Tajuk: Konsep Ekonomi Dalam Islam

PENDAHULUAN
Persoalan ekonomi bukanlah merupakan persoalan baharu dalam sejarah peradaban manusia kerana kegiatan ekonomi itu sendiri merupakan sebahagian daripada kehidupan. Nasal Quran awal-awal lagi telah pun menyebut kisah Nabi Allah Yusuf AS. dalam urusan yang dinamakan sekarang ini ekonomi (iqtisad). Firman Allah Subhanahu wa ta’ala. yang bermaksud :

Berkata Yusuf: ‘Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan Negara (Mesir), sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan’. (Surah Yusuf 12:55)

Pada masa awal Islam, kegiatan ekonomi terbatas dan terpusat pada persoalan penternakan dan perniagaan. Oleh itu, usaha para ulama tertumpu pada penjelasan hukum muamalat atau penyelesaian masalah ekonomi yang dihadapi pada waktu ini. Mereka tidak tertarik untuk menyingkap prinsip ekonomi Islam secara menyeluruh. Mulai dari abad kedua hijrah, muncullah beberapa kitab terutamanya kitab Fiqh yang membahaskan tentang ekonomi secara terperinci, khususnya yang berkait dengan pengharaman riba, sistem harga, monopoli, pengsyarikatan, kewangan kerajaan, pencukaian, perbelanjaan, dan sebagainya. Antara kitab-kitab Fiqh yang mengandungi beberapa aspek ekonomi yang dibahaskan secara bertebaran adalah seperti yang berikut :

1. Golongan Maliki
•Al-Madwanat oleh Imam Malik (wafat 179 Hijrah/ 795 Masihi)
•Al-Jami il Ahkam al-Quran oleh Abdullah al-Quran (wafat 671 Hijrah/1174 Masihi)
•Bidayat al-Mujtahid Wal Nihayat al-Muqtasid oleh Ibn Rushd (wafat 595 Hijrah/1198 Masihi)

2. Golongan Hanafi
•Ahkam al-Quran oleh al-Jassas (Wafat 370 Hijrah/985 Masihi)
•Al-Mabsut oleh al-Sarkhasi (Wafat 483 Hijrah/ 1090 Masihi)
•Tuhfat al-Fuqaha oleh al-Samarqandi (Wafat 540 Hijrah/1145 Masihi)
3. Golongan Shafie
•Al-Umm oleh Imam al-Shafie (Wafat 203/818 Masihi)
•Al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi (Wafat 657 Hijrah/1258 Masihi)

Walaupun sistem ekonomi Islam telah wujud sekian lama, namun hanya baru-baru ini melalui zaman kebangkitannya. Oleh itu, sistem ekonomi Islam terpaksa mencari dan membentuk identitinya sendiri, dan pada masa yang sama masih lesu dan belum benar-benar pulih. Ekonomi (Islam) sebagai salah satu cabang sistem hidup mempunyai kedudukan yang sama dengan bidang-bidang lain dalam Islam itu dibentuk di atas tapak yang tersendiri bebas daripada sebarang pengaruh dan sebarang bentuk atau rangka kerja ekonomi lazim (Barat). Walaubagaimanapun tidaklah menjadi kesalahan untuk berdiri di atas tapak yang sudah sedia ada dengan mengubahsuaikannya selaras dengan kehendak Islam, sama ada dari segi falsafah, prinsip mahupun operasinya. 

ISLAM DAN EKONOMI
Agama dan ekonomi saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Di Barat pun ekonomi tidak pernah terpisah daripada agama sehinggalah pada akhir-akhir tahun 1700-an. Sebelum itu, ahli-ahli ekonomi Eropah juga merupakan paderi dan ahli agama (Kahf, 1989:69). 

Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan, berbeza daripada agama-agama lain dari segi menangani masalah ekonomi yang merupakan satu aspek daripada system kehidupan yang menyeluruh. Islam mempunyai nilai yang berbeza dari segi menentukan kelakuan ekonomi. 

