Tajuk: Konsep Sains Zoologi Menurut Islam

Pengenalan
Zoologi adalah kajian saintifik haiwan sejak daripada abad penyiasatan manusia ke dalam dunia haiwan. Mitos – mitos hampir setiap manusia dokumen budaya cuba untuk menyelesaikan misteri kehidupan haiwan dan asal – usulnya. Ahli zoologi baru menghadapi misteri yang sama dengan keadah yang paling maju dan teknologi yang dibangunkan di seluruh cabang sains. Kita mulakan dengan mendokumenkan kepelbagaian haiwan dan menganjurkan ia dengan cara yang sistematik. Proses yang kompleks dan menarik yang dibangunkan berasaskan sumbangan beribu ahli – ahli zoology yang bekerja di semua dimensi biosfera. Kami berusaha melalui kerja ini untuk memahami bagaimana kepelbagaian haiwan berasal dan bagaimana haiwan melaksanakan proses hidup asas yang membenarkan mereka untuk berkembang maju dalam banyak perkitaran yang pelbagai. 

Manakala kita beragama islam, percaya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yang menciptakan haiwan di bumi ini dalam surah Al – An’am:38 Allah Subhanahu wa ta’ala. berfirman: “Dan tiadalah haiwan – haiwan yang ada di bumi dan burung – burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat – umat (juga) seperti kamu. Tiadalah kami apakan sesuatu apapun di dalam Al – Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan”

Penelitian berbagai kelompok haiwan dan perilakunya telah dilakukan secara cermat dan tepat dengan mengunakan beragama peralatan canggih hingga satelit. Para peneliti pun menemukan adanya kelompok – kelompok haiwan yang hidup di tiga kawasan biologi: udara, darat dan air. Dan penemuan – penemuan terkini terus memperlihatkan hal – hal baru seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Penemuan – penemuan ini juga memperlihatkan keteraturan yang sangat sentuh dalam aktiviti kolektif setiap kelompok haiwan mereka dalam bertempat tinggal, bermigrasi membangun tempat tinggal, mempertahankan diri, mencari makanan dan aktiviti – aktiviti penting lainnya. 

Haiwan merupakan lembaran terbuka bagi setiap orang yang ingin mempelajari keajaiban – keajaiban hidup organisme. Para ilmuwan memperkiraqan jumlah haiwan mencapai lebih dari dua kelompak. Namun yang baru terungkap hingga sekarang hanya sebahagian kecil saja. Dan penelitian atas sebahagian kecil haiwan ini membawa manusia untuk mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Pencipta. 
Tanda – tanda kekuasaan Allah pada haiwan

Sistem Pencernaan Haiwan 

Habitat hidup haiwan cukup beragam, sehingga sistem – sistem biologis mereka pun berbeza – beza, menyesuaikan lingkungan tempat mereka hidup dan makanan yang tersedia. Mulut adalah bahagian pertama dari sistem pencernaan yang direkakan dengan begitu menakjubkan dan menunjukkan keagungan penciptaNya. 

Haiwan – haiwan Pemangsa

Mulut harimau, singa, serigala, anjing hutan dan semua haiwan pemangsa yang hidup di alam bebas dan tidak ada cara bagi mereka untuk mendapatkan makanan kecuali harus dengan memaksa dan menerkam mangsanya dibekali dengan taring – taring yang runcing, gigi – gigi tajam dan geraham yang kuat. Pada saat menyerang mangsa mereka mesti mengunakan otot – otot yang kuat, maka mereka pun juga dilengkapkan dengan kuku – kucu dan cakar – cakar yang tajam dan perutnya pun berisi asam dan enzim – enzim pencerna daging dan tulang. 

Haiwan Memamah Biak

Sebahagian haiwan hidup di padang rumput dan kandang diuruskan oleh manusia yang membekal makanan pokok bagi haiwan – haiwan ternak seperti tumbuhan dan belukar. Haiwan – haiwan jenis ini antara lain lembu, kerbau, kambing, biri – biri dan sebagainya

Alat pencernaan haiwan memamah biak 

Direkakan sesuai dengan lingkungan dimana ia tinggal. Mulut mereka relatif lebar tidak dibekali taring yang kuat mahupun gerahan yang kukuh. Sebagai haiwan jenis ini mempunyai gigi –gigi khas yang memiliki fungsi pengerat dan pemotong. Allah telah menciptakan sistem pencernaan yang menakjudkan bagi haiwan jenis ini. Makanan yang mereka makan akan turun ke perut pertama (rumen) yang direkakan sebagai gudang penyimpanan makanan. Setelah selesai bekerja dan beristirahat, barulah makanan tersebut masuk ke dalam rongga yang disebut “qalansuwah”, kemudian kembali ke mulut dan mengunyahnya lagi untuk yang kedua kalinya dengan sempurnASelanjutnya makanan tersebut akan dikirim ke rongga ketiga yang disebut “omasum”, kemudian menuju rongga keempat yang disebut “abomasums”. 

Seluruh rangkaian proses yang panjang ini memang disiapkan untuk melindungi haiwan ini. Sebab ia seringkali menjadi mangsa serangan binatang buas. Sehingga haiwan jenis ini harus menggunakan makanan dengan cepat kemudian bersembunyi. 

Ilmu pengetahuan mengatakan bahawa proses memamah biak bagi haiwan memang sudah sebuah keharusan, bahkan sesuatu yang sangat penting, sebab rumput termasuk tumbuhan yang sulit dicerna kerana mengandung selulosa yang mengaliri seluruh sel tumbuh – tumbuhan, sehingga untuk mencernanya haiwan memerlukan waktu yang sangat panjang. Jika haiwan ini tidak memamah biak dan tidak ada tempat penyimpanan khusus di dalam perutnya tentu haiwan ini harus memerlukan waktu yang lama untuk merumput mungkin hampir sehari penuh tanpa memperoleh makanan dalam jumlah yang sesuai dengan kapasiti haiwan tersebut dan membebani otot – ototnya di luar batas kemampuannya dalam aktiviti makan dan mengunyah. Tetapi yang terjadi adalah sebaliknya haiwan – haiwan jenis ini mampu memamah biak dengan cepat ketika makan kemudian menyimpan dan mengembalikan lagi ke mulut setelah makanan itu difermentasi untuk mengawali pencernaan, penggilingan dan penelanan. Dengan demikian seluruh keperluan haiwan boleh tercapai, mulai dari bekerja, makan dan melakukan proses pencernaan dengan baik. Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta. 

Unggas

Sistem pencernaan unggas sangat berbeza dengan organ haiwan lainnya. Hal ini semakin menegaskan ketetapan penciptaan dan memperlihatkan keindahan mahakarya Tuhan. Kepala setiap jenis unggas dibekali sebuah organ keras yang tidak bergigi dan berstruktur seperti tulang keras iaitu paruh yang diuntukkan untuk mencari makan sebagai ganti mulut, bibir dan gigi yang terdapat pada haiwan lain sehingga unggas boleh terus menelan makananya tanpa harus menguyah terlebih dahulu. 

Bentuk paruh unggas berbeza – beza sesuai dengan jenis makanannya. Burung pemangsa seperti rajawali dan burung hantu mempunyai paruh yang kuat dan tajam berbentuk runcing untuk merobek daging. Sementara angsa dan itik memiliki paruh yang lebar dan datar seperti gayung untuk bersesuaian ketika mencari makanan di dalam lumpur dan tanah dan di sudut samping paruh terdapat organ tambahan kecil seperti gigi untuk memotong rumput. 

Sedangkan ayam, burung merpati dan unggas lainnya yang mencari biji – bijian dari tanah, memiliki paruh yang relatif pendek dan runcing sesuai dengan keperluanyASementara paruh burung pelikan sangat panjang dan di hujung paruh tersebut ada bekas besar tembolok yang memanjang menyerupai bekas buah zakar berbentuk seperti jala penangkap ikan kerana memang makanan burung pelikan adalah ikan. Sementara itu paruh burung hudhud berbentuk sangat panjang dan runcing dan memang direkakan secara cermat untuk mencari serangga dan cacing yang biasanya berada di bawah tanah. Ilmu pengetahuan menyatakan bahawa manusia boleh mengetahui makanan burung apapun dengan hanya melihat bentuk paruhnya secara sekilas. 

Alat pencernaan lainnya pada unggas sangat mengagumkan kerana tidak dibekali dengan gigi, maka diciptakanlah untuknya perut dan pengerat yang berfungsi untuk mencerna makanan. Unggas biasanya juga memakan benda – benda keras dan kerikil untuk membantu perut dalam mencerna makanan. 

Organ Pernafasan Haiwan

Organ pernafasan haiwan berbeza – beza satu dengan lainnya sesuai dengan lingkungan tempat ia tinggal, sama seperti kepelbagaian sistem pencernaan. Haiwan yang hidup di daratan memiliki paru – paru yang bekerja menyerupai kerja paru – paru manusia di samping perangkat – perangkat lain yang menjadi keharusan dalam aktiviti pergantian karbondioksida yang dikeluarkan dan oksigen yang dihirup iaitu lubang hidung, kerongkong dan saluran udara. 

Haiwan amphibian iaitu haiwan yang hidup di air dan daratan mengunakan paru – paru sebagai alat pernafasannya ketika berada di atas daratan dan mengunakan insang ketika hidup di air seperti insang ada pada ikan yang merupakan organ menakjubkan yang diciptakan Yang Maha Perkasa untuk mengambil oksigen dari air. 

Organ pernafasan yang menakjubkan boleh dijumpai pada sebahagian ulat. Ulat – ulat ini tidak bernafas dengan mengunakan paru – paru mahupun insang melainkan dengan semacam liang – liang yang terbuka. 

