Tajuk: Proses Penciptaan Manusia Menurut Al-Quran Dan Sains

PENGENALAN
Manusia adalah sejenis makhluk Allah yang teristimewa dari makhluk lain. Diberikan kepadanya sifat sifat khusus untuk membolehkannya menanggung amanah Allah yang tidak tertanggung oleh makhluk – makhluk lain, walapun makhluk – makhluk itu besar dan gagah dari manusia itu sendiri. Langit, matahari, bintang – bintang, bumi, bukit – bukau, dan sebagainya, adalah makhluk – makhluk Allah yang sudah jelas bentuk – bentuknya lebih agung dari manusia. Akan tetapi makhluk – makhluk itu hanya besar pada bentuknya sahaja, tetapi kecil pada kesanggupan dan kebolehan untuk menjadi makhluk Allah yang terbaik bagi menanggung amanah-Nya. 

Sarjana barat apabila memberikan pendapat mengenai sesuatu, cenderung menolak aspek spiritual termasuklah ajaran agama. Agama bagi barat sesuatu yang tidak menjadi keperluan kerana tidak boleh dibuktikan secara saintifik. Mereja hanya percaya kepada apa yang dikaji dan dilihat. Oleh it, ajaran agama dianggap tidak relevan dan tidak mempunyai kaitan dengan urusan dunia manusia. Inilah faham sekular masyarakat barat yang menjadi tonggak kepada setiap pemikiran dan tingkahlaku mereka. 

MANUSIA MENURUT ISLAM

Kamus Dewan mentakrifkan manusia sebagai makhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang. Mudahnya, manusia ialah makhluk yang mempunyai fikiran dan kemampuan berfikir disamping mempunyai perasaan. Dari perspektif Islam, manusia bukan sahaja dilihat dari sudut luaran bahkan merangkumi segenap aspek. Manusia ialah makhluk ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala dengan dua unsur utama yang sangat lengkap dan sempurna diwakili oleh elemen rohani dan jasmani. (at-Tin 95:4). Manusia ialah makhluk agung yang tiada tolok bandingannya. Dengan keistimewaan akaldan ilmu pengetahuan, fizikal dan spiritual, manusia mampu melakukan apa sahaja. 

Dengan keistimewaan keistimewaan ini, Allah Subhanahu wa ta’ala sebagai pemilik mutlak manusia dan seluruh alam semesta, meletakkan tanggungjawab memimpin di atas bahu manusia. Diberikan manusia panduan dan tunjuk ajar melalui rasul supaya manusia tidak lupa asal – usul dan amanah yang dipikul. (al-Baqarah 2: 151, 213). Diberikan manusia kitab – kitab sebagai petunjuk supaya manusia mengkaji, memikir dan seterusnya mendapat petunjuk Allah Subhanahu wa ta’ala (al- Baqarah 2:2). Oleh itu, manusia wajib menggunakan akal yang dibimbing wahyu (Al Alaq 96:1). Memisahkan fungsi akal dan wahyu akan mendatangkan bencana kepada seluruh alam. Sejarah menunjukkan ramainya umat-umat terdahulu hancur binasa akibat menolak peranan wahyu dalam kehidupan, 

Dari sudut bahasa, Al-Quran menggunakan beberapa perkataan yang merujuk kepada manusia. Antaranya ialah An Nas – (An Nas 114:1), Al Ins – (Adz Dzazriyaat 5156), Al Insan –(At Tiin 95:4) dan Al Basyar – (Al Furqon 25:54). Dari sudut istilah, manusia dikaitkan dengan makhluk Allah Subhanahu wa ta’ala yang mukalaf (ada beban tanggungjawab) dan mempunyai dua tugas utama iaitu:

1. Manusia sebagai hamba Allah Subhanahu wa ta’ala yang mempunyai tugas untuk mengabdikan diri kepadaNya (beribadah). 

2. Manusia sebagai Khalifah yang mempunyai amanah dan tanggungjawab. 


Sebagai kesimpulannya, dari kompleks pandangan Islam, dapatlah difaham manusia ialah makhluk ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala yang paling sempurna dilengkapi roh dan jasaD, memegang amanah Allah Subhanahu wa ta’ala dan mempunyai tanggungjawab tertentu untuk dilaksanakan. 

