Tajuk: Islam Adalah Hubungan Manusia Dengan Alam

PENDAHULUAN:
Antara bukti pertama kewujudan Allah Subhanahu wa ta’ala adalah terciptanya alam semester dan manusiASeperti yang kita lihat disekeliling kita terdapat pelbagai jenis kehidupan seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan di angkasa lepas terdapat pelbagai planet seperti merkuri, marikh dan lain-lain. Tetapi sekarang ramai pakar ilmu sains seperti Edwar Lozekiel menyatakan bahawa alam dicipta dengan sendiri dan manusia pula dinyatakan bahawa berasal dari monyet. Persoalannya, mampukah alam dan manusia boleh tercipta dengan sendirinya ? mampukah kewujudan alam terjadi secara kebetulan ? mampukah alam semester ini kejadiannya telah abadi, bermaksud tiada pemeliharanya dari permulaan kewujudannya ? Jawapannya ialah mustahil alam dan kehidupan tercipta dengan sendirinya. Manusia telah mendiami bumi sejak beratusan ribu tahun yang lalu. Sir Athur Kcith menghitung umur manusia antara 800 000 hingga 900 000 tahun. Dapat dibayangkan kalau usia manusia sudah sekian tahun umurnya mendiami bumi maka bererti usia bumi jauh lebih tua dari umur manusia. Kerana sejak pertama kali manusia diciptakan ketika cuma berupa roh dan belum berjasmani Allah menyoal “ Tidakkah aku ini Tuhanmu ?, Mereka menjawab : Ya benar engkau Tuhanku”. Ini menunjukkan bahawa manusia telah mengikat baiat dengan Penciptanya. Ayat ini juga menunjukkan bahawa sejak sedini mungkin Tuhan telah mendidik dan meletakkan dalam diri manusia deria ketuhanan. Maka kalau ada manusia tidak bertuhan, dia sebenarnya telah mengingkari suara hatinya sendiri dan menipu kemanusiaannya sendiri.

HURAIAN
1. Manusia
A. Jasad
- Manusia terdiri dari jasad dan roh. Jasad adalah lembaga roh dan roh adalah hakikat manusia, kerana hanya dengan roh, manusia dapat mengetahui segala sesuatu.
B. Roh
 i. Pengertian dan Hakikat Roh.
 - Roh yang dimaksudkan oleh Syeikh Nuruddin sebagai hakikat manusia adalah sama pengertiannya dengan nafsnathiqah (jiwa berfikir) yang terdapat dalam filsafat Islam. Ia dengan tegas membedakan roh dengan jasad kerana roh berasal dari alam arwah dan memerintah serta mempergunakan jasad sebagai alatnyASedangkan jasad berasal dari alam khalk (alam ciptaan) yang dijadikan dari anasir materi. Para failasuf Islam pada umumnya sangat dipengaruhi oleh Aristoteles dalam upaya mereka membuat pengertian atau definisi jiwa. Malah definisi Aristoteles itu dijadikan sebagai milik mereka dengan mengadakan sedikit perubahan yang diperlukan. Menurut Aristoteles, manusia, seperti halnya makhluk-makhluk lain di ala mini, terdiri dari dua unsur yang tidak dapat dipisahkan: materi dan forma. Jasad adalah materinya, sedangkan jiwa adalah formanya. Kedua-duanya merupakan suatu kesatuan essensial yang membentuk manusia, dan kerana itu jiwa tidak mungkin dapat berpisah dengan jasad dan demikian pula sebaliknya. Aristoteles mengatakan bahawa jiwa itu adalah “kesempurnaan pertamabagi benda alami yang organis lagi mempunyai hidup yang berpotensi”. Bahawa jiwa itu adalah “kesempurnaan pertama”, kerana wujud jiwa merupakan kehormatan dan kesempurnaan bagi jasad yang memang tidak dapat berfungsi sama sekali tanpa adanya jiwa. Ada pun yang dimaksud dengan “mempunyai hidup yang berpotensi” kerana jiwa itu bukanlah iauhar hakiki yang terdiri sendiri pada insan dan yang turun dari alam ide lalu bertempat dalam jasad serta membuatnya hidup seperti yang dikatakan oleh Plato. Akan tetapi jiwa itu berwatak substansial dalam jasad dan ia berada dalam keadaan potensial. Jiwa tidak membuat jasad hidup, kecuali sekadar membuat hidup itu muncul dari keadaannya yang potensial menjadi actual. Oleh kerana manusia terdiri dari dua unsure yang bersatu secara essential, maka jiwa itu akan fana dengan sebab fana atau rosaknya jasad, seperti halnya forma akan hancur dengan sebab hancurnya materi. Namun, Aristoteles mengecualikan nafs nathiqah dari kehancurannya kerana terkandung dalam dirinya unsure llahi, yakni akal. Aristiteles menyatakan bahawa tidak dapat orang mengatakan bahawa akal ini (nafs nathiqah) terkadang berfikir dan kadang-kadang tidak. Tatkala ia berpisah ( dengan badan), maka ia akanmenjadi lain dari keadaannya yang semula... ia saja yang tidak mati, yakni kekal... sedangkan akal munfa’il (akal pasif) akan mengalami kehancuran.

