PENDAHULUAN
BERDASARKAN WAHYU, zakat adalah rukun ketiga dalam rukun Islam dan menjadi salah satu kewajipan yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang berkemampuan. Kewajipan zakat tidak terbatas kepada harta yang disebutkan secara formal atau verbal (harfiyah) dalam hadis dan kitab-kitab fiqh (turath) semata-mata
Zakat merupakan tunggak ekonoi bagi umat islalam. Dengan Itu, telah menjadi kewajiban oleh setiap umat Islam yang mampu melaksanakan rukun tersebut memandangkan perkara ini merupakan salah satu daripada rukun Islam.
Zakat juga merupakan asas kepada struktur ekonomi Islam, selain mempunyai komitmen yang berterusan terhadap pembangunan ekonomi secara global. Setiap muslim atau kumpulan yang menghayati tuntutan rukun Islam, mereka wajib melibatkan diri terhadap kesejahteraan masyarakat seluruhnya melalui sistem zakat untuk membina masyarakat yang maju, aman, dan teguh kedudukan asas ekonominya. Kehidupan awal masyarakat Islam, sebelum zakat difardukan, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam mendidik umatnya mengamalkan ibadah bersedekah mengikut kemampuan masing-masing secara sukarela bukan di atas paksaan.
Bercakap mengenai zakat, kewajipan zakat harta tidak terbatas hayan kepada harta yang disebutkan secara formal atau verbal dalam hadis dan kitab-kitab fiqh semata-mata. Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis nabi, zakat merupakan rukun ketiga daripada rukun Islam yang lima. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
11. Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu Yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum Yang mahu mengetahui. (At-taubah 9:11)
Perkataan zakat berasal daripada kalimah Arab klasik yang dituturkan oleh masyarakat Arab kuno, sebelum kedatangan Islam. Imam al-Mawardi menegaskan bahawa perkataan sedekah yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis memberi makna kepada zakat.
277. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Al-Baqarah 2: 277
Namun, dakwaan Schacht, seorang orientalis Barat yang mengatakan kalimah zakat bukan berasal daripada bahasa Arab asli, sebaliknya mengatakan bahawa perkataan tersebut berasal daripada perkataan bahasa Yahudi- Aramis yang bermakna taqwa adalah dakwaan yang sangat meragukan. Maka dakwaan barat tersebut dibangkang oleh :-
i. Penggunaan perkataan zakat di dalam al-Quran berlaku semenjak pra-Makkah lagi, sebagaimana yang terkandung dalam beberapa surah berikut.
ii. Sebelum berhijrah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam telah dipastikan bahawa baginda tidak pernah berhubungan dengan bangsa Yahudi.
iii. Schacht memperlihatkan ketidakjujurannya disebabkan beliau beranggapan sekiranya terdapat dua sebutan asing dan mempunyai satu erti
iv. T. M Hasbi Ashshiddieqy pula berkata : “ Memang orang- orang orientalis selalu berusaha menyelewengkan pengertian Islam dan perkataan- perkataan yang digunakan oleh orang Islam kepada tujuan yang membawa kepada kerendahan Islam.
PENGERTIAN ZAKAT SECARA LITERAL
Ungkapan kata dasar zakat membawa makna suci, rahmat, berkembang, subur, kejayaan, bertambah baik, damai, sedekah dan terpuji tetapi makna yang lebih tepat dan sering digunakan zakat harta.
PENGERTIAN ZAKAT MENGIKUT SYARIAH
Pada umumnya para fuqaha member takrif zakat seperti berikut:
“Penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang yang berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah bagi keredaan Allah (ibadah), penyucian diri dan harta kekayaan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak”
Maka takrifan zakat memberikan ciri-ciri asas kewajipan zakat, di antaranya ialah:
• Pelepasan milik harta bukan berdasarkan konsep hadiah, hibah ( pemberian), anugerah, murah hati atau belas ihsan sebaliknya berdasarkan kewajipan (fardu). Oleh sebab itu penzakat haram mengambil harta zakat semula, nilai atau manfaatnya selepas penyerahan telah disempurnakan
• Penyerahan sebahagian harta telah ditentukan kadarnya sebanyak 2. 5%-20% daripada pendapatan bersih sebagaimana yang dihukumkan oleh syarak dari satu masa ke satu masa yang ditentukan
• Perbezaan syarat digunakan terhadap jenis-jenis harta kekayaan dan cara memperolehi pendapatan tersebut
• Penentuan kadar minimum nisab yang berbeza-beza berdasarkan jenis harta kekayaan dan cara pengusahaannya
• Sistem pengagihan yang terkawal, dinamik dan berkesa kepada setiap asnaf yang layak menerimanya
• Sistem zakat bertujuan untuk membangunkan akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan individu dan Negara serta ummah bagi mendapat keredaan Allah Subhanahu wa ta’ala
TAKRIF DAN SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN ZAKAT al-MAL al-MUSTAFAD
Zakat al-Mal al-Mustafad merupakan zakat ke atas harta pendapatan yang diperolehi dripada usaha yang dilakukan oleh umat Islam. Zakat ini merupakan zakat yang diperkenalakn oleh Negara Islam pada baru- baru ini. Kepentingan zakat Islam dalam melaksanakan tuntutannya merupakan perkara wajib yang ditunaikan. Kecuaian seseorang individu dalam melaksanakan kewajipan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu sebagai mushrik atau kafir dan akan terjerumus ke neraka wayl.
PERANAN ZAKAT TERHADAP PEMBANGUAN DIRI DAN SOSIO EKONOMI
Zakat yang diwajibka kepada umat Islam merupakan satu sistem kehartaan dan ekonomi ummah Islam yang berperanan dalam membangunkan diri manusia dan budaya mereka. Zakat yang terkumpul adalah salah satu sumber tetap pembendaharaan Islam ( Baitumal). Harta dalam sisitem Islam tidak boleh dibekukan dlalam simpanan sahaja tanpa dikeluarkan( infaq). Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
7. apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).
Antara tujuan zakat diwajibkan kepada Islam ialah:
• Zakat dapat menyelesaikan masalah ketidakseimbangan pendapatan dan masalah ekonomi individu dan negarASistem zakat mampu menyekat gejala pemyimpangan secara berlebihan pada masa yang sesuai. Tidak sepatutnya harta itu dihabiskan dan mereka wajib memberi harta mereka beredar kepada orang ramai sehingga harta itu cair. Kepada pemilik harta yang tidak melaksanakan pengurusan harta mereka secara optimum akan mendapat kemurkaan Allah Subhanahu wa ta’ala.
Allah berfirman:
34. Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai Dengan cara Yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda:
“Perniagakanlah harta anak yatim supaya tidak disusutkan oleh zakat”
Zakat berperanan dalam mengubah nasib orang yang mengalami kesusahan kerana kutipan zakat yang dijalankan akan menjadi dana untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak menerimanya secara adil dan saksama serta membangunkan mereka. Rakyat yang miskin turut dapat menikmati hasil kekayaan individu atau syarikat melalui kefarduan zakat. Pada pemerintahan Saidina Umar Abd Aziz (101 H), dana zakat dapat, mengubah taraf hidup masyarakat miskin sehinggakan dana zakat tidak dapat diagihkan lagi kerana semua rakyat tidak memerlukan bantuan ketika itu, mempunyai tenaga, jiwa dan harta yang cukup.
Yusuf al-Qaradhawi membuat penjelasan mengenai dana zakat yang terkumpul dan cara pengagihan yang berkesan, beliau berkata: “Zakat dikutip daripada orang yang berada kemudian diagihkan kepada orang fakir miskin demi menampung keperluan asas mereka seperti perkahwinan, pendidikan, perubatan dan lain-lain.
Zakat juga mampu mengimbangi perkapita rakyat. Zakat yang terurus dengan baik akan menghasilkan nisbah perkapita rakyat yang terimbang seperti Muaz b. Jabal dari perintah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam yang dilantik sebagai pengurus zakat ke negeri Yaman.
“Nyatakan kepada penduduk Yaman bahawa Tuhan mewajibkan kepada mereka yang zakat dikutip daripada orang berada kemudian diagihkan kepada orang miskin setempat”
Peranan zakat yang dapat mempertahankan kesinambungan dan kemantapan aliran ekonomi yang tidak menentu. Sistem agihan zakat termasuk juga siberhutang(al-Gharimin), bagi memulihankan orang yang terbelenggu dengan hutang.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam :
“Dilarang umat Islam meminta-minta, kecuali pada tiga senan iaitu berhutang, hartanya dihanyutkan air, terbakar atau dibelanjakan untuk tanggungan sehingga tidak mempunyai harta langsung. ”
Kewajipan zakat dapat mengelakkan inflasi apabila berlaku kekurangan pengeluaran berbanding permintaan, belanja mengurus yang tinggi dan sitem riba yang meluas serta kadar pengangguran yang tinggi. Ekonomi Islam berupaya megatasi inflasi dengan menekan konsep masyarakat bekerja, mengelakkan pembaziran dan pengharaman riba
Allah berfirman:
275. orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Selain itu zakat juga tidak diagihkan kepada orang yang bekerja dan berada seperti yang dimaksudkan dalam hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda yang diriwayatkan Abdullah bin Omar:
“ Zakat tidak boleh diagihkan kepada orang yang berada dan orang yang mempunyai pekerjaan”
Zakat menggalakan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan pendapatan perkapita rakyat. Hal ini kerana zakat berperanan dalam membiakkan pertubuhan ekonomi serta makrodan membantu rakyat miskin secara khusus. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berusaha sehingga menjadi individu masyarakat pengeluar barangan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan barang.
