Kumpulan Esei Agama Islam Tahun 2014




Zikir Menurut Ajaran Islam

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)



Tajuk: Poligami

Poligami Sebelum Kedatangan Agama Islam.

Pada zaman silam, peperangan diantara kabilah-kabilah sering berlaku banyak yang terlibat di dalam peperangan itu adalah kaum lelaki dan menyebabkan kaum lelaki berkurangan. Kekurangan ini menimbulkan suatu sikap masyarakat yang menggalakkan kahwin banyak untuk memperimbangkan anggota kabilah. Galakan tersebut tidak pula ditentang oleh kaum wanita. Bahkan mereka menerima secara rela untuk menikmati sesuatu yang sepatutnya mereka nikmati dan memberi peluang kepada kaum mereka berada di samping lelaki yang sah.

Pada zaman pemerintahan Constantin, raja tua Roman, beliau telah menggubal undang-undang baru dalam soal perkahwinan. Poligami diharuskan dengan syarat-syarat tertentu. Itupun sebagai suatu keistimewaan bagi pembesar-pembesar saja. Poligami mestilah dengan kesukaan dan kerelaan isteri pertama dan segala keistimewaan tertentu bagi yang pertama sahaja. Anak-anak yang dilahirkan dari isteri kedua dan ketiga dan seterusnya ditegah mempusakai harta dan tidak mempunyai hak dalam pertalian keluarga. Mereka diperlakukan sebagai hamba dalam masyarakat. Kehidupan kaum wanita menjadi semakin hina daripada sebelumnya.

Penentuan Poligami dalam Islam.

Salah satu usaha-usaha yang nyata dari kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. ialah menghormati dan mempertinggikan darjat kaum wanita di sisi agama dan masyarakat. Kepadanya diberi satu identiti yang tersendiri dengan gelaran Jinsul-Latif: ertinya jenis yang lemah.

Dalam masalah poligami, agama Islam tidak menerima mengikut cara yang diketahui oleh peradaban lama, tetapi memberikan penentuan-penentuan yang tidak diketahui sebelumnya serta menyusun dan membataskan kemutlakan cara lama itu. Di akhir tahun kelapan Hijrah, turun ayat Al Quran yang menentukan pengharusan poligami setakat empat orang wanita sahaja.

(Dan jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil terhadap wanita-wanita yatim itu, maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu sukai dua tiga dan empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (antara wanita-wanita itu), hendaklah satu saja atau budak yang dalam milikmu. Ini paling dekat kepada kamu tidak berlaku curang).

Dari keseluruhan ayat tersemat dua pengertian dan petunjuk yang besar.
Pertama: Salahnya perbuatan orang-orang jahiliyah terhadap anak-anak perempuan yatim di bawah jagaan mereka dan salahnya perbuatan mereka berkahwin banyak serta tidak melakukan keadilan.
Kedua: Turunnya ayat itu bertujuan untuk mengatur cara-cara berpoligami. Sebelum itu orang-orang Arab beristeri sebanyak-banyak yang mereka suka dan terdaya. Ayat itu menentukan tidak lebih daripada empat isteri sahaja.
Pengertian tersebut membuktikan bahawa poligami bukanlah satu peraturan kahwin yang dibawa oleh agama Islam ataupun direka-reka oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam., tetapi ia adalah suatu tradisi turun temurun. Di tengah-tengah masyarakat yang sedang bergelumbang dengan poligami kotor, datanglah Islam dengan peraturan yang sihat dan sesuai dengan sifat semulajadi manusia untuk seluruh umat Islam.

PENGERTIAN DAN HUKUM POLIGAMI

Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir ke semua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya amalan tradisional masyarakat China silam yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

Poligami hukumnya tidak wajib dan tidak sunnah, tetapi mubah (boleh), ertinya bagi yang mampu boleh melakukan dan boleh pula meninggalkannya. Sedangkan bagi mereka yang tidak mampu hukumnya wajib ditinggalkan. Jadi kalau tetap dilakukan maka ia berdosa kerana tidak mungkin orang yang tidak mampu sanggup memenuhi kewajipannya.

SYARAT-SYARAT POLIGAMI.

1.3.1Berkuasa Menanggung Nafkah.
Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir. Orang yang dikatakan berkuasa menanggung nafkah ialah berkuasa menanggung makanan, pakaian dan tempat tinggal bagi para isteri. Pemuda yang tidak berupaya memenuhi syarat tersebut tidak digalakkan berkahwin, walaupun anggota seksualnya segar dan subur. Cara untuk melemahkan kesuburan itu dianjurkan supaya berpuasa.

Perkara-perkara yang dihitung sebagai nafkah hanya terbatas kepada tempat tinggal, makanan dan pakaian sahaja. Perkara-perkara ini merupakan keperluan asasi bagi setiap orang. Sekiranya suami seorang yang susah maka kadar nafkahnya secara lazim yang dilakukan oleh orang susah, walaupun isterinya dari golongan orang kaya dan mewah.

Yang dimaksudkan dengan tempat tinggal ialah tempat tinggal yang sesuai dengan isterinya dan sesuai pula dengan kemampuan suami. Lengkap dengan alatan rumah yang perlu, tidak menyusahkan isteri dan tidak berkongsi dengan madu-madunya. Adalah tidak baik sekali bagi seorang suami menghimpunkan isteri-isterinya di bawah satu bumbung rumah, walaupun disukai oleh mereka, kerana akibatnya amat buruk sekali bagi mereka, terutamanya dari segi pergaulannya dengan para isteri, perhubungan para isteri sesama mereka dan kesan terhadap anak-anak di kemudian hari.

1.3.2Keadilan Antara Para Isteri
Ada sesetengah golongan yang tidak mengetahui hakikat sebenar masalah poligami mengatakan bahawa poligami tidak diharuskan oleh agama Islam. Allah berfirman:

(bahawa keadilan itu tidak akan dapat dilakukan walau sejauh mana dijaganya).

Ertinya, keadilan itu telah dijadikan syarat mutlak menurut ketetapan ayat pertama. Ayat kedua pula telah menyatakan bahawa keadilan itu tidak akan dapat dilakukan sama sekali. Maka dengan itu perbuatan berbilang isteri tidak dibolehkan hukumnya.

Sebenarnya keadilan yang dimaksudkan di dalam ayat poligami itu khusus kepada perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh si suami mengikut tabiat semulajadi sebagai manusia. Perkara-perkara tersebut ialah yang berhubung dengan makan minum, pakaian, tempat tinggal, giliran bermalam serta waktu yang dihabiskan oleh seorang suami dengan tiap-tiap seorang dari isterinya. Dengan kata lain tidak ada perbezaan dalam hal menzahirkan cinta, sayang dan memberi hormat.

Telah menjadi tabiat semulajadi manusia, seorang suami melakukan keadilan dalam perkara-perkara yang berbentuk kebendaan seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, giliran bermalam dan sebagainya, tetapi ia tidak dapat melakukan bahkan tidak sanggup menyempurnakan keadilan dalam perkara yang berhubung dengan jiwa dan hati.

