PENDAHULUAN
Nama Muhammad dipilih oleh datuknya kerana beliau ingin baginda dipuji di atas langit dan di atas bumi pengikutnya. Nama Muhammad itu bermaksud ‘Orang yang menerima pujian’. Selepas kelahiran Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam datuknya telah mengadakan jamuan secara besar-besaran menurut istiadat bangsa Arab. Sikap baginda yang jujur dan rendah diri itu membuatkan dia digelar ‘Al-Amin’ ( yang sangat terpercaya) kerana keadilan dan kebijaksanaannya.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsikan bersama ini dapat memberi manfaat dan dijadikan contoh teladan kepada semua umat Islam.
ABDULLAH, BAPA NABI
‘ABDUL MUTAIB menguasai hampir kesemuanya dia memiliki kesihatan tubuh badan, harta kekayaan, kuasa dan dihormati oleh suku kaumnya. Namun dia masih mempunyai satu sumber kesedihan iaitu dia hanya memiliki seorang anak lelaki. Bangsa Arab sangat banga sekiranya mereka mempunyai anak yang ramai. ’Abdul Mutalib pula hanya memiliki seorang anak sahaja. Dia memerlukan anak yang ramai untuk menolongnya di dalam jawatan mulia yang telah diamanahkan kepadanya. Jawatan ini ialah keperluan serta air minuman kepada para Jemaah haji yang datang berziarah ke ka’bah setiap tahun. ’Abdul Muttalib bersumpah bahawa jika dia mempunyai sepuluh orang anak lelaki, dia akan mengorbankan salah seorang dari mereka kepada tuhan-tuhan ka’bah setelah mereka meningkat dewasa kelak. Selepas itu, ’Abdul Muttalib telah dilantik sebagai ketua suku kaumnya, disanjung dan dipatuhi oleh oleh semua orang dan dia mempunyai sebelas orang anak lelaki. Maka dia menyedari bahawa dia terpaksa menyempurnakan sumpah yang telah dibuatnya tetapi yang mana satukah dari anak-anak yang sangat dicintainya itu harus dikorbankannyASemua anak-anaknya sangat dikasihinya terutama ‘Abdullah, anak yang bongsu telah meningkat dewasa menjadi seorang pemuda tampan dan menjadi kebanggaan suku Quraisy. ’Abdul Muttalib mengadakan undian kerana dia tidak sanggup berpisah dengan anak-anaknya itu. Setelah undian dijalankan nama Abdullah terkeluar-‘Abdullah yang paling bongsu dan paling rapat dihati bapanya. ’Abdul Muttalib merasa dirinya harus menyempurnakan sumpahanya itu walaupun dia akan merasai kepedihannya tetapi orang-orang Quraisy menentang hasratnya itu. Mengapa dia harus mengorbankan seorang pemuda yang penuh dengan harapan yang besar serta menjadi kebanggaan dan kegembiraan suku Quraisy?’Abdul Muttalib tidak tahu bagaimana hendak melepaskan dirinya dari sumpahan yang dasyat itu. Kemudian dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan beberapa ahli nujum yang terkenal di al-Tha’if. Dengan penuh harapan bercampur ketakutan A’bdul Muttalib pun kembali ke Mekah. Dia pergi ke ka’bah dimana mereka menyimpan anak-anak panah yang dikhaskan untuk mengundi di antara nama ‘Abdullah dan sepuluh ekor untASepuluh kali berturut-turut nama ‘Abdullah muncul setelah akhirnya terbukti sumpahannya yang dasyat itu telah bebas dan dia boleh tetap bersama anak lelaki bongsynya yang sangat dikasihi. Apabila ‘Abdullah telah berumur dua puluh empat tahun bapanya yang telah tua itu mengambil keputusan untuk mengahwinkannya. Telah sampai masa anakya itu berkahwin lalu dia pon memilih Aminah, anak ketua Bani Zuhrah kerana ia layak menjadi isteri kepada anak ketua Quraisy dan pemimpin seluruh Mekah. Selepas majlis perkahwinan berlangsung, ’Abdullah tinggal bersama isterinya selama tiga hari di rumah bapa mertuanya kerana begitulah menurut adat orang-orang Arab. Kemudian, di membawa isterinya