Oleh sebab Islam bererti ‘tunduk dan menyerah diri kepada Allah’, maka kegiatan ekonomi dalam islam juga dalam konteks penyerahan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Apabila menjalani hidup berekonomi, umat islam wajib mematuhi syariat Allah Subhanahu wa ta’ala. dalam bentuk amal, I’tikad dan akhlak. Segala amalan ekonomi mesti dirujuk pada perintah Allah Subhanahu wa ta’ala. dari segi halal/haram, wajib/sunat, dan harus/makruhnya. Yang haram dan makruh kalau boleh ditinggalkan. Yang wajib dan sunat kalau boleh perlu dikerjakan. 

Umat islam juga perlu ditanam dengan keyakinan bahawa asas penentuan hokum tersebut adalah hak Allah Subhanahu wa ta’ala., tanpa perlu dipersoalkan lagi. Mereka perlu mengamalkannya dengan penuh yakin dengan menyedari bahawa sistem ekonomi yang berpandu pada hukum Allah Subhanahu wa ta’ala. sahajalah yang terbaik dan diizinkan. 

Di samping amalan dan keyakinan, Islam melengkapkan sistem ekonominya dengan ciri-ciri akhlak yang unik seperti sifat ikhlas, jujur, amalan, ihsan, sabar, tidak angkuh, tidak tamak, tidak dengki dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan redha Allah Subhanahu wa ta’ala. agar kebaikan hidup dalam bermasyarakat menjadi kelaziman. Walaupun syariat (Islam) sering disamaertikan dengan amal (fiqh), namun secara mendalam, syariat merangkumi bidang yang lebih luas. Syariat bukan sahaja hukum yang berkaitan dengan fiqh, tetapi juga hukum yang berhubung dengan akidah dan akhlak. 

Dari satu segi, fiqh merupakan petunjuk kepada manusia, yang menentukan sama ada sesuatu perkara itu wajib dilakukan atau sebaliknya, sama ada sesuatu perkara itu wajib dilakukan atau sebaliknyASkema hukum fiqh terbahagi kepada dua iaitu ma’rufat yang mengandungi perkara wajib, sunat, dan harus manakala yang kedua ialah munkarat yang mengandungi makruh dan haram. 

Pada asasnya, penentuan peraturan fiqh ini telah diperuntukan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, manakala ulama mujtahidin telah mengeluarkan hukum-hukum berdasarkan ijtihad daripada kedua-dua sumber tersebut. Oleh sebab kefahaman ulama tentang sesuatu hukum ini tidak sama, maka inilah yang membezakan fiqh antara mazhab dengan mazhab yang lain. Dalam rangka kerja islam, fiqh terbahagi kepada dua, iaitu fiqh ibadat dan fiqh muamalat. 

Aspek ekonomi dalam rangka kerja Islam termasuk dalam bidang fiqh muamalat. Di sini terdapat urusan am dan peribadi yang berkait dengan hukum perniagaan, pewarisan, dan sebagainya yang boleh digolongkan dalam aspek ekonomi. Muamalat merupakan perhubungan sosial yang mengandungi berbagai-bagai kegiatan ekonomi dan bukan ekonomi. Dari segi hubungan dengan kegiatan ekonomi, Islam mengatur kegiatan ini dengan peraturan dan prinsip yang unik. Syariat atau peraturan ini merupakan had-had Allah Subhanahu wa ta’ala. yang barangkali dapat memberikan kelebihan sistem ekonomi islam jika dibandingkan dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Segala keistimewaan ini sudah tentu akan dapat memastikan sistem ekonomi Islam lebih kuat. 