2.3.3Tidak Merosakkan Isteri Pertama Dan Anak-Anaknya.
Setiap orang yang ingin beristeri banyak dan mempunyai kesanggupan untuk itu dalam mengeluarkan nafkah dan melakukan keadilan, terpaksa pula berkeyakinan penuh mengikut perhitungan yang jujur bahawa perkahwinan kedua tidak akan merosakkan isteri pertama dan anak-anaknya.

Tujuannya adalah untuk menolong dan memuliakan golongan wanita yang disifatkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. sebagai al-Jinsul-latif, ertinya jenis yang lembut agar jiwa dan perasaannya tidak terseksa, anak-anaknya tidak terbiar dan tidak liar dalam menghadapi pertumbuhan jasmaninya, juga tidak timbul fitnah dan ejekan dari masyarakat.

Seorang suami yang berat sangkaannya bahawa jika ia berpoligami akan menimbulkan permusuhan dan perselisihan tersebut, maka haramlah hukumnya.

2.4HIKMAT PENGHARUSAN POLIGAMI.
Agama Islam mengharuskan poligami adalah kerana keadaan masa dan hajat umat manusia seluruhnya di dalam setiap masyarakat. Dorongan-dorongan ke arah itu terdapat dalam semua masyarakat, baik masyarakat Islam atau masyarakat bukan Islam, termasuklah masyarakat barat sendiri kerana ia merupakan tabiat semulajadi. Tetapi mengikut kacamata Islam tabiat tersebut mestilah mempunyai syarat tertentu iaitu sanggup berlaku adil dan sanggup mengeluarkan nafkah sebagaimana yang telah diterangkan.

1.Menjamin Sifat Kemuliaan Orang Islam.
Agama Islam mengadakan peraturan-peraturan yang bertujuan untuk menolak manusia daripada terjerumus ke dalam jurang kehinaan yang maha dalam yang dibenci oleh manusia dan Tuhan. Agama Islam menjamin kemuliaan setiap orang untuk membina kehidupan mereka di dunia dan di akhirat sebagai hamba Allah yang sempurna.

Beberapa ketika lelaki tidak mencukupi dengan seorang isteri saja kerana beberapa sebab. Antaranya:
Sifat semulajadi kaum wanita.
Nafsu yang tidak terbatas dan tetap.
Nafsu lelaki yang lebih istimewa.
Naluri ingin menopoli kuasa dan tanggungjawab.

a)Sifat Semulajadi Kaum Wanita.
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa dalam hidup kaum wanita sentiasa dihinggapi oleh masa yang tertentu yang tidak boleh dihubungi oleh suaminya. Misalnya di waktu tiba haidh dan nifas. Panjangnya musim haidh itu kadang-kadang sampai 15 hari manakala nifas pula memanjang sehingga 60 hari.

Agama Islam tidak mahu membiarkan kaum lelaki dalam keadaan seperti ini terus dipandu syaitan, tetapi diadakan bagi mereka apa yang boleh memuaskan kemahuan mereka seluruhnya atau sebahagian darinya dalam bidang yang halal iaitu mengharuskan beristeri lebih dari satu.

Tidak boleh dinafikan bahawa menjatuhkan talak isteri yang di dalam keuzuran itu mendatangkan bahaya. Di kala itu apakah yang sepatutnya dilakukan selain daripada berpoligami. Dengan demikian berpoligamilah yang sebaik-baiknya jika benarmengikuthukum dan syarat-syarat yang diharuskan oleh agama Islam.

b)Nafsu Yang Tidak Terbatas.
Nafsu adalah suatu yang berbentuk rohaniah yang menerima perubahan. Bukti kenyataan ini dapat dilihat pada batas-batas dan ketetapan nafsu itu sendiri yang amat luas untuk dibicarakan. Sebanyak mana manusia di dunia ini sebanyak itulah corak dan ragam nafsu itu tanpa boleh disamakan atau ditentukan di antara satu sama lain.

Nafsu si A tidak akan sama dengan nafsu si B dalam memuaskan nafsu masing-masing, mungkin si A hanya mencukupi tiga atau empat kali sahaja dalam seminggu. Manakala si B terpaksa memuaskan kehendak nafsunya pada setiap malam oleh beberapa tekanan yang tertentu. Sebagai contohnya, pakaian wanita yang banyak mendedahkan tempat-tempat sulit dan kegiatan maksiat begitu terbuka pada zaman ini adalah merupakan antara tekanan-tekanan tersebut. Tempat dan keadaan juga mengambil peranan penting dalam menimbulkan gerakan gelora nafsu dalam setiap jiwa manusia.

Pergolakan nafsu di setiap jiwa manusia biasa tidak boleh ditentukan atau dihadkan mengikut tekanan dari luar, sebagaimana kita tidak boleh hendak menentukan seorang isteri sahaja mencukupi dalam memuaskan nafsu kelamin itu adalah satu penentuan yang bertentangan dengan tabiat semulajadi manusia. Akibatnya akan lahirlah perhubungan jenis secara haram dengan berleluasa. Keburukannya lebih mendukacita dan menghancurkan keharmonian keluarga dan masyarakat.

Berdasarkan kepada tabiat dan nafsu inilah yang menyebabkan agama Islam menetapkan peraturan-peraturan yang menentukan soal poligami. Kepada mereka yang tidak dapat mengawal nafsunya dan mempunyai keupayaan nafkah dan kesanggupan melakukan keadilan. Agama Islam membentangkan kepada mereka apa yang boleh memuaskan kemahuan mereka seluruhnya atau sebahagiannya dalam bidang-bidang yang halal agar mereka tidak dipandu oleh syaitan.

c)Nafsu Lelaki Yang Mempunyai Dua Keistimewaan
Terdapat dua keistimewaan bagi nafsu lelaki berbanding dengan nafsu perempuan. Keistimewaan itu ialah tentang kekuatannya dan umurnya pula lebih panjang daripada nafsu perempuan.

Perbandingan pertumbuhan jasmani di antara kaum lelaki dan kaum perempuan jelas menunjukkan bahawa kaum lelaki mempunyai kekuatan yang lebih baik dari segi kemahuan, keperkasaan dan nafsu. Yang paling ketara sekali ialah tentang nafsu sama ada wanita dari Barat atau dari Timur, dari negara sejuk atau panas.

Tidak boleh dinafikan bahawa kaum perempuan lebih cepat datang nafsu berahi dan baligh berbanding kaum lelaki. Setelah tiba umurnya sembilan tahun jelaslah pertumbuhan badan dan nafsunya. Sedangkan bagi lelaki pula dalam umur seperti itu masih belum apa-apa kerana belum sempurna pertumbuhan nafsunya, walaupun ia mempunyai kesanggupan untuk bersetubuh.

Tetapi lamanya waktu kesanggupan bersetubuh bagi kaum lelaki adalah lebih panjang jangka waktu daripada kaum perempuan. Kaum wanita tidak berkesanggupan lagi apabila umurnya sudah meningkat kepada kawasan lingkungan 50 tahun. Ketika itu, nafsu dan kekuatan jasmaninya akan mula berkurang. Kebanyakan daripada mereka sudah mula hendak melarikan diri daripada bersetubuh keranamereka merasai jijik apabila mendengar soal-soal itu.

