Pendahuluan
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam., keluarga dan para sahabat Rasulullah serta mereka yang beriman yang berjuang menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini.
Allah memberikan kepada manusia akal dan pancaindera iaitu penglihatan, pendengaran serta perasaan. Tiap-tiap pancaindera ini mempunyai tugas dan naluri masing-masing. Umpamanya naluri penglihatan yang ingin melihat sesuatu yang cantik dan naluri pendengaran yang ingin mendengarkan sesuatu yang merdu dan berirama.
Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni seiring dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Seni membuatkan manusia merasa tenang dan tenteram hati. Namun seni itu boleh merosakkan kita jika kita menyimpang dari ajaran Islam dalam menghayati seni. Keindahan juga adalah seni. Terdapat pelbagai jenis seni antaranya seni nyanyian dan muzik, seni lukisan dan kaligrafi, seni permainan, seni binaan dan seni pakaian. Seni-seni ini berkait rapat antara satu sama lain juga saling lengkap melengkapi kehidupan seorang muslim. Perbahasan mengenai hukum-hukum seni masih terus terjadi termasuklah batas-batas seni.
Ramai umat Islam masa kini sudah melampaui batas-batas seni dalam Islam. Masyarakat Islam masa kini telah hanyut dan terpengaruh dengan seni sekular. Seni sekular ialah seni yang menyalahi ajaran dan melampaui batas-batas seni Islam yang dicipta oleh orang-orang kafir.
KONSEP SENI MENURUT ISLAM
Menurut Al-Farabi seni adalah ciptaan yang berbentuk keindahan. Imam Al-Ghazali pula berpendapat seni berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Tidak kira seni Islam apapun seperti seni nyanyian, muzik, tarian, lukisan, binaan, pakaian dan kecantikan semuanya hendaklah dilakukan kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. Walaubagaimanapun Allah Subhanahu wa ta’ala melarang penciptaan seni yang melampaui batas.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas” Surah Al-A`Raf (ayat 31)
Seni Islam hendaklah mempunyai matlamat baik, halal dan berakhlak. Seni berkait rapat dengan kebudayaan. Kebudayaan pula berkait dengan agama. Islam adalah agama yang sempurna kerana mempunyai kebudayaan dan kesenian.
Perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan serta nilai akhlak yang terdapat dalam hasil seni Islam. Tujuan seni Islam ini hanya satu iaitu kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. Seni Islam merangkumi akhlak, iman, agama serta falsafah hidup.
SENI NYANYIAN DAN MUZIK MENURUT ISLAM
•Bahan yang digunakan ialah suara yang membentuk seni suara. Nyanyian ialah kata-kata indah dan baik yang disusun
•Dr Yusuf al-Qardawi berpendirian bahawa tidak semua nyanyian dan muzik itu lagha tetapi mempunyai hukum sendiri bergantung pada niat seseorang.
•Syarat yang membolehkan nyanyian dan muzik:
-Tema dan isinya sesuai dengan adab dan ajaran Islam.
-Nyanyian yang tidak menyanjungi orang-orang zalim dan fasiq yang melakukan penderitaan terhadap orang Islam.
-Nyanyian tidak mengagungkan orang yang bermata keranjang dan berhidung belang baik lelaki ataupun perempuan.
-Nyanyian dan muzik tidak membangkitkan ransangan nafsu syahwat, cinta dan kerinduan melalui pelbagai bentuk terutamanya generasi muda.
-Nyanyian tidak disertai perbuatan meminum arak, menampakkan aurat atau percampuran lelaki dan perempuan tanpa batas dan pensyaratan
•Seni nyanyian dan muzik dalam kehidupan muslim:
-Bacaan Al-Quran Al-Karim dengan tartil, bertajwid dan alunan suara yang merdu oleh para Qari terbaik.
-Suara azan yang indah setiap hari lima kali sehari.
-Nyanyian nasyid memuji Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam.
-Nyanyian yang mengandungi nilai-nilai keimanan, kerohanian dan akhlak mulia.
•Faktor mengubah hukum nyanyian dan muzik dari mubah kepada haram
-Faktor penyanyi
-Seorang wanita yang tidak halal untuk dipandang dan dibimbangi terjadi fitnah apabila memperdengarkannya.
-Faktor alat muzik
-Alat muzik yang mempunyai simbol tukang peminum atau simbol bagi kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita seperti seruling, sejenis gitar dan gendang.
-Faktor lagu
-Lagu yang mempunyai kata-kata cacian atau kata dusta terhadap Allah dan RasulNya.
