Tajuk: Kewajipan Mendirikan Sembahyang

PENDAHULUAN
Menurut pendapat yang masyhur dari kalangan ahli sejarah, ibadah sembahyang mula diwajibkan pada malam isra’ iaitu 5 tahun sebelum hijrah. Ibadah sembahyang menjadi fardu ‘ain (wajib) ke atas setiap mukallaf (berakal dan baligh). Sebuah hadis dari anas r. a. beliau mengatakan, “diwajibkan sembahyang ke atas rasulullah pada malam isra’ dengan 50 waktu, kemudian ia dikurangkan lagi sehingga menjadi 5 waktu. Setelah itu rasulullah diseru, “wahai muhammad, sesungguhnya percakapan di sisi-ku tidak berubah. sesungguhnya bagimu 5 waktu ini sama pahalanya dengan 50 waktu sembahyang”. (h. r. ahmad & an-nasa’ie)

Apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai umur 7 tahun maka hendaklah di suruh melakukan sembahyang dan apabila ia mencapai umur 10 tahun maka hendaklah dipukul dengan tangan jika ia masih ingkar. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda, “perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka”. (h. r abu daud, al-hakim & tirmizi)

Kewajipan melakukan ibadah sembahyang sehari semalam hanyalah 5 waktu dan kita sama sekali tidak boleh mempertikaikannya. Berpesan rasulullah kepada mu’az sebelum beliau diutuskan oleh baginda ke Yaman, “beritahulah kepada mereka bahawasanya Allah telah mewajibkan ke atas mereka 5 kali sembahyang dalam sehari semalam”. 

Antara firman Allah dan hadis yang lain berkenaan solat
1. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku. ” (Surah Taha, ayat 14)

2. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang bermaksud:
“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama. ” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Diriwayatkan daripada Amru bin Syu’ib bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda yang bermaksud:“Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur. ” (Hadis riwayat Abu Daud)

MAKSUD SOLAT
Solat merupakan rukun Islam yang keduASolat fardhu wajib ditunaikan lima kali sehari semalam di dalam waktunyASetiap individu muslim yang meninggalkan solat tanpa keuzuran yang diharuskan oleh syarak dijanjikan oleh Allah dengan siksaanNya yang amat pedih diakhirat kelak. Solat fardhu merupakan ibadah yang amat penting dalam kehidupan muslim. Ibu bapa diwajibkan supaya memberi bimbingan dan latihan kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam menerima perintah solat secara langsung daripada Allah Subhanahu wa ta’ala semasa peristiwa mikraj. Maksud solat dari segi:

Bahasa : Doa
Istilah : Beberapa Ucapan Atau Perbuatan Yang Tertentu Yang Dimulai Dengan Takbiratul Ikhram (Allahuakhbar) Dan Diakhiri Dengan Ucapan Salam (Assalamualaikum). 

Setiap umat Islam yang cukup syarat-syarat solat, wajib menunaikan apabila masuk waktu seperti firman: 
ALLAH Subhanahu wa ta’ala BERFIRMAN, 
“maka dirikan lah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa) sesungguhnya sembahyang itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman yang tertentu waktunya. ”

SYARAT WAJIB SOLAT
•Islam, Tidak Wajib Bagi Orang Kafir
•Berakal, Tidak Wajib Bagi Orang Gila, Mabuk Atau Pitam
•Baligh, Tidak Wajib Bagi Kanak-Kanak Yang Belum Baligh
•Suci Daripada Haid Dan Nifas, Tidak Wajib Dan Haram Ketika Haid Dan Nifas
•Boleh Mendengar Dan Melihat, Tidak Wajib Bagi Orang Yang Buta, Tuli Dan Bisu Sejak Lahir

SYARAT SAH SOLAT
•Suci Badan, Pakaian, Dan Tempat Daripada Najis 
•Suci Daripada Hadis Kecil Dan Hadis Besar
•Menutup Aurat
•Mengadap Kiblat
•Yakin Masuk Waktu Solat

RUKUN SOLAT
•Berniat
•Takbiratul Ikhram
•Berdiri Betul Bagi Yang Mampu
•Membaca Surah Al-Fatihah
•Rukuk Serta Toma’ninah
•Iktidal Serta Toma’ninah
•Sujud Serta Toma’ninah
•Duduk Antara Dua Sujud Serta Toma’ninah
•Duduk Ketika Membaca Tahiyat Akhir
•Membaca Tahiyat Akhir
•Membaca Selawat Ke Atas Nabi
•Mengucap Salam Yang Pertama
•Tertib
WAKTU-WAKTU SOLAT
Solat fardhu ditentukan waktu mengikut perjalanan matahari seperti berikut. 

