PENDAHULUAN
PENCIPTAAN NERAKA
Allah Subhanahu wa ta’ala mencipta neraka dan menyediakannya untuk orang – orang kafir dan pelaku dosa – dosa besar pada hari akhirat.
NAMA – NAMA NERAKA
1. Neraka jahanam
Firman allah Subhanahu wa ta’ala; peliharalah dirimu dari api neraka yang disediakan untuk orang - orang kafir. (an - naba; 21)
2. Neraka latha
Firman allah Subhanahu wa ta’ala; sekali – kali tidak dapat sesungguhnya neraka (latha) itu adalah api yang bergelojak, yang mengelupaskan kulit kepala. (al – maarij : 15 – 16)
3. Neraka al – hutamah
Firman allah Subhanahu wa ta’ala; sekali – kali tidak! sesungguhnya dia benar – benar akan dilemparkan ke dalam hutamah. dan tahukah kamu apa hutamah itu? (iaitu api (yang disediakan) allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati. (al – humazah : 4-7)
4. Neraka sair
Firman allah Subhanahu wa ta’ala : segolongan masuk ke syurga dan segolongan masuk ke neraka (sair) (asy – syura : 7)
5. Neraka saqar
Firman allah Subhanahu wa ta’ala : aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) saqar. tahukah kamu apakah (neraka) saqar itu. saqar itu tidak akan meninggalkan dan tidak membiarkan (neraka) saqar itu adalah pembakar kulit. (al – muddaththir : 26 -27)
6. Neraka al – jahim
Firman allah Subhanahu wa ta’ala : dan diperlihatkan dengan jelas neraka jahim kepada orang – orang yang sesat. (asy – syura)
7. Neraka al – hawiyah
Firman allah Subhanahu wa ta’ala : dan adapun orang – orang yang ringan timbangan timbalannnya, maka tempat kembalinya adaalah neraka hawiyah. dan tahukah kamu apakah neraka hawiyah itu? (iaitu) api yang sangat panas. (al – qariah : 8 – 11)
AZAB – AZAB DALAM NERAKA
1. AZAB DALAM BENTUK MAKANAN PENDUDUK NERAKA
Penduduk neraka akan diberi makanan. walaubagaimana pun, makanan meraka tidak akan menyuburkan badan dan tidak juga mengurangkan kepedihan rasa lapar yang amat sangat. Firman allah Subhanahu wa ta’ala : mereka tiada memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. Ayat al – ghashiyah : 6 – 7. Makanan ahli neraka itu ialah buah – buahan dan sepohon pokok yang dipanggil sebagai zaqqum. pokok yang sangat buruk dan pahit ini tumbuh didasar neraka dan mayang – mayangnya berbentuk seperti kepala – kepala syaitan. Firman allah : sesungguhnya pohon zaqqum itu makanan orang yang berdosa. (Ia) sebagai kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya amat panas. Ayat ak- dukhan : 43 – 46. Firman Allah : kerana sesungguhnya pada sisi kami ada belenggu – belenggu yang berat dan neraka yang bernyala -nyala. dan makanan yang menyumbat di kerongkong dan azab yang pedih. Ayat al – muzammil : 12 -13. Rasullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda : penduduk neraka dijadikan lapar sehingga mereka mencari pertolongan. mereka berusaha menghilangkan kelaparan dengan makan dharii (pokok berduri kering) yang sama sekali tidak boleh menjadikan gemuk dan juga tidak boleh menghilangkan rasa lapar. mereka mencari makanan lagi. bagi mengatasi rasa lapar dengan makan makanan yang menyumbat kerongkong.
2. AZAB DALAM BENTUK MINUMAN PENGHUNI NERAKA
Al – quran menerangkan dengan jelas nama – nama empat jenis minuman yang akan diberikan kepada para penduduk neraka, iaitu :
a. Hamim (air yang mendidih)
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas. Ayat al – waqiah 56 : 54.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : dan mereka diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong – motong ususnya. Ayat muhammad 47 : 15.
b. Ghassaq (nanah dan darah yang merembes dari kulit mereka)
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakan (minuman mereka)air yang sangat panas dan air yang sangat dingin. dan azab yang lain yang serupa berbagai macam. Ayat sad : 57 – 58.
c. Sadid (nanah yang cair)
Di hadapannya ada jahanam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumnya air nanah dan hampir dia tidak dapat menelannya dan datang (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati; dan di hadapannya masih ada azab yang berat. Ayat ibrahim : 16 – 17.
d. Air seperti tembaga
Seperti mendapan minyak, bila didekatkan ke wajah maka seluruh kulit kepala dan rambut akan mengelupas.