15. Dia lah Yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki Yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)
Nabi pula bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik makanan dan minuman sesoerang itu adalah daripada hasil titih peluhnya sendiri”, sabdanya lagi “Seseorang yang membawa sebilah kapak dan memikul kayu di belakangnya untuk dipasarkan lebih mulia daripada meminta-minta sedekah sama ada diberi atau ditolak”
KEPENTINGAN ZAKAT ISLAM
Zakat merupakan rukun Islam yang wajib ditunaikan. Kecuaian melaksanakan tuntutannya boleh mengakibatkan individu atau pemerintahan dihukumkan sebagai mushrik atau kafir dan akan terjerumus ke dalam neraka wayl. Konsep zakat telah diterima oleh masyarakat kuno dan agama-agama samawi. Al-quran menyatakan bahawa Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Ya’qub, Bani Ya’qub, Bani Isra’il dan Nabi ’Isa AS. telah menyeru umat mereka untuk menunaikan zakat.
Abdullah b. Mass’ud (32H), ‘Ali b. Abi Talib (40H), ‘Abdullah b. Umar (73H), dan Ibn Majah(273H) ada meriwayatkan hadis daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. berhubung dengan balasan orang yang tidak membayar zakat yang bermaksud: “Tidak sempurna sembahyang zakat seseorang yang tidak menunaikan zakat dan tidak sempurna zakat seseorang yang tidak menunaikan sembahyang”
KONSEP NISAB AL-MAL AL-MUSTAFAD
Nisab diterima sebagai syarat asa kewajipan zakat harta kecuali pendapat ‘Abdullah b. Abbas (68H), ‘Umar ‘Abd Aziz( 101 H) dan al-Imam Abu Hanifah (105H). mereka tidak menjadikannya sebagai syarat harta pertanian. Dasar itu diwujudkan agar dapat membezakan antara golongan orang berada atau golongan miskin. Orang kaya diwajibkan membayar zakat, manakala orang miskin mnerima agihannya atau pembiayaan. Sistem ekonomi Islam menekan bahawa setiap kekayaan yang dimiliki oleh individu mahupun syarikat mesti dikongsi bersama.
Pada mulanya, persoalan nisan tdak sama sekali disentuh secara khusus tetapi ketetapan nisab mula diperkenalkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. selepas baginda berhijrah ke Madinah. Pada akhir hayat baginda, baginda berkesempatan untuk menulis surat perintah yang dinamkan “Kitab al-Sadaqah”. Bagi menjelaskan kadar nisab dan kadar zakat terhadap bintang ternakan, emas, perak, dan hasil pertanian sebagai panduan kepada seluruh wali ( gabenor) daerah.
Kumudian kitab ini menjadi panduan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan ‘Umar al-Khattab. Kitab ini dipercayai menjadi asas utama kepada perlaksanaan konsep yang tersebut secara umum di dalam Al-Quran.
Berikutan teks yang dinyatakan:
Dalam istilah undang-undang Islam, Nisab ialah kadar minimum yang dikenakan ke atas harta yang diwajibkan zakat. Oleh itu, hadis nabi pada masa itu hanya menetapkan jumlah minimum yang diisyaratkan k etas binatang, pertanian, emas dan perak sahaja kerana bilangan harta kenaan zakat hanya kepada zakat tersebut.
NAFKAH DAN TANGUNGGAN TIDAK DIKIRA SEBAGAI NISAB
Sistem “Penyata Pendapatan” pada setiap akhir tahun telah dilakukan oleh Khalifah ‘Uthman b. ‘Affan (35 H). Penyata itu menerangkan punca pendapatan dan perbelanjaan. Selain daripada keperluan asas seperti makanan, minuman, tempat tinggal, perubatan, pendidikan dan keperluan keprofesionalan diberikan perlepasan zakat. Sewajarnya ditambah satu lagi keperluan yang diberikan pelepasan zakat dan cukai, iaitu mas kahwin( mahar). Persoalan mahar hanya timbul bagi seorang bujang yang merancang untuk berumahtangga. Mahar merupakan satu tuntutan
yang diisyaratkan dalam perkahwinan. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :
4. dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian Yang wajib. kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya.
20. Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang Yang mengikutku". dan Bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberi kitab, dan orang-orang Yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam Yang Aku bawa itu)?" kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka Sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat (tingkah laku) sekalian. hambaNya
Oleh itu, kadar mas kahwin yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada bakal isterinya wajar diberi pelepasan zakat dan cukai.
NAFKAH KEPADA ISTERI MENDAPAT POTONGAN KIRAAN NISAB.
Seorang suami wajib memberikan saraan makanan, tempat tinggal, minuman, pakaian, dan pembantu jika berkemampuaan secukupnya kepada isteri disebabkan ikatan perkahwinan. Saraan itu diberikan kepada isteri selagi dia taat dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa(al- Habs). Saraan tersebut merangkumi isteri yang sedang dalm tempoh ‘iddah penceraian, saraan hadanah, susuan dan bayi itu kepada isteri yang telah tamat tempoh ‘iddah, sama ada dijaga ole ibunya mahupun orang lain.
Rasulullah bersabda: “Setiap nafkah yang diberikan kepada seseorang atau nafkah isterinya walaupun sedikit tetapi berniat kepada Allah tetap akan diberi ganjaran”. Mengikut al-Imam al-Syafi’I, ayat 50 surah al-Ahzab
19. mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (Wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); Dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh Yang menimbulkan) ketakutan, Engkau melihat mereka memandang kepadamu (Wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) Dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang Yang pengsan semasa hampir mati. kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu Dengan lidah Yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. dan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
Ayat di atas menjadi dalil yang mewajibkan suami memberi saraan kepada isteri secukupnyASuami yang tidak menunaikan kewajipan atau bersifat bakhil didalam perkara ini dengan tidak memberi saraan walaupun berkemampuaan, isteri boleh menuntut hak mereka melalui perintah mahkamah. Isteri juga dibernarkan mengambil harta suami walaupun di luar pengetahuaannya.
Pada suatu hari Hind (59H) (isteri Abu Sufyan b. Harb, seorang suami yang terlalu kedekut), mengadu kepada Rasulullah mengenai perbelanjaan diri dan anaknya, yang tidak mencukupi, katanya “Ya Rasulullah, suami aku seorang yang bakhil, dia memberikan saraan padaku dan anaknya tidak memadai kecuali aku mengambil hartanya diluar pengetahuan seckupnya. Adakah perbuatanku itu berdosa?” Jawab baginda, “Ambillah harta suami kamu bagi menyara diri kamu dan anak secukupnya dengan cara ma’aruf (bijaksana)
NAFKAH KEPADA KELUARGA MENDAPAT POTONGAN NISAB
Kehidupan pada era kini semakin meningkat dan menjadi persoalan kepada orang ramai ialah “Adakah memberi belanja atau saraan kepada keturunan wajib?”. Keturunan itu disebabkan oleh tiga faktor iaitu anak beranak hingga ke bawah, ibu bapa sehingga ke atas dan adik beradik ke bawah. Persoalan ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran :-
215. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) Yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam perjalanan. dan (ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya).
Mengikut al-Imam al-Syafi’I (204 H), keutamaan saraan diberi kepada isteri, anak, ibu bapa dan adik-beradik. Saraan yang ditanggung itu tidak boleh dibayar dengan nilai wang ringgit, ia wajib dijelaskan dengan barangan keperluan secara mutlak. Kewajiban memberi saraan kepada keluarga harus diberikan perhatian kerana perkara ini merupakan pemberian yang dituntut oleh agama, moral dan adat, tidak hanya berdasarkan kasih sayang dan keperluan semata-mata. Oleh sebab itu zakat tidak dibenarkan teragih kepada ibu bapa, anak dan keluarga terdekat. Mengenai kadar zakat saraan, ia boleh diputuskan melalui kerelaan pihak terbabit, undang-undang dan adat. Sebaiknya kadar tersebut perlu disemak setiap masa.
BEBANAN HUTANG TIDAK TERMASUK KIRAAN NISAB
Naluri manusia sebenarnya tidak terbatas dalam menginginkan sesuatu sehinggalah mereka menemui ajal. Sebenarnya nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah kepada hambanya tidak terhitung banyaknya. Namun kemahuan manusia secara peribadi tidak ada surutnya.
Di dalam Islam mengaharuskan amalan berhutang. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam berpesan kepada orang yang gemar berhutang supaya sentiasa beringat agar amalan berhutang tidak membelenggu kehidupan mereka
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda:-
“Tangan yang memberi itu lebih baik daripada menerima. ”
Persoalan mengenai harta hutang ialah: Siapakah yang berkewajipan mengeluarkan zakat? Adakah si piutang atau si hutang? Permasalahan ini timbul disebabkan beberapa tanggapan mengenai hutang itu sendiri.
1. Adakah si berhutang itu sebagai pemilik sebenar dan dalam waktu yang sama, adakah dia terdiri daripada orang kaya yang mampu menampung keperluan asas yang dijadikan syarat wajib zakat?
15
2. Adakah zakat itu ibadat atau hak fakir miskin?
3. Adakah hutang itu pinjaman terjamin atau pinjaman tidak terjamin?
Berdasarkan kenyataan Abu ‘Ubayd (224 H), sekurang-kurangnya ada lima jawapan terhadap pertanyaan di atas.
