Tajuk: Kisah Dan Perjuangan Nabi Ibrahim As

PENDAHULUAN

Nabi Ibrahim AS adalah anak kepada Aazar, seorang tukang patung berhala. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Babilon dalam masyarakat yang syirik dan khufur. Namun begitu beliau selamat dan terpelihara dari kekufuran tersebut.

Nabi Ibrahin AS hidup ditengah-tengah masyarakat yang syirik dan kufur. Kaumnya menyembah patung berhala, manakala ayahnya sendiri adalah tukang patung berhala. Dengan menggunakan akalnya yang sihat dan bersih dari kesyirikan, beliau merasakan, patung yang tidak berupaya memberi manfaat dan mudarat itu tidak sepatutnya disembah. Oleh itu beliau mencari satu kuasa yang maha agung, Tuhan sekalian alam.

Nabi Ibrahim as mendapatkan tempat khusus di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala. Ibrahim termasuk salah satu nabi ulul azmi di antara lima nabi di mana Allah Subhanahu wa ta’ala mengambil dari mereka satu perjanjian yang berat. Kelima nabi itu adalah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad saw - sesuai dengan urutan diutusnya mereka. Ibrahim adalah seorang nabi yang diuji oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dengan ujian yang jelas. Yaitu ujian di atas kemampuan manusia biasa. Meskipun menghadapi ujian dan tantangan yang berat, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sebagai seorang hamba yang menepati janjinya dan selalu menunjukkan sikap terpuji.

Allah Subhanahu wa ta’ala menghormati Ibrahim dengan penghormatan yang khusus. Allah Subhanahu wa ta’ala menjadikan agamanya sebagai agama tauhid yang murni dan suci dari berbagai kotoran, dan Dia menjadikan akal sebagai alat penting dalam menilai kebenaran bagi orang-orang yang mengikuti agama-Nya.

Maka baginda menggunakan akal fikiran untuk mencari Tuhan yang sebenar, disamping melihat Apabila remaja, baginda sering bertanya kepada orang tuanya tentang kejadian alam yang luas, tetapi bapanya gagal memberikan jawapan yang meyakinkan. kejadian alam.

Dalam menjalankan dakwahnya, baginda berhijrah ke Mesir, Palestin, dan Mekah. Baginda mempunyai dua orang isteri iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar dan dianugerahkan dua orang putera. Anaknya Nabi Ismail dilahirkan oleh Siti Hajar dan Nabi Ishak oleh Siti Sarah.

Berbagai macam cobaan datang silih berganti hingga beliau berusia senja. Allah Subhanahu wa ta’ala menguji kesabaran Nabi Ibrahim iaitu memerintah Nabi Ibrahim untuk meyembelih Ismail, putra yang sangat dicintainya dari Siti Hajar. Berbagai cobaan dilaluinya dengan hati yang ikhlas dan tulus.

Setelah beliau berhasil melewati ujian yang sangat berat, barulah Allah Subhanahu wa ta’ala menjadikannya imam bagi umat manusia yaitu orang yang diikuti yang menjadi pelopor dan contoh teladan baik dari segi agama, ibadah ataupun dari segi ahlak. Kemudian Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar diantara anak cucunya terpilih menjadi seorang nabi bagi umat manusia.

Seluruh nabi mendapatkan ujian dan cobaan yang sangat berat dalam menyiarkan agama Allah Subhanahu wa ta’ala namun mereka melaluinya dengan baik. Tetapi bagaimana dengan kita, apakah kita dapat melewati ujian dan cobaan yang kita dapatkan ? Kita diuji dengan berbagai macam cara baik secara fisik ataupun nonfisik seperti kemiskinan, kekayaan, penyakit dll. Apabila kita lihat kenyataan yang ada dalam masyarakat saat ini banyak orang kaya yang tidak mau bersyukur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, yang takut hartanya habis sehingga tidak memperdulikan orang lain yang tidak dapat mencukupi kebutuhannya secara layak.