kembali ke rumahnya yang ada di antara rumah Bani ‘Abdul Muttalib. Rumah-rumah milik Bani ‘Abdul Muttalib adalah yang paling rapat dengan Rumah Suci itu kerana mereka merupakan bangsawan Quraisy yang paling mulia dan lebih utama dari yang lain-lain. ’Abdullah tidak tinggal lama dengan isterinya. Dia terpaksa pergi melakukan sesuatu urusan dagangan. Orang-orang Mekah hidup terutama dengan berdagang dan mempunyai dua tahunan perjalanan. Mekah merupakan tempat pertemuan di antara timur dan barat, hubungan antara empayar Rom dan barang-barang dagangan datang dari India dan China. Dalam perjalanan pulangnya pada musim panas, ’Abdullah singgah di Yathrib (Madinah) untuk menziarahi saudara-saudara sebelah ibunya, Bani Hajjar. Di sana dia jatuh sakit dan dan kalifah dagangannya terpaksa pulang ke Mekah tanpanyASesampai kalifah itu ke Mekah, mereka melaporkan keadaaan ‘Abdullah kepada bapanya. Bapanya pun mengutus anaknya yang paling tua Al-Harith untuk membawa ‘Abdullah kembali ke Mekah.
Sesampai di Yathrib, Al-Harith mendapati bahawa ‘Abdullah telah mati sebulan selepas kalifah dagangannya meninggalkannya. Dia telah dikebumikan di perkampungan Bani Hajjar. Al-Hadith pun kembali ke Mekah membawa berita sedih kepada bapanya yang telah tua dan isteri ‘Abdullah yang sedang menanti kepulangan suaminya. Pada masa itu, Aminah sedang mengandungkan seorang anak, anak yang tidak dapat menatap wajah bapanya.
Tahun Gajah
‘Abdul Muttalib merasa sedih di atas kematian anaknya ‘Abdullah. Namun, kesedihan yang besar akan menimpa seluruh Mekah kerana dari arah selatan sepasukan tentera yang sangat besar sedang menuju ke arahnya diketuai oleh Abrahah, raja Habsyah yang telah mengembara bersama-sama pasukannya untuk meruntuhkan Rumah Suci Ka’bah. Abrahah telah menyerang Yaman dan menakluki negeri itu dibawah kuasanya. Apabila orang-orang Arab mendengar berita tersebut, dua buah suku bersama-sama para sukarelawan dari suku-suku lain cuba menghalang kemaraan Abrahah dan bala tenteranya tetapi suku-suku itu tidak dapat dikalahkan. Mereka tidak dapat menandingi bala tentera Abrahah yang hebat bersama gajah-gajah perang dan pelontar-pelontar lembing yang mahir. Abrahah meneruskan perjalanan menuju Mekah dengan menggunakan seorang Arab tawanan sebagai penunjuk jalan.
Sebaik sahaja ia sampai di Mekah, para penduduk Mekah pun bangkit mempertahankan ka’bah yang dicintai, rumah pertama yang dibina di muka bumi ini untuk menyembah Allah. Tetapi, kemudian mereka sedar bahawa mereka bukanlah lawan Abrahah dan tentera-tenteranya lalu ‘Abdul Muttalib bersama satu delegasi penduduk Mekah pergi berjumpa Abrahah dengan harapan bahawa melalui rundingan dengannya mereka akan dapat menyelamatkan Rumah Suci itu. Dia tidak berminat untuk mengambil wang atau harta yang dia mahukan untuk meruntuhkan Ka’bah sahaja kerana itulah keinginan yang paling utama.
Dengan rasa hati yang sangat berat ‘Abdul Muttalib pun kembali memberitahu penduduk Mekah bahawa semuanya telah hilang dan mereka semua hendaklah lari menyelamatkan nyawa mereka ke puncak gunung. Apabila dia ditanya apa terjadi kepada ka’bah dia menjawab “Allah akan melindungi Ka’bah”. Selepas melihat kaum wanita dan kanak-kanak telah dibawa ke tempat yang selamat di kawasan pergunungan, ‘Abdul Muttalib membawa para pengikutnya dan pergi berdoa disebelah Rumah Suci buat kali terakhir. Mereka berdoa begitu bersungguh-sungguh memohon Allah agar melindungi Rumah SuciNya. ’Abdul Muttalib bergayut di pintu Ka’bah dan berdoa sehingga pada saat terakhir.
