Tajuk: Kewajipan Mendirikan Solat

PENGERTIAN SOLAT

DARI SEGI BAHASA bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. 

DARI SEGI ISTILAH solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. 

fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu- Solat waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. 

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. 

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada. 

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. 

DALIL WAJIB SOLAT

DALIL - DALIL AL-QURAN

1. Surah Al-Baqarah ayat 149 :

Maksudnya : " Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ". 

2. Surah Al-Baqarah ayat 150: 

Maksudnya: " Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( kaabah ) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka ( ada saja yang mereka jadikan alasannya ). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah ( mengenai perkara yang benar ) "

DALIL - DALIL HADIS

Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya :

 “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan. ” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) (TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)


SYARAT WAJIB SOLAT
Islam
Baligh
Berakal
Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

SYARAT SAH SOLAT

Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. 

"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H. R. Bukhari, Muslim). 

Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat. 

Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala.   "Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31). 

Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa ta’ala.   "Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144). 

Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan. 

KEPERLUAN SOLAT
BUKAN PEKERJAAN YANG MERUGIKAN

Solat bukanlah suatu pekerjaan yang mendatangkan kerugian bagi kehidupan seseorang. Ianya adalah merupakan bukti dari rasa syukur kita atas nikmat yang telah Allah anugerahkan. Solat juga adalah merupakan amanah yang harus dikerjakan oleh orang yang telah berjanji (muslim), sentiasa melaksanakan sehari semalam sebanyak lima kali. 

Dari solat yang dikerjakan inilah, akan terlihat hasilnya padawatak dan keperibadian setiap Muslim, seperti janji, sabar, tawakal, dan selalu berusaha menjauhkan kemungkaran dan kezaliman. 

BUKAN MEMBUANG WAKTU SECARA SIA-SIA
solat bukanlah suatu pekerjaan yang menghilangkan waktu seseorang secara sia-siASolat sudah ditetapkan memiliki waktu-waktu tertentu dalam sehari semalam. Mungkin hanya orang yang selalu disibukkan dengan urusan dunia selalu berkata demikian. 

Sebenarnya setelah kita beribadah dalam mencari nafkah, maka jiwa kita berasa letih dan ingin bertemu dengan Zat yang teah mencipta dan memelihara kita. Perasaan ingin bertemu itu akan selalu timbul kepada apa saja yang kita cintai setelah beberapa saat disibukkan oleh pekerjaan duniawi. 

BUKAN HAKIM YANG MEMAKSA
Solat bukanlah hakimyang bersifat dictator. solat adalah merupakan panduan antara keikhlasan dan kepuasan, bukan paksaan. sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran; bahawa tidak ada paksaan dalam agama. 

Solat bukanlah hokum yang dibuat hari ini, kemudian dimesyuaratkan dan besok harinya diubah menurut kepentingan dan keperluan. Ianya juga bukanlah ketentuan hukum yang menunggu pengesahan secara rasmidari penguasa negeri. 

Solat tetap menjadi rukun Islamyang kedua setelah syahadah, dan yang demikian itu tidak akan pernah berubah sampai akhir zaman nanti. Jika seseorang telah berjanji dengan memegang teguh sebagai serang Muslim, maka kewajipan selanjutnya adalah mewujudkan setiap kelakuannya dengan tingkah laku seorang Muslim. 

BUKAN HUKUM YANG DAPAT DIRUBAH
solat bukanlah perintah yang hukumnya hanya harus (mubah) yang apabila dikerjakan tidak berpahala dan bila tidak dilakukan tidak berdosa. Ianya wajib dikerjakan dengan ketentuan waktu dan cara tertentu. Kita tidak memiliki hak untuk menambah atau menguranginya. Apatah lagi untuk memajukan atau mengundurkan waktunyASeperti halnya udara yang masuk ke dalam paru-paru, mestilah melalui hidung atau mulut. Tidak mungkin melalui selainnya. 

Akan tetapi sangat dikesali, masih ramai lagi orang yang beranggapan bahawa antara haru dengan fardhu tidak ada perbezaan. Padahal dua perkara itu jelas berbeza. Pada hukum yang bersifat harus, kita boleh mengerjakan sesuka hati. Akan tetapi dalam perkara fardhu, sudah ditentukan dan ditetapkan bila perkerjaan itu harus dilakukan. 

HAJAT YANG SANGAT DIPERLUKAN

Solat adalah merupakan hajat yang sangat diperlukan oleh jiwa kita, sebagaimana kita memerlukan makanan setiap hari. Hal itu disebabkan makan dan minum sebagai sumber tenaga ubuh dan materi kehidupan. Sedangkan solat adalah untukmenjaga roh supaya sentiasa berada dalam ketenteraman dalam kehidupan seseorang untuk menuju ke jalan yang diredhai Allah. 