Kegiatan ekonomi Islam tidak boleh dipisahkan daripada fiqh muamalat, malah kegitan itu hendaklah dikawal dan dipandu oleh fiqh muamalat. Hubungan antara fiqh muamalat dengan ekonomi Islam adalah seumpama kajian tatabahasa dengan kemahiran penggunaan bahasa, iaitu tatabahasa lebih merupakan prinsip, manakala penggunaan bahasa merupakan penggunaan prinsip tersebut. Fiqh muamalat lebih merupakan peraturan Islam yang berkaitan dengan hukum-hukum perniagaan, dan lebih merupakan rangka kerja yang sah untuk ekonomi Islam. Ekonomi Islam bukanlah merupakan kekangan undang-undang perniagaan semata-mata. Tetapi, merangkumi juga aspek sosial dengan mengkaji proses dan natijah daripada kegiatan manusia secara lebih menyeluruh yang merangkumi penggunaan, pengeluaran dan pengagihan dalam masyarakat Islam. 

Oleh sebab itu, teori penggunaan yang sepatutnya merupakan kajian kelakuan pengguna terhadap barang pengguna kadangkala hanya merupakan penyataan semula hukum-hukum islam bersabit dengan makanan dan minuman. Begitu juga teori pengeluaran, yang dikurangkan skopnya kepada satu kajian terhadap hukum-hukum hak milik dalam Islam. Untuk menjadikan ekonomi Islam boleh berdiri dengan sendiri, maka di samping ilmu fiqh muamalat, kajian juga perlu dijalankan untuk menimba pemikiran ekonomi para ulama, Islam silam serta pengetahuan tentang perjalanan sistem ekonomi semasa. Pemahaman ketiga-tiga fenomena tersebut akan dapat menyingkap dan membuka skop yang lebih luas dari segi perkembangan konsep dan penggunaannya. 

EKONOMI SEBAGAI IBADAT
Setiap kegiatan kehidupan manusiasama ada yang kecil atau yang besar akan dinilai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Begitu juga kegiatan ekonomi, akan menjadi ibadat dan diberi nilai pahala jika dilakukan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan mahupun dari segi memenuhi tuntutan akidah, akhlak dan syariat. Akidah mestilah betul, seperti kita perlulah yakin dengan keesaan Allah Subhanahu wa ta’ala. dari segi asma dan sifat, rububiyyah dan uluhiyyah-Nya. Umat Islam mesti berkeyakinan bahawa sistem ekonomi Islam merupakan satu-satunya sistem yang mendapat pengiktirafan Allah Subhanahu wa ta’ala., dan merupakan sistem ekonomi yang terbaik, yang dapat menyelesaikan masalah ekonomi. 

Selain itu kita juga mestilah mempunyai niat yang betul. Masalah ini berkait dengan kesucian hati. Segala kegiatan ekonomi mestilah diniatkan untuk Allah Subhanahu wa ta’ala. untuk mendapat keredhaan-Nya bukan bertujuan untuk selain dari-Nya umpamanya menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Segala kegiatan ekonomi mesti ikhlas kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. Niat yang ikhlas ini lahir daripada keyakinan yang kukuh terhadap kemanfaatan dunia akhirat dengan mengamalkan perintah-perintah Allah Subhanahu wa ta’ala. Seterusnya ialah kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam, contohnya seperti seseorang itu melakukan kerja yang halal dan digalakkan oleh Islam. 

Bidang yang terkeji, terkutuk, haram, yang syubahat dan makruh perlu dijauhi. Kita juga seharusnya melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam iaitu tekun, sabar, amanah, tanggungjawab, berbudi, berperibadi mulia, bersyukur dan terhindar daripada amalan penipuan dan penindasan. Inilah antara sifat-sifat akhlak mulia yang perlu ada bagi setiap orang Islam supaya usaha tersebut mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Hasil ekonomi mestilah dibelanjakan ke arah jalan yang betul dan sesuai dengan kehendak islam. Di samping itu, ia juga digunakan untuk keperluan sendiri dan keluarga, hasil ekonomi perlu dimanfaatkan untuk keperluan orang ramai. 

Di sini timbulnya kewajipan berzakat dan kemuliaan bersedekah. Kita juga janganlah meninggalkan ibadat wajib yang khusus. Kegiatan ekonomi tidak seharusnya menjadi alasan untuk meninggalkan ibadat khusus seperti solat dan puasa. Kesibukan mencari rezeki tidak seharusnya menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala. Janganlah harta dan anak-anak itu melalaikan kita daripada mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala. 