ii. Asal Usul Jiwa
 -Sesungguhnya ada suatu kaitan yang erat antara asal usul jiwa dengan kekadiman dan kebaharuannyASetiap pendirian yang dikemukakan tentang hal yang pertama akan menentukan secara langsung corak pendirian terhadap hal yang kedua. Oleh kerana tidak ada suatu petunjuk yang pasti dan jelas dalam al-Quran tentang masalah ini, maka timbullah beberapa pendapat yang berbeda dalam kalangan umat Islam. Ada yang cenderong kepada Plato dan ada juga yang cenderong kepada Aristoteles, di samping tentunya ada juga yang menahan diri, tidak member sesuatu pendapat, dengan alasan bahawa jiwa adalah suatu rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun selain-Nya berdasarkan ayat al-Quran yang menyatakan bahawa roh itu termasuk urusan Allah. Dalam kalangan failasuf Yunani, maka Platolah yang mengatakan bahawa jiwa manusia telah hidup sebelumnya di alam ide sebelum turun masuk ke dalam jasad. Pada waktu itu, ia telah mempunyai pengetahuan atau makrifah tentang hakikat sesuatu. Akan tetapi, kerana sesuatu sebab ia telah tidak mampu ikut serta bersama jiwa-jiwa bintang di alam ide, sehingga ia turun ke dalam badan sebagai hukuman atas kelemahannya itu. Selama dalam badan, ia telah lupa akan apa yang terdahulu telah dapat diketahuinya di alam ide. Akan tetapi hal-hal tersebut dapat diketahui kembali dengan mengingati atau bertakafur. Jika bercerai dengan badan (kematian), jiwa yang telah bersih dari dosa akan kembali kea lam ide, sedangkan yang belum akan berinkarnasi dalam berbagai badan di bumi ini. Kerana itu Plato mengatakan bahawa jiwa manusia itu kadim. Abu Bakar al-Razi adalah antara orang yang terpengaruh dengan Plato. Ia memberikan sejumjah dalil tentang kekadiman jiwa itu, antara lain sebagai berikut:
a. Jika jiwa manusia itu tidak kadim, yakni baharu, maka tentunya ia tidak kekal, kerana sesuatu yang baharu pasti hancur. Akan hal jiwa itu tidak kekal adalah tidak benar. Jadi tidak benar pula mengatakan jiwa itu baharu. Terhadap dalil ini, orang menolaknya dengan alasan bahawa jiwa itu kekal atau abadi dari segi dzatnya yang mujarrad, bukan kerana ia kadim, ia tidak kadim dari segi berpisah dengan badan (kematian).
b. Ayat-ayat al-Quran menyatakan bahawan roh itu dari amar (perintah urusan) Allah (quli’l-ruh min amr rabbi, Qur an, 17:85), dan amr Allah adalah kadim seperti kalam-Nya (al-Quran).
c. Roh itu kadim kerana berasal dari roh Allah yang kadim.


iii. Hubungan Roh Dengan Jasad
 -Kesulitan hubungan jasad dengan roh telah cuba diselesaikan oleh Imam al-Ghazali dengan membedakan jiwa dalam dua erti : erti material (roh hewani) dan erti immaterial (rohani). Dalam erti pertama, jiwa itu adalah adatu ‘jasad (organ jasad) yang bekerja padanya sebagai perantara, baik pada waktu sedang kerja daya pengerak (quwwah muharrikah) ataupun daya mengetahui (quwwah mudrikah). Sebagaimana dorongan-dorongan (al-bawa ‘its) hanya muncul lewat jiwa ini, begitu pula ia melakukan peranannya yang serupa pada waktu pengamatan inderawi (al-indraku ‘l-hissi). Sedangkan dalam erti kedua ialah nafs nathiqah (jiwa insani) dengan dua dayanya: nazhari dan amali.