KISAH DAN PERJUANGAN NABI IBRAHIM AS

 Nabi Ibrahim AS adalah anak kepada Tarikh bin Nahur bin Sarukh bin Ragu bin Faligh bin Aabir bin Shalih bin Arfakhshan bin Sam bin Nuh AS. Nama ibu baginda adalah Aneelah atau Buna bint Karbata bin Karshi. Nabi Ibrahim mempunyai tiga adik beradik iaitu Nabi Ibrahim sendiri, Nahur dan Haran. Anak kepada Haran merupakan Nabi Lut AS. Nabi Ibrahim merupakan anak keduASemasa remajanya Nabi Ibrahim sering disuruh ayahnya keliling kota menjajakan patung-patung buatannya namun karena iman dan tauhid yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadanya ia tidak bersemangat untuk menjajakan barang-barang itu bahkan secara mengejek ia menawarkan patung-patung ayahnya kepada calon pembeli dengan kata-kata:" Siapakah yang akan membeli patung-patung yang tidak berguna ini? "

Nabi Ibrahim as mendapatkan tempat khusus di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala. Ibrahim termasuk salah satu nabi ulul azmi di antara lima nabi di mana Allah Subhanahu wa ta’ala mengambil dari mereka satu perjanjian yang berat. Kelima nabi itu adalah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad saw - sesuai dengan urutan diutusnya mereka. Ibrahim adalah seorang nabi yang diuji oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dengan ujian yang jelas. Yaitu ujian di atas kemampuan manusia biasa. Meskipun menghadapi ujian dan tantangan yang berat, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sebagai seorang hamba yang menepati janjinya dan selalu menunjukkan sikap terpuji. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:

"Dan Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji. " (QS. an-Najm: 37)

TENTANGAN DAKWAH NABI IBRAHIM AS DARI BAPA DAN KAUMNYA

 Kemudian Al-quran menceritakan tentang pergaduhan antara Nabi Ibrahim AS dengan ayahnya juga kaumnya. Dalam surah Maryam ayat 41-8 dimana kisah Nabi Ibrahim dibincangkan. Nabi Ibrahim menasihati ayahnya supaya tidak megikuti jalan syaitan dalam mengusahakan batu tidak bermanfaat, sebaliknya menyembah Allah Subhanahu wa ta’ala, sebagai pampasan untuk menyelamatkan dirinya daripada seksaan pada hari pembalasan kelak. Tetapi ayahnya menjawab dengan cepat ‘ adakah kamu menolak tuhanku? Jika kau tidak berhenti menolak tuhanku, aku patut batukanmu, jadi berpisah dari hidupku’.
 Sebagai balasannya, Nabi Ibrahim mendoakan keamanan dan keampunan daripada Allah Subhanahu wa ta’ala keatas ayahnya. Nabi Ibrahim memberitahu ayahnya bahawa baginda juga akan memohon ampun daripada semua umatnya yang menyembah selain daripada Allah Subhanahu wa ta’ala. Apabila Nabi Ibrahim berdoa keatas keamanan ayahnya, baginda amenjelaskan bahawa baginda tidak ada niat jahat dan niatnya adalah suci. Dan hakikatnya, baginda sanggup memohon ampun untuk ayahnya kepada Allah yang maha pemurah. Baginda juga memenuhi janji dan mencari kemaafan untuknya apabila baginga telah membuat rayuan kepada Allah, Nabi Ibrahim menahan diri daripada melakukanya lagi

‘Dan Ibrahim telah memohon keampunan untuk ayahnya tidak diterima kerana janji ynag telah dibuat kepadanya; tetapi apabila sudah jelas kepadanya bahawa dia(ayahnya) adalah musuh Allah, dia(Ibrahim) tidak mengakuinya. Jelas Ibrahim adalah lembut hati, penyabar. ’
 (At-Tawbah, 9:114)

DIALOG NABI IBRAHIM DENGAN BAPANYA
 Nabi Ibrahim mengajak bapa dan kaumnya supay menyembah Allah Subhanahu wa ta’ala Yang Maha Esa. Untuk membetulkan kepercayaan mereka yang telah syirik itu beliau megemukakan beberapa pertayaan. Beliau bertanya kepada bapanya seperti dalam firman Allah:  ‘patukah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata’.  (surah al-An’am:74) 

