Tajuk: Sejarah Penurunan Al-Quran

PENDAHULUAN
Manusia dan jin, juga makhluk-makhluk yang lain dijadikan Allah adalah semata-mata untuk berabdi kepadaNya. Manusia sebagai makhluk pilihan, selain ia sebagai abdun, sebagai hamba Allah ia sekaligus sebagai khalifahNya, sebagai petugasnya untuk memakmurkan dan meminpin dunia ini dengan risalah Ilahiah. Agar manusia dapat berabdi dan meminpin dunia serta memakmurkannya. Kepada Rasul-rasul dibekalkan dengan kitab-kitab suci silih berganti dan berakhir dengan penurunan Al-Quranul-Karim sebagai kitab suci yang terakhir. Dengan pimpinan Al-Quran manusia dijamin Allah mencapai salam di dunia dan salam di akhirat, falah di dunia dan falah di akhirat. 

Al-Quran ialah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dalam bahasa Arab dan mukjizat yang dinukilkan secara mutawatir yang ditulis dalam mashuf yang bermula dengan surah Al-Fatihah ini diakhiri dengan surah An-Naas, dan bacaannya adalah ibadat. 

Dalam pengatian ini, berbezalah Al-Quran dan Harith atau As-Sunnah, kerana Sunnah bukanlah Kalamullah. Berbezalah dengan kitab-kitab suci yang lain kerana Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Musa (Taurat) yang berbahasa Siriani, berbezalah dengan Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Daud (Zabur) yang berbahasa Qibti dan Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Isa (Injil) yang berbahasa Ibrani. 
Al-Quran adalah mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan kewujudan Allah Subhanahu wa ta’ala dengan segala sifat-sifat kesempurnaan. Membaca Al-Quran adalah satu ibadat. Maka barangsapa yang mengingkari, mempersenda-sendakannya atau meraguinya, murtadlah ia. 

SEJARAH AL-QURAN
Mari kita menceritakan terlebih dahulu serba sedikit tentang kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan masyarakat Arab, sebelum beliau diutus menjadi Nabi. Hal ini berhubung rapat dengan sejarah Al-Quran. 

Meninggalnya Nabi Isa AS maka ajaran tuhan yang disebarkannya semakin lama semakin luntur dan cahayanya semakin suram. Manusia beransur-ansur menjauhi dan menyimpang dari ajaran agama yang benar, pelahan-lahan mereka itu terseret oleh hawa nafsu ke dalam jurang kenistaan dan kehinaan. Sehingga sifat persaudaraan menjadi permusuhan, kesayangan menjadi kebencian. Perhambaan kepada tuhan yang esa bertukan menjadi perhambaan kepada manusia, berhala, api, binatang dan lain-lain. Bergitulah gambaran seluruh dunia dahulu kala, apatah lagi di tanah Arah pada zaman jahiliyah, zaman kegelapan. Di dalam zaman itulah Nabi Muhammad lahir, dilahirkan Allah untuk berjuang, berjuang melawan kepahitan hidup sejak kecil sebagai anak yatim yang tidak beribu dan bapa. Berjuang menghadapi masyarakat jahiliyah yang sudah jauh terpesong dari akhlak dah akidahnya. 

Sejak turunnya wahyu tuhan pertama di dalam gua Hira’ diperantaraan oleh malaikat jibril, berat tangggungannya dan besar beban yang akan diatasinya. Tetapi perintah Allah dan perintah itu perlu dilaksanakan dengan tidak tawar-manawar. 

Junjungan kita, pemimpin yang tercinta itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam sudah tidak ada lagi, meninggalkan kita umat Islam di atas muka bumi yang tidak sunya dari kesukaran, kezaliman dan permusuhan. Tetapi beliau meninggalkan pusaka. Kitab Allah dan sunnahnya yang selalu boleh manjadi obor segala perjuangan yang tidak pernah putus setiap masa. “ Kutinggalkan bagimu dua perkara, iaitu Kitab Allah dan Sunnahku. Jikalau kalian berpegang teguh kepadanya tidaklah kalian akan tersesat. ” Katanya. 