Hal ini demikian tidak hairanlah apabila kita melihat kebanyakan wanita yang berusaha dalam lingkungan 50 tahun sudah tua benar di mana ia sudah kelihatan roman muka dan kulitnya. Nafsu berahinya juga sudah tidak sekuat suaminya. Kadang-kadang dalam waktu ini juga haidhnya telah putus yang mengakibatkan kesanggupan untuk melahirkan anak sudah tidak ada lagi. Berlainan pula dengan kaum lelaki. Walaupun umurnya telah melebihi lima puluhan tetapi badan dan kulitnya masih perwira. Nafsu berahinya tetap kuat hampir menyamai pemuda-pemuda angkatan yang berumur dalam lingkungan dua puluhan. Keadaan ini tidaklah menghairankan apabila seorang lelaki yang telah meningkat umur 60-70 tahun beristerikan gadis belasan tahun, kemudian gadis itu melahirkan anaknya pula.

Nafsu berahi bagi setiap manusia dan bagi semua makhluk pada umumnya adalah satu tabiat yang tidak dapat ditahan dan dihalang lagi tidak ubah halnya seperti air yang mengalir dari gunung ke kuala. Sesiapa yang menghalang atau menahannya sudah tentunya ia akan melimpah dan banjir.

d)Naluri Ingin Monopoli Kuasa Dan Tanggungjawab.
Satu daripada sifat-sifat semulajadi yang tidak dapat diubah-ubah lagi bagi seorang lelaki dan wanita ialah perbezaan di antara kedua-dua jenis itu dari segi ingin kuasa dan ingin dikuasai. Kaum lelaki semulajadinya mahu menguasai kaum wanita dan kaum wanita pula mahu dikuasai oleh kaum lelaki.

Kaum lelaki merasai megah dapat menguasai ramai kaum wanita, terutamanya yang cantik-cantik dan menarik walaupun dalam apa bentuk sekalipun kaum wanita pula merasai megah apabila dapat menaung di bawah sayap kaum lelaki yang gagah, segak, ada kedudukan dalam masyarakat dan sebagainya.

Semua ini jelas menunjukkan bahawa naluri ingin monopoli kuasa dan tanggungjawab kaum lelaki itu melebihi kaum perempuan dalam semua hal dan keadaan, walaupun bagi kaum wanita yang cergas, kaya, maju, cekap atau sebagainya kerana sifat wanita itu mahu dikuasai dan dilindungi oleh kaum lelaki. Perlindungan dalam erti kata yang luas iaitu perlindungan hidup baik berupa jasmani atau rohani.

2.Membiak Keturunan.
Tidak boleh dinafikan bahawa di antara pendorong penting dalam perkahwinan ialah bertujuan untuk melahirkan warisan kerana ia adalah bakal pengganti sifat-sifat semulajadi yang terdapat dari kedua ibu bapa.

Kecewa sekali bagi sepasang suami isteri yang telah mendirikan rumahtangganya beberapa waktu yang agak lama dengan tidak menghasilkan keturunan. Mereka bukan sahaja merupakan sepasang suami isteri yang menjadi pemutus kepada zuriat keturunan ayah, ibu dan datuk-datuk nenek mereka tetapi lebih pentingnya mereka menjadi sepasang suami isteri yang usang yang tidak berseri lagi rumahtangga mereka.

Kehilangan benih dan keturunan ini selalunya banyak terdapat pada kaum wanita kerana antara mereka terdapat yang lemah mengandung disebabkan tidak betul perjalanan haidh dan lain-lain gangguan kesihatan. Hal ini demikian secara tidak langsung menjadi penghalang yang besar kepada suami yang inginkan keturunan sebagai penyambung warisan kepada keturunannya.

Agama Islam telah menjelaskan bahawa dalam pemilihan bakal isteri ia lebih menyukakan wanita yang membiak daripada keturunan yang mandul. Di samping itu, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. pernah menggesa supaya setiap umatnya berusaha membiakkan keturunan. Baginda menegaskan banyaknya keturunan umat Islam akan menjadi satu kemegahan dan kebanggaan kepada baginda sendiri di akhirat kelak. Sabdanya:

(Kahwinlah dan berbiaklah kamu, sesungguhnya aku bermegah dengan golongan kamu yang ramai di hari kiamat).

3.Mengurangkan Amalan Zina Dan Pelacuran.
Pelacuran adalah satu amalan yang hina. Zina dalam hukum Islam adalah satu jarimah yang besar sehingga Islam menghukum bagi orang yang melakukan zina apabila sabit zinanya, hendaklah direjam bagi mereka yang sudah berkahwin dan dihukum sebat dengan rotan bagi dara dan teruna. Islam mengharamkan zina kerana adanya amalan zina di dalam sesuatu negara menyebabkan tersebarnya kejahatan dan kemudaratan. Berzina secara bayaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan dinamakan pelacuran.

Pelacuran ada dimana-mana pada setiap zaman. Hal ini tidaklah dinafikan kerana ia merupakan punca rezeki lumayan yang boleh didapati dengan senang. Faktor asasi berlaku demikian ialah kerana kaum wanita tidak kesempatan kahwin ertinya tidak berpeluang menikmati seks yang menjadi unsur kenikmatan jiwa yang utama dan tidak berpeluang juga mendapat tempat bergantung sebagai pelindung ekonomi.

Manusia ini terutamanya kaum wanita, sebagai manusia mesti hidup dengan kesempurnaan hajat lahir seperti makan minum dan hajat batin seperti nafsu dan keibuan. Dua syarat hidup ini mestilah ada pada seluruh wanita. Kalau tidak maka timpanglah hidupnya. Hal iniperlu ditegaskan bahawa nafsu dan keibuan adalah satu yang penting dalam kehidupan wanita, malah merupakan suatu penjelmaan yang paling hebat daripada kemahuan mahu hidup.

Selain itu, poligami juga diharuskan bukan semata-mata untuk melepaskan nafsu syahwat, tetapi untuk menjaga keselamatan umat dan bangsa di dunia ini. Kaum wanita akan lebih dihormati apabila berkahwin dengan jalan yang halal berbanding menjadi pelacur atau perempuan simpanan yang tidak mempunyai apa-apa hak, baik untuk dirinya atau untuk anak-anaknya. Seorang perempuan itu juga akan lebih dihormati apabila berkahwin daripada menjadi anak dara tua atau janda tua yang tidak berpeluang menikmati apa-apa tentang kehidupan ini.

Itulah sebabnya kita dapati wanita-wanita di zaman sekarang ini begitu gigih sekali berusaha untuk mendapatkan suami. Kalaulah pada zaman dahulu, orang tua yang berusaha menjodohkan mereka tetapi hari ini mereka yang berusaha mencari sendiri, bahkan menentu sendiri hari perkahwinan mereka.