3. Azab dalam bentuk pakaian penghuni neraka
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka. maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian – pakain dari neraka. disiramkan air yang sedang mendidih ke arah kepala mereka. Ayat al – hajj : 19.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : dan kamu akan melihat orang – orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama – sama dengan belenggu. pakaian mereka adalah dari pelangkin dan muka mereka ditutup oleh api neraka. Ayat ibrahim : 49 – 50.
4. seksa dalam bentuk diseret wajahnya
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : sesungguhnya orang – orang yang berdosa berada dalam kesesatan (di dunia) dan dalam neraka. (ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka. (dikatakan kepada mereka) : rasakanlah sentuhan api neraka. Ayat al – qamar 54 : 47 – 48.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : kelak mereka akan mengetahui, ketika belenggu dan rantai dipasang di lehar mereka, seraya mereka diseret, ke dalam air sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api. Ayat ghafir 40 : 70 – 72.
5. Seksa dalam bentuk terjun dari atas neraka
Ada penghuni neraka yang diseksa dengan cara mendaki ke atas neraka, setelah sampai di atas akan terjun ke bawah, begitulah seterusnya. ada juga yang dipaksa mendaki gunung dalam neraka kemudian jatuh dari atas.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : aku akan membebankan dia dengan pendakian yang menyusahkan. Ayat al – mudaththir 74 : 17. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda : sesiapa yang membunuh diri dengan besi maka besi itu di neraka jahanam akan terus memukul perutnya selama – lamanya. dan sesiapa yang membunuh diri dengan racun maka racun yang berada di tangannya itu menghirupnya sedikit – sedikit di neraka jahanam selama – lamanyASesiapa yang terjun dari gunung untuk membunuh diri maka dia akan terus menerus jatuh (dari atas) dalam neraka jahanam selama – lamanya.
6. azab dalam bentuk mengelilingi neraka
Ada penghuni neraka yang terus mengelilingi di dalam neraka dengan menarik ususnya (yang terkeluar).
Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda : seorang lelaki didatangi, kemudian dilemparkan ke dalam, sedangkan ususnya terkeluar. dia berkeliling seperti keledai berkeliling berpusing pada tiang tambatannya. Pendududuk neraka berkumpul (melihat) nya seraya berkata : wahai si fulan, apa yang telah kamu lakukan? bukankah kamu dulu menyeru kami supaya melakukan yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar? dia menjawab : benar, dulu aku menyuruh kamu kepada yang ma’ruf tetapi aku sendiri tidak melakukannya, aku menghalang kamu dari yang mungkar, tetapi aku sendiri tidak menjauhinya.
7. seksa dalam bentuk dihimpit di antara dua bidang
Ada penduduk neraka yang dilemparkan ke dalam ruangan yang sempit, sehingga tidak mungkin bergerak.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit di neraka itu dengan dibelenggu, mereka di sana mengharapkan kebinasaan. Ayat al – furqan 25 : 13.
Sesungguhnya di dalam neraka jahanam ada beberapa dapur api yang sangat sempit. ukurannya seperti mata tombak salah seorang kamu yang akan dihimpitkan kepada mereka menurut kadar amal yang telah dilakukan.
8. Azab dalam bentuk tujuh puluh penyakit
Penghuni neraka akan ditimpa penyakit – penyakit baru. Semua penyakit ini belum pernah menyerang mereka sebelum itu. Telah diriwayatkan dari syafiy bin mati’ bahawa dalam neraka jahanam ada kira – kira tujuh puluh wabak penyakit. Setiap penyakit mempunyai pelbagai jenis seksaan tersendiri. al – masy berkata dari mujahid : allah Subhanahu wa ta’ala akan menyebarkan penyakit kusta kepada penghuni neraka. mereka akan berasa gatal dan menggaru kulit hingga mengelupas dan kelihatan tulangnya.
