PENDAHULUAN
Nasab keturunan Nabi Ilyas AS seperti mana yang dinyatakan dalam buku Kisah Para Nabi Teladan Bagi Orang Yang Berakal terbitan Darul Fajar Sdn. Bhd. Menurut pandangan ulama mengenai Nabi Ilyas ialah, di dalam riwayat lain beliau disebut sebagai Ilyas al-Nashbiy. Nabi Ilyas merupakan keturunan keempat Nabi Harun serta merupakan putera kepada Yasin bin Fanakhash bin Al-Azar bin Harun. Nabi Ilyas merupakan nabi yang berketurunan bani Israel dan berbangsa Ba’Labak.
Selain itu Nabi Ilyas juga tergolong dalam dua puluh lima orang nabi yang wajib kita ketahui. Beliau telah diangkat oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk menjadi nabi pada tahun 850 masihi. Nabi Ilyas juga dipilih oleh Allah sebagai seorang rasul dan hal ini dapat dibuktikan melalui surah Al-an’am ayat 85 yang bermaksud, ”Dan Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas semuanya dari kalangan orang yang soleh”
Nabi Ilyas telah diutuskan oleh Allah kepada kaum Bani Israel yang terletak di sebelah barat Damsyik. Penduduk di negeri tersebut pada asalnya menyembah Allah azza-wajalla, namun setelah ditinggalkan mereka kembali menyembah berhala Ba’al. Menurut riwayat lain, patung tersebut merupakan seorang wanita yang bernama Ba’l. Wallahua’lam. Penyembahan berhala ba’al ini ada diceritakan dalam Al-Quran dalam surah As-Saffat ayat (123-132)
KISAH NABI ILYAS AS
Menurut pandangan para ulama, Rasul ialah orang yang telah diberi wahyu oleh Allah kepadanya dengan satu syariat dan diperintahkan untuk menyampaikannya untuk para umat Islam. Manakala Nabi pula merupakan orang yang telah dipilih oleh Allah dan diwahyukan kepadanya suatu syariat dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya. Namun begitu kedua-duanya mempunyai peranan yang penting untuk membimbing manusia. Disamping itu kedua-dua nabi dan rasul mempunyai akhlak yang baik yang telah dikurniakan oleh Allah untuk mereka supaya dapat menjadi teladan bagi manusia.
Rasul dan nabi merupakan manusia istimewa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa ta’ala untuk menyampaikan wahyuNya kepada sekalian makhluk. Antara tugas para rasul termasuklah mengajak makhluk untuk beribadah kepada Allah yang Maha Esa. Perintah dan larangan Allah juga merupakan isi-isi penting yang perlu ada dalam hujah-hujah para rasul bagi membimbing manusia supaya kekal di jalan Allah iaitu jalan yang lurus. Para rasul dan nabi juga memainkan peranan yang besar kerana mereka dipilih Allah untuk menjadi teladan, ikutan serta contoh yang sempurna kepada umat Islam. Tanpa mereka sesungguhnya manusia tidak akan mampu untuk melakukan ibadah serta kewajipan kita dengan betul dan sempurnASemestinya para rasul dan nabi diberikan kelebihan yang tersendiri oleh Allah Subhanahu wa ta’ala bagi mereka supaya dapat mereka menerangkan kepada sekalian umat manusia tentang wujudnya hari kebangkitan selepas mati serta sebagai peringatan bagi manusia supaya melakukan setiap kewajiban mereka sebagai hamba Allah. Di dalam masa yang sama dapat memperlihatkan
kepada manusia tentang kesusahan yang bakal kita hadapi selepas kematian.
Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman, penduduk Negara Ba’labak yang berketurunan bani israil ini hanya menyembah Allah Azza-wajalla serta mengikut perintah Allah. Namun, setelah kewafatan Nabi Sulaiman, kerajaan Negara Ba’labak menjadi huru-hara kerana berlakunya perselisihan faham antara para tokoh kerana kuasa.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa Nabi Ilyas diutuskan oleh Allah kepada kaum Bani Israil atau kaum Phonenisia di Ba’labak ini setelah wafatnya Nabi Sulaiman dan Raja pertama mereka iaitu Raja Ruhba’am Bin Sulaiman. Nabi Ilyas diutuskan oleh Allah kepada kaum Bani Israil pada 870 s. m.
Terdapat salah satu raja Negara Ba’labak pada ketika itu yang bernama Akhab. Raja Akhab merupakan raja yang kejam serta menyembah patung ba’al. Oleh kerana dia memiliki kuasa yang besar, Raja Akhab telah mengizinkan isterinyamenyebarkan fahaman serta ibadah kaum mereka dalam kalangan penduduk bani israil di Ba’labak, dan amalan tersebut ialah penyembahan berhala yang bernama Ba’al. Bagi mereka penyembahan patung ba’al ini merupakan ritual ibadah yang suci. Patung itu sendiri mempunyai erti iaituBa’al suami, Ba’al ketinggian dan Ba’al patung. Menurut satu riwayat patung tersebut merupakan seorang wanita yang bernama ba’al. Wallahua’lam.
Selain daripada mengingkari ajaran Nabi Ilyas, kaum bani israil juga telah melakukan pertentangan keras sehingga ingin membunuh Nabi Ilyas. Namun Allah itu Maha Mengetahui niat semua orang, Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang istiqomah dalam menyebarkan agamaNya diainaya begitu sahaja. Oleh sebab tentangan yang keras itu Nabi Ilyas terpaksa meninggalkan negeri dan kaumnya untuk menyelamatkan dirinya. Nabi Ilyas terpaksa berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain di samping menyebarkan agama Allah Subhanahu wa ta’ala.
Hingga sampai suatu masa Nabi Ilyas ahkirnya bersembunyi di rumah Nabi Ilyasa yang pada masa itu masih belum diutuskan oleh Allah sebagai seorang nabi. Pada masa itu Ilyasa merupakan seorang anak muda yang baik hati dan telah mengalami penyakit yang tidak ada sesiapapun yang mampu mengubatinyASetelah mengetahui tentang keadaan Nabi Ilyasa yang sebenar Nabi Ilyas memohon pada Allah agar penyakit Ilyasa itu disembuhkan dan dapat menjadi seorang yang soleh. Dengan kekuasaan dan izin Allah, penyakit Ilyasa sembuh, kemudiannya Ilyasa dibawa oleh Nabi Ilyasa untuk berdakwah dengan bagindASetelah Nabi Ilyas wafat, Nabi Ilyasa diutuskan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala sebagai nabi untuk menggantikan tugas Nabi Ilyas bagi menyebarkan agama Allah.
PERJUANGAN NABI ILYAS AS
Secara keseluruhannya, kisah Nabi Ilyas hanya disebut sebanyak tiga kali dalam Al-Quran. Namun begitu, ayat-ayat tersebut mampu menjelaskan keadaan Nabi Ilyas AS yang telah diustuskan oleh Allah untuk kaum bani israil. Allah berfirman dalam ayat As-Saffat (123-132) yang bermaksud, ”Patutkah kamu menyembah ba’al dan meninggalkan sebaik-baik pencipta. Allah adalah tuhan kamu dan tuhan kepada bapa-bapa kamu terdahulu. Namun begitu kaum bani israil tetap mendustakannya dan meninggalkan, malah ingin membunuhnya”.
Sepanjang siang dan malamNabi Ilyas AS tidak pernah bosan menyampaikan syariat agama Allah kepada kaumnya. Namun mereka tetap pada pendiriannya. Bahkan mereka lebih kejam dan merancang untuk membunuh Nabi Ilyas. Oleh kerana itu Allahmenurunkan seksa kepada mereka iaitu ditimpa kemarau yang panjang sehingga beberapa tahun lamanya. Kemarau yang berlarutan ini menyebabkan daerah itu kering dan habis ternakan mereka mati kehausan dan kelaparan.
