Tajuk: Kisah Dan Perjuangan Nabi Saleh

PENGENALAN
Kewujudan nabi dan rasul adalah rahmat Allah Subhanahu wa ta’ala kepada hamba-Nya dengan segala keindahan kehalusan-Nya, kebajikan-Nya kepada manusiASesungguhnya Allah mengutuskan kepada (para nabi) dan para utusan dengan memberi khabar gembira dan berita ancaman, supaya mereka menjadi cahaya petunjuk dan keutamaan, bagaikan bintang-bintang petunjuk manusia ke arah ketinggian manusia, menunjukkan umat kepada kebahagiaan, menyelamatkan manusia daripada cengkaman syirik dan meninggikan mereka ke darjat yang tinggi, dan sifat-sifat kesempurnaan. 

Sungguh telah berlaku sunnah Allah, iaitu Allah tidak akan menyeksa umat sebelum Allah mengutuskan seorang utusan kepada umat itu yang menunjukkan kepada kebaikan dan kebenaran, mencegah daripada perbuatan buruk dan kejahatan, demikian itu supaya tidak ada lagi perbuatan buruk dan kejahatan, demikian itu supaya tidak ada bagi orang-orang yang member alasan, sebagaimana firman Allah “seseorang yang berdosa tidak menanggung dosa orang lan. ”(Al-Isra; 15). Dan supaya manusia tidak mengatakan pada hari kiamat seperti ini “belum datang kepada kami seorang(utusan) yang memberi khabar gembira dan peringatan” (surah Al-Maidah; 19). Atau mereka diseksa kerana tiadanya keimanan atau membantah Allah Taala dalam tidak adanya mereka bukan membantah Allah dalam tidak adanya hak mereka untuk mendapat seksaan. 

THAMUD ADALAH KUAM NABI SALEH AS. 
Thamud adalah satu golongan manusia yang termasuk dalam kalangan bangsa Arab menurut pendapat sebahagian ahli sejarah. Mereka bertempat tinggal di suatu dataran bernama ‘al-Hijir’ terletak antara Hijaz san Syam, yang dahulunya, termasuk dalam jajahan dan dikuasi oleh suku ‘Aad’yang telah habis binasa disapu angin taufan yang dikirim oleh Allah sebagai pembalasan atas penentangan dan pengengkaran mereka terhadap dakwah dan risalah Nabi Hud AS. Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulu dimilik dan dinikmati oleh kaum Aad telah diwarisi oleh kaum Tahmud. Tanah-tanah yang subur yang member hasil berlimpah-ruah, binatang-bintang ternakan yang berkembang baik, kebun-kebun bunga yang indah-indah, bangunan rumah-rumah yang dibina di atas tanah-tanah datar dan dipahatnya dari gunung. 

Semuanya itu menjadikan mereka hidup tenteram, damai, sejahtera dan bahagia, merasa aman daripada segala ganguan alamia. Mereka menyangka bahawa segala kemewahan hidup akan kekal bagi mereka dan anak keturunan mereka. Kaum Tahmud tidak mengenal Tuhan. Tuahn yang mereka sembah adalah berhala yang mereka puja dan sembah. Kepadanya mereka berkorban, tempat mereka meminta perlindungan daripada segala bala dan musibah dan mengharapkan kebaikan dan kebahagian. Mereka tidak dapat melihat atau memikirkan lebih jauh dan apa yang mereka dapat melihat dan jangkau dengan pancaindera. 

DAKWAH NABI SALEH AS. KEPADA KAUM TAHMUD

Allah yang maha pengasih lagi Maha Penyayang, tidak akan membiarkan hamba-hambanya-Nya berada dalam kegelapan terus-menerus tanpa diutusnya nabi pesuruh dari sisi-Nya untuk member penerangan dan memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat kepada jalan yang benar. 

Demikianlah pula Allah tidak akan menurunkan azab atau seksaan kepada sesuatu umat sebelum mereka diperingatkan dan dibri petunjuk oleh-Nya dengan perantaraan seorang yang dipilih untuk menjadi utusan dan rasul-Nya. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-quran), maka sesnugguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesipa yang sesat, maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditangging oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tidaklah kami mengazabkan sesiapa pun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)” (Al-Isra’ :15) 

Sunnatillah ini berlaku pula bagi kaum Tahmud yang kepada mereka diutus Nabi Saleh AS., seorang yang telah dipilih-Nya dari suku mereka sendiri, dari keluarga yang terpandangdan dihormati oleh kaunmya, terkenal tangkas cerdik, pandai, rendah hati dan ramah tamah dalam pergaulan. 