Maksud wahyu dalam erti bahasa arab ialah memberitahu kepada seseorang akan sesuatu yang penting, dan wahyu kepada Junjungan kita Nabi Muhammad tidak lain maksudnya, ialah penerimaan perintah-perintah Allah kepada beliau dan larangan-laranganNya, sabda Allah yang tidak berhuruf dan bersuara. 

Sebagaimana wahyu itu pernah diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sebelumnya, begitu juga Nabi Muhammad menerima wahyu itu dari Tuhan sama ada tidak ada sesuatu perantaraan mahupun dengan perantaraan Malaikat Jibril, yang menyampaikan juga wahyu-wahyu itu kepada utusan-utusan Allah yang lain sebelum ini. 

Siti Aisyah menerangkan, bahawa wahyu itu didahului dengan mimpi yang benar (ru’yah shadiqah) dari Junjungan kita. Beliau demikian berkata kepada Siti Aisyah, tidak melihat sesuatu ru’yah melainkan ia jelas dan terang kejadiannya, seperti pancaran cahaya yang terang bersinar. Kemudian beliau sangat suka menyepikan dirinya, duduk tafakur sendiri dalam gua Hira. Di situlah beliau mengajakan ibadat hampir setiap malam. Demikian beberapa lama hingga datanglah wahyu kepada beliau, tatkala beliau ada dalam gua Hira’, datang kepadanya seorang yang tidak dikenali dan memerintah: “Bacalah!” kata beliau : “Aku tidak pandai membaca”. Dipeluknya Nabi sehingga beliau berasa lemah. Kemudian dilepaskannya semula sambil menganjurkan kembali : “Bacalah!” Kata Nabi : Aku tidak pandai membaca”. Sesudah sampai ketiga kalinya dipeluk, kemudian dilepaskannya sambil berkata “Bacalah dengan mana Tuhan mu yang telah menjadikan, membuat manusia ini; Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq 1-5). 

Dan dengan hati yang menggeletar beliau pulang serta minta diselimut oleh Khadijah. Setelah hilang ketakutan, diceritakannya apa yang telah terjadi dalam gua Hira’ itu. “Sebenarnya aku takut diriku binasa”, ujur Nabi sebagai penutup huraiannya. 

Siti Khadijah menjawab : “Tidak sekali-kali. Demi Allah, Tuhan tidak akan menghinakan kau, kerana engkau adalah seorang yang suka memperhubungkan silaturrahim, suka menanggung kepayahan, membelanjari fakir miskin, menjamu tertamu, dan menolong orang yang ada dalam kesusahan”. Khadijah membawa beliau ke Waraqah bin Naufal, anak saudara ayahnya, seorang yang pernah menganut agama Nasrani dan pandai menulis bahasa dalam bahasa Ibrani. Waraqah adalah seorng yang sudah tua dan juga buta. Nabi menceritakan kepadanya apa yang telah dialaminyASesudah pencaritaan selesai, jawab Waraqah: itulah Jibril yang telah diturunkan Allah kepada Musa. 

Diceritakan, bahawa tidak lama kemudian Waraqah meninggal duniASesudah kejadian itu, wahyu turun berturut-turut kepada beliau selama 23 tahun. Sejak beliau diangkat menjadi Nabi di Mekkah hingga wafat di Madinah. Terkadang putus wahyu itu. 

Demikian catatan ringkas tentang kedatangan wahyu pertama. 

Sepintas lalu kita lihat, sukar diterima akal, jika tidak disertai iman, dibuka hati olah Allah akan menerima kkebenaran wahyu itu. Inilah yang menyebabkan segolongan bangsa Arab dalam zaman nabi Muhammad ingkar mengakui Junjungan kita itu benar seorang utusan Allah. Dalam pandangan tidak lebih dari seorang manusia biasa, dan kemungkinan beliau menerima wahyu dari tuhan tidak masuk akal. 

