Tamadun Islam

PENDAHULUAN
Nilai bermaksud darjah, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian. Nilai dianggap sebagai batu asas kepada pembinaan setiap tamadun. Tamadun lahir daripada manifestasi tauhid, perkembangan tamadun India banyak mempengaruhi konsep ketuhanan Hindusisme yang bersifat Politiesime manakala tamadun Jepun juga dibenuk oleh agama Shintoisme. 

Setiap tamadun memperlihatkan penojolan masing-masing yang tidak dimiliki oleh tamadun lain. Contohnya, tamadun Greek terkenal dengan falsafah dan keseniannya. Manakala tamadun Islam menyerlahkan dengan pandangan semestanya yang menyeluruh terhadap pencapaian bidang sains dan teknologi. Tamadun Islam turut mempunyai beberapa ciri yang terdapat pada tamadun-tamadun lain. Namun tamadun Islam tetap menitik beratkan beberapa ciri bersifat material disembangkan dengan ciri khusus yang menekankan aspek ruhaniah. 

Dalam sejarah manusia tamadun sering sahaja dilihat sebagai pencapaian yang tinggi yang mampu dicapai oleh sesuatu bangsa. Kewujudan sesebuah tamadun sebenarnya sangat bergantung kepada kebolehan bangsa pembentuk tamadun tersebut memenuhi beberapa kriteria umum. Persamaman antara tamadun terdapat beberapa nilai yang dikongsi bersama antara tamadun. 

NILAI-NILAI KEMANUSIAN DALAM TAMADUN ISLAM. 

1. NILAI TOLONG MENOLONG

Bebuat baik kepada manusia lain dan membantu manusia lain yang mengalami musibah tanpa memandang suku, ras, warna kulit atau agamanya. Contohnya, dalam berlakukan gempa di Nias, korban berlakunya dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim. Nias adalah dearah yang mejoriti penduduk yang bukan beragama Islam. Namun, Islam tetap memerintahkan agar supaya kita mewujudkan nilai-nilai kemanusian dengan memberi bantuan dan meringankan beban. Dalam Al-Quran juga menceritakan tentang Islam menjunjung tinggi nilai kemanusian. Contohnya, kaum kafir Quraisy kalah dalam peperangan perang badar. Kaum muslim tulus memakamkan kaum kafir yang terbunuh, sebagaimana meraka memakamkan kaum muslim. 

2. NILAI KEKELUARGAAN

Keluarga extended yang mempunyai bierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum wanita dan lelaki. Jika dilihat pada ajaran Islam, pembentukan institusi keluarga berpaksikan kepada kasih sayangdan tanggungjawab. Sebagai contoh, bermulanya proses pencarian jodoh, memperincikan tanggungjawab suami isteri, anak dan lain-lain. Apabila masyarakat bahagia dan berkualiti maka lahir generasi sebuah masyarakat dan begitulah sebaliknya. Menurut konfusianisme, kesetian dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting. Ia menekankan lima bentuk hubungan iaitu ayah dan anak, abang dan adik, sahabat dan sahabat, suami dengan isteri. 

3. NILAI ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama kerana ia dianggap sebagai anugerah tuhan. Manusia sebagai khalifah Allah berperanan untuk memelihara alam sekitar. Tamadun Islam adalah tamadun yang mengajar manusia membuat hubungan yang baik dengan alam sekitar. Bagi semua agama, memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah tuhan secara amanah dan bertanggungjawab dan ada sesetengah tamadun lain memelihara alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Walaubagaimanapun, perbezaan tamadun-tamadun ini tetap memelihara alam sekitar dari kemusnahan. 

4. NILAI KEPIMPINAN

Faktor ini merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi interaksi antara tamadun di Asia. Ini kerana seandainya pemimpin atau raja bersikap adil dan toleran, maka interaksi akan berlaku dalam amai dan damai. Fenomena sebaliknya akan berlaku seandainya pemimpin bersikap kuku besi dan tidak bersikap toleransi kepada rakyat jelata. Terdapat perbezaan dari kalangan pemimpin. Contohnya, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam tidak menyekat orang yahudi dan kristian dalam pemerintahan Madianah, sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang. Contoh pemimpin yang tidak bertoleransi ialah Sultan Shamsuddin Altamish di India yang bertindak keras terhadap penganut Hindu. Seorang pemimpin yang dilantik hendaklah seorang yang mempunyai sifat adil, berpengetahuan tinggi dan berkemampuan untuk memimpin. 

5. NILAI KEMANUSIAN 

Nilai kemanusian adalah nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemulian manusia sama ada kebebasan dan kemerdekaan, nama baik, kehormatannya dan hak-haknya, memelihara darahnya, harta serta kerabat keturannya dalam kedudukan mereka sebagai individu anggota masyarakat. Ini adalah matlamat utama tamadun islam dalam menjaga agama, maruah, harta, diri dan akal. Islam menjamin setiap nilai yang diperlukan oleh manusia sejagat ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat. Semua tamadun bersifat seragam menentang salah guna kuasa, jenayah, ketidakadilan dalam membuat keputusan dan lain-lain sifat yang meruntuhkan nilai-nilai kemanusian sejagat. Nilai kemanusian turut membibitkan rasa simpati. Sebagai contohnya permasalahan Palestin mengundang simpati banyak pihak. 

6. NILAI KEILMUAN 

Ilmu berkait rapat dengan iman-iman membangkitkan kesedaran tentang kepentingan ilmu kerana ia disebut di dalam ajaraan Islam seperti didalam Al-Quran dan Hadith. Contohnya, surah Al-Alaq ilmu meningkatkan iman dengan pengetahuan tentang hukum halal dan haram menimbulkan perasaan takut. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan yang amat penting dalam transformasi manusia. Tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencai diri sendiri. Ilmu membangkitkan perasaan hormat, kagum. Islam pernah melalui zaman kegemilangan kerana ilmu. Seorang cendikiwan Barat menyebut “ kita sepatutnya menganggap orang Islam sebagai pengasas yang sebenar bagi ilmu sains, kalau tidak kerana tamadun Islam yang muncul di Andalus, sudah tentu Eropah akan terkebelakang beberapa abad ”. 

PENUTUP

Terdapat banyak huraian tentang tamadun disebabkan para sarjana mendefinisikannya dari pelbagai perspektif. Sama ada tamadun dilihat sebagai pencapaian tetinggi yang diperolehi oleh sesebuah masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan atau kemajuan dalam konteks pembangunan material atau kecanggihan teknologi, ia wajar dilihat dalam prospek yang lebih luas di mana terdapat aspek-aspek lain juga tidak kurang pentingnya bagi sesebuah tamadun seperti nilai keagamaan, kerohanian, keutuhan institusi keluarga, kehalusan budi pekerti dan adab, dan matlamat pencapaian kebahagiaan didunia dan juga akhirat. 

Tamadun Islam telah memenuhi semua pra-syarat sebuah peradaban yang terkehadapan, perbezaan dasar antara tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain kerana berakar umbi kepada Al-Quran dan sunnah, fokus pemacuannya tidak tersasar daripada landasan akidah, syariah, dan akhlak. Tamadun Islam turut dibangunkan oleh masyarakat beragama lain kerana mereka dianggap sebahagian daripada entiti tamadun Islam. 

Antara tamadun seharusnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan terbinanya interaktif positif dalam pelbagai lapangan hidup kerana kehidupan ini merupakan perkongsian antara sesama manusia. Apa pun, sumbangan tamadun islam pada dunia secara kesuluruhannya memang suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com