1. Disegerakan zakat bersama dengan harta yang ada jika si berhutang itu kaya
2. Wajib zakat jika si berhutang memulangkan hutangnya manakala tahun yang tertinggal diwajibkan ganti
3. Tidak wajib zakat tahun yang tertangguh hanya wajib zakat tahun pertama sahaja
4. Wajib zakat kepada si berhutang dan tidak wajib zakat kepada si piutang
5. Gugur kewajipan zakat kepada kedua-dua belah pihak walaupun hutang itu terjadi ke atas orang kaya.
HUTANG WAJIB DIBAYAR DAN BERKEMUNGKINAN JUGA BOLEH TERLUPUS ZAKAT
Seorang piutang yang berkemampuan dan melakukan pinjaman itu dengan dimeterai perjanjian dan terjamin dengan cagaran diwajibkan zakat. Mengikut pendapat Sufyan al-Thawri (106 H), hutang tersebut diwajibkan zakat pada hari penjelasan serta diwajibkan juga zakat tahun-tahun yang tertunggak.
FENOMENON PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SALURAN TIDAK RASMI-SATU ANALISIS EMPIRIK
Kewajipan membayar zakat telah sekian lama diinstitusikan di dalam undang-undang pentadbiran hal ehwal agama Islam di negara ini. Walaupun pembayaran zakat diwajibkan keatas golongan yang mampu menunaikannya namun sebahagian besar daripada mereka bersifat mengikut kemahuan sendiri terhadap pembayaran zakat. Hal ini berlaku walaupun telah termaktub dalam undang-undang zakat yang menjelaskan bahawa dakwaan akan dikenakan terhadap mereka yang lalai. Sungguhpun begitu, undang-undang ini tidak memberi kesan yang mendalam terhadap mereka
yang masih ada melakukan beberapa amalan yang jelas bertentangan dengan undang-undag zakat negeri
KEDUDUKAN SEMASA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ZAKAT
Setiap negeri digubal oleh Majlis Perundangan Negeri dalam menggubal Undag-undang Zakat. Oleh itu, setiap negeri mempunyai undang-undang zakat tersendiri. Bagi aspek jenis-jenis zakat yang boleh dikutip oleh saluran-saluran rasmi, Jadual 1 memberi gambaran umum bagi beberapa negeri di Malaysia Barat. Jadual 1 menerangkan bahawa ada dua saluran resmi kutipan zakat bagi negeri-negeri yang tersenarai. Semua negeri memperuntukkan pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIAIM) untuk mengutip semua jenis zakat. Tugas para amil mungkin berbeza di mana ada amil yang berkuasa mengutip semua jenis zakat, ada yang hanya boleh mengutip fitrah dan zakat biji-bijian sementara ada yang hanya berkuasa mengutip fitrah.
Walaubagaimana pun, hakikat di negara ini tidak membuktikan penguatkuasaan maksimum undang-undang zakat. Secara umum, ramai para pentadbir zakat mengakui bahawa jumlah zakat yang sepatutnya dibayar oleh orang-orang tertentu tidak dibayar lalu disebabkan keadaan ini tindakan undang-undang diambil.
Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia:
Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang memainkan peranan penting dalam kehidupan umat Islam sepanjang sejarah kewujudannya. Ia merupakan satu mekanisme ibadat kewangan dan perekonomian yang antara matlamatnya membersihkan jiwa manusia serta hartanya (pembayar zakat) dan membantu golongan yang kurang berkemampuan (asnaf) kerana kemungkinan terdapat hak orang lain dalam proses memperoleh harta tersebut. Secara teorinya, zakat dibayar oleh golongan yang kaya dan akan diagihkan kepada golongan miskin dan proses pengagihan zakat diharapkan mencapai tahap optimum kepada asnaf zakat. Justeru proses yang optimum ini akan memberikan impak yang berkesan dan besar bukan sahaja kepada asnaf zakat khususnya malah kepada ekonomi sesebuah negara secara amnya. Ini adalah kerana kesan daripada pengagihan zakat ini, asnaf bukan sahaja mungkin berjaya keluar daripada golongan yang menerima zakat malah mungkin akan menjadi penyumbang zakat. Akhirnya asnaf menjadi sebahagian daripada guna tenaga yang produktif dan menyumbang kepada ekonomi negara. 1 Dalil penentuan asnaf zakat telah dinyatakan secara jelas dalam al-Quran yang menjelaskan kelompok- kelompok yang berhak menerima zakat iaitu melalui firmanNya yang bermaksud:
20. (Sesungguhnya) orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah Dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang Yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang Yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang Yang berjaya.
Lapan golongan tersebut ialah al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang miskin), amil, muallaf yang perlu dijinakkan hatinya, al-riqab (hamba), al-gharimin (orang yang memiliki hutang), fisabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan akhirnya ibn sabil (musafir yang sedang dalam perjalanan). Mahmood Zuhdi (2003) berpendapat ayat tersebut memberi penerangan yang jelas tentang pengagihan zakat berbanding dengan masalah menentukan sumber zakat berdasarkan ayat tersebut yang memperincikan arahan. Ini disebabkan kemungkinan berlaku penyelewengan dan penggunaan hawa nafsu dalam mengagihkan zakat lebih besar berbanding menentukan sumber dan memungut zakat.
Pengurusan zakat di Malaysia telah bermula sejak era pre-kolonial lagi. Pada ketika itu pengurusan zakat belum ditadbir secara formal dan pembayar zakat akan membayar zakat kepada ustaz atau guru agama (bertindak sebagai amil) dan mereka akan mengagihkannya kepada asnaf yang layak. Ini menunjukkan pembayar zakat sangat yakin dengan ustaz-ustaz dan guru agama sebagai amil mereka pada ketika itu. Ciri-ciri peribadi yang ada pada ustaz dan guru pada ketika itu menjadi asas mengapa pembayar zakat sangat yakin dan seolah-olah berpuas hati dengan tugas mereka sebagai amil.
Berdasarkan Jadual 1, kajian ini mendapati hanya 52. 4 peratus responden membayar zakat walaupun tidak berpuas hati dengan pengagihan zakat dan sebaliknya sebanyak 47. 6 peratus responden tidak berpuas hati dan tidak membayar zakat. Ini menunjukkan hampir majoriti responden tidak membayar zakat yang berkemungkinan kerana tidak berpuas hati pengagihan zakat oleh institusi zakat. Jadual 2: Bilangan Responden yang Membayar Zakat
PERINCIAN TERHADAP ZAKAT
• Harta
Merupakan ujian dan fitnak kepada manusia. (ALI- IMRAN 186) Di dalam kisah Nabi Sulaiman AS disebutkan bahawa nikmat limpahan yang diberikan kepada beliau bagi menguji sama ada beliau bersyukur atau kufur dengan nikmat itu.
• Pengertian zakat
Zakat bertujuan membersihkan harta dan bersifat bahkil dalam diri pemilik harta. Zakat juga akan mengembangkan harta. Zakat juaga menjadikan kehidupan berkat. Dalam istilah masyarakat, zakat maknanya wajib. Kalau sedekah maknanya sunat.
• Waktu-waktu zakat
Zakat badan/ fitrah – zakat yang dikenakan keatas individu yang mempunyai tanggungan. Selain itu, zakat harta iaitu zakat yang dikenakan keatas harta benda yang dimiliki seseorang.
• Kewajipan zakat
Menunaikan zakat merupakan perkara wajib kerana zakat memberikan
Galakan agar memberi makan kepada fakir miskin.
1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? 2. Orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, 3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin. ( al-Maa’uun1-3)
Jika tidak menunaikan kewajipan zakat maka golongan inilah yang akan masuk neraka Saqar kerana tidak memberi makan kepada orang miskin.
42. (setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah Yang menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka) Saqar?" 43. orang-orang Yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk Dalam kumpulan orang-orang Yang mengerjakan sembahyang; 44. "Dan Kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; (Al- muddatstsir:42-44)
Dalam harta, ada bahagian tertentu yang menjadi hak kepada orang lain.
19. Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian Yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin Yang meminta dan orang miskin Yang menahan diri (daripada meminta)
(Al-dzariyaat:19)
Sunnah al-Quran adalah menyebut solat dan zakat bersama.
• Hikmah zakat
Fadhilat ibadah zakat amat besar dalm membentuk peribadi yang mulia.
Antaranya:
Melatih sifat menderma seseorang agar tidak memiliki perasaan kedekut dan sentiasa membantu umat Islam yang berada di dalam kesusahan
Mewujudkan kasih saying sesama insan iaitu di dalam konsep ini wujudnya dua jenis manusia iaitu pemberi dan penerima. Maka dari situlah, lahirnya perasaan kasih sayang antara mereka bahkan jurang antara si miskin dan si kaya semakin kurang.
Mengembangkan zakat seseorang jika seseorang itu sentiasa menjalankan kewajipannya dalam menunaikan zakat. Itu adalah janji Allah kepada hambanya
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala
39. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga Yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja Yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki". (Saba’:39)
SIAPAKAH YANG PERLU MEMBAYAR ZAKAT ?
Tidak semua umat Islam diwajibkan membayar zakat namun jika tidak memenuhi syarat yang telah diwajibkan:
Muslim.
Baligh
Harta yang diwajibkan membayar zakat
Zaman dahulu Zaman moden
Emas dan perak Gaji bulanan
Haiwan ternakan Pendapatan hasil sewaan
Hasil tanaman Wang simpanan
Barang perniagaan Wang caruman KWSP
Benda galian
Harta rikaz
Zakat haiwan ternakan
Tidak semua haiwan dikenakan zakat hanya binatang al-am sahaja yang diwajibkan zakat seperti
• Unta
• Lembu dan kerbau
• Kambing
Namun harus dikenakan syarat- syarat berikut:-
• Cukup nisab tetapi mengikut kadar yang telah ditetapkan dan berbeza mengikut haiwan
• Tempoh haul setahun
• Dibela pandang rumput yang bebas- binatang ternakan tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan yang berat dalam melakukan sesuatu.