Rasa ragu-ragu dari bangsa Arab Jahiliyah itu digambarkan dalam ayat-ayat Al-Quran seperti berikut: Patutkah menjadi keheranan bagi manusia bahwa Kami mewahyukan kepada seorang laki-laki di antara mereka: "Berilah peringatan kepada manusia dan gembirakanlah orang-orang beriman bahwa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka. " Orang-orang kafir berkata: "Sesungguhnya orang ini (Muhammad) benar-benar adalah tukang sihir yang nyata. " (surah Yunus ayat 2). 

Mu’jizat
Sejarah Nabi-Nabi menunjukkan, bahawa tiap-tiap utusan Allah itu, dalam perjuangan menyiarkan kebenaran, menyampaikan suruh dan perintah Allah kepada manusia, menemui bermacam-macam rintangan dan berbagai-bagai tentangan dari manusia. Tetapi kita lihat kekuasaan Tuhan, mereka menang dalam perjuangannya itu. 

Pada diri Nabi-Nabi itu kita bertemu dengan perkara-perkara yang aneh, kejadian-kejadian yang ajaib, sifat dah kecekapan yang luar biasa, yang dapat mengatasi kecekapan dan kepandaian musuh yang dihadapinya. Kelebihan yang diberikan tuhan kepada utusan dan kekasihNya itu sebagai senjata, untuk melemahkan perlawanan musuh yang mendustakan kenabian dan kerasulannya, kita namakan ‘Mu’jizat’. 

Mu’jizat-mu’jizat yang luar biasa itu, baik yang dapat dilihat dengan mata, didengar dengan telinga, dilafas dengan lidah atau di kesan dengan hidung oleh manusia biasa, mahupun tidak dapat dicapai dengan kekuasaan pancaindera itu kecuali dengan perasaan tinggi, dengan hati dan fikiran yang bersih, dengan mempergunakan akal yang sihat, sudah pernah diberikan kepada Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad saw, seperti kepada Nabi Isa AS yang dapat menyembuhkan penyakit buta, kepada Nabi Musa AS yang dapat berkata-kata dengan Tuhan, kepada Nabi Daud AS yang dapat mengalahkan Jalut dan sebagainya. 

Demikianlah Junjungan kita, Nabi Muhammad saw, pun diperlengkapkan Tuhan dengan mu’jizat-mujizat yang tidak kurang anehdan ajaibnya, yang dapat mengatasi kesanggupan dan kecekapan manusia yang hendak menentang, menyamai kekuasaan dan kebenaran Tuhan yang dibawanyASalah satu mu’jizat-mu’jizat yang dikurnaikan Allah kepadanya untuk membimbing manusia ke arah keadilan, kea rah tauhid, persaudaraan yang kekal, menuju kepada perikemanusiaan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat ialah Al-Quran. 

Al-Quran, kitab luar biasa! Undang-undang dan tuntutan hidup, yang tidak dapat dicipta oleh manusia! Keadilan yang abadi untuk segala bangsa dan nusa, untuk segala zaman dan masa! Al-Quranul Hakim, yang penuh hikmat dan kebahagiaan, dijelmakan dengan langit sebagai obor pelerai deman, hiburan untuk penglipur lara. 

Al-Quran! Itulah ayat-ayat yang diturunkan dari Arasy yang suci dan murni, Kalam Allah yang mengandungi kebenaran yang abadi, yang telah dapat membukakan hati bangsa Arab kepada kebenaran, juga telah dapat memperhalus budi pekerti yang kasar. 