Abrahah mengarahkan ketua gajahnya menuju Mekah. Gajah yang besar itu boleh meruntuhkan dinding Ka’bah bila-bila masa sahaja. Gajah itu berjalan hingga sampai ke sempadan kota suci tersebut dan kemudian berhenti seolah-olah ia telah bertukar menjadi batu. Tiba-tiba dari arah langit muncul burung-burung yang sangat banyak. Kawanan burung yang begitu besar jumlahnya meliputi kaki langit seperti awan hitam yang sangat besar. Burung-burung itu menyerang dengan tiba-tiba ke atas Abrahah dan tenteranya serta melemparkan mereka dengan batu-batu kecil yang tajam sehingga ramai di antara mereka yang mati terkena batu lemparan itu. Hanya sedikit di antara mereka yang dapat melarikan diri.
Selepas burung-burung itu selesai melempar batu-batu itu, Abrahah dan sebahagian dari tenteranya yang telah luka-luka kembali ke Yaman. Di sana dia mati kerana terkejut dan terlalu letih.
Beberapa tahun selepas peristiwa itu, ayat al-Quran berikut telah diturunkan bagi mengingati penduduk Mekah, di mana ramai di antara mereka telah pun terlalu tua untuk mengingati peristiwa tersebut.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala, “Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka(untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia?Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang banyak, yang melempari mereka dengan batu(berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat. ” (Al-Fil: 1-5)
Ayat di atas mengndungi amaran bahawa barang siapa yang menentang Allah akan berakhir dengan kesedihan. Ia juga merupakan suatu peringatan tentang kebaikan Allah kepada mereka dimana Dia telah menyelamatkan Rumah Suci itu untuk mereka, sedangakn mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk mempertahankannya.
Selepas peristiwa itu kemasyhuran Ka’bah tersebar dengan lebih luas lagi. Pasukan tentera yang telah datang untuk menghancurkan dahulu hanya bertujuan untuk menambahkan kesuciannya lagi. Peristiwa itu berlaku pada tahun 570 SM dan ia merupakan peristiwa penting bagi bangsa Arab sehingga mereka menggelarnya ‘Tahun Gajah’.
Kelahiran Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam
Ketika orang ramai bergembira dengan kemenangan besar yang telah dikurniakan Allah kepada mereka, ’Abdul Muttalib pula mendapat beberapa berita yang menggembirakan. Aminah telah berkirim Salam kepadanya dan memberitahu bahawa seorang cucu lelaki telah dilahirkannya. ’Abdul Muttalib begitu gembira lalu segera datang dan terus meletakkan cucunya itu di tangannya. Dia membawanya terus ke ka’bah dan mengelilingi tujuh kali bersama bayi lalu berkata,
“Hai anak yang diberkati, aku akan namakan engkau Muhammad. Kelahiran anak ini akan mengiringi kemuliaan dan kemenangan untuk Rumah Suci, semoga ia diberkati.
Apabila para pengikutnya bertanya mengapa dia menamakan cucunya itu dengan nama Muhammad bukan memlilih nama-nama nenek moyangnya, dia berkata, ”Kerana aku ingin dia dipuji di atas langit Allah dan di atas bumi pengikutnya. ” Nama Muhammad itu bermaksud ‘Orang yang menerima pujian’.
Ibu Susuan
Kini mereka menunggu pula ibu susuan yang datang dari kawasan pergunungan untuk menyusui Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Bangsa Arab berpendapat bahawa udara kota Mekah tidak menyihatkan bagi bayi dan sudah menjadi adat wanita-wanita bangsawan Arab untuk memberi bayi-bayi mereka kepada ibu susuan yang tinggal di kawasan perkampungan yang mempunyai udara yang segar. Beberapa suku-suku yang tinggal di kawasan gurun terkenal ibu susuan di antaranya ialah Bani Sa’d.