2.5AKIBAT-AKIBAT YANG LAHIR TANPA POLIGAMI.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa di Barat terdapat pemuda pemudi berpeluk-peluk dan berkucup tanpa ada rasa malu dan silu lagi. Kelahiran daripada pelukan dan kucupan yang mewah ini menghasilkan zina. Seorang lelaki biasa mengajak pemudi-pemudi mengikut pilihannya dengan senang ke bilik hotel, ke tepi pantai, ke taman bunga dan lain tempat yang difikir sesuai bagi mereka. Kadang-kadang pemudi yang terlebih dahulu mengajaknya. Di tempat-tempat tersebutlah mereka melakukan sifat-sifat kebinatangan dengan penuh bersemangat. Daripada zina yang terdapat di sana sini inilah wujudnya anak-anak yang dilahirkan tanpa mengetahui ayah yang sebenar. Tidak kurang juga di negara pantai Timur pada masa kini semakin menular dalam mengikuti perkembangan kehidupan sosial di negara Barat.

Hal ini demikian menyebabkan sesebuah negara menjadi huru-hara dan kucar-kacir apabila tidak mengenal peraturan Islam. Pelacuran berlaku di sana sini serta anak-anak yang kehausan kasih ayah dan ibu menjerit-jerit, memekik-mekik dan meronta-ronta di segenap cerok.

Perempuan, dia terpaksa melacurkan dirinya walaupun dia tahu bahawa perbuatannya itu adalah satu jarimah yang maha besar, kerana ia juga manusia yang inginkan makanan lahir batin yang dinikmati oleh seluruh manusia lain tetapi apa boleh buat peluang dia menikmati itu tiada, maka mahu tidak mahu makanan itu dinikmati secara haram. Lelaki juga tidak boleh dipersalahkan kerana perempuanlah yang banyak menggoda dan menjual kehormatannya secara murah, melambai-lambai meminta sesuatu darinya, maka terpaksa juga lelaki turut sama menjerumus ke lembah yang hina itu.

Di dalam hal ini kepada siapakah yang patut kita persalahkan dan ke bahu siapakah yang hendak kita pertanggungjawabkan kesulitan yang sememangnya berbahaya. Ini merupakan persoalan yang berat. Keadaan ini akan bertambah lagi kerana bilangan wanita makin berlebihan dari lelaki. Faktor penambahan itu makin banyak di akhir-akhir ini.

KESAN-KESAN BERPOLIGAMI.
Amalan poligami juga boleh menyebabkan kerosakannya kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat. Kerosakan-kerosakan dari kesan amalan poligami itu ialah wujudnya cemburu yang menyebabkan berani melakukan sesuatu yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan sehingga terjadi perkara-perkara yang di luar batas ke Islaman dan kemasyarakatan yang tidak diingini.
Tidak menjadi mustahil dengan adanya perasaan cemburu itu, mungkin masing-masing akan menggunakan bomoh, ramuan-ramuan yang najis dan yang mengandungi racun. Akhirnya suami akan hidup dalam keadaan kurus kering dan merana. Keadaan seperti ini boleh melibatkan kepada keluarga. Mungkin ibu bapa isteri pertama irihati kepada ibu bapa isteri yang kedua. Irihati dan dendam ini berpanjangan dan berterusan sehingga melibatkan kehidupan yang tidak tenteram dalam keluarga yang berkenaan.

Seterusnya, kesan buruk amalan poligami terhadap anak-anak ialah kerana anak-anak itu tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya dari ayahnya, disebabkan ayah tadi tidak dapat bermesra lebih lama dengan anak-anak kerana hendak membuat giliran kepada isteri-isteri yang lain.

Hal ini akan menyebabkan anak-anak itu tidak mendapat bimbingan yang sepatutnya dari ayahnya. Dari gejala inilah anak-anak tadi kecewa dan tidak mendapat pelajaran yang secukupnya atau terkandas dalam pelajarannya. Akhirnya anak-anak itu menjadi liar dan melakukan jenayah seperti menjadi pencuri, penghisap dadah dan sebagainya.

CIRI-CIRI SUAMI DAN ISTERI MITHALI

Berlaku Adil
Barangsiapa beristeri lebih dari seorang isteri, maka dia wajib berlaku adil antara mereka. Kerana itu dia wajib menetapkan giliran untuk setiap isteri sehari semalam. Tentang nafkah, maka dia wajib memberikannya sesuai dengan keadaan masing-masing. Sedangkan kecenderungan hati, maka dia tidak dapat disalahkan.

Telah diriwayatkan dari Aisyah r. a bahawa dia berkata: “Adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam itu menetapkan giliran, maka beliau berlaku adil dan memanjat doa: “Ya Allah, inilah giliranku (kepada isteri) pada apa yang aku miliki maka janganlah ENgkau mencelaka pada apa yang Engkau miliki sedangkan aku tidak memiliki” yang beliau maksudkan adalah hati. ” (HR. Abu Dawud. At Tirmidzi, An-Nasa’I dan Ibnu Majah)

Seorang suami yang tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya hendaklah dia mengerti bahawa dirinya itu orang yang zalim dan derhaka kepada Allah dan RasulNya.

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r. a. bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda: “Barangsiapa mempunyai dua orang isteri, lalu dia tidak berlaku adil antara keduanya, maka dia akan datang di hari kiamat sedangkan sebelah badannya turun(miring). ” (HR. At-Tarmidzi)

Sikap Saling Memahami
Manis dan lazat ahli keluarga merupakan buah dari sikap saling memahami. Jika ada saling memahami, maka kekukuhan keluarga adalah sesuatu yang pasti.

Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitab hadith yang terkenal, al-Musnad, meriwayatkan bahawa Siti Aisyah telah berkata:

“Suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam sedang berada di rumah saya. Shafiyyah mengirimkan masakan untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. Ketika saya melihat pelayan yang membawa masakan itu, perasaan saya ketika itu tidak terkawal, lalu saya merebut wadah makanan itu dan melemparkannya. Kemudian, saya melihat mata Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam menatap tajam ke arah saya, dengan jelas saya dapat menyaksikan kemarahan Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam atas perbuatan saya. Lalu saya berlindung kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dari kemarahannya dan memohon kepadanya supaya tidak melaknat saya. ”

“Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam berkata: ‘Wahai Aisyah, bertaubatlah. ” Aisyah bertanya, ‘Apa yang harus saya lakukan untuk menutup perbuatan yang saya lakukan ini?’ Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam menjawab. ‘Sediakan masakan sebagaimana masakan yang telah dimasak oleh Shafiyyah, begitu juga wadah seperti wadahnya, lalu kirimkan Kepadanya. ”

Juga terdapat contoh lain di dalam hal ini di mana Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dengan penuh lapang dada sentiasa berusaha menyelesaikan berbagai masalah dengan pendekatan kasih sayang dan tindakan logik serta sentiasa menasihati mereka dengan bersandar kepada arahan-arahan al Quran al-Karim.

Demikian juga kita di dalam mengikuti perilaku Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam, manakala kita melihat adanya kesalahan dan kekurangan, hendaknya kita tidak terlalu mempersoalkannya, jika memang diperlukan kita harus berbicara maka hendaklah kita mengingatkannya dengan cara yang halus dan dengan nada suara yang lembut. Jangan sampai kita menyelesaikan berbagai kesalahan dengan teriakan, makian dan tamparan.

Dengan berpegang kepada riwayat dan kehidupan para Imam Ahlul Bait yang suci as hendaklah kita saling mengingatkan antara satu sama lain. Hendaklah kita mengambil pelajaran dari kehidupan para Imam Ahlul Bait as, dan hendaklah kita mengulang ucapan mereka as.

