Tajuk: Tamadun Islam Dalam Sains Fizik

PENDAHULUAN
Perkataan Fizik berasal dari perkataan Greek ‘physikos’ yang bermakna pengetahuan tentang alam semula jadi. Pada abad ke-4M, pemikiran fizik dipelopori oleh teori fizik Plato dan Aristoteles. Teori mereka dipengaruhi oleh pemikiran mazhab seperti :

1. Alam ini bertertib
2. Bahagian-bahagian alam ada perbezaan struktur. 

Pendapat-pendapat ini kemudiannya diterima oleh orang Islam kerana mereka berpendapat pandangan ini disokong oleh al-Quran menerusi ayat-ayat yang terjemahannya seperti berikut:

1. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. (Al-Quran, Surah Yasin 40)

2. Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian, kami pisahkan antara keduanya. (Al-Quran, Surah al-Anbiya 30) 

3. Maha suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui. (Al-Quran, Surah Yasin 36) 

4. Muliakan nama Tuhanmu yang Paling Tinggi, yang menciptakan danmenyempurnakan. Yang menentukan hukum dan memberi bimbingan. (Al-Quran, Surah al-A’la : 13) 

5. Tidakkah kau lihat bahawa Allah menundukkan bagimu segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. (Al-Quran Surah Luqman : 20) 

6. Antara langit dan bumi sungguh tanda-tanda(keesaan dan kebesaran) bagi kaum yang memikirkannya. (Al-Quran, Surah al-Baqarah : 164) 

Fizik Aristoteles bertujuan memberi penjelasan tentang fenomena alam bumi dan fizik. Asas pemikirannya seperti berikut :

-Semua objek di dalam ini ada zat bentuk dan bahan. Gerakan terhasil daripada perubahan. 

-Semua benda berubah daripada keadaan keupayaan kepada keadaan kewujudan sebenar atau semua perubahan digambarkan sebagai aliran daripada keupayaan kepada keberkesanan. 

-Benda-benda yang wujud terdiri daripada empat unsur: tanah, air, api, dan udara. 

-Sesuatu jasad yang gerakannya dipaksa akan terus bergerak selama jasad itu bersentuh dengan agen yang menyebabkan gerakan itu (teori ini berlawanan dengan prinsip moden inersia)




TOKOH-TOKOH FIZIK

AL-BIRUNI
Nama sebenar Abu Rayhan Muhammad ibn Ahmad Biruni. Selain daripada menjadi ahli fizik, beliau juga ahli astronomi yang agung dan juga ahli matematik yang pintar. Beliau sangat minat serta aktiviti al-Biruni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah sehingga kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Beliau juga menyangkal kewujudan vakum berdasarkan penalaran dan cerapan fenomenon tabii. Beliau banyak membincang dan menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti graviti, jirim dan ruang, dan gerakan bumi. Beliau seorang pengkritik yang kuat menentang fizik aristoteles. Beliau banyak mengkritik tentang ‘landasan asas’ fizik aristoteles seperti kehipomorfan, tempat tabii bagi objek dalam bahagian alam bumi. Mencipta jadual dalam bidang astonomi yang dinamakan Jadual Toledo. 

AL-KHAWARIZMI
Salah seorang yang pertama menghitung jadual astronomi dan sifar trigonometri, yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh Adelard. Ilmu yang berkaitan dengan aljabar ini pada asalnya hanya dilihat sebagai perkembangan daripada geometri. Perkembangan trigonometri berikutnya didorong oleh keperluan penyelesaian berangka berhubung dengan astronomi yang dipelopori oleh sarjana-sarjana Muslim. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Beberapa tulisannya termasuklah Kitab al-Rukhamah, Kitab al-Zij al-Awwal, Kitab al-Zij al-Thani, Kitab al-‘Amal bi al-Asturlab dan karya-karya yang lain telah menjadi rujukan para sarjana Islam apabila mengkaji astronomi Islam. 

IBN YUNUS
Seorang ahli fizik yang terkemuka di Kaherah. Dia mencipta bandul dan menerangkan bagaimana bandul beroperasi. Bandul telah digunakan untuk mengukur masa. 

AL KHAZINI
Terkenal kerana penglibatan dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Diantara buku-buku tulisannya ialah “Mizan al-Hikmah” yang dianggap sebagai buku yang terpenting dalam mekanik dan hidrostatik yang ditulis oleh sarjana Islam. Bukunya Ar-Razi, Ibn Khayyam dan Al-Biruni. Dia menggunakan pusat graviti dalam membina neracanya. Kerja yang dilakukan oleh Al-Khazini. 