Seterusnya beliau bertanya lagi dengan menimbulkan kelemahn patung berhala itu supaya bapanya berfikir, katanya seperti dalam firman Allah Subhanahu wa ta’ala : ‘wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?’  (surah Maryam:42) 

Beliau menjelaskan kepada bapanya tentang kedudukan tersebut katanya seperti dalam firman Allah Subhanahu wa ta’ala  ‘wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu; oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. ’  (surahMaryam:43) 

Nabi Ibrahim terus menasihati dan mengingati tentang azab Allah Subhanahu wa ta’ala kepada bapanya. Namun demikiann bapanya tetap dalam keadaan syirik. Oleh kerana kasih kepada bapanya beliau berkata sepertti dalam firman Allah Subhanahu wa ta’ala : ‘Aku akan memohon kepada tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan(azab seksa)darimAllah sedikit juapun daripada menimpamu 
DIALOG NABI IBRAHIM AS DENGAN KAUMNYA.
Disamping baginda menyeru bapanya, beliau juga menyeru kaumnya. Beliau bertanya kepada mereka apakah yang mereka sembah lantas mereka menjaeab pertanyaan Nabi Ibrahim AS seperti dalam firman : Dengan jawapan yang demikian, ternyatalah penyembahan mereka hanyalah berdasarkan kepada ikutan terhadap amalan datuk nenek mereka, bukan berasakan kepada pengetahuan dan kebenaran. Oleh itu, Nabi Ibrahim berkata kepada mereka bahawa : ‘sesungguhnya kamu dan nenek moyang kamu adalah dalam kesesatan yang nyata’  (surah al-Anbiya’:54) 

Oleh kerana amalan mereka dikatakan sesat, lalu mereka bertanya kepada Nabi Ibrahim adakah baginda membawa sesuatu yang benar. Nabi Ibrahim menjelaskan bahawa hanya tuhan sekalian alam yang layak disembah tuhan sekalian alam. Bagind aturut menjelaskantentang kedudukan beliau sebagai rasul yang ditugaskan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar serta menjelaskan. Nabi Ibrahim menyeru kepada mereka seperti dalam firman Allah :. ‘sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah, kepada-Nya; yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu(membezakanyang baik dari yang buruk). ’ ‘kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyambah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dustASesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan dia, serta bersyukurlah kepadanya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan. ’  (surah al-Ankabut:16-17) 

Kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Untuk menyedarkan dan menginsafkan mereka, Nabi Ibrahim menerangkan lagi bahawa seksa yang Untuk menyakinkan mereka tentang kekuasaan Allah Subhanahu wa ta’ala, Nabi Ibrahim menyuruh mereka mengembara di muka bumi serta melihat bagaimana Allah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya. akan ditimpa jika kita ingkar dan nikmat yang akan kita kecapi jika kita patuh. Kita juga tidak dapat melepaskan diri mahupun mendapatkan pertolongan dari Allah jika kita ingkar di akhirat kelak.

DIALOG NABI IBRAHIM DENGAN RAJA NAMRUD.
 Nabi Ibrahim turut menjelaskan kepada Raja Namrud yang percaya dia boleh( menghidup dan mematikan). (surah al-Baqarah:258). Dengan jawapan Raja Namrud itu, Nabi Ibrahim menegaskan seperti dalam firman:
‘sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?’(surah al-Baqarah:258)
 Dengan penegasan itu, maka ternyatalah bahawa dia tidak dapat menandingi kekuasaan Allah. Walaupun Nabi Ibrahim telah memberikan bukti-bukti yang jelas lagi nyata tentang kekuasaan Allah dan kepalsuan patung-patung berhala mereka, namun kebanyakan mereka masih kuat dengan kepercayaan sesat itu. Oleh itu Nabi Ibrahim bertanya kepada mereka ‘patukah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain selain Allah’. Mereka tidak dapat menjawabkepada pertanyaan Nabi Ibrahim itu kerana memang ternyata mereka memutarbelitkan kebenaran. Untuk mengetahui fikiran mereka baginda bertanya kepada mereka fikiran mereka kepada Tuhan sekalian alam adakah patut mereka membantah baginda mengenai Allah sedangkan Allah telah memberikan hidayah kepada baginda. Kaumnya tidak menjawab terhadap pertanyaan dn seruannya. Beliau berazam menjalankan rancangan lain sebagai langkah kedua di dalam dakwahnya seperti firman Allah : ‘dan demi Allah, aku akan jalankan rancagan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan(rumah berhala ini)’. (surah al-Anbiya’:57)  