Satu keunikan lagi yang telah dibuktikan oleh ilmu pengatahuan saat ini bahawa majoriti haiwan menyusui memiliki indera penciuman yang tajam sementara indera penglihatannya lemah. Berbeza dengan burung yang memiliki indera penglihatannya yang tajam namun indera penciumannya lemah. Hal itu lebih disebabkan oleh prioritas makanan haiwan menyusui selamanya berada di atas permukaan tanah yang lebih mengandalkan indera penciuman sedangkan burung yang hidup di udara memerlukan penglihatan yang tajam untuk melihat makananya dari tempat yang jauh nan tinggi. 

Keajaiban Haiwan

Dalam Al – Quran persoalan – persoalan yang ada hubungannya dengan alam binatang menjadi sasaran pengkritik yang memerlukan kita berhadapan dengan sains mengenai hal – hal tertentu. Tetapi jika kita tidak menyebutkan ayat yang menyebutkan unsur – unsur alam binatang dengan maksud supaya manusia memikirkan nikmat besar yang diberikan Allah kepadanya maka rasanya kita belum memberikan gambaran yang sempurna tentang isi Al – Quran. Ayat di bawah ini kita sebutkan untuk memberi gambaran bagaimana Al – Quran menyebutkan penyesuaian yang harmonis antara penciptaan alam dan hajat – hajat manusia, yakin manusia di desa – desa. 

“Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai – bagai manfa’at dan kamu makan (apa yang dapat dimakan) daripadanya. Dan kamu memperoleh pandangan yang indah padanya ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya ke tempat penggembalaan. Dan ia memikul beban – bebanmu ke suatu negeri yang kamu tak sanggup sampai kepadanya melainkan dengan kesukaran – kesukaran yang memayahkan diri Sesungguhnya Tuhanmu adalah Maha Pengasih dan Penyayang. Dan Dia telah menciptakan kuda bigal dan keldai agar kamu menungganginya dan menjadikannya perhiasan dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya” Surah Nahl Ayat 5 – 8

Di samping pemikiran – pemikiran secara umun Al – Quran menyebutkan permasalahan reproduksi dalam alam binatang. 

Reproduksi dalam alam binatang

Ada sekelompok organisme yang menghabiskan masa hidupnya atau sebahagian besar hidupnya bersama anggota – anggota lain yang bergabung dalam apa yang disebut “family” (keluarga). Sebagai contoh kita boleh melihat peguim dan burung pelikan. Kedua haiwan ini hidup bersama hidup bersama pasangannya sepanjang hidupnyASedangkan singa betina dan gajah betina hidup bersama induk atau ibu induknya (neneknya). 

Secara umumnya haiwan –haiwan mamalia membentuk keluarga – keluarga kecil yang terdiri dari suami, isteri dan anak. Pembanuntukan keluarga ini dibebankan tanggungjawabnya pada haiwan – haiwan jantan dewasa. Dalam keadaan ini jantan mamalia relatif lebih banyak pergi berburu (mencari makanan) disbanding haiwan – haiwan jantan kelompok lain yang hidup menyendiri. Mereka tidak hanya bertugas melindungi diri mereka sendiri namun juga harus melindungi seluruh anggota keluarganya dan perlindungan terhadap haiwan – haiwan yang masih kecil menuntut pengorbanan yang besar. 

Cara Mengenali Anggota Keluarga Satu Sama Lain

Haiwan – haiwan yang tergabung dalam satu keluarga memiliki mekanisme khusus untuk mengenali anggota keluarganya satu sama lain dengan cara (media) yang berbeza – beza antara satu haiwan dengan haiwan. 

Burung yang membangun sarangnya di tanah contohnya, mengenali anak – anaknya melalui suara dan penampilan luar (bentuk badan) mereka. Burung camar yang biasa memakan ikan renika dan hidup bergerombolan dalam sebuah komuniti yang besar mampu mengenali dan membezakan suara anaknya di tengah hiruk – hiruk kerumanan yang begitu besar tanpa tercampur dengan suara burung lainnya bahkan walaupun si anak berada dalam jarak yang cukup jauh dari penglihatannya. Ketika ada burung kecil yang bukan keluarganya dan mencuba masuk ke tempat yang dihuni anaknya maka ia akan segera mengusirnya dari daerah tersebut. 

Adapun singa betina mampu mengenali anaknya melalui bau tubuhnya yang sudah dicium si induk singa sewaktu melahirkannya dan bau inilah yang kemudian dijadikannya alat untuk mengenali anaknya. 

Penguin merupakan haiwan yang paling baik dalam mengunakan alat identity. Bagi kita, barangkali mustahil boleh mengenali satu ekor burung di antara burung – burung sejenis. Satu hal yang menakjudkan ternyata penguin mampu mengenali dengan mudah anggota keluarganya tanpa kekeliruan khususnya penguin betina. Penguin betina harus pergi meninggalkan anak – anaknya selama 2-3 bulan untuk mencari makanan namun ketika kembali ia tidak menemukan sedikitpun kesulitan untuk mengenali suami dan anak – anaknya yang berada di antara ratusan penguin lainnya. 

Lebih aneh dari itu, penguin betina mengumpulkan anak – anaknya di satu tempat yang menyerupai taman kanak – kanak kemudian pergi ke laut. Di sini penguin – penguin kecil ini merapat satu sama lain. Hal ini penting untuk menjaga penguin – penguin kecil dari udara yang sangat sejuk. Burung penguin tidak menemui kesulitan untuk memecahkan masalah penguin dewasa (si induk) boleh mengenali anaknya di tengah penguin – penguin kecil lainnya setelah sekian lama meninggalkan mereka kerana penguin dewasa akan mengeluarkan suara yang melengking dan penguin – penguin kecil akan segera mengenali suara tersebut sebagai suara bapak atau induknya untuk kemudian berlarian menuju keduanya. Tidak diragukan lagi ini merupakan alat yang paling efektif untuk mengenal anggota keluarga satu sama lain di antara sekian puluh ribu penguin. 

Adalah mustahil jika penguin mengenali suara tersebut semata – mata kerana kehendaknya sendiri. Persoalannya siapa yang menberikan keistimewaan unik ini pada penguin?

Jawapan jelas yang tidak menyimpan kesamaran di dalamnya adalah bahawa Allah – lah yang memberikan keistimewaan suara yang berbeza – berbeza dan memberikan kemampuan pada burung – burung ini untuk membezakan suara – suara tersebut. Allah – lah yang memudahkan kehidupan mereka dengan gambaran yang menakjudkan ini. Sebab Dialah Maha Pencipta Sang Pelukis Agung. 

Menyesuaikan Organisme Dengan Lingkungannya

Ilmuwan terkenal, Isaac Newton mengatakan: Tidak ada keraguan bahawa keanekaragaman kehidupan dengan segala susunan organ dan unsur – unsur yang terkandung di dalamnya dan keserasiannya dengan yang lain juga penyesuaian diri mereka dengan segala waktu dan tempat tidak mungkin bersumber kecuali dari Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 

Cuba fikir jika seandainya salah satu kaki manusia lebih pendek atau lebih panjang daripada yang kaki satunya atau kedua tungkai kakinya lebih kursus atau lebih bundar daripada (kaki normal) atau seandainya jika hanya satu saja bagaimana manusia dapat memenuhi keperluannya untuk berjalan atau berlari!

Bukti – bukti kesuaian manusia dengan lingkungannya jelas tak terhitung jumlahnya, mulai dari pergerakan sendi – sendi dan otot pembentukan ruas – ruas tulang dan sebagainya. Bahkan tanda – tanda kasih sayang Allah ini pun menjangkau hingga pada mata dengan adanya kelopak mata dan bulu mata yang dapat melindungi. Menyesuaikan organisme dengan lingkungannya nampak lebih jelas pada dunia haiwan dengan segala kepelbagaiannya. Di dalamnya terkandung ayat – ayat indah yang bertasbih memuji Allah yang rahmat – Nya meliputi segala penjuru semesta yang begitu luas dan beraneka – ragam. 

Contoh paling dekat yang menunjukkan adanya kemampuan menyesuaikan yang berbeza – beza sesuai dengan kepelbagaian keadaan adalah model penyesuaian diri yang dilakukan oleh sesumpah. Sesumpah boleh bertukar warna dengan beragama warna. Dia akan berwarna kuning jika berada di padang pasir. Kemudian jika bertemu dengan bahaya maka warna kakinya akan berubah warna menjadi coklat gelap (menyesuaikan tanah yang dipijaknya). Lalu jika berada di rumput yang hijau ia berubah warna menjadi hijau. Jika berada pada pohon yang putih ia juga akan berwarna putih. Jika di pohon di pohon merah maka merahlah tubuhnya. Dan ia akan berwarna hitam ketika di dekat sesuatu yang berwarna hitam. Kemudian ketika berada di pinggir sungai ia akan berubah warna menjadi biru seperti warna air. 

Kaki – kaki serangga baik serangga yang berjalan dengan kaki, meloncat, mahupun yang terbang semuanya direkakan dengan penuh kejelian dan ketetapan untuk memenuhi tujuan penciptaannya dengan menyesuaikan lingkungan tempat mereka hidup. 