Bermacam halangan dan rintangan bagi Junjungan kita dalam menyiarkan kebenaran isi Kitab Suci itu! Tetapi siapakah yang sanggup menanggun kepayahan. Perikemanusiaan herus mandapat keadilah. Dan Al-Quran membawa teguk minuman yang dapat memuaskan! Mereka manentang dan melawannya tetapi siapakan gelarang yang sanggup menolak takdir tuhan, yang dapat menyamai mu’jizat yang diturukan kepada utusan dan kekasih-Nya!

Nama-nama Al-Quran
Sebagai sebuat kitab suci yang teragung, Al-Quran mempunyai banyak nama. Ada ulama yang mengumpulkan tidak kurang dari 50 nama. Tetapi nama-nama Al-Quran yang paling masyhur ialah:
1. Al-Quran “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), ” (Surah Al-isra’, ayat 9)

2. Al-Furqan “Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. ” (surah Al-Furqan, ayat 1)

3. Al-Kitab “Segala puji kepunyaan Allah yang telah menurunkan hambanya Al-Kitab dan tidak ia jadikan baginya kebengkokan” (surah Al-kahfi, ayat 1)

4. Az-Zikr “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Az-Zikru dan Kamilah yang menjaganya. ” (surah Al-Hijri, ayat 9)

Kodifikasi wahyu yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam itu dinamakan dengan Al-Quran adalah kerana ia dibaca dan sebagai satu ibadat. Dinamakan dengan Al-Furqan kerana ia adalah pembeza antara hak dan batin atau pemisah antara yang benar dan yang salah. Dinamakan Al-Kitab kerana ia ditulis dan dirakamkan dalam masfhaf dan dinamakan dengan Az-Zikru kerana ia adalah peringatan dari Allah Subhanahu wa ta’ala.  

Tetapi nama lazim dan tetap dipakai ialah Al-Quran. 

Cara Penurunan Al-Quran
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw secara sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, mudah difahami dan mudah pula dilaksanakan. Ini adalah satu rahmat dan kurniaan yang sangat besar kepada hamba-hambanya. Mengenai cara penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke dunia ini, para ulama berselisih pendapat:
1. Ia diturunkan ke langit dunia pada malam Lailatul-qadr sekaligus kemudian diturunkan ke dunia sedikit demi sedikit dalam tempoh 20 atau 23 atau 25 tahun. 
2. Al-Quran diturunkan ke langit dunia dalam 20 kali malam Lailatul-Qadr atau 23 kali Lailatul-Qadr dalam masa 23 tahun atau dalam 25 kali Lailatul-Qadr dalam masa 25 tahun. 
3. Al-Quran itu diturunkan pada permulaannya pada malam Lailatul-Qadr ke langit dunia dan kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur ke dunia dalam berbagai masa. 
Pendapat yang pertama sangat terkenal dalam masyarakat kita dan banyak pula kedapatan dalam kitab-kitab tafsir. Pendapat ini dasarnya tidak kuat kerana Hadis yang dijadikan dalil adalah Hadis yang lemah (dhaif). Pendapat yang kedua agak berlebih-lebihan sehingga Al-Quran itu diturunkan dalam 20 atau 23 atau 25 malam Lailatul-Qadr ke langit dunia. Pendapat yang benar dan kuat berdasarkan ayat-ayat Al-Quran ialah permulaan turunnya Al-Quran itu jatuh pada malam Lailatul-Qadr, malam yang maha berkat kemudian ia diturunkan terus menerus secara sedikit demi sedikit dalam tempoh kurang lebih 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari. 

TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN BERPERINGKAT
Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adalah bagi memenuhi objektif-objektif berikut:
Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat ‘Aisyah r. a. 
Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)

Permulaan Ayat Yang Diturunkan
Permulaan ayat Al-Quran yang diturunkan ialah ayat-ayat 1-5 dari surah Al-‘Alaq sewaktu Nabi Muhammad saw sedang beribadat di Gua Hira’. 
Ertinya:“Bacalah dengan (menyambut) nama Tuhanmu yang mencipta. Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah. Dan bacalah, dan Tuhanmulah yana Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. 