Sementara menunggu kedatangan mereka, Aminah memberikan bayinya kepada Thuwaibah seorang hamba Abu Jahal kerabat Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam untuk menyusukannya. Thuwaibah hanya dapat menyusukan Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam selama beberapa hari. Apabila dewasa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam sangat baik dengannya dan ketika ia meninggal dunia, baginda bertanya tentang anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu darinya.
Pada mulanya, Halimah binti Abu Dhu’aib tidak diberikan seorang bayi pun untuk disusuinya kerana dia bukan dari kalangan keluarga yang berada seperti yang lain-lainnya. Namun, sejak dia mengambil Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam, dia memberitahu bahawa semuanya bertambah baik.
Kembali Ke Mekah
Apabila baginda dikembalikan ke Mekah, datuk yang sangat tua memelihara dia sangat baik dan memberikan sepenuh kasih saying terhadapnyASatu hari, apabila Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam telah berumur kira-kira enam tahun, ibunya bercadang membawanya pergi menziarahi saudaranya, Bani Najjar di Yathrib. Dia turut membawa ummu aiman, hamba abdi bapa Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam bersama mereka. Apabila mereka sampai di Yathrib, Aminah menunjukkan kepada baginda tempat dimana bapanya dikebumikan.
Selepas sebulan berada di Yathrib, mereka pun menaiki unta-unta mereka dan bergerak keluar menuju Mekah. Dalam perjalanan, di sebuah kampong bernama Al-abwa, Aminah jatuh sakit dan meninggal dunia. Dia dikebumikan disana, beberapa batu jauhnya dari tempat dimana bapa Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dikebumikan.
Selepas ibunya dikebumikan, Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam kembali dengan perasaan yang sangat sedih bersama hambanya ummu aiman ke Mekah. Tidak lama kemudian, Datuknya yang telah terlalu tua itu, yang sangat mengasihi dan memberi perhatian yang besar terhadapnya pun meninggal dunia ketika banginda berusia lapan tahun. Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam berasa begitu sedih sekali, baginda mengikuti keranda datuknya yang sedang diusung sanbil menangis disepanjang jalan.
Di bawah Pemeliharaan Abu Talib
Kematian Abdul Muttalib merupakan satu pukulan ke atas Bani Hasyim kerana tiada seorang pun dari anak-anak lelakinya yang dapat menggantikan tempat beliau.
Tidak ada seorang Quraisy pun yang dapat menandingi sifatnyadarisegi pemikiran, keperibadian, keadilan, kekuatan dan tiada seorang pun yang mendapat kedudukan yang begitu tinggi dan dimuliakan oleh bangsa Arab.
Sebelum kematiannya, Abdul Muttalib telah mengamanahkan anaknya, Abu Talib supaya menjaga Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Abu Talib bukanlah anaknya yang paling tua dan bukan pula yang paling kaya-(Al-Abas yang paling kaya). Tetapi Abu Talib mempunyai keperibadian yang paling mulia, dihormati dan dipandang tinggi oleh seluruh kaum Quraisy.
Abu Talib mula menyukai Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan mencintai seperti anaknya sendiri, dengan kesetiaan yang begitu agar di tahun-tahun berikutnya, tahun-tahun yang penuh dengan kesukaran dan percubaaan, beliau tetap teguh seperti sebuah gunung melindungi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dari kemarahan kaum Quraisy. Kanak-kanak itu memiliki tingkah laku yang sangat baik, berhati mulia, sensitive dan belas kasihan terhadap penderitaan oaring lain. Baginda berperibadi mulia dan jujur, sehingga tidak lama kemudian baginda mendapat gelaran ‘Al-Amin’(yang boleh dipercayai) dikalangan kaum Quraisy dan sememangnya baginda berhak terhadap gelaran itu kerana sepanjang hidupnya Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam tidak pernah berkata bohong. Meskipun dalam keadaan yang sangat sukar, baginda tidak pernah berkata selain dari perkataan yang benar sahaja.