ASAS EKONOMI ISLAM
Ekonomi Islam ditegakkan atas dasar keadilan. Usaha mewujudkan keadilan yang hakiki tidak akan tercapai tanpa memahami, menghayati, dan menyedari akan wujudnya timbal balik antara manusia dengan Penciptanya dan dengan persekitaranya. Kehidupan manusia terbentuk berasaskan hubungan tiga penjuru, iaitu hubungannya dengan Allah Subhanahu wa ta’ala. yang berbentuk hubungan menegak dan dengan persekitarannya, termasuk hubungannya dengan manusia lain, haiwan, tumbuhan, harta benda, sumber atau alam seluruhnya yang berbentuk hubungan mendatar. 

Hubungan yang berbagai-bagai dimensi ini mencorakkan pegangan dan tanggapan yang unik seseorang ataupun masyarakat terhadap kegiatan ekonomi yang akan diamalkan. Ilmu ekonomi sepatutnya neutral, tetapi ia kerap condong kepada persekitaran. Takrif ilmu ekonomi sepatutnya dapat digunakan dan sesuai dengan sesiapa sahaja, sama ada yang beragama islam atau bukan islam. Kalau dikatakan ekonomi itu ‘merupakan rumusan tafsiran peristiwa manusia dalam menghadapi alam bendanya’ (Sobri, 1989:23), atau seperti kata Ibn Khaldun sebagai ‘kehidupan manusia daripada satu rupa dan keinginan untuk mendapat rezeki dan berusaha untuk mendapatkannya’, maka tentunya bagi orang Islam, persemukaan mereka dengan alam benda dan usaha untuk mendapat rezeki mempunyai kaedah dan matlamat yang tersendiri, berbeza daripada orang lain. Tetapi oleh sebab manusia sering kali terlupa dan tidak sedar tentan tanggungjawab sendiri, maka penyataan yang lebih jelas diperlukan bagi takrif di atas. Akram Khan mentakrifkan ekonomi Islam sebagai kajian Al-Falah manusia melalui pengurusan sumber bumi berasaskan kerjasama dan penyataan. Dalam pada itu, Hasanuz-Zaman pula mentakrifkan ekonomi Islam sebagai ilmu pengetahuan dan penggunaan perintah dan peraturan syariat demi melindungi ketidakadilan dalam perolehan dan penggunaan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan manusia dan bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala. dan masyarakat seluruhnya. Masudul Alam Choudhury mentakrifkan ekonomi islam sebagai kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia dan masyarakat berasaskan panduan sistem nilai Islam. Amir mohd. Al-Faysal al-Su’ud berpendapat ekonomi Islam ialah satu ilmu wasilah (alat) yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi segala hajat individu dan masyarakat sesuai dengan peraturansyariat. Mannan menganggap ekonomi sebagai ilmu sains social yang mengkaji masalah ekonomi yang berpegang pada nilai Islam. 

Dapat ditegaskan di sini bahawa ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperoleh, mengguna atau mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohaniaan demi mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Daripada berbagai-bagai takrif diatas, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan. Pertama, ialah soal alat. Kelakuan individu berasaskan penggunaan alat dikenali sebagai sumber. Tanpanya, penghidupan manusia di muka bumi ini akan menjadi sukar. Allah Subhanahu wa ta’ala. telah melengkapkan kehidupan di dunia ini dengan yang bermanfaat (untuk dunia dan akhirat). Perkara kedua adalah berkenaan dengan kaedah. 