SENI LUKISAN DAN KALIGRAFI MENURUT ISLAM
•Al-Quran menyatakan mengenai lukisan atau menggambarkan bahawa itu salah satu perbuatan Allah Subhanahu wa ta’ala. Allah memberi rupa indah kepada semua ciptaanNya terutama manusia. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :
“Dialah (Allah) yang memberi rupa kamu di dalam perut (ibumu) sebagaimana dikehendakiNya” Surah Ali-Imran ayat 6
•Lukisan yang ditegah:
-Lukisan dan kaligrafi yang diagungkan dan disucikan sehingga membawa kepada beribadat menyembahnya.
-Lukisan dan kaligrafi yang menjadi simbol agama lain seperti salib orang-orang nasrani. Maka setiap gambar yang berbentuk salib itu diharamkan dan wajib bagi seseorang muslim itu untuk membuang dan menghapuskannya.
-Siti Aisyah Radhiyallahu ‘anha menceritakan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. tidak membiarkan di rumahnya sesuatu yang berbentuk salib kecuali beliau menghapuskan.
-Lukisan meniru ciptaan Allah yakni meyakini bahawa ia juga dapat mencipta sebagaimana Allah Subhanahu wa ta’ala ciptakan.
•Hukum lukisan dan kaligrafi:
-Bagi hukum gambar fotografi para ulama berpendapat bahawa larangan membuat lukisan gambar hanya bagi pembuatan patung-patung berjisim, maka ulama tidak memandang adanya larangan pembuatan gambar-gambar, foto, terutama gambar yang tidak sempurna satu badan.
-Lukisan yang paling berat dosanya ialah gambar sesuatu yang disembah selain Allah. Ini menjadikan pembuatnya menjadi kafir apabila dia mengetahui tujuannya dan sengaja melakukan.
-Lukisan kedua berat dosanya ialah menggambarkan sesuatu yang tidak untuk disembah tetapi dimaksudkan untuk menyerupai ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Perbuatan ini mendekati kekufuran.
-Lukisan yang membawa dosa ialah gambar-gambar yang berjisim yang tidak disembah tetapi diagungkan seperti gambar raja-raja, para pemimpin dan tokoh-tokoh yang diabadikan dengan patung.
-Lukisan hukumnya makruh jika ianya gambar tidak berjisim, bernyawa tidak diagungkan sekadar untuk kemewahan. Begitu juga dengan gambar tidak bernyawa seperti gunung, awan dan pohon.
-Lukisan yang diharamkan atau dimakruhkan jika direndahkan kedudukannya seperti permaidani maka hukumnya berubah menjadi halal.
SENI PERMAINAN MENURUT ISLAM
•Membawa suasana kehidupan menjadi indah, menghilangkan kebosanan iaitu seni yang berkaitan dengan permainan yang berbagai ragam, baik yang kita ketahui ataupun yang belum kita ketahui.
•Permainan dan seni ini dapat mengisi kekosongan dari satu sudut dan dapat memberikan beberapa manfaat dari sudut-sudut yang lainnya.
•Jenis-jenis seni permainan.
- Bercorak olahraga seperti berenang, berlari dan meloncat.
- Bercorak ketenteraan seperti memanah, bermain tombak dan bermain pedang serta menunggang kuda.
- Bercorak menghibur dan mengisi waktu serta menggunakan akal seperti catur
- Bercorak berkelompok seperti tarik tali dan bola sepak.
- Bercorak berpasangan seperti silat dan tinju.
•Jenis seni permainan yang dibolehkan oleh Islam.
-Permainan yang termasuk dalam kategori olahraga atau ketenteraan. Permainan ini dapat menguatkan fizikal, menajamkan kemahiran serta meningkatkan kemampuan pertahanan umat Islam.
-Permainan menajamkan fikiran seperti catur.
-Permainan yang tidak mendedahkan aurat sama ada lelaki ataupun perempuan.
•Jenis seni permainan yang dilarang Islam:
-Permainan yang berbahaya padahal bukan dalam keadaan darurat seperti tinju.
-Permainan menampakkan tubuh wanita yang tidak halal (haram) dilihat oleh lelaki yang bukan muhramnya seperti berenang, begitu juga sebaliknya.
-Permainan sihir yang diharamkan kita mengajarkannya atau mempertunjukan di hadapan orang ramai.
-Permainan mengandungi unsur penipuan untuk mendapatkan wang seperti tukang ramal.
-Permainan menggunakan haiwan dengan menyakitkannya seperti menyabung ayam.
-Permainan mengandungi unsur perjudian seperti loteri dan nombor ekor.
-Permainan merendahkan kehormatan manusia atau menghinanya atau menjadikannya bahan ketawa. Misalnya memperlekehkan orang buta atau orang kudung kakinya atau yang berkulit gelap.
-Firman Allah:
“wahai orang-orang yang beriman!Jangan suatu kaum merendahkan kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang direndahkan) lebih baik daripada mereka (yang merendahkan)”
Surah Al-Hujurat, ayat 11
SENI BINAAN MENURUT ISLAM
•Lebih tertumpu pada masjid kerana masjid mempunyai seni bina Islam berbanding seni bina lain.