Ketika mengamati burung yang terbang sendirian di udara tahukah anda bahawa panjang masing – masing sayap burung sama dengan sayap yang lain? Jika tidak tentu burung akan terbang condong. Tahukah anda bahawa bulu – bulu sayap dan bulu ekornya telah dihitung sedemikian rupa sehingga ia dapat terbang lurus melayang – laying dalam jangka waktu yang lama lalu mengarah ke tujuannya dengan mudah! Semua ini adalah kemudahan yang diberikan Allah. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman: “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis – lapis. Kamu sekali – kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang – ulang adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang dan tidak munasabah” (Surah Al-Mulk:3) 

Kesimpulan
Sains atau ilmu pengetahuan dalam islam merupakan ibadah. Ibadah secara bahasa bererti ketundukan, sementara secara istilah ketundukan ini ditunjukan kepada Allah dalam mentaati segala yang diperintahkan dan dilarang. 

Sains sendiri menurut pengertian bahasa adalah “menyingkap sesuatu untuk mengetahui intipatinya. ” Dan ketundukan kepada Allah serta pelaksanaan ibadah kepada – Nya membuktikan pengetahuan tentang sesiapa, sesungguhnya jati diri Allah. 
Allah pun membekalkan kita dengan akal dan pancaindera untuk berjumpa dan bertemu Allah melalui merenung fenomena – fenomena alam semesta dan mengenali – Nya dengan menelusuri jejak – jejak – Nya dalam bentangan kehebatan ciptaan – Nya. 

Rujukan
1. An - Nur terjemahan Al - Hidayah Al - Quran Al - Karim dalam Bahasa Melayu. (2013). Al - Hidayah House of Quran Sdn Bhd. 
2. Ahmad, Y. A. -H. (2012). Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al - Quran & Sunnah. Malaysia: Al - Hidayah Publication. 
3. Buccaille, D. M. (1993). Bible, Quran & Sains Moden. Malaysia: Thinker's Library Sdn. Bhd. 
4. Hiekman, R. a. (1993). Integrated Principle of Zoology. Mosby - Year Book, Inc. 
5. Khair, A. A. (2000). Al - Quran Dan Sains Moden. Malaysia: Thinker's Library Sdn. Bhd. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Pencapaian Tamadun Islam Pada Zaman Bani Abbasiyyah

PENDAHULUAN

Kerajaan Bani Abbasiyah ialah nama yang diberi oleh khalifah Baghdad iaitu empayar kedua islam selepas penyinkiran pemerintahan kerajaan bani umaiyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 M selepas mereka berjaya mengalahkan tentera kerajaan bani umaiyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 M selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan kota Baghdad. 

Factor penubuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah ialah Pada tahun 750 M, akhirnya kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk selepas gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah. Gerakan ini dimulakan oleh Ali bin Abdullah secara sulit dan menjadi terbuka setelah bermulanya zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Gerakan ini diteruskan atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam ) agar mendapat sokongan. Pusat operasi mereka ialah di Khurasan, Kufah dan Humaimah. Nama kerajaan diambil sempena nama al-Abbas (sempena nama bapa saudara Nabi Muhamad Sallallahu ‘alaih wa sallam ). Kerajaan ini mengamalkan system warisan atau system monarki (pemerintahan keturunan raja). Ketika pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pusat pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negeri Parsi lama

Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-9 masihi, iaitu semasa zaman pemerintahan khalifah harun al-Rashid dan anaknya al-Makmun. Pada zaman tersebut, kegiatan bercorak ilmiah berkembang dengan pesat dan meluas melalui penulisan dan penterjemahan buku. Kota Baghdad berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran intelektual. 

PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DI ZAMAN BANI ABBASIYAH 

PENCAPAIAN DALAM ILMU PENGETAHUAN :
Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat interlektual dan penyebaran imu pengetahuan semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun. Menubuhkan baitulhikmah sebagai sebuah institusi keilmuan yang ditubuhkan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Institusi ini berkembang secara meluas dan mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun. Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat dan mencapai kemuncaknya. Kerja-kerja penterjemahan lebih sistematik. Penterjemahan bekerja secara berkumpulan di bawah kawalan seorang penyelaras. Penterjemahan karya falsafah dan sains, khususnya daripada bahasa yunani menjadi kegiatan utama. Menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan para ilmuan dalam pelbagai bidang. 








PENULISAN :
Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap iaitu mencatat segala percakapan atau idea, mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam ke dalam sebuah buku dan mengarang. Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penulisan. Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya. Antara mereka termasuklah Imam Malik, menyusun buku al-Muwatta, Ibn Ishaq, menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan Abu Hanifah, menyusun fikah dan pendapat ijtihad. 

PENTERJEMAHAN : 
Penterjemahan dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani, dan Yunani kedapa bahasa Arab. Dua perkara penting berkaitan dengan penterjemahan ialah di samping penterjemahan, penciptaan dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa arab. Huraian dan penambahbaikan dibuat terhadap karya dengan memuatkan keterangan dan ulusan. Orang islam berperanan penting dalam berbakti kepada kebudayaan dunia kerana mereka berjaya memelihara warisan ilmu daripada lenyap semasa masyarakat Eropah dilanda Zaman Gelap. Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat mempertingkatankan kegiatan penyelidikan. Hasil kajian sarjana islam disebarkan ke Eropah dan sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan Eropah. 

PERKEMBANGAN KEILMUAN ISLAM :
Perkembangan tamadun islam di Kota Baghdad dan Cordova member sumbangan yang besar kepada perkembangan keilmuan di Eropah. Perkembangan ilmuaan di Eropah melahirkan zaman pemulihan budaya atau renaissance. Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan islam telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada generasi kemudian. Para ilmuan islam telah memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehinnga berlakunya percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan. 

SENIBINA :
Islam mereka bentuk bangunan da perhiasannya yang masih lagi berada di dalam lunas-lunas islam. Senibina islam berasaskan pemandangan tumbuh-tumbuhan, garis-garisan geometri, gambarajah, awan larat dan seumpamanya. Kerajaan bani abbasiyyah mementingkan pembinaan istana. Terdapat lebih 15000 buah masjid yang indah-indah terdapat di seluruh wilayah Islam. Di antara sumbangan khalifah abdul rahman ll dalam aspek seni bina ialah membuat projek membina menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk mempermudahkan kapal-kapal perdagangan berlabuh dipantai-pantai Andalus. 

EKONOMI DAN KEWANGAN
Membinaan baitulmal yang berfungsi menjaga khazanah negara dan mangagihkannya mengikut keperluan negara dapat diselenggerakan dengan berkesan. Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan berkembang pesat. Sumber kewangan diperolehi menerusi zakat, cukai pendapatan dan sebagainya. Baitulmal merupakan institusi kewangan terbesar negara. Mengurus sumber-sumber pendapatan negara. Mengawal belanjawan negara. 

SISTEM KEMASYARAKATAN :
Penghapusan perhambaan dan penindasan. Islam mengemukakan konsep keadilan social tanpa mengira bangsa atau warna kulit. 

PENCAPAIAN DALAM PERDAGANGAN
Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran perniagaan. Perkembangan industri perkapalan memudahkan pergerakan para pedagang. 
Wujud pelabuhan dan bandar yang menjadi tumpuan ahli perniagaan seperti Baghdad, Basrah, Antakia

KEBUDAYAAN :
Kebudayaan asal yang tidak bertentangan dengan islam terus tiamalkan. Islam dianuti oleh pelbagai bangsa dan buadaya telah membentuk budaya islam yang berbentuk sejagat. 

PENUTUP
Pencapaian islam pada zaman bani abbasiyyah patut dicontohkan oleh orang islam pada zaman ini kerana mereka berusaha gigih dan menggunakan akal fikiran yang di beri oleh allah dengan cara yang betul untuk mencapai kejayaan yang begitu banyak. Generasi hari ini harus mengembalikan kegemilangan umat islam yang pernah di capai. Umat islam perlu bersatu padu untuk menyelamatkan Negara dari ancaman musuh. Kemajuan yang dicapai hari ini adalah daripada hasil sumabangan umat islam pada zaman bani abbasiyyah. Umat islam perlu mengembalikan semua kegemilanagan islam dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pakar dalam semua bidang. 


RUJUKAN
Pengantar tamadun dan sejarah pemikiran islam, Ramawan bin Ab. Rahman, penerbitan alambaca SDN. BHD. 
Mahayudin Hj. Yahaya (2001). Tamadun Islam, Selangor, penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 
Azhar Hj. Mad Aros (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Selangor, penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 
Abdullah Siddik, Hj. Dr. (1980), Islam dan Ilmu Pengetahuan, Kuala Lumpur, dewan bahasa dan pustaka. 
Hailani Muji Tahir (1986), Pengenalan Tamadun islam dalam Institusi Kewangan, Kuala Lumpur. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: PENGERTIAN IJTIHAD

PENDAHULUAN
Syariat Islam sesuai dilaksanakan pada setiap tempat dan masa. Namun begitu, pelaksanaan syariat harus disesuaikan dengan keadaan pada masa kini yang sudah terlalu jauh berubah daripada keadaan yang wujud pada zaman lalu. Perubahan ini merangkumi pelbagai bidang antaranya, ekonomi, kemasyarakatan dan politik. 

 Ijtihad merupakan satu alat dan mekanisme utama dalam ilmu usul al-fiqh. Isu ijtihad ini telah banyak diperbahaskan oleh para ulama dahulu. Namun begitu, ulama-ulama kontemporari juga tidak kurang hebatnya dalam perbahasan ini khasnya berkaitan dengan keharusan berijtihad pada zaman kini dan hubungannya dengan permasalahan semasa. 

 Pada zaman ini, ijtihad merupakan satu keperluan yang mendesak. Hal ini kerana kepelbagaian kegiatan ekonomi dan peristiwa-peristiwa baru ini memerlukan kepada penyelesaian yang sesuai menurut syarak. Oleh sebab itu, para mujtahid moden haruslah memainkan peranan secara bersungguh-sungguh dalam usaha mengeluarkan hukum kepada masalah-masalah baru yang timbul. 