Nabi Saleh AS. memberitahu merekaTtuhan yang sepatutnya mereka sembah, Tuhan Allah Yang Maha Esa, yang telah menciptakan mereka, menciptakan alam sekitar, menciptakan tanah-tanah yang subur yang menghasilkan bahan-bahan keperluan hidup mereka, menciptakan binatang-binatang yang memberi manfaat dan berguna dan dengan demikian memberi kepada mereka kenikmatan dan kemewahan hidup dan kebahgian zahir dan batin. 

Tuhan Ynag Maha Esa itulah yang semestinya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu gunung yang tidak berkuasa memberi sesuatu kepada mereka atau melindungi mereka daripada ketakutan dan bahaya. 

Nabi Saleh AS mengingatkan kepada mereka bahawa dia adalah seorang daripada mereka, terjalin antara mereka ikatn darah. Mereka adalah kaumnya dan kerabat keluarganya dan dia adalah seketurunan dan sesuku dengan mereka. Dia mengharapkan kebaikan bagi mereka dan sekali-kali tidak akan menjerumuskan mereka ke dalam hal-hal yang membawa kerugian, kesengsaraan atau kebinaaan bagi mereka. 

Bagina menyatakan bahawa dirinya adalah utusan Allah, dan apa yang dia ajarkan dan dakwahkan kepada mereka adalah amanah Allah yang wajib disampaikan kepada mereka untuk kebaikan mereka semasa hidup dan setelah diakhirat kelak. 

Baginda sangat berharap agar kaumnya mempertimbangkan dan memikirkan sungguh-sungguh apa yang serukan dan agar mereka segera meninggalkan sembahan kepada berhala-berhalASelanjutnya segera percaya dan beriman kepada Allah Yang Maha Esa seraya bertaubat dan mohon ampunan kepada-Nya atas dosa dan perbuatan syirik yang selama ini telah mereka lakukan. Allah Maha dekat dengan mereka, mendengarkan doa mereka dan member ampunan kepada sesiapa sahaja yang bertaubat. 

Terperanjatlah kaum Saleh sebaik mendengar seruan dan dakwahnya yang disifatkan sebagai sesuatu yang baru yang tidak disangka-sangka datang daripada saudara atau anak mereka sendiri. Dengan serat merta mereka menolak ajakan Nabi Saleh itu dan berkata kepadanya “Wahai Saleh! Kami mengenalimu seorang yang pandai, bijak, dan cerdas, fikiranmu tajam dan pendapat serta semua pertimbanganmu selalu tepat. Pada dirimu kami melihat tanda-tanda kebaikan dan sifat terpuji. Kami mengharapkan engkau memimpin kami menyelesaikan hal-hal yang rumit yang kami hadapi, member petunjuk dalam soal-soal yang gelap bagi kami dan menjadi ikutan dan kepercayaan kami di waktu kami mengalami krisis dan kesusahan. 

Malangnya segala harapan itu menjadi meleset dan kepercayaan kami pada mu tergelincir hari ini dengan tingkah lakumu dan tindak tandukmu yang bercanggah dengan adat istiadat dan tatacara hidup kami. Apakah yang engkau seru kepada kami? Engaku menghendaki agar kami meninggalkan agama yang telah menjadi darah daging kami, menjadi sebahagian hidup kami sejak kami dilahirkan dan tetap akan jadi pegangan untuk selama-lamanya. Kami sekali-kali tidak akan meninggalkannya kerana seruanmu dan kami tidak akan mengikuti ajakanmu yang sesat itu. Kami tidak mempercayai cerita kosongmu bahkan meragukan kenabianmu. Kami tidak akan menderhakai nenek moyang kami denagn meninggalakn persembahan mereka dan mengikut seruan mu. ” 

Lebih lanjut Nabi saleh AS. mengingatkan mereka agar jangan menentangnya dan agar beriman kepada Allah yang telah Mengurniakan mereka rezeki yang laus dan penghidupan yang sempurna. Diceritakan kepada mereka tentang kisah kaum yang mendapat azab daripada Allah kerana menentang rasul-Nya dan mendustakan risalah-Nya. 

Baginda member amaran bahawa hal yang serupa itu akan dapat terjadi ke atas mereka jika mereka tidak mahu menerima dakwahnya dan mendengar nasihat yang diberikannya secara ikhlas dan jujur, sebagai seorang anggota daripada keluarga besar dan yang tidak mengharapkan atau menuntut upah daripada mereka atas usahanya itu. 

