Tajuk: Gejala Kerosakan Aqidah

Maksud Aqidah
Perkataan akidah di dalam bahasa Melayu merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab. Di dalam bahasa Arab, perkataan akidah adalah kata terbitan daripada ‘aqada yang membawa maksud ikatan dan simpulan tali yang kuat. 

Akidah dari sudut istilah ialah perkara-perkara yang dibenarkan oleh jiwa, melahirkan ketenangan di dalam hati tanpa ada rasa syak dan ragu) Akidah juga dita'rifkan sebagai kepercayaan yang pasti dan muktamad, tidak bercampur dengan sebarang syak atau ragu di dalam hati seseorang. Berdasarkan ta'rifan ini dapat disimpulkan bahawa akidah ialah satu keyakinan terhadap sesuatu perkara yang dipegang dengan kuat tanpa keraguan. )
Daripada definisi-definisi ini juga didapati bahawa akidah tidak semestinya sesuatu yang benar. Akidah merangkumi kepercayaan dan pegangan terhadap sesuatu perkara sama ada perkara itu benar ataupun salah. Akidah yang benar adalah kepercayaan dan pegangan yang dibawa oleh semua rasul bermula daripada Nabi Adam AS sehinggalah nabi terakhir Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam yang membawa ajaran Islam. Ini kerana semua perkara yang dibawa mereka adalah merupakan wahyu daripada Allah Taala jauh daripada sebarang penyelewengan dan penambahan akal fikiran manusia yang lemah. 
Sebenarnya semua ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi adalah satu. Dasar akidahnya ialah mengesakan Allah dengan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Yang membezakan antara ajaran-ajaran semua utusan Allah ini ialah dari segi syariatnya sahaja. 

Akidah yang benar hanya terdapat di dalam Islam. Ini kerana dengan pengutusan Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai rasul terakhir maka terbatal semua ajaran langit sebelum ini. Islam yang ajarannya terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan suatu cara hidup yang dijanjikan Allah ketulenannya berkekalan sehingga hari akhirat Allah Taala berfirman;  Terjemahan: “Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. ” (Surah al Hijr : 9). 

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan serta keimanan terhadap Allah dan Rasulnya serta apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan dilaksanakan dalam kehidupan. Akidah Islam merangkumi keyakinan terhadap Allah sebagai Rabb dan Ilah serta beriman dengan nama-nama dan sifat-sifatNya, beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan ketetapan Allah Taala sama ada yang buruk ataupun yang baik. 

Di dalam membincangkan persoalan akidah terdapat beberapa istilah yang selalu digunakan dan tidak dapat dipisahkan. Perkataan-perkataan itu ialah iman dan tauhid. 

Apakah yang dimaksudkan dengan iman dan tauhid?Dan apakah hubungan dua perkataan ini dengan akidah?

Sebenarnya tidak ada percanggahan di antara akidah, iman dan tauhid. Akidah adalah merupakan suatu pegangan dan di dalam sesuatu pegangan itu ada komponen-komponennya yang merupakan kepercayaan-kepercayaan tertentu iaitu keimanan. 

Akidah Islam merupakan pegangan ummat Islam dan komponen-komponennya ialah keimanan kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat dan Qadha' dan Qadar Allah. Manakala tauhid pula ialah proses mengesakan Allah Taala daripada sebarang sekutu. Proses tauhid hanya dikhususkan kepada keimanan kita terhadap Allah Taala sahaja melalui keyakinan kita bahawa Allah adalah pencipta, tempat disembah dan memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang tinggi dan indah. 

PERANAN AQIDAH
Aqidah menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh mencemarkan kesucian pegangan aqidah tauhid. Aqidah tauhid yang dimaksudkan di sini ialah mentauhidkan serta mengesahkan Allah Subhanahu wa ta’ala. Ia menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam, mengimani Tuhan yang Maha-Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara, mentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak di sembah dan tidak boleh mengingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia yang patut ditaati. 

Sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud
"Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiadaTuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan(ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya. "
(Surah al-An-Am:102)

`PERKARA YANG MEROSAKKAN AQIDAH
Seseorang itu dianggap terkeluar daripada iman dan Islam apabila dia beriktikad, berkata – kata atau melakukan perbuatan yang membatalkan ikrar da tasdiq dua kaliamah syahadah dan diwajibkan kepada kerajaaan Islam melaksanakan hukum murtad (huhud) ke atasnyASecara umumnya, terdapat tiga faktor atau perkara utam ayang membatalkan akidahq umat Islam melalui percakapan atau perkataan, perbuatan dan iktikad. 