Solat merupakan hajat setiap Muslim yang harus dipenuhi. Solat akan membimbing akhlak seseorang serta membezakan antara kerosakan dengan kebaikan. Solat juga akan mencegah seseorang dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Sebab tidak mungkin bagi orang yang sudah tahu akan menghadap Tuhannya masih tetap saja suka berbuat kesalahan? Sedangkan setiap orang yang akan menghadap Tuhan sentiasa harus bersih jiwa dan raganya. 

Bagi orang yang mengerjakan solat, dapat diharapkan kebaikan darinya. Kebaikan itu akan terlihat dalam kehidupannya sehari-hari. Ketika ia membaca ayat Al-Quran dalam setiap solat, maka akan selalu terselip dalam hatinya satu getaran Ilahi yang membangkitkan seseorang untuk berbuat baik. Firman Allah: Maksudnya: “sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar” (al-ankabut:45) 

TIDAK ADA KEUNTUNGAN BAGI ALLAH DARI SOLAT YANG DIKERJAKAN

Bahawasanya Alah sekali-kali tidak mempunyai hajat dari solat yang kita kerjakan, akan tetapi kitalah yang mempunyai hajat terhadap solat tersebut. Dia adalah Zat Yang Maha Kaya dan hamba diciptaNya adalah miskin dan fakir serta sentiasa meminta kepadaNya. 

Allah menciptakan kita sebagai makhluk yang lemah, dengan sifat kelemahan tersebut kita dianjurkan supaya selalu meminta kepadaNya. Apa yang Allah anugerahkan kepada kita seperti kesihatan akal fikiran, harta benda, langit dan bumi seisinya, adalah sebahagian kecil dari ciptaanNya yang diberikan kepada makhluk manusia. Dari kurnia nikmat Allah itu dapat kita saksikan betapa sempurnanya nikmat tersebut, baik yang dapat dilihat oleh mata atau yang ghaib. 

Bagi orang yang meninggalkan solat, sedangkan mereka masih juga tetap menikmati kurnia Allah tersebut, samalah ertinya dengan mengingkari hati nuraninya sendiri atau kufur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Mereka telah lupa dengan tujuan hiduonya di dunia ini serta lupa dengan hari pembalasan di akhirat nanti. Firman Allah:  Maksudnya: “sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan Aku masuk ke neraka jahanam dlam keadaan hina (al-mukmin:60) 

Justeru, Allah memberi peringatan kepada mereka yang selalu memalingkan muka apabila diseru untuk menyembah kepadanya. 

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI RAHSIA YANG SEBENARNYA

Dari solat akan terkumpllah seluruh kebaikan yang diperbuat oleh seseorang sehingga sika dan keperibadian orang yang benar-benar memahami erti solat akan tercermin dalam kehidupan sehari-hari. 

Di samping itu solat dapat membantu kita untuk mencari dan mencapai ketenangan dalam pelbagai keadaan. Waktu solat adalah waktuistirehat bagi jasmani dan rohani dari kebisingan kehidupan dunia. Ia juga sebagai asaspembentukan kesatuan dan persamaan kedudukan kaum Muslimin. Menjaga aturan-aturan ilahi, mengosongkan hati dari nafsu syahwat, membersihkan hati dari sikappermusuhan, penipuan dan sebagainya. Firman Allah:

Maksudnya: “jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu terasa sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. ”

Justeru itu, hendaklah kita memelihara solat tepat pada waktunya, Allah tidak mengharapkan sesuatu dari kita, akan tetapi kitalah yang mengharapkan sesuatu dari solat itu sendiri. allah tidak akan pernah memusuhi kita dan mengganti nikmatNya menjadi sebuah musibah jika tidak kerana perbuatan kita sendiri. Harta anak-anak kita tidak bererti di hadapan Allah, kemuliaan masa muda kita tidak abadi. Janganlah kita menyesal pada hari pembalasan nanti

PEMBAHAGIAN SOLAT

SOLAT FARDHU

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat matASekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada. 

SOLAT SUNAT
Solat sunat adalah solat yang mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak mendapat siksa jika ditinggalkan bagi penganut ugama Islam. Berbeza dengan solat fardu yang digalakkan untuk didirikan secara berjemaah, solat sunat boleh dilakukan secara berjamaah atau secara bersendirian. 

SOLAT BERJEMAAH
Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. 

Ini berdasarkan Sabda Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam : "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) 

Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah, dikenali sebagai masbuq. 

Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat sunat hari raya, solat Sunat Istisqak, solat Sunat Tarawihdansolat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah. 

RAHSIA DISEBALIK SOLAT
RAHSIA SOLAT FARDHU
i. UBAT GANGGUAN JIWA

Prof. Dr. Zakiah Daradjat berpendapat bahawa apabila solat yang lima waktu itu dikerjakan dengan wudhuk yang baik, dilaksanakan pada waktunya dan disempurnakan rukuk serta khusyuk, ianya merupakan rawatan bagi kejiwaan iaitu mendapat keampunan dari Allah Subhanahu wa ta’ala. 