Ayat-ayat tersebut diturunkan pada malam Isnin 17 haribulan Ramadhan tahun keempat puluh satu dari kelahiran Nabi saw bersamaan 6 haribulan Ogos 610 Masihi. Malam 17 haribulan Ramadhan itu ditunjuk oleh Al-Quran dan dinamakan malam yang berkat, Lailatul-Qadr dari hari Furqan. 

Firman Allah swt.  Ertinya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,  

Ertinya: “(Iaitu)bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran (permulaannya) sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasn-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara hak dan batin) 

Ayat-ayat berikut manyatakan bahawa Al-Quran itu diturunkan pada satu malam (bukan beberapa malam) yang berkat, iaitu malam Lailatul-Qadr yang jatuh pada 17hb Ramadhan dan persamaan dengan pertemuan dua angkatan perang (Perang Badar) yang jatuh apa 17hb Ramadhan juga. Penetapan tarikh mula turunnya Al-Quran pada malam 17hb. Ramadhan itu didasarkan kepada riwayat Ibnu Ishaq. 
Malam Lailatul-Qadr yang diturunkan Al-Quran itu bukanlah malam Lailatul-Qadr yang ada pada tiap-tiap bulan Ramadhan di mana kita disuruh mencarinya dalam amal ibadat. 

Penghabisan Ayat Yang Diturunkan
Tempoh turunnya ayat-ayat Al-Quran dari mula sampai akhirnya kurang lebih 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari. Secara tertib ayat-ayat yang mula-mula turun seperti berikut:
1. Ayat-ayat 1-5 dari surah Al-‘Alaq
2. Ayat-ayat 1-10 dari surah Al-Muddathir Ertinya:
“ Wahai orang Yang berselimut. Bangunlah lalu memberi salam khabar takut. Dan besarkanlah Tuhanmu. Dan sucikanlah pakaianmu. Dan jauhilah berhala-berhala, dan janganlah kamu memberi nikmat-nikmat itu. Dan bersabarlah kerana Tuhanmu. Maka apabila ditiup sangkakala. Maka itulah hari yang sangat sulit dan sukar terhadap segala orang kafir yang tidak pula mudahnya. ”

3. Surah Ad-DhuhASurah ini diturunkan setelah wahyu terhenti selama 3 tahun lamanya atau 2 tahun setengah menurut satu pendapat atau selama 40 hari atau selama 15 hari atau selama 3 hari menurut pendapat yang lain. 

4. Ayat 94 dari surah Al-Hijr “oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. ”

5. Ayat 214-216 surah Asy-Syua’ra) “Dan berikanlah khabar-khabar takut kepada keluargamu yang dekat dekat dan rendahkanlah sayapmu (dirimu) terhadap orang-orang mukmin yang tidakmengikutimu. Maka jika mereka menderhakaimu, maka katakanlah: Bahawasanya aku terlepas dari apa yang kamu kerjakan. ”

Kemudian ayat-ayat Al-Quran itu terus menerus turus sehingga berakhir dengan ayat 281 dari surah Al-Baqarah: “dan takutilah olehmu akan hari yang dikembalikan kamu padanya kepada Allah, kemudian disempurnakan kepada tiap-tiap jiwa apa yang telah ia usahakan dan mereka tidak sekali-kali dianaiya. ” 

Dengan turunnya ayat tersebut selesailah sudah penurunan Al-Quran itu.  Ada pendapat yang mengatakanbahawa ayat yang terakhir sekali diturunkan ialah ayat 3 dari surah Al-Maidah: “pada hari ini telahKu sempurnakan untuk kamuagama kamu dan telah Ku cukupkan nikmatKu ke atas kamu dan telah Ku redhakan Islam menjadi agama kamu. ” 

Ayat ini diterima Nabi saw pada hari Jumaat 9hb. Zulhijjah tahun 10 Hijrah sewaktu baginda menunaikan haji penghabisan di padang Arafah, tahun 63 dari kelahirannya, bersamaan dengan bulan Mac tahun 632 Masihi.  