Melalui iktikad (Hati):-
Sekiranya seseorang muslim, beriktikad dalam hatinya walaupun tanpa mengeluarkan kata-kata mahupun ditunjukkan dengan perbuatan bahawa dia meragui Islam dan ajarannya atau sebahagian atau keseluruhan ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah; maka terbatallah imannya. Antara perkara yang merosakkan aqidah melalui iktikad (Hati) ialah meyakini alam ini terjadi dengan sendiri dan ragu-ragu dengan rukun iman, rukun Islam dan syariat Islam. Di samping tu, berniat keluar daripada Islam dan beriktikad bahawa pencipta alamini sama seperti makhluk lain. Mehon pertolongan atau perlindungan kepada sesuatu secara mengenepikan Allah atau melupakanbya sama sekali. Selain itu, redha dengan kufur atau tidak mengkafirkan yang kafir. 

Melalui Perbuatan :-
Apa sahaja amalan yang dilakukan dengan perbuatan dan tngkahlaku yang berlawanan dengan kehendak aqidah Islam akan membatalkan aqidah seseorang muslin. Contohnya, melakuakn ibadat orang bukan Islam, meniru cara beribadah selain daripada Islam, memakai pakaian yang melambangkan kepercayaan agama lain dan seumpamanya. Menyertai upacara agama lain seperti upacara penyembahan berhala dan penyucian dosa dan menyembah selain Allah Subhanahu wa ta’ala seperti pokok dan syaitan antara perkara yang membatalkan aqidah melalui perbuatan. Selain itu, memakai lambang mana-mana agama seperti salib dan tatu dan menghina Al-Quran seperti mengoyak, memijak atau mencampak juga perkata yang membatalkan aqidah seseorang umat Islam. Justeru itu, sujud kepada selain daripada Allah Subhanahu wa ta’ala seperti sujud kepada manusia dan batu salah satu daripadanya. Lebih menghinakan ialah apabila mereka membuang atau mencampak kitab Al –Quran di tempat-tempat najis dengan tujuan untuk merendah atau menghina. Mengingkari mana-mana perintah wajib dalam Islam seperti solat, zakat, puasa, dan sebagainya. 

Melalui Perkataan:- 
Sekiranya seseorang manusia mengucapkan kata-kata yang bertentangan dan berlawanan dengan konsep aqidah Islam, sebagai contohnya mengungkapkan kata “ajaran Islam tidak sesuai dengan peredaran zaman” atau seumpamanya maka terbatal iman seseorang muslim. Antara perkara yang boleh membatalkan aqidah seseorang ialah dengan menghina Islam seperti mencela Allah dan Al-Quran. Selain itu, mengubah hukum seperti kewajipan solat dan menutup aurat. Di samping tu, bersumpah dengan selain nama Allah atau mengubah ayat Al-Quran atau hadis. Menyanyi lagu yang bertentangan dengan Aqidah juga antara perkara yang boleh membatalkan aqidah. 

Disamping itu, sistem pendidikan yang tidak memberi kesan kepada jiwa apabila unsur sekularisme telah diterapkan dalam pendidikan kini dan pendidikan berunsur ilmu logik dan bukan lagi terdapat penghayatan ilmu dalam kehidupan seharian. Selain itu, sistem keluarga Islam tidak dipraktikkan. Contohnya, kemasukkan budaya barat ke dalam institusi keluarga seseorang. Pengaruh media massa juga boleh merosakkan aqidah seseorang. Sebagai contohnya, media massa dan media cetak kerapkali menyorok unsur hiburan yang melampau dan rancangan hiburan yang lebih menarik perhatian penontonitusi keluarga dan nilai-nilai murni ysng semakin lupus. Tidak dilupakan juga makanan boleh yang membinasakan aqidah. Seperti makanan yang halal lagi baik memberi kesan yang baik kepada rohani dan fizikal seseorang. 

Itulah di antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu terbatal aqidahnya (murtad atau kafir ). Oleh hal yang demikiian sebagai muslim hendaklah kita sentiasa memelhara dan berhati –hati dalam semua hal termasuk tutur kata, amal perbuatan, tindak-tanduk dan tingkah laku serta hati dan kepercayaan. Mudah-mudahan aqidah kita sentiasa bersih, tauhid kita sentiasa selamat dan keislaman kita sentiasa terpeliharASeandainya seseorang itu melakukan sesuatau yang menyebabkannya menjadi murtad atau kafir maka wajiblah ia kembali semula kepada Islam seberapa segera dengan mengucap dua kalimah syahadah di samping beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya. 

 PERKARA YANG MENDORONG SALAH LAKU AQIDAH

Antara perkara yang mendorong salah laku aqidah ialah kurang mendalami ilmu –ilmu Islam. Mereka kurang pengetahuan agama Islam untuk dipraktikkan dalam kehidupan sendiri atau kurang didikan ilmu Islam dari keluarga itu sendiri. Selain itu, tidak suka mendampingi ulama juga antara salah satu daripadanya. Ini kemungkinan dengan peningkatan pemodenan pada zaman sekarang yang lebih suka berdamping dengan rakan sebaya mereka sendiri. Dan beranggapan berdampingi ulama adalah ketinggalan zaman. Di samping itu, terpengaruh dengan budaya yang merosakkan akhlak. Contohnya, budaya barat yang sekarang semakin berleluas di negara kita dan pada masa sama telah mempengaruhi anak- anak muda atau remaja ke arah yang boleh merosakkan akhlak mereka. Berkawan dengan orang yang rosak akhlak juga mampu mendorong salah laku aqidah terhadap sesorang insan itu. Mempunyai kepentingan diri dan bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin. Justeru itu, mencari jalan pintas untuk dipandang menjadi ulamak. 