Dalam pandangan ahli kejiwaan, ampunan terhadap dosa dan kesalahan merupakan ubat kepada gangguan kejiwaan kerana salah satu penyebab dari gangguan kejiwaan adalah merasa bersalah atau berdosa. Orang akan merasa gelisah dan goncang jiwanya apabila ia merasa bersalah atau berdosa kepada Tuhannya. 

ii. SENAMAN JASMANI

Jasmani adalah merupakan kumpulan dari pelbagai anggota. Tiap-tiap anggota terdiri dari kumpulan tulang, urat dan daging. Semuanya memerlukan darah untuk melancarkan segala kegiatannya. 

Semua anggota jasmani sentiasa memerlukan gerak agar kehidupannya dan kegiatannya tetap berjalan terus. Sebagaimana telah ditetapkan dari ilmu tubuh manusia bahawa yang mana ada urat dan otot-otot keras, jika orang yang mempunyai jasmani tersebut tidak mahu bersenam maka urat atau otot-ototnya itu akan menjadi lemah dan sangat mudah diserangi penyakit. 

Bila kita memperhatikan lahiriah, maka gerakan solat yang kita kerjakan itu penuh mengandungi senaman jasmani yang menghasilkan kesihatan hidup, serta menambahkan kreativiti kerja. Kerana hamper semua gerakan dalam solat itu menggerakkan jasmani kita, sehingg tidak ada satu pun anggota tubuh yang tidak bergerak. 

Iii. Pembinaan disiplin peribadi

Solat 5 waktu yang kita kerjakan sehari semalam, adalah merupakan latihan bagi pembinaan disiplin peribadi. Ketaatan melaksanakan solat pada waktunya, menumbuhkan kebiasaan secara teratur dan terus meneruss melaksanakannya pada waktu yang ditentukan. 

 Kebiasaan yang demikian ini akan menyertai jalan hidup seseorang. Pada orang yang seperti ini akan mudah tumbuh kebiasaan mendisiplinkan diri dan disiplin yang dibiasakan dalam solat akan mudah diterapkan dalam selur sikap hidup seharian. Disipin sudah terbiasa dibina itu akan susah untuk diubah, kerana telah menyatu dengan keperibadiannya. bagi dirinya, disiplin belajar, bekerja dan berusaha dapat dilakukan tanpa mengalami kesulitan. 

Iv. Mewujudkan rasa ketenangan

Bagi orang yag sentiasa tekun di dalam mengerjakan solat maka di saat ia ditimpa musibah apapun sifatnya, ia tidak akan merasa gelisah atau berkecil hati, apa lagi sampai berdukacita tanpa berusaha untuk menghilangkan musibah tersebut. 

Sebabnya ialah kerana gelisah, kecil hati dan dukacita itu adalah dapat melenyapkan kesabaran yang besar, sedangkan ketiadaan kepercayaan terhadap Zat Yang Maha Pencipta memberikan rezeki serta Maha Pemberi penggantian terhadap apa yang dinafkahkan oleh seseorang manusia untuk sesuatu kebajukan dan kebaikan, itupun lebih besar dari bahayanya. 

Kita pasti sedia maklum bahawa orang yang sentiasa gelisah, takut miskin untuk menafkahkan hartanya demi kebaikan adalah sangat dicela oleh agama. Justeru itu, bila hati telah tenang tenteram dan tidak gelisah, pasti akan timbullah kebaikan dari dirinya. Penyebab ketenangan itu adalah dengan mengerjkan solat secara teratur dan tertib menurut ketentuan-ketentuanNya. 

Rahsia solat sunat

i. Empat rakaat sebelum zohor mengisi pintu langit yang terbuka

Firman Allah, maksudnya : “dan bila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabat), lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) bersamamu dan menyandang senjata”

Ayat di atas ini mengandungi pengertian bahawa Allah memerintahkan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam untuk solat bersama para sahabat dalam solat khauf atau solat yang dilakukan ketika sedang berhdapan dengan musuh dalam suatu peperangan. 

Pelajarang yang dapat diambil dari ayat diatas ialah bahawa betapa pentingnya solat berjemaah itu, sehinggga dalam keadaan berperang sekalipun Allah memerintahkan supaya solat berjemaah. Ini menunjukkan bahawa solat berjemah itu harus lebih diperhatikan bila dalam keadaan aman. 

ii. Dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik dari dunia beserta isinya

iii. Solat sunat witir sebagai lambang kecintaan allah

iv. Mendapatkan idaman hati dengan solat hajat

Rahsia solat berjemaah

i. Dasar hukum solat berjemaah

ii. Hukum solat berjemaah

iii. Keutamaan solat berjemaah

iv. Buah yang dapat dipetik dari solat berjemaah


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com