Pendapat tersebut tidak benar dan bertentangan dengan kenyataan sejarah, kerana setelah menunaikan haji penghabisan itu, Rasulullah saw masih hidup lagi selama 81 malam dan dalam tempoh itu masih banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan. Sebagaimana yang diketahui Rasulullah wafat pada tanggal 21 hb. Rabi’ul Awwal tahun 11 Hijrah, hari Isnin bersamaan dengan7hb. Jun 632 Masihi.  

Untuk mengkampromikan dua pendapat yang bertentangan itu ulama menyatakan begini: ayat 3 surah Al-Maidah itu ialah ayat yang terakhir diturunkan mengenai hukum-hakam. Sesudah itu tiada lagi ayat-ayat hukum yang diturunkan. Jadi ayat yang paling akhir diturunkan ialah ayat 281 dari surah Al-Baqarah sebagaimana dinyatakan diatas. 

Ada pendapat pula yang menyatakan bahawa surah Al-Quran yang mula mula sekali diturunkan ialah Al-Fatihah. Oleh kerana itu ia dituliskan pada permulaan Al-Quran dan melihat kepada kepadatan isinya yang mencukupi seluruh kandungan Al-Quran. Pendapat ini tidak benar. Yang benar ialah bahawa Al-Fatihah itu adalah surah yang pertama sekali diturunkan secara langkap sekaligus, sedangkan surah-surah lain semuanya diturunkan secara beransur-ansur. 

FUNGSI AL-QURAN
Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:
1. Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. 
Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah Subhanahu wa ta’ala, bukannya ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam sendiri. Rasullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Didapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka. Al-Quran secara prisipnya telah mengemukakan cabaran kepada bangsa Arab menerusi tiga peringkat iaitu :
Peringkat pertama. 
Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya. 
“Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain. ” (17 : 88)
Peringkat kedua. 
Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya:
“Bahkan mereka mengatakan “Muhammad telah membuat-buat Al-Quran. ” Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah” (11 : 13-14)

Peringkat ketiga. 
Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahajASebagaimana firmanNya:
“Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya” (10 : 38)
Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya:
“Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…” (2 : 23 )
2. Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup. 
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainyASemua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya. 
Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya kearan ia satu-satunya perundangan yang dapat memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi. 

KESIMPULAN

Demikian beberapa hal dapat saya catat yang berkaitan dengan sejarah Al-Quran, wahyu tuhan yang suci. Al-Quran ialah kitab yang menjadi petunjuk bagi mereka yang beriman akan kekuasaan Allah dan percaya tentang kebenaran pimpinan yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. 
Al-Quran iaitu yang menjadi pendoman bagi junjungan kita dalam membasmi kezaliman dan kemungkaran, Quran iaitu yang menjadi undang-undang dasar bagi kerajaan Islam yang dibangunkannya dan kitab itu pula yang menjadi perhubungan antara diri beliau dan Allah. Demikian juga mu’jizat itulah pula yang menjadi sahabat pengikut Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam, pemimpin yang dicintai dan ditaati. 
Semoga dengan mengetahui kenapa Al-Quran diturunkan menjadikan kita mukmin yang lebih memahami serta objektif terhadap tujuan Al-Quran yang mulia. Tiada cara lain untuk mencapai maksud tujuan Al-Quran diturunkan melainkan dengan mendampinginya, mentadabburinya dengan cara memahami maksud ayat-ayat Al-Quran. 
Bacalah dan fahamilah maknanyASusulilah ia dengan penghayatan dan pengamalan. In shaa’ ALLAH, dengan itu tujuan Al-Quran ke atas diri kita secara individu dan masyarakat keseluruhannya akan tercapai. 
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)