Pembahagian nisab binatang
Nisab unta ialah 5 ekor sahaja. Kalau ada 5 ekor unta, maknanya sudah kaya. Kalau hanya ada 4 ekor unta, maka zakat unta tidak dikenakan. Berdasarkan athar iaitu surat khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam masalah zakat, jadual zakat unta adalah seperti berikut:-
Nisab unta Kadar zakat
5-9 Seekor kambing
10-14 Dua ekor kambing
15-19 Tiga ekor kambing
20-24 Empat ekor kambing
25-35 Bintu makhad (seekor unta betina yang berusia dua tahun lebih)
36-45 Bintu labun ( seekor unta betina yang berusia dua tahun lebih)
46-60 Hiqqah ( seekor unta betina berusia tiga tahun lebih)
61-75 Jazaa’h(seekor unta betina berusia empat tahun lebih)
• Kadar nisab lembu pula ialah tiga-puluh ekor
• Kadar nisab lembu ialah lima-puluh ekor
Nisab lembu/kerbau Kadar zakat
30-39 Tabii’ (seekor lembu jantan atau betina berusia setahun
40-49 Musinnah (seekor lembu betina berusia dua tahun
60-69 Dua tabii’
70-79 Satu tabii’ dan satu musinnah
80-89 Dua ekor musinnah
Kadar nisab kambing pula ialah 40 ekor
Nisab kambing Kadar zakat
1-39 Tidak perlu zakat
40-120 Seekor kambing
121-200 Dua ekor kambing
201-399 Tiga ekor kambing
400-499 Empat ekor kambing
500-599 Lima ekor kambing
600-699 Enam ekor kambing
Emas dan perak
Emas dan perak memang diwajipkan zakat. Dalil adalah firman Allah:-
34. Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai Dengan cara Yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. (Al-Tawbah:34)
Dalam ayat ini jelas bahawa azab dikenakan bagi mereka yang mempunyai emas dan perak tetapi tidak berzakat.
Antara contoh emas dan perak ialah:
• Jongkong emas dan jongkong perak
• Wang emas dan wang perak
• Perhiasan rumah daripada emas dan perak seperti pinggan emas
• Barang kemas daripada emas dan perak
Zakat wang
Sekarang ini wang digunakan sebagai alat pertukaran barang. Pada zaman dahulu sistem barter digunakan.
• Wang tersebut berharga dan mempunyai nilai.
• Wang tersebut boleh disimpan sama ada dirumah atau di bank
• Semua manusia, bahkan kalau tidak semua tetapi tetapi kebanyakkan mereka berusaha mendapatkan wang.
Zakat pendapatan
Antara harta yang boleh dikena zakat ialah pendapatan seseorang seperti gaji, bonus, upah dan sebagainya.
Zakat KWSP
KWSP adalah singkatan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ia adalah simpanan hari tua seseorang.
27
Zakat pertanian
Merupakan zakat wang kadarnya 2. 5% daripada hasil pertanian. Hasil pertanian merupakan hasil daripada makanan asasi seperti gandum, beras dan sebagainya
Pembahagian zakat
Bahagiam zakat hanya disebut di dalam Al-Quran secara ringkas, bahkan lebih ringkasnya lagi seperti hukum solat. Namun, dengan petunjuk seperti dinyatakan di dalam Al-Quran mengenai kaum mustahik zakat dan penjelasan yang diberikan oleh sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam serta para Khulafa Rasyidin, tujuh bagian mengenai masarif zakat yang akan dibahagikan :-
• Fakir miskin
Menurut sebahagian para ulama, fakir adalah orang yang tidak mempunyai harta, tidak mempunyai kerja atau usaha manakala miskin hanya mempunyai harta atau kerja tetapi tidak mencukupi.
Jadi golongan mustahik zakat dalam erti fakir atau miskin menurut mahzab Hanafi ialah:
Yang tidak punya apa-apa
Yang mempunyai rumah, barang atau perabot yang tidak berlebihan
Yang memiliki mata wang kurang dari nasib
Yang memiliki kurang dari nasib selain mata wang, seperti empat ekor unta atau tiga puluh sembilan ekor kambing yang nilainya tak sampai dua ratus dirham
Orang kaya yang dilarang mengambil zakat.
Secara umum para ahli fikih sependapat bahawa orang kaya ialah mereka yang memiliki harta wajib dizakat sebanyak satu nisab dengan syarat-syarat tertentu. Ini dapat dibuktikan hadis yang disampaikan Nabi kepada Qubisah bin Mukharik tatkala ia datang kepada beliau meminta bantuan kerana kesusahan yang dialami.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam
“Tidak halal meminta kecuali di antara mereka sedang menderita kemiskinan, maka halal baginya meminta sehingga dia mampu kembali”
Oleh itu, syarat pemberian hak saham fakir miskin ialah mereka tidak mempunyai harta atau usaha untuk menyara diri dan keluarganya tetapi tidak diwajibkan zakat sungguhpun mereka mampu berusaha tetapi tidak memperoleh perkejaan. Orang yang tidak pernah melakukan kerja keras halal mengambil zakat daripada bahagian fakir miskin sehingga mereka mempunyai pekerjaan yang tetap. seterusnya, mereka yang mampu mandapatkan nafkah tetapi sedang menutu ilmu dan jika berusaha akan terputus untuk memperolehi ilmu- berusaha mencari perkejaan tetapi tiada kesempatan untuk menuntut ilmu, maka tergolongan untuk menerima zakat.
Jika seseorang berusaha tetapi tidak mencukupi dalam kehidupannya dia juga tergolong dalam fakir atau miskin, maka dibolehkan mengambil bahagian zakat.
Pengertian “fakir” menurut mahzab Hanafi ialah orang yang tidak memiliki apa-apa di bawah nilai nisab menurut hukum zakat yang sah, atau nilai sesuatu yang dimiliki mencapai nisab atau lebih, yang terdiri daripada perabut, barang-barang, pakaian, dan buku-buku sebagai keperluan seharian. Menurut Bahasa Arab, Fakir berasal dari kata “Faqara” yang artinya orang yang patah tulang belakangnya. Atau orang yang sangat berhajat kepada sesuatu, kerana miskin. Atau orang yang papa dan termiskin. Manakala perkataan miskin, juga berasal dari Bahasa Arab “Sakana” yang bererti diam, tidak banyak bergerak, kerana miskin. Inilah yang terbanyak di negeri kita. Dalam Ilmu Fikih, orang miskin ialah orang yang berpenghasilan rendah, dan tidak mencukupi penghasilan yang ia peroleh dan mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya. Kedua istilah ini sering digabung menjadi fakir miskin, sebagai gambaran orang yang lemah dan perlu di tolong. Seorang muslim sekalipun ia mengerjakan solat masih dapat disebut orang celaka, jika tidak suka membantu orang miskin. Bahkan makna Pendusta agama itu, diantaranya orang yang “WALA YAHUDDHU… “(Orang yang tidak menganjurkan memberi makanan orang miskin ). Menurut ulama Tafsir WALA YAHUDDHU bererti, tidak menganjurkan atau tidak menyedari dan tidak menangani orang miskin sebagai tanggungjawab kita semua. Termasuk bagi mereka yang hidupnya menengah. Jika tidak dapat menyumbang wang dan harta, maka yang harus dilakukan adalah menyumbangkan tenaganya dengan jalan membanteras orang miskin kerana harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. Orang miskin yang tidak mendapat bagian maksudnya ialah orang miskin yang tidak meminta-minta.
Hak orang miskin menurut Al-Quran :-
19. Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian Yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin Yang meminta dan orang miskin Yang menahan diri (daripada meminta).
Kesimpulannya nahwa harta benda yang bertahun-tahun kita kumpulkan, bukan seluruhnya milik kita, sekalipun kita sendiri yang berusaha dan membanting tulang. Sebagian kecil didalamnya kepunyaan orang miskin. Bahkan kata kasarnya, jika kita gunakan sendiri, kita dianggap termasuk kelompok perampas hak orang miskin. Agama mewajibkan kita memberikan sebagian kepada mereka yang miskin. Tidak banyak hanya berkisar antara 2, 5 – 2O % pertahun. Tapi sebagian mufasir menganjurkan, setiap menerima rezeki, langsung dikeluarkan juga seketika, karena ditafsirkan masuk kelompok “ghanimah” (rezeki mendadak), semacam honor atau jasa dari keahlian. Dan inilah yang dipraktikkan sebahagian negeri-negeri Islam di Timur Tengah, sehingga orang miskinnya berkurang. Sebenarnya harta benda yang dikumpulkan orang yang berpunya (aghniya), sebagian dari jasa yang ikut bermandi keringat, ketika mengangkat harta itu misalnya dari pelabuhan ke gudang, waktu barang-barang itu diimport atau diekspot kita juga memperoleh bahagian kecil. Hasil pemberian yang disumbangkan kepada orang miskin, memang awalnya adalah haknya sendiri, namun tidak akan merugikan orang mampu ( aghniya ). Allah memusnahkan riba’ dan menyuburkan sedekah serta Allah tidak menyukai orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. Riba’ ialah memusnahkan harta itu atau mentiadakan berkatnya tetapi yang dimaksud dengan menyuburkan sedekah ialah memperkembangkan harta yang telah dikeluarkan melalui sedekahnya atau melipat gandakan berkatnya. Bantuan yang diberikan kepada orang miskin, bukan berkurang, tapi akan semakin bertambah.
Allah berfirman :-
276. Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
(Al-Baqarah 2:276)
Bantuan yang diberikan kepada orang miskin, sekaligus menghilangkan jurang pemisah antara si kaya dan miskin.
Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
103. Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Berdasarkan ayat tersebut, maka agihannya hendaknya dengan ikhlas menyerahkan sebagian hartanya, hendaknya berterima kasih dengan berdoa, agar lebih murah rezekinya kepada penyumbang.