iv. Keabadian Roh
 -Yanag dimaksudkan dengan keabadian disini ialah roh itu kekal setelah berpisah dengan jasad disebabkan kematian. Dalam masalah ini, terdapat dua pendapat yang berbeza dalam fisafat. Orang yang mengatakan bahawa itu adalah forma yang secara essensial melekat pada jisim, menolak keabadian jiwa, kerana sifat forma harus fana dengan sebab fanaya materi. Sedangkan orang-orang yang mengatakan bahawa jiwa itu jauhar-rohani yang berbeza secara essensial dengan jisim mengakui keabadian dan kekekalannya setelah jisim itu fana.

C. Insan Kamil
 - Yang dimaksudkan dengan insan kamil dalam tasawwuf Islam pada umumnya dan dalam konsepsi Syeikh Nuruddin pada khususnya adalah manusia adalah manusia yang telah memiliki dalam dirinya hakikat Muhammad, atau juga disebut nur Muhammad atau roh Muhammad, yang merupakan makhluk yang mulanya dijadikan Allah, dan juga sebagai sebab bagi dijadikan alam ini. Untuk keperluan itu, dibuatlah berbagai Hadits palsu sebagai dalil kebenaran ajaran tersebut yang seolah-olah berasal dari Nabi, sehingga dapat diterima dengan wajar sebagai bahagian dari ajaran Islam lainnya. Antara kata-kata Nuruddin:
i. “Pertama-tama dijadikan Allah Ta’ala itu cahayaku, dan pada riwayat lain, rohku”.
ii. ”Adalah aku Nabi, dan Adam antara air dan tanah”.
iii. ”Aku dari Allah dan alam dariku”.
iv. ”Jikalau tiada engkau, ya Muhammad, nescaya tiada kujadikan segala ala mini. ”
Hadits-hadits tersebut jelas menyatakan bahawa Nabi Muhammad atau nur Muhammad telah dijadikan sebelum alam ini, sebelum adanya dalam bentuk seorang Nabi insani. Nur tersebut kadim lagi azali. Nur Muhammad inilah yang selalu berpindah dari generasi ke generasi berikutnya dalam berbagai bentuk anbiya: Adam, Nuh, Ibrahim. Musa dan lain-lain, kemudian dalam bentuk Nabi Penutup, Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Seterusnya ia berpindah kepada para Imam Mahdi. Dalam kalangan para sufi, nur tersebut berpindah kepada para aulia dan berakhir pada wali penutup (khatam auliya), yakni Nabi Isa yang turun pada akhir zaman. Kesimpulanya, umat Islam menjadi terbelakang dan menduduki martabat yang terendah dalam pergaulan hidup, sedangkan Allah, dalam suatu firmannya dalam al-Quran. Telah mengangkatnya sebagai khalifah-Nya, bukan untuk belajar dan mengajar ilmu rahsia, tetapi untuk mengurus bumi ini.

2. Hubungan Antara Manusia Dan Alam
 -Alam tempat kita hidup telah mencapai kekukuhan dan kerapian sampai pada derejat yang mustahil terjadi dengan kebetulan. Ia penuh dengan kekaguman dan hal yang rapi yang menghajatkan pada pengatur dan tidak mungkin dinisbahkan padakekuatan buta. Hal itu dapat menambah perkenalan kita dengan Allah dan iman kita kepada wujudNya. Di antara keserasian yang luar biasa di dalam ala mini ialah apa yang kita saksikan berupa hubungan-hubungan yang saling bersesuaian secara terpaksa antara sesuatu. Allah telah memerintah kita supaya memelihara dan memulihara keindahan alam sekitar. Allah menyatakan larangan ini dalam surah ar-Rum ayat 41:

41. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

 Terdapat berbagai-bagai bukti kewujudan Allah dan di dalam contohnya kita boleh memperlihat kebijaksanaan dan aturanNya. Keharmonian dan perimbangannya diciptakan Allah di permukaan alam ini, membuktikan adanya ketelitian yang amat halus. Usaha apapun untuk memasukkan sesuatu di dalamnya seringkali menimbulkan bahaya yang serius. Dari itu hendaklah manusia selalu berhati-hati sebelum mengajukan usaha apapun demi menjaga kelestarian perimbangan alam. Sebab kecergasan manusia terlalu kecil untuk mengetahui dan menguasai kebijaksaan Pencipta.