MANUSIA MENURUT BARAT

Pandangan barat menyebut manusia sebagai Homospiens (Bahasa Latin) yang bermaksud mamalia peringkat tertinggi. 

1. Diianggap mamalia peringkat tertinggi. 
2. Diklasifikasikan sebagai haiwan peringkat tertinggi. 

3. Dipercayai wujud 500 ribu tahun dahulu

4. Manusia awal dijumpai di Neanderthal, Jerman. 

Pada pandangan barat tentang kejadian manusia 
iaitu teori evolusi yang dibawa oleh Charles Darwin (1802-1889) seorang Atheis(anti tuhan) yang mengatakan kejadian manusia bermula daripada monyet. Pada mulanya tinggal di atas pokok
 lalu turun ke tanah dan berjalan menggunakan kaki dan tangan. 
 Akhirnya berdiri tegak
berjalan menggunakan kedua-dua belah kaki. 

Tiada penjelasan atau undang-undang atau peraturan yang jelas tentang peranan manusia di bumi. 
 Teori barat berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hokum yang jelas. 
Teori barat juga boleh dipertikaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tidak dapat dijawab oleh masyarakat Barat. 

Fungsi manusia berdasarkan masyarakat barat yang mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-mata. 

Mengutamakan”survival” sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi. 


Tujuan kelahiran manusia berdasarkan masyarakat barat iaitu persaingan berlandaskan kekuasaan, penindasan golongan lemah dan bawahan. 
 Undang- undang berlandaskan akal semata-mata. 
Mereka mewujudkan konsep ras, perbezaan warna kulit, status quo masyarakat/ dasar 
apartheid sehingga mewujudkan pertelingkatan/peperangan dan penjajahan yang 
berterusan. 
Masyarakat barat mencipta konsep-konsep kapitalisme, sosialisme untuk mencapai kepuasan masyarakat 
Barat. 

PROSES KEJADIAN MANUSIA

Allah Subhanahu wa ta’ala sebagai al Khaliq berkuasa menjadikan apa sahajASemua penciptaan adalah mudah bagi Allah Subhanahu wa ta’ala mahu menjadikan bumi dan smeut, kedua – dua penciptaan ini sama sahaja mudahnya di disisi Allah Subhanahu wa ta’ala dan tidak ada perbezaannyASama juga dengan penciptaan manusia, adalah mudah bagi Allah Subhanahu wa ta’ala untuk menjadikan manusia tidak kira bagaimana keadaannya sekalipun. Dalam Al – Quran, dijelaskan empat jenis penciptaan manusia iaitu : 

1. Penciptaan Adam AS
2. Penciptaan Hawa AS
3. Penciptaan Isa AS
4. Penciptaan keturunan Adam AS

PROSES PENCIPTAAN ADAM AS

Peristiwa penciptaan Nabi Adam AS dan sejarah hidupnya sebagai bapa manusia sangat menarik dibaca dan dikaji. Al-Quran menceritakan kejadian Nabi Adam AS, kehidupan dan pasangannya di syurga, permusuhannya dengan Iblis dan kisah anak -anaknya. 

Nabi Adam AS diciptakan Allah Subhanahu wa ta’ala tanpa ibu bapa dan berasal dari tanah. Terdapat beberapa elemen penting penciptaannya sebagaimana diberitahu al-Quran. Antaranya ialah:

1. Al-ma’ (al-Anbiya’21 :30) – Air
2. Al Ardi (an-Najm 53:32) – Tanah al Ardi
3. Turab (Faathir 35:11) – Tanah Turab
4. Tin (as- Sajdah 32:7) – Tanah Tin
5. Tin al-Lazib (as-Soffat 37:11) – Tanah Liat
6. Salsalin kal Fakhkhar (ar Rahman 55: 14) Tanah Liat kering seperti tembikar. 
7. Solsolin min Hamaim Masnun (al-Hijr 15 : 26) – Tanah liat yang kering yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. 
8. Ruh (al –Hijr 15 :29 ) – Roh

Menariknya, kajian sains menunjukkan unsur-unsur tanah yang diberitahu al-Quran, ada dalam tubuh kita hari ini dan mempunyai nama – nama saintifiknya yang tersendiri. Manakala aspek rohaninya gagal dikaji ahli - ahli sains sehingga hari ini dan terus menjadi rahsia Allah Subhanahu wa ta’ala. Manusia tidak diberi ilmu mengenainya melainkan sedikit (Al Israa’ 17:85)