SolatWaktu masukWaktu akhir
ZohorTergelincir matahari ke arah barat iaitu apabila sesuatu benda mempunyai bayang di sebelah timurApabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya. 
AsarApabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanyaApabila matahari terbenam seluruh bulatannya
MaghribApabila terbenam seluruh bulatan matahari Hilang cahaya merah di kaki langit
IsyakHilang cahaya merah di kaki langitTerbit fajar sadiq
SubuhMulai terbit fajar sadiqTerbit matahari

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG SOLAT
•Kawasan perkuburan
•Gereja
•Tempat-tempat pembuangan kotoran binatang
•Tempat penyembelihan binatang
•Tengah-tengah jalan raya
•Tempat perteduhan binatang
•Tempat pemandian umum
•Atas atap kaabah

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan. 
2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan, 
3. Berkata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huuf yang ada pengertiannya. 
4. Terbuka auratnya. 
5. Makan dan minum walaupun hanya sedikit
6. Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat
7. Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan. 
8. Membelakangi kiblat
9. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud. 
10. Tertawa tebahak-bahak
11. Mendahului imamnya. 
12. Murtad (terkeluar dari agama Islam). 

PERKARA - PERKARA MAKRUH KETIKA SOLAT
•Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam). 
•Memandang ke atas (mendongak). 
•Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. 
•Berludah ke hadapan atau ke belah kanan. 
•Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk. 
•Bercekak pinggang. 
•Menyinsingkan kain atau baju. 
•Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan). 
•Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air). 
•Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata. 

PERKARA – PERKARA SUNAT DALAM SOLAT
SUNAT AB’ADH
perkara sunat sangat dituntut dan diberi pahala apabila melakukannya. jika tertinggal tidak membatalkan solat tetapi sunat digantikan dengan sujud sahwi sebelum memberi salam. perkara sunat ab’as ialah
•Membaca Tasyahud Awal
•Duduk Membaca Tasyahud Awal
•Selawat Ke Atas Nabi Selepas Tasyahud Awal
•Selawat Ke Atas Keluarga Nabi Selepas Tasyahud Akhir
•Membaca Penutup
•Berdiri Ketika Membaca Penutup
•Selawat Ke Atas Nabi Sesudah Membaca Qunut
•Selawat Ke Atas Keluarga Nabi Sesudah Membaca Qunut
Sunat Hai’ah
perkara sunat yang dituntut dan diberi pahala apabila melakukannya. jika tertinggal, solatnya tidak batal. perkara sunat hai’ah ialah
1. Mengangkat Tangan Ke Telinga Ketika Takbiratul Ikhram Dalam Keadaan Tapak Tangan Mengadap Kiblat Dan Ibu Jari Bertentangan Dengan Cuping Telinga
2. Meletakkan Tapak Tangan Kanan Di Atas Tangan Kiri
3. Membaca Doa Iftitah
4. Membaca Ta’awuz Sebelum Membaca Al-Fatihah
5. Diam Sebentar Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Fatihah
6. Membaca “Amin” Ketika Selepas Membaca Al-Fatihah
7. Membaca Mana-Mana Ayat Al-Quran Selepas Membaca Al-Fatihah
8. Mengucap Takbir Ketika Hendak Rukuk
9. Membaca “Sami Allah Huliman Hamidah” Ketika Berdiri Selepas Rukuk
10. Membaca Tasbih Ketika Rukuk 
11. Membaca Tasbih Ketika Sujud 
12. Membaca Doa Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud 
13. Berpaling Muka Kanan Ketika Memberi Salam Pertama Dan Kekiri Ketika Memberi Salam Ke Dua

KEBAIKAN SOLAT
Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam menegaskan bahawa solat merupakan tiang agama. Melalui solat diperoleh sepuluh kebaikan seperti berikut:
1. Memperoleh cahaya pada wajah
2. Menyelinap cahaya dalam hati
3. Merehatkan dan menyihatkan badan 
4. Teman di dalam kubur
5. Jalan untuk memperoleh rahmat Allah
6. Menjadi kunci langit, menyebabkan amalan-amalan baik menjadi berat dalam timbangan. 
7. Jalan mencapai keredaan Allah 
8. Nilaian untuk syurga
9. Penghalang daripada api nerka
10. Barang siapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agamASebaliknya barang siapa yang meninggalkannya, dia telah meruntuhkan agamanya. 