Sehinggalah suatu masa mereka tersedar tentang seruan Nabi Ilyas itu adalah benar. ”Bila kamu betul-betul beriman kepada Allah maka aku akan mendoakan kepada Tuhanku yang juga Tuhan kamu semua. Lalu Nabi Ilyas AS memohon kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar musibah kekeringan itu dihentikan, setelah musibah itu berhenti, dan ekonomi mereka semakin stabil, mereka kembali derhaka kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Akhirnya kaum Nabi Ilyas kembali diturunkan musibah yang lebih berat dan pedih daripada sebelumnya dari Allah Subhanahu wa ta’ala, iaitu gempa bumi yang dasyat sehingga mereka mati bergelimpangan.
Nabi Ilyas dikatakan lari dari kaum bani israil dan pengaruh mereka kerana takut neraka Allah. Dari Ya’kul Al-Adi, dari Yazid bin Abdul Samad dari Kaab Al-Akhbar, sesungguhnya dia berkata, ”Aku mendengar seseorang yang berkata dari Kaab Al-Akhbar, dia berkata, ”Sesungguhnya Ilyas takut kepada raja dari kaumnya, dia berdiam diri di gua dengan luka-lukanya yang dialami selama 10 tahun sehinggalah Allah mematikan raja tersebut dan digantikan dengan yang lain. Hal ini jelas menunjukkan dalam masa 10 tahun itu nabi Ilyas telah bersungguh-sungguh menyebarkan dakwahnya dan dalam masa yang sama berjaya mengislamkan ramai kaum bani israil.
Menurut Abu al-Dunya berkata bahawa Abu Muhammad al-Qasim bin Hisyam bercerita kepadaku, dari Umar bin Sa’id al-Damasqi, dari Sa’id bin Abdul Aziz, dari sebahagian gurunya di Damasqi, berkata bahawa tempat tinggal nabi Ilyas ialah di Kahfi Jabal, baginda meninggalkan kaumnya selama 20 malam, ada dalam riwayat lain mengatakan selama 40 malam. Orang asing yang datang kepadanya untuk memberikan makanan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kisah dan perjuangan Nabi Ilyas ini jelas menunjukkan bahawa kita hndaklah sentiasa beriman kepada Allah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan segala suruhannya. Kita perlu mengingati Allah pada setiap masa supaya tidak menjadi seperti Kaum bani israil yang hanya mengingati Allah ketika waktu susah sahaja namun kembali kufur kepada Allah setelah dilimpahkan nikmat keatas mereka,
Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa atas setiap sesuatu, oleh itu kita haruslah sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah supaya kita tidak diseksa Allah sebagaimana kaum Nabi Ilyas diseksa dahulu.
Teladanilah nabi dan rasul kita Nabi Ilyas AS dalam berdakwah. Walaupun penat siang dan malam berdakwah dan berusaha mengingatkan kaumnya tentang Islam namun Nabi Ilyas tidak pernah mengeluh dan menyerah kalah. Walaupun keberhasilan dakwahnya terhadap kaum bani israil hanya buat seketika, kemudian mereka kembali kufur kepada Allah. Ingatlah ganjaran Allah itu amata besar kepada sesiapa sahaja yang berusaha menegakkan jalannya.
Jadilah kita seperti Nabi Ilyas, yang tidak mahu berhenti berzikir kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Ketika baginda didatangi malaikat maut untuk dicabut rohnya baginda sedih dan takut dirinya akan ketinggalan berzikir kepada Allah Subhanahu wa ta’ala kerana baginda berkata akan ada sekumpulan umat yang berzikir kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Oleh kerana tangisan Rasul-Nya Allah memberi wahyu kepada malaikat maut supaya tidak mencabut rohnya kerana Nabi Ilyas meminta hidup untuk berzikir kepada Allah dan tidak untuk kepentingan dirinya sendiri. Wallahu a’lam.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com