Tajuk: Riwayat Hidup Nabi Ibrahim AS

PENDAHULUAN
Nama sebenar Nabi Ibrahim as adalah Ibrahim bin Tarikh bin Nahor bin Sarugh bin Roghou bin Falegh bin Aabir bin Soleh bin Arfakhsyaz bin Saam bin Nuh (as). 

Al-Haafizh bin Asaakir di dalam kitabnya yang mengandungi sejarah hidup Nabi Ibrahim as ada menyebutkan riwayat yang di peroleh dari Ishak bin Basyar Al-Kahiliy, penulis kitab Al-Mubtadaa bahawa nama ibu kepada Nabi Ibrahim as adalah Umailah. Di dalam kitab itu ada diterangkan secara panjang lebar tentang kisah kelahiran Nabi Ibrahim. Berbeza dengan Al-Kulabiy, menurut beliau nama ibu kepada Nabi Ibrahim as adalah Boona binti Karibta bin Kartsiy dari kalangan bani Arfakhsyaz bin Saam bin Nuh. 

Ibnu Asakir dalam riwayat lain yang bersumber daripada Ikrimah mengatakan bahawa Nabi Ibrahim as sering dipanggil sebagai Abu Dhaifan. Mereka mengatakan bahawa apabila usia Tarikh mencapai 75 tahun, isterinya melahirkan Ibrahim as, Nahor dan Haron. Dalam urutan persaudaraan itu, Nabi Ibrahim lahir di tengah, berada di antara kedua saudaranya. Haron meninggal di kampung halamannya sewaktu Tarikh, ayahnya masih hidup. Tanah kelahiran Haron bernama Al-Kalidaniyyin (Caledonia). Orang-orang menyebutnya sebagai Negeri Babil. 

Para ahli sejarawan terkemuka ada mengatakan bahawa setelah memasuki usia dewasa, Ibrahim menikahi Sarah iaitu anak perempuan kepada Haron, anak saudaranya sendiri. Selepas itu mereka menerangkan bahawa Tarikh mengajak anak-anaknya, Ibrahim serta isterinya Sarah dan anak saudaranya iaitu Luth bin Haron pergi dari Caledonia menuju Kan’aan. Tiba di Hirran, Tarikh menemui ajalnya ketika beliau mencecah usia 250 tahun. 

Mereka menyambung perjalanan ke kan’an atau lebih dikenali wilayah baitul maqdis. Dari masa ke semasa mereka berpindah tempat sehingga menjejakkan kaki di wilayah jazirah dan syam. 

Kepercayaan orang ramai ketika itu dikenali sebagai menyembah tujuh bintang. Masyarakat yang tinggal di ibu kota Damsyik ketika itu peribadatan mereka mengikuti kepercayaan ini. Dalam kaedah peribadatan mereka menghadap kea rah selatan menyembah tujuh bintang dengan bermacam ucapan dan tindakan. 

Oleh yang demikian, pada setiap pintu gerbang kota Damsyik lama terdapat haikal yang menggambarkan salah satu bintang itu. Mereka memperlakukannya sebagai tempat kembali dan tempat peribadatan. 

RIWAYAT HIDUP NABI IBRAHIM AS
DAKWAH IBRAHIM KEPADA AYAHNYA

Sasaran dakwah yang paling awal dituju kepada ayahnya, Tarikh. Sebagaimana diketahui, ayah Nabi Ibrahim as termasuk dalam kalangan pengikut paganisme (menyembah berhala). 

Dakwah yang disampaikan oleh ibrahim AS kepada ayahnya dilakukan melalui kaedah mushawarah (berbincang) dan mujadalah (berdebat). Disentuh juga tentang cara ibrahim AS menyeru ayahnya menuju kebenaran dengan menerapkan sikap lemah lembut, memberi keterangan secara terperinci dan memberi petunjuk yang lebih baik. 

“ Ayah ! Sesungguhnya aku telah memperoleh ilmu yang tidak kamu peroleh. Maka ikutlah aku. Aku akan membimbingmu (menuju) jalan yang lurus ”. (surah maryam: 43)

“ biarkanlah aku selamanya ”. (surah maryam: 46)

maksudnya, ayah ibrahim menentang pemutusan hubungan keluarga dalam waktu yang lama. 