i samping sebagai individu social, individu Islam juga individu yang mempunyai pegangan agamASebagai individu yang beragama, maka kelakuan dalam kehidupan sehariannya adalah tunduk pada panduan (hukum agama) yang dalam takrif di atas disebut sebagai syariat dan nilai Islam. Ketiga ialah berhubung dengan soal matlamat. Semua kegiatan kehidupan mempunyai matlamat yang tersendiri, termasuk kegiatan ekonomi. Matlamat ekonomi Islam dapat dilihat pada dua peringkat, iaitu matlamat perantaraan dan matlamat akhir. Dalam takrif diatas, matlamat perantaraan dinamakan keperluan, kebaikan, kepuasan, hajat manakala matlamat akhir dinyatakan sebagai tanggungjawab, keredhaan dan Al-Falah. Matlamat perantaraan tidak aka nada nilainya di sisi Islam, kecuali matlamat itu dijadikan tempat dan alat untuk mencapai matlamat yang hak. Memenuhi keperluan, kepuasan, kebaikan dan hajat adalah lebih berbentuk keduniaan yang semestinya dijadikan tempat dan alat untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi lagi, iaitu keredhaan, dan Al-Falah. 

Oleh sebab itu, objektif syariat adalah untuk kesejahteraan manusia dan seluruh alam, maka bidang keutamaan ekonomi Islam ialah pencapaian matlamat tersebut, iaitu kesejahteraan dan kemenangan dunia dan akhirat. Dari sudut ini, skop ekonomi Islam lebih komprehensif kerana tidak terbatas pada faktor-faktor ekonomi semata-mata, tetapi juga merangkumi factor-faktor bukan ekonomi, seperti nilai akhlak, etika, sosial dan politik yang semuanya mempunyai peranan dalam mencapai kesejahteraan tersebut. Islam menangani soal ekonomi berdasarkan akidah yang kukuh. Rezeki yang disediakan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. di dunia ini adalah mencukupi untuk seluruh makhluk-Nya. Kalau ada manusia yang mengatakan rezeki tidak mencukupi, maka itu merupakan kelemahan manusia itu sendiri sama ada kerana tamak, boros, membazir, atau kekurangan pengetahuan untuk mengenali atau memperoleh sumber-sumber lain atau yang belum dapat diterokai. Allah Subhanahu wa ta’ala. melalui kudrat-Nya bolehmembuka segala khazanah di dunia ini atau sebaliknya sebahagiansahaja, atau boleh menjelmakan sumber atau khazanah baharu dengan hanya menyebutkan ‘kun’ sahaja. 

FALSAFAH EKONOMI ISLAM
 Falsafah ekonomi Islam ditegakkan berdasarkan pegangan agama terhadap kehidupan, manusia dan Allah Subhanahu wa ta’ala. Khurshid mengemukakan empat falsafah iaitu tauhid, rububiyyah, khilafah dan tazkiyyah, manakala satu lagi dimasukkan iaitu tanggungjawab terhadap hari akhirat. Di samping meyentuh soal keesaan Allah Subhanahu wa ta’ala. dan hari pembalasan, mereka juga membincangkan konsep hak milik dan kesamaan manusia. Mereka juga membincangkan persoalan tauhid, khalifah dan kedaulatan Allah Subhanahu wa ta’ala. dalam hak milik. Begitu juga perkara tauhid, rububiyyah, kesamaan dan persaudaraan serta konsep hak milik manusia disentuh. Falsafah ini akan lengkap jika dimasukkan satu lagi falsafah iaitu matlamat kehidupan berekonomi. Konsep tauhid merupakan konsep yang paling asas dalam cara hidup islam. 

Oleh itu, tauhid juga merupakan asas kepada falsafah ekonomi Islam. Konsep tauhid merangkumi hubungan antara manusia dengan Penciptanya (Allah Subhanahu wa ta’ala. ) dan hubungan manusia dengan manusia. Perhubungan manusia dengan manusia adalah naungan sinaran perhubungan dengan Allah Subhanahu wa ta’ala., tidak takut kepada manusia sebab manusia ialah makhluk Allah Subhanahu wa ta’ala. yang tidak ada kuasa, sebaliknya tidak menganiaya manusia lain kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. merupakan Pencipta dan Pemelihara segala makhluk, termasuk manusia. Konsep Rububiyyah ialah Allah bersifat penguas yang membuat peraturan yang bertujuan menjaga dan menampung kehidupan makhluk kepada kesempurnaan. Dalam konteks ini, rububiyyah merupakan peraturan illahi bagi menyusun rezeki dan kegiatan ekonomi manusia demi kepentingan yang sebenar. Manakala konsep Tazkiyyah ialah membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak. Salah satu tujuan rasul-rasul diutuskan adalah untuk memurnikan dan membersihkan hati manusia dalam perhubungan dengan allah, manusia dan alam. Pembersihan harta adalah melalui zakat dan sedekah. Daripada tazkiyyah lahirlah al-Falah. Keluhuran tazkiyyah merupakan natijah daripada pelaksanaan konsep rububiyyah. Kepercayaan kepada hari pembalasan menjadikan kegiatan ekonomi manusia akan sentiasa berada pada landasan yang dibenarkan. Segala tindakan dan kelakuan manusia akan dianalisis dari segi kesannya terhadap kehidupan pada hari akhirat. 

