Tajuk: Kepimpinan Dalam Islam

KEPIMPINAN DALAM ZAMAN RASULULLAH

Pemimpin yang terulung pada zaman Islam ialah pada zaman Rasulullah. Keagungannya dapat dilihat dari semua bentuk Rasulullah merupakan pemimpin yang sangat adil dan baginda merupakan seorang pemimpin yang berfikiran panjang dalam melakukan sebarang keputusan untuk negara, agama dan rakyatnya. Rasulullah menggunakan Al Quran dan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada baginda dalam pentadbiran dan pemerintahan-Nya. Rasulullah juga mengaplikasikan kesemuanya ke dalam pentadbiranya supaya tidak berlakunya sebarang penyelewengan. Undang-undang yang digunakan oleh Rasulullah sangat telus dan amanah kerana ia berpandukan kedua-duanya iaitu Al Quran dan wahyu yang diterima oleh baginda. 

Dalam kepimpinan rasulullah boleh dilihat semua usaha yang dilakukan oleh baginda dalam menguruskan negara yang Islam, menyatupadukan masyarakat, memajukan ekonomi negara dan menyebarakn Islam ke seluruh pelusuk dunia. Rasulullah mempunyai sifat yang patut dicontohi oleh pemimpin zaman sekarang. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah. Tahun Gajah adalah manusia yang agung dan ma’sum penah dilahirkan dalam peradaban manusia. Selepas kelahiran baginda bermulalah satu era naru dan munculnya satu yang benar iaitu agama Islam. 

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  adalah satu peribadi yang istimewa. didalam dirinya terdapat segala sifat yang perlu dicontohi seperti sifat negarawan, sufi, spritual dan aktiviti sosial yang tinngi tidak boleh dibandingkan oleh mana-mana tokoh. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  telah berjaya menunjukkan teladan yang baik dan terpuji. Setiap ucapan daripada baginda semuanya berlandaskan sumber Allah dan tindakan baginda penuh kesucian. Contohnya, Rasulullah tidak memilih dalam menegur orang yang berbuat kesilapan termasuk sahabat dan kaum keluarga baginda. 

Keperibadian Rasulullah menghuraikan segala persoalan yang berlegar dalam kehidupan manusia sejagat. Kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  perlu dijadikan contoh teladan. Selain itu, penampilan baginda menjadi fokus atau teladan umat baginda. Allah Subhanahu wa ta’ala  memuji sifat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  dengan pelbagai sifat yang terpuji kerana keluhurannya. Dengan itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  telah mendapat gelaran Al-Amin. 

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  telah memberikan sumbangan dan tenaga dalam peristiwa pembinaan kaabah. Contohnya, baginda mengangkat batu dengan tangan baginda sendiri untuk membina kaabah. Perbuatan ini diakui oleh orang Arab Quraisy semasa berlakunya perselisihan faham mengenai perletakkan hajaratul aswad. Nabi Muhammad memanggil semua ketua kabilah di Madinah untuk berjumpa dengan baginda. Baginda telah membuat keputusan dan mewakilkan setiap kaum dengan kabilah mereka. Setiap kabilah diberi peluang untuk memegang setiap penjuru serban Rasulullah. Setiap kabilah meletakkan bersama-sama batu ke tempat asal lalui Rasulullah mengeluarkan batu dari serban baginda dan meletakkan di tempat asalnya kembali. Disitulah berakhirnya perselisihan faham dan bencana dapat dihindarkan. 

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  merupakan pemimpin yang disegani dan menjadi ikutan sehingga akhir zaman ini. Sifat Rasulullah adalah cerminan dari Al Quran. 
Dalam suruh Al-Ahzab:
“sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah Subhanahu wa ta’ala . ” Akhir sekali, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  seorang yang amanah, jujur, bijaksana dan berakhlak mulia dan dengan sifat yang terpuji serta mulia. Oleh sifatnya itu, baginda mendapat gelaran Al-Amin dari sifat yang ditunjukkan oleh baginda. 