Saling Menjaga Sikap Cemburu Seadanya.
Bagi suami isteri hendaklah menyedari cemburu itu adalah hasil penafsiran dan penafsiran itu kebanyakkannya keliru. Memang benar bahawa kecemburuan itu tidak dapat dihilangkan, selama sumber yang menimbulkan konflik masih tetap ada namun demikian bukan bererti tidak ada cara penangguhannya.

Adapun cara untuk penangguhan cemburu ini, ialah mengendalikannya dengan mencuba menyedari semua peristiwa yang telah terjadi pada dirinya. Dia harus menyedari bahawa rasa cemburunya itu adalah akibat daripada penafsirannya, dan penafsiran ini boleh. Selanjutnya, di dalam bertindak, dia perlu menyedari keinginannya.

Di dalam dunia perkahwinan, kecemburuan ini boleh membawa akibat yang serius malah berakhir dengan penceraian. Berbagai contoh boleh dikemukakan di sini seperti doktor cemburu pada perawat atau pesakit suaminya, isteri pengurus kepada setiausaha suaminya. Dan di pihak lain, suami bintang filem atau peragawati cemburu pada teman sekerja suaminya.

Bermusyawarah
Bermusyawarah adalah kunci dari segala kejayaan dan kebahagiaan dalam mengharungi hidup berumahtangga. Di dalam Al Quran Allah telah menegaskan:

“Oleh kerana disebabkan rahmat dari Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. ”

Jadi, musyawarah untuk muafakat sangat dianjurkan oleh Islam, baik dalam urusan rumahtangga mahupun yang lain. Kerana itu, Allah sentiasa memberi pujian kepada orang-orang yang beriman yang suka bermusyawarah. Di dalam Al Quran Surah Asy-Syura ayat:38 Allah telah menegaskan: “Dan (kenikmatan hidup yang hakiki) adalah bagi orang-orang yang menerima seruan Tuhannya serta mendirikan solat, sedang urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan. ”

Dalam meniti kehidupan rumahtangga sangat memerlukan adanya musyawarah antara suami-isteri. Kerana hal itu merupakan sebahagian dari tuntutan Rasulullah dalam pergaulan antara keduanya. Dan prinsip ini harus dipegang oleh setiap pasangan suami-isteri.

PENUTUP

Intihanya, jelaslah bahawa poligami banyak memberikan kesan terhadap kaum lelaki dan juga kaum wanita. Poligami juga turut memberikan kebaikan dan juga keburukan dalam kehidupan rumah tangga. Kedatangan Islam membawa perubahan yang mendalam terhadap perkahwinan poligami di mana ia membantu membela nasib kaum wanita dan kaum lelaki untuk menjaga maruah dan alam rumahtangga supaya kekal ke akhir hayat. Allah Subhanahu wa ta’ala. telah mewujudkan perkahwinan poligami kerana nafsu manusia merupakan satu pergolakan batin yang tidak mempunyai batas dan persamaan langsung antara satu puak dengan lain dan di antara manusia dengan manusia yang lain.
Poligami merupakan perkahwinan antara lelaki dengan ramai wanita. Hukum berpoligami adalah mubah iaitu boleh. Manakala, syarat-syarat dalam poligami ialah tidak melebihi empat orang isteri pada satu masa dan suami tersebut hendaklah berlaku adil antara isteri-isterinya.

RUJUKAN

Haji Dusuki bin Haji Ahmad (1978&1982). Poligami Dalam Islam, Edisi 1&2.Kuala Lumpur: percetakan Adabi.
Fatimah Haji Omar (1997). Soal-jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Mohd. Hasnawi Zainab (2004). Suami Mithali. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
Abu Ahmad Fatanah (2002). 20 Tips Agar Dicintai Isteri. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Haji Said Haji Ibrahim (1984-1999). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Selangor: Darul Ma’rifh.
Mohd Hapiz bin Mahaiyadin, Mohd Adib Shujaa’ bin Ahmad, Roshaimizam bin Suhaimi, Sofwan bin Hasbullah, Halipah binti Hamzah, Zulkifli bin Dahalan, Nurfahiratul Azlina Ahmad, Ramawan bin Ab. Rahman (penyunting)(2011). Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam. Melaka: Percetakan Surya Sdn. Bhd.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)

Tajuk: Islam Di Malaysia

PENDAHULUAN
Berasaskan bahan-bahan bertulis yang ada pada sejarahwan, sejarah Negara bermula lebih kurang disekitar tahun 802 H 1399/1400M. Secara kasarnya, ia merupakan tempoh penyebaran dengan pesatnya agama Islam di Tanah Melayu. Sebelum itu, seperti sedia maklum Malaysia meruupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai bangsa agama dan perbezaan warna kulit. Malaysia merupakan negara ynag majority penduduknya beragama Islam, dan secara tidak langsung Malaysia juga digelar sebuah negara Islam di mata dunia. Menurut bancian pada tahun 2000, kira kira 60. 4 peratus penganut agama Islam di negara kita, selebihnya adalah penganut agama lain. Lazimnya, tarikh kedatangan Islam di Malaysia berkait rapat dengan tarikh ketibaan saudagar Arab muslimin di gugusan pulau-pulau Melayu, bangsa Arab merupakan kaum yang terawal sekalai memeluk Islam kerana Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam khasnya di Asia Tenggara. Bangsa Arab dan berdakwah buat pertama kali di dalam masyarakat Arab di Makkah. Ketika itu empayar Islam semakin menaik dan terus menaik. masyarakat Islam dahulunya kukuh dan pesat dengan adanya aktiviti pelabuhan, perniagaan dan berlayar. Bilangan saudagar Islam yang tiba di Asia Tenggara bertambah ramai di pertengahan tahun kedua dari Abad ke 7M iaitu setelah tentera Arab muslimin membuka negeri parsi pada tahun 650M dan ramai orang parsi memeluk Agama Islam. Setelah perlakunya pembunuhan beramai –ramai keatas orang Arab dan parsi, mereka pindah ke selat Melaka pada tahun 878 M. Pendek kata, pada abad ke 9 boleh dikatakan keseluruhan org arab telah memeluk Islam dan saudagar-saudagar Arab dan parsi menguasi perniagaan di Lautan China Setelah. process perkembangan Islam di gugusan pulau-pulau melayu berjalan semakin licin. Oleh itu, pada abad ke 9M maka bermulalah titik permulaan bagi perkembangan Islam diselat Malaka. Kelahiran Islam di persisiran pantai timur itu memberi kesan kepada perkembangan Islam di semenanjung tanah melayu. Anggapan ini dikuatkan oleh sejarah iaitu satu batu insan yang bertulisan dgn berbunyi Arab. Selain itu, batu nisan itu bertarikh pada 29 H iaitu bersamaan dengan tahun 903M di Tanjung Inggeris, Kedah dan ini terbukti bahawa disana terdapat sebuah perkampungan Islam. Setelah berkembang ke Tanah Melayu maka lahirlah masyarakat Islam terutamanya di pusat pusat perniagaan, samada di Pantai Timur mahupun di Pantai Barat. Berikutsn itu maka wujudlah kampong –kampung muslimin disana sini apabila orang-orang yang berpengaruh di salah satu daerah itu memeluk Islam dan secara tidak langsung ianya menjadi sebuah negeri Islam yang pertama di sana iaitu pada hari selasa, 1 Muharram 225H(840M). Raja yang pertama memerintah ialah seorang peranakan Quraisy dari ibunya Puteri Meurah Perlak. Namanya ialah Sultan Alaidin Sayid Maulana Abd Aziz. semenjak perkembangan Islam meluas, Islam turut mengorak langkah berkembang secara aman dan damai sehinggalah lahir kerajaan Islam di negeri negeri Melayu. Implikasi daripadanya perkembangan Islam selepas Malaysia merdeka turut memberi impak positif bukan itu sahaja malah boleh dirasai oleh rakyat jelata. Sebagai contoh dari segi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan matapelajaran agama Islam sebagai subjek yang wajib diambil, tidak kira sekolah kerajaan mahupun sekolah swasta. bukan itu sahaja malah perlembangaan negara juga turut di masukkan unsur – unsur agama persis system perlembangan negara yang digunakan oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam ketika mentadbir kerajaan Mekkah dan Madinah. Malah terdapat juga perancangan dan projek yang dirangka oleh kerajaan berunsurkan keIslaman seperti Masjid Negara, Perbadanan Tabung Haji, Majlis Hal Ehwal Agama dan sebagainya. Sebenarnya Kedatangan Islam ke Malaysia adalah satu rahmat yang tersembunyi dan harus kita mengerakkan kan iman dan agama ke jalan yang lurus, iaitu ke jalan Allah. Seterusnya, melalui tulisan jawi, hasil-hasil sastera dahulu kala ditulis dalam tulisan jawi yang dibawa oleh Agama Islam. Ada beberapa hasil-hasil kesusasteraan Melayu Tradisional yang telah dikanunkan sehingga ke hari ini. 