Baginda menyatakan bahawa ia hanya menyampaikan amanha Allah yang ditugaskan kepadanya dan Allah yang akan memberinya upah dan ganjaran untuk usahanya member pimpinan dan tunjuk ajar kepada mereka. 

Sebahgian kecil dari kaumnya yang pada umumnya terdiri daripada orang-orang yang berkedudukan sosial lemah menerima dakwah Nabi Saleh AS. dan beriman kepadanyASedang majoritinya, terutama daripada golong kaya dan berjawatn tinggi tetap berkeras kepala dan menyombongkan diri menolak seruan Nabi Saleh AS dan mengengkari. Mereka berkata kepadanya “Wahai Saleh! Kami menyangka engkau telah kehasutan syaitan dan terkenasihir. Engkau telah menjadi gila dan akalmu sudah berubah dan fikiranmu sudah kacau, sehingga engkau mengeluarkan kata kata ucapan yang tidak masuk akal. Hentikanlah usahamu dalam menyebarkan agama batumu yang telah mencerca persembahan kami dan datuk moyangmu sendiri. Kami tidak akan mengikuti jalanmu dan akan meninggalkannya. 

Engkau mendakwa sebagai nabi yang telah diutuskan Tuhanmu. Apakah kelebiahnmu daripada kami sehingga engkau dipilih menjadi rasul, padahal ada orang-orang diantara kami yang lebih patut dan layak serta lebih cekap untuk menjadi nabi tau rasul daripada engkau. Tujuanmu dengan bercakap kosang dan kata-katamu hanyalah untuk mengejar kedudukan dan ingin dilantik menjadi ketua dan pemimpin bagi kaummu. 

Jika engakau merasa bahawa engakau sihat tubuh badan dan sihat fikira, tujuan yang terselubung dalam dakwahmu itu, maka hentikanlah usahamu dalam menyebarkan agama barumu yang telah mencercakan persembahan kami dan datuk moyangmu sendiri. Kami tidak akan mengikuti jalanmu dan meninggalkan jalan yang telah ditempuh olehorang-orang tua kami dahulu. ”

Baginda Nabi Saleh AS. menjawab dengan budi bicara yang lemah lembutdan tawaduk seperti berikut:

“Sesungguhnya aku telah berulangkali mengatakan kepadamu bahawa aku tidak mengharapkan sesuatu apapun daripadamu sebagai upah atau imbalan atas usahaku memberi panduan dan peneranagan kepada kamu. Aku tidak mengharapkan upah atau mengingkan pangkat dan sebarang jawatan bagi usahku ini, apa yang aku lakukan adalah semata-mata atas permintaan Allah dan daripada-Nyalah kelak aku harapkan balasan dan ganjaran untuk itu”. 

“Bagaimana aku dapat mengikutimu dan membiarkan tugas dan amanah Tuahn kepadaku, padahal aku telah memperolehi bukti-bukti yang nyata atas kebenaran dakwahku. Jangan sekali-kali kamu harap bahawa aku akan melanggar perintah Tuhanku dan melalaikan kewajipanku kepada-Nya hanya semata-mata untuk melanjutkan persembahan nenek moyang kita yang batil itu. Siapakah yang akan melindungiku daripada kemarahan dan azab Tuhan jika aku berbuat demikian? Sesungguhnya kamu hanya akan merugikan dan membinasakan aku dengan seruanmu itu. ”

Kaum Tahmud setelah gagal dan tidak Berjaya menghentikan usaha dakwah Nabi Saleh AS., bahkan sebaik mereka melihatnya semakin giat menarik orang-orang mengikutinya dan berpihak kepadanya, para-para pemimpin dan pemuka kaum yang engkar itu berusaha untuk membendung arus dakwahnya yang makin lama mendapat perhatian, terutama daripada rakyat jelata dan kelas menengah dalam masyarakat. Mereka mencabar Nabi Saleh AS. dan untuk membuktikan kebenaran kenabiannya dengan suatu bukti mukjizat dalam bentuk benda atau kejadian luar biasa yang pada umummya di luar kekuasaan manusia. 

MUKJIZAT NABI SALEH AS. 
Nabi Saleh AS. sedar bahawa cabaran dan tentangan kaumnya yang menuntut bukti daripadanya berupa mukjizat it, adalah bertujuan hendak menghilangkan pengaruhnya dan mengikis habis kewibawaannya di mata kaumnya terutama para pengikutnya sebaik baginda gagal memenuhi tuntutan mereka. 