CIRI – CIRI SEORANG PEMIMPIN 
Dalam sesebauh negara mestilah mempunyai seorang pemimpin itu dilantik untuk mentadbir sebuah negara supaya negara menjadi teratur, maju, aman dan sejahtera. Untuk memilih pemimpin terdapat pelbagai cara untuk memilih seperti musyawarah, undian rakyat (demokrasi), monarki dan sebagainya. Selain itu, untuk menjadi atau dipilih untuk pemimpin sesebuah negara mestilah mempunyai ciri-ciri yang baik dan berkebolehan serta berkelakuan baik. Terdapat beberapa ciri-ciri untuk menjadi atau memilih pemimpin yang digariskan dalam Islam. 

Ciri-ciri yang pertama ialah, pemimpin perlulah menegakkan syariat Islam dan berusaha untuk menjaga agama Islam. Pemimpin haruslah melakukan pelbagai perubahan dalam pentadbiran mengenai hukam dan tentang agama Islam. Pemimpin perlulah berani menentang kaum syiah yang sesat supaya negara kita bebas dari kaum yang menentang Islam dan agama Islam tidak dipermainkan. Ciri kedua ialah pemimpin harus mempunyai ilmu yang tinggi dan berkemampuan. Tidak semua dapat mengembangkan tugas yang dipikul sebagai pemimpin kecuali pemimpin itu berkemampuan tinggi, berilmu pengetahuan yang tinggi atau luas, cerdik dan berwawasan jauh. Islam menitikberatkan umatnya dalam memperdalam ilmu pengetahuan dalam agama ataupun ilmu umum supaya dapat berfikir secara lebih baik dan dapat menambahkan ilmu. Bak kata pepatah “mencari ilmu biarlah sehingga negara China”. 

Ciri yang ketiga ialah, pemimpin haruslah mempunyai kemampunan dalam menguruskan negara bukan sahaja dari soal warak ataupun lebih tegas dalam soal baik buruk seseorang. Sebagai seorang pemimpin perlulah bijak dalam menilai seseorang supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini seperti pilih kasih. Ciri yang seterusnya ialah, pemimpin perlulah mempunyai sifat ketakwaan terhadap Allah agar segala perkara yang dilakukannya mengikut syariat Islam dan Allah sentiasa bersama orang yang sentiasa mengingatinya serta diberikan ganjaran pahala yang besar. 

Selain itu, pemimpin tidak perlu bersikap sombong, bongkak, berlagak dan mestilah mempunyai sifat tanggungjawab kepada orang bawahannya. Sifat sombong, bongkak dan berlagak itu merupakan sifat yang dimurkai Allah dan dibenci oleh semua masyarakat. Untuk menjadi pemimpin yang baik, pemimpin itu perlulah membuang atau menghakis sifat itu dari dirinya kerana sifat itu tidak membantu malah ia akan menjatuhkan seseorang pemimpin. Sebagai rakyat, mereka mahukan pemimpin yang berjiwa sederhana dan senantiasa berada dalam keadaan mereka sama ada kaya atau pun susah. Pemimpin yang baik akan sentiasa bertanggungjawab kepada orang bawahannya dalam semua perkara termasuklah keselamatan dan tindakan yang dilakukan juga menjaga rakyatnya. 

Disamping itu, ciri pemimpin yang baik ialah pemimpin hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melakukan amanah. Amanah merupakan tanggungjawab ayng paling berat dan besar. Ia hanya layak dilakukan atau dipukul oleh pemimpin yang benar-benar layak ataupun terpilih. Sebagai seorang pemimpin negara terdapat pelbagai amanah yang harus dilakukan supaya rakyat hidup dalam keadan yang sejahtera. Akhir sekali, pemimpin hendaklah menunaikan janjinya kepada rakyat atau orang bawahannya kerana tanpa bantuan daripada mereka pemimpin itu tidak akan berjaya dalam melakukan perubahan ataupun pembaharuan dalam pentadbiran negara. Negara akan menjadi lebih maju, sentiasa aman dan sejahtera. 

DASAR NEGARA ISLAM
Untuk membentuk sesbuah negara yang berlandaskan Islam terdapat beberapa dasar negara Islam yang telah dibentuk oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Madinah merupakan negara Islam pertama di dunia ketika dibawah kepimpinan Rasulullah. 