Apabila tiba hari perayaan mereka, lalu Nabi Ibrahim diajak bersama-sama mereka untuk meraikan hari perayaan tersebut. Oleh kerana beliau mempunyai rancangan tersendiri, beliau menolak dengan memberi alas an sepertimana dalam firman : “sesungguhnya ku merasa sakit(tak data turut berhariraya sama)”  (surah as-Saaffaat:89) 

Mereka pun meninggalkan Nabi Ibrahim sendirian. Setelah itu beliau pergi kepada berhala-berhala sembahan mereka sambil mengejeknya, beliau bertanya kepada berhala ‘mengapa tidak makan ataupun menjawab?. Lalu beliau memecahkan berhala-berhala tersebut dengan tangan kanannya kecuali sebuah berhala yang terbesar dibiarkan dengan tujuan berhala tersebut dijadikan saksi terhadap apa yang telah berlaku. Apabila tindakan Nabi Ibrahim itu diketahui oleh kaumnya lalu mereka beramai-ramai bertumpu ke tempat berhala mereka. Mereka bertanya sesame mereka ‘siapa yang melakukan perbuatan demikian terhadap tuhan-tuhan mereka’ mereka juga berkata siapa yang melakukan perbuatan itu adalah zalim. Sesetengah mereka menjawab bahawa mereka mendengar ada seorang anak muda bernama Ibrahim melakukannya. Mereka menuduh Nabi Ibrahim yang memusnahkan berhala mereka kerana mereka tahu sikap Nabi Ibrahim terhadap berhala-berhala tersebut. Oleh itu ketua mereka berkata supaya Nabi Ibrahim dihadapkan dihadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan tindakan mengenainyASetelah Nabi Ibrahim dihadapkan, lalu mereka pun bertanya seperti dalam firman : “engkaukah yang melakukan demikian terhadap tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?’  (surah al-Anbiya’:62) 

Nabi Ibrahim dengan berani menjawab tidak dan menyatakan (berhala) yang terbesar diantaranya yang melakukan. Nabi Ibrahim menyuruh mereka bertanya kepada berhala tersebut jika berhala itu dapat berkata-kata. Dengan kata-kata Nabi Ibrahim itu, mereka pun terfikir kesesatan mereka dengan meletakkan ibadah bukan pada tempatnya dan mereka bertanya sesama sendir dengan menyatakan merekalah sendiri yang zalim. Walau bagaimanapun kesedaran itu tidak kekal lama dan mereka berbalik semula kepada fikiran sesat mereka lalu mereka mengakui kepada Nabi Ibrahim bahawa berhala-berhala mereka tidak boleh berkata-kata. 

Nabi Ibrahim menambah, perlukah mereka menyembah apa yang mereka pahat sedangkan Dengan kata-kata itulah telah memberi peluang kepada Nabi Ibrahim untuk membidas mereka bahawa mereka tidak perlu menyembah selain dari Allah yang tidak memberi faedah sedikitpun serta menyoal mereka mengapa tidak menggunakan akal fikiran. Allah yang mencipta benda-benda yang mereka perbuat. Mereka tidak dapat berhujah lagi dengan baginda lalu mereka mencadangkan supaya Nabi Ibrahim dibakar seperti dalam firman: “binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia kedala api yang menjulang-julang itu”  (sural as-Saaffaat:97) 