Untuk menghidari kemungkinan terjadi korban menunggu sumbangan seperti bulan Ramadhan yang lalu, sebaiknya orang yang membahagikan zakat itu proaktif. Salah satu makna “Atu al-zakat” dalam Al-Quran bererti proaktif pergi ke lokasi membahagikannya. Itulah erti Walmarhum (iaitu miskin, tapi tidak meminta), kerana malu sehingga wajib bagi amil menghantarkannya. Inilah kaifiat pendistribusi sedekah yang benar.
Akhirnya, makna menyumbang (Atu zakat) kepada orang miskin ialah senantiasa bersiap sedia membantu sekalipun dasarnya adalah kewajiban Negara, sesuai undang-undang, tetapi kerana Islam mewajibkan zakat bersesuaian dengan Al-Quran, maka kita semua harus membantu pemerintah. Bantuan “aghniya” sesuai keikhlasan. Minimum sama kadarnya kewajiban zakat tahunan ( antara 2. 5 % sehingga 2O % ) tetapi bantuan yang lebih baik seperti yang dilakukan Rasul adalah membantu yang produktif. Hal itu sama juga di Korea iaitu petani menyewa diubah statusnya menjadi pemilik dan bantuan berikutnya merupakan bibit, air dan kredit murah.
33
Bantuan muslim yang berpendidikan menengah, minimumnya mengikut menjadi Amil (panitia), sehingga semua muslim kebanyakan berada dalam koridor pencinta rakyat miskin seperti sifat Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam.
Untuk menghindari pembahagian yang dapat membawa bencana, kaifiatnya mengantarkan ke kawasan orang miskin, seperti yang dipraktikkan Khalifah Umar bin Khattab RA. Bahawa orang-orang yang akan menghuni neraka nanti ialah orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak pula menbantu orang lain, memberi makan orang-orang miskin disekelilingnya
• Amil zakat
Orang yang terlibat dalam masalah pengurus zakat. Namun menjadi amil zakat perlu adanya syarat-syaratnya iaitu :-
Muslim-zakat itu adalah urusan kaum muslim, maka Islam menjadi syarat utama. haram bagi bukan Islam mengambil dan menerima wang zakat
Mukallaf- jujur dalam mengutip zakat dan mengagihkan zakat kepada asnaf yang layak menerimanya
Memahami hukum zakat kerana jika tidak arif dalam hokum maka tidak mampulah dia melaksanakan tanggungjawabnya.
Mampu menjalankan tugas tanpa rungutan dan sanggup memikul tugas itu
Jujur dan amanah
Yang dimaksudkan amil itu ialah mereka yang melaksanakan segala kegiatan urusan zakat mulai daripada pengumpul hingga bendahara dan penjaganyASelain itu, pencatat sehingga kepada pengira yang mencatat pengeluaran wang masuk dan keluar. Mereka ditugaskan juga dalam melaksanakan urusan pembahagian kepada asnafnya. Amil diberi kuasa oleh pemerintah dalam pengurusan zakat dan lain-lain hal yang merupakan urusan yang perlu ditangani.
34
Klasifikasi harta dan bahagian dalam melaksanakan urusan:-
1. Bahagian harta rikaz dan barang tambang wajib dikeluarkan zakat 1/5
2. Bahagian bijian dan buahan adalah kewajipan zakatnya 1/10 atau 1/20
3. Bahagian haiwan ternak seperti binatang an’am dalam zakatnya ada ketentuan khusus
4. Bahagian soal wang dan harta dagangan iaitu wajib dikeluarkan zakatnya 1/40
Seorang amil wajiblah beragama Islam kerana pengurusan zakat itu adalah urusan kaum muslimin. Hendaklah juga petugas zakat itu seorang mukallaf, iaitu orang dewasa yang sihat akal dan fikirannya. Di samping itu, dia haruslah amanah dalam menjalankan tugas agar wang zakat tidak digunakan sewenang-wenangnya dalam pengurusan harta demi memenuhi hawa nafsu. Pemahaman terhadap hukum zakat juga perlu ada pada amil, para ulama mensyaratkan petugas zakat itu harus memiliki pemahaman terhadap hukum zakat apabila dia ditugaskan di tempat umum kerana ketandusan pengisian dalam memliki ilmu hukum zakat boleh menimbulkan ketidakmampuan dalam melaksanakan tugas dan melakukan banyak kesilapan. Akhir sekali, kemampuan dalam menjalankan tugas dan sanggup memikul tugas ini.
• Muallaf
Boleh ditakrifkan sebagai orangyang berminat terhdap Islam atau terhalang niat jahat mereka atas kaum muslimin. Dalam istilah masyarakat mereka bagaikan orang yang baru masuk Islam.
Ada beberapa kefahaman dalam maksud muallaf ini:-
Orang yang diharapkan agar masuk Islam dengan pemberian
Orang yang ditakuti kejahatan dan kezalimannya.
Zakat dalam pandangan Islam bukan sekadar perbuatan baik yang hanya bersifat kemanusiaan dan bukan seekadar ibadah yang dilakukan secara peribadi tetap merupakan tugas penguasa atau merka yang sewenang-wenangnya menguruskan zakat
. Golongan mualaf adalah antara mereka yang layak menerima zakat. Ia sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah yang maksudnya: -
60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Golongan mualaf ialah mereka yang dijinakkan hatinya atau keyakinan hatinya dapat bertambah terhadap Islam. Mereka adalah salah satu dari lapan golongan yang layak menerima zakat. Golongan yang diharapkan keislamannya atau keislaman keluarga serta kaumnya. Golongan orang yang baru memeluk Islam perlu diberi perhatian agar bertambah mantap keyakinannya terhadap Islam. Ini kerana setiap orang yang baru memeluk Islam sesungguhnya telah meninggalkan agamanya yang lama, mengorbankan apa yang menjadi miliknya dari kedua orang tua dan keluarganya. Dimusuhi keluarga dan diputuskan rezekinya. Tidak dapat diragukan lagi, bahawa orang yang merelakan dirinya dan meninggalkan dunianya semata-mata kerana Allah sangat perlu diberi perlindungan dan pertolongan. 36
Ini seperti yang berlaku kepadaSafwan bin Umayyah yang pada masa pembukaan Kota Mekah diberikan keamanan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dan diberi masa untuk memikirkan tentang dirinya (sama ada mahu memeluk atau sebaliknya). Kemudian beliau kembali bertemu Nabi dan turut berperang bersama kaum Muslimin dalam peperangan Hunain, yang ketika itu beliau masih belum lagi memeluk Islam. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam memberinya sejumlah unta yang banyak dari sebuah lembah (wadi), sambil menyatakan ini adalah pemberian orang yang tidak takut akan kefakiran. Dengan pemberian itu Safwan bin Umayyah memeluk Islam.
• Hamba
Pada zaman sekarang, sistem perhambaan tidak digunakan lagi namun pada zaman dahulu mereka digunakan sebagai hamba abdi.
• Orang yang berhutang (Gharimum)
Orang yang mempunyai hutang dan tidak memiliki bahagian yang lebih dari hutangnya. Gharimin adalah kata dari bahasa Arab yang bermakna orang-orang yang mepunyai hutang.
Orang berhutang yang berhak menerima kuota zakat ialah orang yang berutang untuk kepentingan peribadi yang tidak boleh dihindarkan dengan syarat-syarat berikut:-
1. Hutang itu tidak kerana kemaksiatan.
2. Hutang itu dibebani penghutang
3. Si penghutang tidak mampu melunaskan hutangnya
4. Hutang itu sudah jatuh tempo atau dilunaskan ketika zakat itu diberikan kepada si pengutang.
• Orang yang berhutang untuk kepentingan sosial, seperti yang berhutang untuk mendamaikan antara pihak yang bertikaian dengan memikul denda kriminal atau membiayai barang-barang yang rosak berhak menerima zakat walaupun mereka mampu melunasi hutangnya.
• Orang yang berhutang disebabkan menjamin hutang orang lain, dimana yang menjamin kedua-duanya berada dalam situasi kesempitan wang.
• Orang yang berutang untuk pembayaran diyat (denda) kerana pembunuhan tidak sengaja, apabila keluarganya tidak mampu membayar denda tersebut, begitu juga kes negara. Pembayaran diyat itu dapat diserahkan kepada wali si terbunuh tetapi pembunuhan yang disengaja tidak boleh dibayar dari dana zakat. Namun demikian, pembayaran diyat tidak boleh lagi dipermudahkan dari dana zakat, kerana banyaknya kes pembunuhan yang tidak disengajakan. Para mujtahid zakat yang lain juga sangat memerlukannya. Oleh itu, dianjurkan membuat tabung dana sosial untuk meringankan beban orang yang menanggung diyat seperti ini. Sebagai contoh, kerana kemalangan lalu lintas dan sebagainya. Hal ini merupakan cadangan membuat tabung dana sosial keluarga untuk menyelaraskan sistem aqilah sesuai dengan tuntutan zaman.