TEORI KEDATANGAN ISLAM

a) DARI NEGARA ARAB
Mengikut pandangan ini, dakwah Islamiah dating secara langsung dari negara Arab, antara meraka yang berpendapat ialah John Crowford yang menyebut bahawa orang-orang Arab yang telah tiba di Gugusan Pulau-pulau Melayu pada zaman pelayaran laut membawa agama Islam. Teori ini disokong oleh sandaran sandaran di bawah :
Catitan-catitan orang China yang berkata bahawa Mu’awiyah, pengasas armada(angkatan laut) Islam, telah merancang hendak menyerang Gugusan Pulau –pulau melayu pada 674 M tetapi beliau terpaksa membatalkan rancanganya itu apabila di ketahui bahawa kawasan tersebut berada di dalam keadaan tenteram dan pemerintahnya adil di bawah pentadbiran seorang ratu yang bernama Siam. Catitan tersebut juga menunjukkan bahawa orang Arab telah mengetahui Gugusan pulau Melayu dan benar-benar mengambil berat dan tidak syak lagi, sebagaimana yang dikatakan oleh T. W Arnold telah bergerak dengan cergas dan meluas di lapangan perniagaan. Sebenatrnya sejarah telah mencatitkan bahawa saudagar Arablah yang menjadi orang tengah di dalam perhubungan diantara India dengan negeri-negeri Arab sebelum kelahiran Nabi Isa. Mereka lebih banyak membuat perhubungan dengan India disebabkan oleh negeri mereka berdekatan dengan india, terletak di lautan Arab dan juga kapal-kapal merekalah yang banyak mengangkut barang dagangan antara Indi dengan negeri negeri Arab. Oleh itu sudah menjadi perkara biasa bagi saudagar-saudagar dan pelaut Arab menumpu lebih banyak kepada perhubungan dengan orang India. Apatah lagi, mereka itu sangat mengetahui dimana letaknya Bandar-bandar yang penting di persisiran pantai India, bahkan mereka itu lebih telah pergi jauh merantau hingga ke Teluk Benggala, Negeri-negeri Melayu, Pulau Indonesia dan lain lain sehingga mereka itu dapat membentuk keluarga Arab. Melaka juga merupakan persisiran pantai di Malaysia Barat yang pernah menjadi tumpuan saudagar-saudagar dari deluruh pelusok dunia. mengikut setengah ahli sejarahwan, Melaka berasal dari perkataan Arab yang malaqah yang bererti Asuq atau “pusat perniagaan” kerana Melaka merupakan tempat yang paling penting sebagai pusat perniagaan Arab sebelum ketibaan Parameswara iaitu pengasas dinasti di Melaka lebih kurang pada 1400M. Melaka dan Pasai telah berkembang majunpada tahun 757M setelah berlaku kebakaran ke atas perkampungan ornag Parsi dan Arab di Canton, China. Kapal perniagaan China terpaksa berlayar ke melakadan Pasai untuk berhubung dengan saudagar Arab Melaka. Kini Melaka lahir menjadi sebuah perlabuhan yang berkembang maju sejak petengahan abad ke 8H(758M). Menurut kajian M. J Djamil, seorang pengkaji sejarah Acheh, sebuah kerajaan Islam telah lahir di Perlak. Sultan yang pertama memerintah kerajaan itu ialah ‘Sayid Maulana Abd Aziz Syah ‘ dan bergelar Sultan Alaiddin Syayid Maulana Abd Aziz. Pengaruh Islam di Perlak telah sampai ke Semenanjung Tanah Melayu terutamanya pada zaman pemerintahan Makdum Alaidin Malik Muhammad Amin Syah II yang memerintah Perlak telah sampai di Semenanjung Tanah Melayu terutama sekali pada zaman pemerintahan Makdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II yang memerintah Perlak di antara 622-662H(1225-1263M). Ini menunjukan Islam dating ke Gugusan Pulau-Pulau Melayu, termasuklah Tanah Melayu atau lebih spesifik lagi Malaysia dari negara Arab. 

