PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal ‘alamin.
Tajuk pembentangan saya ialah berkisahkan tentang kisah dan perjuangan Nabi Hud as. Saya akan menerangkan tentang biodata Nabi Hud as. Nama penuh beliau ialah Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud. Beliau dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Nabi Hud as hidup pada tahun 2450-2320 SM. Kaum yang Beliau dakwahi disebut dengan Kaum Aad yang tinggal di Al-Ahqaf, Yaman. Nama Nabi Hud as disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran. Dan diriwayatkan Nabi Hud as wafat di Timur Hadramaut, Yaman.
KISAH DAN PERJUANGAN NABI HUD AS.
Aad adalah nama suatu suku yang hidup di Jazirah Arab, di sebuah desa yang bernama Al-Ahqaf di utara Hadramaut. Mereka dikurniai oleh Allah tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam. berkat kurniaan Tuhan itu mereka hidup makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar di antara suku-suku yang hidup di sekitarnyASebagaimana dengan kaum Nabi Nuh as, kaum Nabi Hud as (ialah sukuAad ini) adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama “Shamud” dan “Alhattar” dan itulah yang disembah sebagaituhan mereka, yang menurut kepercayaan mereka, dan memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris as dan Nabi Nuh as sudah tidakBerbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka seharian. Kenikmatan hidup membuatkan mereka tenggelam di dalamnya, berkat tanah yang subur dan penghasilan yang melimpah ruah, menurut anggapan mereka adalah kurnia dan pemberian kedua berhala Shamud dan Hattar yang mereka sembah. Kerananya mereka tidak putus-putus bersujud kepada kedua berhala itu mensyukuri, sambil memohon perlindungannyadaripada segala bahaya dan musibah, berupa penyakit atau kekeringan. Sebagai akibat dan hasil daripada aqidah yang sesat itu, pergaulan hidup mereka dikuasai oleh tuntunan dan pimpinan iblis, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar pertimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang, tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol, sehingga timbullah kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat, di mana yang kuat menindas yang lemah, yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnyASifat-sifat sombong, ego, iri hati, dengki, hasut dan benci-membencigambaran masyarakat suku ‘Aad tatkala Allah swt mengutus Nabi Hud as sebagai nabi dan rasul kepada mereka.
1. NABI HUD AS BERDAKWAH DI TENGAH-TENGAH SUKUNYA.
Sudah menjadi sunnah Allah swt sejak diturunkannya Adam ke bumi, bahawa daripada masa ke masa, jika hamba-hamba-Nya sudah berada dalam kehidupan yang sesat, sudah jauh menyimpang daripada ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi-Nya, diutuslah seorang nabi atau rasul yang bertugas menyergakan kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yang sebelumnya mengembalikan masyarakat yang sudah tersesat ke jalan yang lurusdan benar dan mencuci bersih jiwa manusia daripada segala tahyul dan syirik menggantinya dan mengisinya dengan iman, tauhid dan aqidah yang sesuai dengan fitrah. Demikianlah juga kepada suku ‘Aad yang telah dimakbulkan olehkesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga mereka tidak mengenal Tuhannya yang mengurniakan itu semuanya, diutuslah kepada mereka Nabi Hud, seorang daripada suku mereka sendiri, daripada keluarga yangterpandang dan terpengaruh, terkenal sejak kecilnya dengan kelakuan yang baik, budi pekerti yang luhur, luas dan bijaksana dalam pergaulan dengan kawan-kawannya. Nabi Hud as memulakan dakwahnyadengan menarik perhatian kaumnya (suku Aad) kepada tanda-tanda wujudnya Allah swt, yang berupa alam sekeliling mereka dan bahawa Allahlah yang menciptakan mereka dan mengurniakan mereka dengan segalaKenikmatan hidup yang berupa tanahyang subur, air yang mengalir serta tumbuh-tumbuhan yang tegap dan kuat. Dialah yang seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka perbuat sendiri. Merekasebagai manusia adalah makhluk Tuhan yang paling mulia, yang tidak sepatutnya merendahkan diri bersujud menyembah batu-batu yang sewaktu-waktu dapat mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya daripada pandangan. Diterangkan oleh Nabi Hud as bahawa dia adalahpesuruh Allah swt yang diberi tugas untuk membawa mereka ke jalan yang benar, beriman kepada Allah yang menciptakan mereka, menghidupkan dan