3. Kejadian Alam Terjadi Secara Kebetulan Atau Disengajakan
 -Banyak dikatakan bahawa alam materialis tidak menghajatkan pada Pencipta. Akan tetapi jika kita telah menerima bahawa alam ada, bagaimana kita menafsirkan wujud dan kejadiannya ?. Ada 4 kemungkinan bayangan untuk menjawab pertanyaan itu: Ala mini terjadi dari kosong dan hayal, hal ini bertentangan dengan ketentuan yang kita terima dari sekitar wujudnya, atau alam ini terjadi dan tumbuh dari dirinya dari tiada. Atau alam ini abadi tidak berpemulaan dalam kejadiannya, atau terjadi dengan diciptakan. Keserasian bumi bagi kehidupan bentuknya kompleks, yang tidak mungkin ditafsirkan di atas dasar kebetulan. Bumi adalah bundaran melayang tergantung di dalam udara berputar mengelilingi dirinya, sehingga terjadilah pergantian malam dan siang, ia beredar di sekitar matahari sekali dalam setahun, sehingga terjadilah pengantian musim yang putarannya menyebabkan bertambah baik pada sebahagian tempat tinggal yang terbentang luas di bumi. Bumi diliputi atmosfera sebangsa gas yang diperlukan bagi kehidupan, membentang diseputar bumi dengan ketinggian kurang lebih dari 500 mil. Lapisan udara yang tebal mencapai 500 mil berubah tanpa disentuh jutaan meteor yang lemparannya dapat membunuh kita, juga dapat menghancurkan kita kerana kelajuannya dapat mencapai 30 mil per saat. Udara panas menyebabkan terjadinya wap air dari permukaan sampai ke batas yang jauh dalam bulatan bola bumi, sehingga memungkinkan turunnya hujan yang dapat menghidupkan bumi dan hujan adalah sumber air tawar. Tanpa air bumi pasti menjadi padang pasir gundul yang gersang dari bekas-bekas kehidupan. Dari sini kita mengetahui bahawa udara dan segala yang ada meliputi permukaan bumi memberikan kesegaran yang serasi dalam fisik. Oleh kerana itu bumi adalah tempat menyediakan bentuk yang terbaik bagi kehidupan. Dan tidak dapat diragukan lagi bahawa itu semua berkat kemurahan Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Dan tidak masuk akal jika semua itu terjadi secara kebetulan atau sebarangan. Maka terjadilah kebenaran apa yang telah difirmankan Allah:

45. dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: kehidupan dunia ini samalah seperti air Yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Hanya Allah satu-satunya yang dapat mengetahui kesempurnaan kebijaksanaanNya bahawa penciptaan kehidupan di bumi dan unsur-unsur di atas bumi ini.