 Keperluan kepada penetapan hukum bagi menjawab persoalan semasa dalam masyarakat Islam hari ini sangat mendesak. Dalam dunia moden dengan segala kemajuannya, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun sains dan teknologi, hampir semua perkara dalam kehidupan moden sekarang ini telah berubah. Oleh yang demikian, ijtihad semasa adalah amat diperlukan bagi menjawab segala persoalan hukum yang berlaku masa kini 

PENGERTIAN IJTIHAD 

Ijtihad (bahasa Arab اجتهاد) ialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam (digelarmujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri. 

Sekiranya sesuatu dalil teks telah jelas dan putus, jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan dalil itu pula disahkan berautoriti, maka ijtihad tidak lagi perlu. Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil pengajaran-pengajaran di dalam sumber hukum seperti quran dan sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan. 

Hanya para sarjana yang cukup syarat ijtihad sahaja yang layak melakukan pengujian terhadap hukum ini. Jika sarjana itu kurang layak dalam satu-satu aspek, tetapi amat pakar dalam aspek-aspek yang lain, maka dia boleh mendapatkan kepakaran-kepakaran daripada para sarjana lain. Konsep ini dipanggil ijtihad kolektif, yang berasaskan kepada pakar (tajazzu' al-ijtihad). Contoh mudah ialah penentuan hukum dalam eutanasiaatau mercy killing. Ketika ini, mungkin para sarjana fiqh dan sarjana perubatan boleh bergabung fikiran untuk melakukan ijtihad secara kolektif. Begitu juga dalam kes-kes seperti GM Food atau "makanan diubah secara genetik", para sarjana fiqh perlu mendapatkan pandangan-pandangan pakar dalam bidang bio-teknologi dan sebaliknya. 
Kajian mendapati terlalu banyak kes kes hukum fiqh terutama dalam bab-bab kepenggunaan yang wujud di dalam fiqh terdahulu memerlukan perubahan dalam konteks semasa. Fiqh yang terbina dalam konteks umat dahulu tersusun di atas asas penyelidikan yang terhad dalam ruang lingkup teknologi dan situasi semasa mereka. 

Matlamat Tamadun Islam

• Tamadun islam merupakan manifestasi daripada kefahaman dan penghayatan umatnya terhadap seluruh ajaran Islam. 

• Tamadun islam bermatlamat sama dengan Din al-islam dari segi misi membawa rahmat ke dunia ini. 

• Matlamat utama ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-Din. 

• Tamadun islam berjaya membangunkan institusi politik yang menjalankan pemerintahan negara islam. 

• Tamadun islam memaparkan keadilan sistem pemerintahan islam yang pernah ditegakkan pada zaman Rasulullah saw. 

• Tamadun islam memberikan ruang yang kondusif kepada umatnya untuk mengamalkan seluruh ajaran Islam


KEPERLUAN IJTIHAD PADA ZAMAN SEKARANG

Para sarjana Islam telah sepakat menyatakan bahawa ijtihad sentiasa berubah dengan berubahnya zaman, keadaan dan adat masyarakat. Antara sebab ijtihad diperlukan pada zaman sekarang adalah permasalahan berbeza akan terus timbul sepanjang zaman. 

Kemajuan yang pesat telah menyumbang kepada berlakunya perkembangan sosial serta revolusi dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia. Hal ini menjadikan timbulnya banyak permasalahan baru. Kebanyakan permasalahan baru ini memerlukan kepada hukum untuk masyarakat beramal dengannya tanpa keraguan. Oleh sebab itu, ijtihad perlu dilakukan oleh orang yang berkelayakan bagi memastikan hukum yang dikeluarkan itu berpandukan kepada sumber yang sahih. Apabila mujtahid moden memainkan peranan mereka untuk berijtihad mengeluarkan hukum kepada masalah-masalah baru yang timbul, maka masyarakat akan mudah untuk beramal dengan sesuatu pekara baru yang belum ditetapkan hukum baginya. 

Dalam usaha murni masyarakat mencari hukum yang tepat untuk beramal dengan permasalahan baru yang timbul, ada segelintir masyarakat yang berlagak bijak mengeluarkan hukum sesuka hati mengikut pengetahuan cetek mereka. Lebih membimbangkan lagi apabila mereka mengatakan hukum yang mereka keluarkan adalah berpandukan sumber yang sahih. Hal ini memberi kesan buruk kepada masyarakat yang suka bertaqlid dengan membabi buta tanpa sebarang penilaian terlebih dahulu. Oleh sebab itu, para mujtahid masa kini yang berkelayakan untuk berijtihad perlulah memainkan peranan untuk berijtihad mengeluarkan hukum bagi permasalahan tersebut. 

JENIS IJTIHAD YANG DIPERLUKAN PADA MASA KINI 

Jenis ijtihad pada zaman kini boleh dibahagikan kepada dua iaitu ijtihad intiqa’iyy atau ijtihad al-insha’iyy. 

i. Ijtihad intiqa’iyy membawa maksud memilih salah satu pendapat yang paling kuat di antara pendapat-pendapat yang ada dalam fatwa atau keputusan hukum yang ditinggalkan ulama terdahulu ( Al-Qaradawi 1988 : 150 ). 

Ijtihad ini bertujuan untuk membandingkan di antara pendapat-pendapat yang sedia ada. Dalam usaha itu, mujtahid kontemporari perlu meneliti kembali dalil-dalil yang dijadikan sandaran pendapat tersebut dan akhirnya mampu memilih pendapat yang dianggap paling kuat dalil dan hujahnya. 

Contohnya pembunuhan yang dilakukan oleh seseorang yang dipaksa dengan ancaman terhadap nyawanya. Persoalannya, siapakah yang akan dikenakan hukuman qisas? Pendapat pertama mengatakan qisas dikenakan kepada si pembunuh kerana dia yang telah membunuh mangsa. Pendapat kedua pula berpendapat bahawa qisas dikenakan ke atas orang yang memaksa pembunuh untuk membunuh kerana dia telah mengancam nyawa pembunuh untuk dijadikan alat bagi membunuh mangsa. Manakala pendapat ketiga menyatakan bahawa qisas dikenakan ke atas kedua-duanya kerana si pembunuh adalah orang yang membunuh mangsa dan si pengugut atau pemaksa telah memaksa pembunuh untuk membunuh mangsa dengan ancaman nyawa pembunuh. Pendapat keempat mengatakan bahawa qisas tidak dikenakan kepada kedua-duanya kerana tidak mempunyai syarat yang cukup untuk disabitkan hukuman ke atas mereka. Jadi, seorang ahli fiqh kontemporari seharusnya memilih pendapat yang paling kuat antara semua pendapat yang ada ( Al-Qaradawi 1988 : 151-152 ). 

 ii. Manakala ijtihad al-insha’iyy membawa maksud satu hukum atau keputusan yang dikeluarkan kepada satu permasalahan baru ataupun lama yang belum ditetapkan hukumnya oleh ulama-ulama terdahulu ( Al-Qaradawi 1988 : 169 ). Contohnya pendapat golongan ulama abad ini yang mewajibkan zakat ke atas hasil sewaan gedung-gedung yang disewakan. Ini adalah pendapat Shaykh Muhammad Abu Zuhrah, cAbdul Wahab Khallaf dan cAbdul Rahman Hasan. Yusuf Al-Qaradawi berpendapat, pendapat ini dianggap paling kuat dan beliau telah menguatkan pendapat ini dengan dalil-dalil dalam kitabnya Fiqh Zakat ( Al-Qaradawi 1988 : 172 ). 

KESIMPULAN
Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas, jelas dapat dilihat ijtihad memainkan peranan yang penting untuk mengeluarkan hukum mengenai permasalahan semasa. Ia merupakan alat atau mekanisme untuk memutuskan sama ada permasalahan itu dibenarkan oleh syarak atau tidak, berpandukan kepada logik akal yang disandarkan asasnya kepada al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, perlu diingatkan semula bahawa ijtihad ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang berkelayakan dan memahami syariat Islam. Bagi orang awam, mereka boleh bertaqlid kepada keputusan yang dikeluarkan oleh ulama-ulama tersebut. 

 Ijtihad ini dilihat sebagai satu alat kepada keanjalan agama Islam. Hal ini bererti hukum Islam tidak kaku, sebaliknya ia sentiasa diperlukan untuk meraikan keadaan masa kini. Keadaan yang akan sentiasa berubah disebabkan kemajuan teknologi yang pesat, masih sentiasa memerlukan kepada hukum-hukum yang dapat memberi penyelesaian kepada permasalahan-permasalahan baru yang timbul. Ijtihad ini dilihat sebagai satu alat hukum yang dapat memberi kemudahan dan kesenangan untuk umat Islam. 

RUJUKAN
1. Hashim Hj Musa (2004), Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Kualan Lumpur : Penerbit universiti Malaya
2. Mohd Taib Osman et. al. (2004). Ensikplodia Tamadun Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Musa Ahmad. et. al. (2005). Pembangunan Masyarakat Islam Hadhari. Shah Alam: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Shah Alam. 
4. Rasid Mohamad (1994). Bengkel Tamadun Islam. Shah Alam: PPI. ITM. 
5. Siti Fatimah Abdul Rahman (ed). The Impact Of Globalition on Social and Culture Life : An Islamic Response. Kuala Lumpur : IKIM

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Konsep Seni Menurut Islam

Pendahuluan
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam., keluarga dan para sahabat Rasulullah serta mereka yang beriman yang berjuang menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini. 