mematikan mereka, memberi rezeki atau mencabutnya daripada mereka. Dia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasaatas usahanya memimpin dan menuntun mereka ke jalan yang benar. Dia hanya menjalankan perintah Allah swtdan memperingatkan mereka bahawa jika mereka tetap menutup telinga dan mata mereka menghadapiajakan dan dakwahnya, mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan oleh Allah swt sebagaimana terjadi atas kaum Nabi Nuh as yang mati binasa tenggelam dalam air bah, akibat kesombongan dan keangkuhan mereke menolakajaran Nabi Nuh as sambil bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kepada berhala dan patung-patung yang mereka sembah dan puja-puja itu. Bagi kaum Aad, seruan dan dakwah yang dibawa Nabi Nuh as itumerupakan perkara baru yang tidak pernah mereka dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud as itu akan mengubah sama sekali cara kehidupan mereka dan membongkar peraturan-peraturan dan adat istiadat yang telah mereka amal dan diwarisi daripada nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahwa seorang daripada suku merka sendiri telah berani berusaha mungubah tatacara hidup mereka dan mengganti agama dan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru yang mereka tidak pernah kenal dan tidak dapat mengerti dan diterima oleh akal dan fikiran mereka. Dengan serta-mertamereka menolak dakwah Nabi Hud as itu dengan berbagai alas an dan tuduhan-tuduhan kosong terhadap diri beliau disertakan dengan ejekan-ejekan dan hinaan-hinaan yang diterimanya dengan kepala dingin dan penuh kesabaran. Berkatalah kaum Aad kepada Nabi Hud as “Wahai Hud ! Ajaran dan agama apa yang engkau hendak sampaikan kepada kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan kami kepada tuhan-tuhan kami yangberkuasa ini dan menyembah tuhanmu yang tidak dapat kami jangkau dengan pancaindera kami dan tuhan yang menurut katamu tidak bersekutu. Cara penyembahan yang kami lakukan ini, telah kami warisi daripada nenekmoyang kami dan sekali-kali kami tidak akan meninggalkannya, sebaliknya engkaulah yang harus kembali kepada aturan nenek moyangmu dan jangan mencederai kepercayaan dan agama mereka denganmembawa suatu agama baru yang tidak dikenali oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya”. “Wahai kaumku!” jawab Nabi Hud, “Sesungguhnya Tuhan yang menyerahkan aku kepada kamu untuk menyembah-Nyawalaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu, namun kamu dapat melihat dan merasakan wujudnya dalam diri kamu sendiri ciptaannya dan dalam alam semesta yang mengelilingmu, berupa langitdan matahari, bulan dan bintang-bintangnya, bumi dan gunung-gunung, sungai, tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang kesemuanya dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia. Dan membolehkan kamudapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yang harus kamu sembah dan menundukkan kepalamu kepada-Nya. Tuhan Ynag Maha Esa, tiada bersekutu, tidak beranak dan diperanakkan, walaupunkamu tidak dapat menjangkaunya dengan pancainderamu, Dia dekat daripada kamu, mengetahui segala gerak-geri dan tingkah-lakumu, mengetahui isi hatimu, denyut jantungmu dan jalan fikiranmu. Tuhan itulahyang menciptakan kamu sebagai manusia dan Ia lah harus disembah dengan kepercayaan penuh kepada keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu perbuat, pahat dan ukir dengan tanganmu sendiri, kemudian kamu sembah sebagai tuhan, padahal ia adalah suatu barang yang pasi, tidak dapat berbuat sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan sempitnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahakan agamamu yang sesat itu dan menolakajaran agama yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah swt Tuhan Yang Maha Esa itu”. “Wahai Hud!” kata kaumnya, “Gerangan apakah yang menjadikan engkau berpandangan dan berfikiran lain daripada apa yang sudahmenjadi pegangan hidup kami sejak dahulu lagi dan membuatkan engkau meninggalkan agama nenek-moyangmu sendiri, bahkan sampai engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan kami danmemperbodohkan kami dan menganggap kami berakal pendek dan berfikiran bodoh? Engkau mengaku bahawa engkau dipilih menjadi rasul(pesuruh) oleh Tuhanmu untuk membawaagama dan kepercayaan baru kepada kamidan mengajak kami keluar daripada jalan yang sesat, menurut pengakuanmu, ke jalan yang lurus