Nabi Saleh AS. mencabar tuntutan yang mereka minta dengan syarat bahawa mereka akan meninggalakn agama dan sembahan mereka dan akan mengikuti baginda AS. beriman kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. 

Selari dengan permintaan dan tuntutan pemuka-pemuka kaum Tahmud, berdoalah Nabi Saleh AS. memohan kepada Allah agar memberi suatu mukjizat untuk membuktikan risalahnya dan sekailgus mematahkankan perlawanan dan tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu. Ia memohan daripada Allah dengan kekuasaan-Nya untuk menciptakan seekor unta betina, dikeluarkan daripada sebuah batu karang besar yang terdapat di sudut sebuah bukityang mereka tunjuk. 

Sejurus selepas itu, dengan izin Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Pencipta, terbelahlah batu karang yang ditunjuk itu dan keluar dari batu seekor unta betina. 

Seraya menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari bat besar itu, berkatalah Nabi Saleh AS. kepada mereka, “Inilah dia unta Allah, janganlah kamu usik dan biarkan ia mencari makannya di atas bumi Allah, ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minuman bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahawa Allah akan menurunkan azab-Nya bila kamu menganggu binatang ini. ”

Dilepaskan unta tersebut dan bekeliaranlah di lading-ladang makan rumput sesuka hatinya tanpa mendapat gangguan. Ketika tiba giliran minumnya, pergilah unta itu ke satu perigi, yang diberi nama perigi unta, dan minumlah sepuas hatinya. Pada hari-hari giliran unta Nabi Saleh AS. itu datang minum, tiada seekor bintang lain berani menghampirinya, yang mana menimbulkan rasa tidak senang pada pemilik-pemilik binatang lain yang semakin hari semakin merasa bahawa adanya unta Nabi Saleh AS. ditenggah-tenggah mereka itu menjadi satu gangguan, laksan duri yang menikam di dalam kerongkong. 

Kejayaan Nabi Saleh AS. mendatangkan mukjizat yang mereka minta, bermakna gagallah para pemuka kaum Tahmud dalam usahnya untuk menjatuhkan maruah dan menghilangkan pengaruh Nabi Saleh AS., bahkan sebaliknya telah menambah tebal kepercayaan para pengikutnya dan banyak menghilangkan keraguan dari kaumnya. 

Dengan licik dan busuk hati, pemuka-pemuka kaum Tahmud menghasut pemilik-pemilik ternakan yang merasa iri hati dan tidak senang dengan adanya unta Nabi Saleh AS. yang bermaharajalela di ladang dan kebun-kebun mereka serta ditakuti oleh binatang-binatang peliharaannya agar mereka membinasakan unta Nabi Saleh AS.. 

PEMBUNUHAN KE ATAS UNTA NABI SALEH AS. 

Pakatan sulit telah diadakan oleh oarang-orang dari kaum Tahmud untuk mengatur pembunuhan unta Nabi Saleh AS.. Bagaimanapun ada di antara mereka yang dibayangi rasa takut oleh azab yang dijanjikan oleh Nabi Saleh AS. bila untanya diganggu. 

Pada masa yang sama terdapat seorang janda bangsawan yang kaya-raya menawarkan dirinya untuk dijadikan isteri kepada sesiapa yang dapat membunuh unta Nabi Saleh AS.. Selain janda tersebut ada lagi seorang wanita lain yang mempunyai beberapa puteri yang cantik-cantik menawarkan akan menghadiahkan salah seorang daripada puteri-puterinya kepada orang yang Berjaya membunuh unta itu. 

Dua jenis hadiah yang menggiurkan daripada kedua wanita itu dan dengan disokong kuat oleh para pemuka Tahmud telah mendorong dua oaring lelaki bernama Musadda’ binMuharrij dan Ghudar bin Salif merancang akan melakukan pembunuhan, bagi meraih hadiah yang dijanjikan. Kedua-dua orang tersebut juga ingin mendapatsanjungan dan pujian yang akan diterimanya daripada kafir suku Tahmud, sebagai hero sekiranya unta Nabi Saleh AS. telah mati dibunuhnya. 