Perjalanan Ke al-Sham
Ketika usia Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam sekitar dua belas tahun, Abu Talib bercadang untuk pergi berdagang ke al-Sham. Dia tidak berhasrat hendak membawa anak muda yang masih kecil itu bersamanya kerana perjalanannya sangat panjang, melalui gurun yang luas dengan sedikit bekalan air dan penuh dengan bahaya. Namun, Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam ingin sekali pergi bersama bapa saudara baginda yang telah memeliharanya itu dan dianggapnya sebagai bapanya sendiri. Abu Talib enggan membenarkannya ikut serta tetapi apabila beliau melihat bagaimana bencinya kanak-kanak itu berpisah dengannya, maka dia pun berkata, ”Demi Allah, aku tidak akan pernah sekali-kali meninggalkan engkau. ”
Tinggal Bersama Bapa Saudara Baginda
Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam terus tinggal bersama bapa saudaranya dan melakukan perkerjaan yang biasa dilakukan oleh pemuda-pemuda Mekah. Apabila bulan-bulan haram tiba iaitu bulan dimana orang-orang Arab tidak boleh berperang dan mengerjakan haji ke Ka’bah, baginda tinggal bersama pakciknya di Mekah dan kadang-kadang baginda pergi ke pasar’Ukaz dan Dhul Majaz yang berdekatan dengan Mekah. Dalam kedua-dua pasar tersebut terdapat berbagai barangan yang dijual. Ia juga menjadi tempat bagi orang-orang Arab mendeklamasikan syair dan pidato.
Orang-orang Arab merupakan para penyair yang handal dan syair telah menjadi darah daging mereka. Mereka gemar melahirkan perasaan mereka melalui dendangan syair yang indah. Mereka mencipta syair-syair tentang apa sahaja;tentang sejarah mereka, salasilah mereka, kaum mereka, perasaan cinta mereka dan tentang musuh-musuh mereka.
Berniaga Untuk Khadijah
Baginda tidak bercita-cita untuk mengumpulkan wang atau mencari kedudukan ditengah masyarakat. Baginda berasa tenang dan gembira bersama kambing-kambingnya. Tetapi pakciknya yang terlalu mencintainya itu inginkan lebih dari hanya gembala kambing bagi baginda. Abu Talib mempunyai ramai anak dan tidak mempunyai harta yang banyak untuk membantu anak saudaranya itu. Namun begitu, beliau mahu Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam mendapat kedudukan yang menarik dalam masyarakat dan merasakan bahawa telah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari perkerjaan yang sesuai bagi baginda.
Satu hari beliau mendengar bahawa Khadijah binti Khuwailid ingin mengumpah seorang lelaki dari suku Quraisy untuk menjalankan perniagaannya. Khadijah adalah seorang wanita Quraisy yang cantik dan bijak. Beliau sangat kaya kerana mewarisi harta suaminya yang telah meninggal dunia. Ramai bangsawan Quraisy yang ingin mengahwininya tetapi beliau menolak semua lamaran mereka. Beliau lebih suka hidup bersendirian dan sibuk menguruskan perniagaan serta kewangannya sahaja.
Bila Abu Talib mendengar bahawa Khadijah sedang mencari seseorang yang boleh membantu urusan perniagaan. Beliau memanggil anak saudaranya itu. Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dapat menguruskan perniagagan Khadijah dengan bijak dan baik sekali serta membawa hasil pendapatan yang banyak dari sebelumnyASikapnya yang jujur dan rendah diri itu menyebabkan baginda disukai dan dihormati oleh Maisarah.
Berkahwin dengan Khadijah
Mereka duduk didalam rumah Khadijah dan Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam menceritakan kepadanya benda-benda yang menrik serta ajaib yang telah dilihat dalam perjalanannya itu. Ketika itu Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam berusia dua puluh tiga tahun, dan mempunyai perawakan yang menarik, bermata hitam, dan cerah, rambut kehitam-hitaman dan berjanggut serta mempunyai bulu mata yang panjang dan lebat. Budi pekertinya yang sangat mulia, tutur bahasanya indah namun bukan dibuat-buat. Baginda tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Baginda datang dari keturunan yang baik-baik, iaitu suku yang merupakan menguasa Mekah, ditakuti dan dihormati. Dari kelakuan dan matanya itulah baginda dihormati dan dipatuhi meskipun baginda suka merendahkan diri.