4. Fenomena-fenomena Alam Semesta Adalah Indikator Terhadap Kekuasaan Allah Dengan Asmanya Yang Terpuji
 -Tiap-tiap yang tampakdari berbagai fenomena alam semesta menunjukkan terhadap nama Allah yang Maha Mulia, Maha Perkasa. Nama-nama inilah yang memberikan indikasi therhadap fenomena-fenomena yang dapat menghubungkan kita kepada sifat-sifat Allah Ta’alASifat-sifat Allah banyak, diantaranya adalah apa-apa yang menunjukkan kepada kita adanya ketepatan-ketepatan-Nya yang integral, yakni sifat-sifat yang berkaitan dengan pendengaran. Sebahagian lainnya ialah sesuatu yang memberikan kepastian kepada kita tentang fenomena alam semesta dan nas-nasNya, yakni sifat-sifat aksi. Sifat-sifat aksi atau aktivitas ini antaranya oleh ulama dinamakan sebagai ada kaitan dengan aspek-aspek batin (nafsiah, ertinya keimanan manusia kepada sifat ini diperlukan keteguhan jiwa dan batinnya), yakni sifat wujud. Lalu lima di antaranya para ulama menamakannya dengan sifat-sifat negatif salabiah, yakni sifat-sifat: kidam(telah ada sejak mula), baqa’ abadi, wahdaniah (keesaan), al-qiyamu bin-nafs (berdiri sendiri, tanpa menghajatkan bantuan pihak lain), dan al-mukhalafatu lil-hawadits (berbeda dengan makhluk). Sedangkan tujuh sifat lainnya, oleh para ulama dinamakan sebagai sifat-sifat ma’ani atau sifat-sifat wujudiah, yakni kemahalusan ilmu al-‘ilm, kehendak, perencanaan iradah, kemahakuasaan al-qudrah, hidup al-hayat, mendengar as-sama’, melihat al-bashar, dan berbicara al-kalam. Allah Ta’ala bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna, gagah perkasa dan indah, Dia tidak diberi nama (lain) kecuali sesuai dengan nama-nama yagn dinamakan olehNya sendiri. Dari semua nama inilah kita sampai kepada nama-nama al-asma’ al-husna, yang sebahagian lainnya adalah sifat ma’ani, sifat negative salabiah, dan al-jamal atau sempurna al-kamal. Semua itu menunjukkan atas kenyataan atau fenomena-fenomena, baik dalam bentuk langsung mahupun dengan bentuk tidak langsung (implicit, batini). Sebagaimana alam semesta, makhluk-makhluk yang lain pun adalah sebahagian dari tanda-tanda wujud Allah. Firman Allah Ta’ala:

50. maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, Bagaimana ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman Yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah Yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang Yang telah mati. dan (ingatlah) ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Dan bekas-bekas Allah menunjukkan atas asma-Nya, dan asma-Nya memberikan petunjuk kepada kita tentang sifat-sifat-Nya; dan sifat-sifat-Nya memberikan indikasi kepada kita tentang ada Zat-Nya.

8. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama Yang baik.

110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia". dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah Engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara Yang sederhana antara itu.

180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.

Tidak ada satu pun nama dari nama-nama yang terbaik ini (al-asma’ al-Husna) yang ada dalam Al-Quran dan Sunnah, kecuali menjadi bukti yang menunjukkan kekuasaan-Nya dalam kejadian dan penciptaan alam semesta; atau yang secara rasional dapat dianalisa dalam kaitan dengan sifat-sifat yang tercakup dalam al-Asma’ al-Husna tersebut. Al-Asma’ al-Husna adalah milik Allah, yang ada di dalam al-Quran dan Sunnah jumlahnya adalah banyak. Selain ini maka bukanlah semua nama Allah.

3. Dia lah Yang awal dan Yang Akhir; dan Yang zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

88. dan janganlah Engkau menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah. tiada Tuhan melainkan dia. tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah. bagiNyalah Kuasa memutuskan Segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).

Pendapat Tentang Spesifik Asma’ al-Husna
-Berkata Ustaz Hasan Al-Banna, “Sebahagian orang menyebutkan bahawa bagi setiap nama Allah Ta’ala itu terdapat kekhususan, cirri tertentu, dan rahsia-rahsia, yang berhubungan dengannya atas pembicaraan panjang atau pendek. Dan terkadang sebahagian secara samar berusaha untuk memecahkan hal ini, sampai kepada dugaan bahawa bagi setiap nama itu terdapat unsure pengkhidmatan rohani; memberikan khidmat secara kontinu terhadap penzikirnya. Demikianlah, yang mengajarkannya tentang hal ini – dan di atas orang yang berilmu itu, ada yang lebih banyak ilmunya bahawa nama-nama Allah itu adalah lafaz-lafaz yang mulia. Nama-nama itu memiliki kelebihan atas semua perkataan; di dalamnya terdapat keberkatan. Menyebut nama-nama itu mendapat pahala besar. Dan sesungguhnya manusia itu, jika selalu menyebut nama Allah Ta’ala secara teratur, nescaya bersihlah jiwanya, jernih dan sucilah rohnya; tentu saja jika penyebutan itu dengan menghadirkan dan kemantapan hati serta memahami pengertiannya. Adapun apa yang lebih atas itu, maka tidaklah dikehendaki oleh Al-Quran dan Sunnah. Dan kami telah melarang tentang hal-hal yang melewati batas pada agama Allah, dan menambah-nambah padanya. cukuplah bagi kita melaksanakanapa yang telah diperintahkan dan ada dalam ketentuan.