Oleh itu, segala kegiatan ekonomi di dunia ini akan dilihat dari segi ‘nilai kini bagi natijah masa akhirat’. Sebagai khalifah yang sekali gus merupakan hamba allah Subhanahu wa ta’ala. manusia ialah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Manusia berperanan untuk memakmurkan bumi. Walau bagaimanapun, peranan ini adalah dalam hubungan pengabdian diri kepada Allah. Subhanahu wa ta’ala. alam sejagat ini dicipta oleh allah. Dialah juga mencipta manusia yang pertama iaitu Adam. Manusia semuanya berbapakan Adam. Oleh itu, semua manusia adalah terdiri daripada satu keturunan, semuanya bersaudara dan mempunyai hak yang sama dalam kehidupan. Persaudaraan kemanusiaan dan persaudaraan keagamaan tidak dibatasi oleh geografi, bangsa, bahasa, warna kulit dan sebagainya. Wujudnya rasa persaudaraan akan membuahkan keadilan dengan menolak kezaliman sesama manusiASetiap individu akan menegakkan keadilan terhadap dirinya, masyarakat dan alam sekitar. Masing-masing akan berusaha untukl menjadi orang yang berfaedah dan memberi sumbangan kepada masyarakat. 

Oleh itu, pemerasan, eksploitasi, penindasan dan penyelewengan tidak mungkin berlaku dengan sewenang-wenangnya. Oleh yang demikian, wujudlah tolong-menolong dan kerjasama, khususnya antara orang islam, disamping diikat oleh bapa yang sama (Adam), diikat juga oleh ideology dan akidah yang sama. Persaudaraan adalah sebahagian daripada tauhid. Rasa kasih syang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan rela berkorban untuk saudaranya merupakan tanda iman seseorang. Seruan oleh setiap rasul adalah keadilan. Oleh yang demikian, keadilan hanya dapat ditegakkan atas dasa taqwa. Keadilan dari segi ekonomi ialah sumbangan setiap individu kepada masyarakat. Dengan itu, tidak akan timbul pemerasan, penindasan dan eksploitasi antara satu sama lain. Larangan eksploitasi ini bertujuan untuk melindungi hak setiap individu dalam masyarakat, dan untuk meningkatkan kebajikaan umum. Dunia ini merupakan kepunyaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Segala harta, kekayaan, dan sumber adalah milik-Nya. Dia mengamanahkan anugerah ini kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. 

Oleh sebab itu, pengurusan anugerah ini terikat dengan peraturan-Nya, maka pemilikan manusia terhadap anugerah itu tidak mutlak, tetapi hanya dalam bentuk amanah dan ujian yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Pemilikan amanah ini akan menjadikan manusia menguruskan pemilikanya secara yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Pencapaian al-Falah merupakan satu-satunya matlamat(objektif) unggul yang terpenting sebagai satu matlamat akhir. Dalam pada itu, matlamat lain(ekonomi dan sosial) merupakan matlamat perantaraan bagi tujuan mencapai matlamat unggul ini. Skop al-Falah merangkumi kejayaan di dunia dan di akhirat berdasarkan ketaatan dan pengabdiaan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. secara ikhlas. Jadi, arah kegiatan ekonomi Islam mestilah merangkumi kedua-dua aspek kesejahteraan tersebut. Matlamat ekonomi sosial adalah kesejahteraan ekonomi yang merupakan objektif ekonomi yang terpenting. Sistem ekonomi Islam bermatlamat untuk mewujudkan kesejahteraan ekonomi bagi individu dan masyarakat serta Negara amnya. 