Antara bukti Rasulullah membentuk negara Islam ialah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  menerima bai’ah sebagai ketua negara. Dengan pengakuan itu, Rasululah tidak mungkin menolaknya walaupun datang anak kecil belum baligh kerana syariat Islam menggariskan bahawa seorang anak telah melakukan kewajipan iaitu membayar zakat. 

Rasulullah mengutuskan surat kepada penguasa negara-negara untuk tunduk dibawah kepimpinan baginda atau kekuasaan Islam. Ini merupakan strategik politik dalam negara untuk meluaskan kawasan wilayah taklukannya. Rasulullah mengajak mereka semua untuk tunduk dan menyembah kepada Allah Subhanahu wa ta’ala . Ada sesetengah negara yang menolak dan jugak ada yang menerima. Negara yang menerima ajaran Islam telah berada di bawah kepimpinan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Ada segelintir masyarakat yang masih berpegang teguh kepada ajaran agama mereka dan mereka menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Mereka yang menolak ajaran baginda perlulah membayar jizyah. Jizyah merupakan zakat yang perlu dibayar oleh orang bukan Islam yang mendiami negara Islam supaya tunduk kepada pemerintahan Islam. 

Dasar yang perlu ada dalam negara Islam ialah undang-undang yang berlandaskan syariat Islam. Undang-undang negara perlulah sesuai untuk semua lapisan manusia, kaum dan masyarakat yang berada dalam negara Islam. Antara nilai atau dasar yang perlu ada dalam negara Islam yang pertama ialah amanah. Semua masyarakat perlulah menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Selain itu perlu juga untuk menghindari dan merelakan hati untuk menolak kepentingan diri serta mengutamakan kepentingan tugas. 

Dasar seterusnya ialah bertanggungjawab. Masyarakat perlulah bersiap sedia berkhidmat untuk menghulurkan bantuan bila-bila masa dan melakukan tugas dengan baik. Pemimpin perlulah tidak mempunyai niat untuk mengkhianati demi kepentingan sendiri atau organisasi dalam melakukan tugas demi negara, bangsa dan agama. Dedikasi dalam kepimpinan menunjukkan kesetiaan pemimpin kepada organisasi dan rakyatnya kerana ia termaktub dibawah perlembagaan dan undang-undang negara Islam. 

Disamping itu, adalah dasar bertanggungjawab. Semua lapisan masyarakat perlu mengamalkan sifat tersebut dalam melakukan semua aktiviti yang dijalankan seperti tolong-menolong dan lain-lain lagi. Dalam negara mestilah mengamalkan atau menerapkan nilai permuafakatan dalam semua aktiviti dari kecil supaya dapat mengelakkan konflik atau pergaduhan yang boleh mengorbankan kepentingan diri dan bercanggah dengan agama, negara dan bangsa. Konflik yang berlaku akan menyebabakan sesebuah negara akan mundur dan ekonomi negara akan runtuh serta akan kehilangan tenaga mahir. 

Akhir sekali, dasarnya ialah bersyukur. Semua yang memegang jawatan termasuk pemimpin dan rakyat perlu berganding bahu untuk memajukan negara dalam meningkatkan ekonomi negara. Pemimpin tidak perlulah berbangga dengan kedudukan dan pangkat sekarang kerana semua itu tidak akan kekal. Sebagai pemimpin yang bersyukur, perlulah berkhidmat sebagai ibadah dan bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarakat, negara dan agama. 

ALTERNATIF ISLAM KE ARAH PEMBANGUNAN

Pada akhir tahun 50-an dan awal 60-an nama “kemajuan” diperolehi. Negara-negara dianggap maju adalah dari segi industri, ekonomi, teknologi, institusi dan budaya. Negara maju berusaha untuk menuju ke arah mengapai cita-cita untuk memajukan negara mengikut model barat. Untuk majukan sesebuah negara, negara tersebut terpaksa menolak budaya warisan, tradisi, agama dan nilai-nilai yang diajarkan oleh agama Islam supaya negara dapat negara tersebut mencapai kamajuan dan modenisasi seiringi dengan negara barat yang lain. 

Modenisasi didefinasikan sebagai sesebuah negara itu dicirikan dengan kepercayaan terhadap menguasaan rasional dan saintifik. Urbanisasi adalah salah satu petanda atau penunjuk modenisasi yang utama. 