Ibrahim berkata: ‘Semoga keselamatan terlimpah untukmu. Aku akan memohonkan pengampunan bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. Aku pasti akan menjauhkan diri darimu dan dari berhala-berhala yag kamu seru selain Allah. Aku akan berdoa kepada Tuhanku, semoga aku tidak kecewa dengan berdoa

BABILON DAN PENYEMBAHAN BERHALA
Penduduk Negeri Babil (Babilonia) kuno dikenali sebagai masyarakat yang menyebah berhala. Mereka adalah sebuah masyarakat yang mengalami kehancuran dan kekacauan dalam system peribadatannya. Kenyakinan yang mereka pegang secara kuat adalah sesuatu hal yang sangat rendah dan tidak berasas. 

Di dalam surah ash-shaffat ayat 83-98 ada menjelaskan perihal Nabi Ibrahim AS yang mengingkari kaumnya yang mnyebah patung berhala. Beliau menghina patung-patung berhala itu di hadapan kaumnya. Ibrahim AS memandang remeh berhala mereka dan menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak bernilai. 

Kebanyakkan masyarakat yang menyembah berhala itu kerana dengan alas an orang tua dan nenek moyang mereka menyembahnya. Mereka cukup mnyedari bahawa patng berhala yang disembah itu sama sekali tidak dapat mendengar dan melihat selain tidak bermanfaat atau membahayakan. Mereka dibawa arus dala beribadah menyembah berhala daripada orang-orang terdahulu dari keturunan mereka. 

TINDAKAN IBRAHIM TERHADAP BERHALA
Suatu ketika Ibrahim AS menyatakan sumpah akan menghancurkan berhala-berhala itu. Ada yang berpendapat bahawa sumpah itu diucapkan oleh Ibrahim AS secara tersembunyi di dalam hatinya. Menurut Ibnu Mas’ud katakana bahawa ucapan itu didengar oleh sebahagian orang di antara mereka. 

Di kalangan masyarakat Nabi Ibrahim AS, mereka telah memiliki tempat tertentu yang digunakan untuk perayaan atau peribadatan di stiap tahun. Tempat itu berada di pusat kota. Pada hari perayaan ayahnya mengajak Ibrahim AS untuk mengikuti perayaan itu tetapi beliau menolaknya. 

Ucapan itu sudah cukup memberi pengertian untuk merendahkan patung berhala mereka sebaliknya menolong agama Allah Subhanahu wa ta’ala yang hak. Sikap Ibrahim itu juga menunjkkan tanda penolakan terhadap keinginan mereka mengajaknya untuk menyembah berhala yang seharusnya dibinasakan secara keseluruhan. 

Apabila mereka telah berangkat ke tempat perayaan itu, Ibrahim AS tetap berada di rumah tetapi diam-diam beliau menggunakan kesempatan itu untuk berangkat menuju ke tempat patung berhala itu. 

Penggunaaan tangan sebelh kanan, Ibrahim AS segera menghancurkan berhala itu. Patung berhala itu beliau hancurkan dengan beralatkan kapak. Hanya yang besar sahaja patung berhala itu beliau tinggalkan tidak terusik. Menurut suatu keterangan, beliau sengaja meletakkan kapaknya di tangan berhala itu dengan maksud bahawa ia cemburu menerim penyembahan bersama patung berhala kecil. 

Puncak dari pendebatan yang tidak seimbang telah menimbulkan kemarahan kaumnya lalu mereka mngambil keputusan untuk membakarnya. Allah Subhanahu wa ta’ala telah menyelamatkan Ibrahim AS dari terkena panasnya api itu. 

HIJRAH NABI IBRAHIM AS
Ibrahim AS telah meninggalkan kaumnya (berhijrah) untuk memenuhi perintah Allah Subhanahu wa ta’ala hingga ketika itu isterinya masih belum mendapat anak. Ada yang berpendapat bahawa isterinya, Sarah mengalami kemandulan. Luth anak dari saudaranya mengikuti hujrah beliau dan isteri. 

Para ahli kitab mengatakan bahawa sewaktu Ibrahim berangkat menuju ke Syam, Allah Subhanahu wa ta’ala menurunkan wahyu kepadanya: “aku akan jadikan bumu ini untuk keturunanmu selepas kamu. ” Sebagai ungkapan rasa syukur maka Ibrahim AS menyelenggarakan korban di tempat itu. Beliau menempatkan kubah di sebelah timur Baitul Maqdis. 

Kemudian beliau berangkat menuju ke Taiman dengan berjalan kaki tanpa persiapan. Ketika itu beliau dan penduduk setempat mengalami kelaparan, kekeringan dan kesulitan mendapatkan makanan. Lalu mereka berpindah ke Mesir. 