B )DARI INDIA 
Selepas tahun 1883M, seorang ahli sejarah Belanda yang bernama Snouch Hurgronje telah mengemukakan satu teori yang mengatakan bahawa Islam di Gugusan Pulau-Pulau Melayu datangnya daripada India. Walaupun teori itu tidak banyak namun ia diterima oleh ramai orang terpelajar. Teori Snouch Hurgronje itu di ringkaskan oleh Brian Harrison dengan katanya bahawa Asia Tenggara sentiasa memandang kepada India-tidak kepada Arab dan Parsi untuk mendapatkan ilham pengetahuan disamping perniagaan. oleh yang demikian, penerimaan Gugusan Pulau-pulau Melayu kepada Islam bergantung kepada penerimaan India kepadanya terlebih dahulu kerana ada perhubungan perniagaan antara india Asia Tenggara. Suasana yang sesuai telah lahir pada abad ke13M pada masa Islam telah bertapak di Barat Daya dan di Timur Laut India dibawah sultan-sultan Turki. Pada masa itulah ramai orientalis Barat yang menyokong teori ini. Antara mereka itu adalah Marrison, Dr Ria, Kern, C. A. O van Wenhuize dan Van Ronkel. Sokongan mereka berasaskan pada tiga perkara. Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintah Alauddin Khilji di India. Menerusi aktiviti pedagang-pedagang Islam dating menyebarkan Islam kepada pedangan atau masyarakat di rantau Asia Tenggara. Selain itu, terdapat juga batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik Al-salih uang dijumpai di Pasai itu mempunyai ciri-ciri buatan India. Dengan itu, kata mereka wajarlah dikatakan Islam telah tersebar di Kepulauan Melayu oleh pedangan India. Masyarakat Asia Tenggara mempunyaiperkaitan yang rapat dengan Islam dari degi budaya. Kewujudan unsur kebudayaan Hindu di Asia Tenggara menunjukkan ada perhubungan yang rapat antara kedua-dua negara sejak dahulu lagi. Namun, ada pelbagai pendapat mengenai kedatangan Islam ke Malaysia, namun sejarahwan bersetuju bahawa kedatangan Islam di sini di bawa oleh pedagang Islam. Ianya terdiri daripada pedagang China, Arab serta India. Ada kebenarannya pedagang ini menyebarkan Islam semasa melakukan perniagaan kerana berdakwah sangat dituntut oleh Islam. Usaha awal penyebaran Islam pleh pedagang terhad di kawasan perlabuhan dan pedagang. Penyebaran Islam seterusnya telah dikembangkan oleh para ulama sehingga Islam menjadi salah satu agama yang diambil oleh sebahagian besar masyarakat Asia Tenggara. Sebagai masyarakat rantau ini, kita harus menghargai dan menghormati nilai-nilai yang dibawa oleh Islam. 

C) DARI CHINA
Seorang saintis Sepanyol yang masyhur, Emanuel Gandinho Eredia, yang juga ahli matematik Eropah yang pertama mempelajari tentang gugusan Pulau-pulau Melayu, menulis pada 1613 M bahawa akidah Muhammad telah diterima terlebih dahulu di Patani dan pam di persisiran pantai timur. Selepas itu barulah diterima dan disebarkan oleh permaicuri(iaitu Parameswara) di Melaka. Sebenarnya bukti menunjukan terdapatnya orang Islam di negeri China semenjak abad ke 10M iaitu pada 977M atau sebelim daripadanya;antaranya ialah satu papan lukisan di masjid San Fu(742M). Bahkan ada riwayat yang mengatakan bahaw Islam telah sampai ke China pa zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam iaitu sebagaimana terdapat dalam rekod-rekod China. Pendapat ini menyebut bahawa Islam mulai lahir di kalangan mereka itu pada zaman pemerintahan Thai Sung(627-655M) dan muslimin yang pertama tiba di China ialah Ibn Hamzah ibn Hamzah, anak Hamzah Ibn Abu Talib, sepupu Nabi Muhammad besama-sama dengan tiga ribu orang Muhajirin dan tinggal di San Gan Fou. Orang muslimin itu semkin ramai datang ke China dengan sebab perhubungan perniagaan yang baik dan berkekalan di antara saudagar-saudagar muslimin Arab dan Parsi dengan China. Mereka menjadikan Canton sebagai pusat perniagaan dimana tempat berkumpul. Dengan itu, berkembang majulah perlabuhan perniagaan. setelah memeluk Islam, agam Islam terus dibawa ke Asia tenggara termasuklah Gugusan Pulau-pulau Melayu. Sejarah menunjukkan bahhwa saudagar arab menuju ke Asia Tenggara telah melalui banuyak jalan, ada melalaui jalan laut, darat dan kemudiannya masuk ke negeri China menujuke Canton dan terus ke Gugusan Pulau Melayu. Oleh yang demikian, betullah Islam itu dibwa ke tanah melayu melalui orang Arab, India dan china dalam abad yang sama dan semuanya kesemuanya bertemu di pusat perniaggan di Selat Melaka, Malaysia. 

CARA KEDATANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Terdapat pelbagai faktor yang menentukan perkembangan Islam di Alam Melayu. Dalam hal ni, Syed Muhammad Naquib Al Attas telah membuat beberapa faktor yang menyebabkan Islam berkembang di Malaysia. 

i)Melalui perdagangan
Sebagaimana yang kita ketahui, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada abad ke 16M lagi. Pedagang-pedagang daripada pelbagai negara dating bertandang ke Melaka dengan barang dagangan mereka masing-masing untuk diniagakan di Melaka disebabkan Melaka merupakan negeri yang menjadi pusat perdagangan yang utama. Kemahiran dan kepakaran pedagang-pedagang dari segi perlayaran laut membolehkan mereka datnag ke Melaka, lazimnya mereka yang datang daripada Arab, China dan India. Disebabkan negara India kaya dengan rempah ratus, mereka datang berdagang di Melaka. Ianya sangat mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu. Begitu juga pedagang daripada China. Sutera mereka juga diterima baik di Tanah Melayu. Maka tidak wajarlah berlakunya perkembangan Islam. Pedagang-pedagang Islam pada masa itu merupakan orang terpenting dalam menyebarkan agama Islam. Ada juga dari kalangan mereka ahli sufi dan mubaligh terut turun padang. 

ii) melalui perkahwinan 
Perkahwinan merupakan salah satu factor perkembangan Islam di Nusantara. Perkahwinan ini berlangsung kebanyakan nya anatara pembesar dan ahli sufi dan pendakwah dengan anak gadis tempatan termasuk juga puteri-puteri di istana. Dengan adanya contoh yang baik dalam keluarga, maka bukan sahaja anak yang menjadi isteri, malah golongan tersebut memeluk Islam berserta seluruh keluarganya. Selain itu, berlaku juga perkahwinan di antara raja dengan puteri-puteri raja dari negeri yang berhampiran atau negeri-negeri yang ditakluki seperti Raja Melaka, Parameswara yang telah berkahwin dengan Puteri kesultanan Pasai pada tahun 1414M. Bukan itu sahaja, malah Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II mengahwinkan anaknya iaitu Puteri Ratna Kamala dengan raja Melaka, Sultan Muhammad Syah. Dengan berlakunya hal sedemikian bukan sahaja menyebabkan raja Melaka terdorong memeluk Islam, malah para pembesar dan rakyat jelata negeri sebahagianya mengikut jejak langkah raja mereka memeluk Islam. 