Khadijah merasa tersentuh dengan kata-kata Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan apa yang telah baginda lakukan untuknya. Kemudian, beliau menyedari bahawa emosi yang sedang dirasainya itu adalah cinta padahal selama ini beliau telah mengetepikan semua bangsawan Quraisy. Beliau pun mencurahkan isi hatinya kepada sahabat baiknya, Nafisah, lalu Nafisah pergi memberitahu Muhmmad Sallallahu ‘alaih wa sallam tentang perkara itu.
Kehidupan Perkahwinan Mereka
Maka bermulalah kehidupan yang baru dan bahagia bagi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Ia merupakan takdir yang ingin menggantikan zaman kesedihan dan kesunyian yang telah dilaluinya semasa kecik dengan memberikan baginda sesuatu yang terbaik dari Mekah dan seluruh tanah Arab. Khadijah adalah seorang yang istimewa. Cinta Nabi terhadapnya dari sehari ke sehari sebagaimana Khadijah juga mencintai dan menghormati baginda. Cinta itu tidak berakhir meskipun sehingga Khadijah dikuburkan. Khadijah sangat bererti bagi baginda, sebagai isteri, ibu, teman hidup dan sahabat. Perkahwinan mereka merupakan perkahwinan bahagia dan serasi. Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam perawakan bagus, berbudi perkerti mulia, dan bertimbang rasa manakala Khadijah pula seorang yang bijak, pemurah, cantik dan sentiasa menghormati baginda. Mereka sangat sesuai menjadi pasangan yang secocok. Mereka mempunyai kekayaan, kehormatan dan kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat. Namun, mereka agak merasa sedih kerana setiap kali Khadijah melahirkan anak lelaki, anak itu pasti meninggal dunia. Meskipun demikian, mereka mempunyai empat orang anak perempuan. Meskipun di zaman itu manusia menganggap wanita sebagai makhluk yang hina, dan diantara mereka pulak menganggap anak-anak perempuan hanya menambah beban, Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam tetap menjadi seorang bapa yang penyanyang dan cinta kepada anak-anak perempuan baginda. Baginda mengambil berat tentang pembesaran meraka ketika mereka masih kecil lagi, dan apabila mereka meningkat dewasa, Baginda begitu berhati-hati memilih calon suami bagi mereka.
Turunnya wahyu al-Quran
Baginda sangat ingin mengetahui kebenaran, rahsia alam sejagat ini, ciptaan yang luas ini tetapi apa yang dapat dilakukan hanyalah berdoa dan menanti agar kuasa agung memimpin hatinya supaya kebenaran itu dapat diturun kepada dirinya.
Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam mendekati usia empat puluh tahun, usia yang telah cukup matang untuk seorang manusiASatu hari, baginda merasakan sesuatu yang ganjil, penglihatan yang dilihatnya berulang kali. Baginda merasakan bahawa ini adalah kebenaran yang ada disebalik dunia nyata ini. Baginda berdoa untuk mengetahui dan melihatnya dengan lebih jauh lagi.
Pada suatu hari, ketika di dalam gua Hira, Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam melihat malikat dengan sebuah kitab di tangannya. Malaikat itu berkata, ”Bacalah!”
Lagi Tentang al-Quran
Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam seorang yang buta huruf seperti kebanyakkan orang di zaman itu. Orang-orang Arab mencintai syair dan kerap mencipta syair secara spontan, tetapi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam bukanlah seorang penyair, baginda tidak pernah mencipta syair secara spontan, menulis atau membaca apa-apa sekali pun. Oleh kerana itu semua ayat-ayat di atas merupakan sesuatu yang sangat ganjil tetapi bernilai bagi dirinya. Bahasa yang indah bersama sumbernya menjadikan nya harta yang tidak ternilai. Setiap ayat yang turun selepas itu diingatinya dengan penuh hati-hati seperti barang yang sangat berharga yang mungkin hilang jika baginda tiak dapat menguasainya. Hal ini berterusan selama beberapa lama sehingga turunlah ayat-ayat al-Quran yang memberi jaminan kepada baginda bahawa tiada surah atau khalimah yang akan hilang dari dada baginda kecuali dengan kehendak dari Allah Subhanahu wa ta’ala. Baginda ditegur supaya tidak mengulangi ayat yang dibaca oleh jibrail serta merta sebagaimana baginda lakukan sebelum itu. Baginda dinasihatkan mendengar dan diarahkan sebagaimana membaca ayat-ayat Allah itu dan makna, latar belakang dan implikasinya.
