Tajuk: Larangan Bersifat Cinta Kemegahan Menurut Ajaran Islam

DEFINISI KEMEGAHAN

HUBBUL JAH adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud Kasihkan Kemegahan. 

Mengejar dunia kemegahan dunia kemewahan, pangkat, kedudukan dan lain-lain. Cintakan kepada kemegahan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang tidak ikhlas kerana Allah

. Kemegahan juga dumaksudkan masyhur pada sebutan di kalangan khalayak. Yang empunya diri merasa bangga dan selesa dengan sebutan demikian. Popular mungkin istilah yan serupa. Atau menjadi terkenal di khalayak. Dalam kehidupan moden berbagai usaha dijalankan untuk mempromosi gaya hidup popular. Menjadi popular, matlamat dalam sebarang aktiviti. Adalah dibimbangi acara-acara keagamaan termasuk pengajian dan seumpamanya juga dipengaruhi unsur-unsur popular atau kemegahan. 

Cetusan hati yang cintakan kemegahan adalah kelakuan yang dicela dan ia merupakan sebab yang membawa kepada kebinasaan. 
Akhirat diperuntukkan kepada orang-orang yang ada di dalam hatinya sifat kemegahan. 

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. (15) Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan. ” (Hud ayat 15 -16)

ANTARA SIFAT MAZMUMAH

Sifat2 buruk yang menjadi tegahan agama dewasa ini seolah2 menjadi amalan kebiasaan dan budaya yang sedang menular dalam masyarakat hatta dalam masyarakat Islam. Mungkin segala larangan, ia pernah diketahui dan di ajar tetapi kelihatan ia dilampaui kerana dek pengaruh semasa dan orentasi individulistik. Asas ingat mengingati secara berterusan kian tenggelam dan nasehat menasihati juga telah di salah erti kepada pengaruh mempengaruhi. 

Bersama ini terdapat senarai sifat dan perbuatan bertentangan dengan ajaran agama dan perbuatan2 keji yang disenarai oleh tokoh2 arifin seperti dibawah, kita panjatkan dengan segala doa semuga dan supaya di jauhi Allah dari kita juASifat-sifat mazmumah ialah bnayak makan, banyak bercakap dan marah. Selain itu, hasad dan dengki juga anatar sifat mazmumah. Seterusnya ialah cintakan kemegahan dan cintakan dunia. Bahkan, ujub, bangga diri dan riya’ jugak sifat tercela. 

Jelaslah bahawa sifat cintakan kemegahan adalah sifat mazmumah atau dalam erti lain sifat yang tidak baik. 

CIRI-CIRI SIFAT KEMEGAHAN

Ciri--ciri sifat kemegahan adalah dia sangat mencintai pangkat yang dimiliki. Mereka juga terlalau semangat dalam mengejar pangkat sehingga tidak memperhatikn waktu dan keadaan sekeliling. Selain itu. Mereka yang mempunyai sifat ini juga merasa berat untuk menggunakan kelebihan yang mereka adawalaupun untuk kepentingan agama dan negara. 

Selain itu, mereka juga menggunakan pangkat yang mereka ada untuk mendapatkan pengajaran dari orang yang lebih atasan. Bahkan, mereka juga tidak memikirkan kehidupan dan pembalasan di akhirat kelak. 

Bahakn, mereka juga suka menyebut tentang pangkat atau darjat yang mereka ada kepada orang ramai. Disamping itu, mereka juga suka mengungkit tentang jasa2 yang yang telah diberi hanya kerana pangkat yang mereka ada. 

PUNCA KEMEGAHAN 

Kurangnya zikrullah. 
“Tiada beramal anak Adam akan amal yang lebih dapat melepaskan daripada azab Allah daripada menyebut nama Allah” (Riwayat Ibn Syaibah dan Tabrani)

kurangnya baca al-Quran dan tidak memahami maksudnya. 
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar” (Surah sadd ayat 29)

Tidak Menghidupkan malam dengan amal ibadah. 
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji” (Surah Al-Isra’ ayat 79)

Tidak bergaul dengan orang-orang soleh. 
“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!”Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)” (Surah Al-Furqan ayat 27-29)

CARA MENGELAKKAN DARIPADA CINTAKAN KEMEGAHAN DARI SEGI ILMU 

Menyentuh tentang penyakit cintakan kemegahan ini lantaran ia membinasakan kehidupan seseorang di dunia dan di akhirat, maka ia perlu diubati. Maksud terapi dengan ilmu ialah mengetahui perkara-perkara berikut:. 