Kriteria Gharimin Penerima Zakat
Status ekonomi yang berbeza, merupakan sebagian daripada realiti kehidupan yang tidak boleh dilari. Situasi ini, tidak mengganggu keharmonian hubungan antara individu mahupun masyarakat yang berbeza status ekonomi sekiranya memahami hak dan kewajibannya kerana mereka sebenarnya saling memerlukan ibarat si miskin memerlukan si kaya dan sebaliknya. Di samping juga, tiada jaminan bahawa situasi itu akan kekal selamanya. Adakala boleh berubah seratus peratus, si miskin menjadi orang kaya manakala si kaya menjadi si miskin. Namun, tidak ramai orang yang tidak memahami atau berpura-pura tidak tahu dan sebagai akibatnya pelbagai masalah muncul. Islam sebagai agama suci dimana orang kaya dan yang miskin adalah sama disisi Allah, agar terjalin rasa kasih sayang diantara sesama. Zakat yang Allah wajibkan bagi orang kaya lalu diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya, merupakan salah satu dari cara Islam mengeratkan hubungan antara si kaya dan si miskin supaya si kaya menyadari bahawa di dalam harta mereka ada juga bahagian untuk orang-orang miskin atau tidak mampu.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :-
19. Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian Yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin Yang meminta dan orang miskin Yang menahan diri (daripada meminta). (Adz Dzariyaat 51:19)
Antara yang berhak menerima zakat daripada orang kaya adalah al-gharim (orang yang berhutang). Namun penerima zakat ini harus memenuhi beberapa kriteria sehingga zakat yang dikeluarkan oleh orang-orang kaya tepat padanya dan tidak melahirkan perasaan tamak. Dengan demikian, hikmah zakat akan dirasakan oleh semua lapisan masyarakat.
DEFINISI AL-GHARIM
Dalam mendefinisikan Al-Gharim, terdapat pebezaan antara pendapat para ulama’, ada yang mengatakan, Al-Gharim adalah orang yang dikelilingi hutang ada juga yang menambah maksudnya dengan menyertakan puncanya. Ibnu Atsir R. A mengatakan Al-Gharim adalah orang yang menjamin pelunasan hutang orang lain dan tidak untuk berbuat maksiat atau berlaku boros. Berdasarkan penyertaan ini, Ulama’ fiqh menentukan ciri-ciri bagi Al-Gharim yang berhak menerima zakat dengan meninjau faktor berhutang atau dikelilingi hutang.
FAKTOR- FAKTOR BERHUTANG ATAU DIKELILINGI HUTANG.
Secara umum, ada dua jenis punca seseorang itu berhutang atau menjadi Al-Gharim:-
1. Gharim li maslahati nafsihi (Berhutang demi kebaikan atau keperluan dirinya)
2. Gharim li ishlahi dzatil bain ( Hutang disebabkan mendamaikan manusia, qabilah atau suku)
Kedua-dua jenis Al-Gharim di atas berhak menerima zakat tetapi dengan syarat Gharim limaslahati nafsihi dalam keadaan miskin manakala Gharim li ishlahi dzatil bain boleh diberi zakat walaupun kaya.
• Gharim Li Mashlahati Nafsihi
Para ulama’ mendefinisikan cirri-ciri Al-Gharim yang layak menerima zakat ialah mereka yang terjerat dengan hutang untuk kebaikan dirinya dan keluarganya, seperti orang yang berhutang untuk makanan, pakaianan, tempat tinggal dan sebagainya. Al-Ba’li R. A berkata, “Al-gharim ialah orang yang berhutang demi kepentingan nafkah diri dan keluarganya atau orang yang ditimpa bencana lalu mengakibatkan hartanya habis seperti banjir, gempa bumi, tsunami, kebakaran, pencurian dan sebagainya sehingga mereka termasuk fuqara’ (orang-orang fakir).

“Dan seorang yang ditimpa bencana sehingga hartanya musnah. Orang ini dihalalkan meminta-minta sampai kembali mendapat hartanya untuk hidup”.
• Adakah Hutang Disebabkan Kafarat Atau Fidyah Termasuk Gharim Yang Berhak Diberi Zakat?
Terdapat dua pendapat dalam hal ini :-
• Pendapat Ulama’ Hanafi dan Maliki mengatakan mereka tidak berhak mendapat zakat daripada baitulmal kerana hutang yang diberi adalah hutang yang berkaitan dengan (hak) manusia, sedangkan hutang kepada Allah seperti pembayaran kafarat atau zakat yang tertunda maka tidak boleh diambilkan daripada wang zakat.
• Pendapat sebagian Ulama’ Hanabilah, mereka membolehkan pemberian zakat dari baitulmal untuk Al-Gharim ini, dengan dalil bahawa hutang kepada Allah adalah hutang yang paling wajib dibayar.
• Bagaimana jika seseorang meninggal dalam keadaan berhutang? Jika seseorang itu mati meninggalkan hutang yang banyak daripada harta warisannya. Adakah boleh dilunaskan dengan wang zakat?
Dalam masalah ini Ulama’ memberi berbeza pendapat, ada yang melarang dan ada yang membolehkannya. Pendapat yang melarang adalah pendapat Ulama’ Hanafi dan Hanabilah serta salah satu pendapat Imam Syafie R. A. tetapi yang membolehkannya adalah pendapat Maliki.
Hadis riwayat oleh imam Bukhari :-
“Daripada Abu Hurairah R. A, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda, “Tiada seorang mukmin pun kecuali aku lebih berhak padanya di dunia dan akhirat, bacalah firman Allah yang bermaksud, “ Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri”, maka mukmin manapun yang mati dan meninggalkan harta maka ahli warisnya yang akan mewarisi hartanya. Barangsiapa mati meninggalkan hutang atau barang yang hilang maka hendaklah ia mendatangiku kerana aku adalah tuannya”.
• Gharim Li Ishlahi Dzatil Bayyin
Perselisihan antara suku seringkali berakhir dengan peperangan dan mengakibatkan korban. Situasi inilah yang menggerakkan hati orang-orang yang berjiwa sosial dan dermawan untuk memadamkan api permusuhan dengan menjadi sebagai orang tengah. Adakalanya upaya yang dilakukan memerlukan dana yang besar lalu hutang pun terpaksa ditempuh demi mencapai tujuan yang mulia iaitu menghentikan pertikaian. Orang seperti inilah yang disebut al-gharim li ishlahi dzatil bayyin. Imam Nawawi R. A dalam Kitabu Majmu’ menyatakan, “Iaitu seorang yang berhutang untuk mendamaikan pertikaian, seperti jika dikhuatiri terjadi peperangan antara dua suku atau dua orang yang berselisih, lalu hutang tersebut digunakan untuk memadamkan api permusuhan. ” Menurut pandapat Ulama’, gharim li ishlahi dzatil bayyin boleh menerima zakat walaupun dia kaya atau mampu. Imam Ibnu Abdil Bar t dalam kitab al-Istidkar mengatakan, “Tiga imam iaitu imam Malik, Syafie, Ahmad bin Hanbal dan para pengikut mereka menyatakan bahwa golongan ini boleh mengambil zakat walaupun dia kaya. ”
Berdasar sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam :-
“Harta sedekah (zakat) itu tidak halal buat orang kaya kecuali lima golongan, Iaitu orang yang berperang di jalan Allah, amil zakat, gharim, seseorang yang membeli barang zakat dengan hartanya, atau seorang yang memiliki tetangga miskin kemudian ia bersedekah kepadanya, kemudian si miskin tersebut menghadiahkan sedekah tadi kepada orang kaya”.
Syarat-Syarat Gharim Boleh Menerima Zakat
• Beragama Islam
Golongan ini berhak menerima zakat jika dia beragama Islam, begitu pula penerima zakat lainnya. Ibnu Mundzir R. A mengatakan, “Para Ulama’ telah bersepakat bahawa zakat itu tidak sah apabila diberikan kepada bukan Islam
• Al-Faqir (Miskin)
Syarat ini berlaku pada gharim limaslahati nafsihi (untuk keperluan peribadi), sedangkan pada gharim li ishlahi dzatil bayyin, syarat ini tidak berlaku. Ertinya, dia boleh menerima zakat walapun dia kaya.
• Hutang Bukan Untuk Maksiat
Jika hutang tersebut disebabkan maksiat seperti judi, minum arak, berbuat tabdzir dan boros, maka ia tidak diberi wang zakat. Imam Nawawi R. A menjelaskan, “Saya tidak pernah mendapati satu pendapat ahli ilmu yang membolehkan zakat diberikan kepada orang yang dikelilingi hutang dalam berbuat maksiat, sebelum ia bertaubat, kecuali pendapat lemah dari sebagian kecil Syafi’iyyah, seperti al-Hanathi dan ar-Rafi’y, yang memandang mereka boleh diberi kerana Gharim.
• Bagaimana Hukum Orang Yang Terbelit Hutang Ribawi?
Riba merupakan dosa besar dan termasuk maksiat kerana dikelilingi hutang riba’, ia tidak boleh diberi zakat untuk melunaskannya, kecuali jika bertauba. Namun bagi yang terpaksa berhutang dengan sistem riba’ untuk keperluan asas, maka baitulmal boleh memberikannya zakat. Hukum darurat ini diukur bersesuaian dengan keperluan
• Tidak Mampu Mencari Penghasilan Lagi
Ulama’ berselisih dalam masalah ini. Sebagian Ulama syafi’iyah dan sebagian hanabilah membolehkan pemberian zakat pada orang yang masih mampu bekerja. Menurut penyusun kitab Abhatsun fi Qadayaz Zakat, hukum yang sebenar dalam masalah ini ialah apabila hutangnya banyak dan dia dalam kesusahan untuk melunaskannya. Oleh itu, dia boleh menerima zakat walaupun masih mampu bekerja. Jika sebaliknya, hutangnya sedikit atau pihak pemberi hutangan memberikan tambahan waktu maka tidak boleh mengambil zakat dan berusaha untuk melunaskannya (sendiri).
• Bukan Keturunan Bani Hasyim (Keturunan Kerabat Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam )
Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda :-
“Sesungguhnya sedekah ini adalah kotoran manusia, dan ia tidak halal untuk Nabi Muhammad S. A. dan juga keluarga baginda”.