 KESAN KEROSAKAN AQIDAH 

Kesan kerosakan aqidah berlaku apabila terkeluarnya seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal aqidahnya. Yang pertama, melalui cara mengingkari atau mencela sifat-sifat rububiyyah dan uluhiyyah. Yang kedua, melalui cara mengingkari atau mencela Ama’ Allah dan sifat-sifatnya. Dan terakhir sekali, melalui cara mengingkari atau mencela Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dan kerasulannyASelain itu, tiada batasan atau perbezaan antara norma-norma kehidupan beragama Islam dan juga agama kaum kafir seperti tingkah laku, adab berpakaian dan budaya berfesyen. Di samping itu, Sekuarisma(dokrin/pendirian yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia)yang mula menular dalam kehidupan terutamanya bagi remaja. Namun perbuatannya seperti tidak tertonjol ataupun tidak nampak. Contohnya pelajar Islam memakai seluar pendek ketika bersukan dan menyarung jersi sukan dengan lambang salib. Berlakunya kerosakan iman juga antara kesan kerosakan aqidah yang semakin berleluas hingga kini. Seterusnya, kurang atau dan tiada keyakinan terhadap kewujudan dan kekuaaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berada dalam keadaan yang cukup teguh, bahkan ia tidak boleh menerima sebarang bentuk syak dan tidak mungkin digugat oleh sebarang kepercayaan lain. 

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa ta’ala.  “Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya kemudian mereka tidak meragu- ragukan”. 

CARA MENGATASI KEROSAKAN AQIDAH
Antara cara mengatasi kerosakan aqidah adalah mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini tanpa bantuan dari luar. Selain itu, mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia didunia ini adalah untuk mengenal Allah serta sifatNya dan mengimani dan menyakin bahawa Allah mengutuskan para rasul untuk mengajar dan memberi pedoman kepada manusia. Yakin bahawa syurga merupakan balasan daa ganjaran bagi mereka yang mukmin dan taat kepadaAllah dan sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir. Disamping itu, mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, iaitu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Mengatasi kerosakan aqidah dapat membantu kita dalam kehidupan seharian kita, sebab iu kita harus bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada terhingga kepasa setiap insan di dunia ini. Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala berbuatan yang lampau juga membantu dalam meningkatkan dengan aqidah kita sebagai seorang umat Islam. Cara mengatasi krosakan aqidah ini boleh bincangkan Islam melalui pengajaran moden. Contohnya, seorang pendidik yang beragama Islam haruslah pandai dan mampu menyampaikan bidang ilmu yang diajar bersama dengan ilmu aqidah Islam. Tidak dilupakan juga, menanamkan aqidah dalam diri anak-anak. Akhir sekali ialah menyemai kefahaman aqidah secara tidak langsung dalm diri mahupun dalam kehidupudan seharian kita

PENGAJARAN
Antara pengajaran yang dapat kita praktikkan dalam kehidupan kita adalah Kita haruslah sentiasa mendampingi ulama supaya ajaran yang di pelajari bukan dari sumber yang tidak benar. Selain itu, Kita juga perlu sentiasa yakin terhadap semua perkara yang kita lakukan seperti solat, zakat dan sebagainya. Kita juga boleh membatu golongan yang memerlukan bantuan seperti anak yatim dan orang miskin untuk memantapkan aqidah kita dan kita juga perlu sentiasa bersyukur kepada segala nikmat dan kurniannya yang tidak terhingga tanpa merungut. Di samping itu, kita juga perlu menitikberatkan pengetahuan ilmu kita supaya aqidah tidak terbatal ataupun rosak dengan mudah. Akhir sekali, kita sentiasa memelihara dan berhati-hati dalam semua hal termasuk tutur kata, amal perbuatan, tindak-tanduk dan tingkah lau serta hati dan kepercayaan. 

PENUTUP
Secara keseluruhannya, semua pihak mesti mengambil bahagian dalam mengatasi permasalahan kerosakan aqidah umat Islam ini dari seekecil-kecil peranan yang boleh dilakukan secara individu sehinggalah usaha yang dilakukan secara berjemaah(berkumpulan). Aqidah di dalam diri sentiasa perlu dibajai, dijaga dan dipagar agar diri tidak terjerumus ke lembah-lembah kehinaan mahupun dikuasai oleh anasir-anasirluar yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan umat Islam. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com