Penggunaan idea ekologi dalam pemikiran ekonomi adalah satu usaha untuk menutupi punca-punca pembangunan yang tidak seimbang dan kekurangan autonomi nasional. Negara dunia ketiga, saling bergantungan antara satu sama lain, tapi itu hanya kepuraan untuk mewajarkan hubungan di antara negara perindustrian dan negara yang sedang membangun. 

Dengan gabungan konseptual, pembangunan ortodoks dipegang dengan kuat oleh intelektual dan pembuatan dalam keputusan Islam. Negara Islam yang cuba meningkatkan ekonomi negara mereka dengan cara mengikut cara negara-negara barat yang maju. Negara Islam tidak seharusnya bercita untuk mencapai kekayaan material tapi sebaliknya. Negara Islam yang lain sepertiArab Saudi, Algeria, Nigeria dan Malaysia yang cuba memberanikan untuk mendirikan infrastruktur yang hebat tetapi sebenarnya ia hanya sedang memusnahkan negara, adat, warisan dan budaya negara tersebut. 

Pembangunan mengikut cara perindustrian klasik menjadi semakin terasing dengan kemunculan elektronik mikro. Penulis Islam telah mencuba sebaik mungkin untuk mengkritik konotasi Barat terhadap pembangunan dengan menukarkannya kepada istilah dan idea Islam yang baru dan moden. Pendekatan ini, adalah produktif kerana ia telah memberi kesedaran bahawa perancang dan penasihat pembangunan barat tidak dapat merangka strategik pembangunan masyarakat Islam. Pengenalan perbendaharan kata Islam dalam perbincangan tentang pembangunan meruntuhkan konsep ortodoks. 

Idea Jaafar Shaykh Idris dan Kurshid Ahmad memberi makna baru terhadap idea pembangunan dalam merangka kerja Islam. Contohnya, Idris menyamakan pembangunan dengan menghuraikan kehidupan manusia. Manusia ialah makhluk yang diciptakan sempurna dari fizikal dan mental. Manusia mestilah dipancarkan dalam organisasi luaran masyarakat manusia. 

Kerja kaedah pembangunan Islam, dari aspek material dan spritual adalah pelengkap. Bagi Idris, pembangunan ialah usaha untuk mendapatkan makna dalam kehidupan seseorang selain daripada mendapat keuntungan material. Pembangunan mengikut Idris juga, ia akan membebaskan masyarakat Islam daripada dimusnahkan oleh peradaban barat. 

Menurut Ahmad pulak, beliau menekan lebih tentang konseptual. Ahmad menghujahkan bahawa asas falsafah dalam pendekatan Islam terhadap pembangunan berdasakan empat konsep asas. Konsep asas yang pertama ialah konsep tauhid. Konsep tauhid ini mendefinisasikan perhubungan antara manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitar. Konsep yang kedua ialah konsep rububiyyah. Rububiyyah merupakan model suci untuk memperkembangkan sumber-sumber berkenaan. 
Konsep yang ketiga ialah tazkiyah. Tazkiyah ialah konsep yang menghubungkan perkembangan dan pembangunan manusia dalam perhubungan. Matlamat utamanya ialah untuk menyucikan dan membina individu, kesatuan seseorang individu yang baik serta lengkap untuk membina dan membentuk masyarakat. 

Ahmad juga mendefinisasikan tazkiyah ialah tumpuan individu dan perhubungan. Tazkiyah melibatkan pembangunan dan perkembangan ke arah kesempurnaan menerusi konsep penyucian sikap serta perhubungan. Ahmad juga mengasingkan enam alat tazkiyah iaitu zikir atau sentiasa mengingati Allah dan lain lain lagi. Perbuatan penghambaan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala  sebagai pencipta untuk mendapat keampunan dari Allah. Selain menyatakan bahawa semua nabi diutuskan untuk melaksanakan tazkiyah kepada manusia dalam perhubungan manusia dengan Tuhan. Ahmad tidak menjelaskan peranan tazkiyah dalam hubungan barang dan hasil material. 