Dengan bantuan tujuh orang lelaki bersembunyilah kumpulan itu di suatu tempat dimana biasanya dilalui oleh unta dalam perjalanannya untuk ke perigi tempat minum. Sebaik sahaja bintang yang tidak berdosa itu berlalu segeralah dipanah betisnya oleh Musdda’ yang disusul oleh Ghudar dengan menikam pedangnya di bahagian perutnya. 

Diselubungi perasaan megah dan bangga, pergilah para pembunuh unta ke ibu kota untuk menyampaikan matinya unta Nabi Saleh AS. yang mendapat sambutan sorak sorai dan teriakan gembira dari pihak Musyrikin seakan akan mereka kembali dari medan perang dengan membawa kemenangan yang gilang-gemilang. 

Pemuka-pemuka kaum Tahmud berkata kepada Nabi Saleh AS., “Wahai Saleh! Untamu telah mati dibunuh, cubalah datangkan apa yang engkau telah janjikan kepada kami, jika engkau betul-betul termasuk orang-orang yang terlalu benar dalam kata-katamu. ”

Nabi Saleh menjawab, ”Sesungguhnya aku telah mengingatkan kamu, bahawa Allah akan menurunkan azab-Nya atas kamu jika kamu menggangu unta it. Malangnya engkau bunuh jua unta itu, kerana itu tunggulah kamu akan tiba masanya azab yang Allah telah janjikan dan telah aku sampaikan kepadamu. Kamu telah menentang Allah dan terimalah kelak akibat tentanganmukepada-Nya. Janji Allah tidak akan dimungkiri. Kamu boleh bersuka ria dan bersenang-lenang selama tiga hari ini, kemudian terimalah terimalah ganjaranmu yang setimpal pada hari keempat. Demikianlah kehendak Allah yang tidak dapt ditangguhkan atau dihalang, ”

Sebahagian ahli tafsir berpendapat, bahawa Allah melalui Rasul-Nya, Nabi Saleh AS. memberi waktu tiga hari itu untuk member peluang agar mereka sedar akan dosanya dan bertaubat minta keampunan serta beriman kepada Nabi Saleh AS. dan kepada risalahnya. 

Malangnya, tempoh tiga hari itu, bahkan menjadi bahan ejekan terhadap Nabi Saleh AS. ditentang dan dicabarnya bagi mempercepatkan datangnya azab itu dan tidak usah ditangguhkan tiga hari lagi. 

AZAB ALLAH YANG DIJANJIKAN

Nabi Saleh memberitahu kaumnya bahawa azab Allah yang akan menimpa mereka akan didahului dengan tanda-tanda, iaitu pada hari pertama, ketika mereka bangu dari tidur, mereka akan menemui wajah mereka menjadi kuning dan berubah menjadi merah pada hari kedua dan hitam pada hari ketiga dan pada hari keempat turunlah azab Allah yang pedih. 

Sebaik mendengar ancaman azab yang diberitahu oleh Nabi Saleh AS. kepada kaumnya, maka kumpulan Sembilan orang iaitu kelompok pembunuh unta cuba membuat rancangan untuk membunuh Nabi Saleh AS. sebelum tibanya azab yang diancam itu. Mereka mengadakan perjumpaan rahsia dan bersumpah bersama kan melaksanakan rancangan pembunuhan itu di waktu malam, di saat orang masih tidur lena, bagi menghindari tuntutan balas darah oleh keluarga Nabi Saleh AS.. 

Rancangan mereka dirahsiakan sehingga tidak diketahui dan didengar oleh siapa pun kecuali kesembilan orang itu sendiri. 

Sebaik mereka datang ke tempat Nabi Saleh AS. bagi melaksanakan rancangan jahatnya di malam yang gelap-geliat dan sunyi-senyap jatuhlah di atas kepala mereka batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya dan yang seketika itu juga rebahlah mereka di atas tanah dalam keadaan tidak bernyawa lagi. Demikinlah Allah telah melindungi Rasul-Nya daripada perbuatan jahat hamba-hamba-Nya yang kafir. 

Suatu hari sebelum turunnya azab yang telah ditentukan, dengan izin Allah berangkatlah Nabi Saleh AS. bersama para mukminin pengikutnya menuju Hijir dan penghuninya, kaum Tahmud habis binasa, ditimpa halilitar yang dahsyat beriringan dengan gempa bumi yang mengerikan. 

PENUTUP
Dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok kecil masyarakat boleh berakibat bencana negatif yang membinasakan masyarakat di sekitarnya. Oleh itu kita hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul bagi mendapat kebahagiaan dan keberkataan di akhirat kelak. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)