• Waktu membayar hutang sudah jatuh tempo
Jatuh tempoh merupakan syarat yang berselisih oleh para Ulama’. Ibnu Muflih R. A berpendapat, “Hukum yang dilihat daripada hadis Qabishah R. A, bahawa gharim boleh mengambil zakat walaupun belum jatuh pada tempoh. ” Namun Imam Nawawi R. A menyatakan bahawa gharim tidak boleh diberi zakat kecuali setelah jatuh pada tempoh. Dr. Sulaiman al-Asqar menguatkan pendapat pertama dengan catatan, baitulmal boleh mengeluarkan zakat untuk gharim tersebut, apabila sudah jatuh tempoh dengan hanya tinggal beberapa bulan atau sudah masuk dalam tahun jatuh tempoh beberapa tahun atau lebih dari satu tahun maka tidak berhak menerima zakat untuk melunaskan hutangnya, kecuali situasi seseorang yang memberikan hutang dalam keadaan sakit atau memerlukannua. Wallahu A’lam.
7. Gharim Bukan Termasuk Dalam Tanggungan Orang Yang Berzakat (muzakki)
Apabila gharim berada dalam tanggungan muzakki seperti isteri atau kerabat lain, maka zakat yang diberikan kepada orang ini tidak sah kerana dia seolah-olah membelanjakan harta untuk dirinya sendiri. Oleh itu, apa-apa yang dikeluarkan tidak boleh dinamakan zakat, tetapi dianggap sebagai nafkah yang diberikan kepada rumah tangga untuk keluarganya. Golongan yang termasuk dalam tanggungan muzakki adalah isteri, anak dan keturunannya.
KADAR ZAKAT YANG DIBERIKAN KEPADA GHARIM
Harta zakat daripada baitulmal yang diberikan kepada gharim ialah jumlah hutang yang harus dilunaskan kerana tujuan penyaluran zakat untuk gharim terbatas dengan tujuan ini. Ibnu Qudamah R. A berkata, “GhArim diberi zakat untuk melunaskan hutangnya walaupun amat banyak. ” Ibnu Rusyd R. A, penyusun kitab Bidayatul Mujtahid menyatakan, “Gharim diberi zakat dengan sejumlah hutangnya jika hutangnya bukan kerana maksiat” Dalam hal ini, semaka lahirnya dua kumpulan iaitu faqir dan gharim pada seseorang dan mereka layak menerima zakat untuk kemiskinannya dan melunaskan hutangnya sehingga mereka mendapat hartanya kembali.
• Fisabilillah
Fisabilillah merupakan gelaran yang dianggap mulia dalam pandangan Islam. Sejak dahulu lagi Fisabilillah yang menjadi polemik di antara ulama, ada yang menyempitkan makna fisabilillah dan ada yang meluaskan pemahamannya. Perbincangan ini bukanlah hanya untuk menyenaraikan pendapat-pendapat yang bercanggah di antara ulama tetapi lebih kepada analisa yang tepat bagi memastikan kebenaran itu adalah tulen yang perlu dipatuhi dan merupakan perbincangan yang melibatkan keharusan talfiq selagi sesuatu masalah itu masih kabur dan tidak nyata. Perbincangan juga melibatkan maslahah yang menjadi alasan dan senjata utama bagi mereka yang mengeluarkan hukum tanpa asas, tanpa memahami dengan mendalam maksud sebenar maslahah dalam Usul Al-Fiqh. Ramai golongan yang suka bercakap mengenai Fiqh tetapi tidak berdasarkan asas sebenar Fiqh itu iaitu usul Al-Fiqh. Realitinya amalan peluasan makna fisabilillah memang dipraktikkan di Malaysia tanpa mengambil kira asas sebenar syariah.
Pendapat-pendapat ulama terhadap saham fisabilillah:-
• Golongan yang menyempitkan makna fi sabil Allah.
a) Mahzab Hanafi
Imam Abu Yusof berpendapat bahawa makna fisabilillah bermaksud tentera-tentera Islam yang tidak berkeupayaan menyertai perang disebabkan kemiskinan yang dialami, ini merupakan maksud yang mula terlintas di fikiran. Imam Muhammad al-Hassan pula berpendapat fisabilillah bermaksud orang yang tidak cukup kelengkapan menunaikan haji dengan bersandarkan satu hadis bahawa seorang lelaki hendak menyerahkan seekor unta untuk tujuan perang tetapi Rasulullah menyuruh beliau menyalurkannya untuk tujuan haji. Al-Kasani dalam Badai’ al-sanai’ menjelaskan bahawa maksud fisabilillah adalah semua bentuk amalan mendekatkan diri dan ketaatan kepada Allah. Ibn Nujaym dalam al-Bahr mengatakan bahawa unsur kefakiran mestilah ada pada setiap bahagian. Diisyaratkan pemilikan harta zakat pada asnaf, maka tidak boleh disalurkan untuk pembinaan masjid, kafan serta pembayaran hutang mayat, pembinaan jambatan, terusan, pembinaan jalan, haji dan jihad yang tiada kaitan dengan pemilikan harta. Ringkasnya ulama Mazhab Hanafi mentakrifkan fisabilillah sebagai amalan-amalan yang mendekatkan diri dan ketaatan kepada Allah serta mensyaratkan wujudnya sifat kefakiran bagi bahagian fisabilillah kecuali bahagian amil dan berlakunya pemilikan harta, maka tidak harus disalurkan zakat pada pembinaan masjid, pembinaan jambatan, tali air, jalan dan sebagainya.
b) Mazhab Maliki
Ibn al-Arabi dalam Ahkam al-Quran meriwayatkan daripada Imam Malik bahawa maksud fisabilillah banyak maknanya, tetapi tiada perselisihan pendapat tentang makna perang pada jalan Allah.
Muhammad Ibn al-Hakam mengatakan bahawa zakat boleh disalurkan bagi mendapatkan binatang dan senjata bagi kegunaan perang, bagi menahan kemaraan musuh kerana semuanya untuk kebaikan berperang berhujahkan satu hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam pernah menyalurkan zakat dalam bentuk seratus ekor unta kepada jajahan kekuasaan Sahal Ibn Abi Hathmah bagi meredakan penentangan. Al-Dardir menjelaskan dalam Syarh ala Matan Khalil bahawa zakat diberikan kepada tentera dan keperluan mereka seperti senjata dan kuda (pengangkutan), walaupun tentera itu kaya kerana mereka menerima zakat melalui bahagian jihad bukan kefakiran. Diberikan juga kepada pengintip-pengintip walaupun seorang kafir tetapi tidak boleh disalurkan pada pembinaan benteng negara dan dalam perkara yang mempunyai kaitan sebahagian sahaja dalam perang. Dalam tafsir al-Qurtubi menyatakan bahawa maksud fisabilillah adalah tentera-tentera serta kelengkapan yang berkaitan sama ada miskin kaya dan ini adalah mazhab Maliki. Ringkasnya, makna fisabilillah dalam Mazhab Maliki bermakna bagi tujuan peperangan, jihad dan yang berkaitan dengannya, tidak hanya tertakluk pada tentera tetapi lebih meluas pemahamannya merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan persediaan perang dan boleh disalurkan zakat walaupun pada orang kaya.
c) Mazhab Syafie
Al-Nawawi dalam Minhaj al-Talibin menjelaskan bahawa maksud fisabilillah bermakna tentera-tentera yang tidak menerima gaji daripada kerajaan, iaitu bermakna tentera yang sukarela menyertai peperangan. Al-Syafie menjelaskan dalam al-Umm bahawa bahagian fisabilillah disalurkan kepada tentera yang berada dalam kawasan sesuatu zakat yang disalurkan, sama ada yang kaya atau miskin kecuali diperlukan sebaliknya.
Ringkasnya, Mazhab Syafie memfokuskan makna fisabilillah hanyalah untuk jihad, tentera yang tidak menerima gaji dan yang berkaitan dengannya walaupun ia kaya.
d) Mazhab Hanbali
Mazhab Hanbali sama dengan Mazhab Syafie dalam mentakrifkan fisabilillah iaitu tentera-tentera sukarela yang tidak menerima gaji daripada kerajaan atau yang menerima gaji tetapi tidak mencukupi keperluan mereka untuk berperang walaupun kaya. Al-Bahuti menjelaskan bahawa tidak harus disalurkan zakat selain daripada yang disebutkan oleh Allah seperti pembinaan masjid, jambatan, terusan, pembinaan jalan, kafan mayat dan semua bentuk kebaikan untuk keredaan Allah.
Terdapat dua riwayat Imam Ahmad berkaitan dengan haji :-
1. Haji termasuk dalam fisabilillah
Berdasarkan hadis Umm Mi’qal al-Asadiyyah bahawa suaminya menyerahkan seekor unta untuk tujuan berjihad tetapi beliau ingin menggunakannya demi tujuan haji, lantas meminta unta tersebut daripada suaminya tetapi enggan, maka perkara ini diadukan pada Rasulullah dan baginda memutuskan supaya diberikan pada Umm Mi’qal dengan bersabda :-
“Haji dan Umrah itu termasuk fisabilillah”.
2. Haji tidak termasuk fisabilillah.
Ibn Qudamah dalam al-Syarh al-Kabir menjelaskan bahawa ini lebih tepat kerana fisabilIllah bermakna jihad merupakan maksud yang pertama terlintas di fikiran kerana sebahagian besar ayat al-Quran y umusan
Hasil daripada kajian ringkas ini menunjukkan bahawa keempat-empat mazhab bersepakat mengatakan bahawa:-
1. Jihad atau perang kerana Allah termasuk dalam fisabilillah.
2. Penyaluran zakat terhadap tentera-tentera yang terlibat dengan jihad.
3. Ketidakharusan penyaluran zakat bagi tujuan maslahah umum seperti pembinaan empangan, terusan, masjid, sekolah, jalan, urusan jenazah.