PERKEMBANGAN ISLAM

i) KERAJAAN ISLAM DI MELAKA 

Kewujudan kerajaan ini dicatit oleh setengah dari pengkaji-pengkaji Sejarah di Indonesia, antaranya ialah Muhammad Yunus Jamil yang menulis buku kecil dengan menyatakan bahawa sultan Perlak, Al-Sultan Makhdum Ala Uddin Malik Muhammad Amin Syah II Johan berdaulat yang memerintah Perlak tahun 622-662H. Telah dikatakan ada pertelingkahan antara dua sumber tentang negeri Islam itu, yang pertama menyatakan gelaran raja itu Iskandar Shah dan pemerintahan nya di dalam Semenanjung Tanah Melayu dan Sultan Muhammad Syah dalam usahanya mengembangkan Islam itu telah dibantu oleh iparnya Pengeran Malik Abd Aziz Syah. Ia dikatakan oleh Aristided Marre sebagainya orang yang mengIslamkan raja Melaka. Kesan menunjukkan adanya kerajaan Islam awal terdapat di Pengkalan compass Melaka ;kesanya ialah “peninggalan batu inskripsi Hindu yang terdapat huruf arab” dan yang kedua “Inskripsi Raja Aditiya Warma, 1378 dan pada batu itu tertulis nama Allah dengan bahasa Arab. 

ii ) KERAJAAN ISLAM DI KELANTAN
Negeri Kelantan berfungsi sebagai serambi mekkah mulai pada hujung abad ke 19 sehingga meletusnuya perang dunia kedua. Maksud serambi mekkah disini ialah pusat tumpuan pelajar-pelajar dirantau Asia tenggara ini untuk mempelajari ilmu agama sebelum pergi mendalami mekah sebenarnya, pusat pengajian Islam ialah Bandar Kota bharu. terdapat masjid besar Mahmadi yang tersergam indah ditengah-tengah Bandar itu selaku symbol kepada kerajaan pusat pengajian keilmuan di negeri itu. Disamping itu, terdapat banyak surau –surau dan pondok yang berselerak dalam Bandar dan dikampung yang berhampiran. Kelahiran kerajaan Islam di Kelantan dalam pertengahan kedua dari abad ke 12. Itu bukan lah satu perkara ganjil kerana pada abad itu Islam sudah pun berkembang di beberapa buah negara jiran di Asia Tenggara seperti utara sumatera. Di Champa, telah lahir masyarakat Islam semenjak abad ke 11M lagi sebagaimana yang dibuktikan oleh dua kesan sejarah. Kerajan Islam Kelantan itu, menurut buku Detik-Detik Sejarah Kelantan terus hidup merdeka sehinggalah ia ditakluki oleh kerajaan Islam Melaka pada zaman pemerintahan Parameswara

iii )KERAJAAN ISLAM DI TERENGGANU
Kerajaan ini wujud pada awal abad ke 8H 14M(702H-130). Hakikat ini ternyata pada sebuah batu bersurat yang dikumpul di Kuala Brang, Terengganu dalam tahun1899M dan sekarang berada di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Batu bersurat itu ditulis ditempat penjuru dengan bahasa melayu huruf jawi dan mengandungi hukun syara’ yang wajib dipatuhi oleh rakyat. hukum syara’ ini menyatakan perkara di bawah ;
i) Wajib diatas muslimin patuh dengan Undang-Undang Tuhan kerana ia adalah perintah Allah yang berkuasa lgi mulia. dan mengeluarkan hokum-hukum yang seumpamanya ini wajib di atas sekalian raja-raj muslimin untuk kebaikan negeri-negeri mereka. 
ii) Hukum Zina
iii) Syarat-syarat am berhubung dengan mengingkar membayar hutang ataupun tidak mematuhi satu satu hukum. 
Batu bersurat itu boleh dikatakan satu kesan sajarah Islam yang terpenting dijumpai di Malaysia kerana ia telah menunjukkan dengan terang bagaimanakah jauhnya kemajuan Islam di Malaysia pada abad ke 14 M itu ; dan ia juga adalah satu kesan sangat penting bagi Asia Tenggara seluruhnya kerana ia telah menunjukkan dengan jelas bahawa Islam telah pun dipraktikkan betul-betul di salah sebuah daerah di Malaysia pada abad ke 14 M. Ini menunjukan bahawa negeri Terengganu pada abad ke 14M itu menjadi pusat penyebaran Islam di Pantai Timur Tanah Melayu. 

ISLAM SELEPAS KEMERDEKAAN
Setelah proses perjuangan kemerdekaan yang panjang. Semenanjung Tanah Melayu Berjaya mencapai kemerdekaanya pada 31 Ogos 1957. Selepas itu, terbentuklah negara kesatuan dari 11 buah negeri dan ditambah Sabah dan Sarawak di bawah nama Malaysia. Perlembagaan Malaysia mencatitkan bahawa Islam ialah agama kesatuan Malaysia akan tetapi agama agama lain boleh diamalkan secara damai dan harmoni. Perlembagaan yang diakui Islam sebagai agama malaysia itu hasil daripada perjuangan muslimin yang bersungguh-sungguh meletakkan Islam ditempat yang tinggi. Oleh yang demikian, Islam sebagai agama negara adalah kunci keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan berlain kulit. Perlembagaan juga mengekalkan kedudukan sultan-sultan sebagaimana kedudukan mereka itu dari segi agama sebelum merdeka iaitu mempunyai kuasa agama(lain dari politik). Sebagai ketua untuk negeri masing-masing. Negeri yang tidak bersultan ialah Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Menurut kedudukan Majlis-Majlis Agama Islam di negeri-negeri sebagai mana keadaan sebelum merdeka menbentuk Majlis-Majlis Agama yang baru tetapi kuasa agama tetap di tangan sultan. Oleh kerana perlembangan Malaysia memberi kuasa agama kepada sultan didalam negeri masing-masing, maka kementerian agama peringkat negeri tidak wujud. Namun begitu, kedudukan Islam di dalam perlembagaan sebagaimana yang diterangkan di atas, kegiatan keIslaman di Malaysia selepas merdeka dibahagi kepada dua iaitu kegiatan bersifat rasmi dan kegiatan tidak bersifat rasmi. Bukan itu sahaja, malah kerajaan seperti;

i)kementerian Penerangan
ii)Kementerian Pelajaran
iii)Kementerian Tanah

KESIMPULAN
Proses perkembangan Islam si Malaysia tidaklah berasingan dari proses perkembangan Islam di Nusantara. secara keseluruhannya kerana ia adalah sebahagian dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Islam hadir untuk menghapuskan segala bentuk. sebagai umat Islam yang satu dan bersatu untuk menyembah dan tunduk kepadanya dan semestinya untuk mengimarahkan alam sebagai khalifahnya. Dengan penerimaan Islam sebagai agama dan pengakuan Allah sebagai tuhan yang esa yang layak disembah. Masyarakat melayu dapat mengetahui hakikat insan seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran dan Hadis. Perubahan yang tidak berlaku sebelum kedatangan Islam ialah perubahan jiwa, kepercayaan dan pemikiran yang mencirikan perubahan world view masyarakat di Alam Melayu. daripada kepercayaan anamisme kepada kepercayaan pada tuhan yang esa. Perubahan ini telah memberi jalan kepada umat melayu untuk menjadi khair ummah yang berusaha menghargai sifat ahsanu taqwin yang mempunyai sikap dan tabiat menghargai akal fikiran. 

Rujukan
Islam Di Malaysia, Tahun 1980, Diterbitkan Oleh Persatuan Sejarah Malaysia, 958 Jalan Hose Kualalumpur. 
Mana Sikana, Tahun 1998, Deterbitkan Oleh Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd Sastera Islam Di Malaysia
Prof Khoo Kay Kim, 1980 Diterbitkan Oleh Persatuan Sejarah Malaysia, Tamadun Islam Di Malaysia
Abd Aziz Bin Hj. Nik Hassan, 1983, Islam Di Kelantan, Dicetak Oleh United Selangor Press Sdn. Bhd

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com