Setelah Nabi Ibrahim dicampakkan kedalam api yang menjulang-julang itu, lalu Allah Subhanahu wa ta’ala menyelamatkan baginda. Pertolongan Allah Subhanahu wa ta’ala itu telah menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kekejaman mereka dan ini merupakan satu mukjizatkepada baginda. Walaupun mereka melihat sendiri kebenaran Nabi Ibrahim, Namun mereka tetap syirik dan kufur. Nabi Ibrahim terus menyeru kaumnya namun nasihat dan peringatan beliau tidak diterima oleh mereka. Malah dengan seruan tersebut menyebabkan baginda diusir oleh bapanya. Pengusiran tersebut telah menyebabkan Nabi Ibrahim meninggalkan bapa dan kaumnya. Nabi Ibrahim dan pengikutnya yang beriman serta Nabi Luth AS berhijrah ke Negeri Syam termasuk palestin atas perintah Allah Subhanahu wa ta’ala supaya beliau menjalankan dakwah di sana.
Nabi Ibrahim tetap melanjutkan dakwahnya di jalan Allah Subhanahu wa ta’ala. Nabi Ibrahim mencurahkan tenaga dan upayanya untuk membimbing kaumnya. Meskipun beliau sangat cinta dan menyayangi mereka, mereka malah justru marah kepadanya dan malah mengusirnya bernama Sarah yang kemudian menjadi isterinya sedangkan laki-laki itu adalah Luth yang kemudian menjadi nabi setelahnya.. Dan tiada yang beriman bersamanya kecuali seorang perempuan dan seorang lelaki. Perempuan itu

Ketika Nabi Ibrahim mengetahui bahawa tidak seorang pun beriman selain kedua orang tersebut, ia menetapkan untuk berhijrah. Sebelum beliau berhijrah, ia mengajak ayahnya beriman. Kemudian Nabi Ibrahim mengetahui bahawa ayahnya adalah musuh Allah Subhanahu wa ta’ala dan dia tidak akan beriman. Nabi Ibrahim pun berlepas diri darinya dan memutuskan hubungan dengannya.

Untuk kedua kalinya dalam kisah para nabi kita mendapati hal yang mengagetkan. Dalam kisah Nabi Nuh kita menemukan bahawa si ayah seorang nabi dan si anak seorang kafir, sedangkan dalam kisah Nabi Ibrahim justru sebaliknya: si ayah yang menjadi kafir dan si anak yang menjadi nabi. Dalam kedua kisah tersebut kita mengetahui bahawa seorang mukmin berlepas diri dari musuh Allah Subhanahu wa ta’ala, meskipun dia adalah anaknya dan ayahnya.

Melalui kisah tersebut, Allah Subhanahu wa ta’ala memberitahukan kepada kita bahawa hubungan satu-satunya yang harus dipelihara dan harus diperhatikan di antara hubungan-hubungan kemanusiaan adalah hubungan keimanan, bukan hanya hubungan darah. Allah Subhanahu wa ta’ala berflrman dalam surah at-Taubah:

"Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu. Maka tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri darinyASesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun. " (QS. at-Taubah: 114)

Nabi Ibrahim keluar meninggalkan negerinya dan memulai petualangannya dalam hijrah. Nabi Ibrahim pergi ke kota yang bernama Aur dan ke kota yang lain bernama Haran, kemudian beliau pergi ke Palestina bersama isterinya, satu-satunya wanita yang beriman kepadanya. Beliau juga disertai Luth, satu-satunya lelaki yang beriman kepadanya. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:

"Maka Luth membenarkan (kenabian)nya. Dan berkatalah Ibrahim: 'Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku); sesungguhnya Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. '" (QS. al-Ankabut: 26)

Setelah ke Palestin, Nabi Ibrahim pergi ke Mesir. Selama perjalanan ini Nabi Ibrahim mengajak manusia untuk menyembah Allah Subhanahu wa ta’ala, bahkan beliau berjuang dalam hal itu denqan gigih. Beliau mengabdi dan membantu orang-orang yang tidak mampu dan orang-orang yang lemah. Beliau menegakkan keadilan di tengah-tengah manusia dan menunjukkan kepada mereka jalan yang benar.