Seterusnya, keperluan asas yang mencukupi. Ddengan itu, menghindarkan kelaparan dan ketakutan yang wujud dalam masyaraakat, memastikan keperluan asas bagi setiap manusia dipenuhi dari segi makanan, pakaian, perlindungan, perubatan/kesihatan dan pendidikan. Penggunaan sumber yang optimum, cekap, berkesan, jimat dan tidak membazir. Kesaksamaan agihan harta, kekayaan, pendapatan dan pembangunan. Menjamin kebebasan individu dan kesamaan hak dan peluang sekali gus kerjasama dan keadilan. Ciri-ciri ekonomi Islam ialah ekonomi yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. 

Oleh itu, ekonomi Islam ialah ekonomi ilahi (ketuhanan) dari segi prinsipnya. Ekonomi yang merupakan bahagian daripada keseluruhan sistem kehidupan Islam yang lengkap. Ekonomi Islam sendiri adalah lengkap, sempurna, dan mampu untuk menyelesaikan masalah keperluan kehidupan manusia, malah seluruh makhluk di muka bumi ini. Ekonomi yang akan sentiasa menyeimbangkan kepentingan individu dan masyarakat. Masing-masing ada tempatnya yang tersendiri, walaupun tidak secara mutlak. Apabila kepentingan individu dan kepentingan umum tidak mungkin disesuaikan maka Islam mementingkan kepentingan umum. Kegiatan ekonomi yang bersifat kebendaan tetapi masih bercorak kerohanian. Manusia bukan sahaja mempunyai hubungan sesama manusia malah mempunyai hubungan sesama Allah. Subhanahu wa ta’ala. Kegiatan ekonomi tidak memisahkan kebendaan daripada kerohanian. Ekonomi yang sentiasa sesuai sepanjang zaman dan masa kerana sifatnya yang tetap dan dinamik. Ekonomi Islamdianggap tetap kerana prinsipnya yang teguh tanpa dipersoalkan, dan pada masa yang sama dinamik kerana mempunyai kaedah penggunaan yang berbeza dan sesuai dengan keadaan. Ekonomi yang asas hukumnya ialah al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran terjamin keasliannya hingga ke hari kiamat. Oleh itu, ekonomi Islam akan sentiasa sesuai untuk sepanjang zaman. 

SISTEM EKONOMI ISLAM

KONSEP TAUHID, RUBUBIYYAH, DAN TAZKIYYAH
 Firman Allah Subhanahu wa ta’ala. yang bermaksud : ‘Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu…’ (Surah al-Baqarah 2:21) 

‘…Dia menghasilkan dengan hujanitu segala jenis buah-buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu bagi Allah Subhanahu wa ta’ala. ’. (Surah al-Baqarah 2:22) 

 Dari segi ekonomi, ini merupakan pengakuan akan kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta, yang mengatur manusia dalam menjalani kehidupan dan rezeki di dunia. Kesucian jiwa manusia yang dilahirkan melalui akhlak dan amalan ialah pancaran daripada keimanannya yang betul dan luhur. (Konsep tauhid rububiyyah dan tazkiyyah ini telah juga dibincangkan daalam bahagian awal iaitu dalam perbincangan falsafah ekonomi islam). 