Allah memberikan kepada manusia akal dan pancaindera iaitu penglihatan, pendengaran serta perasaan. Tiap-tiap pancaindera ini mempunyai tugas dan naluri masing-masing. Umpamanya naluri penglihatan yang ingin melihat sesuatu yang cantik dan naluri pendengaran yang ingin mendengarkan sesuatu yang merdu dan berirama. 

Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni seiring dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Seni membuatkan manusia merasa tenang dan tenteram hati. Namun seni itu boleh merosakkan kita jika kita menyimpang dari ajaran Islam dalam menghayati seni. Keindahan juga adalah seni. Terdapat pelbagai jenis seni antaranya seni nyanyian dan muzik, seni lukisan dan kaligrafi, seni permainan, seni binaan dan seni pakaian. Seni-seni ini berkait rapat antara satu sama lain juga saling lengkap melengkapi kehidupan seorang muslim. Perbahasan mengenai hukum-hukum seni masih terus terjadi termasuklah batas-batas seni. 

Ramai umat Islam masa kini sudah melampaui batas-batas seni dalam Islam. Masyarakat Islam masa kini telah hanyut dan terpengaruh dengan seni sekular. Seni sekular ialah seni yang menyalahi ajaran dan melampaui batas-batas seni Islam yang dicipta oleh orang-orang kafir. 

KONSEP SENI MENURUT ISLAM

Menurut Al-Farabi seni adalah ciptaan yang berbentuk keindahan. Imam Al-Ghazali pula berpendapat seni berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Tidak kira seni Islam apapun seperti seni nyanyian, muzik, tarian, lukisan, binaan, pakaian dan kecantikan semuanya hendaklah dilakukan kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. Walaubagaimanapun Allah Subhanahu wa ta’ala melarang penciptaan seni yang melampaui batas. 

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas” Surah Al-A`Raf (ayat 31) 

Seni Islam hendaklah mempunyai matlamat baik, halal dan berakhlak. Seni berkait rapat dengan kebudayaan. Kebudayaan pula berkait dengan agama. Islam adalah agama yang sempurna kerana mempunyai kebudayaan dan kesenian. 

Perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan serta nilai akhlak yang terdapat dalam hasil seni Islam. Tujuan seni Islam ini hanya satu iaitu kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. Seni Islam merangkumi akhlak, iman, agama serta falsafah hidup. 

SENI NYANYIAN DAN MUZIK MENURUT ISLAM

•Bahan yang digunakan ialah suara yang membentuk seni suara. Nyanyian ialah kata-kata indah dan baik yang disusun
•Dr Yusuf al-Qardawi berpendirian bahawa tidak semua nyanyian dan muzik itu lagha tetapi mempunyai hukum sendiri bergantung pada niat seseorang. 
•Syarat yang membolehkan nyanyian dan muzik:
-Tema dan isinya sesuai dengan adab dan ajaran Islam. 
-Nyanyian yang tidak menyanjungi orang-orang zalim dan fasiq yang melakukan penderitaan terhadap orang Islam. 
-Nyanyian tidak mengagungkan orang yang bermata keranjang dan berhidung belang baik lelaki ataupun perempuan. 
-Nyanyian dan muzik tidak membangkitkan ransangan nafsu syahwat, cinta dan kerinduan melalui pelbagai bentuk terutamanya generasi muda. 
-Nyanyian tidak disertai perbuatan meminum arak, menampakkan aurat atau percampuran lelaki dan perempuan tanpa batas dan pensyaratan
•Seni nyanyian dan muzik dalam kehidupan muslim:
-Bacaan Al-Quran Al-Karim dengan tartil, bertajwid dan alunan suara yang merdu oleh para Qari terbaik. 
-Suara azan yang indah setiap hari lima kali sehari. 
-Nyanyian nasyid memuji Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. 
-Nyanyian yang mengandungi nilai-nilai keimanan, kerohanian dan akhlak mulia. 
•Faktor mengubah hukum nyanyian dan muzik dari mubah kepada haram
-Faktor penyanyi
-Seorang wanita yang tidak halal untuk dipandang dan dibimbangi terjadi fitnah apabila memperdengarkannya. 
-Faktor alat muzik
-Alat muzik yang mempunyai simbol tukang peminum atau simbol bagi kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita seperti seruling, sejenis gitar dan gendang. 
-Faktor lagu
-Lagu yang mempunyai kata-kata cacian atau kata dusta terhadap Allah dan RasulNya. 

SENI LUKISAN DAN KALIGRAFI MENURUT ISLAM

•Al-Quran menyatakan mengenai lukisan atau menggambarkan bahawa itu salah satu perbuatan Allah Subhanahu wa ta’ala. Allah memberi rupa indah kepada semua ciptaanNya terutama manusia. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :

“Dialah (Allah) yang memberi rupa kamu di dalam perut (ibumu) sebagaimana dikehendakiNya” Surah Ali-Imran ayat 6

•Lukisan yang ditegah:
-Lukisan dan kaligrafi yang diagungkan dan disucikan sehingga membawa kepada beribadat menyembahnya. 
-Lukisan dan kaligrafi yang menjadi simbol agama lain seperti salib orang-orang nasrani. Maka setiap gambar yang berbentuk salib itu diharamkan dan wajib bagi seseorang muslim itu untuk membuang dan menghapuskannya. 
-Siti Aisyah Radhiyallahu ‘anha menceritakan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. tidak membiarkan di rumahnya sesuatu yang berbentuk salib kecuali beliau menghapuskan. 
-Lukisan meniru ciptaan Allah yakni meyakini bahawa ia juga dapat mencipta sebagaimana Allah Subhanahu wa ta’ala ciptakan. 
•Hukum lukisan dan kaligrafi:
-Bagi hukum gambar fotografi para ulama berpendapat bahawa larangan membuat lukisan gambar hanya bagi pembuatan patung-patung berjisim, maka ulama tidak memandang adanya larangan pembuatan gambar-gambar, foto, terutama gambar yang tidak sempurna satu badan. 
-Lukisan yang paling berat dosanya ialah gambar sesuatu yang disembah selain Allah. Ini menjadikan pembuatnya menjadi kafir apabila dia mengetahui tujuannya dan sengaja melakukan. 
-Lukisan kedua berat dosanya ialah menggambarkan sesuatu yang tidak untuk disembah tetapi dimaksudkan untuk menyerupai ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala. Perbuatan ini mendekati kekufuran. 
-Lukisan yang membawa dosa ialah gambar-gambar yang berjisim yang tidak disembah tetapi diagungkan seperti gambar raja-raja, para pemimpin dan tokoh-tokoh yang diabadikan dengan patung. 
-Lukisan hukumnya makruh jika ianya gambar tidak berjisim, bernyawa tidak diagungkan sekadar untuk kemewahan. Begitu juga dengan gambar tidak bernyawa seperti gunung, awan dan pohon. 
-Lukisan yang diharamkan atau dimakruhkan jika direndahkan kedudukannya seperti permaidani maka hukumnya berubah menjadi halal. 

SENI PERMAINAN MENURUT ISLAM

•Membawa suasana kehidupan menjadi indah, menghilangkan kebosanan iaitu seni yang berkaitan dengan permainan yang berbagai ragam, baik yang kita ketahui ataupun yang belum kita ketahui. 
•Permainan dan seni ini dapat mengisi kekosongan dari satu sudut dan dapat memberikan beberapa manfaat dari sudut-sudut yang lainnya. 
•Jenis-jenis seni permainan. 
- Bercorak olahraga seperti berenang, berlari dan meloncat. 
- Bercorak ketenteraan seperti memanah, bermain tombak dan bermain pedang serta menunggang kuda. 
- Bercorak menghibur dan mengisi waktu serta menggunakan akal seperti catur
- Bercorak berkelompok seperti tarik tali dan bola sepak. 
- Bercorak berpasangan seperti silat dan tinju. 
•Jenis seni permainan yang dibolehkan oleh Islam. 
-Permainan yang termasuk dalam kategori olahraga atau ketenteraan. Permainan ini dapat menguatkan fizikal, menajamkan kemahiran serta meningkatkan kemampuan pertahanan umat Islam. 
-Permainan menajamkan fikiran seperti catur. 
-Permainan yang tidak mendedahkan aurat sama ada lelaki ataupun perempuan. 
•Jenis seni permainan yang dilarang Islam:
-Permainan yang berbahaya padahal bukan dalam keadaan darurat seperti tinju. 
-Permainan menampakkan tubuh wanita yang tidak halal (haram) dilihat oleh lelaki yang bukan muhramnya seperti berenang, begitu juga sebaliknya. 
-Permainan sihir yang diharamkan kita mengajarkannya atau mempertunjukan di hadapan orang ramai. 
-Permainan mengandungi unsur penipuan untuk mendapatkan wang seperti tukang ramal. 
-Permainan menggunakan haiwan dengan menyakitkannya seperti menyabung ayam. 
-Permainan mengandungi unsur perjudian seperti loteri dan nombor ekor. 
-Permainan merendahkan kehormatan manusia atau menghinanya atau menjadikannya bahan ketawa. Misalnya memperlekehkan orang buta atau orang kudung kakinya atau yang berkulit gelap. 
-Firman Allah:

“wahai orang-orang yang beriman!Jangan suatu kaum merendahkan kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang direndahkan) lebih baik daripada mereka (yang merendahkan)”
Surah Al-Hujurat, ayat 11