Pemahaman Ahmad tentang tazkiyah menyebabakn beliau juga telah mengesan lima ciri penting bagi pembangunan dalam merangka kerja Islam. Antara-antara ciri pentingnya ialah konsep Islam tentang pembangunan yang mempunyai sifat komprehensif dan juga melibatkan aspek moral, spiritual dan material. Matlamat dan nilai hanya tertumpu kepada optiminasi, kesejahteraan manusia dalam semua bentuk dimensi. Bagi aspek moral dan material, ekonomo serta sosial, spiritual dan fizikal tidak dapat dipisahkan. 

Seterusnya ialah, mengfokuskan usaha pembangunan dan inti proses pembangunan manusia serta pembangunan manusia dan persekitaran fizikal dan juga sosial budaya. Konsep sebenar bagi aktiviti pembangunan ialah persekitaran fizikal, semula jadi dan institusi. Sikap manusia, intensif, citarasa dan aspirasi juga variable polisi. Islam juga mengubah tunpuan usaha daripada persekitaran fizikal kepada manusiadalam sosial dan memperluaskan skop polisi tersebut. Oleh itu, kesan penumpuan penekanan ini, merupaka penyertaan maksimum oleh oang ramai pada semua peringkat. 

Selain itu, pembangunan ekonomi merupakan aktiviti pelbagai dimensi apatah lagi dalam rangka kerja Islam. Suatu usaha perlu dilakukan sekaligus mengasingkan faktor utama-utama yang lain dan tumpuan yang hampir terhadapnya yang dapat dipertahankan dari segi teorinya. Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan perseimbangan di antara faktor-faktor dan tenaga yang berbeza. Pembangunan ekonomi melibatkan banyak perubahan dari segi kauntitatif dan kualitatif. Aspek kauntitatif wajar dan perlu tetapi menuju kepada pengabaian aspek pembangunan kualitatif khususnya tentang kehiduapn amnya. Islam cuba untuk memperbaiki keadaan yang tidak seimbang ini. 

Prinsip dinamik tentang kehidupan sosial, telah menekankan dua perkara penting. Pertama ialah pengunaan optimal terhadap sumber yang diberikan oleh Allah. Kedua ialah penggunaan dan penyebaran yang sama rata dan digalakkan terhadap semua manusia mengikut hak asas dan keadilan. Oleh itu semua ini penting untuk membangunkan negara ke arah lebih baik dan setanding negara barat. 

PENUTUP 
Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan saya yang membantu saya untuk menyiapakan kerja kursus ni. Dengan pertologan dan bantuan mereka berikan kepada saya, alhamdulilah saya dapat menyelesaikan jugak tugasan ni. Saya gembira kerana dengan adanya kerja kursus ni, saya dapat mengenal dan mengetahui tentang kepimpinan Rasulullah sebagai kekasih Allah. Saya juga dapat menimba banyak ilmu pengetahuan melalui pembacaan sari bahan-bahan rujukan saya. Sebagai umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam , saya amat berbangga kerana diutuskan oleh Allah seorang pemimpin yang dapat memimpin dan membimbing manusia dari pelbgai aspek kehidupan. Rasulullah merupakan contoh yang terbaik dan patut dicontohi oleh semua manusia termasuklah umatnya sendiri. Kesimpulan dari kerja kursus saya ialah, kita perlulah bersyukur kerana dilahirkan kedalam umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Kita juga perlu mengenal lebih mendalam tentang kepimpinan ataupun tentang risalah kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam  kerana baginda merupakan kekasih Allah dan manusia yang dirindui oleh semua umat-Nya. 

RUJUKAN 
Abd Majid, Mohd Syauki (2006). Wacana Ketamadunan Dalam Masyarakat Islam Hadhari. Selangor Darul Ehsan. Tengas Communication SDN BHD
Abd Majid, Mohd Syauki (2004). Wacana Hadari Dalam Islam. Shah Alam, Selangor. Anzagain SDN BHD (1905497-K)
Azzam, Abd Al-Rahman (1983). Keabadian risalah Muhammad, terjemahan Indonesia. Indonesia. PT. IQRA Bandung. 
Ahmad, Hassan (2008). Institusi Islam. Selangor. Syarikat Percetakan InderaPutra SDN BHD. 
Sardar, Ziauddin (1990). Masa HadapanIslam. Kuala Lumpur. Cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com