KONSEP PENCIPTA DAN PEMILIK
 ‘…Kepunyaan Allah Subhanahu wa ta’ala. kerajaan langit dan bumi dan apa yang di antara kedua-duanya, Dia mencipta apa yang dikehendaki-Nya…’. (Surah al-Ma’idah 5:17) 

 ‘…Segala puji bagi Allah Subhanahu wa ta’ala., Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Pemilik Hari Pembalasan’. (Surah al-Fatihah 1:2-4) 

Allah Subhanahu wa ta’ala. ialah pencipta segala yang ada di bumi (dan di langit) dan di akhirat. Allah Subhanahu wa ta’ala. pemilik mutlak terhadap segala ciptaan-Nya. Tetapi, segala-galanya untuk manusia kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. tidak memerlukan apa-apa manfaat daripada apa yang dicipta. Manusia dicipta sebagai khalifah Allah Subhanahu wa ta’ala. di bumi yang bertanggungjawab menguruskan sumber bumi ini secara hak. Manusia hanya diberi hak untuk mengurus dan mengambil manfaat anugerah tersebut sebagai satu amanaah yang akan dipertanggungjawabkan pada hari kiaamat nanti. Pertanggungjawaban ini akan menguatkan hujah bahawa hak milik dalam Islam dalah tidak mutlak kerana setiap yang mutlak tidak boleh dipersoalkan. 

KONSEP HAK MILIK
‘Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya…’. (Surah al-Jathiyah 45:13) 

‘Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia)’. (Surah al-Takathur 102:8) 

Konsep pemilikan Islam terbatas, disamping memenuhi kehendak syarak, konsep tersebut masih tertakluk kepada beberapa perkara. Dalam Negara Islam, jika sesuatu harta itu tidak digunakan, maka hak kepunyaan akan hilang (atau paling tidak ia akan berkurangan), contohnya tanah yang tidak diusahakan. Pemilikan hanya terhad sepanjang hidup pemilik sahajASelepas pemilik itu meninggal dunia, harta itu akan berpindah ke tangan orang lain mengikut ketentuan syarak. Tidak semua harta boleh dimiliki secara individu, seperti sumber asli yang merupakan milik awam. 

KESIMPULAN
 Kesimpulanya, terdapat banyak takrif ekonomi menurut islam oleh beberapa ulama. Antaranya ialah, kata Ibn Khaldun ‘kehidupan manusia daripada satu rupa dan keinginan untuk mendapat rezeki dan berusaha untuk mendapatkannya’. Manakala Akram Khan mentakrifkan ekonomi Islam sebagai kajian al-Falah manusia melalui pengurusan sumber bumi berasaskan kerjasama dan penyertaan. Hasan uz-Zaman pula mentakrifkan ekonomi sebagai ilmu pengetahuan dan penggunaan perintah dan peraturan syariat demi melindungi ketidakadilan dalam perolehan dan penggunaan sumber asli bagi tijuan memenuhi kepuasan manusia dan bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala. dan masyarakat seluruhnya. Alam Choudhury mentakrifkan ekonomi islam sebagai kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia dan masyarakat berasaskan panduan sistem nilai Islam. Amir Mohd al-Faysal al-Su’ud berpendapat ekonomi islam ialah satu ilmu wasilah (alat) yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi segala hajat individu dan masyarakat sesuai dengan peraturan syariat. Mannan menganggap ekonomi Islam sebagai ilmu sains social yang mengkaji masalah ekonomi yang berpegang pada nilai islam. Dapat ditegaskan bahawa ekonomi islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperoleh, mengguna atau mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian demi mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Terdapat beberapa konsep dalam ekonomi islam. Antaranya ialah konsep tauhid, rububiyyah, tazkiyyah, hari pembalasan, manusiasebagai khalifah, kesamaan dan persaudaraan manusia, konsep hak milik, dan matlamat kegiatan ekonomi. Antara ciri-ciri ekonomi islam ialah, ekonomi yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, ekonomi yang merupakan bahagian daripada kesuluruhan sistem kehidupan islam yang lengkap, sentiasa menyeimbangkan kepentingan individu dan masyarakat, kegiatan ekonomi yang bersifat kebendaan tetapi masih bercorak kerohanian, ekonomi yang sentiasa sesuai sepanjang zaman dan masa kerananya sifatnya yang tetap dan dinamik dan akhir sekali ialah ekonomi yang asas hukumnya ialah al-Quran dan al-Sunnah. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com