•Umat Islam sentiasa berusaha membina masjid yang indah dan cantik dipandang. Pembinaan masjid yang indah bukan sahaja menarik perhatian orang muslim bahkan orang bukan Islam. Mereka terpegun dengan kehebatan seni bina Islam yang tiada tandingannya sehingga ada orang bukan Islam memeluk Islam kerana dapat melihat Islam melalui seni binaan masjid.
•Seni bina masjid telah mengalami banyak perubahan sesuai dengan peredaran zaman.
•Masjid di Turki mempunyai corak seni binanya yang tersendiri dan unik kerana mengalami perubahan zaman pemerintahan kerajaan Islam.
•Masjid di Iran terkenal dengan gubahnya yang menyerupai bentuk topi waja perajurit Iran di zaman dahulu. Kemajuan seni bina Islam di Iran bermula dari zaman Mongol dan mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Safawi. Contoh bentuk masjid pada awal pemerintahan Saljuk ialah Masjid Nain.
•Seni bina masjid di Pakistan dan India dapat dilihat pada kubah dan menara masjid.
Seni bina ini juga dikenakan pada bangunan-bangunan bukan masjid di sana.
•Di china, seni bina masjid menggunakan langgam kelenteng. Kubahnya diganti oleh atap yang spesifik Tiongkok. Masjid di china jarang menggunakan menara.
•Bagi seni bina masjid di Washington dipengaruhi oleh bangunan blok amerika tanpa kubah-kubah.
•Seni bina masjid-masjid di Malaysia mengandungi nilai seni bina moden yang mengagumkan para pengunjung. Menaranya seolah-olah berbentuk roket.
•Memperindahkan masjid adalah dikehendaki tetapi tidak boleh megahkannya.
Bermegah-megah dengan masjid dilarang kerana ia melampaui batas. Hal itu disokong oleh hadis-hadis berikut:
-Tidaklah aku disuruh untuk mempermegah-megahkan masjid. (Ibnu Sina)
-Tidaklah akan berdiri hari kiamat hingga manusia bermegah-megah dengan masjid (Anas).
SENI PAKAIAN MENURUT ISLAM
•Seni pakaian merupakan kebudayaan manusia yang dibenarkan bahkan dituntut oleh agama Islam untuk kelihatan sopan dan cantik. Seni pakaian Islam disesuaikan dengan keadaan setempat.
•Seni pakaian Islam bertujuan untuk menutup aurat. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami turunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik”.
Surah Al-A’Raf (ayat 26)
•Setiap orang disuruh berpakaian baik dan bagus selaras dengan kemampuan serta tidak melanggar batas-batas hukum Islam.
•Hukum menutup aurat adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Berdosa jika mengingkarinya.
•Pakaian dan hiasan yang dilarang.
-Pakaian diperbuat daripada sutera dan emas diharamkan untuk kaum lelaki tetapi tidak pada kaum perempuan.
-Haram bagi kaum lelaki memakai atau menggunakan barang yang diperbuat daripada emas tetapi boleh memakai dan menggunakan barang diperbuat dari perak, logam dan besi.
-Pakaian yang jarang hingga menampakkan susuk tubuh serta warna kulit.
-Pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk badan.
KESIMPULAN
Kesenian ialah suatu segi kebudayaan. Seni adalah usaha penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Menurut pandangan Islam kesenian itu adalah halal malahan digalakkan oleh Al-Quran dan Hadis dalam perkara-perkara tertentu. Seni Islam itu halal tidak bererti bahawa setiap unsur atau karya seni dan ciptaan itu halal. Perlu dilihat dahulu saluran, unsur dan bahan yang terdapat dalam seni tersebut. Setiap unsur atau bahan seni, setiap aktiviti atau karya seni adalah haram jika ia mengandungi nilai yang dilarang oleh ajaran Islam. Dan jika setiap unsur atau aktiviti seni itu makruh, menurut pandangan Islam ianya sepatutnya ditinggalkan. Begitu juga dengan karya atau aktiviti seni yang mendatangkan mudarat adalah dilarang dalam Islam. Seni Islam itu bukan sekadar mengandungi moral tetapi juga nilai-nilai akhlak Islam.
RUJUKAN
1. Al-Qardhawi, P. D. (2002). Seni Dan Hiburan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
2. Gazalba, D. S. (1977). Islam Dam Kesenian Relevasi Islam Dengan Budaya Seni. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
3. Gazalba, D. S. (1977). Padangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
4. Prof. H. M. Toha Yahya Omar, M. (1983). Hukum Seni Musik, Seni Suara, Dan Seni Tari Dalam Islam. Jakarta: Widjaya Jakarta.
5. Yatim, D. O. (1989). Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Linehan.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com