Tajuk: Pencapaian Tamadun Islam Pada Zaman Bani Abbasiyyah

PENDAHULUAN

Kerajaan Bani Abbasiyah ialah nama yang diberi oleh khalifah Baghdad iaitu empayar kedua islam selepas penyinkiran pemerintahan kerajaan bani umaiyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 M selepas mereka berjaya mengalahkan tentera kerajaan bani umaiyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 M selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan kota Baghdad. 

Factor penubuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah ialah Pada tahun 750 M, akhirnya kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk selepas gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah. Gerakan ini dimulakan oleh Ali bin Abdullah secara sulit dan menjadi terbuka setelah bermulanya zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Gerakan ini diteruskan atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam ) agar mendapat sokongan. Pusat operasi mereka ialah di Khurasan, Kufah dan Humaimah. Nama kerajaan diambil sempena nama al-Abbas (sempena nama bapa saudara Nabi Muhamad Sallallahu ‘alaih wa sallam ). Kerajaan ini mengamalkan system warisan atau system monarki (pemerintahan keturunan raja). Ketika pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pusat pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negeri Parsi lama

Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-9 masihi, iaitu semasa zaman pemerintahan khalifah harun al-Rashid dan anaknya al-Makmun. Pada zaman tersebut, kegiatan bercorak ilmiah berkembang dengan pesat dan meluas melalui penulisan dan penterjemahan buku. Kota Baghdad berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran intelektual. 

PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DI ZAMAN BANI ABBASIYAH 

PENCAPAIAN DALAM ILMU PENGETAHUAN :
Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat interlektual dan penyebaran imu pengetahuan semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun. Menubuhkan baitulhikmah sebagai sebuah institusi keilmuan yang ditubuhkan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Institusi ini berkembang secara meluas dan mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun. Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat dan mencapai kemuncaknya. Kerja-kerja penterjemahan lebih sistematik. Penterjemahan bekerja secara berkumpulan di bawah kawalan seorang penyelaras. Penterjemahan karya falsafah dan sains, khususnya daripada bahasa yunani menjadi kegiatan utama. Menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan para ilmuan dalam pelbagai bidang. 








PENULISAN :
Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap iaitu mencatat segala percakapan atau idea, mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam ke dalam sebuah buku dan mengarang. Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penulisan. Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya. Antara mereka termasuklah Imam Malik, menyusun buku al-Muwatta, Ibn Ishaq, menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan Abu Hanifah, menyusun fikah dan pendapat ijtihad. 

PENTERJEMAHAN : 
Penterjemahan dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani, dan Yunani kedapa bahasa Arab. Dua perkara penting berkaitan dengan penterjemahan ialah di samping penterjemahan, penciptaan dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa arab. Huraian dan penambahbaikan dibuat terhadap karya dengan memuatkan keterangan dan ulusan. Orang islam berperanan penting dalam berbakti kepada kebudayaan dunia kerana mereka berjaya memelihara warisan ilmu daripada lenyap semasa masyarakat Eropah dilanda Zaman Gelap. Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat mempertingkatankan kegiatan penyelidikan. Hasil kajian sarjana islam disebarkan ke Eropah dan sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan Eropah. 

PERKEMBANGAN KEILMUAN ISLAM :
Perkembangan tamadun islam di Kota Baghdad dan Cordova member sumbangan yang besar kepada perkembangan keilmuan di Eropah. Perkembangan ilmuaan di Eropah melahirkan zaman pemulihan budaya atau renaissance. Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan islam telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada generasi kemudian. Para ilmuan islam telah memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehinnga berlakunya percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan. 

SENIBINA :
Islam mereka bentuk bangunan da perhiasannya yang masih lagi berada di dalam lunas-lunas islam. Senibina islam berasaskan pemandangan tumbuh-tumbuhan, garis-garisan geometri, gambarajah, awan larat dan seumpamanya. Kerajaan bani abbasiyyah mementingkan pembinaan istana. Terdapat lebih 15000 buah masjid yang indah-indah terdapat di seluruh wilayah Islam. Di antara sumbangan khalifah abdul rahman ll dalam aspek seni bina ialah membuat projek membina menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk mempermudahkan kapal-kapal perdagangan berlabuh dipantai-pantai Andalus. 

EKONOMI DAN KEWANGAN
Membinaan baitulmal yang berfungsi menjaga khazanah negara dan mangagihkannya mengikut keperluan negara dapat diselenggerakan dengan berkesan. Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan berkembang pesat. Sumber kewangan diperolehi menerusi zakat, cukai pendapatan dan sebagainya. Baitulmal merupakan institusi kewangan terbesar negara. Mengurus sumber-sumber pendapatan negara. Mengawal belanjawan negara. 

SISTEM KEMASYARAKATAN :
Penghapusan perhambaan dan penindasan. Islam mengemukakan konsep keadilan social tanpa mengira bangsa atau warna kulit. 

PENCAPAIAN DALAM PERDAGANGAN
Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran perniagaan. Perkembangan industri perkapalan memudahkan pergerakan para pedagang. 
Wujud pelabuhan dan bandar yang menjadi tumpuan ahli perniagaan seperti Baghdad, Basrah, Antakia

KEBUDAYAAN :
Kebudayaan asal yang tidak bertentangan dengan islam terus tiamalkan. Islam dianuti oleh pelbagai bangsa dan buadaya telah membentuk budaya islam yang berbentuk sejagat. 

PENUTUP
Pencapaian islam pada zaman bani abbasiyyah patut dicontohkan oleh orang islam pada zaman ini kerana mereka berusaha gigih dan menggunakan akal fikiran yang di beri oleh allah dengan cara yang betul untuk mencapai kejayaan yang begitu banyak. Generasi hari ini harus mengembalikan kegemilangan umat islam yang pernah di capai. Umat islam perlu bersatu padu untuk menyelamatkan Negara dari ancaman musuh. Kemajuan yang dicapai hari ini adalah daripada hasil sumabangan umat islam pada zaman bani abbasiyyah. Umat islam perlu mengembalikan semua kegemilanagan islam dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pakar dalam semua bidang. 


RUJUKAN
Pengantar tamadun dan sejarah pemikiran islam, Ramawan bin Ab. Rahman, penerbitan alambaca SDN. BHD. 
Mahayudin Hj. Yahaya (2001). Tamadun Islam, Selangor, penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 
Azhar Hj. Mad Aros (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Selangor, penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 
Abdullah Siddik, Hj. Dr. (1980), Islam dan Ilmu Pengetahuan, Kuala Lumpur, dewan bahasa dan pustaka. 
Hailani Muji Tahir (1986), Pengenalan Tamadun islam dalam Institusi Kewangan, Kuala Lumpur. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com