Tajuk: Sejarah hidup Saiyyidina Ali Bin Abi Talib

PENDAHULUAN
Sayyidina Ali r. a telah dilahirkan pada tahun ke Sembilan sebelum perlantikan Nabi Muhammad sebagai rasul. Beliau 31 tahun lebih muda daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. Ibu bernama Fatimah Binti Asad Bin Hasyim Bin Abdu Manaf iaitu sepupu bapanya Abu Talib. Oleh itu asal keturunan beliau adalah keturunanBani Hasyim yang sejati. Beliau adalah anak Abu Talib yang paling bongsu. Adik beradik Beliau adalah Talib, Aqil, Jaafar, ummu Hani, Jumanah dan Raitah. Jarak umur antara semua adik beradik Beliau adalah 10 tahun. Dengan kata lain abang sulung beliau Talib adalah sebaya dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. 

Pada suatu musim kemarau kaum Quraisy telah dilanda kesusahan yang teramat sukar. Rasulullahtelah mengajak bapa saudara Baginda iaitu al-Abbas untuk membantu Abu Talib. al-Abbas telah mengambil Aqil sebagai anak jagaannya manakala Rasullah telah mengambil Ali sebagai anak jagaannyASemenjak hari itu Ali Bin Abi Talib sentiasa menemani Rasulullah sehnggalah Baginda dilantik menjadi nabi dan rasul. Ali juga telah mengikut ajaran Baginda Sallallahu ‘alaih wa sallam. Ali merupakan kanak-kanak yang pertama memeluk dan mempercayai ajaran yang dibawa Rasulullah iaitu Islam

Beliau juga yakin dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut rasulullah. Ali karramallahu wajhah adalah orang yang mula-mula sekali memeluk islam dan mengerjakan ibadat solat selepas Khadijah r. a. Beliau tidak meyembah patung-patung berhala dari kecil hingga ke akhir hayatnya. Ali Bin Abu Talib telah berkahwin dengan Fatimah binti Rasulullah. Beliau tidak berkahwin dengan orang lain melainkan Fatimah seorang sahajASetelah Fatimah meninggal dunia barulah beliau berkahwin dengan 9 orang perempuan lain tetap tidak dikahwini dalam satu masa kecuali salah satu daripadanya meninggal dunia kerana tidak boleh berkahwin melebihi 4 orang. 

Ali adalah 4 atau 5 tahun lebih tua dari Fatimah. Mereka telah berkahwin pada tahun kedua hijrah selepas peperangan Badar. Beliau dikurniakan 5 orang anak iaitu Hasan, Husain, Muhsain, Ummu Kalthom dan Zainab. Fatimah telah meninggal dunia 6 bulan selepas kewafatan Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam iaitu pada malam selasa bulan Ramadhan tahun ke-11H ketika berumur lebih kurang 29 tahun. 

PERLANTIKAN SAYYIDINA ALI SEBAGAI KHALIFAH

Selepas pembunuhan Uthman bin Affan tinggallah Madinah tanpa seorang pemimpin dan gabenor di setiap nigeri jajahan menjalankan peraturan sendir sehingga terputuslah hubungan sesebuah jajahan dengan jajahan yang lain. 

Keadaan yang tidak terurusdengan sempurna inimemungkinkah serangan balas daripada tentera Rom dan pencabulan perjanjian yang dilaksanakan sebelum ini. Keadaan ini terus berlarutan selama 5 tahun. Untuk menjamin kestabilan dan keselamatan Madinah seorang khalifah mestilah segeradilantik dem mengembalikan keadaan yang tidak stabil kepada keadaan asal. Orang-orang Arab kembali ke tempat mereka asal mereka dan mereka yang melampau juga kembali ke negeri masing-masing. Tekanan orang-orang Rom boleh menyebabkan huru-hara dan kaum muslimin akan tertindas dengan peristiwa buruk yang mungkin berlaku. 