PENGORBANAN NABI IBRAHIM AS
 Nabi Ibrahim AS meninggalkan tanah airnya babilon menuju ke syam untuk menjalankan gerakan dakwah disana. Baginda telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah. Namun setelah sekian lama mereka hidup bersama, mereka belum dikuniakann cahaya mata. Dalam menjalankan tugasnya sebagai rasul, baginda juga telah berhijrah ke Mesir. Semasa bertemu dengan Raja Mesir, baginda dikurniakan seorang khadam perempuan yang bernama Siti Hajar. Ketika itu baginda masih belum mendapat zuriat, lalu Siti Sarah membenarkan baginda menikahi Siti Hajar. Tidak lama selepas perkahwinan tersebut Allah Subhanahu wa ta’ala telah mengurniakan zuriat kepada Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar iaitu Nabi Ibrahim. Kelahiran Nabi Ismail telah menimbulkan kegembiraan dan kebahagiaan kepada Nabi Ibrahim sekeluarganya. Kelahiran Nabi Ibrahim telah menyebabkan Siti Sarah merasakan dirinya disisihkan oleh Nabi Ibrahim. Siti Sarah meminta supaya Siti Hajar dan Nabi Ismail dipisahkan dari mereka. Kehendaknya itu diperkenankan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kerana ada hikmah disebaliknya. Allah Subhanahu wa ta’ala memerintahkan supaya Nabi Ibrahim membawa Nabi Ismail dan Siti Hajar ke Mekah dengan tujuan supaya zuriat Nabi Ibrahim berkembang disana melalui Nabi Ismail. Dengan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala itu maka Nabi Ibrahim pun meninggalkan isteri dan anaknya di suatu kawasan padang pasir yang kering kontang dan sunyi tidak berpenghuni. Lalu Nabi Ibrahim berdoa kehadrat Allah Subhanahu wa ta’ala dengan katanyaseperti dalam firman Allah:
“wahai tuhanku!jadikanlah(tanah Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat diantara mereka”. (surah al-Baqarah:126)

Nabi Ibrahim pun pulang ke Palestin dengan menyerahkan isteri dan anaknya dalam peliharaan Allah. Sepeninggalan Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar bersama anaknya Ismail dipadang pasir itu tanpa sebarang air dan makanan. Dengan pertolongan Allah Subhanahu wa ta’ala, terpancarlah mata air dari tendangan Nabi Ismail iaitu air zam-zam. Sejak dari itulah Mekah makmur dimana tempat tersebut menjadi tumpuan pedagang-pedagang untuk mendapatkan bekalan air
 Apabila Nabi Ismail meningkat remaja maka Allah Subhanahu wa ta’ala telah memerintahkan Nabi Ibrahim dan anaknya memebersihkan kaabah. Selepas mendapat perintah membersihkan kaabah, Allah Subhanahu wa ta’ala mengenakan satu lagi perintah yang berupa ujian kepada Nabi Ibrahim. Allah Subhanahu wa ta’ala memerintahkan supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail. Perintah tersebut disampaikan oleh Nabi Ibrahim kepada anaknya Nabi Ismail. Sebagai anak yang taat kepada Allah dan bapanya lalu Nabi Ismail menjawab seperti dalam firman Allah Subhanahu wa ta’ala :
“wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaa’llah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. (surah as-Saaffaat:102)
 Setelah kedua-duanya berserah diri bulat-bulat kepada Allah dengan menjunjung perintah-Nya, lalu Nabi Ibrahim merebahkan anaknya ke tanah. Ketika Nabi Ibrahim meletakkan pisau ke leher anaknya, lalu Allah berseru dengan firman-Nya yang berbunyi:
“wahai Ibrahim!engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (surah as-Saaffaat:104-105)
 Perintah tersebut sepertimana yang difirmankan oleh Allah, adalah satu ujian yang nyata kepada baginda. Allah Subhanahu wa ta’ala menebus anaknya dengan seekor binatang sembelihan yang besar sebagai balasan ke atas ketaatannya.