SENI BINAAN MENURUT ISLAM

•Lebih tertumpu pada masjid kerana masjid mempunyai seni bina Islam berbanding seni bina lain. 
•Umat Islam sentiasa berusaha membina masjid yang indah dan cantik dipandang. Pembinaan masjid yang indah bukan sahaja menarik perhatian orang muslim bahkan orang bukan Islam. Mereka terpegun dengan kehebatan seni bina Islam yang tiada tandingannya sehingga ada orang bukan Islam memeluk Islam kerana dapat melihat Islam melalui seni binaan masjid. 
•Seni bina masjid telah mengalami banyak perubahan sesuai dengan peredaran zaman. 
•Masjid di Turki mempunyai corak seni binanya yang tersendiri dan unik kerana mengalami perubahan zaman pemerintahan kerajaan Islam. 
•Masjid di Iran terkenal dengan gubahnya yang menyerupai bentuk topi waja perajurit Iran di zaman dahulu. Kemajuan seni bina Islam di Iran bermula dari zaman Mongol dan mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Safawi. Contoh bentuk masjid pada awal pemerintahan Saljuk ialah Masjid Nain. 
•Seni bina masjid di Pakistan dan India dapat dilihat pada kubah dan menara masjid. 
Seni bina ini juga dikenakan pada bangunan-bangunan bukan masjid di sana. 
•Di china, seni bina masjid menggunakan langgam kelenteng. Kubahnya diganti oleh atap yang spesifik Tiongkok. Masjid di china jarang menggunakan menara. 
•Bagi seni bina masjid di Washington dipengaruhi oleh bangunan blok amerika tanpa kubah-kubah. 
•Seni bina masjid-masjid di Malaysia mengandungi nilai seni bina moden yang mengagumkan para pengunjung. Menaranya seolah-olah berbentuk roket. 
•Memperindahkan masjid adalah dikehendaki tetapi tidak boleh megahkannya. 
Bermegah-megah dengan masjid dilarang kerana ia melampaui batas. Hal itu disokong oleh hadis-hadis berikut:
-Tidaklah aku disuruh untuk mempermegah-megahkan masjid. (Ibnu Sina)
-Tidaklah akan berdiri hari kiamat hingga manusia bermegah-megah dengan masjid (Anas). 

SENI PAKAIAN MENURUT ISLAM

•Seni pakaian merupakan kebudayaan manusia yang dibenarkan bahkan dituntut oleh agama Islam untuk kelihatan sopan dan cantik. Seni pakaian Islam disesuaikan dengan keadaan setempat. 
•Seni pakaian Islam bertujuan untuk menutup aurat. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala 

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami turunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik”. 

Surah Al-A’Raf (ayat 26)

•Setiap orang disuruh berpakaian baik dan bagus selaras dengan kemampuan serta tidak melanggar batas-batas hukum Islam. 
•Hukum menutup aurat adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Berdosa jika mengingkarinya. 
•Pakaian dan hiasan yang dilarang. 
-Pakaian diperbuat daripada sutera dan emas diharamkan untuk kaum lelaki tetapi tidak pada kaum perempuan. 
-Haram bagi kaum lelaki memakai atau menggunakan barang yang diperbuat daripada emas tetapi boleh memakai dan menggunakan barang diperbuat dari perak, logam dan besi. 
-Pakaian yang jarang hingga menampakkan susuk tubuh serta warna kulit. 
-Pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk badan. 

KESIMPULAN

Kesenian ialah suatu segi kebudayaan. Seni adalah usaha penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Menurut pandangan Islam kesenian itu adalah halal malahan digalakkan oleh Al-Quran dan Hadis dalam perkara-perkara tertentu. Seni Islam itu halal tidak bererti bahawa setiap unsur atau karya seni dan ciptaan itu halal. Perlu dilihat dahulu saluran, unsur dan bahan yang terdapat dalam seni tersebut. Setiap unsur atau bahan seni, setiap aktiviti atau karya seni adalah haram jika ia mengandungi nilai yang dilarang oleh ajaran Islam. Dan jika setiap unsur atau aktiviti seni itu makruh, menurut pandangan Islam ianya sepatutnya ditinggalkan. Begitu juga dengan karya atau aktiviti seni yang mendatangkan mudarat adalah dilarang dalam Islam. Seni Islam itu bukan sekadar mengandungi moral tetapi juga nilai-nilai akhlak Islam. 

RUJUKAN

1. Al-Qardhawi, P. D. (2002). Seni Dan Hiburan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. 
2. Gazalba, D. S. (1977). Islam Dam Kesenian Relevasi Islam Dengan Budaya Seni. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 
3. Gazalba, D. S. (1977). Padangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 
4. Prof. H. M. Toha Yahya Omar, M. (1983). Hukum Seni Musik, Seni Suara, Dan Seni Tari Dalam Islam. Jakarta: Widjaya Jakarta. 
5. Yatim, D. O. (1989). Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Linehan. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Saidina Abu Bakar As-Siddiq

PENGENALAN
Abu Bakar as-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi. Nama sebenar beliau Abdul Kaabah bin Usman. Ibunya bernazar sekiranya mendapat anak lelaki dinamakan Abdul Kaabah yang bermaksud hamba Kaabah. Ayahnya bernama Usman atau lebih dikenali dengan nama Abu Quhafah daripada keturunan Bani Tamim. Digelar Abu Bakar yang bermaksud ayah unta muda kerana masa mudanya suka memelihara anak-anak unta. Mendapat gelaran as-Siddiq membenarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Nabi memilih Abu Bakar menemaninya ketika hijrah dan mengimami solat mengantikannya, kerana Abu Bakar muslim pertama yang beriman kepada Allahdan kepada Rasulullah, dan demi imannya itu pula dialah yang paling banyak berkorban. Sejak masuk Islam besar sekali hasratnya hendak membantu Nabi dalam berdakwah demi agama Allah dan membela kaum Muslimin. Ia lebih mencintai Rasulullah daripada dirinya sendiri, mendampinginya selalu dalam setiap peristiwa. Jika demikian halnya, tidak heran bila muslimin kemudian mengangkatnya sebagai penganti Rasulullah. Di samping itu, di samping iman yang begitu teguh akhlaknya pun sudah mendekati kesempurnaan, cintanya begitu besar kepada orang lain, paling dekat dan akrab kepada mereka. Memang, tidak heranlah dengan sikapnya itu ia membela Islam dan menyebarkan agama Allah di muka bumi ini. 

HIJRAH PERJUANGANNYA DI MADINAH
Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam ke Madinah merupakan peristiwa sejarah yang amat penting dalam sejarah perjuangan umat islam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Penderitaan dan penyeksaan yang ditanggung oleh Nabi Muhammad, sahabat-sahabatnya dan umat Islam di Mekah mendorong penghijrahan itu dilakukan apalagi selepas mendapatkan perintah daripada allah. Abu Bakar memainkan peranan penting dalam peristiwa Hijrah ini. Abu Bakarlah yang menemankan Nabi sewaktu berlakunya pengepungan di rumah baginda yang dilakukan oleh pemuda-pemuda Quraisy dengan tujuan untuk membunuh baginda. Mereka berharap mahu membunuh baginda. Mereka berharap mahu membunuh baginda beramai-ramai ketika baginda keluar dari rumahnya. Rancangan jahat kaum Quraisy itu diberitahu allah kepada Rasul-nya dan memerintahkan supaya berhijrah ke Yathrib. Selepas orang-orang Quraisy mengetahui Nabi dan Abu Bakar telah tiada dan sedang dalam perjalanan menuju ke Yathrib. Mereka mengeluarkan tawaran hadiah seratus ekor unta kepada siapa sahaja yang berhasil menangkap Muhammad hidup atau mati. Akhirnya mereka mengetahui juga Nabi dan Abu Bakar 'bersembunyi di Gua Thur. Ada di antara mereka yang sampai ke gua itu, tetapi tidak menemui Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan Abu Bakar. Abu Bakar berasa cemas dan bimbang akan keselamatan Nabi bilaorang-orang quraisy itu sampai ke pintu gua Thur. Beliau merasakan perlu untuk mempertahankan Nabi junjungan umat islam itu seluruh jiwa raganyASetelah gerakan kaun Quraisy mencari Nabi Muhammad reda dan mereka menyangka Nabi Muhammad telah sampai ke Madinah, maka keluarlah baginda berdua dari gua Thur. Pada akhirnya meraka pun tiba di Quba. Baginda berada di Quba' selama 4 hari dan di situlah baginda membina masjid yang pertama dalam Islam, kemudian memasuki Madinah pada 12 Rabiulawal tahun 1 Hijrah. 

IKUT BERTEMPUR BERSAMA NABI DALAM PEPERANGAN
Abu Bakar selalu mengikut Nabi bertembur dalam segala peperangan semasa hayatnyASeluruh hidupnya disumbangkan dan dikorbankan untuk membela Nabi dalam menegakkan agama Allah yang Maha suci. Ia telah bertempur dengan gagah berani di bawah kibaran panji-panji kebenaran Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. Dalam perang Badar, perang pertama dalam sejarah Islam, salah seorang anak Abu Bakar yang belum memeluki agama Islam berperang di pihak orang-orang musyrikin Mekah. Abu Bakar adalah seorang yang menyerupai Rasullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam dalam segala budi bicaranya. Dia selalu cenderung kepada kasih sayang dan kemanusiaan dan mendahulukan yang baik. Hal ini terlihat jelas dalam masalah tawaran perang Badar. Mulai saat itulah Abu Bakar selalu mengikuti Rasullulah dalam segala pertempuran dan selama berada di Madinah. Dalam segala perjuangan, Abu Bakarlah yang kemudian dapat memasukkan rasa puas terhadap kaum Muslimin. Beliaulah yang selalu mendampingi Rasullulah sesuai dengan kedudukannya sebagai sahabat paling rapat dan dipercayai luar dan dalam. 