Golongan pelampau itu bersepakat untuk melakukan sesuatu ke atas Uthman Bin Affan dan mereka Berjaya melakukannya. Tetapi mereka tidak pula bersepakat melantik khalifah baru selepas Uthman kerana pendapat dan pegangan mereka berbeza-beza. Orang-orang Mesir lebih cenderung untuk melantik Ali Bin Abu Talib tetapi Ali tidak sukakan mereka. Orang-orang Basrah pula cenderung kepadaTalhah Bin Ubaidah tetapi apabila mereka memerlukannya, Talhah pula yang tiada disitu. 
Ali, Talhah dan Zubair telah menolak untuk dilantik sebagai khalifah. Ternyata mereka bukanlah orang yang inginkan kekuasaan dan kedudukan di dunia. Bahkan cadangan untuk menjadi khalifah itu bukanlah keputusan daripada Majlis Syura tetapi dari golongan pelampau yangtelah merosakkan keamanan dan kesejahteraan di Madinah. Mereka juga bukanlah terdiri dari kalangan Kaum Muhajirin dan Ansar. 

Penduduk Madinah akhirnya bersepakat untuk mencadangkan Ali bin Abu Talib sebagai pemimpin baru mereka. Dia adalah seorang yang amanah, salah seorang ahli Syura, sepupu Rasulullah saw, menantu baginda, bapa kepada Hasan dan Husain, kuat berjihad dan banyak ilmu pengetahuan yang mungkin boleh menstabilkan keadaan huru hara pada masa itu. Mereka pun pergi berjumpa dengan Ali bin Abu Talib dan meminta beliau melaksanakan permintaan mereka itu akan tetapi Ali telah menolaknya. 

Akhirnya semua penduduk Madinah telah taat setia kepada Ali kecuali Saad bin Abu Waqash, Abdullah bin Umar, Usamah bin Zaid, Suhaiba, Kudamah bin Maz’un (Muhajirin), Hasan bn Thabit, Zaid bin Thabit, Ka’ab bin Maslamah, Nu’man bin Basir, Rafiq bin Hudaij, Salamah bin Wakshi, Maslamah bin Mukhallad, Abdullah bin Sallam (Ansar) dan mereka yang meningggalkan Madinah menuju ke Mekah dari kalangan Bani Umaiyah seperti Said bin Al-As, Walid bin Uqbah dan Marwan bin Hakam. 

Mereka tidak taat setia kepada Ali bukanlah kerana mereka tidak mahu ada pengganti lain. Mereka juga menyokong Ali. Mereka tidak melihat orang lain lebih baik daripada Ali untuk menjadi seorang khalifah. Tetapi keadaan huru-hara yang runcing di Madinah menyebabkan mereka terlewat untuk mereka memberikan taat setia. Kelewatan ini tidak elok untuk memperbaiki keadaan. Proses taat setia yang berlaku dengan pantas ini adalah satu contoh kekuatan bagi seorang khalifah. Khalifah Ali adalah betul serta mengikut syariat dan taat setia terlaksana walaupun sesetengah daripada mereka telah datang lewat. 

Ali bin Abu Talib berhadapan dengan dua pendirian iaitu, pertama: menolak pandangan itu dan tidak bersetuju untuk taat setia. Keadaan Madinah akan kekal seperti sedia kala, orang-orang yang menentang akan menguasai Madinah, begitu juga dengan orang-orang Arab dan sesiapa pelampau akan melakukan sesuatu di Madinah, bahkan mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk lagi. Ini adalah satu anggapan. Maka mereka yang sia-sia telah pergi melakukan kerosakkan dan bertambahlah pembunuhan penduduk di Madinah. Mereka telah melakukan kesalahan yang besar dengan membunuh khalifah secara zalim dan mewujudkan permusuhan. Apabila manusia melakukan kesalahan yang pertama maka mereka akan cenderung pula untuk melakukan kesalahan lain yang lebih buruk lagi. Mereka telah menakutkan ahli Syura dan para sahabat Rasulullah saw. 