Hafiz Ibn Hajar dalam Al-Munabbihat telah mencatatkan daripada Sayidina Uthman bin Affan r. a bahawa sesiapa yang memelihara solatnya pada waktu yang telah ditetapkan dengan sempurna maka Allah Subhanahu wa ta’ala akan memuliakannya dengan Sembilan perkara berikut:
1. Dia akan menjadi kekasih Allah
2. Dia akan dikurniakan dengan kesihatan 
3. Para malaikat sentiasa menjaganya 
4. Dia dikurniakan keberkatan di dalam rumahnya
5. Zahirnya cahaya orang yang soleh daripada wajahnya
6. Hatinya menjadi lembut
7. Dia akan melintasi titian sirat sepantas kilat 
8. Dia akan selamat daripada azab neraka jahanam
9. Di dalam syurga kelak dia dapat berjiran dengan golongan yang disebut dalam ayat berikut:
Makna:
maka tidakah ada ketakutan lagi kepada mereka dan tidaklah mereka semua akan berdukacita sedikit pun. (surah al-baqarah)

PENJAGAAN WAKTU SOLAT. 
Dalam sepotong hadis, ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam datang menemui para sahabat dan berkata, “ Tahukah kamu, apakah yang difirmankan oleh Allah s.. w. t”? para sahabat menjawab, “ Allah dan RasulNya lebih mengetahui! Baginda mengulangi pertanyaan itu sebanyak tiga kali. Para sahabat masih memberikan jawapan yang sama. Akhirnya Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam berkata, “Allah Subhanahu wa ta’ala telah berfirman yang mafhumnya:

Demi ketinggianKu dan keagunganKu, Aku akan memasukkan ke dalam syurga mereka yang solat lima kali sehari pada masa yang yang telah ditetapkan. Mereka yang tidak menjaga solatnya pasti terpaksa mengikut sahaja kehendakKu, sama ada dia diseksa atau diampunkan!”

Saidina Ali r. a berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam berkata, “Jangan melambat-lambatkan daripada mengerjakan tiga perkara iaitu:
•Solat apabila telah masuk waktu
•Pengebumian jenazah apabila jenazah telah siap
•Perkahwinan wanita bujang apabila jodohnya sudah didapati

Dalam sepotong hadis juga diriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam berkata, 
“Amalan yang paling baik ialah mengerjakan solat pada awal waktunya. ”

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa solat yang paling disukai Allah ialah solat yang dikerjakan pada awal waktunya. 

SOLAT MENGHAPUSKAN DOSA
Adakalanya orang muslim bersalah atau melakukan dosa, kemudian berdiri di hadapan Tuhannya mengerjakan solatnya, maka solat ini menjadi perbuatan taubat baginya yang menyusul kesalahan-kesalahannya lalu menghapuskannya setiap kali melakukannya. 

Apabila manusia suka berbuat maksiat kepada Allah untuk waktu yang lama dan terbiasa melakukannya, maka hatinya menjadi keras, dan jauh dari Tuhannya. Hal itu terus dilakukannya hingga datang kematian kepadanya

Oleh kerana itu, setiap kali solat bagi orang muslim merupakan taubat dan pintu menuju keampunan Allah. 

ALLAH BERFIRMAN
Ertinya: “dirikanlah sembahyang pada waktu dua tepi siang (pagi dan petang) dan sebahagian malam, sesungguhnys kebaikan itu boleh menghapuskan kesalahan, hal itu merupakan peringatan kepda orang –orang yang ingat. ”
Hud 114

Diriwayatkan sebab turunnya ayat ini adalah:
Seorang lelaki mencium seorang perempuan, lalu ia datang memberitahu Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, maka Allah menurunkan ayat ini:
Orang itu berkata: Ya Rasulullah, apakah ayat ini turun bagiku?
Baginda menjawab: “ ia turun bagi umatku seluruhnya. ”(Riwayat Tirmizi)

Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda yang semakna dengan ini:
“Bagaimana pendapatmu seandainya ada sebuah sungai di depan pintu rumahmu, lalu setiap orang mandi di situ setiap hari lima kali, apakah masih ada kotoran pada tubuhnya? 