Gologan yang memperluaskan makna fisabilillah.
Al-Razi menyatakan dalam takfsirnya : “Zahir lafaz fisabilillah tidak menunjukkan pengkhususan terhadap tentera sahaja justeru al-Qaffal menyatakan dalam tafsirnya mengikut sebahagian fuqaha mengharuskan pembahagian zakat kepada semua bentuk kebaikan seperti mengkafankan mayat, pembinaan benteng dan masjid kerana fisabilillah umum bagi semua”. Anas Ibn Malik dan al-Hassan Ibn Qudamah dalam al-Mughni menyatakan bahawa Anas dan al-Hassan al-Basri pernah mengatakan bahawa “apa yang anda salurkan pada pembinaan jambatan dan jalan ia adalah sedekah yang diterima”. Al-Imamiyyah al-Ja’fariyyah 49
Kitab al-Mukhtasar al-Nafi’ menjelaskan bahawa fisabilillah bermakna setiap kebaikan dan kepentingan umum seperti haji, jihad dan pembinaan jambatan dan ada pendapat yang mengatakan bahawa ia khusus untuk jihad sahaja. Kitab Syarai’ al-Islam menyebutkan bahawa kepentingan umum seperti pembinaan jambatan, masjid, haji dan semua bentuk kebaikan termasuk dalam kategori fisabilillah.
Al-Zaidiyyah
Pengarang al-Rawd al-Nadir menjelaskan bahawa Imam Zayd mengatakan bahawa zakat tidak boleh disalurkan pada urusan jenazah atau pembinaan masjid, tetapi beliau sendiri menyalahi pendapat Imam Zayd dengan mentarjihkan peluasan makna fisabilillah. Dalam Syarh al-Azhar dinyatakan bahawa harus disalurkan zakat untuk kepentingan umum umat Islam dan ini adalah nas Imam al-Hadi. Al-Sayyid Rasyid Ridha berpendapat bahawa fisabilillah bermaksud kebaikan umum umat Islam bagi tujuan agama dan negara bukan untuk persendirian, yang paling baik dan patut diutamakan ialah untuk berjihad; pembelian senjata, bekalan makanan askar, pengangkutan tentera dan sebagainya, tetapi segala peralatan tersebut perlulah dikembalikan balik pada baitulmal disebabkan sifat fisabilillah hanya sah semasa berlakunya peperangan. Termasuk juga pembinaan hospital tentera, kebajikan umum dan pembinaan jalan-jalan, landasan keretapi tentera, menara-menara tentera, lapangan terbang tentera, bagi tujuan bekalan pendakwah-pendakwah Islam melalui institusi-institusi yang berkaitan. Al-Syaikh Mahmud Syaltut berpendapat bahawa makna fisabilillah bermaksud kepentingan-kepentingan umum yang tidak dimiliki oleh sesiapapun hanya untuk jalan Allah dan untuk kepentingan manusia. Diutamakan persiapan perang bagi mempertahankan kehormatan daripada musuh, termasuklah peralatan yang canggih, hospital tentera dan awam, pembinaan jalan, bagi tujuan pendakwah Islam membolehkan penyaluran zakat bagi tujuan pembinaan masjid dengan syarat mengikut keperluan sahaja.
Kesimpulan
• Majoriti ulama termasuklah mazhab yang keempat-empatnya mengkhususkan makna fisabilillah dengan makna jihad atau perang dan yang berkaitan dengannya. Hanya segelintir sahaja yang memperluaskan makna tersebut dengan hujah yang rapuh. Pemberian zakat kepada mangsa bencana alam memang jelas tidak termasuk asnaf yang layak menerima zakat. Sebagai alternatifnya segala bantuan yang hendak disalurkan kepada mangsa-mangsa berkenaan bolehlah diambil daripada sumber-sumber kewangan yang lain selain zakat ataupun diteliti dan dibuat analisa sekiranya di antara mangsa-mangsa yang terbabit tergolong dalam asnaf yang tujuh
• Ibnu Sabil
Orang yang dalam perjalanan (ibnu sabil) adalah orang asing yang tidak memiliki tambang untuk kembali ke tanah airnya. Golongan ini diberi zakat dengan syarat-syarat sebagai berikut:
1. Sedang dalam perjalanan di luar lingkungan negeri tempat tinggalnya. Jika masih di lingkungan negeri tempat tinggalnya, lalu ia dalam keadaan memerlukan, maka dianggap sebagai fakir atau miskin.
2. Perjalanan tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam, sehingga pemberian zakat itu tidak menjadi bantuan untuk berbuat maksiat.
3. Pada waktu itu dia tidak memiliki tambang untuk kembali ke negerinya. Jika dia mempunyai hutang yang belum jatuh tempoh, atau orang lain yang tidak mengetahui keberadaannya, atau seseorang yang dalam kesempitan wang, atau pada orang yang mengingkari hutangnya, maka semua itu tidak menghalangnya hak menerima zakat.
Bagaimana dengan calon musafir?
Pendapat pertama ialah jika dia tidak termasuk dalam golongan ibnu sabil, ini adalah pendapat jumhur dengan alasan bahawa sabil adalah jalan, maka ibnu sabil adalah orang jalanan yang ada di jalan bukan orang yang hendak jalan.
Pendapat kedua ialah muqim termasuk ibnu sabil apabila dia hendak berangkat dari negerinya, tetapi dia tidak mempunyai harta sebagai bekalan dalam safarnya, ini adalah mahzab Syafie, dengan mengqiyaskannya dengan musafir dalam erti yang sebenarnya.
Fatwa an-Nadwah li Qadhaya az-Zakah al-Muashirah kesembilan berkait dengan Ibnu Sabil:-
1. Ibnu sabil adalah musafir sebenarnya, sejauh mana jarak perjalanannya, yang memerlukan bekalan disebabkan hilangnya harta atau habisnya bekalan, walaupun dia adalah orang kaya.
2. Syarat memberikan zakat kepada ibnu sabil adalah:-
• Perjalanannya bukan perjalanan maksiat.
• Tidak boleh mendapatkan hartanya.
3. Ibnu sabil diberi zakat bersesuaian dengan hajatnya seperti bekalan, penginapan, pembiayaan perjalanan ke tempat yang dituju kemudian pulang ke negerinya.
4. Ibnu sabil tidak dituntut untuk menyertakan bukti atas kehabisan harta dan nafkah, kecuali apabila keadaannya tidak seperti yang ditunjukkan.
5. Ibnu sabil tidak wajib berhutang sekalipun jika ada orang yang mahu memberinya hutang dan bekerja sekalipun dia mampu bekerja.
6. Ibnu sabil tidak wajib mengembalikan baki harta zakat yang masih ada ditangannya ketika dia sudah tiba di negerinya dan hartanya, sekalipun lebih baik baginya apabila dia mengembalikan sisa tersebut apabila dia adalah orang yang mampu menunaikan zakat.
7. Orang-orang berikut ini termasuk ke dalam ibnu sabil dengan syarat dan ketentuan diatas:-
• Jamaah haji dan umrah.
• Penuntut ilmu dan pencari kesembuhan (pengubatan).
• Para da’i ke jalan Allah Ta’ala.
• Orang yang berperang di jalan Allah Ta’ala.
• Orang yang diusir dan dipindahkan dari negeri mereka atau tempat tinggal mereka.
• Para perantau yang hendak pulang kampung namun tidak memiliki bekalan.
• Orang yang berhijrah atau berlari menyelamatkan agama mereka yang dihalang untuk pulang ke negeri mereka atau mengambil harta mereka.
• Orang yang bertugas dan para wartawan yang berusaha mewujudkan kebaikan informasi syar’i.
Adakah Orang Gelandang Termasuk Ibnu Sabil?
Pertama: Pendapat Dr. Yusuf al-Qardhawi ialah mereka termasuk juga atas alasan orang-orang yang tidak mempunyai tempat tinggal seperti orang jalanan kerana mereka tinggal di jalanan dan berlindung di jalanan, sehingga hukum mereka adalah sama dengan orang musafir yang terputus dari hartanya.
Kedua: Pendapat Dr. Umar al-Asyqar ialah mereka tidak termasuk kerana mereka adalah orang-orang yang tinggal, tidak berharta, sehingga mereka lebih dikategorikan miskin.
Orang-orang di Perantauan demi Mencari Ilmu atau Untuk Bekerja
Sebagian kaum muslimin pergi ke negeri orang untuk menuntut ilmu atau untuk mencari pekerjaan yang lebih baik, dan selama di perantauannya tersebut dia memerlukan pembiayaan untuk menamatkan pelajarannya atau mencari pekerjaan, adakah diira golongan ibnu sabil?
Jawapan dari pertanyaan ini dilihat melalui perincian tentang keadaan mereka.
• Mereka mempunyai harta di negeri mereka namun mereka tidak mampu mengambilnya atau memanfaatkannya.
• Mereka telah menetap di negeri perantauan, maka mereka bukan ibnu sabil, kerana ibnu sabil hanya untuk musafir bukan bermuqim.
• Mereka belum tinggal menetap di negeri tersebut, keadaan mereka memiliki dua kemungkinan:-
a) Apabila mereka pulang dalam waktu dekat maka mereka diberi dari wang zakat dengan kadar yang cukup untuk mereka pulang ke negeri mereka.
b) Apabila mereka menetap dalam jangka waktu yang lama untuk belajar atau bekerja, maka mereka dihukum sebagai muqim, mereka tidak boleh mengambil wang zakat kecuali bila mereka mereka fakir dan miskin. Wallahu a’lam.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com