Kedua: menerima khalifah dan redha dengan sesuatu yang berlaku untuk menyelamatkan orang-orang muslimin daripada fitnahyang mungkin berlaku sekiranya ditolak, takut dari wujudnya pendapat yang berbeza. Ali terpaksa menerima perlantikan itu demi mengembalikan keamanan dan kebaikan bagi penduduk Madinah, menghalau golongan pelampau dari Madinah, menyempurnakan kesejahteraan dan melaksanakan segala syariat Allah. Ali terpaksa menerima perlantikan ini memandangkan situasi penduduk yang dalam keadaan payah, menghadapi kerumitan besar yang sememangnya memerlukan usaha keras untuk memperbaikinya. 

Pemerintahan sayyidina Ali Bin Abu Talib

Ali bin Abu Talib berpendapat penyerahan kerajaan hendaklah dilakukan sebelum berlaku sesuatu untuk mengembalikan undang-undang dan keamanan. Perkara initidak akan berlaku melainkan dengan menjauhkan golongan pelampau dari Madinah. Sudah tentu dengan perlantikan khalifah baru dan perpaduan rakyat yang dapat diraih semula akan membuatkan puak-puak pelampau menjadi gentar. Pastinya mereka akan keluar dari Madinah. 

Ali telah menghantar wakilnya ke luar negeri seperti Uthman bin Hunaif ke Basrah dan dia adalah dari golongan kenamaan Ansar. Apabila Uthman sampai, Abdullah bin Amir telah pun dihantar ke Mekah. Manakala di Kufah pula Abu Musa al-Asyaari yang pernah menjadigabenor di situ telah dilantik lagi sebagai gabenor bagi menguruskan pentadbiran di wilayah itu. Abu Musa adalah seorang ketua yang disokong oleh golongan pelampau. 

Sepupu Ali iaitu Ubaidullah bin Abbas telah dihantar ke Yaman. Apabila Ubaidullah sampai di sana, Gabenor wilayah itu iaitu Ya’la bin Umaiyah telah pergi menuju ke Mekah. Dengan itu maka jadilah Madnah sebagai pusat pemerintah bagi semua bagi semua wilayah pmpinan Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib kecuali Syam yang masih ditadbir Gabenor lama iaitu Muawiyah bin Abu Sufian. Muawiyah tidak menyatakan taat setianya pada Ali. Amirul Mukminin alitelah mengutuskan wakil kepada Muawiyah supaya menyerahkan bai’at kepadanya tetapi muawiyah lewat memberi jawapan. Sekiranya kelewatan ni adalah sesuatu ijtihad Muawiyah ternyata ternyata ia member kesan negatif terhadap umat keseluruhannya. 

Penutup 
Pembunuhan Ali bin Abi Talib, khalifah Islam yang keempat telah dilakukan oleh salah seorang dari golongan Khawarij. Khawarij sebenarnya ialah askar-askar Ali yang pernah berperang di pihaknya dalam perang Siffin. Apabila tentera-tentera Syam menjulang kitab Al-Quranmeminta supaya penghakiman dibuat, segolongan askar Ali telah bersetuju untuk berhenti berperang. Golongan tulah yang kemudiannya dikenal sebagai golongan Khawarij. Merekalah orang yang mula-mula sekal mahupeperangan dihentikan agar penghakiman dapat dibuat. 

Khalifah Ali bin Abu Talib adalah seorang mukmin yang terlalu kental dengan keimanannya terhadap Allahdan ketentuan-Nya. Beliau tahu bahawa beliau akan dibunuh oleh sahabatnya sendiri tetapibelau tidak mengelak kerana itulah takdir yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. seperti mana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. bahawa beliau akan mati syahid di tangan orang rapatnya sendiri. Beliau lantas menerimanya dengan senang hati dan redha. Pada malam 27 Ramadhan Beliau telah ditetak di leher oleh Abdul Rahman bin Muljan dan terbaring tenat selama 2 hari dan meninggal dunia pada hari ketiga. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com