Menyentuh kisah Sarah dan Rajanya, mereka mngatakan bahawa Ibrahim AS berkata kepadanya: “jika kamu ditanya, jawablah bahawa aku adalah saudaramu. ” Mereka mengatakan bahawa dalam kerajaan itu, Sarah mendapatkan layanan yang sangat baik dari RajASetelah dirasakan cukup, mereka kembali ke Taiman iaitu Wilayah Baitul Maqdis. Beliau dibekalkan dengan hadiah berupa kenderaan, pelayan (hamba), dan makanan. 

Bebrapa waktu kemudian Ibrahim AS kembali dari Mesir ke Taiman dengan membawa sekumpulan binatang ternakan, pembantu, serta harta benda dalam bentuk yang banyak. Allah Subhanahu wa ta’ala menurunkan wahyu kepada Ibrahim AS. beliau diperintahkan supaya melepaskan pandangannya memerhatikan kea rah utara, selatan, timur dan barat. 

KELAHIRAN ISMAIL AS
Para ahli kitab mengatakan bahawa dalam doanya, ibrahim AS memohon kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar diberi keturunan yang baik. Suatu hari sarah berkata kepadanya: “mungkin tuhan telah menutup diriku untuk mempunyai anak, maka silalah engkau menikahi pembantuku. Mudah-mudahan allah Subhanahu wa ta’ala memberimu anak darinya. ”

Ibrahim telah menikahi hajar, pembantu sarah. Tidak lama selepas itu, hajar pun hamil. Hajar begitu gembira dengan kehamilannya dan rasa lebih dihormati dari tuannya. Hal ini menimbulkan kecemburuan sarah. Beliau mengadukan hal ini kepada ibrahim. Ibrahim lalu berkata:“silalah engkau berbuat apa saja sahaja kepadanya. ”

Hajar yang ketakutan dengan keputusan ibrahim itu telah lari meninggalkan rumah dan berhenti di sebuah mata air yang ada di wilayah itu. Malaikat datang menghampirinya seraya berkata:

“janganlah engkau takut ! Sesungguhnya allah akan menjadikan anak yang kamu kandung sebagai orang yang amat baik. ”

Malaikat meminta hajar supaya kembali. Beliau diberitahu bahawa anak yang akan dilahirkan nanti bernama ismail. Beliau adalah pembebas umat manusiASekembalinya hajar kepada ibrahim AS, beliau telah melahirkan ismail AS. ketika itu usia ibrahim AS telah mencpai usia 86 tahun. 

Ketika hajar melahirkan ismail, kecemburuan sarah mencapai kemuncaknya. Beliau menuntut ibrahim AS supaya mengasingkan hajar agar tidak dapat dilihatnya. Maka ibrahim AS telah membawanya pergi bersama anaknya hingga sampai ke mekah. Ibrahim AS telah meninggalkan mereka di situ. Ketika itu, ismail AS masih menyusu. 

Hajar bertanya:“apakah allah Subhanahu wa ta’ala yang memerintahkan ini ?”Ibrahim menjawab:“ya. ”

Hajar berkata:“kalau begitu kami tidak akan disia-siakan!”

KISAH PENYEMBELIHAN NABI ISMAIL AS
Hadis yang disampaikan ibnu abbas mengatakan:“mimpi bagi nabi adalah wahyu. ”Dalam mimpi itu, ibrahim AS diperintah menyembelih anaknya yang diperoleh ketika beliau telah tua. 

Beliau menemui anaknya untuk membincangkan hal itu. “anakku !Aku bermimpi menyembelih dirimu. Cuba renungkan, bagaimana pendapatmu. ”(surah ash-shaffat: 102)tanpa berfikir panjang, ismail menyambutnya dengan sukacita:“ayah ! Lakukanlah apa yang diperintahkan oleh allah kepadamu. Insya allah engkau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar. ”(surah ash-shaffat: 102)

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:“wahai ibrahim !Engkau benar-benar telah membenarkan mimpi itu. ” (surah ash-shaffat: 104-105). Proses penyembelihan ibrahim dilakukan secara berhadap-hadapan agar tidak ada rasa takut. Menurut sebuah riwayat ada mengatakan bahawa ibrahim meminta ismail menelangkup agar tidak melihat langsung wajah anaknya. Riwayat itu disampaikan oleh ibnu abbas. 