Tubuh Adam mempunyai sembilan rongga atau liang. Tujuh liang di kepala dan dua di bawah badan yaitu dua mata, dua telinga, dua hidung, satu mulut, satu dubur dan satu uretra. Lima pancaindera dilengkapi dengan anggota tertentu seperti mata untuk penglihatan, telinga untuk pendengaran, hidung untuk pengesanan bauan, lidah untuk perasa seperti asam, asin, manis dan pahit dan kulit untuk sentuhan bagi panas, dingin, tekanan, viskositas dan sakit. 
Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air tawar, asin dan anyir beserta api dan angin. Kemudian Allah resapkan Nur ke dalam tubuh Adam dengan pelbagai "sifat". Lalu tubuh Adam digenggam dengan genggaman Jabarut dan diletakkan di dalam Alam Malakut. Tanah itu dicampurkan lagi dengan istilah wewangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dengan "Bahrul Uluhiyah". Kemudian, tubuh tersebut dibenamkan dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalan dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh tersebut. 

PROSES PENCIPTAAN HAWA AS

Hawa diceritakan Al-Quran sebagai pasangan Nabi Adam AS. Kedua – duanya bersama – sama melanggar perintah Allah Subhanahu wa ta’ala kerana terlupa (Taahaa 20 : 115) dan akibat tipu daya iblis. Penciptaan Hawa digambarkan Al Quran seperti berikut:

1. Dan di antara tanda – tanda yang membuktikan kekuaasannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri – isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih saying dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan – keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang – orang yang berfikir. 
(Surah ar-Rum 30 : 21)

2. Dan Allah Subhanahu wa ta’ala telah menjadikan bagi kamu pasangan – pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan – pasangan kamu anak – anak dan cucu – cucu dan memberikan rezeki kepada kamu daripada benda – benda yang baik. 
(Surah Al-Nahl 16 : 72)

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam menceritakan sifat – sifat yang ada pada seorang perempuan anak cucu Hawa. Dari Abi Hurairah: Bahawaya Rasul Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. 
(Hadis Riwayat al-Bukhari No. 4889)

Apabila kita amati proses kejadian manusia kedua ini, maka secara tak langsung hubungan manusia laki-laki dan perempuan melalui perkawinan adalah usaha untuk menyatukan kembali tulang rusuk yang telah dipisahkan dari tempat semula dalam bentuk yang lain. Dengan perkawinan itu maka akan lahirlah keturunan yang akan meneruskan generasinya sumber. 

Kesimpulannya, Hawa dijadikan tanpa ibu atau perempuan. Hawa dijadikan dari diri Nabi Adam as dan antara sifat kaum Hawa ialah seperti tulang rusuk, Lelaki perlu membimbing perempuan dengan cara yang sederhana tidak terlalu lembut dan kasar seumpama membetulkan tulang rusuk yang bengkok. 

PROSES PENCIPTAAN ISA AS

Nabi Isa as diciptakan tanpa bapa/lelaki, Baginda dilahirkan ibunya Maryam yang tidak pernah disentuh mana – mana lelaki. Nabi Isa as juga diveri mukjizat boleh bercakap sewaktu kecil bagi menjawab tuduhan bahawa ibunya telah berzina. 

1. “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah Subhanahu wa ta’ala telah menciptannya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. ”
(Ali- ‘Imraan 3 : 59)

2. Dan juga (satu missal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan ) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetepi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak ) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran kalimah – kalimah Tuhannya serta Kitab – kitabNya; dan ia menjadi dari orang – orang yang tetap taat. 
(At-Tahrim 66; 12)

PROSES PENCIPTAAN MANUSIA BIASA

Bermula dengan Nabi Adam as dan Hawa, manusia kemudiannya berkembang biak melalui proses persenyawaan benih perempuan dan lelaki di dalam rahim. Proses kejadian manusia agak terperinci diceritakan al-Quran dan al Hadis. Antaranya ialah:
1. Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat – peringkat) dari satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap gelita. 
(Az Zumar 39 : 6)

2. Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah Subhanahu wa ta’ala (dan kekuasaanNya padahal sesungguhnya Dia menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat – berperingkat iaitu bermula dari pati makanan yang berasal dari tumbuh – tumbuhan di bumi, kemudian menjadi mani dan melalui beberapa peringkat di dalam rahim sehingga menjadi seorang manusia yang sempurna. 
(Nuh 71 : 31-14)

3. Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penempatan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih (nutfah) menjadi sebuku darah beku (‘alaqah); lalu Kami ciptakan darah beku menjadi seketul daging (mudghah); kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang (izom); kemudian Kami balutkan tulang – tulang itu dengan daging (lahma). Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentukkan dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah Subhanahu wa ta’ala sebaik – baik pencipta.  (Al Mu’minun 23 : 12 – 14)

4. Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu – ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat) maka (perhatikanlah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari nutfah, kemudian dari ‘alaqah, kemudian dari mudgah yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkandalam kandungan rahim ibu yang mangandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suaru masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak- kanak; kemudian kamu dipelihara hingga sampai peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu), ada diantara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada diantara kamu yang dilanjutkan ke peringkat tua nyanyuk sehinggu ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.  (Al Hajj 22: 5)

5. Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r. a katanya: “Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam telah menceritakn kepada kami – dan dia adalah orang yang benar ladi dibenarkan-:” Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani (nutfah), kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari), kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia (malaikat disuruh oleh Allah Subhanahu wa ta’ala supaya menulis 4 perkar: (1) rezekinya, (2) ajalnya (3) amalannya (4) celaka atau bahagianya. Maka demi Allah Subhanahu wa ta’ala yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli syurga kecuali sehastam maka kitalah mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasuki (neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun memasukinya (syurga). 

Kesimpulannya, manusia berasal dari benih ibu dan bapa yang terhasil dari makanan dan minuman kehidupan yang berasal dari tanah, Walau sehebat manapun manusia, setinggi manapun pangkat dan kekuasaan, ia tidak boleh sombong dan mesti mengikut peraturan Allah. Proses kejadian manusia ialah seperti berikut sebagaimana diberitahu Al – Quran dan Al Hadis dan diakui oleh sains:

1. Nutfah – iaitu peringkat pertama melalui persenyawaan benih ibu dan bapa. 

2. Alaqah – nutfah membentuk alaqah pada hujung minggu pertama hingga minggu ketiga dan melekat di dinding rahim (qarar makin). Alaqah merupakan mengumpul darah yang sangat seni. 

3. Mudghah – dari sebuku darah bertukar menjadi seketul daging pada minggu ketiga dan melekat di dinding rahim (qarar makin). Alaqah merupakan segumpal darah yang sangat seni. 

4. Izam dan lahma – setelah itu pada minggu kelima, enam dan tujuh terbentuk tulanf (izom) yang membentuk otot – otot. Darah mulai mengalir dengan lebih banyak dan akhirnya membentuk sistem penafasan sendiri dihujung minggu ketujuh. Peringkat ini manusia masih lagi dikenali sebagai embrio. 

5. Khalaqan Akhar – iaitu penyempurnaan pembentukan manusia yang lebih kompleks. Perut, usus, hati, kaki, tangan, buah pinggung dan sebagainya tumbuh. Tulang janin menjadi sempurna dan kuku mulai tumbuh. Pada minggu kelapan sehingga minggu ke dua belas terciptalah manusia yang sempurna jasadnya dan dikenali sebagai janin. Perubahan seterusnya berlaku hanya dari saiz dan berat janin tersebut mengikut pemakanan ibunya. 

6. Roh – peniupan roh ini tidak dapat dikaji saintis sehinggalah sekarang. Ulama berpendapat roh ditiupkan selepas 120 hari iaitu setelah sempurna kejadian jasad manusia di dalam perut ibu. Masa yang sebenarnya ditiupkan roh, hanya Allah Subhanahu wa ta’ala yang Maha Mengetahui. 

TEORI SAINS
Teori sains menyatakan bahawa bayi yang di dalam kandungan akan mengharungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus. 

1) Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan. 

2) Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut. 

3) Tahap fetus
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran. 

Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses pertumbuhan janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai manusia, terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu semakin hari akan kelihatan. Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih cepat berbanding anak manusiASebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu yang panjang untuk mendapat pendidikanbagi dapat berdiri sendiri. Makin moden satu masyarakat, maka makin lama masa yang diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan warganya. 