DIALOG NABI IBRAHIM DAN SITI SARAH DENGAN MALAIKAT
 Setelah Allah Subhanahu wa ta’ala menguji Nabi Ibrahim dengan beberapa perintah dan ujian. Lalu Allah memberikan khabar gembira bahawa beliau akan dianugerahkan seorang lagi anak lelaki. Allah Subhanahu wa ta’ala mengutuskan malaikat untuk menyampaikan berita tersebut.
 Setelah Siti Sarah melahirkan anak yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, iaitu Ishaq lalu Allah jadikan Ishaq seorang nabi begitu juga kepada cucunya Yaaqub dan keturunannya, di mana mereka berpangkat Nabi dan menerima kitab-kitab agama. Nabi Ibrahim berwasiat kepada anak-anaknya supaya tidak mati melainkan mereka didalam agama Islam. Beliau juga berdoa keats ibu bapanya sepertimana dalam firman:
“wahai Tuhan kami!berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”. (surah Ibrahim:41)

DIALOG NABI IBRAHIM DENGAN ALLAH Subhanahu wa ta’ala 
Allah Subhanahu wa ta’ala telah mengakui bahawa Nabi Ibrahim AS adalah hamba Allah yang sabar lagi taat kepada-Nya, juga sebagai contoh ikutan bagi generasi akan datang. Sejak dari kecil hingga meningkat remaja Nabi Ibrahim sentiasa memikir, mengkaji dan mencari siapakah Tuhan yang sebenarnyASetelah baginda dilantik menjadi rasul baginda memohon kepada Allah untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan manusia yang telah mati. Dengan permohonan Nabi Ibrahim iti lalu Allah Subhanahu wa ta’ala bertanya adakah baginda masih belum percaya akan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Nabi Ibrahim menjawab bahawa baginda percaya seperti didalam firman:
“bahkan(aku percaya dan yakin), akan tetapi(aku memohon yang demikian ialah)supaya tenteram hatiku(yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)”. (surah al-Baqarah:260)
Dengan alasan yang diberikan oleh Nabi Ibrahim. Lalu Allah menunjukkan cara bagaimana Ia menghidupkan manusia yang telah mati, sepertimana firman-Nya:

“(jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu(dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah diatas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana”.
 (surah al-Baqarah:260)

KESIMPULAN

Nabi Ibrahim AS dilahirkan di Babilon(Iraq). Nabi Ibrahim menjalani hidup ditengah-tengah masyarakat yang syirik lagi kufur. Kaumnya menyembah patung-patung berhala dan ayahnya sendiri merupakan tukang penbuat patung-patung berhala. Namun demikian beliau tetap bersih dari kekufuran tersebut. Dengan akal yang sihat dan bersih dari unsur syirik tersebut, beliau sentiasa memikir dan mencari tuhan yang sebenar, kerana baginda merasakan patung-patung berhala yang tidak berupaya memberi manfaat dan mudarat itu tidak layak disembah.
Beliau merenung bintang, bulan, dan matahari yang pada mulanya disangkakan Tuhan. Tetapi disebabkan semuanya tenggelam apabila tiba waktu yang ditentukan, ini menunjukkan ketiga-tiganya adalah makhluk yang dijadikan. Akhirnya beliau mendapat keyakinan bahawa Allahlah Tuhan Sekalian Alam yang mesti disembah
Setelah Allah melantik Nabi Ibrahim sebagai rasul lalu beliau menyeru kaumnya supaya menyembah Allah Subhanahu wa ta’ala. Tetapi seruan baginda tidak diterima kerana penyembahan berhala itu sudah menjadi amalan datuk nenek mereka. Oleh kerana segala nasihat dan peringatan beliau tidak diterima beliau telah memecahkan patung-patung berhala mereka kecuali yang paling besar.
.
Mereka gagal mematahkan hujah-hujah Nabi Ibrahim dan ternyata kebenaran berpihak kepada Apabila tindakan beliau diketahui diketahui ramai, lalu kaumnya membawa Nabi Ibrahim ke muka pengadilan. Oleh kerana mereka mempunyai kuasa, lalu mereka menghukum Nabi Ibrahim dengan ingin membakar baginda hidup-hidup. Dengan pertolongan Allah Subhanahu wa ta’ala, Nabi Ibrahim terselamat dari pembunuhan tersebut. Dendan meelihat sendiri mukjizat tersebut, segelintir dari meeka telah beriman kepada Allah Subhanahu wa ta’ala termasuk sepupunya sendiri Nabi Lut AS.