Yang pertama mengetahui bahawa kemegahan membawa kepada kebinasaan hidup seseorang di dunia dengan begitu cepat seperti adanya orang yang dengki serta mengkhianatinya. 

Selain itu, Mengetahui bahawa kemegahan itu apabila bersarang di hati seseorang terlalu sukar untuk menghilangkannya. Mereka yang memiliki kemegahan itu sentiasa bimbang hilangnya kemegahan tersebut lantaran berubahnya hati manusia. 

Yang terakhir Mengetahui bahawa kemegahan itu tidak akan kekal, kerana ia akan mati dan orang yang dengan sebabnya dia bermegah juga akan mati. Justeru itu adalah tidak rasional mereka memilih kemegahan dunia yang binasa dengan meninggalkan kemegahan akhirat yang berkekalan. 

CARA MENGELAKKAN DARIPADA CINTAKAN KEMEGAHAN DARI SEGI AMAL

Menolak kemegahan bukan bermakna menolak segala jawatan dan menolak menjadi pemerintah, yang dilarang adalah bermegah-megah dengan jawatan dan kuasa yang diberi. Kerana seseorang yang diberi jawatan itu adalah memikul tanggungjawab dan amanah dalam menyempurnakan tugas-tugasan yang dipikul. Ianya tiada kelebihan dari orang lain, masing-masing memikul tugas dan tanggungjawab. 

Berhubung dengan amal disarankan agar seseorang itu mengerjakan sesuatu yang harus sehingga mengugurkan tanggapan manusia terhadap ‘pangkat’nya. 
Contoh: Seorang raja telah menziarahi seorang yang sangat zahid. Bilamana maksud kedatangan raja itu telah diketahui oleh orang zahid tersebut beliau telah menyuruh agar dihidangkan makanan. Apabila makanan tersebut telah dihidangkan orang yang zahid itu makan dengan bersangatan gelojohnya supaya hilang tanggapan zahid di dalam hati raja itu kepadanya. Apabila raja tersebut melihat telatahnya yang demikian baginda pun berpaling daripada orang zahid tersebut. Maka mengucaplah orang zahid itu dengan ucapan yang menandakan kesyukurannya kepada Allah taala:

Yang paling baik adalah melaksanakan tugasan dengan sebaik-baiknya dengan jujur dan ikhlas. Lihat Nabi Yusuf meminta supaya diberi jawatan menteri (pertahanan / perbendaharaan), negeri menjadi makmur semasa dia memegang jawatan tersebut. Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, semuanya telah memegang jawatan ketua negara apa yang menjadi hasrat dan cita-cita ialah menyempurnakan tanggungjawab di dalam menuju keredhaan Allah dengan tetap mematuhi dan melaksanakan perintah Allah. 

Allah berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yasombong dan membangga-banggakan diri” (An-nisa :36)

Imam Mujahid berkata : ayat diatas memiliki makna iaitu orang yang diberikan kenikmatan oleh Allah Ta’ala tetapi dia tidak mensyukurinya bahkan ia bersikap bangga dan bermegah-megahan atas apa yang ia miliki, dan sedikit sekali ia bersyukur. 

Selain itu, Membersihka paradigma dan pandangan kita terhadap dunia ini, apabila pandangan kita sudah benar dalam memahami hakikat dunia ini, maka mudahlah hati kita menunjukkan kepada jalan yang benar. Disamping itu kita harus bersikap tawakkal kepada Allah terhadap apa yang kita usahakan, disertai dengan beriman kepada qada dan qadar (ketetapan baik dan buruk) AllaH yang mana Allah Subhanahu wa ta’ala tetapkan bahkan sebelum kita dilahirkan. 

Akhirnya, Kita berusaha untuk melangkah kepada yang lebih baik walaupun jalan untuk menuju kesana terasa sangat sulit. Jika Allah Subhanahu wa ta’ala. berkehendak untuk menunjukkan suatu jalan kepada hambanya, maka tidak akan ada yang dapat menghalangi jalan hidayah tersebut walaupun seluruh manusia dan jin bergabung untuk menyesatkannya. 

KESAN KEMEGAHAN KEPADA INDIVIDU 

Antara kesann kemegahan adalah iakan adanyya sifat sombong. Sesungguuhnya sifat sombong atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ianya adalahh sifatt batin yang sangat jahat. Sebaga cntih, iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Sewaktu Allah memerintahkannya. Peristiwa kesombongan ibllis ini Allah ceritakan dalam Al-Quran, firman-Nya; “dan (ingatlah) ketika Kami memerintahhkan kepada malaikat: ‘sujudlah kepada Ada. ’ dia (iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik. ” (Al-Baqarah: 34)

Selain itu, akan berlakunya sifat riak. Riak adalah sifat yang sangat merbahaya kerana sifat riak merupkan syirik dan syirik adalah perkara yang paling merbahaya kerana ia berkaitan dengan akidah. Riak adalah sejenis penyakit. Sebuah hadis bermaksud; “sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya : “apakah yang dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: riak. “(hadis riwayat Imam Ahmad). 