AL-HAITHNAM
Nama sebenar Abu Ali al-Hasan ibn al-Hasan ibn al-Haytham adalah tokoh optik yang ternama dalam zaman kegemilangan Islam. Dia juga dikenali sebagai ahli matematik, astronomi, kejuruteraan, anatomi, psikologi, opthalmologi dan falsafah. Sumbangannya dalam fizik termasuklah kajian tentang gerakan yang mana membawa beliau menemui prinsip inersia (dikenali sekarang sebagai Hukum Newton Pertama) dan statik. Dengan menggunakan matematik dan modul fizik yang baik dan dengan membuat eksperimen yang teliti, beliau telah meletakkan optik pad asatu asas yang kukuh. Buku-bukunya termasuk Kitab al-Sima, Kitab al-Kaun, Kitab al-Aath al-Uluwiyyah dan Kitab al-Sama. Beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri bayang-bayang dan imej serta banyak lagi fenomena optik yang penting. 

AL-BATANI
Beliau berjaya menentukan bumi dan sudut ekleptik. Beliau turut menemui cara baru dalam menentukan masa anak bulan boleh dilihat dan dapat memperincikan fenomena gerhana matahari dan bulan. Karya-karya beliau dalam bidang astronomi termasuklah Kitab al-Zij, Kitab Ma’rifat Matla‘ al-Buruj fi ma bainaha ‘Arba’ al-Falak, Risalah fi Miqdar Tahqiq al-Ittisalat, Kitab Sharh Arba’a Maqalat li Batlinus dan lain-lain lagi. 

IBRAHIM AL-FAZARI AL-MUNAJJAM
Beliau telah menghasilkan buku-buku panduan yang membantu ahli falak dalam usaha mempertingkatkan kajian bidang astronomi. Kitab al-Qasidah Fi ‘Ilm al-Nujum, Kitab al-Miqyas lil Ziwal dan Kitab al-Zij `Ala Sini al-`Arab adalah bukunya. Beliau juga banyak menghasilkan jadual-jadual yang sangat berguna dalam bidang ilmu falak. 

AL-FARGHANI
Karya penting beliau termasuklah Kitab Usul al-Falak, Kitab al-Fusul Ikhtiyat al-Majisti, Kitab al-`Amal al Rukhamat dan Kitab Jawami` Ilmu al-Nujum Wa al-harakat al-Samawiyah yang dialih bahasa kepada The Element of Astronomy. Buku berkenaan berkisar tentang pergerakan objek di langit dengan huraian yang lengkap. 

DR SHAHRIR MUHAMMAED ZAIN
Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi (1985) telah menjelaskan tentang sumbangan tokoh fizik Islam yang terkenal, al-Farabi (872 – 950M) yang telah membuat kajian tentang bunyi dalam muzik dalam sebutan gelombang udara. 

IBNU SINA
Karyanya yang terkenal al-Syifa membincangkan hadlaju bunyi dan cahaya. Beliau berpendapat bahawa kesan cahaya bersifat serta-merta, sementara bunyi ada suatu halaju yang menyebabkan bunyi boleh didengar beberapa ketika selepas kejadian bunyi berlaku. 

Abu Barakah al-Baghdadi
Seorang ahli falsafah Yahudi yang pada akhir hayatnya telah memeluk agama Islam. Beliau juga seorang ahli fikir asli yang menguasai mandala falsafah tabii. Dalam kitab beliau al-Mu’tabar telah menerangkan masalah pecutan, jisim terluncur serta mengandungi idea yang berguna untuk fizik. 

AL-KHAZIN
Tokoh fizik yang tidak kurang hebat pada abad ke-12. Beliau menulis buku Mizan al-Hikmah yang merupakan karya rujukan dalam bidang mekanik dan hidrostatik khususnya tentang konsep tarikan graviti. 

IBN ISHAQ AL-KINDI
Nama sebenar Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang berbeza. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik. Al-Kindi menulis sekurang-kurangnya 250 buku, kebanyakannya sumbangannya bagi geometri (32 buku) dan fizik (12 buku). Selain itu, Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu-batan, batu-batu berharga dan sebagainya. 

SHIHABUDDUN YAHYA AL-SUHRAWARDI
Pengasas iluminasi dan telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau telah menolak teori Aristoteles tentang kehilomorfan. Bagi ‘zat’ alam ini cahaya, dan jirim itu ‘kegelapan’ tanpa cahaya. Beliau menyatakan bahawa alam bumi dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing daripada hukum gravity semesta. 

BANU MUSA
Keluarga ahli sains bernama Musa, iaitu Ibnu Syakir dan anak-anaknya Muhamad, Ahmad dan Hassan. Mereka telah menulis buku Hiyal Banu Musa. Buku ini mengandungi maklumat tentang sekitar seratus binaan alat mekanik. Buku ini juga telah menyentuh soal tentang pusat gravity dan menjelaskan operasi beberapa alat berdasarkan. Berkenaan gravity, Banu Musa telah manyatakan tentang kewujudan satu tarikan yang disebut gravity menyebabkan planet-planet di langit “terikat” antara satu dengan yang lain dan juga jasad jatuh ke bumi. Inilah teori yang pada masa ini dikaitkan dengan nama ahli fizik Barat, Isaac Newton (1642-1727 M). 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com