Sesudah itu Allah Subhanahu wa ta’ala memerintahkan Nabi Ibrahim dan pengikutnya yang beriman berhijrah ke Syam termasuk Palestin untuk memulakan gerakan dakwah disanASemasa kehidupan mereka sebagai suami isteri, mereka tidak mendapat anak. Oleh yang demikian Siti Sarah membenarkan Nabi Ibrahim menikahi Siti Hajar iaitu khadam yang dihadiahkan oleh raja Mesir kepada mereka.
Tidak berapa lama selepas perkahwinan mereka, Allah telah memakbulkan doa Nabi Ibrahim dengan mengurniakan kepadanya seorang anak lelaki melalui Siti Hajar. Dengan kelahiran Nabi Ismail ini menyebabkan Siti Sarah merasa iri hati. Dengan itu Siti Sarah meminta supaya Siti Hajar dan Nabi Ismail dipisahkan daripada mereka. Kehendaknya itu diperkenankan oleh Allah lalu Allah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim membawa isteri dan anaknya ke Mekah.
 Sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah, Nabi Ibrahim merelakan isteri dan anaknya tinggal di Mekah yang merupakanpadang pasir kering kontang tanpa air dan makanan serta tidak berpenghuni. Nabi Ibrahim meninggalkan mereka berdua dibawah peliharaan Allah Subhanahu wa ta’ala semata-mata.
 Sepeninggalan Nabi Ibrahim hiduplah Siti Hajar dan anaknya Ismail. Tiba di suatu ketika sewaktu mereka berdua memerlukan air, Siti Hajar dalam keadaan kebingungan telah berulang-alik dari bukit Safa ke bukit Marwah untuk mendapatkan air dari tendangan Nabi Ismail, yang sehingga kini dikenali sebagai telaga Zam-Zam
 Sejak dari itulah makmur kawasan itu dan menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang untuk mendapatkan bekalan air. Setelah Nabi Ismail meningkat dewasa, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan dan membersihkan kaabah untuk dijadikan tempat beribadah dan mengerjakan haji. Dengan terbinanya kaabah maka ramailah orang-orang tertumpu ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah haji.
 Selepas perintah tersebut, Allah Subhanahu wa ta’ala menguji Nabi Ibrahim dengan memerintahkan supaya baginda menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Sekali lagi sebagai hamba yang taat kepada Allah, keduanya menjalankan perintah tersebut dengan penuh rela dan patuh. Disebabkan ketaatan baginda terhadap Allah, Allah Subhanahu wa ta’ala menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor binatang sembelihan yang sihat dan gemuk, Ketika Nabi Ibrahim bernekad meletakkan pisau di leher anaknya Ismail. Dari peristiwa tersebut dijadikan syariat berkorban

Setelah Nabi Ibrahim diuji dengan beberapa perintah, lalu Allah memberikan khabar gembira bahawa beliau akan dianugerahkan seorang anak lelaki, iaitu Ishaq yang juga menjadi nabi. Berita tersebut amat menghairankan Nabi Ibrahim dan Siti Sarah kerana pada ketika itu mereka sudah terlalu tua. Tetapi kuasa dan kehendak Allah mengatasi segalanya.
 Semasa hayat Nabi Ibrahim, baginda juga tela memohon kepada Allah Subhanahu wa ta’ala supaya memperlihatkan kepadanya bagaimana Allah menghidupkan manusia yang telah mati. Allah memakbulkan permintaan Nabi Ibrahim.

PENGAJARAN
• Allah akan memberikan oetunjuk kepada orang yang benar-benar ikhlas mencari kebenaran.
• Akal fikiran yang sihat dan bersih merupakan satu jalan untuk mengenali Allah Subhanahu wa ta’ala 
• Berfikir terhadap kejadian alam dengan segala kebesaran dan keindahan akan mendapat menambahkan keimanan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala 
• Berkorban di jalan Allah hendaklah dengan sesuatu yang bernilai dan disayangi.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com