BANTUAN KEWANGAN DAN SIKAP DERMAWANNYA
Dalam hidup bermasyarakat kita pernah mendengar kisah-kisah tentang jutawan-juwatan yang murah hati yang saban waktu mendermakan sebahagian dari harta bendanya untuk kepentingan umum. Tetapi adakah kita dengar kisah seorang hartawan mahupun jutawan yang sanggup dengan ikhlas hati memberikan seluruh harta bendanya bagi sesuatu perjuangan suci, lalu sanggup pula hidup miskin kerananya? Tetapi dalam sejarah umat Islam memang terdapat orang seperti itu dan orang itu ialah Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau adalah antara orang-orang yang mula-mula sekali memeluk Islam dan menjadi seorang sahabat Rasullulah yang paling disayangi olehnyASebelum memeluk islam Saidina Abu Bakar memang terkenal sebagai seorang bangsawan Arab yang kaya lagi dihormati oleh masyarakat nya. Tetapi stelah memeluk Islam beliau merupakan tokoh Islam yang utama sekali yang telah mengorbankan seluruh harta bendanya bagi kepentingan agama Islam. Di kalangan para sahabat dia tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali. Sebagaimana Saidina Abu Bakar itu menyerahkan dirinya dalam perang sabilillah belau juga menyerahkan dirinya untuk menangkis hal-hal yang tidak disenangi atau menjerumuskan kaum muslimin keadaan bahaya. Beliau tidak kikir dengan hartanya bahkan kebanyakan hartanya didermakan untuk perjuangan jihad di jalan Allah. Dalam menyambut datangnya agama Islam beliau menyumbangkan wang 40, 000 dirham kerana memperjuangkan agama Allah dengan penuh rasa ikhlas dan kerelaan. Bantuan kewangan Abu Bakar itu diurahkan melalui cara yang bermacam-macam. Yang pertama adalah untuk membeli hamba abdi sahaya yag telah memeluk Islam dan diseksa tuannya. Jumlah abdi yang telah dibelinya ada tujuh orang. Antaranya Billah bin Rabbah dan Amir bin Fahirah. Setelah itu dia meneruskan bantuannya untuk membantu kaum Muslimin yang fakir miskin, membantu pembekalan angkatan perang dan menjamu para tamu serta untuk amal sosial lain. 

Dalam perang Tabuk, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam telah meminta kepada sekalian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saidina Abu Bakar membawa kesemua harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan Rasulullah. Demikianlah kehebatan jiwa Abu Bakar as-Siddiq suatu contoh kemurahan hati yang tidak dijumpai bandinganya di dunia sehingga hari ini. Sikap dan tingkah laku Abu Bakar itu wajar menjadi contoh teladan dalam memperjuangkan Islam di dunia hari ini. Perang Tabuk yang dimaksudkan adalah peperangan terakhir yang sempat dihadiri oleh Rasulullah sebelum wafatnya. Peperanganini berlaku pada tahun 9 hijrah tahun dimana Rasulullah meneima banyak kunjungan tetamu daripada kabilah-kabilah Arab yang datang ke Madinah untuk menyatakan keislaman mereka. Namun sumbangan Abu Bakar mengorbankan seluruh Hartanya untuk tujuan persiapan peperangan Tabuk ini tetap kekal abadi dalam lipatan sejarah perjungan Islam dalam menegakkan kalimah Allah. 

KEUTAMAAN KHALIFAH ABU BAKAR
Oleh kerana keistimewaan yang begitu banyak oleh bu Bakar semasa hayatnya dengan penuh ikhlas terhadap Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam terhadap Islam dan kaum Muslimin, maka seluruh ahli Sunnah Waljamaah secara ijmak mengakui bahawa Abu Bakar as-Siddiq adalah orang yang paling utama sesudah Nabi Muhammad. Liku-liku hidupnya menunjukkan Khalifah Abu Bakar adalah orang yang pertama dan utama mengatasi dan mendahului sahabat-sabahatnya dalam semua hal, baik urusan yang bersangkut ibadat atau perjuangan menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Sejarah perjuangan hidupnya masa silam menceritakan kepada umat Islam masa kini. Tidak ada suatu hari yang dilalui oleh Abu Bakar tanpa mengerjakan seruan untuk berbuat baik dan terpanggil oleh amal kebaikan dan curahan bakti dan rasa kasih sayang sama ada diminta atau tidak. Dalam hijrah ke Madinah bersama Nabi dia membawa seluruh harta kekayaannya, kerana lebih mengutamakan kepentingan agama daripada kepentingan keluarga dan anak-anaknya. Tidak ada satu tugas pun yang dilakukan oleh Abu Bakar dalam menunaikan hak-hak dan kewajipan-kewajipan agamanya, melainkan tugas itu menunjukkan kepada sifatnya yang mewarnai keseluruhan kehidupan keislamannya iaitu dalam segala hal dia segara mengikuti contoh perbuatan Nabi yang dijadikan ikutan dan dia selalu berhati-hati dalam setiap perkara yang mungkin disegerakan dan mungkin ditangguhkan. Demikian keutamaan Abu Bakar dalam dakwah kemanusiaan. Dia adalah orang yang kedua, pengikut setia yang pertama dan penyambut Islam yang pertama. Keutamaan Abu Bakar harum mewangi menghiasi persada manusia dan kemanusiaan hinga akhir zaman. 

KEBERANIAN KHALIFAH ABU BAKAR
Keberanian Abu Bakar dikatakan sepadan dengan kebenarannya dn setianya menepati janji, baik di dalam mengeluarkan pendapat mahupun keberaniannya di medan perang yang diibatinya. Ketika dia telah masuk Islam, maka dia berani mengatakan keislamannya dan mengerjakan sembahyang serta berdoa secara terang-terangan tanpa mempedulikan apa yang akan menimpanya. Ketika perang diwajibkan ke atas umat Islam, maka diallah parajurit yang paling dekat kepada Rasulullah dalam setiap ada kesulitan atau bahaya. Dalam sebahagian pertempuran yang sengit banyak perajurit yang lari mndur, tetapi dia tak pernah mundur walau bagaimanapun sulit dan gentingnya keadaan. Dalam saat-saat demikian cemas, hanya beberapa orang sahaja yang tabah bertahan, tetapi Abu Bakar berada di barisan paling depan. Tidak ada pertempuran yang demikian sengit terhadap kaum Muslimin yang gugur sebagai shuhadak, meninggalkan medan pertempuran dan dalam pasukan Muslimin timbul keraguan bahawa Rasullulah termasuk di antara shahid. Dan tampak pula keberaniaannya ketika dia menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat sembahyang dan membaca al-Quran, iaitu didekat jalan yang dilalui orang sehingga mereka mendengar bacaannya. Kaum Musyrikin mengancamnya dan dia tidak takut pada ancaman mereka. Di samping keberaniaan, kebenaran dan kesempurnaan akhlaknya Abu Bakar mempunyai kecerdasan akal melebihi kecerdasan orang-orang besar pada zamannya. 

ABU BAKAR KHALIFAH PERTAMA 
Persetujuan pengangkatan Abu Bakar menjadi pemimpin pertama umat Islam selepas kewafatan Rasulullah didasarkan kepada beberapa faktor yang tidak ada pada sahabat-sahabat yang lain. Buat menilai kewibawaan seseorang pemimpin, banyak aspek dan segi boleh dibuat dan disusur. Antaranya, nilainya dari segi cakapnya, dari segi pelaksanaan kerjanya setiap hari, dari segi keluarganya, dari segi hartanya, dari segi peribadi dan tingkah laku setiap detik dan sebagainya lagi. Bagi seorang tokoh terkenal seperti Abu Bakar, ketokohan beliausebagai pemimpin yang agungterletak pada kata dua sama ada dalam tangannya Islam akan terus hidup atau mati buat selama-lamanya. Tetapi dengan segala tindak tanduk yang penuh mengandungi erti sebagai seorang pemimpin berkaliber, Islam bersinar terus-menerus menempuh zaman dan kekal hingga kini. Seperti yang diceritakan sebelum ini, selepas terjadi perdebatan yang hangat antara golongan Ansar dan Muhajirin dalam soal pemilihan khalifah yang meruncingkan keadaan ketika itu, Abu Bakar telah muncul sebagai khalifah pertama pilihan Muslimin. Beliaulah pemimpin gagah yang menjadi pilihan umat Islam unuk melanjutkan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah untuk mengembangkan syiar Islam dan memimpin umat ke jalan benar. Khalifah Abu Bakar adalah dianggap sahabat yang paling layak untuk menjadi khalifah yang pertama setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bergantung kepada beberapa faktor. Abu bakar adalah seorang sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah dibandingkan dngan sahabat-sahabat lain. Beliau juga adalah lelaki dewasa pertama yang memeluk Isklam di hadapan Nabi Muhammad. Beliau menyertai Nabi Muhammad dalam segenap bidang untuk menyiarkan agama Islam. Beliau turut bersama Nabi semasa dalam setiap peperangan untuk melawan musuh Islam dan untuk melawan musuh Islam dan untuk menegakkan syiar Islam. Abu Bakar selalu bersama Rasulullah dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah yang penuh bahaya itu. Beliau orang pertama mempercayai israk mikraj Rasulullah, bila diberitahu kepada umum, sedangkan orang ramai masih ragui kebenarannya masa itu. Kewibawaan Abu Bakar juga menjadi sebab beliau layak sebaai khalifah pertama dalam senarai Khulafa' al-Rasyidin. Beliau daripada keturunan berbangsa tinggi, berhemah tinggi serta mempunyai peribadi yang mulia. Bijaksana lagi dipercayai. Nabi Muhammad sendiri yang gelarkan Abu Bakar as-Siddiq, yang dipercayai. Sifat dermawan dan murah hati yang perlu kepada seorang pemimpin ada pada diri Abu Bakar. Peribadi Abu Bakar sendiri adalah menjadi faktor penting. Beliau seorang yang tegas pendiriannyaserta berhemah tinggi.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tajuk: Konsep Tamadun Islam Berasaskan Tauhid

PENDAHULUAN

Maksud Tamadun
Perkataan ini berasaldari perkataan Arab iaitu Maddana, Mudun, Madain yang membawa maksud pembukaan Bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. 