dan benar. Kami merasa hairan dan tidak dapat diterima oleh akal fikiran kami bahawa engkau telah dipilihmenjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihanmu di atas seseorang daripada kalangan kami, engkau tidak lebih dan tidak kurang kamu adalah seorang manusia biasa seperti kami, hidup, makan, minum dan tidur tidak ada bezanyadengan kami, tetapi mengapa engkau yang dipilih oleh Tuhanmu? Sungguhengkau menurut anggapan kamu seorang pendusta besar atau mungkin engkau sudah menjadi pemikiran yang tidak sihat, terkena kutukan tuhan-tuhan kami yang selalu engkau ejek, hina dan cemuhkan”. “Wahai kaumku, ” jawab Nabi Hud, “aku bukanlah seorang pendusta dan fikiranku tetap waras dan sihat, tidak kurang sesuatu apapun, dan ketahuilah bahawa patung-patung yangkamu pertuhankan itu tidak dapat mendatangkan sesuatu gangguan atau penyakit bagi badanku atau akal fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama aku hidup ditengah-tengah kamu, bahawa aku tidak pernah terlihat pada dirikutanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yang meragukan kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku. Aku adalah pesuruh Allah swt yang benar diberi amanat untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah tersesat kerana kemasukan pengaruh ajaran iblis dan sudah jauh menyimpang daripada jalan yang benar yang diajarkan oleh nabi-nabi yang terdahulu, kerana Allah swt tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dalam kesesatan dan hidup dalam kegelapan tanpa diutusnya seorang rasul yang membawa mereka ke jalan yang benar dan kehidupan yang diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepadaku, gunakanlah akal fikiranmu, berimanlah dan bersujudlah kepda Allah? Tuhan seru sekalian alam, Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan langit dan bumi, menurunkan hujan yang boleh menyuburkan tanahladangmu, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan bagi keperluan hidupmu. Bersembahlah kepada-Nya dan memohonlah ampun atas segala perbuatan salah dan tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dankemakmuran hidupmu agar terhindarlah kamu daripada azab dunia sebagaimana yang telah dialami oleh kaum Nuh dan kelak azab di akhirat. Ketahuilah bahawa kamu akan dibangkitkan kembali daripada kuburmu dan dimintabertanggungjawab ke atas segala perbuatanmu di dunia ini dan diberi ganjaransesuai dengan amal lamu, yang baik dan soleh mendapat ganjaran baik dan yang buruk akan diganjar dengan api neraka. Aku hanya menyampaikanrisalah Allah swt kepada kamu dan dengan ini telah memperingatkan kamu akan akibat yang akan menimpa kepada dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku”. Kaum Aad menjawab “Kami bertambahyakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendapat kutukan tuhan-tuhan kami, sehingga menyebabkan fikiranmu kacau dan akalmu berubah menjadi gila. Engkau telah mengucapkan kata-kata yangtidak masuk akal, bahawa jika kita mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan dibangkitkan kembali daripada kubur kami dan menerima ganjaran atas segala perbuatankami. Adakah mungkin kami dibangkitkan kembali setelah kami mati dan menjadi tulang-belulang. Dan apakah azab dan seksaan yang engkau selalu menakut-nakutkan kami dan mengamcamkannya kepada kami? Semua itu kami anggapbohong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bahawa kami tidak akan menyerah kepadamu dan mengikuti ajaranmu, kerana bayangan azab dan seksa yang engkau baying-bayangkannya kepada kami, bahkan kami mencabarkamu, datangkanlah apa yang telah engkau janjikan dan ancamkan itu, jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu dan bukan seorang pendusta”. “Baiklah”, Nabi Hud as menjawab, “jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras kepala, tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan penyembahanmu kepada berhala-berhala itu, maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan, di mana kamu tidak akan dapatmelarikan diri daripada bencananya dan penyesalanmu pada saat itu tidak akan menolongmu. Allah swt menjadi saksiku bahawa aku telah menyampaikan risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku kepadamu dan akantetap berusaha sepanjang hayatku dikandung badanku akan tetap memberi penerangan dan tuntutan kepada jalan yang baik yang telah digariskan oleh Allah swt bagi hamba-hamba-Nya”.