As-suda mengatakan ibrahim menekan pisau ke urat nadi di leher ismail tetapi pisau itu terasa tumpul sekali. Ibrahim cuba menghiris dengan pisau itu kepada seketul batu besar lalu batu itu terbelah. Usaha ibrahim AS untuk menunaikan perintah telah jelas dilaksanakan dengan penuh ketaatan. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang bermaksud :“sesungguhnya peristiwa ini benar-benar menjadi ujian yang nyata (bagi mereka). ”(surah ash-shaffat: 106)

“Dan kami menggantikannya dengan binatang sembelihan yang besar. ”(surah ash-shaffat: 107)pengganti yang diberikan allah Subhanahu wa ta’ala menurut jumhur ulama adalah kibas berbulu putih, bermata hitam dan bertanduk besar. Ibrahim melihat kibas itu tiba-tiba telah terikat di sebatang pokok yang tumbuh di bukit, tidak jauh dari dirinya berada. Lalu ibrahim menyembelihnya. 

KEWAFATAN NABI IBRAHIM AS
Menurut kenyataan ahli kitab, atas kematian sarah, ibrahim AS sangat berduka. Ibrahim AS membeli sebidang tanah merah dari afran bin shakr berharga 400 misqal. Di situlah sarah dimakamkan. 

Tidak lama kemudian, ibrahim AS sakit yang membawa kepada kematian. Ketika itu beliau berusia 175 tahun tetapi ada yang mengatakan 190 tahun. Beliau dimakamkan di sisi makam isterinya sarah. 

Ada juga riwayat yang menerangkan bahawa ibrahim AS wafat pada usia 200 tahun. Ibnu hibban mengatakan riwayat yang bersanadkan pada abu hurairah bahawa nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam berkata:

“ibrahim melaksanakan khitam pada ketika berusia 120 tahun. Setelah itu beliau hidup selama 80 tahun. ”

Secara tepatnya, makam beliau berada di murbi’ah. Riwayat yang tidak sejajar dengan keterangan ini, mutunya tidah sahih akan kebenarannya dan tidak dipertanggunjawabkan. 

KESIMPULAN
Inilah peristiwa yang membawa kepada amalan korban sehingga ke hari ini. Peristiwa ini dan peristiwa lain yang berhubung dengan Nabi Ibrahim AS ini sesungguhnya penuh pengajaran dan iktibar. Sesungguhnya akidah dan imam yang mantap yang sudah meresap ke dalam diri seseorang insan itu akan mempengaruhi kehidupannya. 

Penentangan Nabi Ibrahim AS terhadap kemungkaran seperti penyembahan berhala, kezaliman, dan kecongkakan serta maksiat dilakukannya dengan lisan dan perbuatan. Ibrahim menumbangkan berhala dengan tangannya sendiri. Ini adalah contoh terbaik daripada sabda Nabi Muhamad Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud : ‘Barangsiapa daripada kamu melihat perbuatan mungkar, maka hendaklah ia mengubah dan menentangnyadangan tangan dan bila tidak sanggup melakukannya dengan tangan, hendaklah dilakukannya dengan lisan dan pada tingkat yang paling ringan hendaklah ia mengingkari perbuatan mungar itu dengan hatinya. Tingkat terakhir itu adalah tingkat yang menandakan keleahan imam. 

Bahawasanya Nabi Ibrahim dalam dakwahnya tidak meninggalkan cara mujadalah dengn tujuan agar mereka menggunakan akal dan fikiran mempertimbangkan hujah dan dalil yang dibawanya. Ini jelas dalam perdebatan yang berlaku antara Nabi Ibrahim dengan penyembah bintang dan dialog antara baginda dengan Raja Namrud, begitu juga ketika berdepan dengan para hakim sewaktu kes meruntuhkan berhala. 

Perbuatan Nabi Ibrahim memujuk ayahnya dengan sopan santun dan lemah lembut adalah selari dengn ajaran isla yang mewajibkan anak berbakti dan mentaati orng tuanya. 

Nabi Ibrahim juga menghormati para tamunya. Ia mnerim tamuya dengan murah hati. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud : ‘hormatilh tetamumu walaupun ia seorang kafir dan tidak termasuk dalam golonganku barang siapa yang tidak menghormati tetamumu. ”

Al-Quran surah Yusof ayat 111 Allah Subhanahu wa ta’ala berfirmn maksudnya : Sesungguhnya pada kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal. Sesungguhnya pada hari baik bulan baik ini kita dapat memperolehi sesuatu yang menjadi pengajaran dan kekal dalam perasaan dan minda kita. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com