9. Azab yang tiada henti
Azab yang ditimpakan kepada penghuni neraka tidak pernah terhenti walau seketika, tidak juga akan diringankan bahkan berterusan selama - lamanya.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : sesungguhnya orang – orang yang berdosa kekal di dalam azab neraka jahanam. tidak diringankan azab itu dari mereka dan mereka di dalamnya berputus asa. Ayat al – zukhruf 43 : 74 – 75.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : kelak mereka akan mengetahui, ketika belenggu dan rantai dipasang dileher mereka, seraya mereka diseret, ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api. Ayat ghafir 40 : 70 – 72.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya. kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala – nyala. Ayat al – haqqah 69 : 30 -31.
Diseret wajahnya di dalam api sehingga daging, tulang dan otaknya bertaburan. setiap kulit dan tulang mengelupas sehingga kedua – dua tumitnya tersisa daging sedikit. Dia akan diberi kulit yang baru dan akan dimasukkan semula ke dalam air yang sangat panas.
10. Azab dalam bentuk ular dan kala jengking neraka jahanam.
Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda : sesungguhnya di dalam neraka ada ular – ular seperti bukhati (unta yang panjang lehernya). Salah seekor akan menyengat hingga bekasnya didapati pada jarak empat puluh tahun. dan sesungguhnya di dalam neraka juga ada kalajengking seperti keledai yang di atasnya ada pelanASalah seekor akan menyengat dan pengaruh sengatannnya akan dapat dirasakan pada jarak empat puluh tahun.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : kami tambahkan kepada mereka siksaan di atas siksaan disebabkan mereka selalu membuat kerosakan. Ayat al – nahl 88.
11. Azab dalam bentuk cambuk besi
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : dan untuk mereka cambuk – cambuk dari besi. setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. Ayat al – hajj 21: 22.
Juwaibir berkata dari al – dhahlak mengenai Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : dan untuk mereka cambuk – cambuk dari besi bermaksud tukul besi.
Rasulullah Subhanahu wa ta’ala bersabda : sekiranya alat pemukul besi milik neraka diletakkan di permukaan bumi, kemudian semua manusia dan jin berkumpul, pasti mereka semua tidak akan mampu mengangkatnya dari muka bumi. Diriwayatkan oleh imam ahmad dengan sanad ini, dari rasulullah Subhanahu wa ta’ala dengan keterangan berikut : sekiranya pemukul besi neraka dipukulkan, pastilah mereka akan remuk, akan tetapi segera dikembalikan seperti sediakala.
12. Azab dalam bentuk dikepung api jahanam
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : sesungguhnya kami telah menyediakan neraka bagi orang – orng yang zalim, gelojaknya mengepung mereka. Ayat al – kafhi 18:29.
Zujaj berkata : maksud kalimat al – suradiq adalah sesuatu yang mengepung atau mengelilingi sesuatu yang lain, contohnya pagar. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda : suradiq neraka terdiri dari empat lapis tembok. ketebalan setiap tembok seperti perjalanan selama empat puluh tahun.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. itulah minuman yang paling buruk dan tempat berehat yang paling buruk. Ayat al – kahfi 18 : 29.
Di atas setiap pintu dari pintu – pintu neraka ada 70000 suradiq (pagar dari api) dari neraka. Di setiap suradiq ada 70000 kubah dari neraka. disetiap kubah ada 70000 lubang dinding. Di setiap lubang dinding ada 70000 batu hitam yang besar. Di setiap batu hitam yang besar ada 70000 batu dari api. Di atas batu dari api ada 70000 kalajengking yang dicipta dari api. Dan setiap ekornya ada 70000 tulang punggung dari neraka. Di setiap tulang punggung ada 70000 racun.
Penutup
Neraka adalah tempat pembalasan Allah Subhanahu wa ta’ala kepada manusia yang ingkar kepada perintah – nya dan sentiasa melakukan larangan – nya di hari akhirat nanti. Di neraka mempunyai berbagai macam bentuk azab yang menyeksakan dan mempedihkan.
Justeru itu, kita haruslah menambahkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yang telah menciptakan kita dan sekelian alam. kita haruslah mematuhi segala perintah – nya dan meninggalkan segala larangan – nya. Kita juga haruslah beriman kepada nabi muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam kerana baginda telah dipilih oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk membimbing kita.
Sesungguhnya, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com