PENGERTIAN NABI
Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu oleh Allah sebagai panduan hidup sementara rasul pula adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zaman nya. Rasul dan nabi terakhir adalah Nabi Muhammad yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturanyang khususnya kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat. Selepas kewafatannya tugasnya disambung oleh orang Islam yang menjadi pengikutnyASebagai seorang Islam, kita perlu patuh kepada rukun iman yang kedua iaitu percaya kepada nabi dan rasul.
Iman terhadap para rasul. iaitu terhadap Rasuluulah (Nabi Muhammad) iaitu dalilnya aqli kerana pengetahuan akan Al Quran sebagai kalam Allah dan ia dibawa oleh rasul adalah sesuatu yang dapat diindera. Dengan Al Quran kita dapat mengetahui bahawa Muhammad itu Rasulullah. Hal ini dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi. Sedangkan iman kepada Nabi dalilnya adalah naqli kerana dalil iaitu bukti kenabian para Nabi iaitu mukjizat mukjizat mereka tidak dapat diindera kecuali org yang sezaman dengan mereka. Bagi orang yang datang selepas mereka sehinggalah zaman sekarang bahkan sampai hari kiamat pun, mereka tidak akan menjumpai mukjizat tersebut.
Tidak diketahui berapakah jumlah nabi tetapi adalah dianggarkan bahawa seramai lebih kurang 124,000 orang manakala para rasul dianggarkan berjumlah 315 orang. Ulul Azmi adalah gelaran yang dberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi dan istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa dalam menyebarkan agama Islam. Diantara 25 rasul, 5 rasul telah mendapat gelaran Ulul Azmi. Antaranya ialah, Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS., Nabi Isa AS, Nabi Musa AS., dan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Antara nabi yang wajib diketahui oleh umat Islam ialah Nabi Ilyasa AS.
KISAH DAN PERJUANGAN NABI ILYASA AS.
Dalam Al Quran nama Nabi Ilyasa disebut dua kali pada surah Al An’am ayat 86-87 Firman Allah Subhanahu wa ta’ala. : Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi Nabi) : Ismail, dan Alyasak dan Yunus dan Lut dan mereka itu semuanya, kami lebihkan darjat mereka atas umat umat (yang ada pada zamannya). ” Dan(kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka dan keturunan mereka dan mereka dan keturunan mereka dan saudara saudara mereka; dan kami telah pilih mereka serta kami tunjukkan mereka jalan yang lurus,
Dalam Surah Shaad iaitu ayat 48 dikatakan. (Dan ingatlah peristiwa) Nabi Ismail dan Nabi Alyasa, serta Nabi Dzulkifli dan mereka masing masing adalah orang yang sebaik baiknya.
Nabi Ilyasa AS adalah anak kepada Akthub Bin Ajuz. Baginda berasal daripada bangsa Israel keturunan Nabi Harun AS iaitu abang kepada Nabi Musa AS. Semasa kecil, Nabi Ilyasa AS bersama sama ibunya hidup menderita. Baginda ditemui oleh Nabi Ilyasa. AS.
Ketika itu, Nabi Ilyas hendak bersembunyi di sebuah rumah. Baginda dikejar oleh kaum baginda yang mahu membunuh baginda.
Nabi Ilyas a, s memelihara dan menjadikan Nabi Ilyasa anak angkat. Dengan izin ibunya, Nabi Ilyas membimbing Nabi Ilyasa AS. Nabi Ilyas sering membawa Nabi Ilyasa AS ikut serta ketika baginda berdakwah.
Kehidupan Nabi Ilyasa Begitu ringkas. Baginda suka memakai pakaian biasa dan menggunakan tongkat. Baginda memiliki seorang pembantu rumah bernama Jihza. Jihza membantu menguruskan keperluan baginda.
Walaupun Nabi Ilyasa tidak menghadapi penderitaan dalam menyampaikan dakwah, Allah tetap memuji baginda sebagai mana yang terdapat dalam Al Quran dalam surah Al An aam.
DAKWAH NABI ILYASA AS
Selepas Nabi Ilyas wafat, Nabi Ilyasa tidak menghadapi sebarang penderitaan sepanjang berdakwah. Ini kerana pada zaman baginda rakyathidup aman dan makmur. Umat baginda patuh dn takot akan seksaan Allah.
Walaubagaimanapun, Nabi Ilyasa tidak juga terlepasdaripada godaan iblis. Semasa baginda mengembara bagi menziarahi makam Nabi Ayub AS, Iblis muncul bagi menyesatkan baginda. Akhirnya hasrat baginda menziarahi makam itu tidak kesampaian.
TENTERA NABI ILYASA AS
Allah Subhanahu wa ta’ala memberi pelbagai mukjizat kepada Nabi Ilyasa. Ketika Syria mahu berperang dengan Raja Palestin. Selepas berunding denagan tenteranya. Raja Syria menentukan lokasi di mana mereka perlu berkhemah.
Nabi Ilyasa mengirim berita dan berpesan kepada Raja Palestin. Raja Palestin dilarang untuk pergi ke tempat perkhemahan tentera Syria. Raja Palestin akur terhadap pesanan Nabi Ilyasa.
Raja Syria marah dengan tindakan Raja Palestin yang tidak menunggu baginda di medan perang. Kemudian Raja Syria mendapat tahu ada orang yang membocorkan rahsia mereka. Orang itu adalah Nabi Ilyasa. Raja Syria mengirim sebuah pasukan bsar ke kota yang didiami oleh Nabi Ilyasa. Raja Syria mahu menghukum Nabi Ilyasa. Pasukan itu terdiri daripada askarberkuda dan kereta perang. Pada waktu malam, mereka mengepung kota tersebut.