Anak haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan nauluri perbuatan haiwan berasas dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah kemahuan tidak sedar dalam diri manusia, haiwan dan tumbuhan sejak ia lahir lagi. Anak haiwan dengan sendirinya pandai makan tanpa perlu ditunjuk ajar oleh orang tuanya. Burung dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti yang dibuat oleh ibunya sebelum ini. 

Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia mempunyai perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis. Ia memiliki kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan persekitarannya dan apa yang paling penting adalah tumbuh kemampuan untuk berfikir, sehingga dapat mempelajari bahasa yang didengari daripada orang persekitarannya. Melalui bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa jua yang ada dalam dirinya kepada orang di sekelilingnya.. Maka terjalinlah hubungan rohaniah di antara anak manusia itu dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai kehidupan sosialnya. 

Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam proses pertumbuhan anak manusia, dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti kejiwaan, yang memungkinkannya menyertai aktiviti sosial. Kejiwaan dan social inilah yang tidak ada pada haiwan, sekalipun jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak perbezaannya antara orang hutan, cimpanzi atau gorilla dengan manusia. Kerana itulah Julian Huxley, seorang neo-Darwinis yang terkenal juga menyebut manusia sebagai makhluk yang berjiwa dan bermasyarakat. 

Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi pun mengakuinya. Apa yang menjadi permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu unsur asal yang berdiri secara sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad dengan anggota tubuh badannya. Perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan melalui sains. Asas sains adalah penyelidikan dan eksperimen. Penyelidikan dan eksperimen hanya boleh dilaksanakan ke atas benda yang bersifat material sedangkan jiwa adalah perkara ghaib. 

Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa menurut sains, manusia terdiri daripada jasad yang bermula dengan benda, ia tidak banyak beza dengan jasad haiwan. Akan tetapi dari segi batiniah perbezaan yang amat ketara akan kelihatan. Manusia mempunyai jiwa yang memungkinkan otak itu berfikir. Kalbunya jadi sumber penghayatan rohaniah dan tangan menjadi pangkal teknik, mewujudkan apa yang difikirkan oleh otak dan dirasakan oleh kalbu. Sains juga telah menyediakan satu cabang khusus untuk jiwa yang lebih dikenali sebagai psikologi. Jiwa memungkinkan individu manusia membentuk kehidupan sosial. Kehidupan sosial inilah yang membentuk masyarakat dan di dalam masyarakatlah manusia hidup secara kemanusiaan. 

RUJUKAN

1. Prof. Dato’ Dr. Haron Din (1999) Manusia Dan Islam. Percetakan AEE Sdn. Bhd, Selangor. 
2. Azhar Abdul Rahman (2010) Prinsip – Prinsip Asas Islam. Iman Kreatif Enterprise, Perlis. 
3. Abd Azizi B. Hajrin (2010) Memahami Kerangka Islam. Card Information Sdn. Bhd, Perlis. 
4. Muhammad Izzudin Taufiq (2006) Dalil Anfus al-Qur’an & Embriologi(Ayat- Ayat Tentang Penciptaan Manusia), Muhammad Izzudin Taufiq. Tiga Serangkai, Indonesia. 
5. Luqman Nurhakim (1997) Himpunan Kisah Teladan. Syarikat Nurulhas, Kuala Lumpur. 

RUMUSAN

Konklusinya proses kejadian manusia terbahagi kepada 2 teori iaitu barat dan Islam. Melalui teori barat pada mulanya dipercayai tetapi akhirnya diragui oleh golongan intelektual dan di anggap tidak relevan. hanya teori Islam masih relevan dan terbukti hingga kini. Oleh itu manusia dianggap mulia dan sebaik-baik kejadian di muka bumi. manusia juga telah menjadi khalifah di muka bumi ini dengan menjalankan tanggungjawab dan tugasan mereka. Tanggungjawab itu merupakan amanah Allah Subhanahu wa ta’ala. Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipangdang hina oleh masyarakat. Bagi memikul tanggungjawab ini, pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah sangat penting bagi melancarkan tugasan yang telah di berikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada kita. Kita seharusnya menghargai darjat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan kerana kita adala semulia-mulia kejadian yang telah diciptakan oleh Allah. 

 Terjemahan: “Allah menjanjikan orang – orang yang beriman dan beramak soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalidah – khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang – orang yang sebelum mereka: khalifah – khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang – orang yang derhaka”. (Surah al-Nasar: 55)


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com