Penutup
Kesimpulannya, Allah Ta’ ala adalah pencipta bagi segala yang ada di sekeliling kita sama ada benda hidup mahupun bukan. Seperti yang difirmankan:

11. Dia lah Yang menciptakan langit dan bumi; ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); Dengan jalan Yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Sebagai umat Islam dan hampa Allah Subhanahu wa ta’ala, Kita hendaklah sentiasa menanam sifat bersyukur dengan segala pemberian-Nya kepada kita kerana segala kebendaan di dunia ini hanyalah sementara dan segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah daripada ketentuan-Nya seperti yang difirmankan dan surah Faathir ayat 41:

41. Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan Yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun Yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya ia Maha penyabar, lagi Maha Pengampun.

Allah. Allah Maha Besar. Segala pujian hanya pada-Nya kerana tiada tuhan selain-Nya dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan-Nya. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah kerana Allah menjaga ciptaan-Nya secara berterusan. Ini terbukti dalam surah al-Baqarah ayat 255:

255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

Dan ketaatan serta keimanan kita hendaklah kepada-Nya sahaja kerana Allah Maha Esa semua umat Islam hendaklah takut dalam patuh akan segala perintah serta menjauhi segala larangan-NyASurah an-Nahl ayat 51 hingga 53:

51. dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana Sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan Yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
52. dan bagiNyalah (hak milik) Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan kepadanya sahaja tertentu Ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (Sesudah kamu mengetahui Yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada Yang lain dari Allah.
53. dan apa-apa nikmat Yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; Kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.

Dengan segala apa yang ada di muka bumi dan alam semesta, kita boleh melihat kekuasaan Allah Ta’ala seperti yang difirmannya surah Fussilat ayat 41 hingga 53:

41. Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa Yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, Demi Sesungguhnya sebuah Kitab suci Yang tidak dapat ditandingi,
42. Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
43. apa Yang dikatakan kepadamu (Wahai Muhammad, dari celaan-celaan golongan Yang ingkar, tidak lain) hanyalah seperti Yang pernah dikatakan kepada Rasul-rasul Yang terdahuhu daripadamu. (oleh itu Bersabarlah Dengan cekal hati menghadapinya), Sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunannya (kepada orang-orang Yang taat), dan berkuasa penuh menimpakan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya (kepada orang-orang Yang ingkar).
44. dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".
45. dan (janganlah Engkau merasa kecewa Wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu, kerana) Demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa Yang tertentu), tentulah dijatuhkan hukuman azab Dengan serta merta kepada mereka. dan Sesungguhnya mereka (kaummu) masih menaruh syak Yang meragukan tentang (kebenaran Al-Quran) itu.
46. sesiapa Yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.
47. kepada (ilmu pengetahuan) Allah jua lah kembalinya soal mengetahui masa datangnya hari kiamat; dan (Demikianlah tiap-tiap apa Yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya, dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan Yang betul tepat) Dengan pengetahuan Allah. dan pada hari Tuhan menyeru mereka (yang musyrik, Dengan bertanya kepada mereka): "Mana Dia makhluk-makhluk Yang kamu sifatkan menjadi sekutu-sekutuKu?" mereka menjawab: "Kami mengakui kepadamu (Wahai Tuhan kami), Bahawa tidak ada di antara Kami seorang pun Yang mahu menjadi saksi (kerana anggapan Kami dahulu telah nyata salahnya)!"
48. dan (pada saat itu) hilang lenyaplah dari mereka apa Yang mereka sembah dahulu (yang diharapkan pertolonganNya), dan yakinlah mereka Bahawa tidak ada sebarang jalan untuk mereka melepaskan diri (dari azab seksa).
49. manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang Yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).
50. dan Demi sesungguhnya! jika Kami beri Dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan Aku tidak fikir Bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah Aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu Aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" maka Demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang Yang kufur ingkar itu akan keburukan apa Yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa Yang seberat-beratnya.
51. dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah Dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu Dengan panjang lebar.
52. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah kemudian kamu mengingkarinya? siapakah Yang lebih sesat daripada orang Yang tetap berada Dalam perbalahan dan pertentangan, Yang menyimpang jauh dari kebenaran?"
53. Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com