Kembali Kepada Khadijah
Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam bangun dengan rasa takut terhadap pengalaman yang telah dialaminya itu. Sehingga itu baginda telah menempuh visi bahawa Allah adalah Esa, yang menguasai seluruh alam ini. Tetapi siapa pula yang mengingatikan baginda tentangNya itu. Baginda berasa takut dan berjalan ke tepi gunung. Kemudian, baginda mendengar suara memanggilnya. Baginda mendapati malaikat yang sama yang telah dilihatnya dahulu berada di langit itu. Baginda tidak bermimpi dan melihat malaikat tersebut dengan jelas sekali. Malaikat mendekati Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam, kemudian pergi meninggalkannya. Dalam keadaan takut, Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam turun dari gunung tersebut menuju ke rumahnya.
Setelah baginda merasa pulih dari kejutan itu, baginda pun menceritakan kepada Khadijah apa yang telah dilihat dan didengarnya. Khadijah mula memikirkan apa yang diceritakan oleh suaminya tadi. Setelah melihat baginda tidur, beliau bercadang untuk pergi bertanya kepada sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang yang luas ilmu pengetahuannya, Waraqah seorang yang tidak menyembah berhala, gemar mengkaji agama-agama dan seorang penganut ajaran Nasrani. Dia juga boleh menterjemah sebahagian dari kitab injil ke dalam bahasa Arab.
Khadijah kembali kepada Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam yang masih lagi tidur berselimut. Kemudian, tiba-tiba baginda pula memanggil di dalam tidurnya dan peluh keluar dari dahinya kerana di dalam tidurnya itu baginda melihat malaikat tersebut memberitahunya:
“Bangunlah, lalu beri peringatan! Dan Tuhan agungkanlah, dan pakaianmu bersihkannlah dan jangan kamu memberi (dengan maksud) yang lehib banyak, dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabar. ” (al-Mu ddathtir:1-7)
Beliau mengisytiharkan keimanannya kepada Allah dan kepada Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam sebagai RasulNya. Beliau merupakan manusia pertama yang beriman kepadanya, wanita pertama dan manusia kedua selepas Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam sebagai muslim. Perkataan ‘Muslim’ dalam bahasa Arab bermakna ‘ orang yang menyerah diri kepada Allah’.
KESIMPULAN
Dengan ini dapatlah kita simpulkan pentingnya mempelajari sejarah khidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Umat Islam berperanan menyampaikan dakwah dan menyeru kearah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini bertujuan agar kita sebagai umat Islam sentiasa diperingatkan untuk melakukan amalan yang baik di dalam kehidupan agar di akhirat kelak kita akan dirahmati oleh Allah Subhanahu wa ta’ala.
Harapan saya dengan adanya sejarah tentang kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dapatlah kita sama-sama mengambil iktibar dari baginda supaya kita juga menjadi salah seorang insan yang banyak berjasa di jalan Allah sepanjang kehidupan kita ini. Kita juga dapat mengingati diri kita dan amalan yang dikira dianggap mudah sebaliknya dilupakan terus oleh umat Islam. Dengan penulisan ini kita akan lebih mengingatinyASemoga dapat menjalani tauladan bersama.
Sumber Rujukan
1. Kehidupan Nabi Muhammad Saw. (2001) / Tahnia Al-Ismail;Diterjemah Oleh Siti Sujinah Sarnap.
2. Tempat-Tempat Bersejarah ; Semasa Kehidupan Nabi Muhammad Saw (2009) / Dr. Hanafi Al-Mihlawi ; Penterjemah ; Murtadho, Ridwan.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com