2. Pembalasan Allah swt Atas Kaum Aad
Pembalasan Tuhan terhadap kaum Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua tahap. Tahap yang pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mereka, sehinggamenimbulkan kecemasan dan kegelisahan, jika mereka tidak akan memperoleh hasil daripada ladang-ladang dan kebun-kebun itu sebagaimana biasanya. dalam keadaan demikian, Nabi Hud as masih berusaha meyakinkanmereka, bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan seksaan Allah swt yang dijanjikan dan bahawa Allah swt masih memberi kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dankembali beriman kepada Allah swt dengan meninggalkan penyembahan mereka yang batil, kemudian bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt agar menyegerakan hujan turun kembali dengan derasnya dan supayaterhindarlah mereka daripada bahaya kelaparan yang mengancam. Akan tetapi mereka tetap tidak mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud as itu adalah janji kosong belaka, bahkan mereka pergi menghadap berhala-berhala dan mereka memohon perlindungan daripada musibah yang mereka hadapi. Cabaran mereka terhadap janji Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Hud, segera mendapat jawapan dengan datangnya pembalasan tahapkedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan, dan mega hitam yang tebal di atas mereka yang disambutnya dengan sorak gembira, kerana difikirnya bahawa hujan akan segera turun membasahi ladang-ladang dan menyiram kebun-kebun mereka yang sedang mengalami kekeringan. Melihat sikap kaum Aad yang sedang bersuka-ria itu, berkatalah Nabi Hud as dengan nada mengejek “Mega hitam itu bukanlah mega danawan rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuranmu sebagai pembalasan Allah swt yang telah kujanjikan dan untuk membuktikan kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal dan kamu dustakan. Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yang diramalkan oleh Nabi Hud as itu, bahawa bukan hujan yang turun daripada awan yang tebal itu, tetapi angina taufan yang dahsyat dan kencang disertai dengan suara gemuruhyang mencemaskan yang telah meroboh bangunan dan rumah daripada dasarnya, membawa berterbangan semua perabut dan harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternakan. Keadaan kaum Aad menjadi panik, mereka berlari-lari kian ke sana ke mari, mudik menceri perlindungan. Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anak-anaknya, sedangkan rumah-rumah mereka menjadisama rata dengan tanah. Bencana angina taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam, sehingga ia menyapu bersih kaum Aad yang sombong itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yangmenyedihkanitu agar menjadi pelajaran dan ibrah bagi umat-umat yang mendatang. Nabi Hud as dan para sahabatnya yang beriman telah mendapat perlindungan Allah swt daripada bencana yang kaumnya itudan tetap beradadi tempat dalam keadaan selamat, aman dan tenang sambil melihat keadaan kaumnya yang kacau-bilau, mendengar gemuruhnya angina dan suara pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang runtuh sertateriakan dan tangisan orang yang meminta pertolongan dan memohon perlindungan. Setelah cuaca kembali tenang dan tanah “Al-Ahqaf” sudah menjadi sunyi senyap daripada kaum Aad, pergilah Nabi Hud as meninggalkan tempatnya dan berhijrah ke Hadramaut, di mana dia tinggal menghabiskan sisa hayatnya sampai dia wafat dan makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km daripada kota Siwun yangdikunjungi para penziarah yang dating beramai-ramai daripada sekitar daerah itu, terutama dalam bulan Sya’ban pada tiap-tiap tahunnya. Kisah Nabi Hud diceritakan Allah dalam 68 ayat dari 10 surah yang di antaranya adalah SurahHud, ayat 50 hingga 60, Surah Al-Mukminun ayat 31 sehingga ayat 41, Surah Al-Ahqaaf ayat 21 sehingga ayat 26 dan Surah Al-Haaqqah ayat 6, 7 dan 8.
PENUTUP
Nabi Hud as telah memberi contoh dan sistem yang baik yang patut ditiru, diikuti oleh para pendakwah dan ahli penerangan agama. Beliau menghadapi kaumnya yang sombongdan keras kepala itu dengan penuhkesabaran, ketabahan dan berlapang dada. Baginda tidak sesekali membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dengan balasan yang serupa, tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halusyang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan tidak gementar ketika kaumnya mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan tidak betul. Dia dengan lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya mengatakan, “Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak dapat menggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun, tetapi aku ini adalah rasul (utusan) Allah kepadamu dan betul-betul aku adalah seorang penasihat yang jujur bagimu, menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar selamat daripada azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat”.
Ketika berdialog dengan kaumnya, Nabi Hud selalu berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara logik dan rasional menggunakan akal dan fikiran yang sihat, dengan memberikan bukti-bukti yang dapat diterima. Tetapi mereka tetap menentang kebenaran dakwahnya dengan penuh kesesatan jalan merekASesungguhnya hidayah itu adalah hanyalah daripada Allah, Dia akan memberinya kepada siapa yang Dia kehendaki. Wallahu a’lam.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com