KESAN SIFAT CINTA KEMEGAHAN KEPADA MASYARAKAT

Dengan ada sifat cinta kemegahan dalam seseorang tuh akan mnyebabkan timbulnya perasaan dendam dalam kalangan masyarakat jika mereka merasa tidak puas hati atau cemburu dengan pangkat yang si cinta kemegahan. Bila hati merasa berat terhadap seseorang, seperti membencinya, menjauhi diri darinya dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati dan sentiasa hidup di situ. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. telah bersabda : “orang mu’min itu bukanlah seorang yang pendendam. ”

Allah telah memberi nikmat-Nya pada semua hamba-Nya tetapi pembahagian itu tidak sama, ada yang diberi banyak ada yang diberi sedikit. Semua itu bertujuan menguji hamba-Nya dalam kehidupan dunia ini. Akibat daripada perbezaan, sering timbul sifat buruk sangka atau hasad dengki terutamanya terhadap mereka yang terlalu banggakan pangkat dan darjat. Sifat ini adalah sifat seseoranng yang tiidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Seabgai contoh,, apabila kita terlalu membanggakan pangkat, akan menyebabkan orang lain iri hati dan dengki dan menyebabkan seseorang itu berusaha untuk merosakkannyASifat ini adalah sangat merbahaya dan orang yang mempunya sifat ini tidak dapat menyempurnakan imannya, sifat in tidak mencintai dirinyaa sendiri. Rasullullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda yang bermaksud. “tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinnya. ” (hadis Muttafaqun ‘alaihi)

ANTARA PERKARA PADA MASA JAHILIAH YANG MASIH DILAKUKAN 

Ciri-ciri zaman jahiliah terbahagi kepada enam aspek. Antaranya ialah dari aspek sosial, aspek ekonomi, aspek politik, aspek agama dan kepercayaan dan akhir sekali ialah dari segi aspek ilmu pengetahuan. 

Perkara jahiliah yang masih dilakukan oleh umat pada zaman sekaarang anatarnya ialah bermegah-megahan dalam hal kebahagiaan. Jelaslah bahawa sifat cintakan kemegahan adalah sifat yang tida baik dan tidak seharusnya diamalakn pada zaman sekarang. 

Selain itu, perkara yang masih dilakukan adalah dengan mencemarkan nasab keturunan. Bahkan, meminta sesuatu kepada binatang-binatang. Seterusnya ialah denagn menangisi jenazah secara berlebihan (berteriak-teriak) atau dalam kata lain meraung dan meratapi jenazah. 

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (Al-Hadid : 20)

PENUTUP
Kemegahan adalah ujian Allah Subhanahu wa ta’ala.. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia.. Sifat ini seharusnya dielakkan dalam kalangan umat Islam. Siafat cintakan kemegahan lahir dari hati yang terlalu membanggakan pangkat. Hati ialah raja dalam diri manusia. Hati juga tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap Tuhan-Nya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia. 

Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri, keluarga, dan masyarakat. Imam Al-Qhazali berkata, “Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan hati supaya jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya Allah Subhanahu wa ta’ala. 

Oleh yang demikian, kita hendaklah menggunakan pangakt atau darjat dengan sebaiknya. Jangalah terlalu membanga-banggakan dengan pangkat atau darjat yang kita ada. Bahakan, kita juga tidak seharusnya angkuh dan sombong dengan kelebihan yang diberi. 

RUJUKAN 
1. Drs. Moh. Thalib. 1983. Sifat dan sikap tercela dalam Islam. Tanjungan 53E, surabaya: pt. Binailmu. 
2. Imam Abu Ja’far Umar Al Qazwani. 2005. Ciri-ciri Iman. Petaling Jaya Jahabersa Sdn Bhd. 
3. Hassan Al-Banna Mohamed & Rabiatu Adawiyah. 2012. Tassawur Islam. Petaliing Jaya: Sasbadi Sdn Bhd. 
4. Dr. H. Hamzah Ya’qub. 2000. Tingkat Ketenangan dan Kebahagian Mu’min. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd. 
5. Al-Quran Nur Qarim dan Hadis. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com