Mereka menjawab : tidak tinggal sedikitpun kotoran padanyaBaginda bersabda : begitu pula solat lima waktu, Allah menghapus kesalahan-kesalahan dengannya. ”
(Riwayat Bukhari & Muslim) 

SOLAT JEMAAH
Solat jemaah di masjid adalah 25 kali ganda daripada solat di rumah. Hal ini kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata untuk bersolat. Maka setiap langkahnya diangkat satu darjat dan menghapuskannya daripada satu dosa. Apabila dia selesai mengerjakan solat dan terus berada di tikar solatnya, malaikat akan meminta keampunan dan rahmat untuknya selama dia tidak berhadas. Selagi dia menunggu untuk mengerjakan solat maka dia terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia sedang sibuk bersolat. ”

Kaum Bani Salmah yang tinggal di Madinah bercadang untuk berpindah berhampiran masjid kerana rumah mereka agar jauh dari masjid. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. memberitahu mereka “ tetaplah langkah kamu ke sana, kerana setiap langkah kamu ke masjid akan dicatatkan pahalanya. ” Terdapat dalam sebuah hadis, sesiapa yang menyempurnakan wuduk di rumahnya, kemudian keluar menuju ke masjid maka dia seumpama keluar dari rumahnya dengan berpakaian ihram untuk menunaikan fardu haji. 

Abu Darda’ r. a berkata, “ Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: sembahlah Tuhan kamu seolah-olah kamu melihatNya di depan kamu. Anggaplah diri kamu seolah-olah berada di kalangan orang yang mati. Berwaspadalah terhadap doa kemusnahan daripada orang yang teraniaya dan juga jangan terlepas solat isyak dan subuh jemaah walaupun kamu terpaksa merangkak ke masjid. 

TUJUAN SOLAT
1. Solat mendidik manusia supaya sentiasa mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala. dan mematuhi perintah-Nya. 
2. Solat boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan. 
3. Solat akan memberi ketenangan jiwa. 
4. Solat akan memberi kejayaan kepada orang mukmin tetapi solat itu hendaklah dilaksanakan dengan penuh khusyuk. 

HIKMAH SOLAT
•dikurniakan hidayah
•berakhlak mulia
•terhindar daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji
•bijak mengimbangi kepentingan duniawi dan ukhrawi
•memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa
•suka membantu dan memberi pertolongan
•menghayati sifat-sifat mahmudah
•dikasihi allah
•mengukuhkan iman
•bersatu-padu dan bekerjasama

PENUTUP
Sesungguhnya solat ialah penawar bagi seluruh kehidupan dunia dan akhirat. Segala masalah dapat diselesaikan dengan solat. Masalah ukhrawi ataupun duniawi. Bersolat semasa kesusahan seumpama bersegera menuju rahmat Allah. 

Apabila rahmat Allah telah tiba untuk menyelamatkan maka adakah masih tinggal lagi kesan-kesan kesusahan itu? Pasti segala kesan kesulitan itu akan terhapus sama sekali. Huzaifah r. a berkata:“APABILA RASULULLAH Sallallahu ‘alaih wa sallam DITIMPA SESUATU KESULITAN, BAGINDA BERSEGARA MENGERJAKAN SOLAT. ”(Ahmad, Abu Daud dan Ibn Jarir)

Sohaib dan Ibn Abbas r. a meriwayatkan daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bahawa para rasul dan anbia AS yang terdahulu, bangun mendirikan solat semasa menghadapi kesulitan. Allah Subhanahu wa ta’ala telah berfirman:
“Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. ”(surah al-Baqarah 2:153)

Abdullah bin Salam r. a menceritakan apabila keluarga Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dalam kesempitan, baginda memerintahkan mereka mendirikan solat sambil membaca ayat berikut:“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dn bersungguh-sungguh (menunaikannya), bukan Kami yang meminta rezeki daripadamu bahkan Kamilah yang memberimu rezeki, kesudahan yang baik itu adalah untuk orang yang takwa. (Surah Taha 20:132)

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com