Berita kedatangan tentera Syria diketahui oleh Nabi Ilyasa. Baginda menyuruh pembantu baginda menyiasat tentang pengepungan pasukan tentera Syria ke atas kota kediaman baginda.
Pada keesokan harinya, pembantu Nabi Ilyasa bangun lalu pergi keluar menyiasat. Dia melihat pasukan tentera Syria mengepung kota itu menggunakan kuda dan kereta perang.
Nabi Ilyasa menenangkan pembantunya sambil memberitahu bahawa tentera mereka lebih ramai daripada tentera musuh. Pembantu baginda mengamati baginda bagi memastikan baginda sedar perihal apa yang baginda katakan. Dia tahu Nabi Ilyasa tidak mempunyai seorang tentera.
Nabi Ilyasa mengangkat tangan lalu berdoa jepada Allah Subhanahu wa ta’ala supaya menjelaskan pandangan pembantu baginda. Melalui cara itu, Nabi Ilyasa dapat melihat apa yang ada pada hadapannya.
Allah mengabulkan permintan Nabi Ilyasa. Pembantu baginda kemudiannya menyiasat tentang tentera itu buat kali keduanya. Dia melihat gunung mngelilingi kota itu. Dia mendapati gunung tersebut penuh dengan kuda yang mengililingi kota tersebut. Keadaan itu menjadi dia bertambah bingung.
Tentera tentera Syria menyerang kota itu. Pada ketika itu, Nabi Ilyasa berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala supaya membutakan mata mereka. Allah Subhanahu wa ta’ala mengabulkan doa Nabi IlyasaAS. Tentera tentera itu menjadi kelam kabut dengan keadaan buta dan menjerit jerit. Nabi Ilyasa datang kepada tentera tersebut, lalu memberitahu mereka bahawa tempat mereka berada itu bukan tempat yang mereka cari. Lalu, Nabi Ilyasa meminta mereka mengikut baginda kerana baginda akan menunjukkan jalan yang betul. Nabi Ilyasa menghantar mereka ke bandar Samaria. Pada waktu tentera itu tiba di Samaria, Nabi Ilyasa berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar mencelikkan mata mereka. Melalui cara itu, mereka dapat melihat semula. Tentera tentera itu brasa hairan kerana mereka telah berada di tempat Raja Israel. Ini adalah mukjizat Nabi Ilyasa.
Nabi Ilyasa tidak membenarkan Raja Palestin membunuh tentera tentera Syria. Bahkan Nabi Ilyasa menyuruh mereka melayan tentera itu dengan baik, serta membiarkan mereka kembali kepada raja mereka.
Raja Palestin terselamat daripada serangan tentera tentera Syria dengan bantuan Nabi Ilyasa. Tentera tentera Syria pulang dan memberitahu raja merekASejak dari kejadian itu, Raja Syria tidak mahu menyerang negeri Palestin lagi.
Setelah itu, Nabi Ilyasa mendiami Jericho seketika. Penduduk Jericho mengadu kepada Nabi Ilyasa bahawa sumber air mereka berbau dan tidak dapat di minum.
Nabi Ilyasa mendengar aduan itu dan terus berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala lalu mencampakkan beberapa ketul garam ke dalam mata air.
Berkat mukjizat Nabi Ilyasa AS., mata air menjadi bersih dan boleh diminum semula. Penduduk Jericho bersyukur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dan berterima kasih kepada Nabi Ilyasa.
Nabi Ilyasa meninggalkan Jericho dan menuju ke Baitullah. Penduduk di sekitar Baitullah menyuruh anak anak mereka mengejek Nabi Ilyasa. Mereka telah dbalas dengan balasan yang setimpal
Sejak itu, penduduk Baitullah menghormati dan tidak lagi mengejek Nabi Ilyasa. Nabi Ilyasa akhirnya mampu menjalankan dakwah dngan aman. Nabi Ilyasa wafat selepas memimpin kaum baginda ke arah keimanan dan ketakwaan. Selepas baginda wafat, umatnya daripada kaum Bani Israel meninggalkan ajaran berdasarkan Taurat dan Zabur. Mereka menjadi kufur dan derhaka kepada Allah. Subhanahu wa ta’ala.
Oleh sebab keingkaran Bani Israel, Allah menarik kembali nikmat yang diberi kepada mereka.
PENUTUP
Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya, serta bantuan, rujukan daripada laman sesawang dan buku buku, akhirnya dapat juga saya menyelesaikan tugasan ini. Diharapkan tugasan ini dapat memberi pengetahuan baru kepada rakan dan iktibar sepanjang penceritaan kisah Nabi Ilyasa Dan Perjuangan beliau dalam Islam.
Kisah dan Perjuangan Nabi Ilyasa bukanlah cerita untuk sekadar pembelajaran sahaja. Ia merupakan kewajipan setiap umat Islam bagi mengenal Nabi Ilyasa yang bersusah payah dalam mengubah manusia setelah kewafatan Nabi Ilyas. Kita mestilah mencontohi keperibadian beliau yang membalas jasa baik Nabi Ilyas dengan meneruskan perjuangan nya demi menegakkan agama Islam. Walaupun beliau mempunyai banyak tentangan beliau tetap teguh menegakkan syiar Islam.
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi Nabi itu mengandungi pengajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang orang yang mempunyai akal fikiran. ’’(Yusuf :111)
Tidak cukupkah dengan sebab ini untuk kita membentangkan tajuk ini?
“ Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan “orang orang yang mempunyai akal fikiran. ”
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com