Istilah lain
Perkataan Umran, Hadarah dan Madaniyah turut digunakan. Selain itu, istilah yang hampir sama dengan maksud Tamadun ialah Culture dan Civilization. Perkataan Civilization ini berasal dari Greek iaitu Civitas yang membawa maksud Bandar. 

Islam
Perkataan Islam ini diterbitkan dari kata kerja bahasa Arab, iaitu Aslama yang bermaksuduntukmerelakanmenyerah atau tunduk kepada tuhan. Perkataan lain yang diterbitkan daripada akar yang sama iaitu salam yang bermaksud sejahtera. Dengan demikian, Islam bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, dan muslim harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya dan mengelakkan syirik. 

Tauhid
Merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan ialah asas Aqidah. Dalam bahasa Arab Tauhid bermaksud penyatuan, sedangkan dalam Islam Tauhid bermaksud menegaskan penyatuan dengan Allah Subhanahu wa ta’ala. Tauhid menurut bahasa ialah mengetahui dengan sebenar-benarnya bahawa Allah itu adalah Maha Esa. Menurut istilah, Tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang adanya Allah dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya serta membahas hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara sam’iyat iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin. 

Allah berfirman maksudnya : “Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah dan kemungkinan telah dekat-nya kebinasaan mereka? Maka kepada berita manakah lagi mereka akan beriman selain daripada Al-Quran itu?” [al-A’raf : 185] 

Ilmu Tauhid merupakan asal ilmu Islam. Sekiranya ilmu ini difahami maka akan tergolong di dalam ahli agama yang teguh mengambil manfaat dengan akal. 

AQIDAH
Aqidah merupakan sesuatu yang sangat berharga dalam ajaran Islam. Hal ini kerana ia merupakan ajaran yang berasas. Persoalan akidah tidak boleh diperkecilkan. Sembahyang yang dibangunkan dan amal-amal yang dilakukan tidak akan bermakna sekiranya permasalahan aqidah ini tidak diselesaikan. Masalah aqidah perlu diselesaikan supaya kita mempunyai pegangan dan keyakinan yang betul serta tepat akan mendapat jaminan dari Allah Subhanahu wa ta’ala.. 
Pegangan serta keyakinan yang sebenar ialah pegangan kepada aqidah ahli sunnah wal jamaah. 

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. bersabda yang membawa pengertian : Umat ini akan berpecah kepada 73 puak, 73 puak akan masuk neraka dan hanya 1 puak sahaja yang akan masuk syurga. Dan diriwayatkan para sahabat telah bertanya puak yang manakah yang terselamat, Rasulullah menjawab itulah puak ahli sunnah wal jamaah. 

Keyakinan Yang Menjadi Aqidah AhliSunnahWalJamaah
Keyakinan ahli sunnah wal jamaah adalah tentang zat Allah Subhanahu wa ta’ala. Allah Subhanahu wa ta’ala. adalah maha berfirman, pemberi janji dan ancaman. Allah Subhanahu wa ta’ala. berfirman di dalam kitab-kitabNya, al-Quran, Taurat, Injil, Zabur yang telah diturunkan kepada rasul-rasul AS. firman Allah itu adalah sifat zatNya, bukan suatu makhluk yang dijadikan. Setiap inci al-Quran itu akan terpelihara dan terjaga sehinggakehariakhirat. 

sesiapabolehmengubah, menukar ganti, menokok tambah dan sebagainya. Ahli sunnah wal jamaah percaya bahawa hari qiamat pasti tiba dan Allah akan menghidupkan semua yang telah mati. Kita juga percaya bahawa Allah telah menyediakan syurga untuk orang mukmin yang sejati. 

Kaitan AntaraAqidahdanAmal

Apa yang dilakukan diatas muka bumi ini mestilah merupakan penghambaan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. 

Allah berfirman maksudnya: Hanya kepada engkau kami menyembah dan hanya kepada engkau kami memohon pertolongan. Surah Al-fatihah ayat 5 

Penyembahan kepada Allah adalah setiap saat dan ketika. 
Allah berfirman didalam surah al-Imranayat 191maksudnya: 
“(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklahEngkaumenjadikanbenda-bendainiDengansia-sia, Mahasuciengkau, makapeliharalah Kami dariazabneraka. ”

Setiap perkara yang dilakukan adalah ibadat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.. Setiap yang dilakukan itu merupakan ibadah kita kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Natijahnya adalah pahala untuk diri sendiri. 

Islam merupakan agama wahyu yang tidak terpisah dengan antara yang Maha Pencipta dengan makhluk. 

Didalam al-Quran, iman dan perbuatan Allah selalu mengait-gaitkannya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah Yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu Yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka Dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. ” Al-Baqarah: 25 

Allah Subhanahu wa ta’ala. tidak pisah-pisahkan antara orang yang beriman dengan beramal soleh. Iman berkait rapat dengan amal solehatauamalkebaikan. 

AGAMA DAN KEPENTINGANNYA

Apakah Agama (ad-Din)
Ialah jalan dan manhaj (makna-makna lain). Allah berfirman maksudnya : Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) Dengan membawa petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikanNya atas Segala ugama Yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. At-Taubah :33 

Keperluaan Agama UntukManusia
Seseorang yang berakal pasti didahului oleh sesuatu pendapat atau aqidah yang menentukan matlamat dan memberi gambaran tentang langkah-langkah untuk melakukan. 
Allah menjadikan aqidah atau pendapat sebagai ketentuan bagi menentukan perjalanan dan usaha manusia. Agama ini jalan dan manhajnya adalah sangat perlu bagi manusia dan manusia tidak boleh melepaskan diri daripadanya. 

Agama Yang Lurus (al-Din dan al-Qaiyim)
Agama, jalan dan manhaj yang sesuai dapat menyempurnakan segala keperluan manusia perlu mempunyai beberapa syarat :
1. HendaklahPenciptadanPemilik agama ini bersifat Maha Mengetahui hikmat kejadian di atas muka bumi. 

2. Penciptadanpemilik agama hendaklah mengetahui segala yang kecil dan besar yang berkaitan dengan seluruh aspek kehidupan manusia. 

3. Agama (ad-Din) merupakan agama yang tetap yang dapat menyelesaikan tingkah laku manusia. 

4. PemilikhendaklahMahaMengetahui dengan gerakan jiwa manusia yang menggerak dan mendorong kehidupan. 

5. Agama hendaklah mempunyai insentif yang boleh menyebabkan manusia melaksanakan ajaran dan takut mencanggahinya kerana tidak ada makna bagi agama yang tidak dilaksanakan. 

LemahnyaManusia Dari Mencipta Agama Yang Lurus

Manusia tidak berupaya mencipta agama untuk diri sendiri kerana :
1. Tidak ada sesiapa pun yang dapat mengetahui matlamat umum kenapa manusia dijadikan dan matlamat umum kejadian generasi manusia yang silih ganti kecuali pencipta manusia itu sendiri. 

2. Ilmu manusia sendiri adalah tidak sempurna. 

3. Manusia tidak mengetahuifitrahmerekasendiri. 

Agama Dan Fitrah

Mana-mana jua pencipta tidak akan membuat ciptaannya kecuali sesudah ia menentukan hikmat, tugas setiap bahagian dan cara operasi. Allah berfirman didalam surah An-Nahl ayat 60 maksudnya “bagi mereka Yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat Yang buruk, dan bagi Allah jualah sifat Yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagiMahaBijaksana. ”

Allah tidak menciptakan seseorang manusia kecuali untuk sesuatu tujuan yang telah ditetapkan olehnya mengikut manhaj perjalanan yang telah direncanakan. Keadaan manusia tidak akan stabil selagi mereka tidak berjalan mengikut hukum-hukum dan petunjuk-petunjuk agama kerana ia adalah agama yang diciptakan khas untuk manusia oleh penciptanya dan juga agama fitrah. Allah berfirman didalam surah Ar-Rum ayat 30 bermaksud “ (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. 

Islam Adalah Agama Fitrah

Agama islam adalah agama fitrah yang mengandungi matlamat umum di dalam dunia ini iaitu matlamat manusia menjadi khalifah. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud “dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". 

Agama yang benar ialah :
1. Agama yang menjelaskan kedudukan hakikat manusia dan menghubungkan antara bahagian hidupdengan matlamat umum kehidupan manusia. 

2. Agama yang syumul yang datang yang datang dari tuhan yang mengetahui apa jua aspek kehidupan manusia. 

3. Agama hendaklah sentiasa tetap dan memperbetulkan fitrah manusia. 

4. Agama hendaklah datang daripada tuhan yang amat mengetahui hakikat pembentukan manusia dan rahsia jiwa. 

5. Agama hendaklah mempunyai kekuatan yang dapat menegakkannya di dalam realiti kehidupan. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com